Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.


Friday, August 08, 2008

Lawatan ke Singapura 2006. Rupa-rupanya untuk ke satu makam yang ada kena-mengena dengan kekasih lama!

OK... Sekarang bolehlah kita bersambung cerita tentang perjalanan lama ke Singapura pula. Sambung terus daripada artikel Lawatan ke Singapura 2006. Mulanya satu perjalanan tak disangka... ya. Mari! :]

Mula-mula, izinkan saya 'menonjolkan' diri. Saya rasa mereka yang telah lama mengenali saya dan mengikuti segala penceritaan di mana-mana blogspot saya dengan jujur akan lebih kenal peribadi saya. Seringkali saya bercerita tanpa berselindung hingga mengeluarkan segala kecatatan diri sendiri tetapi pada saya ia tiada masalah kerana memang begitu peribadi saya... Berterus-terang, jujur, bukannya baling batu sembunyi tangan. Lalu saya sedia mengaku akan kelemahan diri sendiri kerana memang adat manusia biasa tidak sepi daripada membuat kesilapan.

Perkara ini cuma jadi masalah kepada jiwa-jiwa sakit yang tidak tenteram lagi irihati... Jiwa-jiwa langau yang suka membuat kacau mengganggu ketenteraman para pembaca tulen di sini seraya menuduh saya pula yang suka menonjolkan diri! Fikirkan... Kalau betulpun saya mahu menonjolkan diri, apa salahnya kerana ini blogspot saya? Berapa ramai orang menulis di blogspot sendiri untuk menonjolkan diri sendiri, kegemaran diri sendiri, gambar anak-anak, gambar kucing, labi-labi dan sebagainya...

Sebab itu dinamakan blogspot... Tempat membuat log atau catatan perjalanan peribadi hidup secara on-line... Sekurang-kurangnya buat di tempat sendiri, di rumahtangga sendiri. Sesiapa pun boleh daftar buat blogspot sendiri. Tak kena bayar apa-apapun. Apa susah? Bukan macam langau-langau... Kononnya nak mengajar orang sedang dirinya itu sebenarnya yang cuba menonjolkan diri di tempat orang sampai selau mencari salah-silap orang malah kata-kata baik pun mahu disalah-tafsir untuk cuba mencari kelemahan orang...

Itulah sifat orang-orang cakap tak serupa bikin. Angan-angan lebih nak ke sana-sini memeluk gunung tapi tangan tak sampai. Sekurang-kurangnya saya bercerita perkara yang saya dah lalui, tempat-tempat yang saya dah sampai... Bukan setakat copy and paste kemudian nak tunjuk pandai, Alahai! :]

Lalu saya pun 'menonjolkan' diri untuk menunjukkan tempat-tempat yang saya dah lawati. Bukan macam sesetengah orang tu, belajar silat separuh jalan... Bila guru bagi satu persoalan yang nak masuk bab batin @ pelajaran Tasawuf, terpinga-pinga nak cari jawaban tapi tak faham lantaran ego tinggi tapi tak sedar diri... Akhirnya terus silap tafsir... Segala benda buat setengah jalan. Bila hati tak senang, mulalah sibuk kacau orang.

(Jangan terperanjat jika tiba-tiba semakin teruk langau-langau ini menyamar tukar nama macam-macam kutuk orang sana-sini lagi kat sini. Kesian... Angan-angan nak disamakan dengan pengalaman. Inilah jadinya.... Umur muda lagi, rupa pun tak lah teruk sangat tetapi mengurat perempuan yang dia nak masih tak dapat-dapat... Tak mahu kaji kesilapan diri sendiri lalu jadi langau kat tempat orang pulak... Jangan terperanjat jika lepas ni dia buat perangai teruk. Walaupun kita cakap pasal orang lain, bukannya pasal dia, tapi langau-langau ini cepat terasa dan perasan. Kesiaaaannnn!!! Hahaha! Dia masih ingat cakap banyak itu sama nilainya dengan buat banyak. Hahahaha!)

OK... Sebenarnya saya mahu menunjukkan arah ke satu makam tertentu. Tetapi sebagai peringatan, langau-langau sakit jiwa mungkin akan menuduh bahawa saya cuma ingin menunjukkan diri sendiri sahaja. Hahaha! Bodoh betul... Memanglah kena tunjuk diri sendiri dahulu. Habis tu takkan le alih-alih boleh sampai aje ke satu tempat, tiba-tiba boleh dapat cerita? Bagaimana nak dapat cerita sedangkan diri sendiri belum sampai ke situ? Lainlah kaki ciplak, copy and paste cakap tak serupa bikin. Masuk Internet, curi cerita orang lepas tu ya-ya je nak bagi syarahan macam dah dapat ilmu sendiri. Bangang!

(Sekali lagi untuk pembaca setia, harap faham. Sesekali saya tukar mood cakap sedikit kasar apa salahnya ya tak? Lagipun ini blogspot saya, tempat saya meluahkan rasa Bukan macam langau yang sentiasa bercakap kasar... Baling batu sembunyi tangan dalam dunia Internet. Puhhh!!! Cakap tak serupa bikin, pengecut, dayus, takda telur. Belajar silat selangkah dua lepas tu cari kat Internet bacaan ilmu itu ilmu ini jangan haraplah nak berjaya kat mana-mana... Masuk forum pun orang dah tak layan. Kalau buat blogspot sendiri lagi le, terus takda orang jenguk.... Tu yang sibuk cari perhatian kat tempat orang. Hahaha!)

Penunjuk arah membawa ke satu kawasan makam tertentu. Tapi sebelum itu singgah dahulu di satu makam di bawahnya. Katanya milik penjaga kepada orang yang disemadikan di makam lebih besar di atas... Dan nama penjaga ini ialah Dandiar, Radin Dandiar. Jeng! Jeng! Jeng!

Pernah dengar tak nama Dandiar ni? Kalau tanya orang Johor, mereka akan sebut pasal Dandiar, seorang penjaga Istana Johor berketurunan Jawa yang sangat tinggi ilmu zahir dan batinnya. Tetapi Radin Dandiar yang ditanam di sini hidup pada zaman yang lebih awal...

Kemudian saya pun naik ke bangunan makam utama... Hahaha! Ya, sekali lagi saya 'menonjolkan' diri sebagai orang yang naik dan sampai ke makam itu, bukan Abu naik atau Ah Leng naik seperti yang selalu kita baca dalam buku-buku cerita. Mana sama woo baca buku cerita dengan sendiri pergi. Hahaha! Tapi untuk orang cakap tak serupa bikin, angan-angan dengan pengalaman tu sama saja... Tak payah ada sijil, ada bukti ke hapa, pergi aje kat pejabat mana-mana boleh cakap cam ni... Saya ada PhD, ada pengalaman silat terbang sana-sini masuk perut bumi dan sebagainya dan kamu mesti percaya. Sebab apa? Sebab saya kata saya ada semua tu. Hahahaha! Bodoh betul langau, hahaha!

Yang menarik, di dalam bangunan utama makam ini terdapat banyak gambar-gambar yang dikaitkan dengan Ahlul Bait anak cucu keluarga Nabi. Oleh kerana saya ini suka 'menonjolkan' diri, maka tak perlulah saya menurut adab Ahlul Bait ya tak? Maka itu untuk langau, pi mampus engkau. Selagi engkau tak sedar diri, selagi tu le kebodohan diri engkau akan bertimpa-timpa. Kalau tak sedar juga, lu tengok le besok lu mampus macamana. Bodoh!

Antara gambar-gambar yang diletakkan ialah para Habaib terkenal di seluruh Malaysia dan Indonesia. Kemudian ada pula gambar-gambar ulamak terkenal yang secara rasminya tidak pernah dikaitkan dengan golongan Sayyid dari segi nasab tetapi diketahui sesetengah orang memang mempunyai darah Ahlul Bait yang sangat kuat seperti Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari.


Eh... Bodoh, engkau jangan baca, engkau boleh belah dan mampus le...

Hehe... Pesanan penaja di atas ini ditujukan cuma kepada langau-langau bodoh. Mereka yang jujur ikhlas mahu mendapat manfaat harap jangan terasa ya, hehe...

Hmm... Di sudut lain pun masih terdapat gambar-gambar orang-orang daripada Ahlul Bait anak cucu Rasulullah SAW, ada juga gambar kubah hijau Masjid Nabawi di mana di dalamnya terletak makam Rasulullah SAW.

Jadi encik bodoh langau... Dah pernah ke sampai makam Nabi? Saya dah sampai zahir dan batin, bukan sekadar cakap-cakap saja tunjuk pandai buat pengakuan macam-macam kat sana-sini... Ya, saya ingin 'menonjolkan' diri di sini... Tapi sekurang-kurangnya memang saya dah sampai, bukan angan-angan cakap tak serupa bikin macam kamu. Hmm... Mungkin juga dengan cara terus meracau-racau buat kacau di sini maka secara automatik kamu rasa Allah akan angkat darjat kamu sampai berjumpa Rasulullah SAW? Hahaha! Teruskanlah berangan. Dasar orang perasan.

(Kawan-kawan jangan risau. Langau-langau bodoh yang memakai pelbagai nickname ni cuma boleh memaki-hamun di dunia Internet sahaja. Sedangkan hakikatnya di luar sana, dia ini orang yang tiada nama, tidak dikenali ramai... Angan-angan je lebih tapi masih tak mahu memperbaiki diri sendiri, masih cuba menutup kelemahan diri sendiri dengan mencaci-maki menyalahkan orang lain, haha!)

Jadi makam siapakah ini ya? Makam yang dihias begitu cantik dan dalam bangunannya dipenuhi gambar-gambar yang berkaitan dengan Ahlul Bait.

Oh... Tiba-tiba si langau tersenyum sendiri, kononnya puas hati kerana berjaya membuat kacau sehingga si Merah Silu melenting. Begitulah sifat langau. Apabila orang tak menjawab, dikatanya orang tak cukup ilmu. Apabila menjawab, dikatanya melenting tak cukup sabar.

Hahaha! Langau-langau. Teruskanlah membodohkan diri sendiri. Cakaplah banyak mana yang kamu hendak. Hakikatnya, kamu nobody, tak da nama langsung baik di tempat kerja, dunia persilatan ke apa lagi di mata masyarakat umum... Cakaplah apa-apa... Apa boleh buat, cakap tak serupa bikin, perasan... Nak sedapkan hati sendiri bolehlah tapi nak tipu orang ramai? Hahaha! Memang sah kamu ini bodoh tak sedar diri...

Di sebelah makam ini sendiri ada gambar makam Nabi. Kenapa sibuk dengan makam Nabi?

Hahaha! Si langau masih cuba menipu diri sendiri. Setelah membaca segala kata-kata saya yang 'menonjolkan' diri sendiri sehingga terbukalah selimut kejahilan dia, maka berkatalah dia dalam hati... Ah. Segala kata-kata itu adalah kebalikan untuk diri kamu sendiri. Kamu kata aku bodoh, perasan... Sebenarnya kata-kata itu adalah kebalikan untuk diri kamu sendiri Merah Silu!

Hahaha! Bodoh betul... Sekali lagi angan-angan hendak disamakan dengan pengalaman. Hahaha! Lain le kalau kalam kamu itu bertaraf kun fayakun. Aku kata jadi, maka jadilah. Ini angan-angan cakap kat dunia Internet. Sedangkan di dunia luar sana tiada sebenarnya siapa sudi melayani kamu... Sedangkan di Internet pun orang selalu lari apabila kamu masuk. Hahaha! Itupun tak sedar diri, hahaha!

OK lah... Setelah berjela melayan rentak mengarut kanak-kanak yang baru bertatih tetapi perasan sudah mencapai kefahaman. tahap para wali (jangan perasan. Siapa bercakap tentang kamu? Hehe. Tu le orang perasan ini, tak payah sebut nama pun boleh terasa, hehe!), baru saya boleh masuk pada mood yang lebih serius dan waras ya. Tadi tu cuma selingan sahaja. Setakat bunga-bunga...

Ala sesekali nakal apa salahnya ya tak? Kalau nak ikut adab Ahlul Bait aje, memang saya tak kata apa. Selama ini pun saya selalu biarkan orang membuat kacau, tak saya kata apa. Tapi kalau nak sangat cari pasal meh le jumpa depan-depan. Kita tengok sendiri apakah cakap-cakap tentang ilmu dan silat itu sama dengan gerak kaki dan tangan yang tak perlu pakai apa-apa bahasa mengaku itu ini kecuali tiba-tiba sahaja keluar bunga dan buah untuk menghilangkan yang bathil, menaikkan yang haq. Amacam? :]

Adapun makam ini ialah makam milik seorang puteri dari dari Tanah Jawa yang dikenali sebagai Puteri Radin Mas. Siapa itu Radin Mas? Saya rasa tak perlulah dipanjangkan sangat. Sebabnya Radin Mas ini ceritanya agak terkenal dahulukala malah telah dijadikan satu cerita filem Melayu! Maka carilah sendiri kat mana-mana ya, Google le ke hapa...

Adapun atas sebab ingin 'menonjolkan' diri, saya cuma akan cerita kaitan perjalanan diri saya sendiri dengan Radin Mas ini ya. Ini dia... (Langau, duduk diam ambil ikhtibar atau pi main jauh-jauh kat tempat lain, hehe!)

Dalam artikel Lawatan ke Singapura 2006. Mulanya satu perjalanan tak disangka... yang dibuat 3 hari lepas saya ada menyebut bahawa saya telah pergi ke Singapura tanpa dirancang akibat pelawaan SS, seorang gadis yang saya sangkakan memiliki ciri-ciri Mas, kekasih lama saya. Hmm... Elok juga dipaparkan satu sedutan daripada buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"... (Langau jangan sibuk-sibuk. Memanglah blogspot ini tempat saya 'menonjolkan' diri... Bodoh. Ini memang tempat saya buat promosi buku, bukan macam kamu, tak malu buat kacau di tempat orang demi mencari perhatian tapi tak mengaku lepas tu nak tuduh orang macam-macam. Pi mampus!) Daripada Bab 8, pada satu bahagian di mana saya telah pergi makam seseorang bernama Mas Merah (ceritanya hampir serupa dengan Masmira dalam filem Enam Jahanam lakonan P. Ramlee) di Pulau Kampai berdekatan sempadan Sumatera Utara-Aceh.

Hmm, memandangkan betapa cerita ini menerbitkan satu rasa yang agak mendalam, biar saya paparkan sekali sajak yang membuka bab itu ya... Adapun kalau ada satu perkara saya masih menyesal sehingga kini adalah kerana kerana tidak memperisterikannya. Ini dia sajaknya...

-----------------

BAB 8


KEKASIH

Akan kupintal buih-buih,
Menjadi tali mengikatmu,
Akan kuanyam gelombang-gelombang,
Menjadi hamparan ranjang tidur mu.

Akan kutenun awan-gemawan,
Menjadi selendang menudungi rambutmu,
Akan kujahit bayu gunung,
Menjadi baju pakaian malam mu.

Akan kupetik bintang timur,
Menjadi kerongsang menyinari dadamu,
Akan kujolok bulan gerhana,
Menjadi lampu menyuluhi rindu.

Akan kurebahkan mentari,
Menjadi laut malam mu,
Menghirup sakar madu mu.

Kekasih,
Hitunglah mimpi,
Yang membunuh realiti,
Dengan syurga ilusi.


- Sajak Kekasih, Usman Awang

-----------------

Dan inilah sedutan ceritanya...

------------------


Tiba-tiba pemuda itu teringat buah hati lama... Buah hati yang kebetulan namanya bermula dengan Mas juga. Sepanjang hidupnya, itulah satu-satunya wanita (sebelum Nur) yang dapat berkongsi minatnya yang lain daripada yang lain... Boleh diajak berkongsi berbagai perkara, baik tentang dinosaur, binatang purba yang pernah menjadi kegilaan Rasyid sejak kecil,mahu pun ilmu kaji bintang juga sedikit bab keTuhanan. Menurut sijil Mensa (persatuan orang-orang berkecerdasan tinggi melampaui majoriti) miliknya, wanita pintar ini mempunyai IQ atau Intelligence Quotient sebanyak 165 mata iaitu tahap seorang genius.... Maka dia mampu mengimbangi daya fikiran Rasyid menyebabkan buat pertama kali dalam hidupnya, pemuda ini terasa sudah berjumpa seorang perempuan yang begitu serasi dan dapat memahami dirinya yang sejati.

Rasyid juga terasa begitu selesa dan mesra apabila bersama dengan wanita ini... Tidak perlu berlagak macho, tunjuk kuat sentiasa... Tidak perlu tunjuk handal atau menonjolkan sifat kelakian seperti selalu dibuatnya apabila bersama perempuan lain. Dan paling best, dia tidak perlu mengekang sifat gila-gilanya yang kadangkala datang tanpa amaran dan kawalan...

Pemuda itu teringat bagaimana gadis ini begitu seronok mengikutinya berlari anak di tengah kesibukan kotaraya Kuala Lumpur. Bayangkan, berlari anak sesuka hati dari Central Market sampai ke Jalan Raja Chulan tanpa mempedulikan semua mata yang memandang... Boleh pula turut sama mendaki Bukit Nenas menggunakan laluan sukar, merangkak di atas sebatang balak besar yang menyendeng di bahagian bukit yang telah runtuh akibat hujan!

Seringkali juga wanita cantik ini turut sama tertawa riang apabila Rasyid tergerak untuk berlari laju menaiki escalator melawan arah di mana-mana kompleks membeli-belah... Tidak peduli langsung wajah-wajah bingung orang ramai yang kelihatan pening lalat akibat gelagat seorang anak muda yang seolah-olah tidak tahu malu langsung! Dan Mas juga tidak pernah terasa janggal bergayut sama di atas pokok jika pemuda itu memulakan walaupun pokok itu terletak di tengah bandar, selain cukup berani turut membuat kerja gila menyabung nyawa seperti berjalan mengimbangi tubuh di atas tembok penghalang selebar 2 kaki di tingkat teratas kompleks Lot 10 dengan pemandangan trafik lebih 70 kaki ke bawah… Berapa ramai kaum Hawa tahan apabila perangai gila lelaki ini datang menjelma? Sedangkan bila diajak menemani bermain video game di Bukit Bintang pun ramai gadis mencebikkan muka, pergi pun dalam keadaan terpaksa untuk menjaga hati si jejaka? Di manakah boleh dicari gadis begitu sporting apalagi daripada keluarga berada berpelajaran tinggi?

Dengan Mas, Rasyid menjadi begitu manja. Bayangkan... Seorang lelaki yang dahulunya berbadan tegap dengan otot berketul seluruh badan boleh jadi seperti bayi di pangkuan ibu. bila berada di sisinya. Gadis itu pandai melayan kerenahnya sehingga pemuda itu terasa begitu selesa... Mungkin kerana hati-budi mereka sebenarnya serupa? Mas dapat mengisi satu kekosongan jiwa yang belum pernah dapat diisi mana-mana wanita lain yang dikenalinya. Itu yang membuat Rasyid terasa sungguh bahagia. Buat pertama kali sejak beberapa tahun berpacaran dengan ramai kaum Hawa, barulah pemuda itu terasa yakin dia boleh menjadi one-woman-man... Tidak perlu lagi perhatian wanita lain untuk membuat dirinya terasa “cukup”. Dan buat pertama kali juga timbul rasa kuat untuk berumahtangga. Cuma kedua-dua keluarga tidak bersetuju kerana mereka masih terlalu muda dan baru mahu melangkah ke universiti luar negeri.

Rupa-rupanya kebahagian itu tidak bertahan lama. Rasyid ternyata tidak tahu mengenal untung... Walaupun wanita kesayangannya ini cukup cantik dan menarik, walaupun amat memahami jiwanya yang pelik, walaupun selalu menemaninya dalam susah dan senang, sampai satu ketika, pemuda itu tidak dapat membendung perangai lama untuk merapati wanita lain. Akhirnya mereka berpisah setelah lebih enam tahun bersama, tiga tahun daripadanya di London. Dan setelah beberapa bulan tidak mendengar khabar berita, tiba-tiba dia mendapat tahu Mas telah berkahwin! Dengan seorang lelaki yang merupakan junior Rasyid di kolej, malah pernah duduk satu dorm, satu bilik dengannya selama setahun... Jejaka yang rupa-rupanya telah lama menaruh hati ke atasnya.

Sebenarnya, sejak tahun 1997 lagi Mas ada memberitahu, jejaka yang meminatinya lalu menjadi suaminya itu telah menyatakan hasrat untuk masuk meminang. Rasyid tahu wanita itu mahukan dia sendiri lekas menghantar rombongan menyunting... Ahli keluarga kedua belah pihak sudah lama saling mengenali dan ketika itu, mereka berdua sudah memiliki kerjaya yang setimpal dengan kelulusan daripada universiti. Tetapi pemuda itu pula pura-pura tidak mengerti kerana merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap dalam perhubungan mereka. Dia pun tidak pasti apakah masalah sebenarnya. Yang Rasyid tahu, sejak timbul kembali kehendak untuk merapati wanita lain, dia tidak lagi yakin dapat menjalani kehidupan bahagia jika cuba hidup bersama seorang wanita sahaja. Lagipun sudah muncul berbagai persoalan lain membelenggu fikirannya... Keadaan inilah yang menyebabkan mereka akhirnya berpisah jua...

Masalah yang dihadapi ketika itu agak rumit... Hakikatnya, Rasyid tetap sayangkan buah hati ini dan mahu memperisterikannya. Malangnya, fikirannya sangat bercelaru, tidak tahu lagi ke mana arah yang patut dituju. Berbagai persoalan pelik yang muncul dalam diri kebelakangan itu menuntut supaya dicari penyelesaian. Maka itu dia rasa lebih elok mereka berpisah dengan harapan akan berjumpa arah yang dicari. Maka itu juga Rasyid telah menyuruh Mas keluar dengan lelaki lain supaya wanita itu tidak sentiasa ternanti-nanti…

Hmm... Bila difikirkan kembali, mungkin juga ini berlaku kerana kemunculan seorang wanita lain dengan sifat lebih kurang sepertinya musim panas 1995. Itulah Nur yang seperti Mas juga berjaya menambat hati dan jiwa-raga pemuda ini! Sejak itu, Rasyid mendapat kekuatan baru... Dia yakin hidupnya akan lengkap jika dapat mempersuntingkan kedua-duanya sebagai isteri. Malah anak kelahiran Muar, Johor ini tidak melindungkan hasratnya itu... Dia telah memperkenalkan mereka sehingga kedua-dua gadis ini tahu mereka sedang berkongsi kasih seorang jejaka. Walaupun ini kelihatan tamak, ia boleh dikira elok berbanding masa dahulu di mana anak muda ini pernah menyimpan lebih 10 orang teman wanita sekaligus sebelum “menggantikan” mereka dengan “set baru”...

Ah! Baru Rasyid ingat kenapa dia akhirnya berpisah dengan Mas... Gadis itu telah memintanya memutuskan segala bentuk perhubungan dengan Nur, padahal ketika itu dia dan Nur tidak lagi berkasih demi menjaga hati Mas yang tidak tahan lagi berkongsi... Cuma mereka masih berhubung sebagai kawan. Maka Rasyid naik berang apabila Mas terlalu mendesak...


OK. Jadi rasanya pembaca boleh nampak kan bagaimana dalamnya perasaan saya terhadap insan bernama Mas ini. Sebab itulah saya boleh pergi ke Singapura dengan spontan sehelai sepinggang, untuk menemui SS yang saya sangkakan mungkin ganti Allah untuk saya setelah kehilangan Mas.

Ternyata pula SS bukan seperti yang disangka. Rupa-rupanya perjalanan ke Singapura itu ada kena-mengena juga dengan Mas. Cuma SS menjadi asbab pembuka cerita...

Adapun gambar-gambar ini sebenarnya diambil selepas bermalam satu malam di Singapura. Hari sebelumnya, saya sempat menziarahi makam Habib Nuh (nanti akan saya letakkan gambar-gambarnya, insyaallah di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pada lain masa) juga tanah perkuburan Al-Junid dan makam Sultan Iskandar Shah yang dikatakan memerintah Singapura sebelum muncul keSultanan Melaka tahun 1400an. Saya juga sempat berehat di Masjid Sultan di kawasan Kampung Gelam serta bekas istana keSultanan Johor-Riau-Lingga di situ yang kini dijadikan muzium.

Asalnya saya tidak mahu bermalam di Singapura, saya ingin kembali cepat ke Muar tetapi SS mahukan saya berkenalan dengan seorang lagi warga Singapura (yang dia sendiri pun belum kenal sebelum itu) seorang lagi manusia yang sangat aktif dalam satu forum kegemaran saya, biar kita panggil dia SM. Terimakasih kepada saudara SM (ya, bukan pompuan ek...) yang sudi mengambil saya di hadapan Masjid Sultan menaiki kereta BMW nya (yep bro, jangan ingat aku tak appreciate apa yang engkau buat yek semata-mata kerana aku tak suka Singapura jadi port Yahudi Zionis). Di rumahnyalah saya dapat mandi air panas kemudian dapat pula membasuh baju seluar sehelai sepinggang saya yang dah kusam akibat peluh dan dipakai 2 hari berturut-turut termasuk untuk tidur di atas meja di luar sebuah masjid di Johor Bahru. Dia sudi meminjamkan pakaiannya sendiri agar saya dapat tidur nyenyak sedangkan baju seluar saya sendiri sempat dikeringkan dalam tempoh waktu itu, alhamdulillah... Terimakasih banyak-banyak.

Tetapi pertolongan terbesar SM sebenarnya ini... Dialah yang mencadangkan saya agar pergi ke makam Radin Mas malah menerangkan jalannya apabila SS datang untuk mengambil saya keesokannya. Kalau tidak, saya bukan sahaja tak tahu jalan malah tak terfikir pun hendak ke sana kerana tidak tahu pun akan kewujudan makam itu!

Maka saya pun sampai ke makam ini tanpa terfikir pun hendak ke sana. Apabila melihat nama pemiliknya Radin Mas, teringat terus saya pada kekasih lama Mas. Terasa kuat perkaitan ini apabila mengenangkan ayah Radin Mas adalah orang Jawa, sama seperti ayah Mas. Samada Mas kekasih lama itu berdarah Radin atau tidak, saya pun tak tahu nak kata camana. Tetapi saya ingat ceritanya tentang ayahnya yang kadangkala ada tidur di atas katil kain kuning lalu menurut Mas datang segala macam jin menghadap berdatang sembah!

Semasa itu lebih 10 tahun lalu, saya belum berminat untuk mencari salasilah malah tak terfikir langsung pun tentangnya atau perkara-perkara berkaitan. Lebih teruk lagi, saya memandang rendah bangsa sendiri sebagai mundur kerana semasa itu saya sangat berfikiran Barat... Lalu saya turut mengutuk Raja-raja Melayu sebagai lanun, saya tidak tahu apa itu Ahlul Bait malah saya menyangkakan Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan keturunan... Masyaallah!

Tetapi Mas pula pernah memberitahu bahawa apa yang saya lalui lama dahulu, cara saya berfikir, mimpi-mimpi saya ada kena-mengena dengan darah keturunan sedangkan saya sendiri tidak pernah memikirkannya! Siapa sangka apabila memasuki umur 31 tahun, baru saya sedar segala yang saya kutuk tentang Raja-raja Melayu dan sebagainya rupa-rupanya ibarat meludah ke muka sendiri? Kalau saya tahu semua ini dahulu, tentu saya tidak akan melepaskan Mas tetapi apa boleh buat, semuanya sudah berlalu.

Berbalik pada makam Radin Mas... Persoalan yang timbul, jika beliau cuma seorang puteri Jawa, kenapa pula diletakkan begitu banyak gambar-gambar Ahlul Bait berserta gambar masjid dan makam Nabi di sekeliling? Lebih pelik lagi, kenapa diletakkan salasilah Raja-raja Bugis di hadapan makam (gambar di atas ini tetapi kurang terang)?

Salasilah ini menyebut bahawa Raja-raja Bugis berasal dari keturunan seorang moyang yang dipanggil Siti Malengkek, katanya dari keturunan Ratu Balqis, isteri Nabi Sulaiman AS! Apa pula kena-mengena Raja-raja Jawa dengan Raja-raja Bugis? Tetapi yang menarik, ia juga menyebut bahawa Siti Malengkek bersuamikan seorang Sheikh dari Tanah Arab... Agaknya di sini terletak satu kaitan dengan Ahlul Bait anak cucu Nabi Muhammad SAW kot?


Pada gambar terbesar di antara gambar-gambar yang ada di bangunan makam, terpapar lukisan wajah ini... Disebut di bawahnya bahawa ia adalah gambar Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani. Sedangkan di tempat-tempat lain, saya pernah melihat gambar serupa lalu dikatakan samada gambar Saidina Ali ataupun anaknya Saidina Hussein!

Adapun Saidina Hussein memang wajahnya serupa Saidina Ali. Kekandanya Saidina Hassan pula memiliki wajah nenda mereka Nabi Muhammad SAW. Yang jadi musykil ialah saya telah melihat banyak gambar-gambar yang dikatakan lukisan wajah Sheikh Abdul Qadir al-Jilani. Yang pasti bukan serupa yang di atas ini. Jadi kenapa pula di sini dikatakan ia wajah Sheikh Abdul Qadir?

Berbalik pada persoalan lain di makam Radin Mas. Kenapa pula boleh ada salasilah Bugis di hadapannya ya sedangkan setahu saya, secara nasabnya tiada kaitan Radin Mas si puteri Jawa dengan mana-mana Raja Bugis. Tak tahulah jika ada bab salasilah yang tersembunyi di sini...

Dalam pada itu, teringat juga Mas si kekasih lama. Ayahnya dah tentu orang Jawa, dari Batu Pahat. Ibunya pula saya tak tahu belah mana tapi dari Pulau Pinang. Hmm... Mungkin ibunya ada berdarah Bugis? Lalu kembali lah kita pada masa kini, seperti biasa biar saya jujur berterus-terang.

Selepas putus hubungan buat kali terakhir dengan Mas sekitar tahun 1997 begitu, dia telah memulangkan balik cincin emas bertatah berlian kecil yang saya beli di London tahun 1991. Sejak itu cincin itu tersimpan elok di rumah Kajang, sampailah saya tergerak untuk menghadiahkannya kepada seorang gadis lain, Nur kedua yang muncul dalam hidup saya awal 2007 lalu menolong saya menyiapkan buku kedua saya juga buku ketiga "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?".

Semasa itu saya dengan Nur pertama sedang berpisah. Lama kemudian baru kami baik semula. Lalu Nur kedualah yang banyak menolong memberikan semangat dan awal tahun ini saya tergerak untuk menghadiahkan cincin itu kepadanya... Kenapa? Baiklah biar saya sebut kenapa...

Adapun sekitar penghujung 2006, timbul gerak hati dalam diri saya memohon Allah agar diberi peluang memperbaiki perkara yang tak selesai berkenaan Mas. Saya tahu kami berpisah dalam keadaan tergantung. Saya yang tak tahu menilai kasih-sayang lalu menyebut mahu berkahwin dengan orang lain sedangkan dia sedia menunggu dan mengharap bertahun-tahun. Tetapi saya juga tidak mengharapkan dapat kembali kepadanya... Cukuplah dahulu saya banyak menyusahkan dan menghancurkan hatinya. Rasanya dia cukup bahagia kini dan saya tidak mahu mengganggunya lagi!

Selepas dia berkahwin dengan orang lain, hidup saya sebenarnya jadi tak menentu... Sampai saya pun tak tahu lagi dengan orang bagaimana saya harus berkahwin, saya menurut sahaja keadaan sampai gagal satu perkahwinan. Tetapi kini, setelah berlaku episod perkenalan dengan SS diikuti ziarah tak disangka ke makam Radin Mas, saya berjumpa pula dengan Nur kedua yang begitu menyayangi saya dan mengambil berat seperti mana pernah dilakukan si Mas dahulu.

Kebetulan Nur kedua memiliki darah Jawa campur Bugis yang rasanya ada kena-mengena dengan darah diraja juga... Mungkin betul Tuhan menghantarnya sebagai ganti Mas agar saya dapat peluang kedua untuk memperbaiki keadaan? Harap-harap begitulah!

Tentang Nur pertama pula, saya tak tahu nak letakkan bagaimana lagi tetapi saya tahu dia tetap penting dalam hidup saya dan Nur kedua pun faham ini. Masing-masing telah tahu akan kewujudan masing-masing dan telah pun berhubung. Diakui Nur kedua kini lebih utama sedangkan Nur pertama sudi ketepi tetapi terus berbaik lagi.

Dahulu mereka pernah sekali bertemu tetapi dalam keadaan tidak mengetahui hal diri masing-masing. Kini mereka sudah tahu sedikit sebanyak akan keadaan yang dilalui dan kaitan mereka dengan saya lalu buat pertama kali diatur satu pertemuan bertemu empat mata untuk kebaikan semua, juga atas nama perjalanan hidup yang telah ditetapkan atas Qada' dan Qadar Ilahi, dengan nama Allah dan Rasul!

Harap-harap pertemuan Nur pertama dengan Nur kedua beberapa jam lagi (tanpa kehadiran saya) nanti di hari Jumaat yang mulia bulan Sya'aban ini akan membawa satu persefahaman yang kukuh. Sesungguhnya kita semua ditakdirkan bertemu kerana ada sebab dan peranan masing-masing untuk menangani cabaran masa akan datang.

Sekian. Dengan ini selesailah artikel ini, artikel ke 383 blogspot ini. Alhamdulillah, hasil penulisan malam (dah masuk pagi dah ni, jam 6.30 ketika menulis ayat ini) juga menyaksikan blogspot BERPETUALANG KE ACEH masuk artikelnya yang ke 232, di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pula telah masuk artikel yang ke 155... Ini membawa kepada jumlah keseluruhan 383 + 232 + 155 bersamaan 770 artikel yang ditulis berdasarkan pengalaman sebenar kehidupan, bukan sekadar angan-angan!

Dan alhamdulillah, baru malam tadi saya mendapati bahawa artikel bertajuk Memori lama pahit getir SMSJ, Kluang, Johor... yang dibuat setengah tahun lalu telah disedari oleh warga berkenaan lalu mendapat perhatian sewajarnya. Rupanya ia baru sahaja ditemui lalu diletakkan di blogspot http://sajoha.blogspot.com/ yang merupakan blogspot utama tidak rasmi perkumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Johor... Sepertimana banyak juga isi-isi dan gambar-gambar di blogspot-blogspot saya telah dikutip lalu digunakan orang termasuk di majalah-majalah walaupun tidak diberikan kredit ataupun pengakuan.

Ini menunjukkan bahawa hasil penulisan yang dibuat selama ini bukan sia-sia, sudah banyak yang membaca dan menyukainya, bukan seperti yang cuba diwar-warkan oleh langau-langau yang sedaya-upaya cuba memburukkan diri saya di khalayak ramai. Sedarlah saudara bahawa saudara cuma membawa nada sumbang bertepuk sebelah tangan sedangkan ramai lagi pihak lain tahu menghargai hasil usaha saya selama ini. Kenapa saudara perlu irihati? Kalau saudara tidak irihati, kenapa pula saudara terasa dengan kata-kata ini?

Maka itu ampun dan maaf saya pohonkan kepada semua. Ampun dan maaf juga kepada langau kerana terpaksa berkasar. Harapan saya saudara (dan saudari yang sesekali masih mengintai-intai di sini setelah dahulu selalu sangat membuat kacau) mendapat kebahagian hidup dunia dan akhirat, Dengan kebahagian itu, insyaallah saudara dan saudari akan jadi cukup tenang, tiada masa lagi untuk menilik kesalahan orang lain kecuali menilik diri sendiri agar dapat menjadi orang Mukmin yang disebut Rasulullah SAW bahawa bagi mereka hari seterusnya lebih baik dari yang sebelumnya. Sekian, wassalam! :]

Bab 12, pemergian Nenek dan pencarian makam-makam Sultan Perak yang berkaitan...

Gambar makam moyang dan datuk saya sebagai hiasan. Diambil daripada artikelPerjalanan terbaru ke Perak... Singgah ke Teluk Intan... yang dibuat hampir 2 bulan lalu.



Assalamualaikum. Tadi saya telah membuat 3 artikel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk-tajuk ini:-
Saya juga sempat membuat 2 artikel di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk-tajuk ini:-
Sekarang baru saya boleh mengemaskini-kan blogspot ini pula. Maka bersambung kita daripada artikel Bab 12, cerita tayar motosikal meletup dan almarhum Nenek yang sedang nazak...

Hmm... Senang cerita saya copy and paste sedutan seterusnya daripada Bab 12 buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" ya. Kiranya daripada sini kita mula membawa kepada cerita salasilah Raja-raja Perak yang seterusnya akan membawa kepada cerita-cerita di sekitar peristiwa Perjanjian Pangkor 1874, sebagai persediaan untuk perjalanan ke Perak seminggu lagi seperti dinyatakan dalam artikel Program berjalan sambil buat video cerita Perak sekitar Perjanjian Pangkor 1874 dan pembunuhan Birch, apa sebenarnya berlaku... Jemputan untuk semua! Mari! :]


--------------------


Pagi Jumaat sekitar jam 9, Nenek sudah begitu nazak. Pihak hospital menasihatkan supaya dibawa kembali saja ke rumah. Tiada apa lagi mampu dilakukan, tiada guna nafasnya terus disokong alat. Rasyid terdiam menerima hakikat. Dia tahu Nenek dah lama merana akibat kencing manis, darah tinggi, rasanya sakit jantung sekali! Elok juga dilepaskan pergi, biarlah berehat setelah lama menanggung derita.

Cuma pemuda ini terkilan kerana tak dapat mengenalinya lebih dekat. Selama ini dia lebih rapat dengan keluarga sebelah ibu, kali terakhir berbual dengan Nenek setelah lebih tiga tahun tak menziarahinya! Pencarian untuk memahami diri pula masih jauh sedangkan Neneklah satu-satunya ahli keluarga yang faham keadaannya.

Tanpa dipinta, Rasyid menjadi satu-satunya ahli keluarga yang menemani Nenek dalam ambulans menghantarnya kembali ke rumah. Peluang itu digunakan untuk mengadu betapa perit keadaan hidupnya setahun kebelakangan... Betapa dia mengharapkan Nenek dapat memberikan sedikit lagi petunjuk dan menerangkan keadaan kepada ahli keluarga lain terutama ayah supaya tak terus dipandang serong.

Rasyid memeluk rapat tubuh Nenek yang terkulai layu apabila jalan pintas berbonggol membuat tubuh itu melambung. Dia mula tersedu-sedan menahan air mata... Apabila memasuki kawasan rumah, tiba-tiba semacam getaran elektrik mengalir daripada tubuh Nenek disertai hawa panas dan rasa seram-sejuk. Ah! Apakah ini hembusan nafasnya yang terakhir? Ya Allah, berilah aku kekuatan. Apakah satu-satunya ahli keluarga yang mampu memahami keadaanku sudah pergi?

Sebaik saja ambulans berhenti, saudara-mara lain bergegas mendapatkan tubuh Nenek lalu diangkat naik tangga masuk ke rumah yang sudah dipenuhi ahli keluarga dan pengunjung, Kata mereka, Nenek sempat hidup hingga ke muka pintu. Apapun, pemuda itu dapat mengangkat tubuh Nenek sampai ke permandian di dapur... Sempat melihat mukanya senyum berseri-seri setelah selesai dibasuh!

Al Fatihah untuk Nenek. Semoga kekal bahagia di sisi Pencipta… Dalam diam, Rasyid berazam akan mematuhi segala pesanan nenda. Insyallah, dia akan mendekatkan diri kepada Allah SWT, beramanah sebaik mungkin dengan zat dan darah yang mengalir dalam tubuh.

————————

Almarhum Nenek pernah menyebut beliau dan suami, Atuk Perak memiliki moyang sama iaitu Keramat Kuala Bidor. Mereka berdua berasal dari Teluk Intan, Perak dan bersaudara rapat, kalau tak silap dua pupu. Maklumlah, orang dahulu biasa berkahwin saudara-mara...

Katanya: “Atuk Perak belah Laksamana. Nenek yang belah raja.”

Semasa itu, anak muda ini tak faham langsung maksudnya. Kenapa Nenek membahagikan suaminya kepada belah Laksamana dan beliau belah raja? Bukankah mereka bersaudara? Bukankah Atuk Perak juga berkait dengan kerabat diraja Perak? Apakah perlu ada garis pemisah? Bila Rasyid bertanya lagi, itu juga jawaban yang diberi. Kemudian beliau menyambung, keluarga sebelahnya berasal dari Batubara lalu berpesan, jika sampai ke Sumatera, singgahlah ke sana. Katanya, masih ada saudara mara... Kalau berkesempatan, carilah mereka.

Menurut salasilah keSultanan Perak hasil kajian Barat yang digunakan Rasyid untuk menelusuri sejarah keluarga, kaitan dengan Batubara cuma muncul melalu perkahwinan Sultan Perak ke 23, Sultan Ja’afar Safiuddin Muazam Shah (memerintah 1857-1865) dengan Wan Mahtra, anak Datuk Muda Wan Abdul Rahman bin Maharaja Lela Ngah Hassan, Orang Suku Laksamana Batubara. Dari perkahwinan ini terbit Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelles, Sultan yang menandatangani Perjanjian Pangkor 1874 sebelum menyedari dirinya tertipu. Lalu terlibat membunuh Residen Inggeris J.W.W. Birch.

Selepas berjumpa dengan Nenek dan berbual mengenai asal-usul keluarga Oktober 2001, pemuda itu pergi ke Perak untuk menziarahi makam Keramat Kuala Bidor serta makam keluarga Laksamana yang mengandungi makam Atuk Perak di Teluk Intan. Kemudian memohon Allah Subhanahuwata’ala memberi petunjuk kaitan sebenar keluarganya dengan keSultanan Perak lalu mendapat gerak untuk berkelana mudik kanan Sungai Perak menghala ke Kuala Kangsar.

Memandangkan terdapat hampir 30 buah makam Sultan Perak di sepanjang perjalanan, Rasyid membuat keputusan melawat makam tertentu sahaja. Tapi dia tak tahu makam mana yang patut diziarahi lalu memohon Allah agar diberi gerak rasa tanpa diduga... Cukuplah sekadar dapat melihat kaitan sebenar keluarga dengan kerabat diraja.

—————————

Pada hari pertama berjalan mencari makam menunggang motosikal kesayangan, Rasyid tersesat di tengah bandar Teluk Intan. Sampai ke tepian Sungai Perak berdekatan Jalan Mak Intan lalu masuk ke Kampung Terengganu... Terus terjumpa makam Sultan ke 22, Sultan Abdullah Muhammad Shah (bukan yang dibuang ke Pulau Seychelles tapi yang memerintah 1851-1857) atau Marhum Durian Sebatang.

Selepas berjaya menemui jalan keluar menghala ke Kampung Gajah, Rasyid tergerak untuk memasuki sebuah lorong di Kampung Air Mati, Lambor Kanan... Sampai pula ke makam Sultan Perak ke sepuluh, Sultan Muzaffar Shah II atau Marhum Jalilullah lalu singgah sebentar.

Sebenarnya Pak Uteh, suami kepada adik ayah di Teluk Intan ada menyarankan supaya melawat satu makam di sekitar Lambor Kanan. Cuma dia tak tahu makam siapakah itu dan belum pasti jika mahu singgah. Lagipun sekitar kawasan itu sahaja terdapat beberapa makam Sultan termasuk Sultan pertama Perak, Sultan Muzaffar Shah I (memerintah 1528-1549) dan Sultan ke 13, Sultan Muzaffar Shah III (memerintah 1728-1754)... Maka apakah membuat Rasyid terpanggil untuk ke makam yang itu? Apakah kerana letaknya di kawasan kebun terpencil? Tak seperti kebanyakan makam yang pernah diziarahinya, makam itu adalah satu-satunya kubur di situ. Di batu nesan bahagian kepala pula terdapat sebuah busut besar yang agak menakutkan...

Apabila melangkah masuk kawasan makam, tiba-tiba angin menderu kuat sehingga daun-daun jatuh berguguran seperti nak ribut. Nasib baik ia reda apabila dia memberikan salam lalu menghadiahkan Fatihah. Apakah makna di sebalik kejadian itu? Mungkin ada kaitan dengan pencarian Rasyid untuk memahami erti diri sejati?










Paling menarik adalah penemuan tak sengaja makam Sultan Perak kedua, Sultan Mansur Shah ibni Sultan Muzaffar Shah I di Kota Lama kanan yang boleh menjawab kenapa keluarga Nenek boleh berasal dari Batubara atau Batu Bahara yang terletak di Sumatera, hampir 400km di selatan Aceh. Ini berlaku ketika menunggang motosikal besarnya melalui Sayong, Kuala Kangsar sehingga melepasi projek jambatan baru Sungai Perak yang belum siap ketika itu.

Setelah berjalan sekitar dua kilometer melepasi projek jambatan, tiba-tiba Rasyid gelisah amat. Dia mesti melihat kuala Sungai Sayong... Kalau tidak, rasa tak puas hati, terkilan. Tak tahulah kenapa…

Pemuda itupun berpatah kembali ke Sayong. Apabila sampai satu lorong menghala ke tebing Sungai Perak, tergerak pula untuk masuk ke penghujung hingga ke sebuah kebun jagung. Di situ, Rasyid terjumpa seorang tua yang kelihatan sibuk mengerjakan kebun lalu bertanyakan arah kuala Sungai Sayong. Beliau menuding ke arah hujung kebun... “Di belakang kebun inilah terletak kuala Sungai Sayong,” katanya.

Anak muda itu terus bergegas berjalan kaki menyusuri sempadan kebun. Ternampaklah kuala Sungai Sayong bertemu Sungai Perak... Lebih kecil dari kuala Sungai Gombak di Masjid Jamek Kuala Lumpur. Tiada apa yang istimewa, sekadar kuala sungai berlumpur.

Demi memuaskan hati, Rasyid berjalan lagi sampai betul-betul ke kuala yang berlumpur itu. Dia berdiri sejenak menghirup udara lalu menyentuh sedikit air kuala. Baru terasa puas hati... Semasa keluar dari kebun, orang tua tadi masih ada. Pemuda itu tergerak pula untuk bertanya jika ada apa-apa cerita pelik tentang kawasan ini. Jawab orang tua tak jauh dari situ, terdapat satu masjid yang didirikan di atas tapak sebuah masjid lama. Masjid lama itu pernah cuba dibakar Inggeris tapi tak tahulah apakah sebabnya, api tak dapat menyala...

“Mungkin berkat orang alim yang duduk di situ?” tambahnya.

Rasyid bertanyakan arah ke masjid lalu bergegas ke sana. Sampai saja di perkarangan masjid, kelihatan sebuah makam besar agak terserlah di kawasan perkuburan halaman masjid selain sebuah meriam lama antik. Makam ini memang nampak menonjol dari yang lain... Dia pun berkira inilah makam orang alim yang barakahnya telah menyebabkan masjid itu terselamat dari dibakar Inggeris. Eloklah singgah sebentar untuk memberi salam dan menghadiahkan Fatihah.

Sedang pemuda itu berjalan ke makam tersebut, tiba-tiba timbul rasa nak buang air kecil pula. Dia terus bertukar arah ke tandas demi melangsaikan hajat... Dengan masih memakai but kulit menunggang kuda yang tingginya sampai ke lutut, hadiah daripada Pasukan Polis Berkuda Putrajaya semasa bertugas sebagai wartawan dahulu, but yang kadang-kala dipakai ketika menunggang motosikal jarak jauh.

Rasyid cuma mahu singgah sebentar di masjid sebelum meneruskan perjalanan. Malas nak buka but kerana memakan masa, banyak sangat buckle, pengancing atau ikatan perlu dileraikan, kemudian mesti diikat kembali kemas. Selesai itu, dia mencuci but sebelah luar, setakat untuk memastikan tiada percikan najis terlekat. Entah kenapa, keluar saja dari tandas, pemuda itu terasa stokinnya lembab... Sedangkan but itu kalis air dan tingginya sampai ke lutut!

Mula-mula Rasyid buat tak tahu. Terus berjalan ke makam lalu berdiri sejenak menghadiahkan Al-Fatihah. Selepas itu berpatah balik ke kawasan tandas dan tempat berwuduk untuk membasuh muka. Tetapi makin dibiarkan makin terasa tak selesa. Stokin itu masih terasa lembap malah basah sedangkan pemuda itu pula makin gelisah.

Mahu tak mahu, terpaksa juga dibuka but dengan pengancingnya satu demi satu. Satu di buku lali, tiga di bahagian atas. Kanan campur kiri, lapan pengancing semuanya. Itupun perlu dibuka perlahan-lahan kerana bahagian lidah yang panjang sampai ke lutut agak keras... Rasanya ada dekat lima minit baru dapat buka but seluruhnya!

Bila sudah dibuka, tenyata tiada bahagian yang basah baik dalam but atau stokin mahupun mana-mana di kaki kiri dan kanan. Ah... dia kena tipu agaknya. But ini kalis air, kenapa pula boleh terasa basah di dalam? Tapi siapa pula nak menipunya? Bukankah ini tempat orang alim? Tiba-tiba hatinya terbetik. Mungkin perlu masuk ke masjid? Nampaknya begitulah... But sudah dibuka, stokin pun dah. Apa salah masuk sebentar? Lagipun dia sedang letih, boleh juga berbaring…

Rasyid masuk membawa beg galas besar yang selalu menjadi teman kembara di jalanan. Kalau tak silap ingatan, semasa itu pagi, baru jam 11... Ada banyak masa untuk sampai ke destinasi sebenarnya hari itu iaitu makam Tok Temong di utara Kuala Kangsar. Dia pun keluar mengambil wuduk... Buat solat Tahiyatul Masjid kemudian berbaring di tengah masjid, berbantalkan beg galas. Tup... tup... terus terlelap...

Sejam kemudian, baru Rasyid tersedar. Dalam keadaan sedikit mamai matanya mula melilau melihat sekeliling masjid. Tiba-tiba pandangannya terpaku ke satu bahagian tertentu, satu saf di belakang sejadah yang menandakan tempat imam, sekitar lima makmum ke kanan. Eh... Batu nesan! Benarkah apa yang dilihat? Kenapa boleh berada di dalam masjid? Sebatang pula itu, bukan sepasang! Apakah dia sedang bermimpi atau diberikan sebuah bayangan? Ketika itu tiada orang lain dalam masjid. Apakah dia saja yang nampak?

Pemuda ini menggosok-gosokkan kedua biji mata... Batu nesan itu masih kelihatan. Dia pun bangun untuk meneliti lebih dekat. Batu nesan itu terasa solid, kukuh dan nyata bila dipegang... Tertanam kukuh ke lantai masjid, tidak boleh digoyang-goyangkan…

Apapun, samada batu nesan itu betul-betul wujud atau tidak, Rasyid terasa perlu membacakan Surah Al-Fatihah dan Ya Sin, dihadiahkan kepada pemilik batu nesan yang dia pun tak tahu entah siapa… Mungkin orang alim yang disebut orang tua tadi? Bagaimana pula makam di luar masjid? Yang mana satu milik orang alim yang dimaksudkan?

Dipendekkan cerita, memang terdapat sebuah batu nesan terpacak di dalam Masjid Kota Lama Kanan... Rasyid dapat tahu apabila penduduk tempatan sampai ke masjid untuk menunaikan solat Zohor. Merekalah yang menyatakan batu nesan tersebut adalah milik Sultan Perak kedua, Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Muzaffar Shah (memerintah 1549-1577). Tapi ini bukan bermakna baginda mangkat di situ. Ia sekadar menandakan tempat baginda ghaib sahaja...

Sultan Mansur Shah dikatakan ghaib ketika sedang menunaikan solat Jumaat. Sebab itu tempat baginda ghaib ditanda dengan satu batu nesan, bukan sepasang. Kata seorang ahli jemaah masjid pula, ada cerita lama menyebut baginda hilang diculik tentera Aceh. Sejarah rasmi yang dibaca Rasyid ada menyatakan Aceh pernah menyerang Perak sekitar 1570an atau 1580... Lebih tepat lagi selepas 1577 yang dianggap sebagai tahun kemangkatan Sultan Mansur Shah. Tak tahulah pula bagaimana baginda boleh diculik di tengah orang ramai yang menunaikan solat Jumaat... Ada pula berkata ia berlaku atas permintaan Sultan Mansur sendiri yang mahu meninggalkan Istana Perak!



Tuesday, August 05, 2008

Lawatan ke Singapura 2006. Mulanya satu perjalanan tak disangka...

Alhamdulillah, akhirnya setelah berbulan bercadang mahu melepaskan siri cerita lama ini di blogspot, baru sekarang dapat saya memulakan langkah... Jadi biar digunakan gambar-gambar lama yang nampak begitu buruk ya. Sila! :]

Ini adalah gambar di Singapura, saya tak ingat bahagian mana, diambil menggunakan video kamera milik seorang kawan perempuan orang sana, kita panggil SS saja ya! Saya datang sehelai sepinggang sahaja, tiada pakaian lebih, yang ada cuma sehelai tuala selain barang-barang yang biasa saya bawa dalam beg sandang yang sentiasa dibawa ke hulu, ke hilir. Memang saya tak sangka akan berjalan jauh ketika itu. Tapi seperti biasa, apabila timbul gerak, jadilah sesuatu tanpa perlu apa-apa rancangan, mahupun bayangan apalagi apa bentuk persediaan...


Adapun cerita ini berlaku dalam musim Hari Raya Aidilfitri pada penghujung 2006. Mukadimahnya adalah penyertaan aktif saya dalam dunia Internet sekitar Julai di satu forum yang sering membincangkan perkara-perkara pelik termasuk ilmu persilatan batin juga hal perubatan dan penglibatan makhluk ghaib. Di situlah saya membuka satu thread perbincangan bertajuk "Berpetualang ke Aceh", asalnya sebagai wadah untuk mempromosi siri buku tulisan saya.

Ketika itu buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" (terbit Jun 2006) baru sahaja memasuki pasaran, baru hendak diperkenalkan. Thread itu menjadi tempat saya meletakkan sedutan isi buku untuk menarik perhatian umum lalu terus jadi wadah perbincangan bermacam perkara melibatkan sejarah lama Melayu. Sila klik Forum Rawatan Alternatif... Soal-jawab Berpetualang ke Aceh... dan dari situ lihat sendiri isinya kalau boleh dari mula...


Perbincangan di situ telah mengenalkan saya dengan SS, seorang gadis Singapura. Entah kenapa, bermula daripada satu sesi permainan pantun secara spontan, saya terasa tertarik dengannya... Semasa itu saya dapat merasakan dia seolah-olah membawa aura seorang kekasih lama saya yang bernama Mas, satu watak yang juga sering disebut-sebut dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh" hampir seiring dengan watak gadis kesayangan seterusnya iaitu Nur...


Kalau tak salah ingatan, saya mula aktif berforum di Internet pertengahan 2006 sedangkan saya mula membuat blogspot penghujung tahun itu. Tetapi saya mula berbaik dengan SS sekitar September ke Oktober begitu... Dari forum, kami mula rajin berhubung melalui g-mail... Kemudian-kemudian baru dia ada menghubungi saya melalui telefon sedangkan ketika itu saya juga sentiasa berhubung dengan Nur. Selalu juga terjadi pertelagahan masa di mana kedua-dua pihak memerlukan perhatian saya lalu timbul rasa cemburu. Ah... Bukan saya sengaja cari dan minta ia jadi begini...


Hari Raya Aidilfitri yang bermula awal November 2006 menyaksikan saya lebih banyak terperap di rumah ibu-bapa di kampung... Nak berjalan sangat, saya tidak memiliki kenderaan kecuali motosikal besar yang ketika itu masih rosak, tidak berjalan sejak penghujung 2002 atau awal 2003 begitu. tersadai jauh di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang. Lagipun saya tak berapa ada mood nak berjumpa saudara-mara... Susah juga nak bercerita... Orang lain semua boleh berbangga dengan pencapaian terbaru mereka dalam kehidupan, ada kereta besar baru, rumah baru dan sebagainya... Saya pula setakat seorang duda yang masih teraba-raba, baru sahaja menerbitkan sebuah buku yang hasilnya belum nampak apa...

Saya sendiri tak kisah apa tetapi hakikat dunia ini, orang suka mengukur pencapaian hidup melalui apa yang kita ada. Bila kita tak kisah, mereka pula terasa pelik malah memandang rendah dan hina pun ada! Manakan tidak, semua orang katanya mahukan kekayaan, tiba-tiba ada orang menolak kesenangan lagi suka berpakaian buruk macam saya... Mana logik ya tak? Selalunya yang tak nak tu cuma orang yang tak dapat peluang sahaja. Nak cover line, tak nak mengaku yang dia tu lemah, maka banyak orang sebegini pun cipta alasan kononnya tak mahu kaya seolah hatinya mulia tak hairankan harta tapi sebenarnya tak dapat projek, itu sahaja!

Itu kes orang yang tak da peluang, bersepah dalam dunia ni cuba cari contact sana-sini tapi telah ditakdirkan tak dapat juga peluang... Mana pula nak letak orang macam saya yang kalau diikutkan latar-belakang ternyata bukan calang-calang? Saya bukan buat-buat atau cipta cerita seperti yang sesetengah orang biasa buat dalam Internet untuk mencipta satu identiti diri yang lebih 'berketrampilan'. Saya ada sijil-sijil sebagai bukti dan kenalan sejak sekolah rendah tahu saya bagaimana orangnya...

Cuma keadaan saya kemudian mungkin jauh berbeza daripada yang dikenali zaman sekolah, kolej dan universiti. Nama aje graduan Matematik daripada London, bekas wartawan akhbar The New Straits Times yang kenal ramai orang berada di tempat-tempat tinggi tetapi lihatlah saya... Keadaan saya beberapa tahun kebelakangan lebih teruk agaknya daripada orang tak berpelajaran yang datang daripada keluarga miskin sedangkan ahli keluarga saya rata-rata boleh tahan berada! Lalu jawaban paling senang hendak menerangkan keadaan saya yang melanggar 'tatasusila kebiasaan'... Dia ni dah tak berapa betul, begitu le pandangan orang termasuk saudara-mara sendiri. Bukan saya tak tahu!


Disebabkan rumah ibu-bapa saya adalah salah satu rumah tumpuan saudara-mara datang bertandang, nak tak nak terpaksa juga beramah-mesra dan "ditemu-ramah" orang. Seperti biasa, saya selamba aje menjawab segala persoalan orang seperti yang ditanya. Soalnya, bolehkah mereka menerima jawaban saya? Seperti biasa, mana ada orang menolak kekayaan atau peluang untuk meraih kekayaan ya tak? Jadi dia ni apa kena? Kenapa pelik sangat macam ni? Tentu sebab kepala dah tak berapa betul ya tak? Agaknya sebab dah lama menduda kot!

Hmm... Pelik jugak. Dulu girlfriend bersepah sana-sini lawa-lawa belaka, la ni dah jadi pelik semacam. Dulu jaga muka jaga badan ramai perempuan minat, sekarang dah macam orang baru keluar daripada gua! Pelik-pelik pun saya tetap melayan saudara-mara yang bertandang selagi boleh. Di celah-celah itu harus pula mengikut ibu-bapa dan keluarga bertandang ke rumah saudara-mara. Tapi banyak di sekitar kampung saja le... Sepupu dua pupu begitu... Dari seluruh Malaysia tapi bila hari raya masing-masing balik ke rumah pusat keluarga masing-masing, dapatlah bertemu semua mana yang ada. Selain dari itu, saya banyak memerap di rumah... Nak cerita banyak-banyak pun tak kena... Orang tengah cerita pasal buat kerja apa, gaji berapa, kereta baru apa pakai. Saya mana ada semua itu!


Setelah lama banyak memerap di rumah, timbul rasa bosan. Lagipun saya sudah terbiasa aktif berforum, rindu juga hendak mengetahui perkembangan terkini sedangkan di rumah ibu bapa saya tiada Internet. Pada satu hujung minggu, sudah lupa Sabtu atau Ahad, kalau tak salah ingatan pada hari raya ke lima, saya pun berjalan kaki keluar kampung lalu menaiki bas ke pusat bandar Muar. Terus cari Internet, terus masuk ke dalam forum...

Kebetulan SS juga on-line... Dia bergurau mengajak saya ke Johor Baru sekitar 180km di selatan Muar begitu. Saya menyahut 'cabaran' kononnya mahu pergi ke sana... Dalam pada itu, timbul juga rasa ingin melihat bagaimana rupa sebenar SS... Dalam forum dan Internet kelihatan begitu menarik sehingga berjaya menarik minat ramai laki-laki ingin mengenalinya. Tetapi dalam 2-3 bulan itu, dengan sayalah dia paling rapat. Kiranya ramai juga lelaki jealous!

Tup, tup... Tengok-tengok, terus jadi betul saya ke sana. Dengan sehelai sepinggang kecuali ada beg sandang yang dibawa ke mana-mana, ada komputer laptop lama Twinhead saya (lihat artikel Komputer laptop TwinHead 12D hadiah daripada Nur. Mengenang jasa besarnya... ), ada tuala dan sedikit barang, saya terus mengambil bas ke Johor Baru.


Sampai di bas stesyen Johor Bahru, saya terpaksa menunggu buat satu masa sebelum SS muncul. Terus terang saya cakap, saya terperanjat... Ini kerana penampilan SS berbanding apa yang saya bayangkan terasa tidak sama langsung. Saya membayangkan seorang gadis genit dengan muka manja tetapi SS ternyata lebih besar orangnya... Bukanlah teruk sangat ke apa, tetapi senang cerita, not my type... Bukan jenis gadis-gadis yang biasa keluar dengan saya. Kalau sebelum itu saya membayangkan dia ada ciri-ciri Mas gadis kesayangan saya dahulu, rasanya bila terjumpa langsung tiada ciri-ciri itu.

Tidak dapat dinafikan SS ada tarikan tersendiri. Sebagai seorang wanita yang berjaya dalam karier, dia juga agak berduit dan ada ketrampilan tersendiri... Cuma dia bukan jenis gadis yang saya sukai. Dan saya rasa saya perlu sebut ini... Saya ialah jenis orang yang spontan bercerita tanpa perlu merujuk ke sana-sini untuk menambah isi cerita. Begitu juga cara saya mengarang cerita di blogspot, rata-rata on-line, bukan tulis di mana-mana dahulu kemudian copy and paste letak di sini. Baru saya sedar, mungkin SS termasuk golongan orang yang pandai membuat rujukan di Internet untuk menjawab segala persoalan, pandai juga menceduk isi di mana-mana tempat yang patut tetapi tidak boleh menjawabnya secara spontan seperti saya biasa lalukan...

Apapun kami telah bertemu muka... Saya sudah bergerak ke Johor Bahru 180km ke selatan Muar pada hari raya ke lima (atau ke enam? Yang pasti minggu pertama), mesti ada sebabnya... Dan hati saya tetap berkata ia ada kena-mengena dengan Mas walaupun SS tiada langsung ciri-ciri Mas kecuali ini... Mungkin dia ada sedikit keberanian dan kepandaian menghadapi dunia seperti yang Mas miliki?

OK... Malam itu setelah berjalan-jalan di sekitar Johor Bahru dan makan minum terutama di Danga Bay, SS telah meninggalkan saya di sebuah masjid berdekatan di mana saya bermalam... Bukan di dalam masjid kerana ia terkunci tetapi di atas sebuah meja di belakang... Jadilah!

Pagi keesokannya SS menelefon bertanyakan khabar, terus mengajak saya sarapan pagi sama. Cadangan asalnya, selepas itu saya akan mengambil bas kembali ke Muar. Tetapi selesai sarapan, timbul rasa untuk mengajak saya ke Singapura... Kebetulan saya ada membawa paspot antarabangsa dalam beg sandang! Apalagi, terus ke Singapura melalui laluan kedua di Gelang Patah...

Dahulu semasa membesar di Muar sejak tahun 70an, boleh kata setiap tahun saya dan keluarga mesti akan ke Singapura. Ketika itu, duit Malaysia dengan duit Singapura tidak banyak beza nilainya... Malaysia pula banyak ketinggalan dari segi material, belum ada shopping complex canggih dan sebagainya sedangkan di Singapura sudah ada segala-galanya... Jadi memang berbaloi pergi ke Singapura sekurang-kurangnya setahun sekali... Lagipun kami juga ada saudara-mara di sana juga di Singapura sendiri. Jadi selalulah juga pergi. Siap ada paspot warna biru semata-mata untuk pergi ke sana!

Tetapi sejak dewasa ini saya kurang gemar tentang Singapura... Setelah menjadi lebih peka akan sejarah bangsa Melayu dan keadaan dunia sekarang, setelah melihat betapa Singapura telah dijadikan pengkalan untuk kuasa-kuasa Barat yang disokong Yahudi Zionis mencorakkan keadaan sosial serantau. Seingat saya, kali terakhir saya ke Singapura sebelum itu adalah sekitar tahun 1985.

Siapa sangka lebih 20 tahun kemudian saya akan ke sana tanpa dirancang, dengan sehelai sepinggang lagi? Siapa sangka saya berbuat begini kerana seorang gadis Singapura yang saya rasa seperti ada ciri-ciri Mas, buah hati lama... Tetapi apabila terjumpa, ternyata dia sangat lain orangnya. Apapun, siapa sangka apabila sampai ke sana, memang perjalanan itu ada kena-mengena dengan Mas... Malah gambar terakhir di atas (dengan muka serabai posing di satu lereng bukit) ini diambil berdekatan satu tempat yang ada kena-mengena dengan Mas. Tempat apakah itu? Nanti kita sambung ceritanya ya.

Hmm... Lega, dapat juga membuka cerita tentang Singapura ini setelah berbulan memikirkannya. Dahulu lebih setahun lalu, ada saya paparkan sedikit cerita bergambar dalam thread "Berpetualang ke Aceh" di forum kegemaran saya itu, ketika ia sudah mencapai sekitar 120 mukasurat. Entah kenapa, tiba-tiba berlaku satu masalah teknikal yang tidak pernah berlaku sebelum itu lalu 11 mukasurat thread itu termasuk segala cerita bergambar tentang perjalanan ke Singapura itu lesap begitu sahaja! Kini biar diluahkan di sini pula ya, setelah thread itu dah masuk 324 mukasurat. Sekian, selamat malam! :]

Monday, August 04, 2008

Bab 12, cerita tayar motosikal meletup dan almarhum Nenek yang sedang nazak...


Ini adalah gambar motosikal besar saya diambil daripada artikel Yahoo, eh... Alhamdulillah... Moto beso aku boleh jalan dah! yang dibuat 3 minggu lalu. Adapun saya memaparkan kembali gambar ini kerana mahu menunjukkan tayar belakang yang dibeli di Bentong, Pahang tahun 2002 dan kini masih dapat digunakan elok alhamdulillah, tayar yang menggantikan sebuah tayar lain yang telah meletup dalam perjalanan mendaki Banjaran Titiwangsa untuk ke Raub, Pahang. Baca ceritanya di bawah...

Saya tak pasti apakah saya pernah memaparkan cerita yang merupakan sedutan daripada buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" ini di sini. Apapun, sedutan ini ialah versi yang telah diedit sedikit untuk edisi Internet yang akan datang. Sila baca... Oh, biar diletakkan sedikit kata-kata pembukaannya sekali yang merupakan sedikit terjemahan ayat-ayat Al-Quran untuk membuka bab yang diberi nama Bab 12. Mari! :]

-----------------

BAB 12

Ketika Yusuf berkata kepada bapanya:
Hai bapaku! Sesungguhnya aku bermimpi
melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan
semuanya kulihat sujud kepadaku.

Berkata bapanya: Hai anakku! Janganlah engkau ceritakan
mimpimu itu kepada saudara-saudaramu,
nanti mereka akan memperdayakanmu dengan segala tipu-daya.
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi manusia.

Demikianlah Tuhanmu memilihmu
dan mengajarkan takwil mimpi kepadamu dan
kepada keluarga Ya’aqub,
sebagaimana Dia telah menyempurnakan nikmatNya
kepada dua orang bapamu sebelumnya, Ibrahim dan Ishaq…

- Surah Yusuf, Ayat 4-6

Awal pagi Khamis pertengahan 2002, Rasyid mendapat panggilan telefon daripada ayah. Mereka jarang berhubung kecuali jika ada perkara penting. Ternyata panggilan itu sangat penting bagi keluarga...

“Rasyid,” kata ayah. “Nenek semakin teruk. Dia kini di Raub.”

Pemuda itu faham maksud ayah... Sebelum itu, ibu kepada ayahnya ini telah terlantar sakit lebih tiga bulan di Hospital Daerah Bentong... Sakit tua campur kencing manis campur darah tinggi dan entah apa-apa lagi. Selama terlantar di katil hospital, Nenek lebih banyak tidur, lemah, sakit-sakit badan dan kepala, langsung tak boleh bersuara. Dia tahu Nenek tak mampu lagi bertahan. Sudah sampai masanya wanita berumur hampir 80 tahun itu meninggalkan dunia yang fana’ ini.

“Baiklah,” jawab Rasyid. “Saya bergerak ke Raub sekarang.”

Pemuda itu bersiap ala kadar kemudian menghantar pesanan SMS kepada isteri yang sedang bertugas memaklumkan rancangan. Enjin motosikal besarnya dihidupkan, dia pun meninggalkan Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan, kata-kata Nenek dalam perbualan terakhir mereka lebih setengah tahun lalu terngiang-ngiang di telinga...

“Ingat! Kamu berasal dari keturunan orang baik-baik. Jaga nama baik keluarga. Ada amanah besar perlu kamu pikul nanti. Ingat itu!”

Ya… Saya ingat Nek. Tak pernah lupa walau sedetik. Sebab itu cucunda sanggup mengembara ke sana ke mari mencari dan menziarahi makam-makam lama untuk mengenali asal-usul keluarga... Sanggup bertungkus-lumus menggali kembali cerita-cerita Melayu lama, sanggup meninggalkan keselesaan hidup, kerjaya yang elok dan lumayan malah sanggup mengenepikan rumahtangga sehingga dituduh gila!

Saya tahu Nenek sengaja tak menceritakan semuanya, setakat memberi sedikit sejarah keluarga supaya cucunda keluar berkelana. Sebab itu saya sanggup tempuh perjalanan hidup yang mencabar demi menyerlahkan diri sejati supaya mampu memikul amanah itu nanti.

Motosikal berkuasa tinggi meluncur laju 120kmj hingga 140kmj memasuki bahagian lebuhraya berliku mendaki Banjaran Titiwangsa. Tiba-tiba terdengar letupan kuat di sebalik deruan angin.“Ah!” bisik hatinya. “Bunyi seperti tayar motosikal aku meletup!”

Kebetulan kedua tayar motosikal itu sudah lama licin tanpa bunga. Tapi dia terus menggunakannya kerana tak mampu menukar baru. Maklumlah tayar hadapan RM300 harganya, yang belakang RM400!

Bayangkan tayar belakang buruk, lebih tiga bulan kelihatan benang. Di sesetengah bahagian, jaringan benang yang sepatutnya tersorok dalam getah menonjol keluar sehingga mengelilingi seluruh ukurlilit tayar bermakna bila-bila masa sahaja ia boleh bocor! Bayangkan...

Pemuda itu buat tak tahu apa yang berlaku dengan harapan letupan kuat itu berasal dari sebuah lori besar yang dilepasinya tadi. Sambil itu dia tak henti berzikir dalam hati memohon pertolongan Allah SWT supaya sempat sampai ke Raub dengan selamat. Kelajuan motosikal dikurangkan kepada 80kmj hingga 100 kmj kerana jalan berliku tajam. Sekitar 5km selepas melepasi terowong bawah-tanah di Genting Sempah di mana penurunan Banjaran Titiwangsa bermula, motosikal itu mula terasa ‘geylong’, tidak stabil dan susah hendak dikawal.

Ternyata tayar belakang motosikal sudah kempis kerana besi rim tayar terasa bergesel dengan jalan. Rasyid yang berada di laluan pantas memberikan isyarat untuk ke tepi jalan sambil memperlahankan motosikal dengan kadar terkawal supaya tak tergelincir. Nasib baik dia telah menghampiri simpang ke pekan Bukit Tinggi lalu dapat keluar dari lingkungan tertutup lebuhraya. Pemuda ini terus menghalakan motosikal pancit itu ke kawasan kedai berdekatan. Kebetulan ayah dan ibu yang bergerak dari Muar baru hendak sampai ke Kuala Lumpur... Mereka dapat dihubungi lalu ditumpang sampai ke Raub!

Rasyid sampai ke Hospital Besar Raub lebih kurang dua jam kemudian. Beberapa orang saudara-mara telah berkumpul mengelilingi katil di mana Nenek sudah lebih tiga hari tak sedarkan diri... Dapat bernafas pun dengan sokongan alat life-support machine... Pemuda itu terus meluru ke sisi lalu menggenggam tangannya. Nadinya sangat lemah menandakan nyawanya kini berada di hujung tanduk…

Seorang sepupu mendapat tahu apa yang berlaku lalu menawarkan diri menolong membawa motosikal pemuda itu kembali ke Raub.

“Kamu tak boleh tinggalkan di Bukit Tinggi,” dia memberitahu. “Di situ lori-lori besar biasa keluar masuk. Takut ada yang berniat jahat lalu mengangkut dan membawa motosikal kamu pergi.”

Rasyid termenung panjang. Perlukah ke sana meninggalkan Nenek yang sedang nazak? Pemuda ini bertafakur sebentar... Lalu hati kecilnya berkata, nenda akan bertahan sedikit lagi sekurang-kurangnya sehingga anak-anaknya yang bertebaran di Semenanjung berada ke sisi.

Anak muda itupun mengangguk bersetuju. Kata sepupunya, mereka boleh pergi ke kedai di Bentong yang menjual barangan motosikal besar dan meminta pihak kedai supaya membawa van ke Bukit Tinggi untuk mengangkut motosikal lalu ditukarkan tayar. Cuma satu saja masalah... Dia tiada wang untuk membeli tayar baru. Nasib baik ayah sedia menolong. Sejak mula bekerja enam tahun lalu, Rasyid tak pernah meminta duit orang tuanya tetapi kali ini dia tiada pilihan... Ayah faham lalu menghulurkan RM400 dari poket baju.

Dipendekkan cerita, motosikal itu dapat diangkut ke Bentong dan ditukarkan tayar serta dilengkapi getah tiub baru dengan jumlah harga RM380. Sepupu Rasyid pula menggeleng-gelengkan kepala apabila melihat tayar lama yang koyak berlubang besar...

“Nasib baik tak tergolek,” katanya. “Kamu memang beruntung dapat selamat kerana Tuhan memang mahu menemukan dengan Nenek.”

Bayangkan... Tayar itu bukan saja terkoyak berlubang besar malah tiub di dalamnya pun boleh terkeluar terbang! Plet nombor di belakang pula berkecai tinggal serpihan yang dikunci dengan skru, mungkin kerana dihentam tiub yang terkeluar. Sebab itu terdengar bunyi letupan kuat... Rupa-rupanya bunyi tayar pecah campur plet belakang dihentam. Dalam keadaan itu, Rasyid bukan saja selamat malah berjaya menunggang motosikal mendaki lebuhraya berliku agak curam pada kelajuan 80kmj hingga 100kmj, terus berjalan 10km lagi untuk sampai ke simpang keluar yang membolehkannya berehat!

------------------

OK. Seperti disebut dalam artikel Nombor 131 dan gerak penceritaan seterusnya... yang dibuat Khamis minggu lepas, selepas ini saya mahu memaparkan satu siri cerita lama tentang perjalanan tak dirancang ke Singapura penghujung 2006 diikuti cerita tentang umrah yang dibuat 2005. Fikirnya, saya tidak akan membuat apa-apa perjalanan baru sehingga masuk pertengahan bulan untuk ke Perak seperti ada disebut dalam artikel Program berjalan sambil buat video cerita Perak sekitar Perjanjian Pangkor 1874 dan pembunuhan Birch, apa sebenarnya berlaku... Jemputan untuk semua!

Sebaliknya hujung minggu lalu terjadi pula satu perjalanan ke Gemas seterusnya ke Melaka. Lalu terasa pula mahu diluahkan lalu tadi saya lepaskan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH melalui artikel-artikel bertajuk A long trailer passing through Gemas... dan A visit to Gemas, Malaysia's very own rail crossroad... di diikuti cerita Masjid (Mosque of) Tengkera, Melaka di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) .

Apapun, di celah cerita tentang Singapura yang insyaallah akan saya mulakan selepas ini, saya bercadang mahu meletakkan sedikit cerita sokongan sebagai persediaan untuk perjalanan ke Perak yang akan berlangsung tak lama lagi... Sekurang-kurangnya untuk persediaan sesiapa yang mahu turut sama agar dapat mengatur fakta kejadian sekitar Perjanjian Pangkor 1874 seperti yang pernah saya paparkan dalam buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?".

Kebanyakan fakta sekitar perjanjian itu diletakkan dalam bab yang bertajuk Bab 12 pada buku itu. Kebetulan dalam proses untuk membuat siri buku "Berpetualang ke Aceh" versi Internet, saya selesai mengedit bab itu di Gemas... Apabila melihat betapa bab itu menceritakan banyak lapisan peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Pangkor, saya rasa elok juga seluruh isi Bab 12 yang baru diedit itu dipaparkan di blogspot ini peringkat demi peringkat hingga selesai. Bermula dengan bahagian yang terpapar di atas ini...