Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Disember 20, 2006

Membela Raja-raja - Sambungan daripada cerita helah Zionis memerintah dunia

Para pembaca sekalian, Daripada komen yang diberi 2-3 hari kebelakangan dalam postings sebelum ini, nampaknya ada pihak yang menyangkakan saya amat mengagungkan Dr Mahathir. Hmm... Mungkin orang ini silap baca maksud di sebalik beberapa artikel yang pernah saya tulis tahun 2002 lalu disertakan di sini. Untuk makluman, saya bersetuju dengan cara Dr Mahathir membangunkan negara serta mengikat matawang semasa berlaku krisis kewangan 1997,  Tetapi ini tidak bermakna saya setuju terhadap setiap tindakan beliau. Lagipun ingat, artikel itu ditulis 4 tahun lalu.

Kedua, ada pula pihak menyangkan saya anti raja. Masyaallah. Mereka yang betul-betul mengenali saya tentu akan ketawa mendengar kenyataan ini kerana mereka tahu hubungan peribadi saya dengan pihak raja. Cuma pada pendapat saya, raja-raja zaman sekarang tidak mencerminkan lagi peribadi serta daulah raja dahulukala yang menyebabkan mereka disanjung masyarakat di mana-mana.

Di sini biar saya sertakan sambungan cerita yang merupakan bahagian daripada bab bertajuk "Demokrasa vs Raja-raja" dalam BKA II atau "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"... 


------------------------------


Kalau dikaji secara mendalam, sistem beraja adalah sebuah sistem pentadbiran masyarakat berasaskan wahyu yang menjemput naungan kerajaan langit, sistem yang diturunkan dari Nabi Syith bin Nabi Adam sebagai pecahan sistem kekhalifahan dan keNabian yang diwarisi keturunan-keturunan tertentu yang dipelihara Ilahi. Maka itu, sistem pemerintahan beraja yang sebenar akan benar-benar memartabatkan rakyat, menjaga kebajikan dan kemaslahatan mereka seperti yang pernah dilakukan raja-raja berdaulat yang memerintah Perlak, Samudera-Pasai, Melaka dan Aceh dahulu.

Malangnya, para raja dan kerabat diraja yang ada sekarang rata-rata bersifat seperti orang kebanyakan, terlalu sukakan hiburan, berniaga berjual-beli seperti orang kebanyakan mencari keuntungan materialistik dan keduniaan dengan menggunakan kedudukan sebagai orang istana atau orang yang rapat dengan istana untuk mendapatkan cable-cable perniagaan dan pengaruh politik yang tidak boleh dicapai orang lain. Masyarakat juga sudah terbiasa melihat gaya kehidupan sesetengah ahli keluraga mereka yang mengarut, suka minum arak, main betina, keBaratan lebih Mat Saleh daripada Mat Saleh. Maka bagaimana orang Melayu sekarang mahu betul-betul menghormati raja dan kaum kerabat mereka sedangkan kehidupan mereka telah jauh menyimpang daripada peranan sebagai ketua adat orang Melayu dan ketua Islam? Lalu hormat yang ada sekarang ini tinggal hormat luaran sahaja, itupun kerana manusia-manusia ini masih berpangkat raja ataupun kerabat diraja, ada gelaran Tengku, Tunku atau Raja, menetap pula di istana ataupun rumah-rumah besar lagi mewah bagaikan istana, kaya-raya, ada kekuasaan, ada panggilan Yang Mulia walaupun perangai mereka kadang-kadang lebih teruk dari binatang.

Bagaimana pula mereka yang bergekar Yang Teramat Mulia dan Duli Yang Maha Mulia sedangkan gelaran-gelaran ini cuma layak diberikan kepada Allah Subhanahuwata’ala sahaja? Bagaimana raja-raja tidak besar kepala sedangkan mengikut kitab-kitab lama seorang raja sepatutnya adalah orang yang paling merendah diri di kalangan rakyatnya. Itulah salah satu amalan sebenar raja-raja dahulu. Kalaulah harta kekayaan, istana dan kekuasaan serta gelaran dijadikan kayu pengukur untuk menentukan kemuliaan seorang raja atau kerabatnya, maka mana-mana orang buruk akhlakpun boleh menjadi raja. Malah ramaipun yang sudah berani berkata terang-terangan “Akupun boleh jadi raja, kalau aku dilahirkan di kalangan istana dengan segala nikmat dunia menunggu. Seseorang itu menjadi raja cuma kerana nasib sahaja, lahir di istana, anak kepada raja. Itu sahaja. Apa bendanya yang mulia?” Maka itu masyarakat sekarang tidak ada pilihan tetapi menerima sahaja sistem demokrasi berParlimen ciptaan Yahudi yang diterapkan penjajah Inggeris dahulu, sistem yang membenarkan orang-orang buruk akhlak bermahajalela mendabik dada mengaku raja kerana boleh mendapatkan harta kekayaan, istana dan kekuasaan, malah gelaran-gelaran yang muluk-muluk melalui dunia politik dan perniagaan. Kerana sistem beraja yang ada tidak cukup berwibawa untuk menangani masalah rakyat dan keperluan semasa.

Malah pada suatu masa dahulu, Raja-raja Melayu nyaris-nyaris mengorbankan martabat mereka, kedaulatan negeri-negeri Melayu juga martabat orang Melayu sendiri apabila bersetuju menerima gagasan Malayan Union yang akan menarik segala hak istimewa orang Melayu. Nasib baiklah ada Datuk Onn Jaafar dan orang-orang sepertinya yang menubuhkan UMNO untuk membela nasib orang Melayu dan menyelamatkan institusi beraja dari dijahanamkan para penjajah biadab. Maka itu orang-orang sekarang lebih menghormati pemimpin-pemimpin politik daripada menghormati raja. Kerana para pemimpin ini telah membuktikan kekuasaan rakyat, bahawa rakyatlah sebenarnya berkuasa di kala raja-raja terdiam membisu, tidak lagi berani dan berwibawa, sifat-sifat yang sepatutnya ada pada seorang raja. Maka itu juga tidak hairanlah jika ramai orang kebanyakan sekarang beranggapan merekapun boleh menjadi raja, menjadi kepala tertinggi rakyat jika diberi peluang. Seolah-olah raja ini cuma satu jawatan yang boleh dipikul sesiapapun jika ditawarkan.

Cuba kalau rakyat tahu hakikat raja yang sebenar, sifat-sifat yang perlu dimiliki, amalan-amalan yang perlu ditekuni untuk menimbulkan sifat-sifat yang melayakkan raja-raja memimpin rakyat, maka mereka tidak akan berani berkata begitu lagi. Cuba-cubalah baca adab-adab dan amalan seorang raja yang sebenar seperti yang telah dinukilkan di dalam kitab Tajus Salatin atau Mahkota Raja-raja karangan seorang penulis yang cuma dikenali sebagai Bukhari Al-Jauhari, karangan yang mengikut pendapat para pengkaji sejarah adalah saduran dari kitab-kitab ketatanegaraan Parsi, yang dibuat di Aceh pada tahun 1603.

Cuba amati bagaimana beratnya amalan sebenar seorang raja… Selain selalu mendirikan Syariat Rasulullah SAW yang diwajibkan seperti solat dan puasa, seorang raja juga perlu selalu mengamalkan puasa sunat, contohnya seperti Nabi Daud, Raja Bani Israel yang mengamalkan puasa selang sehari sepanjang tahun. Kalau makanpun tidak boleh banyak, cukup sekadar boleh berdiri tegak. Paling kurangpun harus mengikut anjuran Nabi yang paling lemah dalam bab makan - makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Isi perut dengan nisbah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman, satu pertiga untuk angin atau ruangan kosong.

Cuba pula baca cerita-cerita Melayu lama seperti Hikayat Malim Deman… Baginda bersantap beradat dengan memakan tiga suap sahaja sekali santap, barulah boleh dinamakan bersantap. Kerana memang ada perbezaan yang nyata dengan cara makan orang lain ataupun rakyat biasa, cara orang-orang kebanyakan.

Itu belum dikira amalan-amalan lain, amalan-amalan yang sebenarnya bertunjangkan amalan-amalan Tasawuf dari para wali dan Nabi serta Rasul, Seorang raja atau kerabat diraja yang memiliki darah dan zat mulia mesti telah berjaya mengikis sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki dan iri hati, tidak lagi mempunyai perasaan dendam-berdendam seperti orang kebanyakan, lalu menggantikan semua ini dengan sifat-sifat mahmudah seperti berbesar hati, zuhud, pemaaf dan lain-lain lagi sifat mulia yang sepatutnya ada pada diri seorang berdarah raja ataupun bangsawan. Maka setiap perbuatan seorang raja menjadi ibadat yang mendapat pahala dan mengundang daulat kerana ada niat dan garis tujuan yang nyata seperti digariskan melalui wahyu dan sumber Ilahi. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Hidup semata-mata untuk mendapatkan keredahaan Allah.

Kalau begini, barulah mandinya layak dikatakan bersiram, perjalanannya dikatakan berangkat dan pergaulannya dengan masyarakat biasa dikatakan mencemar duli. Kerana baginda terpaksa keluar dari lingkungan hidupnya yang mulia, yang penuh sifat-sifat mahmudah untuk memasuki gelanggang kehidupan rakyat biasa yang masih lagi bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah. Itu sahaja.
Masalahnya, rata-rata orang sekarang termasuk mereka yang berdarah raja sendiri tidak faham hakikat hidup yang bertunjangkan pengamalan ilmu Tasawuf ini. Lalu untuk menyatakan “ketinggian” dan “perbezaan” mereka dengan masyarakat kebanyakan, mereka setakat mengamalkan penggunaan bahasa-bahasa istana yang berbunga-bunga sedangkan ia bukanlah sesuatu yang patut dibangga-banggakan sebagai simbol status, lambang yang menunjukkan penggunanya adalah berdarah raja.

Mereka lupa, seseorang itu perlu beramal dengan amalan sebenar seorang raja atau kerabat diraja sebelum betul-betul layak menggunakan bahasa istana. Perlu menghidupkan serba-serbi adab terpuji yang merangkumi adab makan, perawakan tubuh-badan dan cara berjalan sampailah ke cara dan posisi tidur malah cara mandi… Kalau tidak santapnya sama sahaja seperti orang lain makan, “melantak”. Kalau beradabpun cara makannya, kuantitinya pula tidak layak bagi seorang raja yang sebenar, perut naik buncit sedangkan seorang raja mestilah sempurna sifatnya zahir dan batin sehingga melebihi orang kebanyakan, mesti lebih fit, segak, dirinya tegak.

Dada seorang berdarah raja mestilah sentiasa terbuka tetapi bukanlah dalam keadaan membanggakan diri. Sebaliknya dia sentiasa berlapang dada zahir dan batin, sentiasa tenang, bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan hidup kerana sudah mencapai tahap Tawakal yang tinggi dan kepercayaan yang utuh terhadap Qada’ dan Qadar. Maka itu seorang raja yang sebenar tidak perlu melibatkan diri ke dalam dunia perniagaan yang boleh merosak dan mencalarkan prinsip hidup seseorang pemimpin kerana sebagai orang yang sepatutnya lebih memahami rahsia-rahsia amalan agama yang luhur, dia patut tahu rezekinya sentiasa terjamin. Malah seseorang berdarah raja langsung dilarang berniaga jika memegang tampuk pemerintahan.

Prinsip hidup ini ada disebutkan dalam apa yang dikenali ramai sebagai Ayat Seribu Dinar yang selalu digantung di kedai-kedai dan gedung perniagaan milik orang Islam...


Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya akan diadakan baginya jalan keluar, dan diberikanNya rezeki tanpa diduganya lagi. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Dan akan memberinya rezeki dengan tidak terkira. Barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya. Sungguh Allah menyampaikan urusanNya. Sungguh Allah mengadakan kadar bagi tia-tiap sesuatu.

– Penghujung Ayat 2 sehingga Ayat 3, Surah At-Thalaq.


Nah. Bukankah maknanya cukup terang? Bahawa Tuhan akan sentiasa menjaga keperluan mereka yang bertakwa dan bertawakal? Bahawa rezeki tidak perlu dikira kerana sudah ditentukan kadarnya, apabila sampai masanya tetap akan menjadi milik kita tanpa perlu difikirkan datang dari mana? Bukannya menggandakan wang anda... Tetapi ramai yang menggantungkan ayat ini atau mengamalkannya untuk melariskan perniagaan atau mendapat keuntungan lebih, kelebihan material dan keduniaan semata. Bukankah ini sudah lari daripada prinsip sebenar yang digariskan di dalam Al-Quran?

Perkara ini boleh dimaafkan jika yang berbuat demikian adalah orang kebanyakan. Tetapi seorang raja, kerabat diraja dan mereka yang mempunyai darah raja, manusia yang sepatutnya memiliki sifat-sifat mulia tidak patut terjebak sama kerana mereka sepatutnya mempunyai kelebihan akal fikiran untuk memahami prinsip sebenar di sebalik ayat ini.

Mereka patut faham, segala keperluan hidup hatta rezeki makan-minumnya dan keluarga akan disediakan Allah SWT samada secara nyata melalui institusi istana yang segala belanjanya ditanggung perbendaharaan negara atau cara-cara ghaib yang difahami mereka yang pernah mengalaminya, jika sahaja seseorang raja bertawakal kepadaNya dengan sepenuh hati, tanpa ragu-ragu lagi. Tugasnya cuma menumpukan perhatian kepada pemerintahan negara demi mensejahterakan rakyat dan meningkatkan syiar Islam. Syariat Islam pula perlu dijaga sentiasa tanpa tolak-ansur dan soal banyak kecuali dalam perkara-perkara furuk, selain beramal dengan kaedah Tariqat untuk memahami Hakikat lalu mengalami Makrifat untuk mengenal Allah. Lalu barulah zat mulia yang dimiliki dalam darah daging boleh terserlah. Barulah timbul kewibawaan semulajadi juga karisma dan aura yang menarik perhatian orang-ramai untuk tunduk hormat kepadanya tanpa perlu dipaksa atau dipinta. Lalu timbullah juga bakat-bakat semulajadi lain yang telah diturunkan secara genetik dari nenek-moyang yang terdahulu sampailah sekarang.

Apabila ini berlaku, barulah seseorang raja itu boleh dikatakan berdaulat. Maka penjajah Barat tidak boleh senang-senang mengugut, walaupun mereka datang dengan sejuta mesingan dan bom atom sekalipun. Baru terpandang wajah raja yang cemerlang, mereka sudah tertunduk bisu, hilang segala kata-kata dan tipu helah.

Jangan jadi seperti sesetengah raja yang sebenarnya tidak layak menaiki takhta kerana kalau dikaji susur-galur keturunan mereka dari raja-raja yang terdahulu, mereka bukanlah waris yang sebenar. Lalu menggunakan jin, membuat perjanjian dengan makhluk halus untuk melindunginya, untuk menghebatkan penampilannya juga untuk menundukkan orang lain supaya dianggap sebagai seorang yang berdaulat, mempunyai kekuatan sakti yang tidak ada pada orang lain, kononnya inilah tanda dia memang seorang raja. Kalau begini, orang kebanyakanpun boleh belajar. Ilmu penunduk, penggerun, seri muka dan segala ilmu yang sewaktunya, yang banyak menggunakan khidmat golongan jin memang sudah menjadi pakaian orang kebanyakan sekarang terutama ahli-ahli politik dan perniagaan yang ingin mendapatkan kelebihan untuk berjaya dalam hidup.

Bezanya, golongan jin-jin yang kuat lagi perkasa dan bertaraf tinggi mungkin tidak mahu mendampingi mereka yang tidak berdarah raja… Maka orang kebanyakan yang sibuk ke sana-ke mari menuntut pelbagai jenis ilmu batin untuk meningkatkan keupayaan diri masih lagi kurang power, masih tidak dapat menandingi seorang berdarah raja yang mempunyai sedikit kesedaran batin.
Apapun, daulat yang sebenar tidak perlu malah tidak dapat dipelajari. Apa yang dikehendaki adalah pengamalan mendalam Islam berdasarkan Tasawuf yang sampai ke lubuk hati malah lebih dalam lagi ke suatu tempat yang dipanggil sir, rahsia hati sebelum mencapai peringkat sir dalam sir, rahsia dalam rahsia hati. Kemudian serahkan segala urusan kepada Allah, bertawakallah sepenuhnya, tawakal yang disebut Sultanul Auliya Sheikh Abdul Qadir al Jilani juga Imam Ghazali sebagai tawakal khusus wal khusus, tawakal orang khusus dari yang khusus. Maka jadilah mereka seperti seorang mayat di tangan pembasuh mayat, tidak boleh membantah apa-apa yang dibuat oleh tukang basuh mayat, apalagi hendak melawan. Biarlah pembasuh mayat yang hakiki menggerakan segala tubuh badan…

Peringkat tawakal sebegini bukan lagi tawakal orang awam, tawakal yang diibaratkan Rasulullah SAW seperti mengikat tali unta ke sebatang pohon sebelum masuk bersolat di masjid supaya unta tidak lari ketika tuannya bersolat. Bukan jenis tawakal yang memerlukan seseorang itu menyediakan payung sebelum hujan, kalau sakit cari ubat, paling kurangpun, berdoa meminta supaya cepat disembuhkan.
Mereka yang ingin memasuki tawakal peringkat tertinggi ini mesti sanggup menerima segala dugaan Allah SWT dengan sabar dan redha termasuk penyakit yang memeritkan dan malapetaka yang tidak kunjung putus. Biar Dia sahaja yang menentukan bila semua ini selesai, bila akan datang hari-hari bahagia seperti yang pernah dialami Nabi Ayub AS. Lalu orang yang mengamalkan tawakal khusus wal khusus, peringkat tawakal yang menjadi pakaian raja-raja yang sebenar akan berani menyeberangi padang pasir yang luas tanpa membawa sedikitpun bekalan makanan dan minuman.

Jika perlu berlapar, dia akan menahan perut sehingga pengsan kerana telah mempunyai keyakinan yang kental bahawa jika Tuhan mahukannya makan, tiba-tiba sahaja burung dari atas awanpun boleh datang menyuapkan. Kalau ada orang berniat jahat pula misalnya hendak menetaknya dengan parang, silap-silap orang itu boleh beku di tempatnya berdiri. Itupun kira baik. Kalau tidak mungkin orang itu mati langsung disambar petir atau apa-apa sebab lain yang mencarik adat sedangkan sang raja mungkin terus berjalan sahaja seperti biasa tanpa menyedaripun ada percubaan orang untuk membunuhnya.
Lalu raja sebegini tidak gentar menghadapi segala mara bahaya. Dan dia tidak hairan dengan perkara-perkara karamah yang berlaku di hadapan matanya kerana amalan Tasawufnya mengajar supaya tidak terpesona dengan ini semua. Malah dia sebenarnya tidak sedarpun kerana seluruh hati dan jiwanya sentiasa tenggelam mengingati Allah.

Maka pada mereka yang faham, inilah yang dikatakan daulat yang sebenar, daulat orang yang sebenar-benarnya bertawakal, menyerahkan seluruh jiwa-raganya kepada Yang Maha Memelihara dan Wakil Terbaik setiap urusan. Lalu barulah seseorang itu layak memakai gelaran Al-Mutawakil - Yang bertawakal kepada Allah. Dalam keadaan ini juga, dalam keadaan segala bentuk nafsu rendah seperti keinginan ingin dipuja dan dipuji telah disapu-bersih, maka segala perbuatan, gerak-geri dan kata-kata yang keluar daripadanya adalah dari kudrat dan iradat Allah semata-mata. Maka itu dia marah kerana melihat sesuatu perkara yang Allah marah, dan dia memaafkan, sayang, dan kesihan dan kerana Allah itu Maha Pemaaf, Penyayang dan Mengasihani. Pendekkata, segala apa yang muncul dari dalam dirinya adalah perbuatan Allah semata-mata, bukan perbuatan seorang manusia biasa lagi.

Apabila ini terjadi, barullah seseorang raja itu boleh dikatakan Dzilullahi fil alam, bayangan Allah di alam ini. Ataupun Dzilullahi fil ard, bayangan Allah di muka bumi. Maka barulah dia boleh menjadi raja dalam erti katanya yang sejati. Seorang raja sejati adalah seorang manusia yang telah mencapai taraf insan-al kamil, insan yang sempurna yang merupakan seorang wali Allah kemudian diberi pula kerajaan untuk melaksanakan urusan memakmurkan rakyat di bawah naungannya. Maka itu dia menepati ciri-ciri yang menepati sebuah Hadis Qudsi :



Bila Aku mencintai seorang hamba,
maka Aku akan menjadi pendengarannya,
penglihatannya, lidahnya, tangannya dan kakinya.
oleh Ku dia marah dan oleh Ku dia berjalan.



Inilah dia daulat sebenar raja-raja yang tidak boleh disanggah, daulat yang muncul kerana dia telah menjadi “perkakas” Allah untuk menyatakan wujudNya di alam ini. Sebab itu kitab-kitab lama tafsir mimpi ada menyebut, bermimpi berjumpa seorang raja adalah sama dengan bertemu Allah! Maka fahamilah hakikat ini…

Walaupun bakat semulajadi yang boleh menimbulkan daulat sebegini wujud di kalangan mereka yang terpilih dari keturunan yang mulia, besar kemungkinan ia akan terpendam jika tidak digilap dengan amalan-amalan tertentu. Sebab itu amalan-amalan khusus seperti adab makan, berpuasa, bercampur-gaul dan sebagainya seperti dihuraikan dalam kitab Tajus Salatin atau Mahkota Raja-raja yang menjadi pegangan istana diajarkan kepada setiap putera yang layak suatu masa dahulu.

Cara terbaik untuk mendapatkan manafaat sepenuhnya adalah dengan mendapatkan tunjuk ajar seorang guru mursyid yang diakui pencapaian kerohaniannya, yang wasilah kerohaniannya bersambung terus-menerus dari seorang guru mursyid kepada seorang guru mursyid yang terdahulu sampailah kepada guru segala guru, Rasulullah SAW. Bukankah baginda pernah bersabda: “Aku ini gedung ilmu, dan Ali itu pintunya. Maka jika engkau hendak masuk ke gedung ilmu, masuklah ikut pintunya.”
Lagipun, pada mereka yang faham, Nabi Muhammad SAW adalah raja segala raja. Maka itu setiap bakal raja mesti mendapatkan didikan khusus baginda yang diturunkan kepada guru-guru yang mempunyai pertalian dengannya. Lalu di sinilah terserlahnya peranan golongan Sufi dan para wali dalam mendaulatkan bumi Aceh dan menimbulkan kebesaran raja-raja…


Perjalanan ke Pantai Timur

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Saya baru sahaja meneliti kembali blog ini serta komen yang diberi kebelakangan ini. Minta maaflah jika lambat menjawab atau sudah lama tidak mengenengahkan bahan baru, saya sebenarnya dalam perkelanaan sejak hari Sabtu lalu, ke Pantai Timur terutama Terengganu.
Kali terakhir saya berada di negeri Darul Iman ini adalah kira-kira 2 tahun lalu. Saya masih ingat semasa bertandang ke rumah Dr Sayyid Salleh, anak Mufti Terengganu dahulu, pemerintahan negeri bertukar tangan dari PAS ke BN. Dalam perjalanan terdahulu itu juga saya sempat dibawa berjalan oleh para waris ulamak terkenal abad ke 17 Masihi Tok Pulau Manis menziarahi makam-makam berkenaan keluarga ulamak ini terutama di sekitar Kuala Berang. Paling utama ialah makam moyang kepada Tok Pulau Manis iaitu Sharif Muhammad al-Baghdadi, orang yang dikatakan menulis Batu Bersurat Terengganu 700 tahun dahulu! Untuk pengetahun, Tok Pulau Manis pula dipercayai lahir sekitar 1650 Masihi. Beliau adalah guru serta bapa mertua kepada Sultan pertama Terangganu Sultan Zainal Abdin I.
Sekarang saya sedang berada di sebuah Internet Cafe di Kuala Berang. Sementara sempat ini saya akan cuba menjawab beberapa silap-faham yang saya lihat tersurat atau tersirat melalui beberapa komen yang diberi 2-3 hari ini. Apapun biarlah saya bercerita sedikit tentang perjalanan ke Pantai Timur ini OK...
Hmm... Paling senang saya rasa elok saya copy and paste balik sahaja log yang ditulis dalam laptop. Insyaallah saya akan letak beberapa gambar yang telah diambil dalam perjalanan kali ini tetapi rasanya lebih elok diletakkan dalam blogspot yang ini - SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)
OK... Silakan baca log saya ini... Ler... Baru saya ingat, log perjalanan tu ditulis dalam bahasa Inggeris campur aduk dengan bahasa Malaysia, dan ada sedikit perkara private tetapi saya rasa tak kisahkan dikongsi di sini... Dan saya rasa ingin menyertakan log sejak hari Rabu. Ada le hikmahnya itu... :]

22 Zulkad (13 Dec) Rabu – So tired today. Sakit2 badan… Malas nak keluar rumah. Rasa nak baring n tido je puas-puas. Around 5.30pm rasa macam kena bangun le keluar. So mandi n siap2… Keluar pi round KLCC… Continued editing BKA II in front of KLCC air pancut after lebih seminggu tak edit kot? Then went to Ampang Point. Back at Cik Yah’s almost 10pm.
Also today is the installation the 12 (or is it 13th?) Agung, Sultan Mizan of Terengganu

23 Zulkad (14 Dec) Khamis – Hmm… Tired but spent time surfing Internet until 6am baru tido. Woke up by call from Celcom 8.30am suruh register line handphone. Then surf Internet, tido balik at about 10.30pm. Woke up at 12.15pm, by call from Puan Musalmah of Library Negara saying paperworks for their order of 850 “Berpetualang” books are settled, just need my signature. Siap-siap, after luncthtime when to Wisma Selborn and sign the documents. Then took bus to Pertama Complex. Later hujan lebat. Singgah Sogo, sambung editing BKA II at air terjun at the 5th or 6th floor gitu…
Walked through Jalan TAR to Masjid India. Went to Mydin, bought GrandVision digital camera for RM299 (including 512k SD Card) and nick harversack for RM24.90. Balik rumah Cik Yah via LRT, sampai after Maghrib. Tired, ingat nak tido but CVT guys called asked to meet especially S Pandang. He had a wish. So went out to Dagang with the haversack containing laptop… Archer and Wali7 also around, then cam Tulis-tulis also COD3. Went to Pandan Mewah, rendesvous with Abnormal. Yap Perlis also came followed by Husmawi CVT then Empty. Hmm… That’s 10 guys isn’t it?
S Pandang tired. Want to leave the others at 1.36am or so, I followed. He sent me back to Dagang and I had drinks at Israq… At about 2.20am or so went to surau and completed editing of Bab 9, BKA II, alhamdulillah!

24 Zulkad (15 Dec) Jumaat – Went back to Cik Yah’s at about 8pm. Her family have left for Terengganu. I just stayed indoors…

25 Zulkad (16 Dec) Sabtu – So tired and malas. Nasib baik AbnormalSuam called at about 10.30am, woke me up. Met at Ampang Point, he paid me RM600 cash (for his hutang n Kencana articles, so owe me another RM600). At least that made me go out to check bus to K Terengganu. Went to Putra, malas nak tunggu sampai 10pm. Pi The Mall sat, then got urge to go to Pudu. Ended up taking 4.30pm bus to Kuantan. Arrived at about 9pm. Check the schedule of buses to KT. Pukul 11pm ada, lain-lain 2.30am… Next day paling cepat 9.30pm. Kira dah 26 Zulkad ni… Decide to jalan Kuantan, head for Masjid Jamek n see what happens. Along the way nampak shopping complex yang pegi dengan Hanif dulu. Nak pegi bookshop dalam complex tapi dah pindah dah bookshop tu. Instead pegi bookshop kat depan, tengah baca majalah Beladiri then Nur called (after almost 1 month senyap)… Masyaallah! Subhanallah! Then she told me, she got my msg tapi boring nak jawab… Marah le tu about the time I asked her to forget me, that is on 29th, last day of Syawal just before I went to Janda Baik.
Anyway she’s OK tapi ada le bengang sikit. Had a long chat. She wants to go out see Cicakman … Oh, phone putus sebab credit nak habis ke hapa, while Nur tengah bambu me, He! He!...
Walked towards masjid. Singgah sat tempat minum, tu yang boleh update ni…

26 Zulkad (17 Dec) Ahad
– Amar’s wedding in Terengganu… Continued from above. Walked to Kuantan bus-station. Turns out ada TransNational bas to K T’ganu at 1am. So took it… And there I was inside trying to sleep (sikit-sikit dapt le) while wondering apsal lambat sangat sampai. Ingatkan pasal banyak stop… Rupa-rupanya overshoot sampai Kota Bahru! Baru perasan bila nampak Jalan Long Yunus. Did Tok Kenali called or what?
Anyway arrived in KB town at 7.30pm. Checked with TransNasional ada bas to KT at 8.30pm but perut tak sedap. Pi jalan to Masjid Muhammadiah and berak, mandi kat sana. Then solat Subuh (tergendala) before breakfast nasi dagang/kopi depan masjid. Then walked to town… Alamak dah takda bus. Had to take 9.30am bas henti2 to Jertih, sampai after 11pm. Then got 12pm bus to KT, arrived after 2.30pm. To cut a long story short, finally arrived at Amar’s wedding nearly 4pm… So there… Lepas tu pi banglow (actually semi-D) yang family Cik But sewa kat Pantai Baru Buruk.
Didn’t feel well, slept early at 9pm woke up after 9am.


27 Zulkad (18 Dec) Isnin – The family (termasuk sedara-mara Uncle Nawi side) left by 11pm or saw. Amar and wife, Nad sent me to Pasir Payang. Wanted to eat telur penyu, bought dah masak punya at RM10 satu plastik then climbed Bukit Puteri (sebenarnya tutup sebab ada construction but went up anyway), pi Makam Syed Yassin then relaks sebelah and had 1st telur penyu… Masyaallah! Busuk semacam, is it bad or what. But there’s some more, thought at least could stomach 3… 2nd want have separuh dah tak tahan, On the way down, left the whole lot at construction site, mana tahu rezeki orang lain?
Walked through Kampung Cina area then when to Masjid Putih solat jamak qasar Zohor n Asar… Felt so tired and ngantuk, not well, slept until past 4. Bangun mandi, jalan to stesyen bus, had late lunch then checked out the buses, not sure where to go.
Time was about 5.30pm,saw bus to Kuala Berang. Hmm… Maybe I should go there, I thought so. Then I saw Pustaka Seri Intan next to bus-stop, decided to go in, Went to novel section, couldn’t find “Berpetualang”, Decided to check agama section,
saw this book on doa makbul, just opened up, some doa on rezeki or something from Nabi Ibrahim. While putting my book back, saw “Berpetualang”, from left to right in this order – books titled Mekah something, then Tariqat Naqsyabandiah then “Berpetualang”. Masyaallah! On the way out, I merrily strutted down the stairs, tengok-tengok my capal punya tapak, paku one part to terkeluar sikit. Tried to fix it, that when I saw bas Kuala Berang tapi right in front on the move… Alamak, dah tertinggal?
When to have coffee and sitting dumbfounded… What should I do? What next? Where to go? Just when I though I might have to sit until night like that, lost and not sure what next, Azrul called, car ready to take me anywhere (before, kereta dia masuk bengkel lambat siap, and I though perhaps takda rezeki le nak jumpa dia…).
N saw he came, decide to check out Makam Lama at Cabang Tiga (turns out be that of Sayyid Mustapha, the earliest known Al-Idrus in Terengganum died 1794, grandpa of Tokku Tuan Besar, great grandpa of Tokku Paloh!). There while sitting at the tomb, the gerak came… Go visit Tok Pulau Manis, then sleep at Masjid Tokku Paloh.
When to Pulau Manis, arrived just before Maghrib. Solat at Masjid Pulau Manis then head back to K Tganu. Dinner on the way, then when to Dr Syed Salleh’s house. He’s not in, takda rezeki kot… Next when to Surau Kampung Cina, Azrul wants to know the way. Oh… It’s Azrul’s birthday. Then went around Pulau Duyung jalan-jalan see Monsoon Cup yatch base before having drink at tidbits at Batu Buruk. Then Azrul sent me to Masjid Tokku Paloh. Kebetulan plak ada 2 orang, Ami Sayyid Abdullah al-Idrus and saudarara Nazir… Nazir had some history on Tok Pulau Manis and Tokku Paloh. Read it, then rest.
Oh… Nur called at nearly 3am… Said she came back from Kak Maria’s and fell asleep. She woke up and called me, told me what happedn at Kak Maria’s… Din and Hafiz were there. She was inspired to set another zikir session at the old house in Janda Baik, also thought of Perak trip and 1 night in Istana Iskandariah, then a zikir session at her house with her family, nak ajak Ku Ash sekali before trip to Wali Songo in Jawa… Kak Maria sms Ku Ash about it. Ku Ash told her, never to refer to Nur as just Nur but Sharifah Nur!
Then Nur sakit perut nak berak. Same thing to me. So putus call.

28 Zulkad (19 Dec) Selasa – Woke for Subuh jemaah then tido balik. Feel so tired n demam. Slept until 1pm. Mandi, solat Zohor jemaah dan qasar Asar before pi makan then ziarah makam Tokku Paloh. Returned to Masjid Tokku Paloh, panjat menara masjid, took some pictures then left… Walked until almost Cabang Tiga then tumpang bas ekspress balik from repair until jalan pi Bukit Kecik. Walked and saw behind Bukit Keledang, masuk and visited again tomb of Sultan Zainal Abidin I n the rest. Then walked around KT, also pi tepi sungai Terengganu estuary. Went to bas station and immediately saw 5.30pm bus to K Berang left. Walk around the area before masuk bas K Berang for 6pm, got tired waiting, keluar pi minum… Then went to toilet because my hp time said 5.47pm… Keluar je toilet tengok bas K Berang dah gerak… Alamak… Nak naik cab, even to Pulau Manis cost RM20…
Last-last just take bus to Dungun as that’s the only one left… Just follow gi mana aje… Sampai ke junction Bukit Putih ke apa, eh kat Cendering le, a few kilometre after Masjid terapung Ibai, saw signboard saying to Bukit Payong and K Berang, right junction. Decide to turun and walked that way. Saw wau bule dengan Malaysian flag as tail, 3 of them in the air.
After about 3 km or so dapat tumpang lori kecik pick-up up to Bukit Payong., 25 km or so from K Berang. Arrived by Maghrib. Saw Pustaka Seri Intan but had to go to masjid jamek first, mandi and solat, Then went to Pasaraya Seri Intan to buy biscuits before naik Pustaka. Saw 5 copies of BKA on sale at agama section there. Then walked a bit before having dinner at kedai, mee rebus n air sirap bandung. Then walked again and arrived at surau just in time before the rain got heavy. So there….