Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, May 14, 2011

Jumpa kengkawan Sekolah Sains di Olala Cafe

Artikel ini, artikel ke 848 di blogspot ini sepatutnya mahu dipersembahkan sebelum keluar solat Jumaat semalam. Tapi entah kenapa sejak pagi hari itu tak boleh buat posting di mana-mana blogspots akibat website induk blogger.com mengalami system maintanance, lepas tengah malam, dah masuk hari Sabtu baru selesai.

Jumaat malam Sabtu seminggu lepas sejumlah kawan-kawan lama satu batch dari Sekolah Menengah Sains Johor mengadakan pertemuan di Olala Cafe, sebuah warung makan minum yang dikelolakan seorang sahabat kami bernama Azhar.


Oh. Sekolah Sains Johor merujuk kepada Sekolah Menengan Sains Johor (SMSJ) di Kluang. Dahulu, sebut sahaja Sains Johor dan orang akan tahu ia merujuk pada sekolah kami. Pertengahan tahun 1980an baru ada perubahan apabila negeri Johor mendapat sekolah sains kedua iaitu di Muar. Kemudian muncul lagi 2-3 (kalau tak salah) sekolah sains di bahagian lain negeri ini.

Kali terakhir kami bertemu begini (lebih kuranglah) adalah pada majlis sambutan hari raya yang diadakan tahun lepas. Lihat artikel A Hari Raya do with all batches (well, almost...) from my old school di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sebenarnya ada seorang dari batch junior yang mengambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tahun 1988 menghadiri pertemuan terbaru ini. Yang lain semuanya mengambil SPM 1987. Cuma saya sahaja yang mengambil SPM di sekolah lain kerana dikeluarkan dari sekolah sains penghujung 1986 akibat masalah disiplin. Lihat artikel lama Memori lama pahit getir SMSJ, Kluang, Johor....




Video klip memperkenalkan kawan-kawan...






Yang ni kira jamming. Tapi suara tengah out... hancus...



Di sini kelihatan kawan-kawan mengambil gambar nenas...

Entah apa yang special sangat nenas ni... layan aje le...

Kawan-kawan bersedia untuk kembali ke rumah masing tengah malam. Sebenarnya mereka-mereka ini sudah sampai sejak petang. Saya pula sampai lewat selepas 9 malam.

Dah malam-malam begini baru saya nak mengambil gambar persekitaran warung. Kawan kami mengharapkan agar ia dapat diberi promosi. Memang patut pun ia diwar-warkan kerana tempatnya elok, makanannya sedap. Cuma lokasinya sahaja agak terpencil. Terletak di luar jalan besar Kuala Lumpur ke Kuala Selangor iaitu di Ijok, Olala Cafe ini didirikan di sebelah Danau Pancing Damai. Untuk lokasinya masuk sini. Untuk sedikit tentang menu boleh lihat di sini.

Suasana cafe yang dah nak tutup, hehe...

Ini pula kolam pancing dalam kegelapan malam...

Bunting di jalan hadapan kolam dan cafe.



Seharusnya kami semua dah bergerak jam 12:30 gitu. Tapi ada kawan-kawan tu kata nak ambil balik joran yang ditinggalkan di kolam. Tunggu punya tunggu tak keluar-keluar. Tengok-tengok sambung memancing rupanya. Ish... :]

Apapun terimakasih kepada saudara Azhar @ Kerang bagi pihak pemilik cafe kerana menjemput kami. Terima kasih kepada Shamsul Bahrin (Sam), Adrian (Pak Yan), Jamil (seingat aku mamat ni takda nickname), Muzaffar (Amoi), Suhaimi (Mimik) dan Mat B (tak tahu nama betul) kerana memeriahkan suasana. Kepada kawan-kawan satu sekolah tak kira batch apa malah sesiapa sahaja yang mengenali kami semua, kalau nak tengok gambar-gambar lagi menarik di siang hari, masuk ke Facebook Adrian (dia pakai nama Ad Rian le plak). Takpa. Aku terus bagi link ke koleksi gambo dia... masuk sini.

Ini pula adalah links untuk artikel-artikel terdahulu melibatkan Sekolah Sains Johor atau perjumpaan dengan kawan-kawan. Kalau rajin lihatlah satu-persatu...


Memori lama pahit getir SMSJ, Kluang, Johor...

Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 1

Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 2

Komputer Sinclair ZX81... Satu kenangan lama 25 tahun lalu!

Open house di Ampang, barbecue geng moto beso di Rawang dan perjumpaan kawan lama SMSJ di Kajang

Nostalgia Sekolah Menengah Sains Johor...

Sekitar reunion SMSJ Batch SPM 1987 yang diadakan di Melaka 1 Mei baru ini...

Gambo lama Sekolah Sains dan rancangan bercerita seterusnya

Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Kerajaan lama Gelanggayu, kopi Kluang dan kenangan sekolah menengah lalu...

Sains Johor upon reaching 40 reunion for batch 83-87...

My old alma mater, Sekolah Menengah Sains Johor (Johor Science Secondary School)

A Hari Raya do with all batches (well, almost...) from my old school

Al-Rasyid berhari-raya : Bertemu kawan lama dan lepasan dari sekolah sains...





Wednesday, May 11, 2011

Ke selatan sempena cuti Hari Buruh - Salasilah sebelah ibu, makam Malim Deman, pertemuan Sungai Muar/Jempol dan tetamu misteri di makam Tuan Tulis

Assalamualaikum semua. Agak cantik tarikh hari ini... 11/5/11. Artikel ini sepatutnya dimulakan sekitar jam 1 pagi tadi. Tetapi tiba-tiba talian Internet saya menghadapi masalah dan terus begitu sehingga saya tak tahan menunggu lalu masuk tidur. Siangnya pula saya perlu keluar untuk beberapa urusan. Gambar-gambar ini dipilih dan disediakan di PWTC sebelum ia dimuatnaik di sebuah kopitiam di Kepong selepas Zuhur. Namun saya harus berkejar ke Puchong pula seterusnya. Jadi biar disiarkan gambar dahulu ya. Kiranya cerita ini bersambung dari Ke selatan sempena cuti Hari Buruh - Tarikan Masjid Ba'Alawi dan faktor Shadziliah di makam Habib Nuh.



OK. Sudah masuk jam 8.18 malam ketika ayat ini ditulis. Dah selesai urusan di luar, dah balik rumah, selesaikan lagi sedikit urusan baru tulisan dapat disambung...

Adapun artikel Ke selatan sempena cuti Hari Buruh - Tarikan Masjid Ba'Alawi dan faktor Shadziliah di makam Habib Nuh telah ditamatkan dengan gambar suasana malam di Mount Faber, Singapura. Jam 2 pagi baru kami keluar dari negara pulau itu. Terus menuju ke rumah seorang bapa saudara di Skudai.

Di atas adalah gambar di sebuah dewan kampus UTM (Universiti Teknologi Malaysia), Skudai. Bapa saudara ini adalah seorang profesor juga dekan di fakulti kejuruteraan. Hari itu Ahad 1 Mei 2011 adalah cuti Hari Buruh. Majlis perkahwinan untuk seorang anak perempuannya iaitu sepupu saya dilangsungkan di dewan itu.



Sebenarnya mereka telah bernikah petang Sabtu. Tetapi saya, isteri dan anak tidak hadir kerana mahu menunaikan hajat melawat beberapa tempat di Singapura terlebih dahulu. Kelihatan di dalam gambar satu pertunjukan silat untuk pengantin. Lihat artikel Huda's wedding reception at UTM Skudai di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Adapun ada satu lagi hajat kami anak-beranak pergi ke Singapura petang Sabtu hingga awal pagi Ahad tetapi tidak tertunai. Kami mahu berjumpa sekurang-kurangnya seorang saudara tua yang merupakan sepupu ibu saya untuk mendapatkan salasilah keluarga belah mereka tetapi cuma berani menghubungi mereka setelah selesai perkara lain, paling utama lawatan ke Masjid Ba'Alawi dan ziarah makam Habib Nuh. Maklumlah selagi belum selesai ini kami tidak dapat menyatakan dengan yakin bila boleh datang ke rumah saudara-mara tersebut...

Namun seperti telah dinyatakan dalam artikel sebelum ini, selepas jam 10 malam baru kami agak lega. Apabila saudara-mara itu dihubungi tiada yang mengangkat telefon. Sudah tidur awal agaknya... atau seperti dinyatakan oleh seorang bapa saudara dari keluarga ini yang kini menetap di Pulai, Johor adik-adiknya mungkin berjalan keluar dari Singapura mengambil kesempatan atas cuti Hari Buruh.

Nasib baik sejumlah daripada mereka muncul pada majlis perkahwinan sepupu. Dari ahli keluarga tua mereka yang saya panggil Uncle Man saya diberitahu sekali lagi bahawa salasilah keluarga mereka berserta sedikit maklumat lain telah pun dikumpulkan oleh seorang anak saudaranya. Sebenarnya saya sudah banyak kali cuba mendapatkan salasilah tersebut melalui Uncle Man yang membuat jaminan anak saudara tersebut akan menyampaikannya kepada saya. Apabila saya menjelaskan masih tak dapat lalu cuba mengumpul sendiri maklumat melalui adik-beradiknya yang hadir Uncle Man pun menghubungi anak saudara itu di hadapan saya untuk mengetahui duduk letak sebenar perkara.

Rupa-rupanya anak saudara yang dipanggil Ogy ini pernah cuba menghubungi saya melalui Facebook. Tetapi ketika itu saya tidak sedar dan tidak tahu siapakah itu kerana saya selalu juga dihubungi oleh orang yang saya tak kenal, selalunya untuk bertanya sesuatu tentang buku dan penulisan saya. Pada majlis perkahwinan ini baru saya dapat bercakap sendiri dengannya. Kami pun bertukar alamat e-mail masing-masing agar lebih senang berhubung untuk menyelesaikan perkara yang tertunda...



OK. Beberapa bulan lalu gitu saya ada dihubungi seorang pembaca bernama Zairil yang menyatakan dia berasal dari keluarga seorang bangsawan Bugis bernama Daeng Betak yang membuka satu penempatan bernama Parit Betak di Pontian (atau selatan Batu Pahat?) sekitar 1910. Saya pernah memberitahu dalam 2-3 artikel terdahulu kalau tak salah ingatan bahawa ibu saya bernama Rahimah binti Ismail bin Hussin. Saya cuma dapat tahun Hussin ini bapanya bernama Betak kira-kira 2 tahun lalu. Tidak lama kemudian, dalam perjalanan keliling Johor dan Singapura yang dibuat sejurus selepas isteri saya selesai pantang melahirkan anak penghujung 2009, saya terlihat papantanda menunjukkan arah masuk ke Parit Betak lalu terbetik di hati, apakah Betak ini moyang saya? Lihat artikel lama Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Perjalanan ke Pontian dan sebab-musabab pengembaraan....

Sekembalinya dari perjalanan pusing Johor dan Singapura itu saya mendapat kepastian dari seorang datuk saudara bahawa Daeng Betak yang membuka Parit Betak itu memang bapa kepada Hussin, datuk ibu saya. Perkara ini pernah ditimbulkan dalam 1-2 artikel selepas itu dan saya juga ada membuat pertanyaan terbuka di Facebook lalu mendapat tahu Daeng Betak adalah anak kepada La Makkuaseng atau Daeng Makkuaseng dari kerajaan Wajo, Sulawesi yang membuka Parit Makkuaseng lebih selatan di Pontian. Seterusnya saya mahu mencari siapakah bapa, datuk dan nenek-moyang Daeng Makkuaseng. Dari keturunan Bugis manakah beliau sebenarnya berasal. Ketika itulah saya dihubungi saudara Zairil melalui ruang komen di dalam salah satu artikel blogspot ini lalu beliau menjemput saya bertemu ahli keluarganya di Parit Betak nanti.

Pertemuan pun dirancang mahu dibuat semasa cuti panjang Hari Buruh 10 hari lalu. Rancangan saya adalah selepas menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Skudai saya anak-beranak akan ke Parit Betak. Dan memang ia pun sejalan. Untuk ke Skudai dari Johor Bahru dan sekitar kita perlu mengambil jalan ke Pontian. Dari Skudai kita cuma perlu menyambung perjalanan ke Pontian sebelum naik utara menghala ke Batu Pahat untuk ke Parit Betak. Tetapi selagi belum selesai majlis perkahwinan itu saya tidak dapat berjanji akan sampai bila.



Sejurus sebelum melangkah ke majlis baru saya menghubungi Zairil mengatakan kami berada di Johor Bahru dan akan bertandang ke Parit Betak petang nanti iaitu apabila majlis selesai. Sayangnya dia sedang berada di Kuantan, Pahang. Namun Zairil terus menghubungi ibu bapanya dan mereka sedia menerima kedatangan kami. Cuma kemudian saya mendapat panggilan dari bapa Zairil mengatakan mereka sedang berada di rumah saudara lain di Masai, tiada orang di rumah Parit Betak. Allah! Masai ni kira patah balik 40 km ke Johor Bahru sedangkan saya sudah berkira-kira dari Parit Betak akan ke Air Hitam naik ke Yong Peng seterusnya Segamat dan Gemas untuk pergi ke rumah kakak ipar di Jelai, Negeri Sembilan. Bagaimana ini?



Saya hampir-hampir membatalkan rancangan untuk berjumpa keluarga Zairil jika tidak kerana ibunya menyebut seorang saudara mereka ada memberitahu, lama dahulu seorang anak Daeng Betak bernama Hussin ada berjumpa keluarga sebelah mereka. Apakah Hussin ini datuk kepada ibu saya? Persoalan ini tidak boleh dibiarkan tergantung begitu sahaja. Kalau tak jumpa sekarang entah bila lagi. Dari rumah kami di Bandar Tasik Puteri dan turun selatan ke Parit Betak bukannya dekat, ada juga 400 km. Jadi apa susah sangat nak pergi 40 km ke Masai? Kami pun ke sana. Itulah yang terpapar dalam gambar-gambar selepas majlis perkahwinan di atas Perjalanan ke Masai diikuti pertemuan dengan bapa Zairil yang memperkenalkan dirinya sebagai Bachok, ibunya Nor dan abang sulungnya Zainal...

Dipendekkan cerita kami berbual lama lalu 'terjebak' sehingga masuk Isyaq. Malah seorang bapa saudara Zairil yang bernama Mansor turun dibawa datang untuk melengkapkan cerita. Beliaulah yang membawa salasilah yang menunjukkan Daeng Betak yang menjadi faktor pengikat keluarga kami berasal dari keturunan Daeng Parani. Menurut mereka salasilah itu telah disahkan oleh Istana Johor. Lihat artikel Kaitan Daeng Parani dengan keluarga sebelah ibu yang dibuat tepat seminggu lalu.

Di atas adalah gambar yang diambil ketika memandu dari rumah ibu bapa di Muar menghala ke Pagoh. Jika sebelum pertemuan di Masai saya merancang untuk ke Parit Betak kemudian Air Hitam naik ke Yong Peng, Segamat dan seterusnya, apabila membuat keputusan bertemu keluarga Zairil di Masai pula saya berkira-kira samada akan ke Kota Tinggi sebelum ke Air Hitam atau terus sahaja ke Air Hitam sebelum naik ke Yong Peng. Namun penemuan menarik tentang salasilah keluarga membuat saya terasa mesti berkongsi dengan adik-beradik ibu dan sepupu-sepupu saya yang masih berada di rumah bapa saudara di Skudai (berehat selepas majlis kahwin sebelum kembali ke rumah masing-masing). Kemudian keluarga Zairil mengajak kami menunggu sehingga makan malam maka kami sampai ke Skudai agak lewat. Disebabkan itu rancangan perjalanan pun bertukar lagi. Kembalilah kami untuk bermalam di rumah ibu bapa di Muar sebelum perjalanan diteruskan melalui jalan ke Pagoh dengan niat untuk melalui Bukit Kepong.



Sampai di satu simpang selepas Pagoh kami tergerak untuk mengambil jalan terdekat menyusuri Sungai Muar iaitu melalui Rencong.



Ini membuat saya teringat kata-kata seorang kenalan dari Segamat yang kini bekerja di Lembah Klang. Katanya ada orang memberitahu terdapat makam Malim Deman di satu tempat sekitar ini. Siapa itu Malim Deman? Lihat bahagian-bahagian akhir artikel Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Warisan Tuanku Gombang Malim Dewa? yang ditulis tahun lepas. Kenalan itu sendiri belum sampai ke makam yang dimaksudkan. Tapi beliau ada diberi petunjuk siapakah yang perlu dicari untuk mendapatkan kedudukannya...



Orang yang namanya disebut rupa-rupanya agak terkenal di sekitar itu. Seorang warga tempatan sanggup membawa kami ke sana. Cuma tuan punya nama rupanya telah meninggal dunia, anaknya yang menyambut kami. Apabila ditanya tentang makam Malim Deman, katanya ia tidak ada. Namun kata-katanya banyak berkias lalu saya cuba meneka. "Mungkin yang dimaksudkan adalah Malim Deman yang telah bertukar 'sarung'?". Siapa yang faham fahamlah maksud saya... :]

Orang itu cuma tersenyum penuh makna. "Cerita sudah ditutup, tak payahlah dikorek-korek lagi," tambahnya. Apapun saya dapat melihat sebuah makam yang amat terserlah. Itulah yang gambarnya diletakkan sebelum ini. Lihat artikel Makam (Tomb of) Busu Isim di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Di atas pula adalah gambar Masjid Gombang yang sentiasa membuat saya terasa beginilah agaknya rupa Balai Gambang yang pernah dinaiki Malim Deman ketika menyusuri Sungai Muar...



Tidak lama kemudian sampailah kami ke Bukit Kepong.



Kelihatan bangunan batu balai polis yang dibina 1960an untuk menggantikan bangunan kayu yang musnah akibat serangan pengganas komunis dalam Peristiwa Bukit Kepong. Bangunan ini telah dijadikan muzium...



Setentang balai/muzium kelihatan pula bukit yang diberi nama Bukit Kepong.



Perjalanan diteruskan hingga ke Segamat. Oh. Sebelum itu kami ada singgah di sebuah masjid yang agak menarik. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Jawa, Lenga.



Kenalan dari Segamat yang memberitahu tentang 'makam Malim Deman' turut menyebut tentang sebuah makam berbatu nesan Aceh di satu kawasan bernama Gemereh. Ah! Saya pernah ke masjid sana. Tempatnya tidak begitu jauh dari bandar Segamat. Kami pun menuju ke situ. Singgah sebentar di masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Gemereh, Segamat.



Inilah makam yang dimaksudkan. Lihat Batu nesan Aceh di Gemereh (Aceh tombstones in Gemereh.



Dari Gemereh saya dapati ada jalan terus ke Buloh Kasap, tak perlu berpatah balik ke bandar Segamat. Ini adalah pemandangan Gunung Ledang yang kelihatan selepas melepasi Buloh Kasap seterusnya Batu Anam kalau tak salah ingatan.



Perjalanan diteruskan ke Gemas...



Berhenti sebentar mengisi minyak.



Tidak lama kemudian sampailah ke rumah akak ipar di Jelai. Kelihatan Al-Rasyid ingin memanjat sendiri jalan curam di hadapan rumah.



Perjalanan disambung menghala ke Bahau. Kelihatan Sungai Muar berdekatan satu tempat yang dipanggil Pasir Besar.



Kira-kira 20 km ke utara sampailah ke Bahau.



Bila melihat bukit-bukit di belakang pekan ini saya mesti teringat sebuah mimpi yang dialami beberapa tahun lalu. Mimpi itu menggambarkan satu zaman yang silam di mana seluruh Bahau adalah sebuah tasik luas dengan banyak kapal lama sedang berlabuh...



Kira-kira 8 km dari Bahau menghala ke Kuala Pilah terdapat bahagian Sungai Muar ini.



Di sinilah Sungai Jempol mengalir masuk ke dalam Sungai Muar untuk membentuk satu laluan lama yang dikenali sebagai Jalan Penarikan. Rujuk artikel Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! dan Sambungan cerita "Menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!"... Menyusuri juga makna sebuah mimpi lebih 10 tahun lalu dan kehadiran hantu Siam? yang dibuat lebih 3 tahun lalu.

Adapun saya pernah ke sini beberapa kali. Turut terdapat adalah makam pemimpin dari Pasai yang dikatakan membuka tempat ini, katanya lebih 600 mungkin 700 tahun lalu. Lihat Makam (Tomb of) Datuk Sempedang. Kali pertama saya membawa isteri 2009 beliau sedang sarat mengandungkan anak kecil kami Al-Rasyid. Kandungan sudah masuk 7 bulan dan lawatan dibuat sejurus selepas kami pertama kali bersama ke Aceh. Kini Al-Rasyid sudah berumur setahun setengah. Itulah kali pertama dia sampai ke tempat yang amat bermakna ini lalu saya pun membuat artikel Al-Rasyid first visit to the Muar river-Jempol river meeting point yang secara keseluruhannya merupakan artikel ke 2,222 ditulis apabila dicampur jumlah artikel dalam ketiga-tiga blogspots saya!

Kami meninggalkan pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol selepas azan Maghrib berkumandang. Selepas Kuala Pilah kami mendapati jalan menuju ke Seremban mengalami kesesakan teruk.Rasanya kereta yang berderet-deret memenuhi jalan sehingga 2-3 baris di satu arah cuma dapat bergerak pada kadar 10 kaki 1 minit!

Menurut khabar yang kami dapat ada lori panjang tergelincir jatuh sehingga menghadang jalan sejak jam 4 petang sedangkan kami telah menyimpan niat untuk menziarahi makam Tuan Tulis di Tanjung Ipoh sebelum pulang. Dalam keadaan inilah terbetik di fikiran... kalau begini lebih baik ambil laluan ke Tampin, tak perlu bersusah-susah begini apalagi saya sudah amat kepenatan kerana sejak meninggalkan rumah Sabtu malam Ahad saya telah memandu lebih 1,000 km. Namun kami telah berjanji akan ke makam Tuan Tulis dan untuk itu kami tiada pilihan kecuali mengikut laluan ini. Saya pun menyatakan tekad kepada isteri... walau apapun yang terjadi kami harus ke makam juga.



Dengan takdir Allah muncul sebuah lori besar membawa kren dengan motosikal besar polis di hadapan membuka jalan. Nampaknya ia adalah kren tambahan untuk mengalihkan lori panjang yang menghadang. Kami pun mengikut lori dari belakang melepasi kenderaan lain yang terus berderet-deret sangat perlahan sehingga menghampiri simpang ke makam. Sebelum simpang tersebut jalan ditutup dengan semua kenderaan diarahkan mengambil susur kiri yang nampaknya mengarah ke Seri Menanti. Saya pun membuka tingkap untuk memberitahu polis penjaga trafik bahawa kami ingin ke makam Tuan Tulis. Katanya kalau ke makam boleh masuk jalan tertutup lalu sampailah kami ke situ...



Kami sampai selepas masuk waktu Isyaq. Menariknya bangunan makam yang biasanya terkunci selepas jam 5 petang sedia menunggu untuk kami masuk. Selepas menunaikan solat dan membaca Surah Yassin kami membuat keputusan untuk berehat. Kalau keluar ketika itu pun belum tentu masalah kesesakan jalanraya sudah selesai. Sedar tak sedar jam 9.30 malam saya sudah terlelap.



Tengah malam gitu saya dikejutkan dengan ketukan pada pintu makam. Terbetik di fikiran mungkin orang pejabat agama datang memeriksa kerana di luar pintu makam ada sepasang kasut laki-laki dan perempuan. Saya sudah bersedia untuk menjelaskan apabila membuka pintu. Kelihatan dua orang lelaki berpakaian seperti jubah pendek putih, berserban, berkain pelekat dengan kain tambahan seperti serban tidak berlipat kemas berdiri di hadapan.

Terus mereka kata mereka datang untuk beriktikaf. Saya pula memberitahu sudah terlalu penat dan ingin berehat di makam. Kata mereka teruskanlah lalu masuk ke sebelah makam dan mula berzikir juga membaca ayat-ayat Al-Quran. Saya menyambung tidur. Tak tahu bilakah mereka keluar, agak-agaknya jam 2 pagi. Rasanya le...

Gambar di atas diambil pada 4 pagi ketika kami sedang bersiap untuk meninggalkan makam. Hari itu Selasa isteri saya perlu masuk kerja di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur lalu saya pun menghantarnya. Ketika memandu itulah baru terfikir. Betul ke dua orang yang datang tengah malam itu manusia biasa? Entah-entah dari alam lain. Apapun itulah kali pertama kami tidur di makam Tuan Tulis. Ternyata ia terasa begitu selesa walaupun semasa masuk tadi kami dapati sebahagian lantai asyik dihurungi semut banyak.



Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Ilahi perjalanan ke selatan yang dibuat sempena cuti Hari Buruh in dapat menyelesaikan banyak perkara. Terasa seperti ia sebenarnya melengkapkan perjalanan pusing Johor dan Singapura yang dibuat selepas isteri selesai pantang penghujung 2009. Lihat Koleksi artikel "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan".... Dalam artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Perjalanan ke Pontian dan sebab-musabab pengembaraan... yang merupakan artikel keempat dalam siri itu ada disebut sebab utama perjalanan dibuat adalah untuk mendapatkan isi untuk buku tentang keluarga sebelah ibu...





Dalam artikel Tahlil kat kampung, pesta buku dan jalan-jalan cari makam yang dibuat seminggu sebelum Hari Buruh ada diletakkan gambar kulit buku yang hampir siap. Turut disebut, saya sebenarnya mahu menyiapkan buku tentang keluarga untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 tetapi tidak sempat kerana sebab tertentu. Antaranya, saya belum mendapat salasilah lengkap saudara-mara di Singapura. Pada awal artikel ini ada disebut saya akhirnya dapat bercakap dengan seorang saudara saya (adik dua pupu) yang dipanggil Ogy, orang yang diamanahkan untuk mengumpulkan maklumat salasilah keluarga belahnya. Sukacita dimaklumkan sekembalinya ke rumah saya dapati salasilah tersebut sudah sedia berada di dalam kotak e-mail saya. Cuma saya menghadapi sedikit masalah menukar format yang boleh dibaca oleh program di dalam komputer saya.


Syukur, syukur, syukur. Salasilah yang diberi dalam bentuk spreadsheet telah saya gubal menjadi gambarajah yang terang sepertimana dibuat untuk cabang-cabang besar keluarga lain sebelah ibu. Namun itu cerita isi buku keluarga yang sebenarnya merujuk pada keluarga ibu kepada ibu (atuk perempuan saya) yang berdarah Jawa. Siapa sangka perjalanan ke selatan sempena Hari Buruh ini dapat menghurai terus asal-usul keturunan bapa kepada ibu (atuk lelaki saya) sekali. Siapa sangka persoalan yang mula tercetus apabila terlihat papantanda ke Parit Betak, dalam perjalanan ke selatan penghujung 2009 yang dibuat untuk mendapat isi buku tentang keluarga belah Jawa dapat menjawab begitu lengkap siapakah moyang utama Bugis dalam keluarga ibu (moyang utama Bugis sebelah bapa berpangkat lebih besar).

Tiga gambar terakhir adalah dari kitab Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji yang telah dirumikan. Saya ambil gambarnya untuk dibuat perkongsian di Facebook agar saudara-mara dari Parit Betak yang baru dikenali dapat melihat sendiri bagaimana kitab yang menjadi rujukan ramai dalam memperkatakan peranan orang Bugis di Tanah Melayu itu menyenaraikan beberapa nama anak-anak Daeng Parani. Sekarang biar ia turut dikongsi di sini. Untuk makluman artikel ini siap ditulis hampir jam 1:30 pagi. Cukup ya. Selamat malam! :]




Tuesday, May 10, 2011

Ke selatan sempena cuti Hari Buruh - Tarikan Masjid Ba'Alawi dan faktor Shadziliah di makam Habib Nuh

OK. Kita beralih sekali lagi dari penceritaan perjalanan ke Pantai Timur penghujung 2010. Kita lihat pula perjalanan yang dibuat 9 hari lalu mengambil kesempatan atas cuti hujung minggu 3 hari kerana sambutan Hari Buruh. Mari.



Sabtu malam Ahad 30 April 2011. Selepas jam 10 kami anak-beranak berlepas ke selatan.




Kami sekadar singgah di Kajang sebentar sebelum terus ke rumah ibu bapa saya di Muar. Esoknya kami bersedia untuk berjalan lagi. Kelihatan Al-Rasyid sedang duduk ceria bersama datuknya...



Hujan agak lebat pagi itu namun perjalanan harus dimulakan jika ingin mencapai matlamat.





Gerak hati saya menyuruh mengambil laluan ke Yong Peng.




Laluan melepasi Parit Sulong di mana boleh kelihatan bukit ini yang kalau tak salah saya dipanggil Bukit Payung. Teringat semasa zaman remaja dahulu apabila kembali ke asrama di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang menumpang seorang saudara dua pupu yang menjadi penolong pegawai daerah Kluang ketika itu melalui jalan ini. Dahulu saya melihat bukit yang ada begitu terserlah dengan bahagian atas berbatu mengingatkan kepada cerita legenda batu belah batu bertangkup. Sekarang dah tak nampak begitu menyerlah. Kenapa ya? Apakah kerana faktor usia dan pengalaman berjalan lebih banyak melihat perkara lebih ajaib berbanding zaman remaja?



Kemudian baru sampai ke Yong Peng.



Perjalanan diteruskan ke Air Hitam. Laluan yang diambil mengingatkan pada perjalanan pusing Johor dan Singapura yang dibuat penghujung 2009, selepas isteri saya tamat pantang melahirkan anak kecil kami Al-Rasyid. Laluan yang sama diambil ketika menamatkan perjalanan yang memakan masa beberapa hari juga...



Bezanya semasa itu dari Kluang kami masuk ke Air Hitam kemudian ke Yong Peng seterusnya Parit Sulong. Beberapa kilometer menghala ke Muar kami mengambil simpang kanan ke Pagoh. Perjalanan kali ini pula bermula dari Kampung Temiang 5 km dari bandar Muar masuk ke Bakri untuk ke Parit Sulong diikuti Yong Peng dan Air Hitam. Selepas itu kami pergi lebih selatan ke Simpang Renggam.



Sampai di Kulai baru kami berhenti rehat.



Selain makan tengahari lewat (dah 2:30 petang pun sebenarnya) saya perlu menukar duit.



Ya. Kami mahu masuk ke Singapura. Namun entah kenapa boleh terlepas simpang masuk ke lebuhraya terus ke Tuas, maka harus mengambil jalan ke Pontian yang melepasi Skudai terlebih dahulu untuk masuk ke lebuhraya sama. Kelihatan dalam gambar adalah Gunung Pulai setinggi lebih 2,000 kaki dari paras laut gitu...



Tidak lama kemudian masuklah kami ke lebuhraya.



Dipendekkan cerita sampailah ke Singapura.



Adapun kami selesai pemeriksaan imigresyen jam 5 petang. Entah kenapa di situ Al-Rasyid yang berumur setahun setengah menekan punat reset untuk mengosongkan meter kereta.



Dari pusat imigresyen Tuas jalan agak senang, boleh sampai terus ke Tanjung Pagar dan pusat bandaraya Singapura. Namun entah kenapa saya boleh termasuk satu terowong bawah tanah...



Rupa-rupanya saya terlupa mengambil satu susur keluar kiri. Tanpa disengajakan perjalanan pun membawa kami menghampiri Bukit Timah. Dalam keadaan tidak tahu jalan dan tidak membawa peta kami terjumpa sebuah masjid lalu mengambil gambar. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Hajah Rahimabi, Singapura di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Ini membuat saya pergi ke Masjid Ba'alawi terlebih dahulu. Nampaknya Allah yang mengaturnya jua kerana saya sebenarnya memasuki Singapura dalam keadaan fikiran berbelah bagi, samada mahu ke makam Habib Nuh di Tanjung Pagar terlebih dahulu atau ke Masjid Ba'Alawi. Kalau ikut jalan biasa dari Tuas akan terus sampai ke Tanjung Pagar. Namun sejak pertama kali sampai ke Masjid Ba' Alawi tahun lepas saya ada menyimpan niat mahu mengambil gambarnya waktu siang kerana dahulu saya sampai malam. Lihat artikel lama Al-Rasyid naik keretapi ke Singapura - Deja vu panjang di Kampung Wak Hassan, Masjid Sembawang dan Masjid Ba'Alawi.





Oleh kerana kami meninggalkan Tuas pun sudah lepas jam 5 maka kami tidak boleh duduk lama di makam Habib Nuh jika mahu mengambil gambar Masjid Ba' Alawi waktu siang. Ini disebabkan letak kedua tempat ini agak jauh antara satu sama lain, belum dikira lagi faktor trafik yang boleh melambatkan perjalanan. Jadi Allah hantar saya ke Masjid Ba'Alawi terlebih dahulu nampaknya. Lihat Masjid Ba'Alawi waktu siang (The Ba'Alawi mosque during daytime). Selepas bersolat dan puas berehat di situ kami pun mengorak langkah untuk ke makam Habib Nuh jam 6.30. Entah kenapa kami asyik tersesat dan tersilap mengambil jalan.


Kesudahannya kami sampai hampir jam 9 malam. Meter kereta yang dikosongkan oleh Al-Rasyid di Tuas menunjukkan nombor belasan (saya tak berapa ingat sebenarnya tapi paling banyak pun mungkin 20 lebih km, yang pasti tak sampai 30) ketika sampai di Masjid Ba'Alawi. Namun apabila sampai ke makam Habib Nuh ia telah melepasi 100 km! Masyaallah begitu jauh kami berpusing-pusing. Biasanya masuk jam 9 malam bangunan makam sudah ditutup.

Rupa-rupanya ini aturan Allah jua. Siapa sangka malam itu akan diadakan satu majlis zikir yang menyebabkan makam dibuka melepasi jam 10? Sebelum majlis bermula isteri saya ada bertanya apakah yang akan dibaca. Ketua kumpulan yang mengadakan majlis setakat menyebut ratib, maka dalam fikiran kami ia harus samada Ratib Al-Haddad atau Ratib Al-Attas. Tetapi apabila keluar bacaan dan diteliti saya tidak dapat memadankannya dengan mana-mana ratib yang pernah didengar.

Saya pun bertanya pada ketua itu ratib apakah ini. Mula-mula dia menjawab ia cuma susunan sendiri untuk kumpulan. Apabila saya bertanya lagi dan menyebut tentang berbagai tariqat berbanding amalan biasa keluarga Ba'Alawi baru dia menjawab yang dibaca adalah ratib dari Tariqat Shadziliah!



Bangunan-bangunan pencakar langit yang boleh dilihat dari luar makam Habib Nuh. Saya cam bangunan-bangunan ini terutama yang berbentuk silinder. Beberapa kali saya dapat melihatnya sudah dekat ketika mahu ke sini dari Masjid Ba' Alawi. Tapi entah kenapa tidak terjumpa susur keluar untuk masuk jalan yang sepatutnya sehingga harus berpatah balik beberapa kali...




Ah. Dahulu saya rajin mengamalkan bacaan Hizib Bahar yang dibawa oleh pengasas Tariqat Shaziliyah, Imam Abu Hassan As-Shazili. Beliau adalah seorang imam dan wali besar berketurunan Saidina Hassan yang menerima bacaan hizib selepas bertemu nendanya baginda Rasulullah SAW secara sedar. Namun ia sudah lama tidak saya baca kerana merasakan diri kotor, tidak mampu membawa amanah yang tersirat di sebalik darah keturunan apalagi kalau dimangkin dengan bacaan hizib yang ada kuasa dan kesannya yang tersendiri. Tetapi dengan tidak disangka saya tergerak untuk membacanya lagi selepas solat Jumaat di PWTC siang 30 April (ingat, malamnya baru kami mengorak langkah ke selatan).

Ini berlaku selepas terlihat kitab kecil bacaan Hizib Bahr di sebuah gerai di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. Allah! Terasa diri begitu kerdil apabila membacanya sambil terlihat begitu banyak buku tentang Ahlul Bait anak cucu Nabi Muhammad SAW. Siapa sangka malam keesokannya saya akan dihidangkan dengan bacaan Ratib Syadziliah di makam wali besar seperti Habib Nuh? Lihat artikel Special treat at the tomb of Habib Nuh di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Di situ ada video klipnya...





Selepas itu kami anak-beranak pergi ke stesyen keretapi Tanjung Pagar.


Kami mahu menikmati hidangan enak yang ada di gerai-gerai makan di dalamnya.




Perjalanan disambung ke pusat bandaraya Singapura. Masuk 11.30 sampai di kawasan Kampung Gelam di mana terdapatnya Masjid Sultan.




Oh, sebelum itu saya ada mengambil gambar sebuah masjid lain berdekatan. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Malabar, Singapura. Di Kampung Gelam pula kami berjalan-jalan melihat suasana malam yang agak menimbulkan kemarahan dan kekecewaan kami. Maklumlah kami ini orang 'kolot'... tempat ini dahulu pusat pemerintahan kerajaan Melayu tapi kini dah jadi tempat orang enjoy dan kaki minum. Malah pada saya ia dah jadi tempat orang 'Sufi' songsang. Untuk memahami maksud saya lihat artikel The Singapura Malay 'heritage' that is Kampung Gelam.




Selepas berpusing-pusing lagi melihat suasana pusat bandaraya kami naik ke Mount Faber atau Bukit Teluk Belanga untuk menziarahi makam Raden Mas Ayu. Sayangnya kami cuma dapat melihat dari luar sahaja kerana makam telah berkunci... menurut jadual ia cuma dibuka siang hari.

Memang asalnya kami mahu datang waktu siang. Tetapi Allah telah mengatur agar kami sampai ke Masjid Ba' Alawi terlebih dahulu kemudian sesat lebih 2 jam sebelum dapat sampai ke makam Habib Nuh. Dari makam Habib Nuh ke makam Raden Mas cuba 3 km sahaja. Namun kalau tak sesat dan terus sampai ke Tanjung Pagar dari Masjid Ba' Alawi kemungkinan besar saya tidak akan hadir pada majlis Ratib Syadziliah di makam Habib Nuh. Saya akan samada pergi ke makam Raden Mas Ayu terlebih dahulu sebelum ke makam Habib Nuh atau sebaliknya kerana inilah rancangan yang awalnya bermain dalam kepala. Kalau ini dapat ditunaikan saya akan meninggalkan kawasan tersebut paling lambat pun selepas Maghrib untuk melihat ke tempat lain. Tidak terfikir pun hendak menghadiri apa-apa majlis apalagi ia diadakan selepas jam 9 malam dan berlangsung sehingga melepasi jam 10.

Dari hadapan makam Raden Mas Ayu kami naik ke puncak Mount Faber. Di atas adalah antara gambar pemandangan sekitar yang diambil. Dengan ini cukup cerita buat masa ini. Insyaallah siang nanti saya akan sambung dengan apa yang berlaku 1 Mei, cuti Hari Buruh.