Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Mei 12, 2021

Iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021 - Mukadimah di Kuala Langat

Salam siang Rabu 30 Ramadhan, hari terakhir bulan puasa. Masuk sahaja Maghrib beberapa jam lagi kita akan masuk bulan raya Syawal. Pagi esok sambutan secara rasminya bermula dengan solat sunat Aidil Fitri walaupun cuma sedikit sahaja dapat melakukannya di masjid akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang diperketatkan kembali kerana statistik serangan virus Covid-19 sedang naik mencanak-canak. Timbul rasa untuk mula berkongsi cerita tentang perjalanan keluar beriktikaf ke masjid-masjid baru ini.



Adapun sedikit 'perasa' tentang perjalanan iktikaf terbaru ini telah dikongsikan 2 hari lalu dalam artikel Akan datang - Cerita perjalanan iktikaf terbaru bagi penghujung Ramadhan tahun 2021. Walaupun perjalanan dikatakan bermula pada petang Jumaat 25 Ramadhan atau tarikh Baratnya 7 Mei mukadimahnya sebenarnya berlaku 6 hari lebih awal apabila saya dan keluarga keluar dari rumah menuju ke selatan pada petang Sabtu 19 Ramadhan bersamaan 1 Mei.



Kami mahu pergi ke kampung isteri di Tanjung Sepat, dalam daerah Kuala Langat. Ia adalah kali pertama saya keluar ke tempat lebih 60 km dari rumah sejak penghujung tahun lalu. Isteri pula telah seminggu lebih awal memecah jarak ini... apabila pergi ke satu mesyuarat NGO wanita di Cyberjaya.




Kali terakhir kami betul-betul pergi jauh adalah apabila membuat perjalanan sehingga ke Johor Bahru sekitar cuti Hari Krismas tahun 2020. Lihat Kompilasi cerita perjalanan di selatan penghujung 2020.



Masuk tahun 2021 kami lebih banyak berehat di rumah. Maklumlah baru selesai berjalan lebih 1,000 km. Sambil itu saya cuba menyiapkan sebuah rumah pokok dua tingkat yang dibina berseorangan di suatu kawasan lapang kira-kira 50 meter di seberang rumah. Pembinaan dimulakan sebelum bergerak jauh ke selatan. Sementara itu isteri yang tetap perlu berulang alik ke pejabat di bandar Rawang kerana pekerjaan yang bersifat teknikal sibuk berkebun dalam kawasan antara rumah pokok dan rumah apabila ada sahaja kelapangan.



Tiba-tiba keluar perintah baru PKP khas untuk negeri Selangor dan beberapa tempat tak boleh keluar merentas daerah. Kalau tak salah ingatan bermula pada 13 Januari. Petang sebelum ia dikuatkuasakan saya menerima bumbung zink yang dipesan dari kedai hardware untuk dipasang pada rumah pokok. Saya ada bercadang untuk membeli atap nipah sebagai bumbung tambahan penampan tempias air hujan selepas selesai memasang bumbung zink. Pemasangan selesai dalam tempoh dua hari kemudian.




Tapi nak beli kena keluar daerah ke tempat yang ada menjual di Kuala Selangor sekitar 60 km dari rumah. Setelah beberapa lama tidak dapat berjalan keluar daerah itu yang timbul rasa untuk mengatur cerita-cerita perjalanan lama bagi membentuk senarai seperti dinyatakan dalam artikel Akibat PKP - Persediaan untuk senarai 50 perjalanan terjauh dalam ingatan 4 Februari.

PKP cuma  dilonggarkan kembali lalu boleh merentas daerah pada awal bulan Mac. Lupa tarikh tepat. Berdasarkan rekod gambar-gambar pada 6 Mac saya dan isteri pun pergi ke Kuala Selangor untuk membeli atap nipah. Pada 3 April kami membawa anak-anak pula berjalan ke sana. Sepuluh hari kemudian bermulalah bulan puasa Ramadhan.



Itulah kali terakhir saya berjalan ke luar daerah sebelum mengorak langkah ke kampung isteri di Tanjung Sepat pada petang 19 Ramadhan. Gambar ini menunjukkan pintu gerbang kampung. Kami sudah sampai setelah bergerak hampir 120 km dari rumah. Maka kembali kita pada tempoh masa berkenaan.



Ini rumah keluarga yang sudah diwariskan kepada adik bongsu isteri merangkap yang ke-13 antara semua adik-beradik. Isteri adalah yang nombor 11 merangkap anak perempuan paling bongsu (cuma ada 3 orang perempuan). Kami mahu mengadakan majlis berbuka puasa keluarga. Kali terakhir bertemu adalah ketika kembali bercuti sekitar Raya Haji 9 bulan lalu. Lihat Sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah - Apabila Raya Haji menjadi pengganti Aidil Fitri

Sesungguhnya suasana berbuka puasa kami sangat meriah, seperti berhari raya. Tapi tak perlulah ditunjukkan gambar. Zaman PKP la ni boleh timbul banyak masalah apabila berkongsi gambar melibatkan ramai ahli keluarga. Ada sahaja mata iri hati akan cuba mencari salah tak ikut SOP (Standard Operating Procedure) lalu sengaja memperbesar-besarkan perkara agar kita didenda pihak berkuasa. 




Esoknya petang Ahad 20 Ramadhan bersamaan 2 Mei kami mengorak langkah untuk kembali ke rumah. 



Sambil itu singgah melihat pemandangan di beberapa tempat. Antaranya adalah jeti di pantai Tanjung Sepat, jeti di Kampung Batu Laut dan pantai Morib.



Ketika berjalan itulah terbit dalam fikiran dah dekat setengah tahun tak boleh keluar merentas negeri ni. Dah terasa rindu hendak berjalan jauh 400 km ke atas...



Bagaimana hendak melakukan ini kalau tak boleh keluar dari persekitaran negeri Selangor? Timbul satu ilham. Apa kata buat perjalanan keliling negeri? Maksudnya ambil jalan-jalan yang paling mendekati  sempadan baik di utara, barat, selatan dan timur. Kalau macam tu memang boleh melepasi 400 km.



Bila hendak dibuat? Insyaallah boleh selewatnya 3 minggu lagi. Dari mana hendak bermula? Mestikah dari rumah kemudian keluar ke satu bahagian paling mendekati sempadan lalu buat satu pusingan, sehingga kembali ke bahagian mendekati sempadan itu baru balik rumah ke bagaimana? Ke boleh main 'tebuk-tebuk' keluar di sini kemudian masuk ikut situ pula dan sebagainya? Perkara ini bermain dalam fikiran sambil singgah ke Jugra yang lebih mendekati kuala Sungai Langat.
 


Sambil itu saya sudah berkira-kira malam itu boleh sahaja singgah berTarawih ke mana-mana masjid sebelum sampai ke rumah. Malam itu sudah masuk tarikh 21 Ramadhan, hari pertama ganjil bagi 10 hari terakhir Ramadhan. Itu dah boleh kira satu pengembaraan beriktikaf.



Istana lama di Bandar, Jugra.



Masjid Alaeddin dekat Istana Bandar. Dapat beriktikaf di sini pun seronok juga.



Tetapi ia sedang berkunci dan letaknya pun agak jauh dari rumah. Apabila melihat anak-anak sudah penat, tidak sabar untuk kembali berehat saya pun terus menuju ke pintu masuk lebuh raya terdekat selepas Jugra iaitu di Teluk Panglima Garang. Berbuka puasa ringkas dahulu di perhentian Damansara Utama sebelum betul-betul makan kemudian menjamakkan solat di kawasan rehat jejantas di Sungai Buloh. Sampai rumah jam 8.34 malam meter kereta menunjukkan ia sudah berjalan hampir 260 km.


Tiada ulasan: