Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, June 25, 2009

Ole-ole dari Aceh... coming!

Cuba teka kat mana ni, hehe! :]

OK. Setelah membuat artikel-artikel kompilasi bertajuk Compilation of "Remembering the 'A' Levels college days"... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH , Kompilasi siri Mini Malaysia (Compilation of the Mini Malaysia series) di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan Cerita An-Nur yang membawa kepada Umrah 2005 dan seterusnya... di sini tadi, baru saya boleh membuka langkah untuk bercerita tentang pengalaman terbaru di Aceh.

Selepas membuat perjalanan jauh seperti dinyatakan bawah tajuk "Siri pengembaraan setelah trilogi siri BKA siap disajikan... " di side-bar kanan bahagian tengah blogspot ini saya sering berniat jika perlu mengembara jauh lagi, saya mahu membuatnya dalam keadaan lebih selesa. Adapun siri pengembaraan setelah triologi siri BKA siap disajikan itu dinamakan sebegitu kerana ia dilakukan setelah buku ketiga saya yang memiliki sub-title "Sirih pulang ke gagang?", buku terakhir dalam trilogi asal "Berpetualang ke Aceh" siap diterbit lalu mula berada di pasaran November 2007. Lalu hujung tahun itu pengembaraan dimulakan sebelum ia tamat sekitar April gitu tahun 2008.

Hmm... saya pun sudah terlupa akan apa-apa pengembaraan yang dibuat selepas itu kecuali pengembaraan untuk membuat buku "Rumah Azan". Disember 2008 pula saya kembali berkahwin setelah lebih 5 tahun menduda. Maka sudah pasti saya tidak cenderung lagi mengembara menaiki bas, hitchiking menumpang kenderaan orang atau berjalan kaki berbatu-batu seperti dahulu. Dalam pada itu, ramai yang bertanya bilakah saya akan pergi ke Aceh lagi untuk menyambung perjalanan Januari 2004 yang tergendala dahulu akibat darurat dan perang. Lagipun setelah peristiwa Tsunami 26 Disember 2004, Aceh mula dibuka kepada orang ramai, tidak lagi seperti dahulu. Saya pula jadi seperti "bodoh menonong" apabila memikirkan ini. Tidak disangka, isteri saya pula yang lebih perihatin lalu merancang perjalanan kami.

Tanpa dipinta, isteri saya mengatur untuk mendapatkan tiket promosi RM10 seorang melalui rangkaian penerbangan AirAsia. Alhamdulillah, sejak 2 bulan lalu dia dapat mengatur agar kami setiap seorang mendapat tiket RM10 untuk pergi, RM10 untuk pergi balik. Memanglah jumlah itu kemudian perlu ditambah dengan segala macam duti dan yuran perkhidmatan. Tetapi jumlah keseluruhan sekitar RM256 untuk kami berdua pergi dan balik Aceh masih jauh lebih baik daripada harga biasa lebih RM400 untuk seorang pergi dan balik.

Apapun, kami mendapat tiket untuk berlepas Isnin 15 Jun 2009 dan kembali Isnin 22 Jun 2009. Alhamdulillah, akhirnya menjadi juga perjalanan itu tanpa apa-apa halangan... lebih manis lagi setelah berjaya melepaskan segumpal perasaan pengalaman lama (yang bergumpal-gumpal sebenarnya) melalui siri artikel "Cerita An-Nur" dan "Umrah 2005" di blogspot ini dan siri artikel "Remembering the "A" Levels college days" di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .

Itupun perancangan kami ke Aceh lebih merupakan budget trip dengan kami cuma menukarkan wang sebanyak RM500 gitu kepada Rupiah Indonesia sebagai bekalan dan wang belanja. Fikir kami sekadar menginap di rumah seorang rakan kemudian pandai-pandailah kami berjalan. Tak disangka sungguh, sampai sahaja di sana, rakan ini meletakkan kami di hotel terbaik di Aceh, satu-satunya hotel 4 bintang yang ada di sana... malah tidak cukup itu, kami juga diberi sebuah kereta MPV berserta pemandu sepanjang kami berada di sana dan ini semua membawa kepada nilai perbelanjaan lebih RM3000 gitu!

OK. Seperti biasa butiran cerita berserta gambar akan dilepaskan sedikit demi sedikit di ketiga-tiga blogspots saya... gambar-gambar masjid, makam dan bangunan akan diletakkan di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) , gambar-gambar panorama pemandangan sekitar dan perjalanan di BERPETUALANG KE ACEH sedangkan sedikit gambar pilihan berserta penceritaan lebih menyeluruh akan dimuatkan di blogspot ini. Hujung minggu ini saya harus kembali ke rumah keluarga di Muar. Selain itu saya harus menyiapkan sedikit lagi proses penterjemahan buku Ahlul Bait ya... kemudian baru proses penceritaan pengalaman terbaru di Aceh ini dimulakan, Insyaallah!

Sementara itu biar disenaraikan sedikit tempat-tempat yang sempat dilawati sebagai pembuka selera, saya letak aje apa yang boleh ingat off-hand. Ini dia... maaf jika ejaan atau spelling kurang tepat...


1. Masjid Baiturrahman
2. Gunongan, tempat Puteri Pahang yang menjadi isteri Sultan Iskandar Muda bermain-main
3. Makam Sultan Iskandar Thani
4. Muzium Tsunami
5. Pantai Ulelee (ingat lagu P. Ramlee? Ulelee, di Kota Raja?)
6. Masjid Baiturrahim
7. Makam raja-raja dinasti Bugis
8. Loceng Chakra Donya
9. Makam Sultan Iskandar Muda
10. Makam Syiah Kuala (Sheikh Abdul Rauf Fansuri)
11. Kawasan pasar Peunayong
12. Kampung Keudah (Kedah)
13. Makam Teungku Chik di Anjung
14. Makam Tuan di Kandang
15. Masjid Indrapuri
16. Makam Teungku Chik Di Tiro
17. Pesantren (dipanggil Dayah di Aceh) Tanoh Abee
18. Pantai Lampuuk
19. Masjid Rahmatullah
20. Pekan Saree
21. Masjid Pekan Saree
22. Makam Syahid Lapan
23. Bandar Siglie
24. Masjid Beuracan
25. Bandar Bireun
26. Dayah Saadah
27. Dayah Karang
28. Bandar Lhokseumawe
29. Bandar Langsa
30. Masjid raya Langsa
31. Makam Teuku Banta Chik Bereudah
32. Pekan Perlak
33. Makam Sultan Maulana Sayyid Abdul Aziz Shah
34. Bandar Idi
35. Masjid lama Idi
36. Makam Sultan Malikus Salih
37. Benteng Indrapatra
38. Makam Laksamana Malayahati
39. Benteng Inong Balee
40. Benteng Iskandar Muda
41. Makam Teuku Nyak Arief
42. Ulu Kareang
43. Menonton tarian tradisional di majlis GTZ Germany di hotel
44. Menonton pertunjukan dabus dalam majlis untuk pilihanraya di hotel

Gitu aje yek. Nanti sampai masa baru dikembangkan cerita. Selamats! :]

Cerita An-Nur yang membawa kepada Umrah 2005 dan seterusnya...


Assalamualaikum semua. Sebelum saya melangkah lebih jauh menyambung bercerita di sini setelah lebih seminggu membisu, biar dikumpulkan dahulu segala link-link sekumpulan cerita tertentu yang cuba dilepaskan dalam tempoh sebulan dua lepas. Mula-mula cerita tentang An-Nur. Ini dia...

Cerita An-Nur - Satu pertemuan yang tak dijangka

Cerita An-Nur - Pertemuan tak dijangka., tapi dengan Nur pula....


Cerita An-Nur - Apa masalah si Nur?


Cerita An-Nur - Cerita sebenar Nur dan kaitan dengan banyak perkara...


Cerita An-Nur - Ke Segamat bersama jodoh baru? Dan lisan agama dan keturunan yang keluar daripadanya...


Cerita An-Nur - Penerimaan yang memberangsangkan keluarga di Segamat


Cerita An-Nur - Ke Perak untuk berbincang hal buku


Cerita An-Nur - Apabila si gadis cantik naik gila...


Cerita An-Nur - Berubat menggunakan air kelapa gading di Janda Baik?


Cerita An-Nur - Pertemuan dengan keluarga Nur...


Cerita An-Nur - Akhirnya terpisah kerana fitnah siapa agaknya ya?


Kemudian siri cerita "Umrah 2005" yang mahu dilepaskan sebelum 15 Jun 2009 iaitu Isnin lalu, sebagai penutup kepada segala yang ingin diluahkan sebelum saya dan isteri berlepas ke Aceh... sebagai penyambungan kepada perjalanan saya yang lalu ke sana iaitu pada Januari 2004 yang tersangkut akibat Aceh masih darurat dilanda peperangan...

Umrah 2005 - Pertolongan Nur dan percubaan berhenti merokok

Umrah 2005 - Susahnya nak berhenti rokok!


Umrah 2005 - Madinah. Antara makam Rasulullah, persoalan antara Nur dengan bekas isteri juga anak, dan gatal melihat perempuan...


Umrah 2005 - Mekah, bermulanya umrah sebenar dan jawaban mengenai persoalan jodoh


Umrah 2005 - Jodoh terbaruku ditemui di Mekah?


Umrah 2005 - 11 kali 3 perkara


Umrah 2005 - Lain-lain tempat di sekitar Mekah


Umrah 2005 - Akhirnya Jabal Nur dan Gua Hira...