Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Oktober 11, 2025

Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Tersangkut kereta rosak di Parit Buntar sebelum dapat mendaki Gunung Semanggol

Salam. Pergi pula pada hari ke-4 perjalanan utara. Bersambung daripada artikel Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Dari Gunung Jerai ke Bukit Mertajam.



Awal pagi Jumaat 3 Oktober 2025. Keadaan telah membawa untuk bermalam di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al-Ridzuan, pusat bandar (town centre of) Parit Buntar di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN.




Apa yang berlaku adalah selepas bandar Parit Buntar menuju ke Bagan Serai tiba-tiba kereta hilang kuasa lalu enjin mati. Berkali-kali cuba dihidupkan tetapi tak jadi. Sedangkan kuasa bateri masih kuat. Nasib baik ada kenalan isteri sama syarikat tetapi di Bagan Serai datang membantu membawa kawan-kawan menengokkan kereta. Dapat disimpulkan masalah adalah minyak tak naik ke enjin entah kenapa. Mereka menolong menarik kereta ke bengkel berdekatan kemudian menghantar untuk menginap di masjid. 




Pagi jam 9 baru bengkel dibuka lalu kereta mula dibaiki. Setelah beberapa lama didapati pam menarik minyak ke enjin elok berfungsi. Bateri memang elok begitu juga alat pengecas bateri (alternator). Yang menjadi masalah ada litar pintas menyebabkan fius bagi pam asyik terbakar.



Hendak mengesan wayar manakah yang menyebabkan litar pintas mengambil masa. Beberapa kali kereta dibawa berjalan setelah dapat dihidupkan kemudian mati lalu harus diganti fius. Gambar ini diambil jam 11.11 pagi. Saya telah meminjam motosikal dari bengkel untuk keluar makan di restoran berdekatan masjid, 1 km dari bengkel.




Hampir jam 11.30 baru dapat diselesaikan masalah. Itupun dibekalkan beberapa keping fius lalu ditunjukkan yang mana perlu diganti kalau berlaku enjin mati lagi. Saya pun menyambung perjalanan ke Bagan Serai.




Singgah di masjid lama ini dan masjid lebih baru di seberang jalan. Lihat artikel Lawatan baru (New visit to) masjid lama (old mosque of) Bagan Serai diikuti Masjid (Mosque of) al-Athar, Kampung Masjid Tinggi, Bagan Serai.



Selepas itu baru ke destinasi utama iaitu Gunung Semanggol.



Kalau tidak kerana kerosakan kereta di Parit Buntar tentu sudah menginap malam Jumaat di masjid di kaki gunung yang memberikan nama. Ini kerana sudah lama menyimpan hajat untuk mendaki hingga ke puncak. Denai pendakian bermula di sebelah masjid.



Sebaik sahaja sampai jam 12.30 tengah hari terus memulakan pendakian...




Niat asal adalah pagi sebelah Subuh mahu mula mendak. Selepas turun bersolat Jumaat di masjid tersebut. Tapi kini memang tak sempat. Apapun saya sedang bermusafir. Tak wajib pun bersolat Jumaat.


'
Kalau mendaki selepas solat keberangkalian untuk terpaksa meredah hujan lebat amatlah tinggi. Ketika memulakan pendakian pun langit penuh awan gelap. Bila-bila masa sahaja hujan boleh turun. Selain itu isteri sudah memberitahu agar berjumpa di Taiping jam 3. Kalau naik selepas solat memang tak terkejar...




Dipendekkan cerita. setelah bertahun menyimpan hajat dapat juga sampai ke puncak. Dan doa agar hujan jangan turun lagi dimakbulkan walau puncak diselaputi kabus/awan. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.








Duduklah di atas sana buat beberapa lama.



Apabila sampai kembali ke kereta sudah jam 3.22. Nasib baik isteri yang menumpang kereta bersama beberapa orang kawan dari Pulau Pinang masih dalam perjalanang.



Sebetulnya hujan lebat mula turun ketika  tinggal sekitar 1/4 perjalanan ke kaki gunung. Hujan berterusan lebat sambil bergerak ke Taiping.



Saya harus ke satu bahagian Taiping terlebih dahulu untuk satu urusan sebelum bertemu isteri yang singgah bersama kawan-kawan di kedai makan di Simpang. 




Selepas minum petang singgah di masjid berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) al-Ikhwaniah, Simpang, Taiping. Selepas itu baru berpisah arah dengan kawan-kawan. 



Isteri naik kereta bersama saya mengambil Lebuh Raya Pantai Barat menuju ke arah selatan.




Singgah di Simpang Empat, Hutan Melintang untuk membasuh baju-batu kotor di dobi lalu makan malam. Sempat singgah masjid situ. Lihat Masjid (Mosque of) al-Aula, Simpang Empat, Hutan Melintang.


Jumaat, Oktober 10, 2025

Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Dari Gunung Jerai ke Bukit Mertajam

OK. Cerita hari ketiga perjalanan utara ini sebenarnya mahu dipersembahkan tadi petang Jumaat.  Sebelum itu perlu menyediakan terlebih dahulu 7 artikel sokongan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 8 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Walau tidaklah sebanyak untuk artikel sebelum ini iaitu Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Begitu banyak persinggahan sebelum dan selepas mendaki Bukit Meriam yang memerlukan 12 + 16 = 28 artikel sokongan masih perlu mengambil masa. Datang pula tetamu menyebabkan separuh sahaja sempat disiapkan waktu petang. Separuh lagi cuma dapat disambung lalu disiapkan selepas jam 8.



Awal pagi Khamis 2 Oktober 2025. Keadaan dalam masjid tempat saya bermalam. Lihat Masjid (Mosque of) Teroi awal pagi (in early morning).



Letaknya tidak jauh dari Gunung Jerai. Selepas solat Subuh berjemaah dan wirid bergerak ke kaki gunung.



Niatnya hendak naik gunung setelah lebih 8 tahun tidak bertandang. Terlihat ada warung sudah dibuka bersarapanlah terlebih dahulu.



Gunung Jerai dilihat dari jalan hadapan sedikit selepas warung. Dahulu bulan Jun ada sampai ke kaki gunung dengan niat hendak naik bersama isteri. Tapi tak jadi kerana kesesakan kenderaan ramai sangat hendak ke pusat peranginan atas gunung. Lihat  Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Dari masjid ke masjid hingga ke Langgar.




Kali ini jalan sunyi sepi tiada gangguan.




Dapatlah pergi ke semua tempat yang hendak disinggahi atas gunung. Cuma tak dapat menjejakkan kaki ke puncak paling tinggi (1,217 meter dari paras laut) disebabkan berpagar dan ada askar melarang. Lihat artikel-artikel berikut :-














Selepas masuk Zohor baru turun lalu bergerak melepasi pekan Gurun.




Melihat kembali puncak-puncak Gunung Jerai sambil memadankan lokasi tempat-tempat yang dijejaki di atas sana. Saya cuma tinggal paras 20 lebih meter sahaja untuk sampai ke puncak tertinggi.



Selepas jam 2 saja-saja masuk dan lalu pusat bandar Sungai Petani.




Selepas itu membelok ke arah timur untuk menziarahi makam-makam berikut :-







Seterusnya mengambil jalan ke kawasan industri Kulim untuk memotong ke Bukit Mertajam.




Dalam perjalanan boleh kelihatan bukit setinggi 547 meter dari paras laut yang memberikan nama tempat.




Selepas sekali lagi makan "tengah hari" lewat ditunaikan hajat untuk mendaki hingga ke puncak. Sampai sekitar jam 6 petang. Lihat artikel-artikel berikut :-








Malam itu singgah di masjid ini untuk mandi, bersalin pakaian dan menunaikan solat. Lihat Masjid (Mosque of) Sungai Bakap Baru. Untuk makluman cerita hari ke-3 perjalanan ini menjadi artikel ke-2,727 di CATATAN SI MERAH SILU. Penulisan artikel-artikel sokongan menyebabkan kedua-dua blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN dan BERPETUALANG KE ACEH juga kini memiliki 2,727 artikel setiap satu.


Khamis, Oktober 09, 2025

Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Begitu banyak persinggahan sebelum dan selepas mendaki Bukit Meriam

Salam semua. Pergi pada hari kedua perjalanan utara baru ini. Kali ini punyalah banyak persinggahan sehingga harus disediakan terlebih dahulu 12 artikel sokongan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 16 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH agar cerita terasa cukup lengkap. Bersambung daripada artikel Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Pusing pulau sebelum membuat live di hotel.



Awal pagi Rabu 1 Oktober 2025 bertolak meninggalkan hotel isteri setelah bermalam di sana. Sudah disebut bahawa saya sebenarnya bercadang untuk bermalam di Kota Kuala Muda. Tetapi didapati ada katil untuk ahli lelaki mesyuarat kesatuan kosong atas sebab tertentu lalu saya diajak mengisi...



Disebabkan itu dapat melihat matahari terbit dari tepian laut berdekatan. Lihat Sunrise at Padang Kota.



Dapat juga singgah ke Batu Uban yang telah menjadi penempatan orang Melayu lebih 50 tahun sebelum Francis Light "menemui" Pulau Pinang tahun 1786. Lihat Lawatan baru (New visit to) masjid (mosque of) Batu Uban diikuti Tanah perkuburan (Cemetery at) masjid (mosque of) Batu Uban.



Dekat jam 9.15 baru mengambil jambatan keluar dari pulau.



Asbab bermalam di hotel, tidak di Kota Kuala Muda, timbul gerak spontan untuk ke Kuala Muda yang terletak dalam negeri Pulau Pinang, menghadap tempat nama sama seberang Sungai Muda dalam Negeri Kedah.



Di situ baru bersarapan hidangan istimewa selain singgah ke beberapa tempat. Lihat artikel-artikel berikut :-









Selepas itu baru ke Kota Kuala Muda, dalam negeri Kedah, lalu singgah ke beberapa lagi tempat :-









Berikutnya hendak mendaki Bukit Meriam, bukit yang pernah menjadi pusat pemerintahan raja pertama Kedah memeluk Islam, Sultan Muzaffar Syah yang memerintah 1136-1179 Masihi. Niat untuk mendaki baru timbul beberapa hari sebelum bergerak ke utara.



Sebaliknya timbul rasa untuk bergerak melepas persekitaran bukit untuk ke Pantai Merdeka terlebih dahulu. Singgah sekali masjid berdekatan. Lihat Pantai Merdeka after many years diikuti Masjid (Mosque of) Tuan Husein, Pantai Merdeka.



Pergi pula ke Pulau Sayak lalu melihat persekitaran daripada beberapa sudut serta menziarahi sebuah makam. Lihat artikel-artikel berikut :-











Selepas itu baru bergerak kembali ke Bukit Meriam. Pergi ke arah lereng belah barat kerana dalam Google Map dinyatakan denai memanjat ada di belah itu. Singgah dahulu di masjid yang kelihatan. Lihat Masjid (Mosque of) As 'Saadi, Kampung Bukit Meriam.



Namun apabila pergi ke tempat yang ditanda tak jumpa langsung kesan denai. Tanya pada orang tempatan, katanya jalan naik cuma terdapat di sebalik sana (belah timur), dekat Kampung Bukit Berangan lalu bergeraklah ke sana.



Alhamdulillah. Jumpa laluan dekat surau seperti dinyatakan. Tetapi turun hujan lebat berserta guruh angin kuat lalu terpaksa beriktikaf di surau menunggu reda. Lihat Surau (Praying hall of) Kampung Bukit Berangan.



Dipendekkan cerita setelah lebih sejam menunggu akhirnya naik juga dalam keadaan hujan, cuma sudah tinggal renyai-renyai. Lihat Climbing up Bukit Meriam - Part I diikuti Climbing up Bukit Meriam - Part II.



Selepas itu baru makan "tengah hari" jam 5.12 di Kota Kuala Muda.



Seterusnya pergi menziarahi makam Sultan pertama Kedah di Lembah Bujang, Sultan yang pernah bersemayam di Bukit Meriam. Lihat Lawatan baru (New visit to) Sultan Muzaffar Syah Kedah.




Berkejar ke Lubuk Tupoh ketika hendak masuk waktu Maghrib kemudian singgah ke beberapa tempat hingga ke Yan. Lihat artikel-artikel berikut :-








Tak cukup itu pergi naik ke ketiga-tiga tempat yang ditunjuk arah pada papan tanda yang kelihatan. Itu yang boleh terlupa sepatutnya malam itu mengikuti siaran langsung majlis ilmu seperti dinyatakan dalam Revolusi ilmu pengetahuan dan pembelajaran cetusan Madani Nabawi