Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, April 12, 2019

Cabaran menjejak Raja Nala - Antara dua tarikh kemangkatan dan makam yang belum pasti kedudukan



Jam 10.44 bermulalah sesi pembentangan kertas kerja dengan pembentang pertama, Puan Intan Salina Idrus daripada PADAT, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Ini adalah lewat setengah jam daripada yang dijadualkan. Ikut atur cara asal pembentangan pertama itu bermula jam 10.15 kemudian rehat minum-minum jam 10.45-11.


Tak mengapa. Para hadirin merangkap peserta bengkel boleh minum sambil mendengar kerana hidangan berada dalam ruang yang sama dengan majlis. Salina membuka dengan menceritakan secara ringkas hubungan yang sudah wujud beratus tahun antara Semenanjung Tanag Melayu dengan Aceh di utara pulau Sumatera.


Dikongsikan pula kajian-kajian dan penemuan yang dibuat oleh PADAT tentang batu nisan Aceh di Selangor...


Seterusnya disorot hubungan Kesultanan Selangor dan Kesultanan Aceh pada abad ke-18 lalu tersebutlah nama Raja Muda Selangor, Raja Nala.


Dibuka pula cerita tentang permasalah cop mohor Sultan Selangor pada waktu itu. 


Tak perlulah dipanjangkan cerita. Terus sahaja menyentuh tenang surat-surat yang dihantar Selangor kepada Francis Light iaitu Gabenor Pulau Pinang. Ada yang menyebut tentang permasalahan di Aceh lalu Sultan Ibrahim Selangor menghantar adindanya Raja Nala untuk membantu.


Dipendekkan cerita Raja Nala memang memainkan peranan besar buat kerajaan Selangor pada waktu itu. Jadi ketokohan apa lagi kewujudan beliau tidak perlu dipersoalkan. Yang menjadi tanda tanya di manakah di Aceh beliau dimakamkan setelah mangkat di sana.


Maka disebutlah tentang satu kawasan pemakaman di halaman Universiti Syiah Kuala yang dipercayai kemungkinan besar menempatkan jasad almarhum. Tentang ini sudah disebut dalam artikel Cabaran menjejak Raja Nala - Dari Ampang ke Shah Alam dan petaka pada laptop.


Pembentang kedua, tokoh sejarawan terkenal Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali memilih untuk bercakap terus dari meja tanpa bantuan slaid.


Yang dipaparkan pada skrin ialah teks pembentangan beliau yang menyorot peranan dan kedudukan Raja Nala atau Raja Muda Nala dalam sejarah Kesultanan Selangor. Peserta bengkel ada menerima salinan teks sama seperti terpapar pada skrin.


Walaupun tidak begitu banyak sumber menceritakan panjang lebar tentang Raja Nala apa yang ada sudah cukup jelas untuk menonjolkan peranan beliau sehingga mangkat di Aceh. Maka kembali kepada isu yang patut diselesaikan iaitu kedudukan makam Raja Nala. Apakah benar di lokasi yang ditemui di universiti di Banda Aceh? 


Dalam hal ini Abdullah pun tidak boleh memberikan kata putus. Dikongsikanlah cerita berkenaan makam Hang Tuah yang dikatakan di Tanjung Keling. Kemudian ada orang membantah lalu mendakwa itu makam moyangnya seorang India Muslim. Disebut tentang makam Tun Teja yang diisytiharkan lalu dibina bangunan berkenaan di Melaka. Namun ada pula mendakwa makamnya di Kesang Laut, Muar, Johor. Disebut juga tentang makam Daeng Parani di Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah. Orang-orang tua sekitar menyatakan itulah yang diberitahu sejak turun temurun. Tetapi kemudian muncul satu kumpulan mengatakan makam pahlawan besar Bugis itu di Langgar, dekat Alor Setar. Satu lagi adalah makam Opu Daeng Rilake, ayahanda kepada Daeng Parani. Untuk pengetahuan Daeng Parani adalah abang kepada Daeng Chelak dan Daeng Chelak adalah datuk kepada Sultan Ibrahim Selangor dan adindanya Raja Nala. Makam Daeng Rilake dikatakan di Pulau Siantan. Itupun dipertikaikan orang...


Pembentang ketiga, Encik Abdul Rahman Mohamad Amin pula adalah seorang pengkaji dari Perak.


Perspektif yang diambil adalah seperti tajuk yang kelihatan.


Surat-surat Raja Nala kepada Francis Light dijadikan rujukan.
















Kesimpulan adalah seperti di atas. Satu perkara yang ditonjolkan pembentang adalah wujudnya surat kepada Light atas nama Raja Muda Selangor dengan tarikh yang jatuh pada tahun 1791. Sedangkan ada pihak percaya beliau telah mangkat di Aceh tahun 1788.


Pembentang keempat dan terakhir dibuat oleh pengkaji muda Ahmad Farhan Abdullah.


Saya lihat tajuk yang dibawa berserta empat persoalan utama cukup sistematik untuk memberikan kefahaman mendalam buat semua.


Anak muda ini adalah anak kepada Abdullah Zakaria. Seperti bapanya juga pembentang selepas itu beliau ada menyerahkan kertas kerja lalu butiran boleh dijadikan rujukan...


Slaid memaparkan dengan ringkas tapi cukup jelas siapakah Raja Nala, kenapa ke Aceh?





Cuma tahun bilakah ke Aceh yang juga merupakan tahun mangkat beliau menjadi persoalan bergantung kepada pengkaji dan sumber...








Namun Farhan lebih cenderung kepada tahun 1788 berdasarkan alasan-alasan yang dipaparkan.

Petang selepas rehat makan tengah hari dan solat Zohor persidangan disambung kembali untuk membuat rumusan.


Secara rata dipersetujui kewujudan, peranan dan ketokohan Raja Nala dalam sejarah Selangor membawa ke Aceh itu jelas. Mangkatnya di Aceh juga tiada khilaf. Tentang tahun boleh dikaji lagi. Lebih penting dan perlu buat masa ini adalah mengesahkan kedudukan makam kerana Sultan Selangor bercadang untuk menziarah. Untuk itu kerajaan negeri Selangor sanggup mengeluarkan belanja untuk memperbaiki dan mencantikkan makam. 


Yang harus diselesaikan adalah cara mendapat kepastian agar tidak ada mempertikaikan kelak. Setakat ini memang makam di halaman Universiti Syiah Kuala adalah calon terbaik. Langkah-langkah akan dibuat agar mendapat lebih kepastian daripada masyarakat sekitar sambil meneliti apa-apa rekod yang boleh membantu termasuk keadaan setempat semasa Raja Nala datang...


Nota : Merujuk kepada laptop saya yang rosak akibat terjatuh sebelum masuk ke ruang majlis seperti diceritakan dalama artikel Cabaran menjejak Raja Nala - Dari Ampang ke Shah Alam dan petaka pada laptop. Kalau tidak kerana itu besar kemungkinan cerita Raja Nala ini telah dipersembahkan di blogspot sama ada pada siang Khamis semalam atau malam sebelumnya. Petang Khamis baru saya ada kelapangan untuk ke Kuala Lumpur mencari laptop ganti yang cukup bagus pada harga berpatutan. Kembali sahaja ke rumah lewat malam diselesaikan dahulu kerja-kerja suntingan buku terbaru yang tergendala akibat laptop rosak. Hari ini Jumaat baru dapat dipersembahkan cerita tentang Raja Nala. Alhamdulillah.... :]



Cabaran menjejak Raja Nala - Dari Ampang ke Shah Alam dan petaka pada laptop

Salam pagi Jumaat. Setelah melalui satu cabaran tertentu baru saya dapat kembali menulis di blogspot. Cabaran apakah itu? Nanti akan diceritakan di sini. Ia ada kena mengena dengan satu majlis ilmu yang dihadiri 2 hari lalu...


Sebulan lalu saya menerima surat undangan untuk menjadi ahli bengkel satu majlis seperti yang kelihatan pada surat atas. Undangan dibuat oleh PADAT, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Saya pun menyatakan komitmen untuk hadir.

Sebelum menerima surat undangan rasmi saya telah dihubungi oleh seorang pegawai PADAT menyatakan mahu mengundang ke majlis. Disebutlah antara tujuan majlis adalah untuk memastikan kedudukan makam Raja Nala. Untuk pengetahuan tokoh ini adalah adinda kepada Sultan kedua Selangor, Sultan Ibrahim Shah (memerintah 1778 - 1826). Apabila kekandanya menaiki takhta beliau dijadikan Raja Muda Selangor. Menurut ceritanya beliau dihantar ke Aceh untuk menolong Sultan Aceh menyelesaikan suatu masalah. Raja Nala kemudian mangkat lalu dikebumikan di sana.

Saya pernah menziarahi makam yang mungkin menempatkan jasad almarhum Raja Nala. Saya sebut mungkin kerana belum ditahkik atau disahkan/dipastikan 100 peratus. Saya dapat tahu tentang kewujudan makam tersebut daripada kawan-kawan di Aceh. Sebelum itu ada seorang ahli kerabat diraja Selangor bertanya kepada saya jika tahu kedudukan makam Raja Nala memandangkan saya sudah beberapa kali ke Aceh. Saya tanya kawan-kawan di Aceh melalui Facebook lalu ditunjukkan makam yang mungkin milik almarhum. Lihat artikel Perjalanan ke-7 di Aceh - Makam raja-raja dari Semenanjung Tanah Melayu dan beberapa makam lama yang ditulis tahun 2015.


Yang membuat makam tersebut disyaki milik Raja Nala adalah  ia ditanda sebagai makam "Muda Selangor". Lihat artikel Makam Raja Muda Selangor di Aceh? (Tomb of regent of Selangor in Aceh?) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Sebagai persediaan untuk menghadiri majlis saya bertanya lagi kepada kawan-kawan di Aceh melalui FB apakah ada sesiapa dapat memastikan itu adalah makam Raja Nala? Mereka ini adalah anak-anak muda aktivis yang rajin mengkaji sejarah lama Aceh dan apa-apa yang terkait dengan. 

Namun jawaban yang diterima adalah tiada siapa yang dikenali mereka dapat memberikan kepastian tentang makam. Pun begitu saya tetap menerima maklumat baru daripada mereka. Saya disarankan membaca buku yang kelihatan. Seorang kawan Aceh menunjukkan pada muka surat 80 buku ada cerita tentang kedatangan Raja Nala ke Aceh. Saya pun bergegas ke Perpustakaan Negara untuk mencari buku. Alhamdulillah ada lalu saya pinjam dan baca setiap muka surat.


Buku setebal hampir 360 muka surat ini dibuat berasaskan tesis Masters penulisnya Lee Kam Hing. Buku diterbitkan oleh Oxford University Press sedangkan tesis disiapkan tahun 1968 sebelum diperbaiki lagi tahun 1983. Ternyata begitu banyak maklumat berguna dapat ditemui membuat saya faham bagaimanakah keadaan sosio-politik dan geo-politik Kesultanan Aceh pada tempoh yang dikaji iaitu daripada tahun 1760-1824. Cerita tentang Raja Nala cuma disebut dalam satu perenggan sahaja iaitu pada muka surat 80 seperti disebut kawan dari Aceh. 

Disebut dalam perenggan bahawa beliau dihantar oleh Sultan Ibrahim dengan 80 orang dan 16 buah kapal untuk membantu Sultan Aceh menangani masalah pembesar yang melawan di daerah Pedir pada bulan Jun tahun 1788. Beliau mangkat Ogos tahun itu ketika melakukan kempen (menundukkan pembesar yang tidak mahu tunduk kepada sultan). 


Cerita Raja Nala pergi ke Aceh lalu mangkat di sana turut disebut dalam buku Sejarah Selangor tulisan Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1981. Cuma menurut buku ini beliau dihantar untuk membantu Sultan Aceh menentang orang Dusun sebelum mangkat tahun 1795.


Kira-kira 2 minggu lalu saya dapati majlis diwar-warkan melalui poster yang kelihatan di WhatsApp.


Diwar-warkan sekali atur cara penuh majlis...


Sampai waktunya pagi Rabu 10 April 2019 iaitu 2 hari lepas saya pun bergegas ke lokasi.


Cuma hendak dijadikan cerita entah kenapa saya tersilap menganggap ia mahu diadakan di Hotel De Palma Ampang sedangkan lokasi sebenar adalah di Hotel De Palma Shah Alam. Mungkin kerana itulah De Palma yang pertama sebelum muncul cawangan-cawangan lain. Dan saya pernah menetap di Ampang selama beberapa tahun.


Ini menyebabkan saya sanggup bermalam di rumah seorang kawan lama di Setiawangsa. Dari rumah saya di Sungai Buaya, Rawang ke De Palma Ampang jaraknya 50 km. Dah lah jauh, keluar waktu Subuh pun akan bertembung dengan kesesakan jalan raya yang panjang. Itu yang membuat saya bermalam di rumah kawan, 5 km ke De Palma.

Jam 8.30 baru meninggalkan rumah kerana hendak keluar saing dengan kawan pergi kerja. Dah dekat 2 km bergerak baru terasa hendak menyemak kembali alamat. Allah! Baru perasan majlis di De Palma Shah Alam. Ada 40 km nak kena kejar itu selain harus melepasi kesesakan jalan raya di beberapa tempat. Lebih mudah sebenarnya bergerak dari rumah saya di Rawang.


Pun begitu, alhamdulillah sempat juga sampai ke lokasi sebenar sekitar jam 9.30. 


Walaupun majlis dikatakan bermula jam 9 itu adalah untuk pendaftaran. Ikut jadual ia mahu dibuka dengan doa selamat jam 9.30. Kemudian ada ucaptama oleh Ketua Pegawai Eksekutif PADAT Dato' Paiman Keromo jam 9.45. Itulah yang harus dikejar sebelum bermula sesi pembentangan kertas kerja jam 10.15.



Rupa-rupanya 'drama' tak habis lagi buat saya hari itu. Sebelum masuk ke ruang majlis saya ke tandas  untuk melepaskan hajat. Gantunglah beg sandang yang mengandungi laptop atau komputer bimbit pada tempat gantung di pintu tandas. Tengok-tengok patah tempat gantung jatuh beg sehingga terhempas ke lantai. Selesai menunaikan hajat saya masuk ke ruang majlis.


Ketika gambar ini diambil sudah jam 10.05. Majlis masih menunggu hadirin lain memenuhi tempat.


Sambil menunggu saya mengeluarkan laptop. Allah. Patah dan pecah sudut di mana terdapat suis untuk hidupkan komputer. Terkeluar dua tiga wayar dan tercabut dua tiga benda. Terus tak boleh dihidupkan. Aduh. Walhal saya bercadang untuk menyiapkan sedikit lagi kerja-kerja penulisan buku baru apabila masuk waktu rehat.


Bayangkan perasaaan ketika itu. Komputer rosak tu satu hal. Banyak kerja nak kena siapkan. Dalam beberapa hari kebelakangan saya bersengkang mata untuk menyiapkan buku baru. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Mula memperincikan al-Farabi yang dipersembahkan jam 4.35 petang Selasa. Selain itu ada kerja-kerja tesis. Jangan lupa juga saya memerlukan laptop untuk menulis artikel di blogspot.

Pada petang Selasa itulah, setelah mengambil anak-anak balik dari sekolah agama kemudian menghantar mereka mengaji Quran, setelah isteri kembali ke rumah dari tempat kerja baru saya keluar ke rumah kawan di Setiawangsa. Sepatutnya bila dah sampai rumah kawan jam 8 malam berehatlah sebab pagi esok nak ke majlis. Sebaliknya kawan ajak keluar berjumpa sejumlah kawan lama di Cheras. Balik dekat 12 malam pula susah hendak melelapkan mata walaupun penat kerana teringatkan penulisan buku. Buka lagi komputer atau menyambung kerja. Lalu sekali lagi seperti hari-hari sebelumnya dekat jam 4 pagi baru nak berehat...



Apapun itulah cerita saya pagi Rabu itu. Disebabkan menyangkakan majlis yang diberi nama "Bengkel Meja Bulat Menjejaki Raja Muda Nala" mahu diadakan di De Palma Ampang saya bermalam di rumah kawan lama di Setiawangsa. Kalau tidak kerana itu entah bila nak berjumpa kerana kami memang jarang berjumpa. Kali terakhir setahun lalu. Sebelum itu sudah beberapa tahun juga tidak bersua muka. 

Atas asbab tersilap lokasi majlis itu juga saya dapat bertemu dengan sejumlah kawan lama yang sudah lebih 10 tahun, mungkin mencapai 14 tahun tidak ditemui. Selepas melalui kesesakan jalan raya untuk sampai ke lokasi sebenar di De Palma Shah Alam pula berlaku petaka kepada laptop. Nasib baik dapat reda dengan keadaan. Sebetulnya komputer yang rosak itu sudah lama mengalami masalah asyik hang atau sangkut walau sudah dihantar baiki ke kedai. Ada juga beberapa masalah lain yang menyebabkan saya sudah berkira-kira hendak membeli laptop lain. '

Cuma belum ada bajet dan selagi boleh sabar dahulu pakai. Kerosakan komputer menandakan nak tak nak sudah sampai masanya untuk menggantikannya dengan yang lain. Oh. Dah dekat nak masuk jam 10.06 baru ucaptama diberikan oleh Paiman dengan tajuk seperti kelihatan di atas...





Diberitahu tujuan majlis diadakan. Antara yang paling utama adalah menentukan kedudukan makam Raja Nala di Aceh...


Diceritakan sedikit tentang latar belakang Raja Muda Selangor itu dan kedudukan beliau dalam salasilah keluarga kerajaan...





Diceritakan juga tentang makam kekanda beliau Sultan Ibrahim di Kuala Selangor...


Kemudian baru ditunjukkan makam di Banda Aceh yang dipercayai adalah makam Raja Nala, makam yang pertama kali saya sampai tahun 2015...


Sesungguhnya ada cadangan untuk mencantikkan lagi makam. Diberitahu bahawa Sultan Selangor sekarang, Sultan Sharafuddin Idris Shah bercadang untuk menziarahi makam. 


Cuma perlu dibuat kepastian bahawa ia benar-benar makam Raja Nala. Takut nanti selepas diisytiharkan apa pihak menolak mengatakan ia makam tokoh lain. Perkara ini menurut Paiman pernah berlaku kepada makam di Tanjung Keling. Ia diisytiharkan oleh kerajaan negeri Melaka sebagai makam Hang Tuah ketika Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik memegang jawatan Menteri Besar 1982 to 1994. Padahal ia dahulu cuma dikenali sebagai makam tua. Kemudian ada orang mendakwa itu makam seorang moyangnya yang berdarah India Muslim...