Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, August 13, 2010

'Buah tangan' dari Brunei

OK. Nampaknya saya harus mengalih fokus dari Aceh sebentar...

Lihat ini, 2 mukasurat dari akhbar berbahasa Inggeris Brunei Times edisi Jumaat 13 Ogos.

Lihat lebih dekat apa yang tertera. Buka gambar di dalam windows baru...



Cerita yang sama dalam Brunei Times.


Petang tadi seorang rakan dari Brunei telah menghantar e-mail memberitahu bahawa satu artikel yang memuatkan isi temuramah dengan saya sudah disiarkan dalam akbar berbahasa Inggeris Brunei Times hari ini. Masyaallah fikir saya... sangat sesuai ini. Untuk makluman saya telah ke Brunei 1 hingga 8 Ogos dan telah ditemu-ramah pihak akhbar lebih kurang seminggu lepas. Lihat artikel Salam dari Brunei... dan Tiga kali ke Brunei dalam seminggu... melalui udara, laut dan darat.

Namun baru kini artikelnya keluar dan tarikhnya pula sungguh cantik... 3 Ramadhan bersamaan 13 Ogos... ada faktor 313 nampaknya. Ini adalah jumlah pejuang Islam dalam Perang Badar juga jumlah tentera Thalut melawan Jalut. Ia juga adalah jumlah pengikut paling kanan Imam Al-Mahdi dalam perjuangan akhir zaman kelak. Kebetulan juga hari ini anak kecil saya Muhammad Al-Aminul Rasyid masuk umur 10 bulan. Keadaan ini membuat saya terus ingin menukilkan satu artikel berkaitan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH, artikel yang kebetulan menjadi yang ke 555 di situ. Lihat A token from Brunei.... Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 717 di blogspot ini. Sekian. Teruskan berpuasa dan selamat berehat hujung minggu. :]

Petualangan Al-Rasyid ke Aceh : Sekitar Banda Aceh

OK. Hari ini malam Jumaat sudah masuk 3 Ramadhan 1431 Hijrah. Waktu pula sudah melepasi tengah malam, maka sudah masuk 13 haribulan Ogos 2010, sesuailah untuk memulakan penceritaan sebenar perjalanan ke Aceh yang dibuat penghujung Januari...


Rabu, 27 haribulan Januari 2010... setelah berapa lama merancang sampailah masa untuk berangkat. Anak kecil kami Muhammad Al-Rasyid ketika itu berumur 3 bulan setengah. Sukacita dimaklumkan pukul 3 pagi hari ini cukuplah umurnya 10 bulan! :]



Melihat kembali file gambar baru tersedar saya tidak mengambil banyak gambar untuk perjalanan, sekurang-kurangnya untuk hari Rabu. Sebaliknya saya lebih menumpukan pada rakaman video untuk projek tertentu. Seharusnya rakaman itu bukan untuk tontonan di blogspot. Namun tanpanya, penceritaan di sini mungkin jadi cacat... tiba-tiba sahaja gambar boleh melompat ke suatu lokasi tanpa apa-apa untuk menyambung kecuali beberapa ayat.

Maka itu biar dibuat beberapa klip video khas dengan menyunting rakaman yang sedia ada. Di atas dapatlah dilihat bagaimana dari lapangan terbang KLIA kami boleh sampai ke Banda Aceh, singgah sebentar di tanah perkuburan massal (beramai-ramai) untuk mangsa Tsunami 26 Disember 2004 sebelum ke bandar seterusnya pantai Uleelheue.



Dari pantai Uleelheue kami bergerak ke Masjid Baiturrahim yang terletak berdekatan. Tengok-tengok ada accident...

Di hadapan masjid ada pula kenderaan Wilayatul Hisbah. Untuk pengetahuan inilah pihak penguatkuasa yang dipertanggungjawabkan menangkap mereka yang tidak menutup aurat atau berbuat perkara tidak sopan yang melanggar hukum Syariah Islam!



Inilah Masjid Baiturrahim, salah satu masjid utama di Aceh. Difahamkan ia telah wujud sekurang-kurangnya sejak Sultan Iskandar Mahkota Alam memerintah Aceh 400 tahun lalu.



Cuma bangunan yang ada bukanlah bangunan asal dari zaman itu. Namun ia tetap sebuah bangunan lama dan merupakan salah satu masjid yang tetap tegap berdiri walau dipukul ombak gila Tsunami 26 Disember 2004. Lihat artikel Masjid (mosque of) Baiturrahim, Aceh yang dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tahun lepas.



Nak tahu kuat tak kuat le ombak Tsunami tengok ini sebagai contoh... sebuah kapal kecil naik atas rumah. Saya sudah lupa di mana tapi tempatnya terletak berbatu juga di darat sedangkan Masjid Baiturrahim terletak betul-betul di pinggir laut!



Mungkin anda tidak hairan dengan ini. Mungkin anda terasa kapalnya tidaklah sebesar mana, sebab itu boleh senang-senang dipukul naik jauh ke darat. Kalau begitu lihat kapal besar yang turut ditolak masuk tetapi ke kawasan lain. Lihat artikel lama Remembering the Tsunami which ravaged Aceh in 2004... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Lihat juga Maulidur Rasul di Aceh : Pemandangan kapal apung...



Seterusnya kami pergi ke makam wali besar Sheikh Abdul Rauf Fansuri yang turut dikenali sebagai Syiah Kuala...




Tu dia. Rupa-rupanya saya cuma mengambil 2 buah gambar sahaja di sekitar ini. Maka terpaksalah lagi berharap kepada klip video untuk melancarkan cerita. Dalam klip ini saya membiarkan satu bahagian yang ada komentar masuk sekali. Cukuplah untuk menerangkan sedikit-sebanyak apa yang dibuat di Aceh sambil berziarah ke tempat-tempat bersejarah.



Perjalanan hari Rabu menghampiri penghujung di Pasar Aceh...




Masjid Baiturrahman di sebelah, masjid paling utama di Aceh menjadi saksi usaha kami untuk menjejaki sejarah kegemilangan Islam yang mungkin berguna untuk menangani cabaran akhir zaman.



Tengok. Inilah keadaan Al-Rasyid apabila kami kembali ke hotel...







Nasib baik hotel kami terletak sangat dekat dengan Masjid Baiturrahman. Ketika yang lain sudah nyenyak tidur tengah malam, saya pun tergerak untuk ke masjid. Lihat The mosque of Baiturrahman at night.

p/s: Subhanallah. Tadi baru saya tersedar video klip Masjid Baiturrahman di atas adalah video ke 131 diupload ke akaun Youtube saya! :]


Wednesday, August 11, 2010

Petualangan Al-Rasyid ke Aceh : Mukadimah berkaitan kebangkitan ummah?



Salam Ramadhan semua! Diharap awda semua (hehe! teringat di Brunei anda disebut awda) masih segar untuk menempoh 8 jam lagi perut kosong dan tekak kering juga mengawal hawa nafsu. Maklumlah hari pertama berpuasa, tentu sedikit mencabar kecuali pada mereka yang sudah biasa berpuasa bulan Rejab dan Syaaban atau biasa mengamalkan lain-lain puasa sunat secara berterusan, sekurangnya-kurangnya setiap hari Isnin dan Khamis. Saya sendiri masih bertahan setelah bangun agak awal dari kebiasaan iaitu jam 4:30 pagi, sebelum sahur sejurus sebelum waktu imsak. Cuma ada sedikit dugaan apabila mendapati kunci rumah saya hilang ketika mahu keluar menyelesaikan satu hal di luar, sedangkan isteri saya pula telah keluar untuk ke pejabat lebih awal. Terkurunglah sekejap di rumah sehingga terjumpa kunci lain untuk keluar dari pintu belakang... :]

Seperti yang sudah dijanjikan setelah sekian lama, hari ini 1 Ramadhan 1431 Hijrah sampailah masanya untuk melepaskan cerita tentang perjalanan saya ke Aceh yang dibuat penghujung Januari 2010. Untuk pengetahuan saya sudah 4 kali ke Aceh. Pertama, seorang diri Januari 2004 ketika Aceh sedang darurat akibat perang, kedua bersama isteri yang sedang mengandung 6 bulan Jun 2009 iaitu 5 tahun 5 bulan selepas lawatan pertama. Ketika itu Aceh sudah aman dan berjaya dibangunkan kembali. Peristiwa Tsunami 26 Disember 2004 yang mengorbankan 200,000 nyawa di Aceh telah membawa kepada gencatan senjata diikuti perdamaian seterusnya pembukaan Aceh kepada orang luar demi proses pembaik-pulihan sekurang-kurangnya dari segi infrastruktur yang dijadualkan siap dalam masa 4 tahun.

Penghujung Januari 2010 saya pergi lagi ke Aceh bersama isteri, kali ini bersama anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid yang ketika itu berumur 3 bulan berserta seorang teman. Dengan tidak disangka penghujung Februari kami anak beranak pergi lagi kerana dijemput menghadiri majlis Mauludir Rasul... turut bersama kami adalah penulis buku "Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu", Suzana Othman bersama suami. Cerita mengenai lawatan pertama yang dibuat penuh susah-payah akibat darurat telah dilepaskan melalui siri novel "Berpetualang ke Aceh" yang mula terbit Jun 2006. Cerita perjalanan kedua yang dibuat lebih santai kerana keadaan sudah aman menghiasi blogspot ini tahun lepas. Lihat Koleksi cerita perjalanan Aceh yang lebih teratur... .

Cerita perjalanan keempat pula selesai dipersembahkan pada penghujung April. Lihat Maulidur Rasul di Aceh dari mula hingga tamat.... Tinggal cerita perjalanan ketiga yang masih 'tersangkut' walaupun perjalanan itu sendiri berlaku lebih awal. Seharusnya ia sudah dilepaskan sebelum cerita perjalanan ke empat bukan? Malah dalam artikel pengenalan yang bertajuk Akan datang: Petualangan Al-Rasyid ke Aceh! yang dibuat 4 Februari, tajuk sirinya telah pun dikemukakan, cuma perlu menyelesaikan satu siri lain terlebih dahulu sebelum ia dapat dimulakan...

Sebenarnya apa yang berlaku adalah timbul pengembaraan lain yang mengalihkan perhatian. Pembaca setia blogspot ini tentu sedar betapa saya sering melepaskan cerita mengikut giliran berdasarkan pengembaraan sebenar yang telah dibuat terlebih dahulu. Namun ada ketikanya sesuatu cerita dilepaskan lebih awal walaupun pengembaraan berkaitan berlaku terkemudian. Misalnya sebelum pergi ke Aceh penghujung Januari saya telah melepaskan dua siri, satu berdasarkan perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan (Ogos 2009) semasa isteri sedang mengandung 8 bulan, satu lagi berdasarkan perjalanan ke selatan sebaik sahaja isteri tamat pantang melahirkan anak (November 2009). Lihat Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan" dan Koleksi artikel "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan"... .

Kedua-dua artikel kompilasi dibuat sebaik sahaja kembali dari Aceh. Disember 2009 pula kami berjalan lagi disertai 2 orang anak isteri yang dibela bapa saudaranya di Kelantan. Pengembaraan inilah yang menunggu giliran untuk dilepaskan seterusnya. Selepas membuat 2 artikel untuk siri ini saya telah mendapat gerak untuk membuat 2 artikel lain tentang salasilah raja dan kaitan Aceh dengan Bugis. Sebaik sahaja selesai tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon menjemput kami sekeluarga menyambut Maulidur Rasul di Aceh.

Melihat bahawa rancangan untuk memaparkan cerita perjalanan ke Aceh penghujung Januari bakal tergendala, saya menyajikan artikel kecil Jejak Al-Rasyid di Aceh! mengabungkan gambar-gambar dari lawatan itu juga lawatan penghujung Februari ke Aceh. Siri cerita untuk perjalanan Disember 2009 pula akhirnya berjaya ditamatkan pertengahan Mac. Lihat Kompilasi "Jalan-jalan anak-beranak". Kalau ikutkan sudah sampai giliran untuk memaparkan cerita perjalanan ke Aceh penghujung Januari. Namun melihat bahawa ketika itu masih terasa bahang sambutan Maulidur Rasul di mana-mana, saya memaparkan perjalanan ke Aceh penghujung Februari pula.

Perjalanan penghujung Februari itu sendiri berlaku sebagai ganti kepada rancangan asal saya untuk menyambut Maulidur Rasul di Perak. Maka itu bulan April baru saya ke Perak... timbullah satu siri yang berjaya dikumpulkan melalui artikel Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete! pertengahan Mei . Seterusnya saya disibukkan dengan projek penulisan buku keretapi yang memerlukan saya mengembara menaiki keretapi hingga ke Tumpat, Kelantan dan Hatyai, Thailand. Demi menggantikan masa meninggalkan anak isteri, saya membawa mereka berjalan ke bahagian lain Perak. Timbullah siri "Jalan-jalan di Perak sebelah barat" yang apabila diteliti kembali merupakan kesinambungan perjalanan ke Perak sebelumnya malah turut terkait dengan sambutan Maulidur Rasul di Aceh, atau lebih tepat di Perlak. Lihat Apa yang boleh dikupas selepas jalan-jalan di Perak sebelah barat .

Kini sampailah masanya untuk meluahkan cerita perjalanan ke Aceh penghujung Januari. Mungkin ada rahsia kenapa aturannya boleh jadi begini, kenapa siri baru ini cuma dapat dimulakan 1 Ramadhan 1431 Hijriah ini. Biarlah diberitahu, perjalanan tersebut berlaku apabila seorang teman yang sudah lama ingin menziarahi makam-makam di Aceh meminta pertolongan saya menunjukkan jalan. Memandangkan saya dan isteri sendiri rindu hendak pergi ke Aceh lagi apalagi Al-Rasyid ketika itu belum pernah menjejakkan kaki lagi ke bumi asal-usul nenek moyangnya, kami pun membuat keputusan untuk pergi bersama. Dapatlah juga menjimatkan belanja berkongsi sewa kenderaan dan sebagainya...

Seperti disebut awal tadi, saya telah ke Aceh 4 kali. Biar ditambah isteri telah pergi 3 kali dan Al-Rasyid 2. Perjalanan pertama saya Januari 2004 dibuat dengan niat untuk menziarahi makam Sultan Malikul Salih (saya lebih suka menggunakan ejaan ini berbanding Malikul Saleh). Namun ia tidak kesampaian kerana halangan darurat perang. Dalam perjalanan kedua iaitu bersama isteri Jun 2009, baru saya dapat menjejakkan kaki, itupun waktu malam. Begitulah juga keadaan ketika kami sampai sekali lagi penghujung Februari 2010 iaitu perjalanan saya yang ke empat. Namun untuk perjalanan ke tiga kami dapat sampai siang hari iaitu pagi Jumaat. Di situlah buat pertama kalinya Al-Rasyid menjejakkan kaki ke tanah...


OK. Gerak hati saya menyuruh meletakkan ini, sedikit informasi yang diambil dari Muzium Brunei, informasi yang mengaitkan Sultan-sultan Brunei sebagai keturunan Nabi Muhammad SAW daripada nasab Saidina Hassan melalui Sultan ketiga Brunei Sharif Ali. Sepatutnya gambar ini cuma akan dipaparkan di samping cerita yang bakal dibuat dalam siri baru tentang perjalanan kami tiga beranak ke Brunei baru-baru ini, Insyaallah selepas Hari Raya, selepas siri "Petualangan Al-Rasyid ke Aceh" tamat. Namun itulah saya... saya pun tak pasti kenapa harus meletakkannya terlebih dahulu kecuali merasakan ia ada kena-mengena dengan siri terbaru tentang Aceh ini, ada kena-mengena juga dengan kenapa baru kini ia dapat dimulakan setelah sekian lama.

Mungkin artikel lama Isyarat 3 Hassani? yang dibuat 2 tahun lalu boleh memberikan petunjuk. Hati saya pula seperti mahu menjerit mengatakan: "Tunggulah kebangkitan Dinasti Ahlul Bait Al-Kamil daripada nasab Abdullah Al-Kamil ibni Hassan Al-Muthanna ibni Saidina Hassan untuk memimpin ummah". Sekian...

p/s: Baca juga artikel Petunjuk baru tentang kerajaan lama di Putrajaya? sekali lagi... rasakan getaran yang berkaitan. :]

Monday, August 09, 2010

Tiga kali ke Brunei dalam seminggu... melalui udara, laut dan darat

Subhanallah. Maha suci Allah. Malam ini masuklah 29 haribulan Sya'aban tahun 1431 Hijrah. Kemungkinan besar ia adalah hari terakhir bulan Sya'aban. Masuk bulan Ramadhan yang dipercayai bakal jatuh hari Rabu, saya akan memulakan satu siri baru tentang perjalanan ke Aceh penghujung Januari 2010, satu siri yang sudah sekian lama dijanjikan akan disajikan di blogspot ini. Maka sementara ada baki bulan Sya'aban ini, biar dilepaskan sedikit rasa tentang perjalanan saya dan anak isteri ke Brunei yang berakhir Ahad baru ini.

Seminggu lalu sudah diberitahu saya berada di negara itu melalui artikel Salam dari Brunei.... Setelah selesai tempoh lawatan 8 hari 7 malam baru dapat diberikan sedikit butiran perjalanan. Sukacita dimaklumkan, kami juga mengambil peluang untuk melawat Labuan kerana ia cukup dekat dengan Brunei, lawatan pertama kami ke pulau bebas cukai itu. Keluarga yang menaja lawatan kami ke Brunei pula membawa kami ke Sarawak kemudian, juga lawatan pertama kami ke bumi kenyalang itu.

Untuk makluman, baik Labuan mahupun Sarawak dahulu termasuk di dalam jajahan takluk Brunei tetapi kini berada di dalam Malaysia. Maka cukuplah saya telah menjejakkan kaki ke setiap 13 buah negeri di dalam Malaysia, di samping 3 wilayah persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Walaupun saya telah mengembara ke seluruh Semenanjung entah berapa banyak kali, saya cuma pernah sampai ke Malaysia Timur sekali sahaja. Itupun setakat ke Sabah untuk mendaki Gunung Kinabalu kalau tak salah ingatan tahun 1998.

Lawatan ke Labuan dibuat dengan menaiki feri begitu juga apabila kembali masuk ke Brunei. Lawatan ke Sarawak dibuat menaiki kereta dan begitulah juga kembali. Campur perjalanan menaiki kapalterbang dari Kuala Lumpur 9 hari lalu, secara rasminya kami telah pergi ke Brunei 3 kali dan ini termaktub di dalam paspot. Cukuplah kami dapat sampai ke negara itu melalui 3 cara, udara kemudian laut dan darat.

Tajuk yang timbul untuk artikel membuatkan saya tercari-cari gambar kami anak-beranak untuk dijadikan hiasan. Maklumlah, kami kan bertiga... kenalah dengan tajuk 3 kali masuk Brunei. Ternyata daripada lebih 1400 gambar yang diambil, cuma satu sahaja yang ada memaparkan kami semua! Dalam kesibukan merakamkan keadaan, saya terlupa mendapatkan satu untuk kenangan kami. Nasib baik tanpa dipinta, seorang ahli keluarga yang menaja menawarkan untuk mengambil gambar. Itupun pada hari terakhir kami berada di Brunei, kurang 3 jam sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur!

Kebetulan gambar kami bertiga ini diambil di hadapan usungan atau kereta sorong yang dinaiki Sultan Brunei sekarang, Sultan Hassanal Bolkiah semasa ditabalkan. Untuk pengetahuan baginda ditabalkan tahun 1967 lalu kereta sorong yang digunakan cuma sekali sahaja dijadikan bahan pameran di galeri alat-alat kebesaran diraja. Sukacita dimaklumkan saya juga sempat melawat dan merakamkan gambar 9 buah masjid juga menziarahi makam 7 orang Sultan Brunei. Ada kemungkinan saya juga telah melawat makam 2-3 lagi orang Sultan. Semasa melihat sebuah batu bersurat dipanggil Tarsilah Brunei di dalam sebuah tanah perkuburan kelihatan beberapa buah makam yang terserlah. Balik dari Malaysia, semasa meneliti koleksi gambar termasuk sejumlah yang diambil di muzium, baru saya tersedar di sekitar batu itu terdapat makam beberapa orang Sultan.

Cukuplah jika disebut kami sempat melawat banyak tempat menarik. Pernah dengar taman permainan Jerudong Park yang pernah diibaratkan sebagai Disneyland di Brunei? Kami juga ke sana. Pernah dengar kampung air dengan rumah-rumahnya dibina di tengah sungai, katanya penempatan atas air yang terbesar di dunia? Kami juga sampai. Pernah dengar atau melihat gambar Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dengan kubahnya dibuat daripada emas sering menghiasi ruang? Tentunya ia termasuk 9 masjid yang dilawati dalam perjalanan ini. Pendekkata tempoh 8 hari 7 malam tidak berlalu sia-sia. Tunggulah siri cerita tentangnya selepas hari raya... :]