Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, March 07, 2008

Perjalanan pusing Perak daripada Sungai Siput... Penat-lelah menyajikan satu perjuangan untuk semua.

Assalamualaikum semua... Sampailah masanya untuk menyambung kembali cerita perjalanan di Perak... Dalam posting terakhir tentang perjalanan iaitu artikel Di Kuala Kangsar untuk memperbaharui wasilah... yang dibuat Sabtu 1 Mac, saya ada menyebut bagaimana setelah selesai menziarahi makam moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di kawasan permakaman diraja Perak di Bukit Chandan seterusnya Masjid Ubudiah di sebelah, saya tidak pasti harus ke mana selepas itu... Apakah perlu bermalam di Kuala Kangsar atau terus ke Ipoh untuk mengambil payung yang tertinggal di dalam kereta seorang rakan iaitu Badrul. Atau apakah perlu memenuhi permintaan seorang pembaca siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Sungai Siput yang sudah lama ingin bertemu dengan saya...

Lalu ditakdirkan sebaik sahaja meninggalkan masjid, saya dapat menumpang kereta orang untuk turun daripada Bukit Chandan. Ternyata mereka (ada 2 orang) mahu kembali ke Kuala Lumpur tetapi melalui jalan lama... Oleh kerana jalan lama ini melalui Sungai Siput, maka ke sanalah saya. Inilah cerita seterusnya...

Semasa dalam perjalanan daripada Ipoh ke Kedah bersama Badrul sekitar 4 hari lalu, saya tergerak untuk mengajaknya singgah di Kuala Kangsar lalu kami pun mengikut jalan lama melepasi Sungai Siput... Kelihatanlah bukit yang agak unik ini lalu timbul rasa mahu ke sini suatu hari nanti... Tidak disangka pula rupa-rupanya setelah selesai perjalanan di Kedah, saya akan sampai ke kawasan bukit ini yang terletak sekitar 5km daripada pekan Sungai Siput!


Siapa sangka saya nanti akan menginap di belakang bukit ini? Bukanlah betul-betul di belakang tetapi kalau dilihat daripada sudut gambar di atas tadi, memang nanti saya akan menginap di belakang bukit iaitu kira-kira 2km ke utara, di sebuah kawasan bernama Sungai Sejuk.

Di sini terletak pejabat Lembaga Peladang di mana kenalan baru saya iaitu Syahir, seorang peminat siri buku "Berpetualang ke Aceh" duduk bersama seorang anak dan isteri. Tidak disangka juga, di sini, di belakang bukit dengan rupa yang agak pelik tapi menarik tadi, ia akan menjadi "pusat" untuk saya membuat perjalanan keliling Perak melalui beberapa buah destinasi... Destinasi yang sambil menelusuri sejarah lama Perak mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan lama Beruas malah kerajaan purba Gangganegara yang sangat terkenal itu...

Lalu perasaan yang terbuku kembali apabila melihat gambar bukit ini telah saya nukilkan Sabtu 1 Mac di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ... Dalam sebuah artikel bertajuk Sungai Siput as base camp... Where a giant face looks out from on top a hill... Di atas adalah gambar pejabat Syahir yang diambil pagi keesokannya, hari Jumaat. Petang sebelumnya iaitu daripada Kuala Kangsar, saya telah turun di tengah pekan Sungai Siput dan menghubungi Syahir. Saya juga menghubungi seorang rakan lama bernama Asri yang juga duduk di daerah itu.

Kedua-duanya Syahir dan Asri bertemu saya di stesyen keretapi. Oleh kerana saya pernah tidur di rumah Asri sekali tahun 2006 (selepas tertinggal rombongan setelah pergi ke Bukit Chandan untuk menghadiri pengkebumian kembali jenazah Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin) saya menurut pelawaan Syahir untuk tidur di rumahnya... Hari lain baru ke rumah Asri... Rupa-rupanya sudah ditakdirkan begitu... Sungguh tak sangka rumah Syahir terletak di belakang bukit itu... Dan di sekitar rumahnya pula saya deja vu sekurang-kurangnya 2 kali...


Syahir yang sudah lama ingin bertemu dengan saya sedia membawa saya ke mana yang ingin saya pergi. Maka hari Jumaat itu dia terus mengambil cuti...

Saya sudah berkira-kira dalam perjalanan ke Perak kali ini, elok saya ke Beruas juga menziarahi beberapa makam-makam lama di tempat-tempat lain. Oleh kerana saya juga perlu ke Ipoh untuk mengambil payung yang tertinggal di dalam kereta Bad, elok juga diselesaikan perkara ini sekali gus.

Lalu keputusan pun dibuat. Pergi dahulu ke Ipoh bersolat Jumaat di masjid negeri. Ternyata Bad biasa bersolat di sana dan pejabatnya pun dekat. Ke sanalah saya dan Syahir pergi dahulu daripada Sungai Siput, apabila sampai ke tengah bandaraya Ipoh terlihat pula bangunan lama pejabat polis yang mempunyai rekabentuk klasik Perak lama dengan ukiran "lidah" tergantung di setiap sudut rupa-rupanya sudah terbakar... Entah bila agaknya kerana kali terakhir saya di Ipoh beberapa bulan sebelum itu, ia masih elok, utuh...

Perjalanan ke masjid negeri perlu melalui hadapan Muzium Darul Ridzuan. Semasa itu sekitar jam 12 tengahari, ada le sedikit masa untuk pergi melihat apa di dalam...


Pemandangan Sungai Kinta yang diambil daripada dalam kereta sebelum sampai ke masjid... Sampai di masjid pula ia ternyata agak kosong kerana masih awal untuk bersolat Jumaat... Rata-rata kebanyakan orang sedang makan tengahari lalu kami meletakkan kereta di sisi kawasan masjid berhadapan ibupejabat polis.

Dari sana kami berjalan melepasi perkarangan masjid untuk ke sebuah medan makan di mana Bad sedia menunggu. Selesai makan, kami pun menghala kembali ke masjid...

Dalam perjalanan itu terdapat ramai orang berjual-beli pelbagai barang seperti yang biasa terdapat di perkarangan masjid-masjid utama. Syahir meminta diri untuk melihat lebih dekat barangan yang terdapat. Janji nanti jumpa di kereta selepas solat Jumaat.

Saya dan Bad terus melangkah ke masjid. Sebaik sahaja menghampiri pintu kawasan masjid, tiba-tiba timbul satu getaran hati yang kuat seolah-olah memanggil daripada kiri. Saya pun meminta diri... Bad terus ke masjid sementara saya menyusuri jalan ke kiri iaitu ke selatan dalam bandaraya Ipoh...

Saya jalan dan terus berjalan sehingga sampai ke sebuah jambatan menyeberangi Sungai Kinta... Kelihatan sebuah masjid lama yang agak menarik seni binaannya...


Rupa-rupanya ia adalah Masjid Panglima Kinta. Tetapi ia tidak lagi digunakan untuk solat Jumaat...

Sebut pasal Panglima Kinta, satu jawatan turun-temurun orang-orang besar atau bangsawan Perak, teringat saya pada seorang gadis yang dikenali semasa masih bekerja sebagai wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times. Gadis yang bertugas sebagai wartawan di penyiaran di TV3 ini juga pernah menjadi penyampai berita. Badannya kecil, genit... Ada sesuatu yang menarik tentangnya selain daripada rupa-parasnya yang manis...

Hmm... Elok juga diluahkan sedikit cerita ini, mungkin sebagai muhasabah perkara-perkara dahulu. Adapun wajahnya memang cantik kerana memang mirip seorang kakaknya yang pernah menjadi heroin filem zaman P. Ramlee... Lebih-lebih lagi kerana si kakak itu pernah memegang watak utama perempuan di dalam sebuah cerita wayang yang ada makna tersendiri bagi saya, cerita yang pernah turut dinukilkan dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh".

Kami menjadi rapat apabila dia mengaku pernah belajar dalam aliran sains tetapi kemudian masuk bidang kewartawanan, lebih kurang seperti cerita sayalah juga. Tetapi kami jarang berjumpa kecuali apabila menghadiri tugasan yang sama. Apapun kami tetap rapat apabila berjumpa... Tak ada lah rapat sangat sampai betul-betul jadi pasangan, tapi bunga-bunga itu ada terutama apabila kami berjumpa lagi di pejabat NST di mana dia sedang ditemu-duga lalu selepas itu kami turun berpimpinan tangan melepasi hujan renyai untuk minum teh tarik di perkarangan bangunan pejabat.

Hmm... Mungkin juga kami akan menjadi lebih rapat jika tidak kerana semasa itu saya sudah pun ada seorang teman wanita steady dan kami akan berkahwin. Tidak lama kemudian iaitu sekitar sebulan selepas berkahwin, saya terserempak lagi dengan gadis tersebut di luar panggung wayang. Ketika itu isteri saya (sekarang bekas isteri) turut hadir sama...

Saya meminta diri sebentar dari isteri untuk pergi menyapa gadis tersebut yang sedang berdiri sedikit jauh. Maklumlah, apa-apa hal pun kami tetap kawan... Oh, tetapi dia tidak tahu pun saya akan berkahwin dan sudah pun berkahwin. Apabila dia tanya siapakah gadis yang di sana (maksudnya bekas isteri saya), saya pun cakap: "Itulah isteri saya." Kemudian kami tersenyum lalu pergi.

Sekitar 2 minggu kemudian kami berjumpa lagi dalam satu tugasan. Semasa itu baru dia bersungguh-sungguh bertanya betulkah saya sudah berkahwin? Jawab saya betul... Rupa-rupanya semasa di panggung wayang dahulu dia ingat saya sekadar bermain...

Seketika itu juga nampak perubahan yang besar dalam nada suara dan airmukanya... Dia mula meluahkan rancangan masa hadapannya termasuk keinginan untuk membeli sebuah motosikal besar kerana tahu saya adalah seorang peminat motosikal besar dan memang ketika itu saya menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan enjin 535cc... Nampak sungguh bagaimana rasa kecewanya itu sehingga tidak mempedulikan rakan-rakan di sekeliling. Sungguh saya tak sangka kerana kami tidak pernah pun betul-betul dating, apalagi mengisytiharkan diri sebagai pasangan...

Dipendekkan cerita tidak lama kemudian gadis ini terus meninggalkan dunia kewartawanan dan penyiaran. Beberapa bulan kemudian, baru kami terserempak lagi di mana ketika itu dia sedang bertugas sebagai seorang pegawai perhubungan awam (kalau tak salah ingatan) di sebuah syarikat swasta... Lalu dia sempat mengenalkan saya dengan teman lelaki nya, kiranya seorang somebody atau orang yang ada pangkat dan kedudukan juga...

Apapun, ini semua cerita sampingan. Apa yang membuat saya ingat balik pada gadis ini adalah apabila terbaca sebuah artikel dalam majalah yang menunjukkan gambar kakak gadis ini di hadapan rumah keluarga di Ipoh yang ternyata sebuah rumah mewah dengan senibina lama. Kalau tak salah ingatan, gambar gadis ini turut ada bersama. Semasa itu (sebenarnya sebelum itupun dah tahu) saya tahu mereka berasal daripada keluarga berada. Tetapi lama kemudian baru saya tahu, mereka adalah daripada keluarga terdekat bangsawan Perak, keluarga Panglima Kinta...

Ah... Banyak pula saya bercerita tentang ini. Untuk membaca sedikit tentang Masjid Panglima Kinta, lihat apa yang saya letak dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) semalam... Ceritanya bertajuk Masjid (the mosque of) Panglima Kinta, Ipoh...


Ini adalah Masjid Paloh, juga di Ipoh. Saya baru tahu tentang kewujudan masjid ini baru 2-3 hari sebelum itu, setelah membeli sebuah buku tentang tempat-tempat bersejarah di Perak (lupa pula tajuknya) semasa singgah di Kota Ngah Ibrahim di Matang, Taiping...

Apabila sampai lagi ke Ipoh hari Jumaat itu maka saya mahu juga menziarahi mana-mana tempat bersejarah di bandaraya itu, itupun jika sempat kerana banyak lagi tempat yang ingin diziarahi hari itu juga... Semasa bertemu Bad di tempat makan di sebelah masjid negeri tadi, saya ada bertanyakan Bad tentang arah untuk ke Masjid Paloh... Oh, Masjid Panglima Kinta tidak pula disebut dalam buku itu... Bad pun memberitahu arahnya lalu saya bercadang untuk singgah sebentar selepas solat Jumaat di masjid negeri nanti.

Tidak disangka pula saya akan sampai lebih awal, tanpa terduga dan tanpa dirancang langsung. Apa yang terjadi, semasa di Masjid Panglima Kinta tadi saya ternampak 2 orang yang rumahnya terletak di dalam kawasan masjid mahu menaiki kereta dengan memakai baju Melayu bersongkok dan kain pelikat.... Tentunya mahu keluar pergi bersolat Jumaat bukan? Lalu saya pun minta menumpang sama...

Tak sangka langsung mereka rupanya mahu pergi ke Masjid Paloh, bukannya masjid negeri. Lalu dapatlah saya mengambil gambar di sana seraya menziarahi makam orang besar Perak yang terdapat di sana... Ceritanya dengan gambar telah dinukilkan dinukilkan dalam artikel Masjid Paloh (the Paloh mosque), Ipoh ...


Masalahnya, saya telah berjanji akan berjumpa kembali dengan Syahir selepas solat Jumaat di keretanya yang diletakkan di sisi masjid negeri berhadapan ibupejabat polis... Takut nanti dia pula kebingungan di manakah saya menghilang... Lebih-lebih lagi, kalau tak salah ingatan, semasa itu telefon bimbitnya juga baru kehabisan bateri kerana dia terlupa hendak mengecasnya. Kan jadi masalah nanti...

Lalu saya membuat keputusan perlu juga bersolat di masjid negeri walaupun takut waktu solat Jumaat akan tamat.... Ketika itu sudah hampir jam 1.40 tengahari begitu. Saya pun bertawakal lalu terus berjalan ke sana dan Alhamdulillah, saya sempat ke perkarangan sejurus sebelum solat dimulakan...


Maka tak perlulah singgah lagi di Masjid Paloh... Dapatlah menjimatkan masa lalu kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Gopeng... Sejurus sebelum sampai ke pekan Gopeng, terlihat pula bangunan lama yang agak menarik ini, bangunan yang telah dijadikan sekolah rendah Islam...


Kami singgah sebentar ke dalam untuk bertanyakan sejarahnya. Malangnya kakitangan sekolah yang ada setakat boleh memberitahu, ia adalah sebuah rumah milik orang perseorangan yang kemudian diwakafkan (atau dihadiahkan? Saya pun sudah lupa) untuk dijadikan sekolah...


Di hadapan rumah yang telah dijadikan sekolah tadi, kelihatan sebuah lagi rumah lama tetapi sudah rosak dan terbiar...


Di sebelah rumah menjadi sekolah itu pula terdapat rumah lama ini... Kalau dilihat pada rekabentuk dan keluasan tanahnya, mungkin milik golongan bangsawan...


Tidak jauh daripada rumah-rumah tadi, kelihatanlah pekan cowboy atau pekan "hantu" yang tidak lagi berpenghuni ini. Menurut Syahir, inilah pekan Gopeng yang asal... Disebabkan masalah tertentu, kalau tak salah ingatan masalah ilmu hitam berupa santau, perniagaan di sini jadi merosot lalu terbiar. Maka beralihlah semua orang ke pekan baru, pekan Gopeng yang dikenali sekarang kira-kira 3-5 km lagi ke hadapan menghala ke selatan...


Tidak lama kemudian, kelihatan pula masjid lama yang agak menarik ini...


Baru saya tahu di sinilah terletaknya Kampung Kepayang... Hmm... Apakah ia Kampung Kepayang yang sama dengan Kampung Kepayang yang pernah dinyatakan seorang kawan? Kampung yang menurutnya terdapat ramai keturunan seorang anak Raja Bugis dan pembesar Perak terkenal iaitu Daeng Selili yang hidup hampir 300 tahun lalu, anak Raja Bugis yang menjadi adik ipar Sultan Perak ketika itu, Sultan Muzaffar Shah III (memerintah 1728-1754) selain menjadi bodyguard Sultan, mufti negeri bergelar "Haji Besar" dan juga pahlawan utama bergelar "Datuk Maharajela Pancung Tak Bertanya"....

Apapun, kami melalui Gopeng untuk sampai ke sebuah tempat bernama Kota Bahru... Daripada sana, kami ke Kuala Teja untuk menziarahi makam seorang kerabat diraja Perak iaitu Raja Bendahara Alang Iskandar, ayahanda kepada Sultan Perak ke 27, Sultan Idris yang membuka Kuala Kangsar dan Bukit Chandan sekitar tahun 1880an...

Tidak jauh daripada makam ini, terdapat makam seorang pembesar Perak yang dikenali sebagai Tengku Syed Jaafar. Menurut ceritanya, beliau adalah keturunan Syed Hussein al-Faradz yang pernah menjadi guru agama Sultan pertama Perak, Sultan Muzaffar Shah I (memerintah 1528-1549). Lalu cerita tentang kedua-dua makam ini telah saya nukilkan semalam dalam artikel Makam-makam (the tombs of) Tengku Syed Jaafar dan (and) Raja Bendahara Alang Iskandar


Daripada Kuala Teja, kami pergi ke Kampung Gajah melalui Tanjung Tualang... Singgah sebentar di masjid lama Kampung Gajah seperti yang kelihatan di atas...


Sepanjang jalan Kampung Gajah naik ke utara sehingga ke Bota Kanan, terdapat banyak makam-makam bersejarah... Malah sebenarnya sepanjang Sungai Perak daripada kualanya di Bagan Datuk sehingga ke ulu menghampiri negara Thailand memang terdapat banyak tempat-tempat bersejarah!


Antaranya adalah makam Megat Terawis, seorang hulubalang Melayu yang sangat terkenal terutama dalam sejarah Perak. Sila klik cerita Makam (the tomb of) Megat Terawis yang juga sempat dibuat semalam...


Turut terdapat dalam perjalanan ini adalah makam beberapa orang Sultan Perak yang tidak terjaga, begitu teruk sekali keadaannya seperti yang boleh dilihat dalam gambar ini... Kebetulan pada hari parlimen dibubarkan iaitu Februari 13 saya tergerak melihat kembali koleksi gambar terbaru perjalanan ke Perak lalu ternampak gambar-gambar ini...

Keesokannya pula tarikh membuat pencalonan dan tarikh membuang undi untuk pilihanraya ke 12 Malaysia pun diumumkan. Seperti yang kita tahu, masuk sahaja musim pilihanraya, mesti segala macam jalan-jalan dan bangunan buruk tiba-tiba sahaja diberi wajah baru demi meraih sokongan dan undi.

Ini membuat saya terfikir, apakah salahnya jika sedikit daripada peruntukan berjuta malah berbillion Ringgit itu diberikan untuk menjaga kembali makam-makam lama ini? Lagipun ini bukan makam sembarangan, ini makam para Sultan yang telah diwartakan dan sepatutnya dijaga oleh pihak muzium dan badan-badan warisan... Lalu terkeluar cerita Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 1... dan sambungan-sambungannya...

Harap-harap ada juga pihak yang membaca cerita itu lalu mengambil tindakan yang patut. Harap-harap makam-makam ini telah kembali terang dan ceria terutama di musim pilihanraya ini... Besok pun sudah mahu mengundi! :]

Nasib baik, masih ada juga makam raja-raja yang terjaga... Contohnya makam Sultan Muzaffar Shah I, Sultan pertama Perak yang memerintah 1528-1549.


Sekitar 5-7 km ke utara makam Sultan Muzaffar I, terdapat pula makam Sultan Muzaffar Shah II, Sultan Perak ke 10 yang memerintah 1636-1654. Makamnya sedikit bersemak tetapi boleh lah, kira boleh dikatakan berjaga juga le...


Dan lagi 5-7km ke utara, sedikit melepasi pekan Bota Kanan, terdapat lagi sebuah lagi makam milik seorang Sultan Perak yang juga bernama Muzaffar... Lalu Sultan ini, Sultan Perak ke 13 yang memerintah 1728-1754 dikenali sebagai Sultan Muzaffar III.

Oleh kerana ketiga-tiga Sultan ini bernama Muzaffar, maka ceritanya saya nukilkan sekaligus dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi. Masuk Makam 3 Muzaffar (Tombs of the 3 Muzaffars)... untuk melihatnya...

Adapun semasa sampai ke makam Sultan Muzaffar Shah II petang Jumaat itu, hari telah mula hujan. Ketika sampai ke makam Sultan Muzaffar Shah III pula, hujan sudah lebat... Hampir-hampir sahaja rasa mahu mengalah tidak mahu menziarah. Sudahlah saya sebenarnya amat penat akibat segala pengembaraan yang telah dibuat dalam tempoh terdekat, saya sebenarnya kurang sihat kerana pelbagai faktor. Kemudian pintu pagar makam Sultan Muzaffar III pula terkunci rapat! Allah!

Tetapi demi menyambung wasilah yang diharapkan dapat memberikan kekuatan dalam untuk terus dapat memperjuangkan apa yang saya percaya adalah amanah keluarga dan darah keturunan untuk memperkasakan kembali makna sejati Melayu Islam, saya teruskan. Dalam hujan lebat itu, dengan sebelah tangan memegang payung yang diambil daripada Bad di Ipoh tengahari tadi, saya cuba memanjat masuk ke dalam. Agaknya, ini juga hikmah saya tergerak untuk mengambil payung hari itu sedangkan sepanjang perjalanan di Kedah dan Perak sebelum itu, cuaca sentiasa terang malah panas terik lagi...

Sebenarnya saya sedikit risau kerana dalam keadaan jiwa tegang akibat pelbagai masalah yang perlu ditanggung dalam perjalanan hidup ini, saya senang kena sakit urat dan tegang otot. Takut tiba-tiba cramp dan terjatuh atau sebagainya. Susah juga... Mereka yang pernah merasa sahaja tahu bagaimana masalah dan sakitnya... Saya pernah tersilap urat sehingga 2 minggu tidak boleh membongkok.

Alhamdulillah saya dapat juga melepasi pagar, menziarahi makam nenda dan keluar dengan selamat. Semoga nenda dan para nenda yang lain dapat melihat bahawa cucunda ini telah berusaha setakat mampu untuk membawa amanah. Sekarang yang cucunda harapkan agar roda Qada' dan Qadar terus berjalan lalu membawa cucunda untuk mendapatkan home sweet home yang didambakan selama ini... Bagilah cucunda berehat sekurang-kurangnya supaya segala ketegangan jiwa yang menyebabkan badan dan kepala senang sakit-sakit ini dapat dipulihkan... Tolonglah dengan berkat afwa segala almarhum yang bertaraf wali... Tolonglah...






Apapun, kami sampai ke Kampung Kota di Beruas dalam keadaan cuaca yang baik... Inilah destinasi sebenar yang ingin dituju Jumaat itu... Destinasi lain-lain termasuk makam 3 orang Sultan Muzaffar tadi boleh dikira bonus kerana dapat dilawati sekali gus... Sekali lagi, Alhamdulillah!

Saya teringat pesan beberapa orang... Sebelum saya betul-betul dapat kembali ke Aceh (yang saya pergi awal 2004 dahulu semasa perang tu setakat "menyentuh" sahaja, belum dapat kembali ke makam nenda) dan menghidupkan apa yang patut, saya perlu "membuka" sesuatu di Beruas...

Syahir pula sudah lama teringin ke Beruas, lebih-lebih lagi setelah membaca siri buku "Berpetualang ke Aceh" dan menelaah ketiga-tiga blogspot saya. Maka sesuailah kami dapat ke sana dalam keadaan cuaca sudah kembali terang...


Di sini terletak banyak makam-makam lama yang bertandakan batu-batu nesan Aceh... Sayangnya, ia kurang terjaga... Ada batu nesan yang sudah tercabut lalu perlu didirikan semula...

Semasa saya sibuk mengusap batu-batu nesan dan mendirikan mana yang patut inilah Syahir terlihat sesuatu yang lain tentang diri saya... Katanya, perbuatan saya itu adalah seolah-olah perbuatan seorang raja yang sangat perihatin terhadap para bangsawan dan rakyatnya...

Mungkin kata-kata ini akan menimbulkan prasangka terhadap diri saya... Mungkin ia kelihatan menunjuk-nunjuk... Pedulikanlah... Ia cuma kata-kata yang timbul dalam penceritaan... Allah sahaja tahu bagaimana susahnya saya mahu bercerita kerana pelbagai gangguan yang dihadapi demi mengeluarkan cerita-cerita yang Insyaallah boleh menolong mengembalikan kegemilangan Melayu...

Kadangkala saya perlu menukilkan sahaja apa yang terkeluar termasuk cerita-cerita perihal para wanita yang dikenali supaya cerita seterusnya dapat mengalir... Sekurang-kurangnya daripada segi psychology, ia adalah proses membuka apa-apa yang tersekat supaya perkara yang perlu disampaikan untuk faedah semua dapat mengalir keluar...

Biarkan... Tidak ramai yang tahu segala macam attack ataupun serangan ghaib yang perlu saya tanggung akibat amanah dan perjalanan hidup yang tersendiri. Biarkan...

Kalau ikutkan kepenatan dan sakit kepala serta sakit-sakit badan, elok sahaja saya tidur. Lagipun esok saya perlu ke Kuala Selangor demi memenuhi permintaan seorang yang boleh dikira sebagai adik agar hadir ke majlis pernikahannya... Lalu saya turut menggendalakan perjalanan ke Pantai Timur yang sudah lebih sebulan dirancang, perjalanan yang diharap dapat menutup siri-siri perjalanan yang "wajib" dibuat setelah siap trilogi siri buku "Berpetualang ke Aceh"... Perjalanan yang diharap selepas ini selesailah "hutang" mana yang patut, dapatlah saya bertemu home sweet home yang didambakan lalu dapat berehat...

Kalau diikutkan dengan rasa jiwa tersekat sekarang, tidak mampu saya membuat penulisan ini... Tetapi saya gagahkan jua kerana percaya atau tidak ia adalah tanggungjawab. Tanggungjawab untuk menyampaikan seraya melangsaikan... Melangsaikan kerana dengan itu semoga kurang rasa tekanan bebanan pengetahuan kerana telah dilepaskan..

Dalam keadaan sebegitu, amatlah sukar untuk menulis... Tetapi saya buat juga satu persatu dan kini, ketika jam di komputer menunjukkan jam 9.48 malam sedangkan saya masih berada di Kajang, perlu kembali ke rumah ibu saudara di Ampang untuk bersiap pakaian untuk menghadiri majlis pernikahan di Kuala Selangor jam 3 petang esok... Sedangkan rumah ibu saudara saya selalu "tutup" awal kerana mereka tidur cepat... Sedangkan saya tidak memiliki apa-apa kenderaan sendiri untuk bergerak ke mana-mana, setakat mengharapkan kenderaan awam, sekali-sekala sahaja kenderaan kawan-kawan... Sedangkan saya belum tentu dapat masuk ke dalam rumah ibu saudara jika sampai pun ke Ampang malam ini...

Sedangkan ketika menulis ini otot-otot tangan sehingga ke pangkal lengan sudah terasa begitu sengal dan mula terasa mahu cramp... Sedangkan otot tengkuk dan dalam sering terasa berbiji-biji, jantung terasa sering ditikam-tikam... Tetapi saya teruskan sedikit demi sedikit sambil cuba tidak memikirkan apakah sempat sampai ke Ampang atau tidak... Lalu sampailah penulisan ini ke sini...

Ini adalah gambar di pekan Beruas masuk waktu Maghrib setelah selesai menziarahi kawasan makam Raja-raja Beruas di Kampung Kota. Semasa memasuki (aduh... otot lengan dan tengkukku sakit...) kawasan warung-warung untuk makan malam ini, Syahir menunjuk pada meter kereta... "Tengok, dah masuk 191 km"... Tahu pula dia, nombor ini ada makna tertentu untuk saya...

Saya tanya dahulu... Macamana boleh dapat nombor 191... Dia dah set ke? Kata Syahir, dia telah mengosongkan meter di bawah (bukan meter atas yang menunjukkan jumlah perjalanan kereta sejak ia dibeli ya...) semasa keluar daripada pintu pagar kawasan Lembaga Peladang di Sungai Siput pagi tadi... Terus saya tergerak menunjukkan apa yang terdapat di dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh"...

Dalam buku pertama dengan sub title "Mencari Diri dan Erti" atau BKA I, mukasurat 191 (Hmm... Terpaksa saya type satu persatu daripada buku... Masalah laptop rosak masih di kedai sejak kembali daripada Johor hampir 2 bulan lalu, kalau tidak tentu boleh copy and paste terus) adalah permulaan bab bertajuk "Legenda Merah Silu: Kemunculan Sultan Malikus Salih (Qaddasallahu Sirrahu)...

Di mukasurat itu turut tertulis Al-Quran Surah Yunus ayat 62-64 yang berbunyi: "Ingatlah, sesungguhnya para Awliya Allah tiada mereka perlu kuatirkan, dan tidak mereka berduka-cita, iaitu orang-orang yang telah beriman dan sentiasa bertakwa, bagi mereka berita gembira dalam hidup di dunia dan akhirat, tiada perubahan dalam janji-janji Allah, inilah kemenangan yang besar."

Dalam buku kedua "Membela Syiar yang Asal atau BKA II" pula mukasurat 191 setakat menjadi pembuka Bab 9 di mana saya menceritakan kembali dalam mukasurat yang sama (sudah tentunya dengan menyatakan diri sebagai watak utama "Berpetualang ke Aceh" yang bernama Muhammad Al-Aminul Rasyid) bagaimana perasaan setelah sampai masanya untuk meninggalkan Pulau Kampai di Teluk Aru... Setelah 3 hari bermalam di pulau yang ada tarikan tersendirinya itu... Bagaimana orang tua yang dipanggil sebagai Lelek menawarkan rumahnya sendiri sebagai tempat duduk bila-bila sahaja saya mahu lagi ke sana...

Dalam buku ketiga "Sirih Pulang ke Gagang?" atau BKA III, mukasurat 191 adalah permulaan bab bertajuk "Tok Pulau Manis, Batu Bersurat Terengganu dan beberapa Warisan Aceh" dengan sedikit terjemahan Batu Bersurat Terengganu turut dipaparkan. Tak perlulah diletakkan di sini ya... Penat. Hmm... Mungkin gerak saya untuk menulis perkara ini adalah berkaitan dengan perjalanan ke Pantai Timur yang akan dibuat nanti, Insyaallah!

OK... Dipendekkan cerita, setelah selesai makan malam di pekan Beruas, kami terus menuju ke Kuala Kangsar melalui Manong. Di sana, kami sempat singgah ke makam Sheikh Abdul Qadir (lihat Makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di Kuala Kangsar, Perak? ) sebelum menjamakkan solat di Masjid Ridzuaniah di tengah pekan... Sempat singgah sebentar di Masjid Kota Lama Kanan di mana terdapat sebatang batu nesan di dalam masjid yang menandakan tempat Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Shah (memerintah 1549-1577) dikatakan ghaib ketika sedang bersolat Jumaat. Selesai itu kembalilah kami ke Sungai Siput.

Jika awalnya saya merancang untuk bermalam di rumah Asri, disebabkan sudah lewat, maka saya bermalam lagi di rumah Syahir. Itu yang sempat menulis sebuah lagi posting menyatakan khabar daripada Sungai Siput dan perjalanan yang baru dibuat... Maka tajuknya ialah Sekali lagi, salam daripada Sungai Siput!

Hmm... Tadi saya cuba mencari kembali di manakah kedudukan artikel mengenai makam Sheikh Abdul Qadir supaya link nya dapat di copy and paste untuk perenggan di atas... Terjumpa pula link-link lain yang saya rasa sangat relevan dengan penceritaan sekarang terutama yang melibatkan Beruas. Ada masa nanti cubalah baca cerita Beruas, Malikul Mansur dan Gangga Negara dan Beruas, Malikul Mansur dan Gangga Negara lagi...

Apapun, segala cerita yang mahu diluahkan di sini nampaknya telah berjaya dilepaskan... Jam ketika ini menunjukkan 10.24 malam... Belum dicampur lagi waktu untuk menyemak kembali penulisan. Yang pastinya saya tidak akan sempat kembali ke Ampang, tidak kerana saya perlu berjalan kaki 1km ke stesyen komuter untuk menaiki keretapi ke Bandar Tasik Selatan kemudian baru boleh mendapatkan LRT ke Ampang... Sudah tentu sampai ke rumah ibu saudara sekitar jam 12 dan saya tidak boleh mengacau mereka kerana sekadar menumpang...

Maka selesai ini semua, saya perlu berjalan kaki sekitar 2km untuk ke rumah keluarga di Kajang, rumah yang boleh dikira rumah bujang kerana tiada sesiapa lagi menggunakannya kecuali jika ada ahli keluarga yang singgah, selalu dalam perjalanan ke tempat lain. Oleh kerana saya tidak menyimpan apa-apa pakaian termasuk kasut di sana (2-3 hari ini saya setakat berjalan sehelai sepinggang baju buruk seluar cerut dan selipas) atau membawa untuk menghadiri majlis pernikahan di Kuala Selangor, saya tetap perlu ke Ampang lebih dahulu esok.

Apapun, diharap para pembaca mendapat faedah daripada penulisan saya ini. Diharap para pembaca tidak mensia-siakan segala usaha, tenaga, penat-lelah, sakit-sakit malah air mata (ya, ada masanya air mata mengalir deras ketika menulis kerana ia melibatkan hal-hal yang meruntun jiwa) yang dibuat demi untuk menyajikan cerita ini dan apa-apa jua cerita yang keluar daripada saya di mana-mana buku, apa-apa bentuk penulisan atau blogspot-blogspot saya.

Yang baik dijadikan teladan. Yang buruk dijadikan sempadan. Segala salah dan silap harap dimaafkab. Itu sahaja. Selamat malam! :]

p/s: Cerita ini siap disemak pada jam 11.11 malam seperti dinyatakan pada skrin komputer...

Wednesday, March 05, 2008

Lagu Cenderawasih yang pernah memanggilku agar kembali jadi Melayu...

Illustrasi sepasang burung Cenderawasih yang ditemui di Internet...


Aduh... Tadi saya telah bercerita panjang lebar akan betapa dalamnya makna lagu Cenderawasih bagi saya. Tetapi dengan kuasa Allah, dengan tidak sengaja, saya boleh terpadam segala yang diluahkan itu, rasanya ada le dalam 5 perenggan bersamaan 30 baris perkataan jua.
Maka saya terima ini sebagai tanda apa yang diluahkan itu tidak boleh dikongsi dengan ramai. Cukuplah dinyatakan di sini, bahawa lagu Cenderawasih itu ada 2, satu lagu lama yang liriknya ada menyebut begini: "Cenderawasih, burung di awan", satu lagi lagu baru dengan lirik ciptaan M. Nasir nyanyian kumpulan Kris yang dibuat tahun 1990an.
Adapun yang dirasakan ada kena-mengena dengan perjalanan sebenar hidup saya adalah yang baru. Inilah liriknya... Sekian...


Cenderawasih


Mata mu mencerminkan resah

Kembara ke anjala yang bersalju

Peperangan kuasa dan jasa

Di dalam lamunan

Menggentas bakawali

Jauhar mu mencorakkan rindu

Berputik di ranting maya pada

Perjanjian naluri dan hikmah

Di dalam impian

Menggamit cinta sakti

Lagu cendrawasih

Sesungguh ku dambakan

Pasangan dua dunia

Benar hingga melampaui adat dan masa

Sesungguh ku dambakan

Pasangan dua dunia

Benar hingga menyinarkan bukti yang nyata

Peperangan kuasa dan jasa

Di dalam lamunan

Menggentas bakawali

Jauhar mu mencorakkan rindu

Berputik di ranting maya pada

Perjanjian naluri dan hikmah

Di dalam impian

Menggamit cinta sakti

Lagu cendrawasih

Sesungguh ku dambakan

Pasangan dua dunia

Benar hingga melampaui adat dan masa

Sesungguh ku dambakan

Pasangan dua dunia

Benar hingga menyinarkan bukti yang nyata

Sesungguh ku dambakan

Pasangan dua dunia

Benar hingga menyinarkan bukti yang nyata

Mata mu mencerminkan resah

Kembara ke anjala yang bersalju

Yang bersalju Uuuu....


( Lagu : M Nasir - Lirik : )