Berbalik pada cerita-cerita perjalanan lama. Merujuk pada artikel Kenangan 4x4 tahun 1997 - Butiran yang harus dilanjutkan cerita yang dipersembahkan petang Sabtu. Pada akhir artikel ada disebut begini :-
... apabila melihat kembali butiran didapati bahawa tidak adil jika cerita "Kenangan 4x4 tahun 1997" ini dilonggokkan ke semuanya dalam satu artikel sahaja. Seperti halnya cerita pendakian Gunung Kinabalu ada keperluan untuk mengembangkannya menjadi sekurang-kurangnya dua artikel lagi. Oleh itu tunggu bila saya dapat gerak. Kalau boleh biar diselesaikan kesemuanya sebelum perjalanan iktikaf dari masjid ke masjid ini dijangka tamat paling awal pun petang esok Ahad 27 Ramadhan.
Sudah diberitahu dalam artikel Akan datang - Cerita perjalanan iktikaf terbaru bagi penghujung Ramadhan tahun 2021 tengah hari tadi pula bahawa perjalanan beriktikaf telah diselesaikan malam tadi. Namun cerita "Kenangan 4x4 tahun 1997" tidak sempat disambung dalam tempoh waktu itu. Lalu biar disambung sekarang.
Butiran yang diambil daripada artikel lama The New Straits Times tahun 1997 lalu dikongsikan dalam Kenangan 4x4 tahun 1997 - Butiran yang harus dilanjutkan cerita dirujuk. Saya ambil beberapa butiran dahulu untuk dipadankan dengan maklumat dalam gambar atas (diambil daripada Facebook pihak yang menganjurkan acara - lihat sini)...
1. Acara bernama National 4x4 Challenge ini memakan masa 5 hari (20-24 September 1997)
2. Ia mempertandingkan 21 kenderaan pacuan empat roda, setiap satu ada seorang pemandu dan penolong pemandu (co-driver) menjadikan 42 orang kesemuanya.
3. Acara adalah warm-up juga suatu macam pengenalan bagi satu acara yang lebih besar pada penghujung tahun iaitu Rainforest 4x4 Challenge. Yang ini katanya akan melibatkan ramai peserta antarabangsa dan meliputi jarak 2,000 km dalam hutan hujan Malaysia
4. Ia asalnya terdiri daripada 12 peringkat pertandingan (dipanggil special stages). Tetapi dikurangkan menjadi 11 kerana jadual yang ketat lagi memenatkan.
5. Selain peserta terdapat 80 orang lagi ikut sama dalam 29 buah kenderaan, kebanyakannya adalah pegawai penyelenggara acara. Ahli media pula terdiri daripada 6 orang krew TV3, saya dan jurukamera akhbar saya iaitu The New Straits Times dan seorang gadis daripada majalah sukan bermotor.
6. Acara bermula apabila kami dilepaskan secara rasmi di Kuala Lumpur 20 September (hari Sabtu)lalu bergerak ke Ipoh. Dua special stages diadakan dekat Gunung Kledang di pinggir bandar Ipoh (secara sudah menjadi bandar raya).
7. Esoknya (Ahad 21 September) kami dilepaskan secara rasmi of Menteri Besar Perak (ketika itu) Tan Sri Ramli Ngah Talib. Isteri beliau turut ikut sama mengunjungi Kampung Tonggang lalu kami disambut dengan Tarian Sewang oleh Orang Asli sana.
8. Lupa nak cakap lebih awal. Acara ini juga bersifat kebajikan dan kemasyarakatan. Sambil mengadakan pertandingan kami juga bersilaturrahim dengan penduduk-penduduk tempatan di beberapa lokasi yang merupakan perkampungan Orang Asli.
Daripada FB ini saya dapat menyemak tarikh sebenar acara iaitu 20-24 September 1997. Daripada penelitian terhadap maklumat daripada gambar pula baru dapat tahu kami dilepaskan di Ming Court Hotel, Kuala Lumpur (sekarang sudah bertukar menjadi Corus Hotel)...
Ini hotelnya di Jalan Ampang, tidak jauh dari menara berkembar Petronas di KLCC. Dahulu ia adalah antara 10 hotel paling terkemuka di KL malah boleh dikatakan antara paling terkemuka di Malaysia. Ini menunjukkan acara memang high profile atau berprofail tinggi. Ini boleh difahami memandangkan ia boleh dikatakan acara pacuan empat roda pertama yang cukup besar di Malaysia, dan sebagai pengenalan kepada acara antarabangsa International Rainforest Challenge penghujung tahun yang kemudian menjadi salah satu acara pacuan empat roda paling terkemuka di Asia kalau tak pun di peringkat dunia. Tapi saya tak ingat ini kerana sudah terlalu banyak menyertai majlis-majlis berprestij tinggi. Disebabkan itu perlu menggali kembali ingatan daripada pelbagai sumber.
Satu lagi fakta penting dapat ditelaah daripada gambar adalah acara berlangsung seiring dengan Pesta Perak 1997. Ini adalah pesta untuk mempromosikan Perak sebagai destinasi pelancongan ke mata dunia. Daripada teks yang mengiringi gambar (paling atas) dapat dilihat kami dilepaskan daripada stesyen kereta api Ipoh. Ya. Rasanya sebelum pelepasan sempena pesta kami menginap di situ.
Stesyen kereta api Ipoh. Ada hotel klasik dalam bangunan sama. Saya pernah menginap 2-3 kali di situ...
Kalau tidak kerana gambar tentu tak ingat bahawa acara terkait dengan pesta. Saya cuba mencari maklumat berkenan melalui Google tapi tak jumpa. Nasib baik ada salinan artikel yang di tulis untuk akhbar The New Straits Times (lihat artikel 4x4 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH). Maka fahamlah kenapa berlaku point atau butiran nombor 7 seperti dalam senarai atas tadi. Ini berlaku kerana acara pacuan empat roda telah dimasukkan ke dalam kalendar Pesta Perak 1997.
7. Esoknya (Ahad 21 September) kami dilepaskan secara rasmi of Menteri Besar Perak (ketika itu) Tan Sri Ramli Ngah Talib. Isteri beliau turut ikut sama mengunjungi Kampung Tonggang lalu kami disambut dengan Tarian Sewang oleh Orang Asli sana.
Penglibatan isteri Menteri Besar iaitu Raja Puan Sri Noora Ashikin juga harus berlaku kerana faktor Pesta Perak 1997. Hmm. Macam ingat-ingat lupa saya seperti berada dalam satu kereta dengan beliau dalam perjalanan ke Kampung Tonggang yang merupakan kampung Orang Asli Suku Temiar dekat Tanjung Rambutan dan Hulu Kinta. Teringat bagaimana kami semua disambut dengan Tarian Sewang lalu saya juga Raja Noora ikut sama menari atas balai buluh seperti kelihatan dalam gambar atas. Terasa beliau sangat merendah diri dan baik dengan saya. Apakah kerana kami sebenar ada kaitan darah keturunan diraja, satu faktor yang tidak saya sedari langsung ketika itu?
Oh. Kembali pada hal Pesta Perak 1997. Tarikh yang dapat dilihat dalam gambar iaitu 21-24 Sept nampaknya tidak mengambil kira hari pertama acara pacuan empat roda iaitu pada 20 Sept. Mungkin ia tidak dikira termasuk pesta. Mungkin pesta itu sendiri memang berlangsung 21-24 Sept.
Mungkin tarikh 20 Sept tidak dimasukkan kerana ketika itu berlaku pelepasan dari Kuala Lumpur lalu tidak ada kena mengena dengan negeri Perak. Tapi tempoh kurang 2 jam selepas pelesan pun kami dah boleh masuk ke negeri dengan cara sampai ke sempadan di Tanjung Malim. Dan lagi dua special stages atau peringkat khas acara pacuan empat roda sebenarnya diadakan dekat Gunung Kledang di pinggir Ipoh petang itu. Jadi mungkin tarikh 21-24 Sept itu merujuk pada pesta, bukan acara pacuan empat roda.
Tentang Gunung Kledang yang terletak ke barat Ipoh apabila melihat gambar atas yang ada beberapa menara telekomunasi timbul semacam ingatan. Seingat saya ada kawasan lapang tanah merah atas bukit yang telah digondol rata lalu dijadikan tempat menguji kecekapan pemanduan kenderaan. Terasa seperti di situlah berlaku apa yang diceritakan dalam artikel
4x4 yang mana ada kereta 'terbang' lebih 2 meter tinggi. Biar disalin bahagian berkenaan tanpa dibuat terjemahan...
THE day was hot and humid. The stage, a dusty laterite hilltop, was interspersed with cracks and bushes. In the distance, something was roaring and rumbling, leaving behind a trail of dust and dry mud, as it made its way towards the plateau, the vantage point we were on.
On the left side of the plateau, facing the distant skyline of Ipoh, was the television crew. Photographer Roslin Mat Tahir and I were sitting beside a nearby bush. Others were standing behind the route markers at one end of the plateau.
Eager for action, our eyes were focused on the almost vertical laterite ramp in front. Will someone dare to make the jump and soar into the sky? From the roar emanating from the spectators, we knew this was definitely going to be "the jump". Yes. This was it. This was going to be a fully air-borne baby.
And there it was. Out of the blue, a huge piece of machinery appeared, its belly fully exposed. Its four tyres spun wildly in the air. From where I was sitting, it looked as if the vehicle was a full two metres in the air. Yes!
One second. Two seconds. It's back on the ground. Right on cue, the air was resounding with the triumphant shout of those present. No one could deny it. That was definitely one hell of a jump.
9. Tiga special stages diadakan pada hari sama di litar latihan Polis Hutan Ulu Kinta. Selepas itu kami pun masuk ke dalam hutan lalu menginap di penempatan Orang Asli di Pos Poi lebih 50 km jauh daripada kesibukan ketamadunan.
Perjalanan sejak special stage pertama dilakukan di Gunung Kledang membawa ke special stages berikut di Hulu Kinta boleh dilakarkan seperti di atas dalam Google Map. Biar diletakkan dengan paparan muka bumi melalui satelit...
Namun lakaran tidak dapat dibuat sehingga sampai ke tempat perhentian seterusnya hari itu (Ahad 21 September) iaitu Pos Poi. Ini kerana ia tidak ada dalam sistem jalan raya Google Map. Namun program boleh menunjukkan kedudukan lalu anggaran jarak perjalanan masih dibuat kalau pandai menggunakan otak. Yang saya sendiri ingat kami sampai ke sana dengan mengambil satu jalan tanah merah selepas Tanjung Rambutan. Kemudian masuk jalan ladang kalau tak salah selepas itu baru masuk jalan balak.
Pun begitu zaman sekarang ini banyak jalan yang dahulunya tanah merah juga jalan tanah balak telah dipertingkatkan menjadi jalan tar walaupun kecil. Cukuplah untuk kereta lalu walaupun harus mengelak naik ke atas tanah apabila berselisih dengan kereta lain. Semakan lebih teliti terhadap kawasan berkenaan dengan cara zoom in menunjukkan ada jalan raya terdekat. Nak bagi lebih jelas gunakan paparan biasa. Kelihatan tempat terdekat boleh dicapai dengan jalan adalah Masjid Bawong hampir 50 km perjalanan dari tempat special stages di Hulu Kinta...
Apabila hendak menyemak betulkah ada jalan secara fizikalnya baru gunakan kembali paparan satelit. Nah. Kelihatan memang ada beberapa jalan balak boleh meyambung ke Pos Poi...
Dengan itu betullah telahan saya bahawa mengikut sistem jalan raya yang ada sekarang Masjid Bawong adalah tempat terdapat dapat dicapai dengan kereta biasa sebelum mengambil jalan balak ke Pos Poi. Pada tahun 1997 ia dan jalan raya berkenaan harus belum wujud lagi. Yang wujud adalah sistem jalan balak yang seingat saya cuma dapat dimasuki setelah bergerak beberapa kilometer bergerak atas jalan tanah merah selepas suatu tempat di Tanjung Rambutan.
Di sini saya telah menandakan suatu tempat yang kelihatan secara mata kasar sama jarak apabila hendak dicapai dari Masjid Bawong.
Cara Google Map adalah apabila dicabut keluar tempat yang tidak boleh dicapai dengan jalan raya seperti terekod dalam sistemnya baru apa yang boleh dicapai dapat dikira jarak. Oleh itu kedudukan Pos Poi tidak kelihatan lagi dalam peta tapi jarak bagi tempat yang kelihatan sama jauh pula keluar iaitu 16.3 km. Pun begitu tak boleh pakai terus dan anggap dari Masjid Bawong ke Pos Poi sama jarak. Ini kerana jalan balaknya kelihatan lebih berliku-liku lalu panjang.
Pengalaman saya jalan berliku seperti dapat dilihat dalam peta berbanding jalan lebih lurus seperti Masjid Bawong ke tempat yang ditanda sebagai Sungai Siput (tetapi bukan pekan/bandar Sungai Siput) biasanya panjang 1.5 kali ganda. Maka itu boleh dianggarkan jarak dari Masjid Bawong ke Pos Poi adalah 24.5 km meredah hutan.
Sekarang ambil kira jarak setakat dapat dilakarkan dalam Google Map iaitu sehingga ke Masjid Bawong sejak dilepaskan dari Ming Court Hotel, Kuala Lumpur 20 Sept. Campurkan pula jarak 24.5 km tadi dengan pusing-pusing sedikit di Ipoh, tak salah dibulatkan jadi 27 km. Campur dengan 303 sejak meninggalkan KL jadilah jumlah 330 km. Itu baru jarak, belum nilai segala macam pengalaman yang dilalui dalam perjalanan. Dan itu baru setakat ke Pos Poi lewat hari Ahad 21 Sept. Sedangkan masih ada 3 hari sebelum acara selesai lalu kami kembali ke KL.
Nota : Seronok sebenarnya membuat kerja-kerja menggali ingatan ini terutama apabila melibatkan anggaran kira-kira. Terasa sel-sel otak bersambung dalam membuat kerja... :]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan