Salam. Artikel kompilasi bagi cerita perjalanan ini.
Perjalanan bermula pagi Sabtu 14 Jun 2025 bersamaan 17 Zulhijjah 1446 Hijriah atas asbab mahu menghadiri majlis keluarga di Felda Jelai, Negeri Sembilan pada pagi Ahad 15 Jun. Diambillah peluang mendaki tiga buah bukit berdekatan laluan, satu perkara yang sudah lama dihajati, tapi baru itu ada kelapangan dan peluang. Cuaca pula elok dan terang kecuali hujan lebat pada Ahad malam Isnin hingga ke pagi.
Pertama adalah Bukit Baginda di Kampung Majau, Batu Kikir tengah hari Sabtu. Bukit setinggi 450 meter atau 1,476 kaki dari paras laut ini agak terkenal dengan batu besar dengan sisi seperti berombak dekat puncak. Kedua, Bukit Taisho di Bahau petang Ahad. Bukit ini ada banyak puncak. Paling tinggi biasa dicapai umum adalah 330 meter atau 1082 dari paras laut. Tetapi saya pergi hingga denai paling jauh dan jarang dilalui orang lalu naik hingga ke puncak tertinggi, 361 meter atau 1,184 kaki dari paras laut. Pendakian meliputi 8 puncak, paling rendah 260 meter atau 853 kaki dari paras laut.
Ketiga adalah Bukit Penarikan di bahagian lain Bahau pada pagi Isnin 16 Jun. Naik 3 puncak, ketiga-tiga tak jauh beza ketinggian dengan yang paling tinggi, 332 meter atau 1,089 kaki dari paras laut. Keistimewaan bukit ini adalah bagaimana ia menghadap laluan purba perkapalan yang dikenali sebagai Jalan Penarikan. Puas... :]. Lihat artikel-artikel berikut :-