Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Jun 04, 2016

Siaran langsung episod akhir Akademi Silat Pendekar Muda - Suasana pesta berterusan ke tengah malam



Acara tamat sekitar jam 11.25 malam. Seperti kebiasaan pada episod-episod lalu tetapi dibuat dalam bentuk rakaman ramai mula meninggalkan tempat duduk masing-masing.


Cuma ramai bukan keluar dewan pun. Sebaliknya mereka berlegar-legar.


Seronok berjumpa kawan-kawan apalagi setelah siaran langsung episod akhir yang pada anggaran saya dihadiri 5 kali ganda orang berbanding episod-episod terdahulu.


Saya rasa kehadiran kali ini mencecah 3,000 orang. Yang menyebabkan suasana terasa begitu menarik adalah kebanyakan mereka samada berpakaian silat mengikut perguruan atau berbusana tradisional Melayu.


Isteri saya pula suka mengambil peluang bergambar bersama orang. Yang ini saudara Henzi Andalas Nusantara, seorang pelakon juga tetapi lebih banyak terlibat dalam rancangan kanak-kanak. Ya, nama tu betul, bukan samaran, tipu atau tokok tambah. Dia siap tunjukkan IC. "Bapak saya orang sastera,"


Bersama Pak Cecep Arif Rahman. Ramai orang ingin bergambar bersama ikon persilatan dari Indonesia ini. Namanya mula jadi terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa selepas menunjukkan ketangkasan terutama melalui permainan kerambit dalam filem "The Raid". Saya tak tahu pada nombor berapa (filem ini dah ada 3 siri kalau tak salah) Cecep menunjukkan kehebatan, apakah sejak mula atau pada siri kemudian. Saya cuma ada menonton sedikit bab persilatan, tak ingat pun daripada siri mana, setakat seronok dan kagum melihat pergerakan dan ketangkasan. Yang nyata, beliau bersama 2 orang lagi ikon persilatan Indonesia yang menjayakan filem "The Raid" telah berpeluang berlakon dalam filem Star Wars terbaru, "The Force Awakens" yang muncul di pawagam hujung tahun lepas.


Bergambar bersama Adib, finalist peringkat ketiga yang akhirnya kalah kepada Amy. Tak terfikir pulak nak ambik gambar dengan Amy. Mungkin kerana dah biasa gak tengok anak muda itu dan adiknya beraksi bermain tekpi bersama bapa mereka dalam acara-acara melibatkan silat di Lembah Klang.


Saya seperti biasa jarang mengambil gambar sendiri. Sisa-sisa diri kewartawan ini lebih leka merekodkan keadaan sekeliling dengan kamera. Saya cuma bergambar apabila ada orang meminta untuk bergambar bersama. Berikut adalah beberapa gambar yang dapat dicari melalui Facebook...

















Cukuplah untuk menunjukkan dengan baik persalinan pakaian yang diatur oleh isteri. Sungguh, tanpa beliau siapalah saya. Pakaian saya bukan sahaja diatur oleh isteri, ada beberapa pasang beliau buat dan jahit sendiri.



Sambil itu anak-anak seronok bermain di atas pentas. Kalau pada episod-episod terdahulu orang ramai dilarang naik selepas acara atas alasan keadaan dan keutuhan pentas perlu dijaga untuk episod seterusnhya, kali ini bantai aje le Labu... :v








Suasana pesta orang ramai, kawan-kawan, rakan-rakan seperguruan, sahabat-sahabat seperjuangan dan sebagainya diteruskan sehingga tengah malam. Saya dan isteri berserta beberapa orang menyambung sesi di kedai makam berdekatan. Jam 2 pagi baru meninggalkan Shah Alam.



Pada sesiapa yang berminat untuk melihat lebih banyak gambar juga paparan video siaran bolehlah masuk ke Facebook Akademi Silat. Sila klik sini. Di situ anda juga boleh melihat gambar dan video-video siaran daripada episod-episod terdahulu. Sekian. Selesailah tugas saya berkongsi cerita sebelum masuk bulam Ramadhan... :]


Siaran langsung episod akhir Akademi Silat Pendekar Muda - Ganjaran RM100,000 memilih tuan



Jam 9.25 gitu hos program iaitu seorang selebriti terkenal tanah air Jimmy Shanley muncul untuk memperkenalkan bahagian utama acara iaitu pertandingan untuk memilih ikon pendekar muda.


Juri-juri pertandingan diperkenalkan terutama juri jemputan Pak Cecep Arif Rahman, seorang pesilat dan pelakon dari Indonesia dan pelakon Malaysia, Nasir Bilal Khan.


Finalis pertama diperkenalkan. Saya tak hafal nama dan malas mencari. Seingat saya yang ini dipanggil Badang.


Tiga peringkat akan dibuat untuk final ini dengan peringkat pertama memerlukan setiap finalist mempersembahkan langkah-langkah terbaik mereka menurut format silat asli dalam masa 2-3 minit.





Memperkenalkan finalist kedua, Cikgu Ayie.





Finalist ketiga, Adib.





Setiap finalist kemudian menerima komen juri. Kelihatan di sini Pak Cecep yang pernah berkesempatan berlakon dalam filem Star Wars terbaru memberikan pandangan...


Finalist keempat dan terakhir, Amy.





Selepas itu masuk peringkat kedua di mana setiap finalist diminta berpasangan bertarung menggunakan keris bermula dengan Adib lawan Ayie.





Seterusnya Amy lawan Badang...





Sambil juri memberikan markah akhir satu pertunjukan tarian zapin diadakan.





Kemudian semua finalist dipanggil ke atas pentas.


Tapi dua sahaja dapat masuk ke peringkat seterusnya lalu pengumuman pun dibuat.


Dua orang itu, Adib diikuti Amy membuat persembahan solo.





Sementara menunggu siapakah yang terbaik, Pak Cecep pula membuat pertunjukan menunjukkan ketangkasan.


Beliau bermain tangan kosong, kemudian kerambit berkembar, kemudian golok berkembar...


Seterusnya naik pula dua orang master Taekwondo yang telah mengikuti episod akhir ini sejak mula bersama 3 orang tenaga jurulatih utama Akademi Silat termasuk pengetuanya, saudara Ruzaidi Rahman yang lebih dikenali sebagai Wak Didi.


Jangan tersilap anggap. Mereka bukan hendak beradu ketangkasan mahupun kekuatan untuk menunjukkan siapa atau perguruan mana lebih hebat. Sebaliknya master-master Taekwondo itu mahu menganugerahkan talipinggang hitam kehormat kepada 3 jurulatih utama silat.


Kemudian tibalah saat yang ditunggu-tunggu. Naik semua 10 peserta Akademi baik yang sudah tersingkir mahupun finalist dengan tetamu VVIP diketuai Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi untuk menyampaikan hadiah. Diumumkan dahulu bahawa semua 10 peserta mendapat pakej umrah berserta pakej percutian (lupa pulak ke mana) yang jumlahnya bernilai RM100,000!


Sampai masa untuk menyatakan pemenang. Telahan saya berdasarkan perjalanan persembahan hari itu ternyata tepat. Dan berdasarkan watak, rupa paras dan ketangkasan, saya juga sudah menjangkakan kemenangan ini sejak program bermula 3 bulan lalu. 


Cuma bila perjalanan masih jauh kita tidak tahu bagaimana keputusan boleh berubah. Orang boleh jatuh sakit dan sebagainya, atau tersilap membuat langkah. Tetapi apabila meneliti persembahan peringkat ketiga di mana saya dapat melihat dengan terang Adib tersilap landing ketika membuat satu lompat pusing badan ke hadapan (dia terjatuh atas pinggang, saya dapat melihat dia menahan kesakitan buat 2-3 saat sebelum menaikkan kembal  badan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku) keputusannya bagi saya adalah cukup nyata. Saudara atau adik Amy, boleh juga saya panggil sebagai anak berdasarkan umur menjadi ikon pemenang pertama Akademi Silat Pendekar Muda lalu menerima hadiah RM100,000.





Siaran langsung episod akhir Akademi Silat Pendekar Muda - Gegaran para pesilat dan aktivis busana Melayu

Adapun pada malam ini sudah masuk 29 Syaaban tahun 1437 Hijriah. Menurut kiraan falak, tanpa perlu berharap pada kelihatannya anak bulan pada malam esok ia adalah hari terakhir bulan Syaaban lalu esok malam kita mula masuk bulan puasa Ramadhan. Maka pada hari terakhir sebelum mula berpuasa ini biar dilepaskan cerita terakhir untuk bulan Hijriah ini. Tentang satu aktiviti yang sangat menarik beberapa hari lalu.


Petang Rabu 1 Jun 2016. Saya dan isteri bergegas ke Shah Alam untuk menghadiri program Akademi Silat Pendekar Muda di Stadium Panasonic, Seksyen 21.


Ini adalah kali pertama kami bergerak sebelum Maghrib untuk ke program yang meliputi 13 episod siaran. Kami sudah hadir 3 kali sebelum ini. Lihat artikel Rakaman Akademi Silat Pendekar Muda di Shah Alam diikuti Membawa Daulah Melayu dan HIKMAH ke Akademi Silat. Biasanya kami bertolak dari rumah sekitar jam 8. 


Dahulu kami tidak pernah menghadapi masalah mencari tempat letak kereta dalam kawasan stadium. Walaupun kawasan selalu penuh kerana selain acara silat, ramai juga datang untuk bersukan di padang sebelah, masih terdapat ruang yang boleh digunakan tanpa menganggu laluan orang. Kali ini sampai sahaja ke sana jam 7.30 dah tak boleh letak kereta dalam kawasan stadium, Terpaksa parking luar di tepian jalan.


Kali ini orang terlebih ramai kerana satu, ia adalah episod ke-13 dan terakhir dalam Akademi Silat. Kedua ia dibuat secara siaran langsung.








Lihat sahaja bagaimana meriahnya keadaan sebaik sahaja sampai ke anjung stadium.








Masuk ke dalam lagilah masyaallah!





Pada anggaran mata kasar saya kedatangan mencapai 5 kali ganda berbanding episod-episod lalu yang diadakan dalam bentuk rakaman untuk siaran 2 minggu selepas itu. 


Seawal 2 minggu lalu saya mendapat berita 1,500 kerusi telah ditempah pelbagai organisasi. Sedangkan biasanya kita boleh datang secara walk-in lalu mendapat tempat di bawah, di atas tu bila betul-betul dah tak cukup kerusi di bawah....

















Masuk jam 9 malam program atau rancangan pun bermula.


Satu gimik dialog antara seorang datuk dengan cucu diadakan bagi menerangkan secara ringkas tentang kepentingan silat bagi bangsa Melayu. Sebelum ini tak buat gimik-gimik begini...


Di atas pentas pula dua orang anak kecil menunjukkan langkah.


Ia kemudian diiringi bacaan puisi tentang semangat kepahlawanan Melayu.








Selesai itu muncul peserta-peserta rancangan dimulakan dengan 6 yang telah tersingkir daripada episod-episod lalu.





Seterusnya naik 4 peserta yang dapat memasuki final...


Lagu "Semerah Padi" dibawa oleh seorang penyanyi diikuti lagu tema program sambil peserta menunjukkan langkah.


Ada pula semburan bunga api untuk memeriahkan lagi keadaan stadium yang sudah pun cukup bergegar dengan kedatangan begitu ramai pesilat dan aktivis busana tradisional Melayu...