Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, October 07, 2015

Menjayakan projek dokumentari Daulah Melayu

Melengkapkan gerak yang muncul beberapa hari kebelakangan agar penulisan siri baru "Pemikiran Merah Silu" dapat diteruskan dalam keadaan lebih bermanfaat dan bernas. Satu lagi kumpulan artikel harus dibuat agar dapat dipaparkan terus menerus di blogspot ini...


Sudah diberitahu bahawa selain projek buku-buku baru saya juga terlibat dengan satu projek dokumentari yang dipanggil  "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah ia kan membawa saya mengembara merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London. Ibu kota United Kingdom itu sangat bermakna kerana merupakan tempat diri ini mengambil ijazah matematik 1991-1995. Dah lama tak menjejakkan kaki kerana tak mampu. Projek dokumentari diharapkan dapat memberikan peluang untuk kembali buat sementara lalu dapat menangani beberapa perkara lama yang tersimpan dalam kalbu...

Pada ketika ini penggambaran di beberapa tempat di Semenanjung sudah dibuat. Hujung bulan ini kami dijadualkan membuat penggambaran pertama ke luar negara iaitu di Pulau Jawa. Selama ini saya setakat berkongsi beberapa cerita tentang perkembangan projek, baru kali ini tergerak untuk mengumpulkan linksnya. Turut dikumpulkan, links beberapa artikel yang sekali dilihat macam takda kena-mengena. Tetapi sebenarnya sangat berkaitan kerana merupakan kesinambungan cerita. Misalnya "Faktor Tok Sego Aceh" (link pertama di bawah). Apa yang berlaku dalam cerita membawa penulis untuk pergi ke Aceh tanpa disangka-sangka. Sebelum ke lapangan terbang singgah di satu majlis di PWTC, Di majlis itulah saya mendapat panggilan meminta agar terlibat dengan projek "Daulah Melayu". Ini diikuti beberapa hal lain sambil kami mengembangkan apa yang mahu diisi. 

Ketika itu peranan saya adalah sebagai seorang penyelidik sahaja. Apabila mahu mengadakan acara ke-13 HIKMAH di Seri Menanti, timbul ilham agar sesi perbincangan kumpulan digunakan untuk mendapatkan maklum balas hadirin tentang apa yang mahu mereka lihat terisi dalam "Daulah Melayu". Sekitar tempoh itulah baru saya betul-betul mewar-warkan projek dan tujuan kepada umum, sebelum itu setakat berkiasdan berselindung. Tidak lama kemudian saya mendapat tawaran untuk turut menjadi hos. Biarlah artikel-artikel yang disenaraikan meneruskan cerita... 



Hari-hari awal

1. Misi HIKMAH Beruas - Faktor Tok Sego Aceh

2. Minggu Warisan Perak di PWTC

3. Perjalanan ke-7 di Aceh - Satu lagi tawaran tak disangka

4. Konvensyen Ketamadunan Dunia 1.0 di DBP

5. Up balik : Kenangan zaman UK



Gerak mula terzahir

1. Forum Menafasi Pusaka Kekuatan Umat Melayu Akhir Zaman di Perpustakaan Shah Alam

2. Mengangkat Daulah Melayu pada HIKMAH Seri Menanti 4 April

3. Tentang rancangan "Daulah Melayu" dan atur cara terbaru HIKMAH Seri Menanti

4. HIKMAH Seri Menanti - Mengisi "Daulah Melayu" sambil mengalakkan anak muda berani bersuara



Mula menjadi hos

1. Ke Pulau Pinang untuk mendengar pembentangan Oppenheimer

2. Daulah Melayu - Penggambaran untuk crowd funding

3. Daulah Melayu - Penggambaran untuk crowd funding lagi...



Meninjau lokasi dari Pantai Timur ke Selatan



3. Daulah Melayu - Tarikan batu bersurat dan orang yang menulisnya

4. Daulah Melayu - Bergegas ke Pekan dan Kota Tinggi

5. Daulah Melayu -Sekitar Kota Tinggi dan Johor Lama

6. Daulah Melayu - Memohon restu Sultan Alauddin di Pagoh



Bermulanya penggambaran di luar Lembah Klang

1. Daulah Melayu - Ke Kedah untuk outdoor shooting pertama, naik Gunung Jerai

2. Daulah Melayu - Jejak industri besi purba di utara

3. Daulah Melayu - Ke Jeli dan Selatan Thailand

4. Lawatan lapangan HIKMAH Beruas, shooting "Daulah Melayu" dan pertukaran lokasi acara

5. Beraya awal minggu ke-3 ganti shooting Daulah Melayu

6. HIKMAH Beruas - Busana, makanan, pedang dan mimbar. Menyelesaikan hal tertunggak...

7. HIKMAH Beruas - Lawatan lapangan dan konvoi kawan-kawan



Tuesday, October 06, 2015

Mengabadikan HIKMAH dan perjuangannya



Membuat artikel Melepasi 100 artikel khas untuk dunia pemikiran semalam untuk menunjukkan senarai terkini artikel-artikel berkenaan ilmu yang telah dipautkan dalam seksyen ataupun ruang "Siri Refleksi Sejarah" pada bahagian paling bawah blogspot ini menyebabkan saya terasa harus menambah satu lagi ruangan untuk diabadikan bersama. Ini adalah tentang program HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) yang perkembangannya banyak dikongsikan dalam blogspot berkenaan iaitu Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Pembaca setia blogspot CATATAN SI MERAH SILU mungkin ingat bagaimana HIKMAH muncul 3 tahun lalu dengan tujuan untuk mengatasi mental block yang mengganggu penulisan sebuah buku baru. Siapa sangka ia akan berterusan sehingga saya dapat mengadakan majlis di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh?

Selepas acara ke-15 selamat dijayakan di Beruas 2 bulan lalu saya telah bertekad untuk berehat daripada mengadakan acara lalu memberikan tumpuan penuh kembali pada penulisan buku. Hari ini sudah sampai masa pejuangan HIKMAH diabadikan di blogspot ini pula. Biar dicopy paste pengenalan juga pautan yang telah dihimpunkan dalam Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)...



Terbitnya HIKMAH




Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.

HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.

Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.

------------------------


Nota : (ditulis malam Jumaat 25 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434, malam Nuzul Quran).

Adapun penulisan pengenalan di atas dibuat ketika HIKMAH sedang bersedia untuk mengadakan acara keduanya iaitu di Melaka 25 Nov 2012. Selepas itu acara ketiga telah diadakan di Lumut, Perak 27 Jan 2013, keempat di Kandis, Bachok, Kelantan 16 Mac diikuti kelima di Kuala Terengganu 5-8 Jun, kali pertama acara HIKMAH diadakan melebihi 1 hari. Selepas itu pengasas HIKMAH iaitu saudara Radzi Sapiee bercadang cuma akan membuat lagi acara pada hujung tahun. Itupun untuk memenuhi janji kerana Datuk Seri Ali Rustam pernah mengisytiharkan HIKMAH Melaka sebagai acara tahunan ketika beliau masih Ketua Menteri.

Untuk makluman ketika itu Radzi perlu berehat menanti penyembuhan kecederaan kaki yang agak teruk akibat jatuh tergelincir 23 April. Beliau juga ingin kembali pada satu usaha penulisan buku yang tergendala setahun lalu. Namun pada kala beliau masih merawat kecederaan yang dijangka memakan masa lagi 6 minggu untuk sembuh timbul permintaan baru yang membuat beliau rasa harus memenuhinya. Ketika itu pihak kami sedang bersiap-sedia untuk mengadakan acara keenam di Shah Alam 7 September merangkap sambutan hari raya. Sambil itu ada pihak di utara meminta untuk menjadi penganjur acara ketujuh lalu kami mencadangkan agar ia dibuat minggu ketiga bulan Oktober. Pihak tersebut ingin menaja segala kos dan meminta agar ia diadakan selama 3 hari.

Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...















Sambil HIKMAH berjalan menjelajah ke serata Semenanjung juga ke luar ada persiapan perlu dibuat membawa saya untuk keluar mengembara antara majlis dan sebagainya. Ada cerita-cerita yang dikongsikan dalam blogspot CATATAN selain dalam blogspot HIKMAH itu sendiri. Ada pula yang memang dikhaskan untuk dipersembahkan di sini. Untuk pengabadian HIKMAH dan perjuangannya biar dibuat senarai pautan berkenaan :-


2. Bersiap untuk acara HIKMAH di Melaka Ahad 25 Nov

3. Berbusana tradisi melaksanakan misi di Istana Kesultanan Melaka

4. Berselawat menaiki kapal perang di perairan Pangkor

5. Keris yang sesuai untuk majlis Majlis perjumpaan Dunia Seni Silat Melayu di Taman Tasik 

6,  Titiwangsa HIKMAH III - Bersedia untuk memacu kebangkitan ummah

7. HIKMAH III, PESAWAD, Laksamana Muhammad Amin dan Keramat Kuala Bidor

8. HIKMAH menjejak Beruas-Gangga Negara

9. Berbusana tradisional membawa misi HIKMAH ke parlimen

10. Misi penganjuran HIKMAH IV - Dari perjalanan bermotosikal besar hingga kembali berkereta 2,700 km

11. Sekitar perjalanan untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu

12. Solat Jumaat di masjid besar Shah Alam dan persiapan untuk HIKMAH VI

13. Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Antara buku dan HIKMAH

14. Bertandang ke program "On The Point"

15. Perjalanan sekitar HIKMAH VII - Antara cabaran dan amanah juga jejak Hang Tuah

16. Tentang penat dan kesibukan kebelakangan dan aktiviti akan datang

17. Kehilangan pesawat MH370 dan selesainya misi HIKMAH Pulau Pinang

18. Misi 2 serampang - Membawa Johan dan HIKMAH ke Aceh

19. Berjayanya misi HIKMAH Aceh

20. HIKMAH berehat dan Faktor 131

21. Rumahku Baitul Hikmah

22, Meninjau persekitaran Ledang untuk HIKMAH akan datang

23, Pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa - Jejak HIKMAH di Terengganu dan Kelantan

24, Perjalanan balik hari ke Pagoh - Misi tak disangka HIKMAH Sultan Alauddin...

25, Forum Keindahan Sistem Kesultanan Alam Melayu-Nusantara : Nostalgia HaRUM dan acara pertama HIKMAH di Shah Alam 2 tahun lalu

26, Misi HIKMAH Pagoh - Mendapatkan kebenaran jabatan agama sambil menikmati makan minum di Muar Misi HIKMAH Pagoh - Berkat 10 Muharram surat kebenaran pun diperolehi!

27. Aturan komponen perjuangan demi kedaulatan Melayu dan Islam yang diilhamkan oleh Sultan Alauddin Melaka

28. Susulan HIKMAH Pagoh - Lawatan ke Bukit Treh dan Pulau Besar

29. Mencari Batu Bersurat Beruas - Misi untuk acara ke-13 HIKMAH nanti?

30. Dari Gunung Jerai ke Lembah Bujang - Memohon keberkatan untuk acara ke-12 HIKMAH

31. Sungai Batu, industri besi purba dan makam Sultan Muzaffar Syah I


32. Menjayakan acara di Lembah Bujang sebelum ke runtuhan dipercayai masjid purba

33. Misi HIKMAH Beruas - Faktor Tok Sego Aceh

34. Misi HIKMAH Beruas - Jejak Malikul Mansur

35, Sekitar HIKMAH Seri Menanti

36. Misi HIKMAH Chenor - Menggamit rasa "Aliran Sungai Pahang"

37. Sekitar HIKMAH Chenor 9 Mei 2015

38. Panggilan Pasir Salak - Penangan penjurit kepetangan

39. Panggilan Pasir Salak - Peranan HIKMAH dan sedikit perkongsian ilmu

40. Panggilan Pasir Salak - Bersama Raja Muda Perak

41. Panggilan Pasir Salak - Bertandang ke rumah Tok Sagor

42. Sekitar HIKMAH Beruas - Tanjung Malim, Tapah dan Lata Kinjang

43. Sekitar HIKMAH Beruas - Undangan rumah terbuka yang memanjangkan acara hingga ke malam

44. Sekitar HIKMAH Beruas - Dari tempat-tempat bersejarah di Beruas membawa ke Lumut

45. Festival Pasir Salak dan Puteri Limau Purut


Walaupun ada permintaan untuk HIKMAH terus mengadakan acara demi acara biarlah Allah SWT menentukan samada ia akan berlaku atau tidak. Bagi diri saya sendiri tidak akan mengadakan apa-apa acara baru atas nama HIKMAH selagi buku yang penulisannya tertunda 3 tahun lalu, penundaan yang menjadi asbab HIKMAH diterbitkan tidak siap sepenuhnya lalu dapat menemui pasaran. Cukup.


Monday, October 05, 2015

Melepasi 100 artikel khas untuk dunia pemikiran

Merujuk pada artikel Bila yang tiada daya dan upaya mengharapkan gerak penulisan yang tepat daripadaNya... yang baru dipersembahkan tidak lama tadi. Dalam artikel itu ada penerangan kenapa artikel ini boleh muncul berserta gambar di bawah. Jadi biar kita terus pergi pada penceritaan...



Sekitar tahun 2012 saya tergerak untuk mengumpulkan artikel-artikel yang pernah saya buat melibatkan wacana ilmu dan dunia pemikiran. Saya mahu meletakkannya sebagai satu seksyen pada bahagian paling bawah blogspot, seksyen yang dipanggil "Siri Refleksi Sejarah". Ini adalah untuk memudahkan rujukan akan datang. Selain itu, ia dibuat agar artike-artikel berkenaan tidak dipersia-siakan atau dilupakan. Maklumlah selepas beberapa lama suatu artikel dibuat lalu timbul artikel-artikel baru, ia akan ditolak ke bawah lalu hilang daripada paparan. 

Artikel-artikel lama akan tenggelam ke dalam arkib kecuali ada yang mengingatkan dan mengangkatnya kembali. Cara paling mudah supaya ia tidak hilang ditelan zaman, kumpulkan semua link atau pautan mengikut seksyen dengan tajuk yang berkenaan. Maka ia dapat dipaparkan terus di blogspot sampai bila-bila. 

Ketika siri Refleksi ini dimulakan 3 tahun lalu, seingat saya ada kurang daripada 30 artikel yang dipautkam. Sesekali saya akan mengemaskinikan senarai. lalu menambah bilangan, terbaru adalah pada tengah hari tadi. Buat masa ini biar ditunjukkan dahulu paparan yang kelihatan sebelum itu. Saya copy paste  daripada bahagian paling bawah blogspot beserta penerangan ringkas yang mungkin telah ketinggalan zaman...



Siri Refleksi Sejarah



Setelah beberapa lama baru saya terfikir untuk mengumpulkan links artikel yang melibatkan forum-forum dan seminar sejarah yang pernah dihadiri, sejak saya mula terbetik untuk terlibat dengan acara sebegitu tahun 2009. Walaupun acara yang dihadiri tidak sebanyak mana ilmu yang dapat ditimba tidak terhingga. Di samping itu biar dikumpulkan links untuk artikel-artikel berkenaan sejarah yang boleh dikira terkait juga...




7. Peta bentuk mukabumi lama yang mengandungi kisah-kisah yang digelapkan








38. Pameran dan Wacana Ilmu Telusuri Kegemilangan Melayu di Perpustakaan Negara

39. Seminar Memartabatkan Islam Agama Negara di Pusat Islam

40. Dialog pengkisahan Istana Bandar Kuala Langat

41. Wacana Perpaduan Ummah di Dewan Bahasa dan Pustaka

42. Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu

43. Batu-batu bersurat di Kedah - Petunjuk satu hubungan purba?

44. Melaka di dalam Samudera-Pasai sebelum Sultan Mansur Syah menaiki takhta 1379 Masihi?

45. Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Antara buku dan HIKMAH

46. Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Dari asal membawa ke usul

47. Hari pertama Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin di DBP - Mencari bahan dan 'rasa' untuk filem epik Melayu

48.Hari kedua Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin di DBP - Membawa gerakan kedaulatan ke peringkat yang lebih tinggi











62. Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu : Sudah terang lagi bersuluh!











84. Perjalanan ke-7 di Aceh - Bincang Sejarah Adat dan Budaya Aceh-Malaysia


Artikel bercitarasa serupa juga boleh digapai dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Ia adalah wadah rasmi untuk menceritakan aktiviti kumpulan berkenaan yang diasaskan penulis 12 Oktober 2012.





OK. Kenapa saya tergerak untuk membuat kemas kini terbaru tengah hari tadi? Ini adalah susulan daripada apa yang berlaku 3 hari lalu. Beberapa orang kawan telah menunjukkan gambar di atas dalam Facebook kerana ia memaparkan saya sedang bersoal jawab dalam majlis ilmu. Mereka terlihatnya dalam satu laporan daripada USM (Universiti Sains Malaysia)  tentang kajian DNA Melayu yang dibuat oleh Professor Oppeheimer daripada Oxford University dari England. Boleh rujuk  di sini.

Namun ia adalah berita lama kerana merujuk pada majlis yang berlangsung bulan April iaitu setengah tahun lalu. Cuma mereka baru ternampak setelah ada orang menaikkanya di FB. Tujuan ia dinaikkan adalah untuk menunjukkan bahawa cendekiawan daripada luar pun sudah mengaku orang Melayu sedia berasal daripada bumi sebelah sini. Apabila kawan-kawan membaca dan terlihat gambar mereka pun tag pada saya.

Sebagai maklum balas saya pun mencari pautan untuk artikel berkenaan yang pernah saya buat 2 hari selepas kembali daripada majlis. Fikir saya ketika untuk pautan harus sudah tersenarai di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah". Tapi bila semak tengok tiada. Rupa-rupanya kali terakhir saya mengemaskini senarai adalah pada pertengahan Mac. Ketika itu sudah ada 84 artikel dipautkan untuk siri.



Hal ini menyebabkan kemaskini pun dilakukan hari itu juga. Ketika itulah tersedar sudah terdapat lebih 100 artikel membentuk "Siri Refleksi Sejarah: ini.. Timbul rasa bahawa perkembangan memberangsangkan ini harus diumumkan dalam satu artikel khusus di blogspotNamun saya harus menunggu beberapa hari lagi sebelum dapat menyuakan senarai dalam artikel. Ini kerana ia bukan yang terkini, kerana saya merancang untuk hadir pada satu majlis ilmu di Ipoh hari Sabtu. 

Lewat hari Ahad malam Isnin baru siap berkongsi cerita dalam blogspot. Baru pautan berkenaan boleh ditambah pada senarai. Namun saya sudah teramat penat untuk meneruskan usaha . Tengah hari tadi baru ada kelapangan dan tenaga untuk melengkapkan gerak. Dengan ini dapatlah ditunjukkan senarai paling terkini. Ia menjadikan jumlah artikel yang terpaut 108 buah etakat ini. Sila...







Bila yang tiada daya dan upaya mengharapkan gerak penulisan yang tepat daripadaNya...

Ada sesuatu yang mahu diluahkan terlebih dahulu sebelum saya dapat mempersembahkan satu artikel tertentu selepas ini..  Penulisan di bawah asalnya mahu dibuat dalam Facebook. Tetapi bila ia terkeluar panjang lebar, lebih eloklah dipaparkan di sini dalam format penulisan blog kemudian linknya dipautkan dengan penerangan ringkas di FB...





MELEPASKAN GERAK LAGI MENURUT ATURAN TERTENTU DEMI PENULISAN BUKU SIRI BARU


Salam. Selasa lalu saya ada membuat update bertajuk "MENGHARAPKAN BERKAT 15 ZULHIJJAH" di FB di mana dinyatakan telah dilakukan beberapa perkara hari itu semata-mata untuk dapat memulakan penulisan buku untuk satu siri baru yang akan dipanggil "Siri Pemikiran Merah Silu". Walaupun petang itu saya cuma dapat menurunkan 2-3 ayat, cukuplah syarat untuk mengambil berkat tarikh itu. Sebetulnya penulisan buku sudah dimulakan penghujung Februari iaitu lebih 7 bulan. Sejumlah bahan sudah dikumpulkan untuk diperhalusi, ditambah dan diperbaiki lagi  Ini kerana ia adalah tajuk pertama dicadangkan apabila Hijjaz Records Publishing  (HRP) mencari saya untuk menawarkan kerjasama penulisan awal tahun ini.

Kemudian saya hilang rentak lalu menukarkan tumpuan pada kerja penulisan lain. Hasilnya terbitlah buku ke-8 saya menjadi buku pertama bersama HRP, buku pertama saya sejak hujung tahun 2011, buku yang diberi nama "Mencari Diri dan Erti :  Menjejak Salasilah Kesultan yang Hilang" bulan lalu. Dibuat sebagai penambahbaikan bagi siri trilogi asal "Berpetualang ke Aceh" (terbit 2006-2007) ia adalah pembuka "Siri Pengembaraan Merah Silu". Namun sambil itu saya diharapkan agar dapat menyiapkan manuskrip buku pertama Pemikiran paling lewat pun awal November. Ini kerana HRP bercadang untuk menerbitkannya bulan Disember.

Masalah saya adalah mudah terganggu rentak lalu disibukkan dengan hal lain. Namun hakikatnya saya adalah orang yang sudah lama menyerahkan diri kepada hamparan takdir, apabila terganggu suatu rentak kerja ia sebenarnya bermakna saya harus menyelesaikan kerja lain terlebih dahulu sebelum dapat menyambung rentak. Maka apabila dapat menyambung kembali penulisan walau dengan 2-3 ayat sebelum 15 Zulhijjah saya pun melayan perkara lain. Antaranya adalah menghadiri majlis ilmu di Tanjung Malim petang Rabu lalu menulis tentangnya di blogspot hari Khamis diikuti majlis di Ipoh pagi Sabtu lalu menulis tentangnya semalam.

Dalam tempoh itu saya mendapati perlu membuat beberapa perkara lain lagi sebelum dapat menyambung rentak penulisan buku. Antaranya adalah mengemaskinikan senarai links untuk artikel berkaitan dunia fikiran di blogspot CATATAN SI MERAH SILU yang dikumpulan bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah". Artikel-artikel ini boleh dikatakan adalah paling relevan dengan koleksi buku "Siri Pemikiran Merah Silu" akan datang. Terletak di bahagian paling bawah blog, ia banyak berkongsi tentang ilmu yang didapati setelah menghadiri wacana di beberapa menara gading, jabatan-jabatan kerajaan dan lain-lain institusi yang menggalakkan penyebaran dan perkongsian ilmu.

Apabila pengemaskinian terbaru dibuat saya dapati sudah lebih 100 artikel dikumpulkan bawah tajuk Refleksi berbanding 84 sebelum itu. Timbul rasa elok diletakkan dalam artikel baru agar pembaca setia blog sedar perkembangan ini. Semasa menyediakan artikel timbul pula rasa ia patut dihias dengan satu gambar yang menunjukkan saya dalam keadaan berfikir. Saya pun menyemak kembali satu fail gambar memaparkan diri dalam beberapa posisi berbusana santai tapi penuh tradisional Melayu, bersampin, bertanjak dan berkeris dalam satu sesi fotografi di pejabat HRP. Ia dibuat penghujung Julai agar boleh dipilih gambar yang sesuai untuk menghias buku "Mencari Diri dan Erti".

Satu daripada gambar digunakan untuk membentuk silhoutte besar yang menghias kulit buku. Satu lagi dijadikan ikon kecil melambangkan buku sebagai sebahagian daripada "Siri Pengembaraan Merah Silu". Ketika melihatnya timbul rasa untuk berkongsi di FB menyatakan dengan terang gambar mana yang dijadikan ikon itu. Untuk pembacaan berkaitan lihat artikel-artikel berikut. Sekarang selesailah luahan panjang lebar ini demi menerangkan kenapa timbul gerak untuk memaparkan gambar atas. Baru saya boleh meneruskan dengan artikel yang menunjukkan senarai terkini Refleksi...

Sunday, October 04, 2015

Wacana Pawang Ana - Tentang Winstedt si perekod hikayat dan Pawang Ana itu sendiri



Sekitar jam 11.30, Encik Mohd Zamberi Malek memulakan pembentangan kedua. Ikut atur cara asal pengkaji sejarah yang telah menghasilkan beberapa buah buku tentang tokoh-tokoh Melayu ini adalah pembentang ketiga dan terakhir majlis ini. Tetapi disebabkan tajuk yang dipilih beliau, "R.O. Windstedt dan Pawang Ana" kelihatan ada pertindihan dengan tajuk "Biografi dan Sumbangan Pawang Ana dalam Kesusasteraan Melayu" oleh Tuan Haji Zabidin Ismail, pertukaran dibuat dengan Zamberi memberikan tumpuan pada Windstedt. Biar Zabidin menyambung dan meneruskan tentang Pawang Ana.

Pada artikel sebelum ini iaitu Wacana Pawang Ana - Sastera Melayu sebagai tindak balas terhadap penjajahan Barat. saya ada menyebut bahawa terdapat 2 orang sudah saya kenali lebih awal dalam majlis ini. Mereka adalah Zamberi atau saya selalu panggil Cikgu Zamberi dan Zabidin ini, saya selalu sebut Tuan Zabidin. Sekadar meluruskan hal - Selepas sesi pembentangan iaitu semasa sesi soal jawab saya beberapa kali memanggil Zabidin sebagai Dr. Zabidin. Ini kerana ada terlihat dalam kertas mana entah ketika majlis, ada gelaran Dr pada nama beliau. Ketika menulis artikel ini saya lihat takda pula gelaran tersebut dalam kertas atur cara. Saya Google name beliau pun takda Dr begitu juga apabila melihat slaid pertama beliau yang memperkenalkan tajuk dan nama pembentang. Nampaknya saya telah terkeliru dengan gelaran orang lain pada kertas mana-mana. Apa pun ini tidak bermakna ilmu beliau, juga ilmu Zamberi tidak seluas dan setinggi mereka yang memiliki kelulusan tinggi PhD.

Tentang memanggil Zamberi dan Zabidin dengan nama sahaja tanpa menyebut Encik, Tuan atau sebagainya, saya sekadar meneruskan rentak daripada artikel sebelum ini di nama pembentang pertama, Sasterawan Negara Dato' Dr Anwar Ridhwan selalu disebut sebagai Anwar. Sebetulnya ini format biasa dalam penulisan surat khabar. Formatnya, apabila nama pertama kali disebut, maka mesti disebut dengan gelaran anugerah seperti Tan Sri, Dato', Dr dan sebagainya. Kalau ada kedua-dua gelaran Dato' dan Tan Sri, maka disebut yang lebih tinggi sahaja iaitu Tan Sri. Kalau ada Dr, baru maka sebut Tan Sri Dr kedua anugerah itu biasanya diterima akibat skop lain. Selepas itu tidak disebut lagi gelaran, cuma nama seperti sudah diperkenalkan pada sebutan pertama. Ikut format akhbar, panggilan Encik juga Tuan/Tuan Haji tak perlu malah memang tidak dibuat kerana ia bukan gelaran anugerah. Namun Mohd. Zamberi Malek harus disebut sebagai Mohd. Zamberi. Dah jadi panjang dan agak formal le pulak.


Senang cerita biar disebut Zamberi juga Zabidin untuk kesinambungan. Bukan nak biadab atau kurang ajar, cuma menurut rentak penceritaan yang wajar. OK. Yang ini mood saya nak sebut Zamberi sebagai Cikgu Zamberi untuk ayat seterusnya. Khamis lalu saya ke UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris), Tanjung Malim untuk mengikut diskusi buku bersama beliau. Lihat Tentang Patani dan perjuangan Tuan Guru Haji Sulong.  Selepas majlis itulah Cikgu Zamberi memberitahu beliau akan bercakap pada Wacana Pawang Ana di Ipoh hari Ahad.

Dalam tempoh 3 hari sebelum majlis fikiran saya berbelah bagi antara nak pergi atau tidak. Yalah, nak ke Ipoh bukannya dekat daripada rumah saya di Rawang. Harus memandu 2 jam untuk pergi, 2 jam untuk balik sedangkan saya masih belum betul-betul pulih daripada batuk dan selesema. Luar sana pula asyik berjerebu dan kelihatan makin teruk. Selain itu, saya asyik tak sedap badan sedangkan kerja-kerja penulisan banyak tak siap. 

Namun malam sebelum majlis terasa desakan untuk pergi mendadak kuat. Saya harus hadir sekurang-kurangnya supaya lebih jelas motif dan kebenaran di sebalik cerita-cerita yang disampaikan Pawang Ana dalam Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Malim Deman.



Seperti di UPSI hari Khamis, Zamberi bercerita tanpa menggunakan slaid mahupun nota atau catatan. Semasa saya pertama kali mengenal beliau dalam majlis lain di UPSI penghujung tahun lepas beliau ada juga menyelak catatan. Lihat Seminar Memartabatkan Perjuangan Sultan Ismail yang Dibuang ke Skudai. Begitu juga pada majlis selepas itu di institusi sama. Lihat artikel Seminar Panglima Awang di UPSI - Pengesahan daripada Melaka. Nampaknya seperti pada hari Khamis perkara yang diperkatakan sangat dekat di hatinya. Rupa-rupanya beliau pernah menulis buku biografi tentang Winstedt. Tajuknya "Sir Richard Olaf Windstedt : Orientalis atau Sarjana", diterbitkan oleh UPSI tahun 2014.

Beliau dapat bercerita panjang lebar keadaan yang menerbitkan seorang manusia bernama Windstedt. Diceritakan ayahnya berasal daripada Denmark bertemu ibunya yang berasal daripada Oxford, satu bandar di England yang terkenal dengan University of Oxford, institutisi pengajian tinggi yang tertua dan paling berprestij di dunia Barat.. Di situlah Windstedt dilahirkan dan membesar lalu melanjutkan pelajaran. Cuma saya sedikit keliru apabila Winstedt disebut lahir tahun 1878. Sedangkan menurut pembentang pertama iaitu Anwar, sarjana Barat tersebut terlibat merekodkan cerita hikayat daripada Pawang Ana tahun 1886. Rujuk balik pembentangan dalam artikel Wacana Pawang Ana - Sastera Melayu sebagai tindak balas terhadap penjajahan Barat. Takkanlah beliau boleh menjadi pegawai British pada umur 6 tahun? 



Hati saya tertanya-tanya sehingga ada rasa ingin melontarkan soalan seketika itu juga. Manakah yang benar? Zamberi dalam menyebut Windstedt lahir tahun 1878 atau Anwar yang menyebut beliau mewawancara Pawang Ana pada tahun 1886. Apabila melihat Zamberi mengeluarkan buku biografi tulisannya, keyakinan beralih pada tahun lahir yang diberikannya. Karyawan ini juga dapat menyatakan lebih banyak butiran tentang Winstedt, antara yang saya ingat (betulkan kalau salah... saya tidak mengambil catatan) adalah Windstedt mula bertugas di Tanah Melayu tahun 1902. Beliau bertemu Pawang Ana tahun 1905.


Sekitar jam 11.55, Zabidin yang merupakan Presiden Persatuan Karyawan Perak memulakan pembentangan tentang Pawang Ana.


Dilahirkan dan membesar di Kampung Batu Masjid, Temoh,  kampung yang dibuka oleh Pawang Ana penghujung abad ke-19 Masihi, Zabidin harus lebih tahu tentang tokoh penglipur lara. Tanpa sesiapa pun bertanyakan soalan, Zabidin menjawab pertanyaan yang muncul dalam hati saya iaitu rentang Zamberi menyebut Winstedt dilahirkan tahun 1878 sedangkan Anwar mendakwa sarjana Inggeris ini terlibat merekodkan hikayat daripada Pawang Ana tahun 1886. Rupa-rupanya ada sedikit campur aduk. Wawancara dan rekod 6 tahun selepas Winstedt lahir itu sebenarnya dilakukan oleh pegawai British yang lebih tua. W.E. Maxwell. Dan pegawai ini mengambil cerita daripada Mir Hassan (sebenarnya Mior Hassan)  yang kalau tak salah ingatan ada disebut Anwar sebagai menantu Pawang Ana. Lihat balik Wacana Pawang Ana - Sastera Melayu sebagai tindak balas terhadap penjajahan Barat.

Menurut Zabidin lagi kerja-kerja Maxwell belum selesai kerana ada beberapa hikayat yang mahu direkodkan. Setelah Winstedt muncul sebagai pegawai British yang berkaliber di Tanah Melayu, Maxwell pun meminta beliau menyambung kerja. Ini dilakukan apabila betemu Pawang Ana tahun 1907 dengan membawa Raja Haji Yahya sebagai tukang tulis. Zabidin kemudian menambah seraya menolak telahan Anwar bahawa alat perakam suara zaman itu digunakan untuk membantu kerja. Katanya, Raja Haji Yahya sudah cukup mahir dalam segala macam lenggok bahasa sastera Melayu. Beliau malah memang sasterawan istana zaman itu... harus cukup berkebolehan untuk merekodkan hikayat dengan lengkap sambil Pawang Ana bercerita dengan gaya penglipur lara tanpa perlu dihenti-hentikan mahupun diulang cerita. Dan Winstedt sendiri cukup mahir dengan bahasa Melayu, bukan sekadar faham pertuturan malah segala macam nahu. Setiap aaahhh dan uhhh dalam bahasa spontan pun dia boleh faham makna. Cuma tugas menulis diserahkan kepada Raja Haji Yahya...


Cuma kisah hidup, asal usul dan ciri-ciri peribadi Pawang Ana sendiri tidak pernah dirakamkan sesiapa walaupun 5 cerita lipur laranya diakui sebagai karya-karya agung bahasa Melayu. Yang ada sedikit catatan Winstedt pada penghjung kariernya memberikan sedikit gambaran tentang siapakah itu Pawang Ana...



Lakaran yang saya lupa pula dapat ditemui di mana ini dikatakan paling dekat menunjukkan rupa pejungga besar ini.


Sedikit maklumat yang didapati adalah seperti di atas...


Kampung di Perak tempat Pawang Ana dikatakan berhijrah daripada Tanah Rao atau Rawa di Sumatera. Menurut Zabidin berlaku penghijrahan besar-besaran orang Rawa ketika itu akibat Perang Padri (di sekitar kawasan kerajaan Pagaruyung dari 1803- 1838). Ia bermula sebagai pertentangan antara kaum ulamak dengan golongan bangsawan akibat masalah agama. Ini bertukar menjadi peperangan melawan penjajahan yang dimenangi oleh Belanda...


Tentang penulisan yang terhasil daripada cerita-cerita Pawang Ana.


Tentang Pawang Ana menemui mayat Birch di Sungai Perak...





Zabidin menunjukkan tinggalan 'Batu Masjid" yang pernah membawa Pawang Ana untuk membuka kampung baru di sana.





Tentang bagaimana hikayat-hikayat daripada Pawang Ana boleh dicatitkan...


Zabidin cuba mencari rumab rehat di Temoh tempat hikayat dikatakan direkod. Setelah diselidik rupa-rupanya ia rumah kediaman Inggeris, bukan runah rehat dalam erti katanya yang sebenar (rest house khas untuk persinggahan, bukan tempat menetap).


Perkataan Rao atau Rawa yang terdapat dalam cerita...


Zabidin kemudian menggunakan komen Dr Siti Hawa (Dato' Profesor, terkenal dengan pengkajian beberapa buah buku, antaranya Hikayat Merong Mahawangsa, baru meninggal dunia kurang 3 bulan lalu) untuk menunjukkan bahawa hikayat-hikayat tuturan Pawang Ana yang sampai kepada kita tidaklah betul-betul sama seperti dituturkan beliau tahun 1907. Gayanya telah diubah menurut bahasa pertuturan umum Melayu yang lebih moden.


Maka itu Zabidin berpendapat beberapa pantun dalam hikayat harus berbunyi seperti di atas iaitu dalam loghat orang Rawa. Pada mulanya saya pun keliru apakah ini yang ditulis dalam naskah awal Hikayat Malim Deman yang diterbitkan tahun 1937? Ini kerana saya sudah biasa dengan hikayat yang cukup jelas bahasa Melayunya, bukan pekat loghat seperti ini. Kata Zabidin tidak. Beliau sekadar menyatakan apa yang harus dituturkan oleh Pawang Ana jika tidak disunting kepada bahasa pertuturan umum orang Melayu.


Ini pula gambar ketika sesi soal jawab menghampiri penghujung. Kelihatan Dekan Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) menjawab soalan tentang peranan institusinya dalam membentuk pelapis baru penglipu rlara tradisional. Ketika sesi dibuka saya mengambil peluang bertanyakan beberapa soalan untuk memastikan sejauh mana cerita dalam Hikayat Malim Dewa dapat dikaitkan dengan sejarah sebenar di alam Melayu. Kemudian seorang pengkarya Perak membetulkan kenyataan dalam pembentangan pertama (rujuk Wacana Pawang Ana - Sastera Melayu sebagai tindak balas terhadap penjajahan Barat) di mana kapal-kapal Portugis dikatakan begitu besar dan kukuh sehingga tidak mampu ditandingi orang Melayu. 

Pengkarya yang dikenali dengan nama Malim Ghozali PK itu adalah penerima SEA Write Award 2013. Bercakap dengan nada lembut penuh kesopanan, beliau menggunakan beberapa sumber Barat untuk menyatakan bukan kapal Portugis yang besar tetapi kapal asal Melayu yang berkali ganda lebih besar. Oh, pembentang pertama iaitu Anwar ada menyebut betapa kerdilnya kapal Melayu ketika itu dibayangkan oleh satu pantun dalam hikayat Malim Dewa di mana disebut watak hero yang datang dengan kapal kecil mencabar musuh dalam kapal besar. Lupa pula siapakah watak-watak tersebut, kalau tak salah Malim Dewa mencabar Maharaja Pertukal (Portugal?). Kata Ghozali, ini bukan menunjukkan orang Melayu tidak memiliki kapal-kapal besar. Sebaliknya yang ditunjukkan adalah dengan kapal kecil pun ia mampu menewaskan musuh dalam kapal besar.


Majlis selesai sekitar jam 1.15 kemudian makan tengah hari. Selepas jam 2 saya pun meninggalkan Ipoh melalui jalan lama. Pada mulanya ada terfikir gak nak jalan-jalan pusing bandar raya sana kerana sudah lama tidak berbuat begitu. Tetapi apabila melihat suasana yang teruk berjerubu, terus saya mengambil jalan ke Gopeng dan selatan.


Sambil itu saya mahu meninjau secara ringkas tempat-tempat yang dikaitkan dengan Pawang Ana. Gambar ini diambil di pusat bandar Kampar. Selepas bergerak lebih jauh ke selatan kelihatanlah Temoh yang menjadi tempat Windstedt dan Raja Haji Yahya merekodkan hikayat. Ini diikuti Banir di mana kalau tak salah terletaknya Kampung Batu Masjid yang dibuka oleh Pawang Ana.



Sampai ke Tapah baru saya mengambil Lebuh Raya PLUS. Bukan apa, saya sudah berjanji dengan isteri dan anak-anak untuk berjumpa di sana. Mereka datang daripada Rawang dengan menaiki kereta api agar kami dapat berjalan-jalan bersama. Dengan ini tamatlah perkongsian ilmu saya kali ini.