Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, December 30, 2006

Perang Akhir Zaman - Bahagian 3

Waahh... Banyak sangat masalah mahu mengemas-kinikan cerita di blog malam ini... Ada sahaja gangguan pada server juga pada host program blogger itu sendiri. Mahu rasanya give-up, apalagi jiwa dan raga sedang penat... Baru petang tadi kembali daripada 2 minggu berkelana di Terengganu, Kelantan dan Pahang. Malangnya saya tidak dapat melelapkan mata selagi tidak menyelesaikan kerja... Tak apa... Semua itu dugaan belaka untuk mencuba kesabaran dan keredhaan seorang hamba...
Baiklah, biar saya sambung lagi postings terpilih yang diambil daripada Forum CVT untuk melengkapkan artikel "Perang Akhir Zaman" ini ya... Jika pada awalnya, saya menghadapi banyak persoalan apabila mula mengenengahkan subjek menakutkan ini, pada penghujungnya pula ramai orang yang terbuka untuk menerima kemungkinan akan peristiwa-peristiwa dunia yang akan berlaku nanti... Lalu ramai yang tergerak untuk mengkaji asal-usul diri sendiri untuk bersiap-sedia menghadapi cabaran akan datang...
Dalam celah-celah itu pula, saya sempat berkelana lagi, jadi keluarlah sedikit cerita dalam perjalanan. Apapun, OK... Ini dia ceritanya...


Posted: 27 July 2006 at 6:06pm
A'kum kawan-kawan. Teman dah sampai Teluk Intan ni. Malam tadi tido kat masjid Kg. Gajah. Masa kat Kuala, tak de pulak orang offer gua durian... Yang sibuk tengah musim ni belah-belah Pantai Remis dan menghala ke Kampung Matang Aceh. Tempat lain aku tak nampak sangat. Eh, kenapa ko tanya LK? Ada apa-apa ke? Yang aku ingat masa kat Beruas ada le dua tiga orang warning aku kalau gi Kangso tu jaga le makan-minum sikit sebab la ni musim orang test santau dengan buang santau... Alhamdulillah, gua masih sihat. Tapi kena hati-hati jugak sebab tok nenek-moyang teman banyak juga yang mati kena racun... Nak rembat depan-depan tak dapat, rembat le cara halus...
Tentang bab camana Zionis, Mossad, CIA n gang (semuanya ni pun ada geng jugak, bila Freemason n Illuminati masuk campur bagi arahan) boleh kacau sistem kita, salah satunya taja orang politik yang berpengaruh... Camana caranya?
Ini satu contoh. Katakanlah hang seorang pelajar univerisiti terkemuka luar-negara yang agak terserlah... Popular dan diketahui bijak... Tapi orang juga tahu anda bercita-cita besar nak jadi pemimpin. Dan anda boleh makan umpan sebab kaki minum dan suka jilat pompuan (excuse me, sesekali nak kena pakai lidak kasar jugak)...
Jadi akan sampai satu masa anda akan di approach oleh wakil-wakil kumpulan yang bergerak seperti persatuan brotherhood fraternity, lebih kurang cam rotary club n lions club le gitu. Ajak anda gi parti, sambil-sambil tu cite politik, wine n dine... main pompuan. Maka anda dah tentu ada skeleton in the closet, ada scandal yang boleh dipakai untuk ugut anda in the future kalau tak nak ikut cakap.
Kalau anda memang ikut kepala diaorang, enjoy all night long, anda pun akan terbawa le dengan pemikiran liberal MatSaleh yang disponsor Zionis di samping ikut serta perbincangan macamana nak ubah sistem negara anda yang tak liberal tu. Jadi di samping gelak ketawa tu muncul pulak rancangan dan tekad - kita mesti bagi Malaysia jadi lebih open - sambil-sambil tu anda pun dikenalkan dengan para peniaga, politikus, ahli perang saraf dan strategis yang berpengaruh. Mereka le yang akan menolong merangka kenaikan anda dalam persada politik negara apabila balik Malaysia nanti. Kalau perlu masuk TV jadi pelakon dulu, buatlah itu... Kalau jadi news presenter pun boleh... Yang penting profile anda meningkat di mata masyarakat sampai le masa anda "ditanam" ke tempat strategik untuk menumpang kenaikan politik orang lain contohnya melalui perkahwinan...
Aku rasa cukup le aku cite setakat ini... Yang lain tu fill in the blank... Ini cuma perspektif realitip politik daripada seorang hamba Allah yang dah ragging banyak muka-muka yang sekarang pegang perniagaan dan polisi negara, masa zaman-zaman student A-Levels dulu... Dan dah buat pun kerja macam James Bond conquer pompuan sampai depa tak bole resist lagi apa-apa aku punya suggestion. Aku tau le apa aku cite. Tapi aku dah taubat le, insyaallah, sebab tu tak boleh cite lebih-lebih ... A'kum
p/s: Masa aku lepak kat makam diraja Bukit Chandan, aku perasan le area sebelah makam Sultan Idris (yang perintah Perak sebelum Sultan sekarang) cantik je kosong. Tak balance... Macam nak tunggu penghuni baru je... Ish.... Celupar mulut aku... Ish...

Posted: 01 August 2006 at 12:13am
Ada forumer menyatakan betapa kita sekarang dilalaikan dengan hiburan. Maka saya menjawab: Betul tu Cfu... Aku sokong 100 peratus...
La ni AF dan ada pserta pakai tudung... Maka jadilah contoh muslimah pakai tudung juga bole terkinja-kinja menari atas pentas...
Last AF diaorang dok war-warkan pasal Mawi contoh lelaki ideal pilihan bakal mak mertua satu world, boleh mengaji, pandai berzanji...
Hmm... Apasal lak si Mawi ni tak guna populariti dia yang gila babi hebat tu ajak anak-anak Melayu, pakcik dan makcik lihat realiti zaman sekarang? Gunakanlah skill mengaji dan berzanji awak tu suapay kita peka sikit apa yang berlaku di Timur Tengah... Lantangkanlah suara kutuk Israel masuk Lebanon bunuh orang. Ini tak... Yang lantang orang-orang lain, kononnya sampai nak serbu Condoleeza Rice padahal teman tahu sangat le yang cakap berdegar-degar ni master plannner political path diapun dah tentu ada connection Zionis...
Apa, Mawi takut Fernandes marah ke kalau sokong Hizbollah pi bantai balik Israel? Apa, kita nak lawan benda-benda bole tubuh MyTeam aje ke, konon-konon hidup kita rakyat Malaysia ni ceria selalu... Itupun Myteam dah entah ke mana, political vehicle satu mamat tu aje nak dapat sokongan Melayu belia...
Alahai... Dunia, dunia... Poning kepala den...

Hmm… Baru terasa nak menyertakan komen seorang forumer yang memakai nama Kersani:
Posted: 01 August 2006 at 3:45pm

ishhhh...... pakatan yahudi ni dah lama bertapak kat negara asia ni.. terutama negara©÷ 3 islam, indonesia, malaysia, singapore..... apa mau heran.. sejak dari pemerintahan kesultanan melayu melaka lagi.... pakatan zionis, atau illuminati atau pun gerakan freemason (gerakan Rahsia). satu gerakan yang punyai satu misi, iaitu, kuasainya dunia anggota mereka ni ramai yang cerdik pandai (Golongan Yahudi), ahli©÷ perniagaan, Politician, Army, or what ever lah!.... mereka ni ada dimana©÷, di seluruh pelusuk dunia. mereka gak yang mencaturkan bidak apa yang perlu dibuat, apa yang perlu dilaksanakan, apa yang perlu dilakukan. di eropah dah hancur.... kebanyakannya dikuasai oleh org©÷ freemason...
ada khabar angin mengatakan, bush tu salah seorang anggota freemason... winston churchill, richard nixon dikatakan anggota freemason.. dan mana©÷ presiden di U.S dilantik, Pun Gerakan ni gak yang aturkan, siapa, dan lepas tu siapa lak jadi president... kalau nak ikutkan barangan yahudi ni.... dah banyak sangat kat malaysia ni... tak terkira.... (agaknya kot?) yang paling ketara, COKE, tu terang©÷ syarikat yahudi... sedangkan orang yahudi sendiri pun tak minum air coke. sebab apa?. air coke leh dibuat pencuci mangkuk tandas yang berkarat tu..... ( hangpa semua ada minum ayaq COKE ka?) 75% barangan yang ada kat malaysia ni datang dari U.S. kat U.S tu sapa punya? yahudi gakkkk..... tujuan mereka nak lenyapkan umat islam dari muka bumi ni. mereka cipta racun senyap ( racun lambat bertindak memakan masa) dari makanan dan sebagainya. contohnya, penyakit datang berpunca dari makanan (masuk akal ka?).., so depa cipta la, chocolate cadburry la, rosshell la,zip la... ayaq coke la, macam² lagi la (abis tu kita nak makan apa?).
depa ni dah lama kaya.... kaya dari penjualan hasil produk depa kat seluruh dunia... depa dah rancang ni dah lama dah, 500 tahun dulu... depa dok sibuk kaji agama islam, depa cari kelemahan islam, cari apa yang umat islam boleh kalah.. sebelum king richard, (raja England) pernah berpesan pada menteri©÷nya, org©÷ islam berperang dengan pedang ditangan kanannya dan Al-Qur'an ditangan kirinya... engkau jatuhkan kitab ditangan kirinya, barulah kamu akan menang. maksudnya, berperang dengan akidah... sesatkan umat islam dengan hiburan, kekayaan ( orang arab yg lupa dan pentingkan diri sendiri), bola (tengok world Cup sampai pagi), Sport, dan macam² lagi lah (banyak sangat). hangpa rasa, kita boleh boikot tak barangan yahudi nih?. kalau boleh, depa tak heran, kalau malaysia boikot, negara lain nak boikot gak ka?. duit hasil depa tetap gak masuk walaupun malaysia dok boikot.
henry ford (pencipta kereta ford) pernah beri amaran tentang perihal rancangan pakatan zionis yahudi ni, tapi mereka taknak ambil tahu.. sampaikan mereka kata henry ford dah gila agaknya?.. ada seorang professor dari sweden mati dalam keadaan misteri... sebab kematian? masih lagi diselubungi misteri.. dia dibunuh oleh ejen yang tidak diketahui (CIA?, FBI?, KGB?,GESTAPO?, M15?, M16?, MOSSAD?, Freemason?). dia mati sebelum berikan ceramah berkaitan "New World Order" di connvention centre di sweden yang berkaitan dengan pakatan zionis, freemason, illuminati. professor ni ada bukti yan kukuh, wujudnya pakatan bersama ni.... dan dia nak menyebarkan kebenaran.. tapi sayangnya, dia mati sebelum sempat waktunya....
knapa kita tak ambil inisiatif sendiri menubuhkan satu jurusan mengkaji tentang yahudi nihh?. kita kaji tentang perangai, sikap, pemikiran yahudi . anak©÷ yahudi dari kecik, mereka diajar membenci umat islam dan agama yang lain (kristian, budha, dan lain©÷) kat sekolah gak ada mata pelajaran tentang membenci agama lain (terutama Islam) siap ada exam lagik tu!..... tapi sayangnya kita ni dah lama ikut telunjuk yahudi ni tanpa disedari walaupun tanpa kerelaan kita sendiri.
masa codezza rice mai kat kl convention centre.., depa dok buat protes, nak jumpa betina hitam legam (anjing suruhan) tu nak buat pa?. bukannya dia nak dengaq kata kita. kalau aku kata depa ni bodoh, dak gak, depa yang demostrasi ni kebanyakkanya berakal, blajaq tinggi©÷ sampai pi U.K, U.S, kot mana¡é3 pun lah!. kat negara depa sendiri, rakyat depa dok buat demostrasi lagi hebat pun, kerajaan U.S buat tak reti... ni yang kita dok buat demo, lagi dok gelak sakan la depa. kita dok buat demo, bakaq sana, bakaq sini, kita dok terjerit jerit sana sini.., dia (betina hitam legam) tu dok seronok menekan piano menghiburkan hati, sambil dibackup alunan irama lagu demostrasi kat luar tu yang kita dok terjerit jerit.....
codezza mai pun dok crita pasal dok nak genjatan senjata.... pendamaian la, apa la.... dia kat malaysia dok bercakap pakai air liuq, U.S, Israil dok bercakap pakai peluru hentam umat islam.... bilanya nak abih?

P/S : "to repeat what others have said, requires education, to challenge it, requires brains"

Jawaban saya terutama terhadap kata-kata tersebut:
Posted: 01 August 2006 at 10:23pm

Kata Kersani:
knapa kita tak ambil inisiatif sendiri menubuhkan satu jurusan mengkaji tentang yahudi nihh?. kita kaji tentang perangai, sikap, pemikiran yahudi .
Saya sokong 100 peratus! Kaji sejarah Yahudi sejak wujudnya 12 pecahan Bani Israel daripada anak-anak Nabi Yaakub, sampai ke bab Samiri zaman Nabi Musa suruh orang sembah lembu emas, sampai mereka sesat 40 tahun mencari Baitul Muqaddis, sampai mereka yang mendustakan keRasulan Nabi Sulaiman, dikatanya bagind ahli sihir, sampai bab mereka mengengkari dan membunuh alim-ulamak dan para Nabi, sampai mendustakan Nabi Isa lalu mencipta konsep Trinity dan Kristianiti, sampai cuba hapuskan Islam dan racun Nabi Muhammad. Sampai la ni nak promote kononnya ada keturunan Nabi Isa sebagai orabng berdaultat untuk bertakhta kat Baitul Muqaddis dan mengamankan dunia, lalu novel-novel propaganda halus seperti The Da Vinci Code, Holy Blood and Holy Grail, sampai Judas Gospel pun ada (kaje le... Judas tu sape...)
Kaji rancangan Iluminati, Freemason, hubungkait ngan Mossad, CIA, MI6 dan macam-macam lagi... Bukak juga cite pasal lingkaran ular Zionis yang bermula dari Greek sekitar 400 BC, yang siap ada petanya sekali... Kenapa depa mula dari situ... Apakah yang dicipta di Greek zaman itu sampai kesannya mendalam mempengaruhi iklim sosiopolitik dunia sekarang? Bukak balik dokumen Protocols of the Elders of Zion dan cari jalan nak counter balik...
Tapi masalahnya, orang Melayu pun ramai tak caya benda ni wujud... Dikatanya kita ni conspiracy theories.... Itu belum kira Melayu Zionis (juak-juak diaorang le tu) yang dah ditanam merata nak bagi disinformation - main perang saraf supaya jiwa kita jadi celaru.... Macam-macam jurus ada... Yang ada berlagak macam ulamak tapi merosakkan akidah cara halus, yang ada gunakan hiburan promote dunia tanpa batasan... Macam-macam... Depa tu tengah dok pantau forum-forum cam ni... Jaga-jaga...
Ya Allah... Hambamu yang hina ini meminta supaya dibukakan mata bangsaku atas apa yang sebenarnya sedang berlaku di bumi ini... Dan berilah kami kesedaran dan kekuatan untuk mendaulatkan balik Islam di mukabumi ini. Amin...

Yang ni pula respons saya terhadap kata-kata tertera di bawah:
Posted: 03 August 2006 at 6:51pm

Nakia wrote:
Hmmm kat CVT ni kan ramai otai pukulan jarak jauh maka ingin aku menyeru "Wahai otai2 pukulan jarak jauh tolong scan jet2 Zionis & hantar "power" punya zikir kasi letup semua itu jet2 Zionis "
Sila sila jangan malu2 otai semua
Bila lagi nak sumbangkan tenaga

Dulu dalam dua tahun lepas, aku pegi le rumah bapak angkat aku kat Janda Baik lepas lama tak gi sana... Jumpa le satu pakcik yang aku tak pernah nampak, katanya dah seminggu dok tumpang sana... Kat ruang tamu lak macam-macam benda dia ada kat lantai, batu, keris, pedang panjang sangkut kat tingkap rumah pun ada. Kata dia, dia buat keja bomoh part-time kat arae Semantan. Ngan dia berasal daripada keluarga Sayyid campur kerabat diraja Selangor.
Lepas tu dia bangun bawak keluar pedang... Aku pun tanya: "Pakcik! Pakcik nak buat apa dengan pedang tu?"
Jawab dia: "Aku geram le tengok Bush... Aku nak bunuh dia."
Masa tu Bush baru attack Iraq, lepas Afghanistan dah lingkup.
Pas tu dia kata kalau ada 40 orang yang dapat Haji Mabrur, kalau pakat sama-sama doa, mesti kojol Bush!
Dia pun duduk kat lantai dan ambik satu kalung kain warna hijau ngan ada macam bantal kecik kat hujung. Katanya ada tanah Masjidil Haram kat dalam. Lepas tu dia pegang kat tangan dan biar benda tu tergantung. Dia pun tanya kat benda tu: "Ada tak 100 orang Haji Mabrur kat Malaysia ni?"
Benda tu gerak sikit pas tu berhenti. Ertinya tak de le tu....
Pas tu tanya lagi ada tak 40. Sama jugak... Gerak sat pas tu berenti...
Tanya punya tanya, sampai le soalan ada tak antara 5 ngan 10 orang Haji Mabrur? Baru le benda tu gerak lama ngan pusing. Dia pun kata: "Hmm... Tak sampai 10 orang ada Haji Mabrur kat Malaysia ni..."
Diam sat... Pas tu dia tanya lagi... Ada tak 40 orang Haji Mabrur kat Nusantara... Jawabnya tak (ikut kata dia le)... Tanya pulak kat dunia ni ada tak 40 Haji Mabrur... Pun sama, takda...
Habis tu dia kata, susahlah cam ni... Camana lah nak bunuh Bush?
Camana tu kawan-kawan... Camana le kita nak tembak n jurus Bush, Blair dan Zionis ni yek? Macam-macam le zaman sekarang ni...
A'kum ...

Posted: 04 August 2006 at 10:41pm
Apapun kuatkan semangat dan dalaman... Amalkan le apa yang patut supaya lebih bersedia menerima cabaran masa hadapan... Amalan yang dimaksudkan tidak semestinya sekadar tambah zikir dan solat. Mungkin kita patut belajor sedikit demi sedikit hidup tanpa keperluan asas dan segala kesenangan hidup sekarang....
Apa kata kawan-kawan semua jika berlaku bencana yang melumpuhkan sistem kewangan negara... Duit tak bole pakai, minyak tak guna... Tak da kerja, tak da sumber pendapatan, kereta tak leh pakai? Dah bersediakah untuk menghadapi kemungkinan ini? Sedangkan bila takda gula pun dah banyak orang gelabah?
Untuk saudara Nakia... Contoh yang saya beri tentang pakcik yang mahu bunuh Bush itu bukanlah untuk menghina saudara atau bermain-main dengan semangat jihad. Cerita itu adalah cerita betul, bukan dibuat-buat. Maka saya ketengahkan sebagai contoh untuk kita berfikir, boleh ke kita jatuhkan Bush, Blair n Zionis setakat dengan semangat dan doa? Berapa jauh makbulnya doa kita dengan diri yang berkarat selalu makan hasil dalam sistem kewangan dan perbankan yang bercampur-aduk dengan riba'?
Itu aje untuk renungan... Sanggupkah kita meninggalkan kesenangan dunia moden untuk mengotakan satu perjuangan. A'kum

Posted: 05 August 2006 at 10:20pm
Jawaban kepada satu telahan seorang forumer:
A'kum LidahKasar. Silap tu, aku bukan Oxford graduate tapi University College of London. Memang grad mathematics tapi kepala aku dah piau le, rasanya susah nak masuk ilmu logik n matematik lagi.
Bab uncle aku tu, satu keluarga dah tak kuasa.... Ye lah, former Laksamana Navy, ada Latuk pulak lagi... Sedangkan dulu masa dia cadet navy karat pun perangai dia cam tu, inikan lagi dah ada pangkat.
Tapi pada aku dia bukannya menyombong. Dah perangai dia macam tu, apa boleh buat. Anak lelaki dia 3 orang pun ada lebih kurang cam tu tapi satu je yang jadi navy, tak salah aku last pangkat dia lieutenant gitu...
Aku kalau nak cite bab military ni, ex mertua aku colonel air-force, pernah jadi military attache kat US. Bila balik jadi expert logistik kat joint forces Mindef. Cousin aku pulak pak mertua dia ex-general army, siap Dr perubatan lagi. Jadi ktiga-tiga branch military aku bole cover.
Apapun, aku jugak sorang ahli family yang jadi orang gila... Contact military aku sekarang lebih pada pakcik-pakcik dalam hutan yang dok main jalan lama macam jalan Mat Kilau belah Tembeling nak masuk ke Terengganu... Ini gila punya cerita, orang mati hidup balik mati hidup balik, geng Tok Bahaman dan macam-macam...
Takpa... Kita simpan dulu military strategy tu... Sekarang ni paling penting pada aku ajak semua orang Melayu bukak hijab diri cara yang betul, ikut jalan para nabi n wali... Kalau leh jangan tertipu dengan permainan jin ngaku wali yang nak potong line kita sebagai khalifah. Insyaallah bila hati dah jernih, strategy dari langit akan terpancar kat hati... Gerak perang pun akan timbul dengan sendiri, lebih kurang macam orang pakai Selempang Merah le gitu...
So, I guess I'll be seeing you at the gathering, Insyaallah. A'kum

Posted: 08 August 2006 at 7:28pm
Respons kepada satu soalan berkenaan nasab yang agak berat:
A'kum Putih Ungu... Alamak... Dalam pm tadi saya dah terkabur lak... Boleh refer to Putih dengan perkataan saudari... Sebab entah kenapa plak, Putih Ungu tu saya nampak macam Puteri Ungu... Baru sekarang perasan, ada soalan yang sama dalam thread ni lah plak. Ini mesti kepala aku dah kenal cross-line Patani... (ke saudara ada kaitan ngan Sayyid yang turun belah Patani?) Tak pa... Sori le saudara, kesilapan tidak disengajakan.
Saya rasa buat masa ni cukuplah jawaban yang saya pm itu. Jawaban yang Batara Karang beri pula lebih kepada nama-nama yang diberi terhadap SATU TUBUH BADAN Sheikh Abdul Qadir al-Jilani pada zaman itu, sepertimana aku ini Merah Silu, Radzi, Muhammad, Fahrul dan ada lagi nick zaman dulu-dulu, untuk tubuh ini juga (hmm... Kenapa saudara sebut saya orang lama yek?). Jadi rasanya nama-nama itu tidak menjawab persoalan sebenar Putih Ungu. Sekadar tambahan, yang di Nagore tu seingat saya lebih 200 ke sampai 400 tahun selepas zaman Sheikh Abdul Qadir yang diketahui ramai (dalam 1066-1160an Masihi gitu).
Bab Hassan Awal dan Hassan Thani ni, adakah saudara bermaksud untuk menghuraikan seperti siapakah dia Muhammad Awal, Muhammad Tengah dam Muhammad Akhir... Kalau gitu, fuh... Tak berani nak cakap.
Tapi kalau bab nasab yang masih dalam perkiraan logik, maka Hassan Awal adalah Saidina Hassan ibni Saidina Ali sedangkan Hassan Thani adalah Hassan al-Muthanna ibni Saidina Hassan... Rasanya lebih elok disertakan full nasab Sheikh Abdul Qadir al-Jilani tapi buat masa ni tak dapat paste le... Dah ada dalam komputer saya... Ni kat Internet Cafe ni.
p/s: Saudara Putih Ungu ni dari kabilah mana? Jamalulail ke?

Dan respons seterusnya:
Posted: 11 August 2006 at 4:02pm

A'kum kawan-kawan semua... Terutama kepada Putih Ungu... Saya rasa saya faham...
Kalau saudara berkesempatan, ziarahlah makam Tok Pulau Manis di Kuala Terengganu dan cari makam (yang ni tersembunyi sikit) makam Sheikh Muhammad al-Baghdadi di Kuala Terengganu... Juga kalau ada kesempatan terjumpa waris-waris, tanya le tentang sebuah kitab lama bertajuk "Shirabil Muntaha"... Zikir-zikir penghabisan.
Kalau berkesempatan ke Aceh, eloklah menghadap makam Sultan Malikus Salih berhampiran bandar industri Lhoksuemawe...
Adapun pertemuan balik nasab Saidina Hassan dan Hussain bermula apabila Hassan al-Muthana bin Saidina Hassan bin Ali berkahwin dengan sepupunya, puteri kepada Saidina Hussein...
Salah seorang anak yang terbit bernama Abdullah, juga dikenali sebai Abdullah al-Kamil dan Syeikh Banu Hashim kerana menerbitkan banyak keturunan...
Salah satu anaknya bernama Muhammad bin Abdullah, juga dikenali sebagai Muhammad Nafs al-Zakiyah... Sehingga baginda pernah diwar-warkan sebagai Imam Mahdi (masa tu zaman penghujung keKhalifahan Bani Umaiyah, dalam tahun 120an Hijriah gitu...) lalu terjadi lah satu gerakan yang berjaya menerbitkan pemerintahan Bani Abbasiyah...
Seorang anak Abdullah pula dikenali sebagai Imam Musa al-Jaun... Daripada baginda lah terbit Sheikh Abdul Qadir al-Jilani, juga Sharif-sharif Mekah...
Di Terengganu, saya ada mengenali seorang bernama Dr Syed Salleh daripada keluarga Az-Zawawi Mekah. Dia selalu pimpin ratib Al-Attas kat Surau Kampung Cina yang dihadiri banyak anak cucu Nabi...
Syed Salleh ni anak mufti Terengganu dulu sedangkan datuknya adalah Mufti Mekah sebelum kenaikan kerajaan Bani Saud, daripada keluarga Sharif Mekah.
Katanya, nama dia dulu tak pakai Syed. Pakai Muhammad je kat depan tapi sebab orang di Malaysia tak kenal anak cucu Nabi kalu tak letak nama Syed, tu yang terpaksa letak nama Syed...
A'kum

Posted: 11 August 2006 at 4:07pm
Oh... Lupa lak... Ini le nasab Sheikh Abdul Qadir al-Jilani seperti yang saya sertakan dalam buku "Berpetualang ke Aceh". Biar saya letak sekali sebahagian sedutan cerita yang berkenaan...
(Cite ni dalam bab bertajuk "Sedikit mengenai Sheikh Abdul Qadir al-Jilani", bermula dengan cite camana ayahanda dan bonda baginda boleh bertemu)

“Sekarang aku akan beritahu asal-usul sebenar Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani. Mengapa orang yang dikatakan Ajam ini, bukan orang Arab boleh diangkat menjadi raja segala wali,” pakcik itu mengumumkan.
Rasyid diam memasang telinga. Bukan senang hendak berjumpa orang tua begini, bukan selalu mendapat cerita-cerita lama seperti ini.
“Sebenarnya pemuda itu memang bukan orang sembarangan. Orang berdarah bangsawan dan berketurunan baik-baik, anak cucu Rasulullah SAW dari sebelah Saidina Hassan,” dia memberitahu. “Namanya ialah Abu Saleh Jangi Dost bin Abdullah bin Yahya az-Zahid bin Muhammad bin Daud bin Musa at-Thani bin Abdullah bin Musa Al-Jaun bin Abdullah Al-Kamil bin Hassan Muthanna bin Saidina Hassan.”
“Bapa mertuanya juga berketurunan Nabi tetapi dari sebelah Saidina Hussein, adinda kepada Saidina Hassan pula. Namanya ialah Abdullah al Suma’i az-Zahid bin Abu Jamaluddin Muhammad bin Mahmud bin Abul Atho-i Abdillah bin Kamaluddin Isa bin Alauddin Muhammad Al-Jawad bin Ali Al-Ridha bin Musa Al-Kadzim bin Ja’afar Al-Sadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Saidina Hussein.”
Maka bertemulah dua nasab keturunan Nabi yang mulia melalui Abu Saleh Jangi Dost dan isterinya yang ‘cacat’ itu, perempuan mulia yang dikenali sebagai Ummu Khair. Dari pasangan suami isteri soleh dan solehah ini lahirlah seorang insan bernama Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani yang bakal memimpin kerohanian umat Islam. Bersatulah sifat-sifat Rasulullah SAW - kemuliaan dan paras rupanya yang diwarisi Saidina Hassan, keberanian dan kedermawanan yang diwarisi Saidina Hussein - dalam satu ruh dan tubuh yang diakui sebagai Sultanul Awliya, raja para wali!
“Maka Sheikh ini sebenarnya Ajam ke Arab?” pakcik itu memberi soalan ‘cepumas’. Sudah gaharu cendana pula...


Posted: 16 August 2006 at 11:32am
A'kum... Sekarang ni Israel kononnya nak berdamai ngan Lubnan n Hizbollah dengan Amerika sebagai chief pendamai... Supya mengelak krisis jadi lebih beso lagi
Ya ke ni? Apakah kita akan menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah manusia, bangsa Yahudi memegang janji... Heh...Heh...
Baru semalam ke apa, aku nampak kat TV, presiden Iran ngan Syria dan jumpa empat mata... Agak-agak le, apakah akan berlaku seterusnya? Jangan betulkan TV anda...

Kata forumer Aladin pula:
Posted: 16 August 2006 at 12:04pm

BIARKAN LAH MEREKA BANYAK BATU API .. API DAH REDE TAPI ANGIN MASEH ADA . KITA KAT SINI DOA KAN AGAR PM ABDULLAH & EX PM MAHATHIR . MALAYSIA DAN SINGAPURA BERBAIK2 SUDAHLAH . NEGERI KITA AMAN DAMAI . DAPAT BIKIN AMALAN SOLEH . KECUALI KALAU SUDAH TIBA MASA NYA .. KITA SUDAH TAK BOLEH ELAK . MUDAH2AN TIDAK . SEBENARNYA BAHANG PEPERANGAN NI DATANG DARI UTARA . JAGA BAIK2 D'UTARA ITU MESTI KUAT MEMPERTAHAN KAN BENTENG UTARA . NASIHAT AKU SENANTIASA LAH KITA D'BAWAH HAQIAQATUL QIDAM SEDIA . SUPAYA IMAN TAK BERGONCANG .. ISLAM TAK LAYU .KAU AGAK PERCAYA KAU DENGAR LAH .. KALAU TIDAK TAK PAYAH LAH .

Maka jawab saya:
Posted: 16 August 2006 at 1:44pm

Hmm... Dari utara yek? Ada kemungkinan gak tu. Ada flashpoint Pattani- Siam. Dan kononnya Malaysia melindungi para pejuang Islam Pattani...
Tapi bila dah betul-betul sampai masanya, dari selatan, dari Australia masuk Indonesia pun ada kemungkinannya... Kemungkinan memang ada macam-macam. Kalau le tak pasal kita dapat dalih secara diplomatik masa Amerika nak letak armada kat Selat Melaka dulu, kemungkinan besar depa akan ada attack dari belah situ... Dari belah laut, boleh terus masuk KL n Putrajaya...
Entah le... Sebut pasal attack-attack dari belah mana ni, banyak sangat yang sensitifnya... Takut ada pulak pihak yang melenting tak pasal-pasal. Yang penting, betul le kata hang tu... Qidam setiap masa, bersedia hidup cara orang lama meninggalkan segala harta, rumah dan sebagainya... Takda lagi TV, keta dan segala keselesaan yang dah biasa dalam hidup kita...
Soalnya, bersediakah kita untuk menghadapi kemungkinan itu? Bersediakah kita untuk mengalami perubahan hidup yang drastik? Atau dengan zikir dan solat serta segala macam ilmu yang kita ada untuk menolak bala dan meraih kelebihan dalam hidup ini, kita masih mengharap supaya kemewahan hidup bandar seperti TV, keta, katil empok dan sebagainya dapat dibawa masuk ke hutan nanti jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan?

Setelah agak lama tidak aktif dalam perbincangan di thread ini, saya menelaahnya kembali lalu terperanjat melihat perkembangan terkini...
Posted: 12 September 2006 at 5:26pm

Subhanallah... Bole terkunci mulut aku terus bila baca posting-posting semenjak 2-3 hari kebelakangan ni...
Thread "Perang akhir zaman" ni le yang aku pertama buat posting dan bukak thread kat Forum CVT ni setelah lebih 3 bulan jadi pembaca tanpa mendaftarkan nama... Bila tergerak nak masuk posting, aku terus je bukak thread ni pas tu ajak orang fikir akan kemungkinan betapa dekatnya perang akhir zaman dan kaitannya dengan beberapa cite lama yang aku tahu... Tu pun jenuh pasal banyak yang skeptik.. Maklumlah, orang baru... Tiba-tiba je bukak cerita bukan-bukan...
Sekarang ni aku tengok ramai dah mula nak cari salasilah dan wasilah diri... Ramai dah fikir secara serius akan betapa dekatnya perang akhir zaman lalu ramai gak yang dah cari jalan nak dapatkan haq masing-masing dalam mengatur saf, kedudukan dan peranan...
Apa aku nak cakap yek... Alhamdulillah le... Terharu pun ade...
Apapun... Allahuakbar! Allahumasali ala Muhammad wa ala ALI MUHAMMAD! Tidak Melayu hilang di dunia! A'kum!

Posted: 14 September 2006 at 11:39am
Ramai forumer menyatakan minta mencari salasilah keluarga dan wasilah diri masing-masing. Ada yang bertanyakan apa patut dibuat sekarang. Ini satu cadangan kepada saudara Belagak:
A'kum... Hang ajak Abnormal ngan Archer soreh... Bukak balik suma cite lama belah Banjar sampai ke Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari, juga tentang anak-anak raja Banjar yang berkelana meninggalkan istana membawa diri ke Tanah Melayu...
Kalo boleh, trace balik suma anak-cucu yang terlibat dan satukan mereka... Ada senjata-senjata lama yang perlu diperjodohkan kembali... Muafakat le sama-sama... Kalo ada pergaduhan dan perselisihan nenek-moyang dahulu, hurai setakat mencari punca permasalahan lepas tu saling maaf-memaafi lah. Buang yang keruh, ambik yang jernih...
Sekrang ni, kita mahu semua yang terlibat tahu sejarah sebenar Melayu Islam dan sejarah keluarga untuk disambungkan balik salasilah dan wasilah untuk menumpang aliran kekuatan purba yang wujud dalam darah-daging keluarga... Semuanya untuk memartabatkan kembali agama, bangsa dan negara...
Maka seboleh-bolehnya, hilangkan kepentingan dan kehendak peribadi seperti untuk menjadi kaya, mendapat nama, kedudukan atau mengorat pompuan... Kalau ada kepentingan peribadi pun setakat untuk mencapai kebahagian dan keredhaan Allah, satu hakikat yang cuma boleh dicapai apabila kita tahu tugas masing-masing di mukabumi terutama untuk menyabut cabaran akhir zaman lalu bertekad dan mencari jalan untuk melaksanakannya...
A'kum!

Posted: 15 September 2006 at 12:45pm
Ada yang bertanya tentang peranan Tanah Melayu akhir zaman nanti, maka jawab saya:
Betul le tu Tanah Melayu... Tapi musti ingat seluruh Nusantara tu Tanah Melayu jugak...Akhir zaman nanti, bila sampai masanya, jangan terperanjat kalo berlaku banyak gempa-bumi, letusan gunung berapi dan peristiwa katastropik yang akan mengubah bentuk-bumi secara radikal sehingga Sumatera rapat kembali dengan Semenanjung lalu cuma dipisahkan sebuah sungai besar yang memiliki beberapa cabang besar terutama di Perak dan Muar... Repeat balik keadaan dalam 700 tahun gitu, sejurus selepas Sultan Malikus Salih yang mengasaskan kerajaan Samudera-Pasai mangkat dalam tahun 1297 Masihi gitu... Baru le nampak kenapa Aceh dipanggil Serambi Mekah, Kelantan (dan Pattani) juga ada jolokan yang sama...
Yang aku jalan-jalan tu bukan carik exact point kebangkitan tapi menyusur balik perjalanan nenek-moyang dahulu kerana ada clue-clue tertentu yang ditinggalkan sepanjang perjalanan tu... Itu aje...A'kum!

Posted: 15 September 2006 at 10:11pm
Tentang bab kepimpinan pula: A'kum kawan-kawan...
Bab kepimpinan MESTI DARIPADA QURAISH tu memang Rasulullah SAW ada sebut kerana kelebihan yang Allah telah kurniakan ke atas mereka banyak termasuk kesempurnaan akal, ketajaman fikiran, rupa-paras elok, kefasihan lidah dan banyak sifat-sifat muluk yang layak dicontohi masyarakat... Tapi ada gak pihak yang menafikannya sebagai hadis dhaif... Ini le yang golongan gharib (mereka yang tak dapat membuktikan asal-usul, entah keturunan gangster dan penyamun mana, maaf ya kata-kata ini sedikit kesat) dok nak lawan... Sebab depa pun teringin nak jadik pemimpin lebih-lebih lagi dalam sistem demokrasi yang banyak menaikkan orang keturunan buruk tamak haloba, kaki perempuan, pemakan rasuah yang takda sifat semulajadi kasih-sayang untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara sebagai para penguasa.
Tu le masalah orang skerang... Kalo dulu, orang mesti check siapa nenek-moyang hang... Ada tak baka kepimpinan yang ada jiwa kesatria sanggup mengorbankan diri untuk kesejahteraan masyarakat di bawah pimpinannya tapi sekarang semua main bo aje... Ada duit bole beli undi dan jiwa sampai tanahair, agama dan bangsa pun tergadai... Maka penyangak pun diangkat jadik ketua masyarakat, tu yang duit derma masjid pun habis disapu bersih...
Entah le... Engkorang carik sendiri le kesahihan kata-kata tentang keutamaan keturunan dalam mengatur masyarakat ni...
Bila nak makan sayur, tahu pulak memilih sayur tu datang daripada mana, takut ada penyakit le atau kurang zat... Kucing pun tahu tengok baka, tahu plak pilih kucing parsi ngan kucing siam daripada kucing kurap entah apa-apa... Tapi bila cari pemimpin, tiba-tiba orang zaman sekarang cukup pandai... Siapa kisah pasal keturunan? Kita pilih aje le sapa yang popular... Kalau cam tu,sukahati engkorang le...
Aku nak elaborate lagi sekrang ni pun tak da mood sangat... Biar orang lain sambung yek... Biar kita kenal apa itu Quraish, seterusnya yang terpilih antara Quraish iaitu Bani Hashim, seterusnya yang terpilah daripada Bani Hashim iaitu Ahlul Bait anak cucu keturunan Nabi daripada keturunan Saidina Hassan dan Hussein setrusnya tapis lagi dan lagi sampai boleh kenal keutamaan keturunan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani dan pecahan-pecahannya yang lebih afdah mengatur kesejahteraan umat sejagat.
A'kum!

Begitulah sedikit-sebanyak cerita yang terkeluar di sebalik perbincangan "Perang Akhir Zaman". Semoga pembaca terhibur dan mendapat manfaat daripada kisah tidak seberapa ini, Insyaallah! :]

Perang Akhir Zaman - Bahagian 2

OK, kita sambung lagi.
Sudah adat berforum, mesti sekali-sekala perbincangan dibawa keluar tajuk sehingga masuk pula cerita-cerita lain yang tidak ada kena-mengena, ada kalanya bersimpang-siur bercampur hal orang bergaduh di dunia Cyber lalu keluar berbagai jenis emosi terpapar di khalayak ramai.
Apapun, cerita yang ingin dibawa di sini ialah sambungan postings terpilih daripada thread "Perang Akhir Zaman" di Forum CVT, bermula dengan kali pertama identiti saya sebagai penulis mula dikenali orang. Kemudian masuk pula cerita perang Israel dengan Hizbollah di Lubnan.
Hmm... Tengok aje le... Sila... :]


Posted: 07 July 2006 at 6:13pm
Seorang forumer telah menegur adakah saya penulis buku “Berpetualang ke Aceh” sambil menyebut nama syarikat terbitan kecil milik peribadi kerana saya ada menggunakan sedutan daripada buku itu dalam perbincangan di forum. Itulah detik bermulanya saya dikenali sebagai penulis professional di layar Internet. Maka jawab saya: Untuk Abdul Fatah... Kantoilah lah tu Merah Silu Enterprise.
Mana saudara dapat buku tu? Saya dah ada dua pengedar yang berkaliber tetapi slow sikit pengedaran disebabkan saya takda budget nak launch n promo. Sudah tu buku tu tak ikut format standard novel dan tak pernah orang buat macam tu. Sampai ada satu kedai kat Jalan Tuanku Abdul Rahman tu letak kat sebelah Quran dan buku agama. Bila saya tegur baru diaorang tau itu novel... Harapkan word of mouth dan gerak dari Allah SWT.
Marhaban

Untuk Anscynchronous, eloklah kalau dah ada semangat untuk berjihad. Tetapi mengikut sabda Rasulullah SAW dan huraian orang lama, takkan menangnya kita walaupun memikul senjata moden paling canggih. Kalau nak cuba boleh tetapi sia-sia sahaja kerana Nabi dah kata umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tak boleh buat apa-apa. Lebih baik duduk beramal, jaga diri, keluarga, elakkan dari terpedaya dengan fitnah Dajjal lalu mengalah dengan suasana yang penuh huru-hara sehingga terpaksa menagih simpati musuh.
Teruskan istiqamah beramal, sucikan diri dan bertahan sehingga datang peristiwa di mana segala senjata moden, waima kuasa letrik sekali pun tidak boleh dipakai. Barulah stand-by kuda, bawa keluar balik keris dan pedang, baru lah berbaloi keluar perang.
Sekurang-kurang sebelum mati, dapat juga libas 10-20 orang. Ini tak, pakai pedang ke, machine gun, baru nak melangkah, laung Allahuakbar naik semangat tiba-tiba dah berkecai kena bom. Lebih bijak kita menilik kekurangan diri dan memperbaikinya untuk persediaan masa yang lebih memanfaatkan dan sesuai.
Wassalam...


Posted: 07 July 2006 at 6:56pm
Abdul Fatah bertanya tentang “Awak” dalam buku itu. Jawab saya: Heh... Heh... Heh....
"Awak" itu rahsia yang menunggu masa. Tak boleh cita lagi... Tapi hint dia kan dah ada dalam buku.
Terimakasih kerana membaca buku "Berpetualang ke Aceh". Sedikit sedutan-sedutan ada dimuat dalam Forum CVT, thread Perang Akhir Zaman dan Puak Syiah dan Sunnah (Metafizik dan sebagainya) juga Nakhoda Hitam dan Keramat Kuala Bidor (Cerita Dongeng, Legenda...).
Syed Hussein al-Attas atau Pak Habib ada ambik sedutan pakai dalam artikel terbarunya, Perang Pak Lah-Mahathir macam Perang Sunnah Syiah, ada dalam Buletin Rakyat, masuk pula Internet. Sampai ada yang ingat buku "Berpetualang ke Aceh" ni promote Syiah dan anti-sahabat sedangkan yang dibaca tu sedikit sahaja, sebahagian dari dialog antara dua orang kawan...
Maka terpaksalah hambo menghantar sedutan yang lebih besar untuk menghilangkan kekeliruan ini di http://www.tranungkite.net/v3
Gambar awek dan gambar batu-nesan serta bermacam-macam telah dimuatkan mengikut isyarat yang sampai dalam hati. Begitu juga cerita. Sebab tu kena publish sendiri. Sebab banyak sangat menda yang tak pernah dibuat dek orang. Kalau syarikat lain banyak dah kena sembelih. Tajuk pun dia nak ubah sebab pada orang Malaysia, berpetualang tu kerja orang jahat. Tapi di Indonesia, itu satu pengembaraan penuh makna untuk satu mission.
Macam perkataan "membutuhkan" lah kot. Kalau di Malaysia, kalau Ali kata dia membutuhkan Aminah, mahu kena penampar peringkat Gaban! Tapi kalau di Indonesia, Aminah mungkin bagi ciuman kerana Ali mengaku betapa Aminah itu penting dalam hidupnya.
Apapun, diharap saudara Fatah suka buka itu. Tolonglah promote kat kawan-kawan. Dua buku lagi di bawah tajuk "Berpetualang ke Aceh" akan menyusul membuka lebih banyak cerita yang digelapkan, sampai Wahdatul Wujud Hamzah Fansuri pun keluar. Dah siap, cuma perlu di lay-out properly in book format.
Sekarang, tunggu duit buku pertama, entah bila nak cover balik so boleh print buku dua. Begitu juga buku tiga. Bila dah semua keluar, maka tertunailah amanah dalam bab ini. Dan insyaallah, baru lah dapat bersatu dengan "Awak".

Posted: 07 July 2006 at 8:03pm
Jawaban kepada seorang forumer yang bertanya kesimpulan buku itu:
Heh Firasat... Ada je engko...
Kalau nak tau carilah, kat Minerva sebelah Restoran Insaf Jalan Tuanku Abdul Rahman ada. Kat Pustaka Pertama, Pertama Kompleks ada. Kat Ampang Park, kedai Intan Book Services.
Kalo kat JB, setakat ni teman nampak kat Tebrau City, kedai buku Harris. Lain teman tak tau.
Tapi memandangkan engkau ni nama Firasat, cubalah firasatkan...
Banyak conclusion dalam buku "Berpetualang ke Aceh." Salah satunya nak memperbetulkan sejarah bangsa Melayu dan Tanah Melayu yang selama ini diolah Mat Saleh, ambik dari sudut orang-orang lama dan orang tua-tua Melayu pula... Nak faham balik apa itu Melayu, apa yang special sangat pasal bangsa Melayu...
Kenapa dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulalatus-Salatin atau Sejarah Melayu karangan Bendahara Johor Tun Sri Lanang ada menyebut Rasulullah SAW telah berwasiat mengenai sebuah kerajaan bernama Samudera, kerana di situ kelak akan muncul banyak wali Allah.
Siapa itu Sultan Malikus Salih yang mengasaskan kerajaan Samudera dan Pasai? Kenapa baginda menerima barang pertabalan wasiat Nabi dari Mekah? Apa yang sebenarnya menyebabkan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis? Kenapa angkatan laut Melaka yang mampu meronda dari utara Selat Melaka sampai menghampiri Jawa boleh "hilang" dalam peristiwa itu? Bagaimana Portugis boleh mengalahkan Melaka dengan beberapa buah biji kapal sahaja? Apakah yang sebenarnya berlaku?
Kenapa makam Sultan-sultan Melaka semua dah hilang? Tapi masih ada satu, dalam banyak-banyak tempat di Pagoh, Muar? Apakah yang sudah berlaku? Siapakah pewaris sebenar Melaka yang disisihkan?
Apakah kaitan keSultanan Melaka dengan Samudera-Pasai, kerajaan Perlak, Aceh sampai ke keSultanan Perak sekarang? Apakah pula kaitan mereka dengan Timur Tengah, pergolakan Sunni Syiah, Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah? Bagaimana Ahlul Bait anak cucu keturunan Nabi boleh menjadi Raja-raja Melayu? Kenapa... Apa pula kena mengena dengan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al Jilani? Agaknya sebab itu Rasulullah SAW menyebut dari Samudera (bekas pusatnya terletak di Geudong, Lhoksuemawe, Aceh sekarang) akan muncul banyak wali?
Akhir kalam, apakah kena-mengena semua ini dengan Panji-panji Hitam dari Timur. Jika kita faham, maka tahulah kenapa ia akan datang dari Timur, kenapa banyak pihak cuba merosakkan Nusantara, baik Indonesia, lebih-lebih lagi Malaysia dengan cara halus mahupun kasar.
Gitulah ceritanya lebih kurang. Amacam... Firasatkanlah wahai Firasat... Moga kita semua semakin faham....

Posted: 08 July 2006 at 4:45pm
Jawaban kepada soalan bertanyakan apakah anak cucu Saidina Hussein turut berperanan juga: A'kum Belagak. Setiap Ahlu Bait Rasulullah SAW yang masih ada nur dalam hati (yang tak kena penyakit Abu Lahab) akan memainkan peranan dalam Akhir Zaman, baik keturunan Saidina Hassan mahupun Hussin.
Tetapi barisan mestilah diatur dengan IKHLAS, mengikut peranan yang telah dijanjikan perseorangan setiap roh (bukan perjanjian umum Alastubirabbikum) dengan Allah semasa di alam Lahut. Tidak boleh seorang yang ditakdirkan memainkan peranan Captain mengaku General pasukan... Masing-masing ada tempat yang sesuai mengikut kemampuan yang akan diisyaratkan secara IKHLAS ke hati nurani yang terdalam.
Macam ni lah... Bayangkan seorang raja yang betul-betul berdaulat, yang sudah fana' kemudian baqa' dalam peranan khalifah negerinya yang bersifat zilullah fil'alam.
Sekarang bayangkan, raja ini ada empat bini dan entah berapa orang gundik. Katakan dia ada 20 orang anak lelaki... Maka setiap anak boleh membuktikan dia adalah anak raja yang berdaulat. Tetapi adakah ini bermakna setiap anak layak menjadi pengganti dan raja yang benar-benar zilullah fil'alam? Tentu tidak... Cuma seorang sahaja yang layak. Dan raja yang bernar-benar zilullah fil'alam dapat mengenali anak yang paling layak... Kerana mengikut syarat-syarat yang dikemukakan dalam kitab-kitab lama, seorang raja mestilah SEKURANG_KURANGNYA memiliki ilmu firasat, jenis yang tidak boleh diajar atau belajar tetapi melalui kelebihan zat berdaulat yang sentiasa hidup dengan zikir daim yang mengalir di dalam tubuhnya.
Tetapi masalahnya, selalu terjadi di mana setiap 20 orang anak itu mengaku dia lah orang paling layak menjadi raja. Sekarang bayangkan jika tiap-tiap 20 orang anak itu masing-masing memiliki 20 orang anak. Maka raja yang berdaulat itu telah memiliki 400 orang cucu yang masing-masing sahih berketurunan seorang raja yang telah mencapai martabat pemerintahan zilullah fil'alam. Tetapi lagi sekali cuma satu dari 400 yang benar-benar mewarisi zat berdaulat tertinggi datuknya. Yang lain jatuh sikit, mungkin layak menjadi raja dalam wilayah jajahan takluk datuknya atau raja bendahara, temenggung dan sebagainya.
Fahamilah ini...
Sekali lagi, sering terjadi anak-anak gila kuasa yang mahu menjadi raja kerana mahu menjadi orang paling berkuasa yang disembah dan ditakuti, lupa bahawa seorang raja bertanggungjawab untuk menaungi rakyat dan negara melalui limpahan daulat yang mengalir dari peribadi dan tubuh-badannya. Maka dalam kes ini, selalunya anak raja pewaris yang benar-benar berdaulat seringkali mengalah kerana kelembutan hati bertunjangkan Tasawuf serta sifat kasih-sayang kemanusiaan yang tidak rela rakyatnya mati sengsara bertumpah-darah kerana masalah takhta semata-mata.
Maka beliau dengan rela menyerahkan takhta kepada adinda, asalkan rakyat bahagia, negara terpelihara itu sahaja. Seringkali dalam hal ini, pewaris sebenar akan meninggalkan istana dan tanah-airnya untuk menjalani kehidupan zuhud dan mendekat diri kepada Allah... Fahamilah ini... Maka zuriat yang berdaulat masih hidup tetapi seringkali tersembunyi di kalangan rakyat kebanyakan, sedia melupakan istana buat selama-lamanya, bangkit cuma apabila kezaliman berleluasa terlalu teruk sehingga tidak dapat ditangani pihak-pihak yang sepatutnya memikul amanah keluarga.
Berbalik kepada persoalan saudara Belagak, tentang peranan keturunan Saidina Husin. Ini sudah tidak perlu diperbesar-besarkan lagi kerana sangat nyata. Banyak keturunan Saidina Husin boleh di trace melalui gelaran Sayyid, Sharifah, (tolak Sayid malam Jumaat dan Sharifah celup), Wan, Nik, Tuan, Engku juga ada yang berkahwin dengan puteri istana dan memakai gelaran Raja. Malah kebanyakan buku tentang Ahlul Bait juga sejarah kedatangan Islam menyerlahkan peranan jurai Saidina Hussin terutama Ba'Alawi dari Hadramaut sebagai peneraju utama syiar Islam di bumi Timur ini.
Jadi ini tidak ada masalah, memang terang peranan mereka.
Masalahnyaeturunan Saidinan Hussin terlalu diperbesarkan dan ini boleh merosakkan aturan saf perjuangan akhir zaman... Orang lupa tentang keturunan Saidina Hassan yang berada di Nusantara, keturunan cucu SULUNG Rasulullah SAW, dari satu-satunya darah-daging Rasulullah SAW yang pernah menjadi Khalifah seluruh umat Islam (selepas kebangkitan Saidina Ali), cucu Nabi yang mewarisi KEMULIAAN baginda dan RUPA-PARAS baginda, sedangkan Saidina Husin mewarisi KEBERANIAN dan KEMULIAAN, lebih dekat kepada rupa-paras dan perwatakan Saidina Ali.
Sekali lagi diingatkan, Captain janganlah mengaku General...
Ingat cerita Sang Nila Utama yang membuka Singapura?Baginda ada dua orang anak, yang tua menggantinya sebagai raja, begitu juga keturunannya dan yang muda menjadi BENDAHARA, begitu juga keturunannya. Apabila raja tiada waris, baru Bendahara boleh menjadi Raja. Tetapi selagi titisan zuriat raja ada, maka dia lebih utama memegang takhta daripada mana-mana zuriat Bendahara.
Pada mereka yang tahu, itulah perbezaan peranan keturunan Saidina Hassan berbanding Saidina Hussein. Maka ini perlu diterangkan supaya saf perjuangan tidak akan BERTERABUR nanti...
Seperti disebut awal tadi, cerita Ahlul Bait dari belah Saidina Husin memang selalu telah diwar-warkan. Jadi tidak perlu dipanjangkan. Sedangkan zuriat Saidina Hassan seolah-olah tidak wujud di Nusantara ini kerana banyak cerita telah digelap atas pelbagai sebab, salah-satu kerana perebutan takhta di mana keturunan yang lebih layak telah terbuang untuk memastikan mereka tidak akan dapat naik lagi, sejarah diubah... Lagi satu digelapkan kerana niat baik, untuk protect identiti mereka kerana ... Imam Mahdi, Pemuda Bani Tamim, Al-Mansur dan ramai peneraju utama panji-panji Hitam mempunyai nasab bapak bin bapak bin bapak sampai ke Saidina Hassan. Kalau tak mesti Zionis dah trace n wipe out family dia, itupun nasib baik ada pemeliharaan dari Allah SWT kerana amanah yang bakal dipikul mereka.
Apapun, mereka juga ada darah Saidina Hussin, dari sebelah ibu.
Untuk pengetahuan, anak Saidina Hassan yang dikenali sebagai Hassan al-Muthana adalah anak-cucu Nabi yang pertama sekali menemukan balik dua cabang, melalui perkahwinannya dengan seorang sepupu, anak Saidina Hussein. Salah seorang anak yang terhasil bernama Abdullah, dikenali sebagai Abdullah al-Kamil juga Sheikh Banu Hasyim kerana memiliki keturunan yang ramai.
Salah seorang anak Abdullah bernama Muhammad, juga dikenali sebagai Muhammad Nafs al Zakiyah (Nafas Suci). Oleh kerana namanya adalah Muhammad bin Abdullah, serupa seperti nama Imam Mahdi yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW, beliau telah dianggap sebagai Imam Mahdi pada zamannya (sekitar tahun 750an Masihi gitu). Lalu namanya telah digunakan untuk memimpin satu pergerakan besar untuk menjatuhkan pemerintahan keKhalifahan Bani Umaiyah yang zalim terutama terhadap anak cucu Nabi dan jatuhlah mereka. Kemudian terdirilah Daulah Abbasiyah sedangkan ini terjadi kerana nama Muhammad bin Abdullah telah digunakan di mana beliau telah menerima bai'ah untuk menjadi khalifah umat Islam yang baru oleh para penyokokngnya termasuk orang-orang Bani Abbasiyah. Tetapi beliau dikhianati, dan ahli keluarga beliau dibunuh.
Kajilah... Ini bukan cerita Syiah... Memang ada dalam sejarah, direkod oleh ulamak tertentu tetapi digelapkan banyak pihak terutama Bani Abbasiyah malah Syiah - kerana terlalu memperbesar-besarkan peranan dan perjuangan anak cucu Saidina Hussin.
Kalau ikut cerita Syiah, tak mahu di sebutnya perjuangan Muhammad Nafs al Zakiyah ni. Tapi yang diperbesar-besarkan adalah Imam Ja'afar al-Sadiq dari keturunan Saidina Hussein juga anaknya Muhammad bin Ja'afar yang pernah memberontak melawan Bani Abbasiyah kemudian mengisytiharkan diri sebagai khalifah di Madinah. Kemudian lari mengikut rombongan Nakhoda Khalifah yang mengandungi 100 orang pendakwah ke Aceh (sebelum ada nama Aceh) pada tahun 804 Masihi.
Seorang anak tua Ja'afar al-Sadiq disokong orang-orang tertentu yang menerbit golongan Syiah Ismailiyah. Golongan inilah yang berjaya menerbitkan Daulah Fatimiyah di Mesir sekitar tahun 900 Masihi. Anak Ja'afar lagi seorang, Musa al Khazim pula diangkat pengikut Syiah Ithnat Assyaariah (pengikut Imam 12) sebagai Imam maksum seterusnya. Lalu cicit Musa, Muhammad bin Hassan al-Askari dianggap sebagai Imam Mahdi, tetapi kononnya dighaibkan sampai akhir zaman.
Berbalik pada zuriat Saidina Hassan. Salah seorang adik-beranak Muhammad bin Abdullah Nafs al- Zakiyah dikenali sebagai Imam Musa al-Jaun. Dari beliaulah turun satu cabang yang menjadi Sharif-sharif atau Raja Mekah (memerintah Mekah, Madinah dan wilayah Hijaz selama 800 tahun sebelum digulingkan keluarga Saud yang menggunakan fahaman Wahabi untuk menuduh anak-cucu Nabi tahyul dan khurafat, dengan sokongan British dan Zionis). Lagi satu cabang sampai ke Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani.
Ini lagi satu kes pertemuan darah kembali dua cabang Rasulullah SAW kerana bapa Sheikh Abdul Qadir berketurunan Saidina Hassan sementara ibunyna Umi Khair berketurunan Saidina Hussein... Faham-faham ajelah power zat yang mengalir dalam tubuh-badannya. Sebab itu jadi raja segala wali.
Sultan-sultan Brunei pula berasal daripada Sharif Ali, Raja Mekah yang melarikan diri kerana perang saudara merebut takhta. So ada kena-mengena...
Sekian buat masa ini. Majulah sukan untuk negara! Kita bertemu di masa dan hari yang lain, insyaallah


Posted: 08 July 2006 at 5:04pm
Oh... Lupa pulak saudara firasat.
Saya pun tak tahu buku "Berpetualang ke Aceh" ni ada kat Penang ke tak. Nantilah saya tanya distributor, salah satunya Syarikat Fajar beralamat
71GF, Jalan 1/18A, Taman Mastiara, off Jalan Ipoh, Batu 5, 51200 Kuala Lumpur. Nombor tipon 03-62581194/ 62581195.
Diaorang ni katanya pakar penjualan novel, tapi nak move buku saya slow sikit. Sebab 1. Saya penulis baru, belum ada dua nama. 2. Saya bukak syarikat Enterprise sendiri yang belum terkenal. 3. Sengkek, tak da budget nak, launch, promo, iklan. 4. Buku ini tidak mengikut saiz standard novel Melayu, bukan cerita-cerita cinta dan tak bercolour-colour lukisan covernya - sampai orang boleh confuse letak sebelah Quran n buku agama kat kedai. 5. Isi yang tulis, the whole approach belum pernah dibuat oleh mana-mana penulis atau penerbit di Malaysia.
Begitulah ceritenye....,
Oh... Hah... Kalau nak order secara on-line, rasanya lalu Fajar ni boleh. Banyak novel remaja kat Malaysia ni diaorang yang handle. Cuba masuk website http://www.fajarnovels.com.my/.
Tapi buku saya diaorang tak promote pulak kat website ni. Apa nak buat, promotion itu adalah tanggungjawab saya sebagai penerbit, tak leh salahkan diaorang. Cuma saya boleh perturunkan ulasan yang keluar Berita Harian (online ada), bahagian Sastera pada suratkhabar hari Khamis, 29 Jun 2006 (yang saya pun tak sempat baca sebab gi Kuantan lepas tu JB lepas tu Muar, ada hal). Ni le biar saya copy n paste. Habis tu nak promo macam mana lagi?
Dunia Buku: Salasilah Sultan MelayuBERPETUALANG Ke Aceh: Mencari Diri dan Erti karya Radzi Sapiee membawa pembaca menerokai keagungan sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang dikatakan ada hubungan rapat dengan Kesultanan Perak. berita penuh
Alamak... Dah hilang le dia punya ulasan penuh. Gitu le dhaifnya usaha penulisan saya... Risau juga jika ada pihak-pihak "atasan" yang anti dengan saya dan usaha saya (panjang ceritanya) cuba memblock buku ini daripada berjaya. Apa nak buat...
Satu lagi distributor, based in JB... Hmm... Alamat tertinggal lak.
Takpalah... Harap Allah akan gerakkan jualan buku ini supaya dapat recover balik cost untuk digunakan print buku 2. Insyaallah... Doakan lah saya yek kawan-kawan... Saya ni dah empat tahun tak kerja dok melahu sana-sini cari jawaban pi makam-makam lama sampai family pun kata budak ni dah gila.
Sekarang ni lah baru nak bertapak jadi orang balik...

Posted: 08 July 2006 at 5:34pm
Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang memberikan sokongan moral... Lega sikit segala beban yang dipikul selama ini
Harapan saya, supaya Melayu kembali sebenar-benarnya Melayu dan lebih bersedia untuk menghadapai cabaran mendatang.
Harapan untuk diri sendiri pulak, supaya dapat cover balik cost untuk terbitkan buku dua, seterusnya buku tiga. Selesailah amanah untuk fasa ini. Supaya lebih tegap untuk memikul amanah seterusnya...
Hopefully after that, family saya pun dah tak pandang lekeh lagi kat saya. Begitu juga family kepada wanita yang tercinta... Dah lama kami sengsara kerana fitnah dan halangan pelbagai pihak terutama keluarga .
Nak juga merasa hidup berkeluarga aman, happy, tenang macam orang lain.
Terima kasih kawan-kawan... Huk eleh.... Dah nak ternangis lak pulak ni....

Posted: 09 July 2006 at 1:56pm
Respons kepada forumer yang meminta supaya dipanjangkan lagi cerita:
Woit Firasat, hang nak aku reveal terus cerita kat sini ke...
Heh... Sikit-sikit lah brother. Tentang sambung penulisan, sambung kat cvt ke sambung after "Berpetualang ke Aceh"?
Kalau kat cvt, ni kan aku tulis. Kalau buku pula dah siap dah buku 2 dan 3. Cuma perlu diedit sekali lagi, di lay-out to fit book size properly (sebab aku tak suka ayat yang bersambung ke mukasurat seterusnya. Setiap mukasurat mesti bermula dengan perenggan dan berakhir dengan perenggan, satu lagi benda yang orang tak pernah buat), untuk memenuhi aku punyai artistic criteria lah kot... (Chewah!)
Tapi masalah utamanya adalah untuk recover balik printing cost aku untuk digunakan belanja buku 2 dan seterusnya. Tu yang aku buat muka seposen cuba promote buku aku kat sini.
Tak pa... Aku boleh bagi sikit lagi sedutan... Man-man lah brother.
As for soalan Master C-Fu, macamana boleh hilang tenaga letrik. Susah nak jawab. Kalau ikut hakikat, kun fayakun je... Tapi kalau nak dihuraikan secara saintifik, tenaga letrik boleh hilang fungsi apabila terkena ledakan gelombang ElectroMagnetic Pulse atau EMP.
Macam dalam cerita Matrix le, bila robot-robot sotong yang menakutkan itu menghampiri kapal NEO. Satu-satu caranya untuk mengalahkan mereka serentak pada saat genting adalah menekan butang yang melepaskan gelombang EMP. Tapi habis black-out kawasan yang terlibat termasuk sekecil-kecil alat yang menggunakan tenaga letrik. Sebab itu Neo dan rakan-rakan perlu dikeluarkan dari Matrix terlebih dahulu sebelum EMP diletuskan. Kalau tak dia pun kojol bersama robot sotong (Hmm... panggil robot rastafarian pun boleh kot? Atau robot Bob Marley?)
Teknologi ini sudah wujud lebih 10 tahun, lebih advance lagi yang ada dalam simpanan military US. Boleh digunakan untuk membuat seluruh bandaraya besar black-out...
Letupan bom nuklear pun menghasilkan gelombang EMP. Tapi bom nuklear turut memusnahkan hidupan dan infrastructure... Apapun kemungkinan tenaga letrik hilang kerana perang nuklear memang wujud. Lagipun ia juga boleh memusnahkan pencawang letrik sekali.
Tetapi ada yang percaya, kehilangan tenaga eletrik di bumi pada akhir zaman nanti bukan disebabkan oleh apa-apa perbuatan manusia tetapi kuasa Tuhan melalui fenomena alam. Melalui activity sun-spot (titik-titik hitam di matahari) yang boleh menyebabkan hamburan keluar lidah api yang boleh menjulur keluar jauh dari matahari di samping menghasilkan gelombang EMP yang mampu menyelubungi seterusnya memblack-out seluruh bumi!
Apapun, kan lebih senang terima kemungkinan letrik akan hilang lalu kita tak boleh menonton tv dan enjoy light-show disco lagi... Bersedialah untuk hidup dengan cara orang-orang lama lalu keluar berperang berkuda, berkeris, berpedang dan sebagainya... Bukankah itu lebih Rock? Yeehahh... Allahuakbar!

Posted: 09 July 2006 at 11:06pm
Sedikit sedutan dari bab akhir dalam buku "Berpetualang ke Aceh" karangan Radzi Sapiee, bab bertajuk "Penutup: Sampai bila berpetualang?". Sekadar untuk renungan...

Lebih empat tahun kemudian, baru Rasyid tergerak kembali untuk menyambung usaha itu, selepas meninggalkan kerjaya sebagai wartawan penghujung tahun 2001. Ketika itu, dia terasa begitu bersemangat untuk bercerita tentang komplot Zionis Yahudi untuk menerbitkan Perang Dunia keTiga, selepas mengenali apa itu Illuminati dan Protocols of the Elders of Zion.
Peristiwa 11 September yang menyaksikan menara berkembar World Trade Centre di New York hancur menyembah bumi selepas dilanggar dua buah pesawat terbang komersial terus mengapi-apikan semangat itu. Pemuda ini dapat merasakan segala yang berlaku adalah tipu helah Yahudi untuk mengalihkan perhatian dunia daripada masalah pendudukan Israel di Palestin, disokong pula pihak-pihak tertentu dalam kerajaan Amerika demi meraih simpati serta sokongan penuh rakyat untuk melancarkan perang secara besar-besaran terhadap umat Islam. Di samping itu, ia juga berjaya menyatu-padukan ahli-ahli Dewan Senat dan Dewan Kongress Amerika yang pernah berpecah dua kerana sokongan sama banyak terhadap Presiden Bush dan lawannya Al Gore dalam pilihanraya sebelumnya. Tentu ada dalang yang mendapat keuntungan besar daripada peristiwa ini...
Tetapi penulisan ini juga tersangkut kerana masalah-masalah tertentu. Mungkin kerana nawaitu Rasyid masih belum lurus? Masih ada nafsu untuk meraih pengaruh dan kekuasaan melalui penulisan? Masih lagi mahu disegani ramai kerana kehendak nafsu amarah, suka disanjung dan dipuji? Lalu dia melupakan langsung hasrat untuk menulis buku, sehinggalah pemuda ini sampai ke Aceh, Januari 2004... Setelah tercetus satu perbualan dengan seorang tua mengenai sejarah lama bumi Serambi Mekah.

Posted: 10 July 2006 at 8:15pm
Respons kepada seorang forumer yang mempertikaikan kenyataan saya mengaitkan agama Hindu dengan Syariat Nabi Ibrahim yang telah diselewengkan: Hmm... Main kupasan kiasan ye saudara... Nak ambik gitu boleh jugak... Tapi takut lari daripada maksud yang sudah nyata di depan mata.
Memang bahasa-bahasa dahulu ada unsur Hindi (bukan Hindu ya)... Di sini kita kena betul kerana Hindi adalah satu kawasan, benua Hindi sedangkan Hindu - kaji sedalam-dalamnya - adalah satu gelaran serkap jarang yang diberi British terhadap berbagai jenis agama yang dilihat mereka dipratikkan di Hindi, sekitar abad ke 18 gitu...
Bacalah kitab-kitab lama Melayu... Takde pun perkataan Hindu. Yang ada, orang-orang sebelum kedatangan Islam syariat Nabi Muhammad pun telah menganut ISLAM, tetapi di atas SYARIAT NABI IBRAHIM KHALILULLAH...
Maka itu apabila Iskandar Zulkarnain berjaya mengalahkan Raja Hindi, disuruh mengucap masuk agama ISLAM SYARIAT NABI IBRAHIM... Mengucap :
Asyahaduallah ilaha illallah wa asya duanna Ibrahimu khalilullah...
Disaksikan Nabi Allah Khidir AS... Peristiwa ini berlaku sekurang-kurang 300 tahun sebelum Nabi Isa lahir bergantung pada mana yang kita nak terima, adakah Iskandar Zulkarnain itu Alexander the Great dari Macedonia (hidup dalam tahun 330an gitu sebelum Masihi) atau Cyrus the Great dari Parsi (sekitar 550an SM) yang melebarkan empayar purba Achamenied.
Tentang apakah maksud Samudera, kalau ikut kitab Hikayat Raja-raja Pasai, maksudnya Semut Besar... Ceritanya terang dan sampai sekarang ada tempat bernama kecamatan (daerah) Samudera di Aceh.
Tentang kenapa banyak wali akan muncul dari situ, ini kena kaji perjalanan keturunan Nabi, para Ahlul Bait yang berdaulat dari Timur Tengah sampai ke bumi Serambi Mekah...
Kat Aceh ni lah port banyak anak cucu Nabi masuk ke Nusantara sebelum bertebaran ke merata tempat menyebarkan dakwah... Tengok lah peta... pakai common sense... Takkan dari Tanah Arab (tak kiralah dari Hadramaut Yaman ke Baghdad ke) nak belayar pegi AUstralia atau Filipina kmudian baru masuk Malaysia?
Kajilah... Kecuali Sunan Kalijogo, semua Wali Songo adalah keturunan Arab yang boleh dibuktikan bapa bin bapak bin bapak nya adalah dari keturunan anak cucu Nabi yang pernah menetap dan bertapak di Samudera ataupun Samudera Pasai sebelum gi Jawa...
Tahu cita Wali Tujuh seperti Syed Jamaluddin Kubro dan saudara-saudranya yang datang lebih dulu ke Tanah Melayu? Tahu siapa itu Syed Thanauddin (atau Sheikh Saman, juga dikenali sebagai Adi Putera, guru Hang Tuah)?
Kajilah... Jangan bercakap ikut sedap buat teori... Biarlah ada ilmu yang disokong penelitian warid dan khatir seperti dihuraikan dalam kitab Al-Hikam karangan Sheikh Iskandar Ato'ilah. Sekurang-kurangnya istikharah dan tahkik balik pengetehuan dengan orang-orang lama (pandai-pandai le ko cari orang yang jenis mati hidup semula, mati hidup semula ni)....
Biasakan tilik diri sendiri sebelum berkata-kata dan menzahirkan sesuatu ilmu (atau pendapat dan sangka-sangka). Walau betul pun sekali ilmu itu, tilik lagi kenapa mesti berkata-kata... Untuk mencari kebenaran atau untuk memandai-mandai?
A'kum....

Posted: 12 July 2006 at 3:10am
Respons saya kepada seorang forumer yang seolah-olah mahu mengorek asal-usul keluarga saya dan mempersoalkan kenapa saya menyokong Ahlul Bait anak cucu Nabi:
Heh Aladdin... Hang ni betul-betul nak korek ke?
Ini yang dilema ni... Nak jawab susah tak jawab susah... Is it OK if I simply say yes, "keluarga besar" saya includes keturunan Syed. But I'm not from their lineage walaupun ada kena-mengena...
What I mean is bapak bin bapak bin bapak (sebelah mak n pompuan lain cita) is not from Ba'Alawi or the Hadrami Syed family. Suffice to say that yes, I belong to the larger Ahlul Bait family (as in children of Hassan or Hussin, bukan campur Bani Hasyim yang meliputi Saidina Abbas ok) but our family don't carry the name. Yang datang 1,000 years ago to Tanah Melayu pun pakai nama Merah or Raja... So hope that clear matters... Sekarang semua dah buang, pakai nama Muhammad je kat depan, macam orang lain.
As for the falling in love with Sharifah, its not the reason aku dok cari benda ni. Dulu we are fine together enjoying life tak pernah gaduh, enjoy memanjang, gaul bebas, minum-minum...
Then bila aku "terpanggil" start semayang balik, lepas tu baru find out who my great-grandfathers were, timbul le sedikit kesedaran n ajak this girl turut semayang n all... Sampai gaduh-gaduh sebab dia kata aku dah banyak berubah n become 2 serius... Tapi sekarang alhamdulillah dia pun dah faham dan sedang menuju ke arah kebaikan...
As 4 me, I began to have a deeper understanding of why I fell in love with this particular Sharifah... It's something to do with the blood looking for the blood. That's all I can tell.
Kalau lebih-lebih takut orang kata aku ni taksub pasal Ahlul Bait dan nak membesarkan diri when all this while, in the postings that I've sent here, I was just trying to tell everyone that it is the Ahlul Bait that will lead the ummah to the correct way and victory in Islam.
So cukuplah... It is better in this forum not to consider me as an Ahlul Bait. I'm only telling u this to clarify matters n because I cannot lie -Haram orang yang bukan Ahlul Bait mengaku Ahlul Bait dan begitulah sebaliknya...
So please, after this, don't try to make me mengaku Ahlul Bait OK... Please kawan. I hope u understand. A'kum

Posted: 12 July 2006 at 3:51am
Forumer yang sama cuba mengorek lagi. Ini jawaban saya: As I've said Alladdin, I don't come from Ba' Alawi or the Hadrami Syeds... Yang hang dok sebut, Al-Sagof, Al-Attas ke, Al-Jufri, Al-Idrus... Semua tu ba'Alawi yang keturunan mereka berasal dari Hadramaut... Through anak Imam Ja'afar al Saadiq yang bernama Ali Uraidhi...
So I'm not from that line... Ada banyak cabang lagi... Contohnya Hassani yang tak ramai orang tahu sebenarnya ada banyak juga kat Nusantara ni tapi salasilahnya digelapkan atas sebab-sebab tertentu.
Yang banyak orang tau Ba'Alawi lah yang berjuang bawak Islam ke Nusantara ni sedangkan ada cabang lain yang dah datang lebih awal, masuk ikut Aceh... Masa Aceh bukan bernama Aceh... N through Baghdad, not through Yaman n Hadramaut.
Dah le Alladdin... Aku bersangka baik ni...
Please take Imam Ali's words: "Lihatlah apa yang dikata, bukan siapa yang berkata." Ok...
Cukuplah apa yang aku dah cerita tentang kaitan dengan "keluarga besar". Let's move on. A'kum

Posted: 12 July 2006 at 9:45pm
Seorang forumer menyatakan apa yang perlu disibukkan mengenai perang akhir zaman sedangkan kematian seseorang itu sendiri adalah kiamat kecil, maka saya menjawab:
Hmm... Kiamat kecil vs kiamat beso.
Apapun, biarlah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan. Bukan aku je yang tak sabo nak tunggu perang... Zionis pun tak sabo malah depa sekarang dok api orang sana-sini, Iran, North Korea, Palestin... Kat Malaysia ni pun ada... Kalau kita peka perkembangan politik sekarang dan apa yang tersirat di sebaliknya...
Sebab program Zionis yang dirangka 100 tahun dulu oleh General Pike memang memerlukan Perang Dunia Ketiga untuk menjamin kemenangan dan pemerintahan MUTLAK "bangsa terpilih" ini terhadap segala isi muka-bumi... Jadi jangan haraplah diaorang nak tunggu 10 atau 20 tahun lagi...
Attack kat Iran yang patut berlaku dua bulan besar pun dah lari program... Ni tengah cucuk tempat lain pulak tapi akan balik ke Iran juga... Kalau boleh mereka nak perang ni berlaku dalam setahun dua ni... Itupun paling lambat. Selama mana kita boleh lengahkan dengan usaha-usaha diplomatik dan doa para wali?
Wali-wali pun dah boring nak doa delay perang sebab selagi tak berlaku perang, selagi itu lah banyak orang lupa diri kumpul harta, johget riang ria citrawarna horey-horey, jual agama, bangsa dan negara untuk merperkayakan diri lepas tu berlakon macam pejuang bangsa paling prihatin terhadap nasib masyarakat dan umat Melayu Islam
Sesekali jengoklah Protocols of the Elders of Zion, juga kaji dan tengok manifesto Zionis sejak pertubuhan rasmi mereka ditubuhkan tahun 1897 di bawah kepimpinan Theodore Hertzl di Basel, Switzerland...
Tengok, apa program Freemason dan Illuminati seterusnya.
Bacalah yang tersirat kenapa buku Da Vinci Code cukup top, sampai jadi wayang, sampai dah jual lebih 40 juta kopi diterjemahkan dalam lebih 40 bahasa.... Siapa yang support penjualan buku ni, network siapa, untuk siapa?
Apakah yang sebenarnya diwar-warkan Da Vinci Code? Kenapa promosi Da Vinci Code kat kedai-kedai besar cam Books Kinokuniya disertai tajuk-tajuk seperti Knights Templar dan Judas Gospel? Apakah yang cuba dipromote mereka sebagai persediaan untuk menerbitkan the New World Order yang akan diperintah oleh SATU kepala yang berpusat di Jerusalem?
Sedihlah banyak orang masih tak nampak permainan tangan-tangan cemar ini.... Perang yang diaorang nak push ni bukan setakat ekonomi, spiritual atau penaklukan budaya... Yang lain-lain tu cuma mukadimah saja untuk penaklukan tentera secara total.
Bukalah minda dan mata hati kita.A'kum...

Posted: 13 July 2006 at 7:18pm
Benar saudara Aladin kata-kata Laksamana Hang Tuah: "Tak Melayu hilang di dunia". Benar sungguh jika kita tahu siapakah sebenarnya Hang Tuah (sorry yang ni tak leh cita, so jangan tanya, marah orang lama), dan siapa sebenarnya Melayu.Kalau kita tak faham makna besar Melayu, jadilah macam kat Johor ada perkuburan orang Melayu, ada pulak perkuburan Arab... Sedangkan dalam takrif Melayu mendalam seperti yang diketahui orang-orang Melayu lama, orang-orang Arab ni (termasuk le Syed Sharifah kat Wadi Hussein, Wadi Hassan, Wadi Hana) tu pun Melayu!Tapi tu le Mat Saleh, pandai mengadu-domba. Dan kita pulak tak dan kaji makna sebenar bangsa Melayu iaitu persatuan bangsa-bangsa bersatu yang menganut Islam, duduk di Tanah Melayu, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan adat-istiadat Melayu (check lah... Dalam perlembagaan Malaysia pun takrifnya macam tu)...Tu sebab orang Melayu ni ada muka Cina, muka India, Mat Saleh, macam-macam... (tengok posting saya dalam thread bertajuk Di manakah kekuatan Bangsa Melayu - Cerita Dongeng, Lagenda...)Kalau kita faham, maka benarlah kata-kata Hang Tuah itu... Kalau tak faham tu yang keturunan Syed kat JB kadang-kadang kutuk: Apa le orang Melayu ni malas, bodoh...Melayu pulak kutuk: Bodoh punya Arab, bahlol unta...Padahal sama-sama Melayu... Sampai bile le kita ni nak kena kencing dengan Mat Saleh?

Posted: 15 July 2006 at 2:35am
Marhaban saudara Penyapu.
Kelebihan yang diberi Allah kepada zuriat mulia Rasulullah SAW bukanlah untuk dibangga-banggakan apa lagi untuk mempelekehkan orang lain tetapi untuk memikul amanah memperjuangkan syiar Islam yang syumul sampai ke titisan darah yang terakhir.
Kelebihan-kelebihan ini (kalau ada le... bukan semua anak cucu Nabi dapat) seperti IQ tinggi, keberanian dan sifat kepimpinan semulajadi, kepetahan tanpa perlu belajar ilmu pidato berserta rupa-paras elok yang layak dicontohi dan sebagainya adalah untuk menjernihkan yang keruh. Jadi penunjuk jalan kepada ummah dalam zaman di mana perkara hak dan bathil sering bercampur-baur sehingga sulit untuk mengenal yang mana betul, yang mana mengarut. Merekalah yang patut ke hadapan melawan kezaliman di kala orang lain takut kerana kurang keberanian atau tidak cukup hujah.
Tentang Ba'Alawi ni, saya dah faham sangat. Tapi ada juga berapa kerat yang betul-betul muluk malah disanjung tinggi masyarakat tanpa meminta timbalan apa-apa macam Syed Ali (alamak tul ke? Nama tu lupa lak) kat Batu Pahat. Umur dan 80 tahun tapi steady lagi. Hidup pun simple je, rumah kecik. Tapi macam-macam orang seluruh Malaysia cari dia minta doa dan barakah. Sampai sekali tu kat Pulau Besar, Melaka saya boleh terjumpa orang dari Maldives, Africa bertanyakan tentang dia. Sebab ada orang pesan kalau nak barakah dalam perjalanan Tasawuf ni ziarahlah orang-orang cam dia...
Masalahnya banyak Syed n Sharifah dok bangga dengan nama dan keturunan tapi akhlaknya tak mencerminkan peribadi darah anak cucu keturunan Nabi. Punyalah bangga sampai ada Syed tu boleh kutuk Sheikh Ismail yang dimakamkan kat Pulau Besar... Katanya Sheikh Ismail tu "cuma" Sheikh sahaja, bukannya Syed. Padahal Sheikh Ismail tu lagi tinggi daulatnya daripada mana-mana keturunan Syed, sebab dia Sharif keturunan Saidina Hassan malah daripada jurai Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani yang bapaknya belah Saidinan Hassan, maknya belah Saidina Hussein!
Sebab itu ada yang buang nama Syed (atau Sharif), tak suka dikenali sebagai Ahlul Bait. Tanggungjawabnya besar, sekurang-kurangnya jagalah reputation Nabi, jangan sampai orang kata lek eleh... Macam ni ke anak cucu Nabi.
Sebab itu juga banyak darah-daging anak cucu Saidina Hassan langsung tak tau salasilah mereka yang tok-nenek moyang dulu tak mau cite, sampai le satu masa nanti... Salah satu sebabnya sebab kaitan darah-daging Saidina Hassan dengan watak-watak akhir zaman seperti Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi. Ni yang banyak musuh nak cuba track... A'kum

Posted: 15 July 2006 at 4:22pm
Kata sesetngah orang, guru Hang Tuah yang bernama Adi Putra itu adalah seorang Wali Allah yang bernama Syed Thanauddin juga dikenali sebagi Syed Saman. Beliau adalah satu daripada wali tujuh lama anak cucu Nabi yang datang ke Nusantara dalam tahun 1350an Masihi gitu diketuai Sayyid Jamaluddin Kubra, datuk kepada Wali Songo, juga datuk kepada Syed Nurul Alam yang disebut sesetengah pihak sebagai nama sebenar Patih Gajah Mada, Perdana Menteri Majapahit.
Dari keturunan Syed Nurul Alam (juga dikenali sebagai Sultan Qumbul) jadi pula Raja-raja Patani dan Kelantan.
Untuk saudara penyapu, saya kurang dengar le pasal Syed Abdullah di Melaka ni... Ada details tak? Kat mana makamnya, agak-agak meninggal tahun berapa?
Oh... Alang-alang bercerita pasal makam ni, saya nak war-warkan lah. Kat Kampung Ketek (dulu dikenali sebagai Kampung Pali), tak jauh belakang Masjid Kampung Hulu yang berdekatan bus-stand lama bandar Melaka ada makam seorang wali Allah terkenal dari Aceh iaitu Sheikh Shamsuddin Sumatrani @ Shamsuddin Pasai.
Beliau adalah anak murid Sheikh Hamzah Fansuri (ingat Kias Fansuri?) dan seorang khalifah tariqat Qadiriyah yang menjadi guru kepada Sultan Aceh yang sangat terkenal, Sultan Iskandar Muda (memerintah 1607-1636) yang pernah menakluki hampir seluruh Nusantara. Sheikh Shamsuddin juga ada Qadi Malikul Adil Aceh (jawatan ulamak tertinggi) zaman itu selain seorang pahlawan jihad.
Beliau dipercayai mangkat dalam perang Aceh-Portugis di Melaka tahun 1629 di mana Aceh nyaris-nyaris merampas balik Melaka jika tidak kerana
1. Pergaduhan antara Perdana Menteri dan Laksamana Aceh tentang pergerakan dan strategi tentera.
2. Perdana Menteri silap strategi (dengar cite dia ikut cakap penasihat Belanda) lalu meletakkan armada laut Aceh yang sebanyak 300 kapal dan 20,000 tentera di kuala Sungai Pongor sehingga tersepit nanti.
3. Portugis yang terkepung hampir dua tahun (semua port diaorang dah kena tawan kecuali A Famosa iaitu Bukit St. Paul) mendapat bantuan MELAYU, terutama askar-askar Pahang dan Johor yang telah dihasut membenci orang Aceh.
Begitu le cite nya... Wassalam

Posted: 16 July 2006 at 9:23pm
A'kum kawan-kawan. Dah baca latest news pasal Israel attack Lebanon? Diaorang yang bunuh orang-orang Lebanon sampai kat 150 mati tapi masih boleh marahkan Hizbollah lagi... Marah sangat Hizbollah boleh balas ngan missile yang ada range 100 km sampai boleh pukul salah sebuah kapal perang depa. Pada hal diaorang yang kurang ajar pi blockade land, sea n air orang... Itupun kena missile baru 4 orang sailor diaorang missing, baru je jumpa satu mayat sedangkan budak-budak Lebanon banyak confirm dah mati... Akai ada ka?
La ni diaorang dok kata Hizbollah dapat bantuan ketenteraan Iran, sebab tu dah ada missile yang range 100 sampai 200km, dah boleh attack sampai Haifa kat Israel. Dulu Hizbollah setakat boleh ataack range maximum 50km. Dah diaorang nak kaitkan Iran lagi supply alatan canggih kat pengganas. Sampai boleh sebut "it's a case of a terrorist state (Iran) helping another terrorist state (Lebanon)"... Sedap betul mulut diaorang nak kata semua negara Islam pengganas. Syria pun diaorang dah dok cari alasan nak kaitkan support Hizbollah. Tu yang dua hari lepas Israel bom highway dari Lebanon ke Syria nak putuskan land transport route...
Agak-agaknya what's next yek? Adakah akan ada lagi "perundingan damai"? Pi rah... Rasulullah SAW dah lama bagitahu, dengan Yahudi ni takkan ada perdamaian. Yang ada "perdamaian" kejap untuk kaburi mata dunia, sambil tu diaorang pun position le army diaorang kat tempat-tempat strategik. Bila sampai masa, nampak le taring dia balik... Ini bangsa, Nabi-nabi sendir pun diaorang boleh torture n bunuh, inikan lagi orang lain, goyim - lebih rendah dari anjing.
Kita semua ni bila nak nampak apa sebenarnyayang berlaku di dunia ini di sebalik leka-leka citrawarna dan Akademi Fantasia? Ish... Geramnya aku... Bila le nak sampai waktu, kuda dan pedang berguna balik dalam perang besar-besaran....

Posted: 18 July 2006 at 12:11am
Forumers sedang berbincang tentang perang Israel-Hizbollah di Lebanon. Ada yang menyatakan kali ini susah Israel nak menang. Saya pula takut kalau Israel cepat menang:
Hmm... Itu yang risau tu.
Ingat lagi Six-Day War (Perang Enam Hari), rasanya dalam tahun 1967 di mana negara-negara Arab dok luku Israel tapi lepas tu berjaya dikalahkan dek Yahudi?... Itu yang tak kuasa nak dengar tu. Satu negara kecik yang baru ditubuhkan tahun 1948 boleh luku jiran-jiran Arab yang jauh lebih besar kat sekeliling dia, sempat pulak conquer Semenanjung Sinai.
Tapi la ni, Iran punya teknologi boleh tahan canggih, ada system missle yang Patriot dan radar buatan Amerika tak leh kesan. Jadi lawan kali ini bukan sebarang... Dia ada network lak supply senjata canggih kat Hizbollah di Lebanon dan Syria. Dan ada kemungkinan Peranchis dan Russia tak sokong Israel. Kemungkinan je le, aku takut diaorang main wayang sebab Odessa di Russia pernah jadi port besar Yahudi sebelum Perang Dunia I, begitu jugak Peranchis (sebab tu buku Da Vinci Code banyak cite pasal Museum Louvre di Paris)
Apapun, aku rasa kalau le Iran terlibat sama, akan jadi ulangan perang dahulu zaman berzaman iaitu Rom lawan Parsi. Kalau jadi yang ni, boleh panjang cerita ni... Silap-silap India pun perang ngan Pakistan.
Lepas tu, lepas tu stand-by le kita yang kat sini, buatlah apa-apa yang patut untuk menghadapi zaman mendatang... Rasanya tak payah lagi le nak fikir tahun 2020 nanti nak hantar anak engko kat sekolah mana... Silap-silap time tu semua orang cari port selamat kat hutan, mungkin kat Janda Baik, Pahang?

Posted: 18 July 2006 at 2:48pm
A'kum kawan-kawan. Sekadar untuk renungan.
Ingat tak kira-kira setengah tahun lalu keluar berita besar satu masjlis "pengisian" barang-barang kat Batu Caves yang dihadiri punya le ramai orang, macam Thaipusam lah pulak... Siap bawak gajah-gajah Siam suruh panjat naik tangga sampai ke atas.
Berita melaporkan upacara itu adalah yang kali kedua pernah dilakukan di MANA-MANA tempat dalam dunia ni pada zaman moden. Dasyat kan? Kenapa upacara begitu besar ni bole berlaku kat Malaysia? Apakah yang ada di Malaysia sampai perlu dipasak hantu-hantu besar kat Batu Caves ni? Ada apa-apa ke?
La ni, Batu Caves dah ada Ultraman, punyalah tinggi adala macam bangunan 15 tingkat gitu.... Berapa banyak tempat kat dunia ni ada Ultraman macam tu? Raksasa mana plak dia nak lawan ni?
Adei... Marilah kita renungkan... Kadawale... Kadawale... Ilek.

Posted: 22 July 2006 at 1:42pm
Hari ni surat khabar muka depan semua dok cite pasal demonstrasi Pemuda Umno depan kedutaan US protes Israel attack Lebanon, sebab follow demontrasi serupa yang dilancarkan di banyak tempat di seluruh dunia.
Tersenyum teman tengok orang-orang yang mengetuai demontrasi Pemuda Umno ni punya ye ye le tunjuk semangat n keprihatinan... Dunia! Dunia!
Betui ka hangpa pedulik pasal nasib orang Lebanon ni sedangkan orang hangpa dok nak "kritik" adalah hangpa punya real sponsor dalam dunia politik ni? Ya ke hang kesian tengok umat Islam kena bedil sedangkan hangpa dok kumpul harta lepas tu tabur duit hasil jualan syarikat-syarikat Malaysia ke "member-member", hangpa gunakan nak pikat artis jelita dan hidup dalam dunia glamour?
Betui la hangpa ni semua expert pakai teori Niccolo Machievelli - Matlamat menghalalkan cara. Dan pakaile kulit kambing biri-biri di luar tapi berfikirlah dengan "kebijakan" sang musang. Musang berjanggut gitu... Oh alangkah wanginya tangan engko Dang Wangi...
Dunia! Dunia! Ish... Ish...Ish...

Posted: 25 July 2006 at 1:07pm
Ada forumer bertanya, kepada Lubnan tidak turut sama menentang Israel. Jawab saya: Hmm... Itu yang masalah tu. Dari satu segi, Lubnan cuba mengelak kerana kononnya pencerobohan Israel itu adalah hukuman ke atas Hizbollah yang menculik tentera Israel, bukannya ke atas Lubnan. Padahal yang teruk adalah rakyat biasa Lubnan. Nak avoid full-scale war kot?
Entahlah diaorang ni... Sedangkan Hizbollah culik tu sebab nak demand beratus-ratus rakyat Lubnan yang ditahan di Israel supaya dibebaskan. Tak tau le kalau ada taktik lain... Tengok dulu berapa jauh Israel boleh masuk - sekarang kena check ngan Hizbollah.
Camana rancangan Syria pulak yek? Kalau Lubnan kena tawan, dah tentu buffer zone yang memisahkan Israel ngan Syria sudah pecah. Dah tentu askar Syria akan berhadapan dengan muncung senjata Israel di sempadan. Nak tak nak, ini tanda all-out-war...
Iran pulak camana... Officially kat sana dah lama ada tentera Mehdi... Semua dah set ke? Pakistan pulak dengar citenya tengah tingkatkan production nucleur bomb... Ni pun ada orang nak laga-lagakan bagi escalate face-off ngan India nak-nak sebab peristiwa pengeboman keretapi kat Mumbai hari tu.
Dunia, dunia... Ish... Ish... Ish...

Posted: 26 July 2006 at 10:08pm
Forumers berbincang mengenai betapa banyaknya “keperluan” sekarang dikuasai Yahudi, maka kata saya: Adoi... Camana le kita nak kalahkan Zionis ni? Dah le duit kita nak dah banyak tabur kat diaorang, bukan Hard Rock Cafe, Starbucks n etc aje... Habis Kentucky, McDonald tu apa? Yang kita simpan duit dalam bank tu, interest ke, yuran perbankan Islam tu hapa? Bukankah semua bank musti ada deposit kat Bank Negara? Mesti ikut BLR, Base Lending Rate... Itu ape kalau tak riba' tak kira le kalau bagi nama sedap ikut Islam siap buat aqad...
Itu le, kita ni dah darurat sangat... Banyak benda terpaksa dihalalkan kerana kita dah TERCENGKAM dalam sistem Zionis...
Habis tu takkan nak suruh keluar duduk hutan tinggalkan semuanya jadi cam aku, bodoh, ketinggalan zaman... Dah nak jadik Melayu purba plak? Tak ke bodoh namanya tu?
Itu le... Bukan senang nak selamat daripada fitnah Dajjal ni, apalagi le nak atur barisan perang lwan depa semua

Perang Akhir Zaman - Bahagian I

Hmm… Seronok pula membuat artikel “Bukan senang woo nak berhenti merokok!” menggunakan postings yang dibuat dalam forum kegemaran saya iaitu Forum CVT. Di sini tergerak pula untuk menggunakan postings daripada thread bertajuk “Perang Akhir Zaman” yang dibuat dalam forum yang sama.
Untuk makluman, thread yang dibuka lebih 6 bulan lalu ini merupakan permulaan saya mula aktif menulis dalam Internet. Entah kenapa, pada ketika itu, saya terasa seperti perang dunia ketiga sudah terlalu hampir lalu perlu untuk berkongsi rasa dengan sesiapa sahaja yang sudi berbincang sama.
Thread ini telah menjangkau 41 mukasurat, oleh itu biarlah saya ambil bahagian tertentu sahaja OK, itupun eloklah dipecah kepada 3 bahagian, bermula dengan pembukaan di bawah… Silakan…

Posted: 15 June 2006 at 12:10am
Assalamualaikum para saudara (oppss... dan saudari) forumers sekalian. Saya telah mengikuti topik-topik di forum cvt sejak awal tahun ini, baru malam ini dapat gerak untuk terjun sendiri ke dalam.
Saya ingin mengajak sesiapa yang berminat atau mempunyai pengetahuan untuk membincangkan satu wasiat yang dikatakan sebuah hadis Rasulullah SAW. Setakat diketahui, ia tidak wujud dalam mana-mana kitab hadis sahih yang disepakati, malah mana-mana kitab rasmi agama Islam. Tetapi ia wujud dalam dua kitab Melayu yang dianggap sebagai dua sumber utama pensejarahan Melayu lama iaitu Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang.
Cuba baca kata-kata Nabi ini:

Sepeninggal aku telah wafat kelak akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.
Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu,
serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.
Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan jadi wali Allah.
Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama.


Kitab Sulalatus Salatin menyebut Mengiri sebagai negeri Muktabar. Apapun, fakir yang dimaksudkan adalah orang yang sama, Fakir Muhammad, seorang Sultan berketurunan Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang turun takhta untuk mengikuti rombongan menjalankan wasiat Nabi tersebut ke Samudera (dalam Aceh sekarang).
Untuk makluman, nakhoda kapal rombongan ini ialah Sultanul Arifin Sheikh Ismail yang dimakamkan di Pulau Besar, Melaka.
Dalam mission ini, baginda telah berjumpa dengan pengasas keSultanan Samudera iaitu Sultan Malikus Salih.
Kenapa wasiat ini menyebut dari negeri itu akan muncul banyak wali? Apakah ada rahsia berkaitan peristiwa akhir zaman (kebangkitan Islam dari Timur) di sebalik semua ini?
Diharap ada yang sudi menyambut perbincangan ini. Wassalam

Posted: 15 June 2006 at 5:22pm
Assalamualaikum para saudara sekalian.
Untuk saudary sammy terutamanya, bila dikatakan sabda Nabi mengenai Samudera ini tidak wujud dalam kitab hadis sahih. Sebab itu saya ajak saudara semua berbincang.
Tentang sahih tak sahih, banyak juga hadis-hadis Nabi termasuk hadis Qudsi yang tidak ada dalam Sahih Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan sebagainya muncul pula dalam pengajian tariqat dan kitab-kitab Tasawuf. Saya tidak dapat memberi contoh off-hand tetapi confirm memang ada. Sebabnya, ada hadis-hadis yang telah digelapkan sepanjang tempoh pemerintahan Bani Umaiyah selama hampir 100 tahun dan Bani Abbasiyah selama hampir 500 tahun atas sebab-sebab tertentu tetapi terus dipegang oleh golongan tertentu terutama ahli Sufi yang menyanjung tinggi kaum kerabat Rasulullah SAW. Proses pengumpulan hadis secara rasmi dimulakan semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar Ibnu Aziz, lebih 80 tahun selepas Nabi Wafat. Kitab-kitab Sahih pula wujud sekitar 120 kemudian. Maka logiklah jika ada hadis-hadis yang hilang.
Perhatikan dalam bab ilmu Sahih Bukhari dan Muslim, ada tersebut Abu Hurairah berkata dia ada menyimpan dua karung hadis, satu disiarkan kepada umum, satu tidak. Kerana katanya, jika disiarkan satu karung lagi nescaya lehernya akan dipancung. Kebetulan dia juga hidup semasa zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan dan anaknya Yazid, orang-orang yang diketahui sedikit anti pada Ahlul Bait. Pada zaman itu, sesiapa yang memperbesarkan kelebihan Bani Umaiyah boleh mendapat pelbagai ganjaran sedangkan sesiapa yang menceritakan apa-apa kelebihan anak cucu Nabi boleh disiksa malah dipenjarakan dan dibunuh.
Untuk kefahaman lanjut, elok kaji apa yang berlaku setelah Perang Siffin, pertembungan antara golongan yang menyokong Saidina Ali dengan penyokong Muawiyah. Apa berlaku seterusnya setelah Saidina Hassan mati diracun dan Saidina Hussein terbunuh di Karbala. Jangan anggap ini semua perspektif Syiah. Sila berfikiran terbuka.
Apapun, jika sabda Nabi mengenai negeri Samudera itu tidak dapat dibuktikan kesahihannya, persoalan seterusnya kenapa ia boleh muncul dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sulaltus Salatin? Kedua-dua ini adalah kitab besar sejarah orang Melayu, bukan kitab sebarangan. Saya percaya ada rahsia besar di sebalik ini - anak zuriat tertentu yang ditinggalkan di bumi Serambi Mekah yang akan bersambung terus sehingga ke akhir zaman, sehingga kemunculan panji-panji hitam dari Timur. Insyaallah!

Posted: 18 June 2006 at 10:08pm
Assalamualaikum para forumers.
Mengenai sabda Nabi tentang negeri Samudera itu sahih atau tidak, saya pun tak berani nak confirm. Yang pasti, ia memang ada dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang dikarang oleh Tun Sri Lanang, Bendahara Johor pada abad ke 17. Tun Sri Lanang dan kerabat diraja Johor pernah ditawan ke Aceh pada zaman pemerintahan Raja Aceh Sultan Iskandar Muda (mangkat 1636 Masihi) lalu pernah dilantik menjadi pembesar bertaraf raja di Semerlanga Aceh. Sultan Johor ketika itu, Sultan Alauddin Riayat Shah III pula telah dihukum bunuh di Aceh tahun 1615 kerana bersubahat dengan penjajah Barat.
Refer to Jejak Rasul 11 yang ditayangkan di TV3 Ramadhan lalu tentang kehadiran Tun Sri Lanang di Aceh, seorang Bendahara Johor yang terpelajar. Maka itu hadis atau sabda ini bukannya baru muncul tetapi sudah lama terdapat di dunia Melayu. Cuma mungkin ramai yang tidak teliti lalu tak perasan pun ianya ada di depan mata. Refer balik kepada posting pertama saya dalam thread ini.
Kedua-dua kitab ini telah dirumikan dan pernah menjadi bahan text sastera wajib untuk pelajar Tingkatan Enam sekolah-sekolah Malaysia sehingga hujung tahun 80an. Jadi jika sabda Nabi mengenai Samudera di dalam adalah palsu semata-mata, kenapa dibiarkan dalam buku text yang boleh dibaca berjuta-juta umat Islam di Malaysia selama beberapa dekad?
Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu edisi rumi terbaru juga telah dibukukan kembali oleh Yayasan Karyawan juga Dewan Bahasa dan Pustaka, boleh didapati di kedai-kedai buku besar seperti Books Kinokuniya dan Bordes. Jadi pada siapa yang sangsi, silalah cari kitab-kitab ini dan baca dengan teliti.
Di sini biar saya beri sedikit latar-belakang kemunculan Islam di Aceh seperti yang diakui para sejarawan peringkat sarjana kemudian cerita-cerita lama dari mulut orang tua-tua dan sumber-sumber tertentu untuk renungan para forumers. Semoga kita semakin faham kenapa panji-panji hitam akan muncul dari Timur. Insya'allah.
-----------------------
Pada tahun 804 Masihi telah muncul satu rombongan 100 orang pendakwah dari Timur Tengah yang berlabuh di Perlak (dalam Aceh sekarang), katanya dari Baghdad. Ketika itu kerajaan Perlak sedang diperintah oleh seorang raja bernama Merah Shahir Nuwi, dikatakan berasal dari keturunan seorang bangsawan Parsi bernama Salman. Sumber-sumber tertentu menyebut Salman yang dimaksudkan adalah sahabat Nabi, Salman al-Farisi. Dan baginda sebenarnya adalah seorang pewaris kerajaan Dinasti Sassanid yang memerintah Parsi, satu di antara dua kerajaan terbesar di dunia dahulukala.
Rombongan ini diketuai oleh seseorang yang cuma dikenali sebagai Nakhoda Khalifah. Termasuk dalam rombongan adalah seseorang bernama Muhammad bin Ja'afar al-Sadiq dan anaknya Ali. Untuk pengetahuan, Imam Ja'afar al-Sadiq adalah seorang Ahlul Bait yang sangat dihormati, pernah menjadi guru kepada imam empat mazhab dan salah seorang Sheikh utama tariqat Naqsyabandiah. Orang-orang Syiah pula mengkultuskan baginda sebagai Imam Syiah ke enam, selepas Saidina Ali, Saidina Hassan, Saidiana Hussein, anaknya Ali Zainal Abidin, anak Ali - Muhammad al- Baqir. Ja'afar al Sadiq adalah anak al-Baqir.
Mereka disambut baik dan dimuliakan, akhlak mereka menarik perhatian sehingga penduduk di sana memeluk Islam malah pusat kerajaan ditukar nama menjadi Bandar Khalifah, ada namanya masih dipakai sehingga sekarang...
Ali bin Muhammad bin Ja'afar al-Sadiq telah dikahwinkan dengan adik kepada Merah Shahir Nuwi iaitu Makhdum Tansyuri. Pada tahun 840 Masihi, anak mereka telah diangkat menjadi Sultan pertama Perlak iaitu Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah. Maka bermulalah pemerintahan keturunan Rasulullah SAW bercampur darah Salman al-Farisi di bumi Serambi Mekah. Ini berlaku 600 tahun sebelum Melaka dibuka, 700 tahun sebelum nama kerajaan Aceh mekar dalam sejarah!
Hikayat Raja-raja Pasai menyebut seorang anak raja bernama Merah Silu telah keluar berburu bersama para pengiring dan anjingnya bernama si Pasai, terjumpa satu tanah tinggi lalu si Pasai terlihat seekor semut sebesar kucing! Merah Silu menangkap semut itu, dibawa balik ke istana lalu dimakannya. Kemudian baginda rasa tempat itu elok dibuat negeri lalu menamakannya Samudera yang bermakna semut besar. Peristiwa ini dianggarkan berlaku pertengahan abad ke 13, dalam tahun 1250an gitu. Tapak pusat kerajaan Samudera terletak berhampiran bandar industri Lhoksuemawe, Aceh, kawasan yang sangat kaya dengan minyak.
Maka tersebut lah sabda Nabi tentang kemunculan Samudera. Sharif Mekak (Raja Mekah dari keturunan Saidina Hassan) telah menitahkan seorang mualim bernama Sheikh Ismail supaya pergi membawa alat-alat kerajaan dari Mekah dan senaskah Al-Quran lalu pergi mencari negeri Samudera untuk mengIslamkan raja dan penduduknya demi memenuhi wasiat Nabi, kerana "dalam negeri itu akan muncul banyak wali Allah."
Maka Sheikh Ismail pun berangkat, singgah di negeri Mengiri (dalam Sejarah Melayu dipanggil Muktabar), kalau tak salah di benua Hindi. Ketika itu raja yang memerintah adalah Sultan Muhammad, dari keturunan sahabat Nabi dan Khalifah pertama Islam, Saidina Abu Bakar al-Siddiq. Apabila mendengar berita tentang kapal dari Mekah ingin ke Samudera atas titah Sharif Mekah, baginda terus turun takhta dan menyerahkannya kepada seorang anak. Terus pakai baju fakir dan membawa seorang anak lain untuk mengikuti rombongan itu. Itulah disebut Fakir Muhammad.
Di Samudera pula, Merah Silu telah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW lalu diberi nama Sultan Malikus Salih yang bermakna raja orang-orang salih. Dipendekkan cerita, Sheikh Ismail dan Fakir Muhammad pun sampai ke Samudera dan mengIslamkan penduduknya. Mereka mendapati Merah Silu sudah fasih membaca Al-Quran tanpa sedikit pun bersalahan. Alat-alat kerajaan yang dibawa dari Mekah pun diserahkan kepada baginda dan baginda ditabalkan sekali lagi, kali ini mengikut adat raja-raja Islam dengan menggunakan nobat Ibrahim Khalilullah. Begitulah cerita. Mengikut kajian sejarah, Sultan Malikus Salih mangkat tahun 1297. Baginda juga mengasaskan kerajaan Pasai yang sangat dikenali sebagi pusat penyebaran dan dakwah Islam Nusantara sehingga kemunculan Melaka. Makam baginda tidak disentuh Tsunami walaupun ia terletak tidak jauh dari pantai.
Cukuplah background buat masa ini. Diharap para forumers yang ikhlas mahu mencari jawaban dan kebenaran fikiran dengan mendalam tentang semua ini kerana di sini terletak satu jawaban kenapa panji-panji hitam akan muncul dari Timur nanti. Fikirkanlah dengan jujur dan mendalam. Jika perlu, buat sedikit kajian sendiri, minta petunjuk dari Allah SWT, beristikharahlah, Insya'allah.
Wassalam.

Posted: 06 July 2006 at 3:55pm
Jawaban kepada beberapa pertanyaan forumers: Apa kena mengena perang akhir zaman dengan Tasauf? Izinkan saya membuka langkah...
Mula-mula akan berlaku perang dunia ke 3 di mana umat Islam akan kalah punya. Itulah yang disebut Rasulullah SAW umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak boleh berbuat apa-apa. Dalam keadaan ini kita cuma mampu menjaga diri sendiri dan keluarga. Keadaan akan jadi begitu sengsara di mana ramai yang akan give-up lalu termakan fitnah Dajjal di mana dia akan menawarkan syurga (yang sebenarnya neraka) dan neraka (yang sebenarnya syurga).
Yalah, dunia kelam-kabut, orang tak cukup makan, rumah hancur, duit tak boleh pakai dan sebagainya... Harta-benda dah takda makna... Masa tu siapa yang tak kuat Iman akan mengalah lalu akan menerima package tawaran PBB Dajjal Laknatullah serta Zionis dan kuncu-kuncu mereka demi keluar dari kesengsaraan. Maka mereka yang tidak kuat Tasawuf, setakat berpegang kepada Syariat sahaja boleh menghalalkan perbuatan mereka berpaling tadah pada pihak Syaitan dengan menggunakan 'kebenaran' untuk mengaku Murtad demi menyelamatkan diri sendiri dari kelaparan, dibunuh dan sebagainya. Boleh menggunakan alasan mengelakkan mudharat demi menyelamatkan tubuh-badan daripada kebinasaan.
Tetapi siapa yang mantap Tauhid dan Tasawufnya akan tetap berpegang pada Islam walaupun nyawanya akan melayang. Seperti Bilal bin Rabab yang tidak mahu Murtad walau diugut dan disiksa majikkannya dengan teruk. Beliau cuma mengucapkan "Ahad! Ahad!" apabila menahan sakit semasa disiksa, Di sini terletak satu rahsia Tasawuf dan makna keEsaan (sekurang-kurangnya fikir Tauhid Af'al. Hakikatnya Siapakah yang menyiksa Bilal?)
Selepas perang dunia ke 3 dan kemenangan orang-orang jahat serata dunia, akan terjadi satu peristiwa di mana alat-alatan moden seperti machinegun, kereta-kebal, jet-pejuang, pelutu berpandu dan sebagainya tidak boleh dipakai. Malah mengikut kata sesetengah orang, tenaga letrik pun hilang tidak boleh dipakai.
Pada masa itu, orang-orang Islam yang berjaya mengharungi segala dugaan tanpa mengalah, jadi fasik dan murtad sebagainya telah dikira lulus ujian, kerana kemantapan Tasawufnya. Barulah berguna pedang, keris dan sebagainya yang selama ini disimpan dalam rumah (kalau tak bercampur-baur dengan khadam, jin dan sebagainya).
Merekalah yang akan memulakan gerakan kebangkitan sebenar Islam, dengan berpedang dan berkuda menghapuskan musuh. Itulah permulaan panji-panji hitam dari Timur yang akan dipimpin oleh keturunan terpilih bertaraf wali dari darah-daging Ahlul Bait Rasulullah SAW. Lepas tu barulah muncul Imam Mahdi, Nabi Isa As etc...
Itulah yang disebut sesetengah orang sebagai perang dunia ke 4, atau dalam kitab Taurat dan Injil (yang telah diubah-suai tetapi masih ada cerita ini) sebagai Perang Armegeddon.
Jadi agak-agaklah bagaimana Tasawuf boleh berkait dengan Perang Akhir Zaman. Cerminlah diri... Bagaimana kita yang sudah terbiasa hidup senang dan aman, ada rumah elok, kereta, anak-bini, ada sumber pendapatan tetap, tak pernah betul-betul merasa susah, lapar, dahaga dan sebagainya, apalagi disiksa dan diugut bunuh akan berjaya bertahan menghadapi dugaan yang akan datang tanpa kekuatan ilmu dan amal Tasawuf yang sanggup menolak segala kesenangan dunia malah menerima segala dugaan dan susah-payah dengan penuh keredhaan? Di manakah Tauhid kita yang mengEsakan bahawa setiap yang terjadi dan bakal terjadi adalah Af'al Tuhan belaka? Bagaimana mahu bercerita tentang Tauhid Sifat, Tauhid Asma apalagi Tauhid Zat kalau Tauhid Af'al pun tak pass lagi?
Apa guna bercerita tentang alam tinggi Ahadiat, Wahdat, Wahdaniat, bertengkar pasal alam Malakut, Jabarut dan sebagainya tanpa mengenal hakikat tempat roh kita di alam Lahut dan hubungannya dengan alam Bahut dan Hahut.
Cakap memang senang, bukak kitab, jumpa guru sana-sini. Boleh belajar meraga sukma lah, terbang kan roh sana- sini lah. Jangan berbangga sangat dengan permainan Qarin yang disebut sesetengah pengajian sebagai roh yang berjalan. Ini bukan pengajian Tasawuf sebenar tapi tempias yang digunakan dalam ilmu perubatan dan persilatan. Masih meneroka alam jin yang berlapis-lapis lagi, tak sampai sekelumit pun nak mencapai alam Malakut apalagi alam Jabarut yang malaikat pun akan burn kalau cuba masuk. Apalagi Lahut yang lebih tinggi? Kalau itupun tak faham, tak payah lah susah-susah bercerita pasal Nur Muhammad dan sebagainya. Sampai ada yang nampak Qarin sendiri, itulah yang dikatakannya Muhammad. Masyaallah!
Minta maaf lah kalau kata-kata ini kasar. Tetapi selagi kita tak beramal menyucikan diri, naik dari Amarah ke Lawahah, kemudian Mulhamah lepas tu Mutmainnah, jiwa yang tenang yang sudah faham segala hakikat kejadian, sekurang-kurang tahu dan merasa (tanpa perlu membuktikan pencapaian diri kepada orang lain demi mendapatkan pengiktirafan) apa itu Tauhid Af'al, boleh kata Ahad! Ahad! (Dia yang Esa) bila teruk dibalun orang, rasanya susah untuk melepasi dugaan yang akan mendatang. Jangahlah nak masuk bab nafsu Radhiah, Mardhiah, apalagi Kamaliah...
Harap kita sama-sama ambil iktibar. Jangan terlalu berbangga dengan segala macam ilmu perubatan, persilatan, kebatinan, ibu Lam lah, ibu Gayung lah sedangkan kita belum mendapat hakikat sebenar kalimah La Haulawala Quwataila billahil aliyil azim - Tiada daya dan upaya kecuali dari Allah belaka. Itulah ibu segala gerak...
Sekian wassalam.

Posted: 06 July 2006 at 5:04pm
Saudara-saudara sekelian. Biar saya beritahu satu info yang cuma diketahui golongan tertentu.
Mengikut program Zionis (kena baca Protocols of the Elders of Zion, sidang pertama secara terang-terangan Zionis di Basel, Switzerland tahun 1897, kalau tak silap yang diketuai Teodore Hertzl, sebab sebenar kejatuhan Uthmaniyah sehingga Jerusalem terlepas, tahun 1920an, Perisytiharan Balfour dan sebagainya), mereka MESTI memerintah dunia kerana itu kononnya hak mereka sebagai Bani Israel, bangsa yang terpilih. Tetapi ini bukanlah senang, mesti diterbitkan beberapa keadaan supaya lebih mudah pecah dan perintah.
Maka pada awal tahun 1900an telah dirangka satu program terutama oleh seorang general dari Amerika bernama General Pike, bahwa tiga perang dunia MESTI diterbitkan sebelum mereka dapat betul-betul menggenggam seluruh dunia. Maka itu jadilah Perang Dunia Pertama yang natijah kejatuhan Uthmaniyah diikuti kejatuhan Mekah dan Madinah yang telah diperintah oleh keturunan Saidina Hassan selama 800 tahun kepada puak Wahabi dan keluarga Saud yang disokong British. Maka umat Islam seluruh dunia jadi anak-yatim kerana telah hilang kepala dan penaung zahir (Uthmaniyah) dan batin (Mekah dan Madinah di bawah Ahlul Bait).
Natijah perang dunia kedua, dunia jadi bi-polar, Blok Komunis lawan Blok Kapitalis. Di samping itu wujud badan-badan berasaskan riba' yang menguasai dunia seperti World Bank dan IMF. Wujud juga negara haram Israel dengan sokongan PBB, yang tapak diwujudkan melalui naungan British dan Perisytiharan Balfour hasil kemenangan mereka dalam perang dunia pertama. Untuk pengetahun PBB adalah lanjutan League of Nations yang "diamanahkan" memegang Jerusalem selepas Perang dunia pertama.
Maka selepas perang dunia kedua, dunia dipecahkan melalui ideologi kapitalis dan komunis yang menghasilkan banyak lagi ideologi sampingan seperti sosialis dan sebagainya. Ingat, kapitalis dan komunis sebenarnya diwujudkan oleh para pemikir Zionis selepas Revolusi Industri abad ke 18. Nampak bercanggah tetapi tujuannya sama, untuk memecah-belahkan umat.
Sekarang mengikut program yang telah tertulis 100 tahun lalu, sudah sampai masanya untuk Perang dunia ketiga yang diisytiharkan melalui Peristiwa September 11, 2001. Tapi para cerdik-pandai Yahudi tahu tentang ramalan Rasulullah SAW tentang kebangkitan umat akhir zaman, melalui Timur diikuti bahagian Khorasan dan sebagainya.
Lalu mereka cuba menakluki Nusantara melalui krisis kewangan 1992 tetapi kurang berjaya. Apapun, selepas September 11, Afghanistan jatuh, kemudian Iraq. Sekarang menunggu masa untuk jatuhkan Iran kemudian Syria.
Indonesia hakikatnya telah terjelupuk selepas Suharto menanda-tanganai perjanjian IMF dahulu, Malaysia juga yang masih berdiri. Masalahnya mereka cuba cari jalan lain pula. Nak attack direct tak dapat. Kita dapat menepis melalui saluran diplomatik, juga melalui doa orang-orang alim dan para wali yang masih wujud. Dulukan Singapore pernah provoke suruh attack, Australia pula dok bising kononnya ada hak untuk menyerang sesuatu negara jika dia suspek ada terrorist, nak bawak armada navy US ke Selat Melaka kononnya untuk tangani lanun dan terrorist pun tak berjaya.
Tapi tengok sekarang apa dah terjadi pada Malaysia? Berapa banyak company kita dah jatuh ke tangan Singapore, Temasek Holding. Siapa punya kerja. Singapore kan port Zionis Nusantara? Itupun tak faham lagi ke?
OKlah... Ini satu cerita rahsia tetapi saya rasa patut didedahkan. Ikut program Zionis dan perkiraan falak mereka, Iran dah patut kena attack dekat dua bulan dulu. Kalau jadi, kemungkinan tercetus perang nuklear amatlah besar, maka faham-fahamlah apa akan jadi seterusnya.
Masalahnya program ni dah lari budget n timing. Kuncu-kunci CIA, Mossad dan sebagainya, beribu-ribu yang masuk ke Iran untuk menimbulkan kekacauan, mensabotaj pertahanan dan mengapi-apikan pembakang untuk menggulingkan kerajaan hilang! Tak tahulah kena sembelih ke apa. Maka program dah lari...
Ilmu falak sebenar ni macam ilmu nak naik bas ikut jadual lah. Kalau dah miss bas 6.30 pagi, terpaksalah tunggu next bus mungkin 7.30 pagi. Macam almarhum Haji Fahim, datuk Pak Lah, ketika diminta memilih tarikh kemerdekaan, dia sebut mesti dapat 31 Ogos 1957 kalau tak kena tunggu lagi berapa tahun lagi. Begitulah...
Ingat tak dulu macamana kecohnya Amerika nak attack Iran tapi tak jadi-jadi? Sampai Israel tak sabar-sabar boleh isytiharkan mereka sendiri akan attack Iran kalau Amerika masih berlengah-lengah? Sekarang apa dah jadi? Kenapa cool-down pulak? Tukar cerita pasal Korea Utara lah, attack balik Semenanjung Gaza lah? Pasal tak puas hati dengan Hamas lah... Hah... Ini kes kena tunggu bas pukul 7.30 lah... Program dah lari. Kena tunggu next trip...
Apapun, Perang Dunia Ketiga adalah PASTI. Cuma tak dapat ditetapkan bila tetapi sudah dekat, sangatlah dekat... Kita cuma boleh berusaha dengan cara diplomatik dan doa untuk melambatkannya tetapi Yahudi memang dah tak sabar, takut program lari lagi... Selama mana para wali di Nusantara boleh berdoa ia ditundakan? Sedangkan selagi itu, selagi tak perang, kemungkaran makin bermaharaja-lela. Segala fasiq, munafik, menari-menari buat maksiat main politik kaut harta rakyat, berjoget-joget mengejek - mana itu perang? Tak da pun? Kita mahu kumpul duit untuk hidup seribu tahun lagi, Horey!
Orang-orang bodoh macam aku je yang tunggu penuh geram, bilalah nak dapat peluang untuk mendaulatkan kembali Islam supaya boleh muncul zaman keemasan yang dijanjikan.
Sekarang ni orang dah berani challenge kat court, bodohkan mahkamah Syariah supaya boleh jadi murtad... Diheboh-hebohkan lagi supaya jadi isu besar... Kenapa? Siapa punya kerja? Kalau mahu, buat satu phone call je boleh kasi kes ni shut-up. Tetapi dibiarkan malah diwar-warkan bagi satu dunia dengar?
Ah... Bersedialah untuk perang. Itu aja kata aku...

Posted: 07 July 2006 at 4:48pm
Setelah lebih memahami apa yang ingin diutarakan, ramai forumers menyatakan sokongan lalu respons saya: Alhamdulillah kawan-kawan. Insyaallah kita semua ada semangat.
Sekarang kita patut cermin diri, mampukah kita berserta berjuang di dalam barisan panji-panji hitam nanti.
Seperti yang saya sudah sebut lebih awal, perang dunia ketiga akan berlaku dahulu di mana orang Islam disembelih di mana-mana dan kita tak boleh buat apa-apa. Kesengsaraan dan huru-hara yang terjadi akan menyebabkan banyak orang mengalah. Maka untuk memasuki barisan panji-panji hitam, bersedialah menghadapi lapar, susah-payah, hilang segala harta-benda, ahli keluarga, seksaan demi seksaan malah bersedialah untuk dibunuh dengan kejam demi terus memegang tali Allah tanpa terpedaya dengan ugutan atau pujuk-rayu Dajjal laknatullah and the boys and gang.
Ini cuma dapat dilakukan jika kita istiqamah berpegang dengan Islam sedalam-dalam... Maka mesti ada ilmu dan amal Tasawuf supaya yakin segala yang bakal terjadi memang telah ditentukan sejak azali dan kita dapat melalui dalam keadaan syahid - yang menyaksikan. Fahamilah ini dalam-dalam... Macam tengok movie pasal perang dunia I dan II, cuma ada extra... Kita rasa sakit dan segala macam seksa.
Kalau pass part ini dan masih hidup lagi, insya'allah boleh masuk dalam barisan panji-panji hitam. Allahuakbar!
Untuk ketualanun, pertanyaan saudara mana Pemuda Bani Tamim? Jika yang dimaksudkan adalah seorang forumer, saya bukan orangnya.
Posting pertama dalam thread Perang Akhir Zaman ini adalah entry saya yang pertama dalam Forum CVT.
Jika Pemuda Bani Tamim yang dimaksudkan ada kena-mengena dengan Ustaz As-Shaari, lagilah saya tak pegang. Kalau ikutkan nafsu saya yang masih belum suci ini lagi, sesiapa sahaja yang berani buat perisytiharan dirinya sebagai orang paling hadapan pembawa panji-panji hitam, mahu saya tampar saja muka dia. Lepas tu kalau dia nak tampar balik ke, jurus ke, bunuh ke... Allah sahaja menggerakkan segala sesuatu.
Yang dimaksud Pemuda Bani Tamim ni ada ciri-ciri tertentu. Nak pendekkan cerita, kita ambil dua, keturunan dan rupa-paras.
Keturunan mesti Ahlul BAit, anak cucu Nabi. Kalau ikut pendapat mendalam bapak atas bapak (bapak bin bapak bin bapak...) mesti sampai kepada Saidina Hassan, Khalifah pertama dan terakhir seluruh umat Islam dari darah daging Nabi. Yang mana satu anak cucu yang dimaksudkan (sebab jurai keturunan Saidina Hassan ni banyak termasuk Sultan Brunei), itu rahsia Allah. Kalau confirm tau, tentu Zionis dah lama wipe-out family dia...
Tentang rupa-paras, aku ambik bab senang lah... Semua nabi-nabi itu handsome... Kajilah... Begitu juga para pewaris Nabi, apalagi pemegang panji-panji hitam dari keturunan Saidina Hassan yang memang diketahui handsome malah diriwayat sebagai orang yang rupa-paras paling hampir kepada datuknya Rasulullah SAW.
Ini genetic terpilih... Mesti ada ciri-ciri rupa-paras elok Nabi. Ada perawakan tubuh-badan tegap, tegak dan hebat... Dan kalau kita kaji, seorang pemimpin mestilah menjadi contoh kepada semua dengan rupa-paras yang boleh menimbulkan perasaan hormat, kasih-sayang, wibawa... Barulah pengikut follow dengan rela....
Pendek-kata setakat kepala botak, muka senget, mata ceme... Gunakan khadam dan jin masuk mimpi pengikut supaya boleh control mereka dan sebagainya, rasanya janganlah cuba mengaku Bani Tamim. Allah sahaja yang melaknat golongan sebegini
Sekian sahaja buat masa ini. Kita bertemu di masa dan hari yang lain. Insyaallah.

Posted: 07 July 2006 at 5:34pm
Forumer Selamat telah menegur kenapa perlu marah-marah, maka ini jawaban saya: Terimakasih kerana menegur saya, selamat.
Minta-maaf le teman cakap ada marah-marah... Sebab teman dah banyak sangat jumpa jemaah yang akhir kalamnya, ketua jemaah mereka lah penyelamat umat Islam sedunia, tak pun Nusantara.
Naik fed-up...
Ini satu contoh. Ada satu jemaah ini ambik budak-budak Melayu bermasalah - penagih dadah, budak-budak perempuan nakal dan sebagainya, siap ada kerjasama KDN.
So dapatlah beribu-ribu pengikut instant. Maka ketua jemaah (bukan Ayah Pin) yang pernah ikut Tabligh, Tariqat Naqsyabandiyah dan entah apa-apa lagi (tapi semuanya separuh jalan) pun ditugaskan memulihkan mereka dan membawa kepada makna Islam dan Melayu yang sebenar. Maka terciptalah satu lagi jemaah yang berani mengaku terang-terangan mereka sedang dilatih untuk perjuangan akhir zaman.
Awalnya, mereka dilatih cara Tabliq, ikut sunnah, jaga solat jemaah, sunat dan sebagainya. Bila dah advance sikit duduk lah kat salah satu kem utama jemaah di Ulu Terengganu. Kalau dah advance lagi, mulalah bertapa dalam gua sambil zikir dan bayangkan muka guru sampai keluar bercahaya-cahaya. Datanglah godaan demi godaan seperti hantu bungkus, harimau jadian malah perempuan cantik telanjang.
Kepada ahli-ahli tertentu yang lebih advance pula, mereka bertapa di Gunung Jerai. Lalu dapat 'naik' ke langit, jumpa semua Nabi-nabi malah telah kenal Allah belaka! Fuyoo... Manyak dasyat.
Untuk pengetahuan, ahli-ahli kumpulan ini agak pakar bermain dengan Qarin, perang batin, seru semangat, masuk mimpi orang dan sebagainya....
Ketua tertinggi jemaah ini pernah memberitahu saya, mereka ini semua dididik makna sebenar Islam, Melayu dan sedang disediakan untuk perang akhir zaman. Elok juga sebab budak-budak gangster muka henry gurney pun dapat peluang untuk menggemblengkan tenaga.
Maka itu mereka juga diajar adab-adab Melayu lama. Setelah discan, maka dikenali ahli-ahli yang berketurunan bangsawan atau tidak lalu dipanggil mengikut gelaran lama. Maka it salah seorang penjaga kem di Terengganu dihormati sebagai seorang Tun berdarah Bendahara.
Ketua tertinggi pula dipanggil Tuanku! Katanya kepada saya supaya anak-buahnya tahu adab lama. Dia setakat melatih mereka sahaja sebelum kumpulan ini diserahkan kepada ketua atau Sultan sebenar yang akan memimpin panji-panji hitam dari Timur nanti. Begitulah ceritanya...
Beberapa bulan kemudian, ketua tertinggi yang telah mendapat 'wahyu baru' telah dikenali pula di kalangan pengikut sebagai Tok Ayah atau Sharif Muhammad al-Baghdadi, orang yang menulis Batu Bersurat Terengganu 700 tahun lalu! Kononnya dialah penjelmaan Sharif!
Kumpulan ini begitu berpengaruh sehingga seorang artis perempuan terkenal yang sekarang lebih banyak mengarah filem menjadi penyokong kuat si ketua. Malah perempuan ini kononnya telah diisi dengan Puteri Gunung Ledang! Lalu dia dan ketua tertinggi sahaja boleh masuk ke bilik kuning di sebuah kawasan di Ulu Klang. Pelik juga kerana artis ini isteri orang, dan ketuanya ada tiga bini!
Tidak lama kemudian muncul cerita kat suratkhabar, ketua yang juga dikenali sebagai ustaz ini diburu polis kerana beberapa kes rogol! Tetapi pengikutnya tak percaya... Mana boleh ustaz yang tolong mereka berhenti dadah, masalah sosial dan sebagainya rogol orang ini mesti fitnah... Mesti ada orang dengki. Sebab dia ada pengikut beribu-ribu, business pun dah maju... Inilah dugaan akhir zaman....
Oh... Untuk pengetahuan... Semua pengikut ini berjaya berhenti dadah dan masalah sosial. Asalkan bergerak dalam jemaah... Kalau cuba keluar mesti sakit balik punya. Beginilah cara ahli terus dipegang.
Kes rogol ini senyap kerana si ustaz tak dapat dicari. Ramai pengikut sedia menyorokkannya dan dia ada banyak base dalam hutan.
Baru-baru ini, dalam seminggu dua, timbullah lagi kes baru. Ustaz ini dah rogol orang lagi. Dan yang buat aku geram, mengikut tulisan dalam suratkhabar tu, dia dah mengaku dirinya sebagai Sultan Malikus Salih!
Tahu tak siapa Malikus Salih? Bacalah Hikayat Raja-raja Pasai. Inilah raja besar yang mengasaskan kerajaan Samudera-Pasai di Aceh lebih 700 dahulu. Baca balik posting pertama dalam thread ni.
Aku yang terbaca pun naik angin. Minta maaflah... Kalau anda sekelian dalam situasi ini bagaimana? Bayangkan ada satu mamat mangkuk, gunakan orang, gunakan Melayu, gunakan Islam, gunakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis, main seru-seru semangat, Qarin, lepas tu rogol orang dalam keadaan terpukau, lepas tu ngaku sebagai penjelmaan nenek-moyang engkau yang dikenali sebagai raja bertaraf wali, engkau hangin tak? Mahu tak penampar?