Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, February 08, 2018

Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Pesona Segenting Kra dan jejak Melayu utara

Salam semua. Sempena buku-buku terbaru saya, buku ke-11 dan 12 dijangka siap hari ini saya mahu mempercepatkan perkongsian cerita-cerita perjalanan ke Thailand 12-23 Disember. Pergilah kita ke penceritaan keseluruhan hari ke-8 perjalanan. Bersambung daripada artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - 'Menghidu aroma' sejarah lama Bangkok sebelum kembali ke arah selatan.


Pagi Selasa 19 Disember 2017. Melihat tempat letak kereta hotel dari luar bilik penginapan.



Sampai sahaja ke tempat ini lewat malam sebelumnya saya deja vu panjang/

Selepas bersarapan biskut, buah dan air seperti Milo saya mengajak isteri dan anak-anak berjalan kaki melihat persekitaran.





Kami sedang berada di Chumpon, sebuah bandar sederhana besar ke timur Segenting Kra. Kami sampai setelah memandu lebih 460 km ke selatan dari Bangkok.








Sebelum berjalan kaki bersama keluarga saya sudah terlebih dahulu meninjau-ninjau persekitaran secara berseorangan. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.

.









Ketika berjalan kaki bersama keluarga ternampak sekali kuil yang bertindak sebagai 'tiang seri'bandar dan wilayah. Saya pun singgah untuk melihat lebih dekat. Lihat artikel Kuil pasak (Pillar shrine of) Chumpon di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Kembali ke hotel untuk bersiap-siap saya mengambil kesempatan melihat persekitaran dari tingkat paling atas sementara orang lain mandi. Lihat Chumpon from on top of a decent hotel.


Jam 10.40. Setelah check-out hotel kami pun mengorak langkah meninggalkan Chumpon menghala barat ke Ranong.


Nampak satu pusat membeli belah di pinggir luar bandar kami singgah sebentar.


Kami harus mencari makanan halal. Jumpa le tuna dalam tin, makan dengan roti di luar pusat membeli belah.


Perjalanan disambung setelah terasa puas makan. Setelah beberapa lama sampai jalan berliku-liku merentasi kawasan berbukit-bukau. Lihat Road to Ranong.


Terlihat jalan kecil membawa ke satu kuil atas bukit kami pun naik.


Ada suatu macam pagoda dengan pemandangan menarik dari atas bukit. Lihat artikel-artikel berikut :-





Terdapat banyak patung-patung termasuk satu yang jelas berpakaian cara Melayu...





Perjalanan ke Ranong diteruskan menghala ke arah barat daya.


Tidak lama kemudian sampailah ke tempat tujuan utama hari itu...


Di sini terdapat batu tanda tugu menandakan kawasan Segenting Kra iaitu bahagian paling sempit di sepanjang tanah yang menghubungkan Semenanjung Tanah Melayu dengan tanah besar Asia di Indo-China.


Walaupun Segenting Kra itu meliputi wilayah sehingga kelebaran lebih kurang 70 km tempat ini ditanda secara rasmi sebagai Kra Isthmus (bahasa Inggeris untuk Segenting Kra) kerana di sinilah jalan utama Chumpon ke Ranong terletak paling dekat dengan sungai Segenting Kra.


Ini merujuk kepada sungai yang menjadi sempadan semulajadi antara negara Thailand dengan Myanmar/Burma. Di seberang sungai itu  dah masuk Burma.. Lihat artikel-artikel berikut :-






Menurut ceritanya wilayah kerajaan Melayu Kedah pernah meliputi kawasan-kawasan sampai ke Segenting Kra. Kalau tak salah begitulah keadaanya sehingga ke pertengahan atau penghujung abad ke-18 Masihi.


Daripada tempat yang ditanda sebagai Kra Isthmus tadi jalan utama menjauh dari sungai. Sampai beberapa jauh lagi ke hadapan baru kelihatan jalan yang harus membawa kembali dekat ke sungai.


Kami pun mengambil jalan tersebut. Sampai satu bahagian boleh kelihatan sungai terbentang luas...


Di sini sungai Segenting Kra telah melebar melebihi 4 km. Begitulah keadaannya sampai ke bandar Ranong lalu masuk ke Laut Andaman. Lihat First view of the wide part of Segenting Kra river.



Setelah beberapa lama kami dapat menemui satu kedai makan halal lalu pulun puas-puas.


Kami dapat menemuinya setelah terlihat satu masjid di tepian jalan. Ia adalah masjid pertama kami temi sejak meninggallkan Bangkok. Lihat Masjid (Mosque of) Ban Hin Chang, Ranong.
.

Ternyata ada kampung Melayu yang agak besar di tepi sungai Segenting Kra ini. Nama Ban Hin Chang itu adalah bahasa Thai untuk nama Melayu Kampung Batu Gajah. Lihat Exploring the riverside part of Ban Hin Chang.


Difahamkan ia adalah kampung Melayu Thailand paling utara di sekitar Segenting Kra. Kedudukannya menghadap bahagian luas sungai memberikan pemandangan yang sangat mempesonakan. Lewat petang saya duduk lama menghadap sungai dan pergunungan di Burma sambil menunggu matahari terbenam. Keadaan begitu mempesonakan sehingga kami membuat keputusan untuk bermalam.  Lihat Sunset over Myanmar from Ban Hin Chang.



Wednesday, February 07, 2018

Final Countdown - Buku berkembar Adam Melayu dan Benua Tua dah nak siap!

Mula-mula letak gambar ni. Kemudian baru boleh cerita..



Lebih sebulan lalu saya telah menulis artikel bertajuk Tentang backlog penulisan dan usaha buku baru... lalu berkongsi tentang satu projek buku baru. Hampir 3 minggu kemudian iaitu pada hari Sabtu 20 Januari pula saya menulis artikel Menerbitkan buku Adam Melayu dan Benua Tua untuk berkongsi perkembangan tentang projek itu. Pada artikel tersebut ada dinyatakan bahawa buku-buku dengan tajuk "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" berserta 'kembarnya', "Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia" sudah masuk kilang cetak. Sudah disebut juga saya telah menerima pembayaran demi pembayaran untuk pre-order atau tempahan awal buku (sebelum siap dicetak). Sekarang biar disambung cerita-cerita perkembangan sejak itu...


Gambar hiasan - Akan diceritakan apakah relevannya dengan artikel ini...


Adapun sebelum menulis artikel itu saya ada membuat update status berikut di Facebook iaitu pada jam  10:16 Jumaat malam Sabtu 19 Januari...


44 PADA 19 JUMAAT

Alhamdulillah petang Jumaat tadi 19/1/2018 saya telah menerima pembayaran ke-44 untuk pre-order buku2 terbaru saya yang melibatkan penyelarasan masa dan pengetahuan antara sains dan kitab. Ia adalah order baru menjadikan senarai mereka yang mahu membuat tempahan awal setakat ini mencapai 81 orang. Ketika menerima bayaran itu saya dan seorang sahabat sedang sibuk membuat pembetulan pada reka bentuk kulit buku, Ini bagi menyerlahkan sedikit teks yang didapati agak tenggelam selepas dibuat print-out berwarna di kilang percetakan. Selesai itu dah boleh mulakan pembuatan plet kemudian cetak. Insyaallah 2-3 minggu boleh siap...


------------------


Lima hari kemudian iaitu pada hari Rabu 24 Januari jam 2:53 petang saya membuat update berikut pula...


BAYARAN KE-50 DAN PROCEED TO PRINT...

Hari ini sudah genap seminggu buku2 berkembar "Nabi Adam dan Orang Melayu" serta "Benua Tua Melayu" masuk kilang cetak. Tapi instruction to proceed setelah menyemak perkara2 akhir seperti kedudukan Spot UV pada kulit2 buku baru diberikan petang Isnin 2 hari lepas. Apa pun hari ini saya telah menerima pembayaran ke-50 bagi pre-order buku. Alhamdulillah...:]


------------------


Esoknyai berlaku suatu hal membawa saya untuk membuat artikel bertajuk Menyelesaikan isu 'kemusnahan' kesan sejarah Melayu Islam awal di Kuala Lumpur di blogspot ini sebelum bersolat Jumaat keesokan harinya. Adapun gambar hiasan atas diambil daripada artikel tersebut. Lewat petang itu saya pun membuat update berikut. Nampak tidak relevannya?



BERKAT HARI JUMAAT, HAL BATU NESAN ACEH DI PINGGIR KL DAN MASUK PEMBAYAR KE-55...

Alhamdulillah di celah2 kesibukan menangani beberapa perkara lain termasuk hal makam lama berbatu nesan Aceh tertimbus di pinggir Kuala Lumpur jumlah pembayar pre-oder buku berkembar saya melibatkan masa mencapai 55 sejurus sebelum solat Jumaat tadi. Malam semalam pula, ketika saya meninggalkan rumah di Petaling Jaya di mana disimpan 4 biji batu nesan Aceh saya menerima pembayaran yang ke-54. Menariknya yang membayar itu sudah sedia tersenarai sebagai orang ke-54 membuat tempahan sekitar 3 minggu lalu. Macam ada makna nombor2 ini... :]


------------------


Pagi Selasa minggu lepas perkembangan orang masuk membayar duit buku telah membawa saya  untuk membuat update berikut :-



MASUK BAYARAN KE-66 PRE-ORDER BUKU

Salam semua. Sukacita dimaklumkan saya telah menerima bayaran ke-66 untuk set buku berkembar "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" dengan "Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia". Pada ketika ini buku2 masih dalam proses percetakan, Insyaallah dalam seminggu dua lagi siap...


------------------


Perkembangan semakin memberangsakan lalu saya membuat update berikut berserta gambar sekitar jam 5 petang Selasa  semalam...




AKHIRNYA. MASUK BAYARAN KE-77 PRE-ORDER BUKU - SEDIKIT PERKEMBANGAN BERKENAAN

Salam semua. Adapun 2 hari lepas saya telah menerima bayaran ke-76 untuk set buku berkembar "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" dengan "Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia". Maka itu semalam, setelah menyiapkan cerita hari ke-7 perjalanan saya dan keluarga ke Thailand 12-23 Disember 2017 saya pun check2 kot2 dah masuk bayaran ke-77. Cantik tu kalau dapat. Lepas cerita hari ke-7 dapat bayaran ke-77. Jadi 777. Saya kan ada gila2 nombor…

Tapi tengok2 takda. Tunggu punya tunggu sampai tengah malam masih takda. Sekitar setengah jam tadi saya tergerak untuk menyemak status terbaru akaun bank milik isteri. Tengok2 dah masuk bayaran ke-77 jam 2.35 petang tadi. Menariknya pembayar ini baru masuk sebagai orang ke-99 membuat pre-order. Sekarang biar dikongsikan beberapa perkembangan berkenaan.

Adapun sebulan lalu jumlah mereka yang menyatakan mahu membuat pre-order mencapai 70 orang. Ketika itu ia adalah jumlah yang ‘keramat’ buat saya kerana 70 orang itu boleh menerbitkan RM7,700 (70 x RM110 per set buku berkembar) untuk menampung baki yang diperlukan untuk membuat percetakan buku. Tapi itu dahulu sebelum saya perlu menambah beberapa ratus RM lagi untuk mendapatkan kertas yang lebih berkualiti juga belanja2 lain dalam proses penerbitan buku. Pun begitu jumlah 70 tetap dianggap ‘keramat’ lalu tempahan2 selepas itu disambung atas nama “Tempahan seterusnya”.

Sekarang biar dinyatakan, daripada 70 penempah awal itu masih ada 18 tidak membuat bayaran. Mungkin ada yang bertukar fikiran atau menyimpan duit untuk membayar kemudian. Nasib baik muncul penempah2 baru dapat menampung keperluan. Sesungguhnya duit bayaran yang dibuat itulah yang digunakan untuk menampung kos percetakan juga beberapa hal berkaitan. Sesungguhnya mereka yang membayar awal telah membeli saham untuk menjayakan penerbitan buku.

Pada ketika ini buku adalah dalam peringkat folding di kilang cetak. Ini bermakna segala isinya telah dicetak, cuma perlu diatur dan disatukan jilid demi jilid sebelum menjadi buku yang lengkap. Insyaallah kalau tiada aral melintang buku boleh diambil dari kilang pada minggu hadapan. Selepas itu saya akan mula mengeposnya kepada mereka yang telah membuat bayaran.

Sementara itu masih ada ruang untuk sesiapa sahaja masuk lagi sebagai penempah pre-order dan pembayar. Nama2 anda akan direkodkan sebagai orang yang menjayakan penerbitan. Selepas siap buku apa2 tempahan dan pembelian akan jadi biasa sahaja seperti mana halnya untuk buku2 yang sudah sedia berada dalam pasaran. Untuk bersama mengukir sejarah sebagai orang yang menjayakan penerbitan satu buku berkembar yang insyaallah akan mengubah cara orang ramai melihat dunia dan sejarah silalah buat bayaran sementara buku belum siap.

Untuk membuat bayaran ikut panduan berikut :-

CARA MEMBUAT PEMBAYARAN PRE-ORDER

Pilih salah satu harga berikut :-

1. RM110 sahaja bagi yang hendak mengambil buku terus daripada saya. Insyaallah akan diadakan satu majlis soft-launch di rumah saya di Bandar Sungai Buaya, Rawang untuk itu.

2. RM120.50 (satu set buku + RM10.50 pakej Poslaju) untuk pembaca di Semenanjung

3. RM126.85 (satu set buku + RM16.85 pakej Poslaju) untuk pembaca di Sabah dan Sarawak.

Untuk pre-order ini saya jual sekaligus satu set. Sila masukkan jumlah berkenaan ke dalam akaun saya :-

Affin Islamic Bank : 20-530-011171-1

Atas nama: Mohd Fahrulradzi b Mohamad Sapiee

Atau akaun isteri :-

Maybank - 112110854698

Atas nama: Nor Afidah binti Yusof

Selepas itu pm bukti pembayaran ke Facebook atau Whatsapp nombor saya 013-3082131. Sertakan sekali alamat pos dan nombor telefon untuk memudahkan urusan Poslaju.


------------------


Malam itu 9 saya membuat update berikut dengan gambar...




BUKU2 KE-11 DAN KE-12 SAYA TINGGAL NAK BINDING AJE...

OK. Ini saya dapat gambar daripada pencetak petang tadi. Nampaknya tinggal nak binding aje lepas tu siaplah buku2. Insyaallah paling lewat minggu depan settle. Cuma takut dah dekat sangat nak cuti Raya Cina, Kalau pos nanti sangkut lama entah kat mana2. Oleh itu saya dicadangkan agar mengepos lepas cuti raya. Apa kata kawan2?


------------------


Ketika itu saya menjangkakan buku-buku cuma akan siap sepenuhnya pada minggu hadapan. Tup tup pagi tadi saya mendapat panggilan 'panas' lalu membuat update dengan gambar berikut :-





TEMPOH PRE-ORDER BAKAL TAMAT ESOK - LAST CALL UNTUK TERSENARAI SEBAGAI ANTARA YANG MENJAYAKAN PENERBITAN BUKU

Salam semua.. Saya baru sahaja mendapat panggilan daripada pihak percetakan. Katanya buku dah siap binding sekarang dalam proses cutting. Esok Khamis dah boleh ambil lalu saya diminta datang membawa check untuk bayar baki 50% kos percetakan. Insyaallah saya akan ke kilang selepas menghantar anak pergi ke sekolah agama jam 2.30 petang.

Dengan itu akan tamatlah tempoh pre-order tidak lama lagi. Selepas itu akan jadi belian biasa seperti mana untuk mana2 buku yang sudah berada dalam pasaran. Dengan itu saya mengumumkan tempoh last call selama kira2 29 jam iaitu daripada sekarang sehingga saya dijangka mengeluarkan check untuk membayar selepas jam 3 petang. Siapa yang membayar dalam tempoh ini akan masuk senarai sebagai salah seorang penyumbang yang memungkinkan wujudnya satu set buku yang insyaallah akan mengubah pandangan umum tentang cara mereka melihat dunia dan sejarah.

Untuk mereka yang berminat sila ikut panduan berikut. Nama2 mereka yang tersenarai akan diabadikan dalam blogspot saya juga tulisan2 akan datang...

CARA MEMBUAT PEMBAYARAN PRE-ORDER

Pilih salah satu harga berikut :-

1. RM110 sahaja bagi yang hendak mengambil buku terus daripada saya. Insyaallah akan diadakan satu majlis soft-launch di rumah saya di Bandar Sungai Buaya, Rawang untuk itu.

2. RM120.50 (satu set buku + RM10.50 pakej Poslaju) untuk pembaca di Semenanjung

3. RM126.85 (satu set buku + RM16.85 pakej Poslaju) untuk pembaca di Sabah dan Sarawak.

Untuk pre-order ini saya jual sekaligus satu set. Sila masukkan jumlah berkenaan ke dalam akaun saya :-

Affin Islamic Bank : 20-530-011171-1

Atas nama: Mohd Fahrulradzi b Mohamad Sapiee

Atau akaun isteri :-

Maybank - 112110854698

Atas nama: Nor Afidah binti Yusof

Selepas itu pm bukti pembayaran ke Facebook atau Whatsapp nombor saya 013-3082131. Sertakan sekali alamat pos dan nombor telefon untuk memudahkan urusan Poslaju.


------------------

Ini diikuti update berikut jam 4 petang


ALHAMDULILLAH DAH MASUK 88 PEMBAYAR PRE-ORDER - TINGGAL 24 JAM SAHAJA SEBELUM PRE-ORDER DAN PELUANG MASUK GRUP KHUSUS DITUTUP...

Sukacita dimaklumkan sudah 88 orang membuat pembayaran untuk buku Nabi Adam dan Benua Tua. Pada ketika ini tinggal 24 jam sahaja sebelum pre-order dan peluang membuat pembayaran ditutup. Selepas itu akan dikira sebagai belian biasa sahaja.

Adapun mereka yang membayar telah saya masukkan dalam grup Whatsapps khas bernama "Adam Melayu Benua Tua". Ia asalnya untuk memudahkan urusan pengeposan buku nanti. Tetapi saya sudah membuat keputusan untuk mengekalkannya agar dapat menjadi medan perbincangan berkenaan isi buku selepas ia menemui pembaca mulai petang esok. Kecuali 2-3 orang yang terlibat dalam penerbitan buku cuma mereka yang telah membayar sahaja boleh masuk dalam grup. Selain daripada itu bolehlah ikut perbincangan yang akan keluar dalam FB "Nabi Adam, Orang Melayu dan Benua Tua".

Kiranya yang di FB itu umum sedangkan yang di Whatsapp itu khusus. Untuk masuk dalam lingkungan khusus sila buat bayaran sebelumm cut off time iaitu sebelum saya menyerahkan check untuk baki 50% kos cetakan buku, dijangka pada sekitar jam 3.30 esok petang Khamis...


------------------


Pada ketika ini jumlah pembayar sudah mencapai 91 orang. Saya buat artikel ini sebagai satu pelengkap gerak sebelum mengambil buku siap selepas 3 petang. Kalau larat dan sempat, sebelum ke kilang cetak saya mahu menyiapkan cerita harike-8 perjalanan ke Thailand 12-23 Disember lalu. Sebagai mengakhir artikel ini biar dikongsikan satu video yang dibuat seorang kawan selepas saya membuat pengumuman tentang 'Final Countdown'...






Monday, February 05, 2018

Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - 'Menghidu aroma' sejarah lama Bangkok sebelum kembali ke arah selatan

Salam. Setelah beberapa lama baru kita masuk ke bahagian separuh akhir perjalanan ke Thailand 12-23 Disember. Pergilah kita ke penceritaan keseluruhan hari ke-7 perjalanan. Bersambung daripada artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menelusuri keagungan Ayutthaya, pusat kerajaan Siam lama.


Pagi Isnin 18 Disember 2017. Melihat rupa hotel murah tempat kami menginap di Bangkok.


Letaknya sekitar 2-3 km sahaja ke kawasan kota lama Bangkok iaitu di pusat bandar raya.


Bilik nampak semacam tapi cukuplah untuk kami anak beranak berehat. Dengan sewa cuma 300 Baht satu malam ia hotel paling murah kami ambil sepanjang berada di Thailand.


Bila dah lewat malam nak cari hotel yang tidak mahal tapi cukup dekat dengan kawasan sasaran tak payahlah memilih sangat. Ketika kami sampai meter kereta menunjukkan kereta sudah berjalan sejauh 2,062 km sejak meninggalkan rumah.


Dan duduk di hotel murah tak terasa ralat nak keluar awal. Jam 10 pagi kami dah check-out lalu mula menjelajah kota Bangkok. Kali ini baru betul-betul dapat melihat keadaan setelah pertama kali sampai Sabtu malam Ahad dalam perjalanan ke Ayutthaya kemudian masuk balik tapi sampai dalam gelap juga Ahad malam Isnin. Lihat artikel My first proper look at Bangkok di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kawasan kota lama yang dimaksudkan adalah dataran di sekitar Grand Palace atau Istana Agung Siam/Thailand.  Pada penghujung artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menelusuri keagungan Ayutthaya, pusat kerajaan Siam lama ada disebut kami ada melawat pada waktu malam. Sekarang biar dilihat dalam keadaan terang dan jelas waktu siang.


Nak masuk pinggir kawasan pun kena beratur tunjuk paspot dan kena imbas badan. Oh, sebelum itu saya terlihat suatu tugu yang agak pelik tetapi melucukan. Lihat artikel Tugu Peringatan Babi (Pig Memorial), Bangkok di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)..


Dari kawasan pinggir yang selari dan terletak bersebelahan dengan parit kota lama perlu berjalan kaki dalam 250 meter untuk sampai ke Istana Agung.


Tidak berapa lama kemudian kelihatanlah istana di hadapan. Untuk pengetahuan ia dibina pada tahun 1782. Dalam artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menelusuri keagungan Ayutthaya, pusat kerajaan Siam lama ada disebut ibu kota kerajaan lama Siam di Ayutthaya telah musnah tahun 1767 akibat serang musuh dari Burma. Selepas itu seorang panglima Ayutthaya bernama Phya Tak Sin telah bangkit menentang lalu menghalau musuh. Beliau kemudian menjadi raja baru Siam yang mendirikan ibu kota baru di Thonburi, 80 km ke selatan kota Ayutthaya. Tetapi setelah beberapa lama Tak Sin sendiri dijatuhkan oleh seorang panglima beliau. Panglima inilah yang mendirikan kota  Bangkok sebagai ibu kota Siam selepas itu. Bangkok kemudian membesar lalu 'menelan' masuk Thonburi ke dalam kawasan bandar raya. Kota Bangkok yang asal itulah persekitaran di sekitar istana yang kelihatan.


Panglima tersebut menjadi raja Siam lalu kedudukan itu dipegang oleh anak cucunya sampai sekarang. Itulah yang dikenali sebagai Dinasti Chakri merujuk kepada keluarga diraja berkenaan, Ada juga memanggilnya sebagai Dinasti Ratrrnakosin merujuk kepada tanah atau kawasan pusat di mana Istana Agung didirikan. Menarik tentang kerajaan Siam atau kini dikenali sebagai kerajaan dan negara Thailand adalah bagaimana penduduknya sangat memandang tinggi raja. Sepanjang berada di negara ini saya perhatikan tidak ditemui langsung gambar-gambar atau poster ahli politik seperti halnya di Malaysia. Yang ada cuma gambar-gambar raja.

Pada pendapat saya inilah punca negara Thailand stabil dan dapat mencapai kemajuan. Saya perhatikan jalan-jalan rayanya elok cantik, jarang sekali ditemui berlubang-lubang seperti halnya di Malaysia. Tanpa dikenakan tol kecuali pada bahagian tertentu di Bangkok kita dapat memandu dengan selesa ke mana sahaja di negara itu. Teknologi tenaga angin pun dapat dimanfaatkan seperti ditunjukkan dalama artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menyahut 'panggilan' Sultan Sulaiman sebelum ke Tambralingga/Sri Dharmaraja/Ligor/Nakhon Si Thammarat. Sedangkan di negara kita yang sering para pemimpin dan penduduknya sering mengaku lebih maju kegunaan tenaga masih diperdebatkan. Kadangkala terasa ia sengaja diketepikan agar para pengusaha industri tenaga dapat terus meraih untuk sambil dibantu ahli politik agar mengekalkan status quo...


Saya dapat melihat pembangunan pesat merata, tandas bersih terjaga di mana-mana sebagai manifestasi rakyat yang tenang aman di bawah payung kekuasaan raja. Walaupun Thailand sering diberitakan berlaku pertukaran pemimpin politik secara mendadak,, naik junta tentera mengambil alih kuasa dan sebagainya, pada pandangan saya negara tetap stabil kerana tidak terlalu bergantung kepada ahli politik yang sering terpalit pula dengan kerenah permintaan kroni masing-masing. Ini boleh berlaku akibat memandang tinggi dan begitu menghormati raja. Bila raja bercakap sesuatu semua orang dengar malah Perdana Menteri Thailand pun boleh menikus akur. Di Malaysia saya lihat ahli politik sudah terlalu kurang ajar sehingga mengatasi kuasa raja-raja lalu membikin rakyat kacau...

Ini adalah di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand. Letaknya menghadap Istana Agung. Adapun bangunan yang dibina penghujung abad ke-19  ini pernah menjadi istana. Hal bangunan Kementerian Pertahanan menghadap istana lama seperti menunjukkan bagaimana setianya tentera terhadap raja lalu dengan itu negara dapat diamankan daripada segala macam kebodohan, kerakusan ketamakan ahli politik. Lihat Bangunan Kementerian Pertahanan (Ministry of Defence building), Bangkok.

Menariknya di halaman bangunan terdapat meriam lama Melayu terkenal Sri Patani yang dirampas setelah Siam mengalahkan Patani tahun 1785. Kelihatan saya diambil gambar bersama duit dirham HIKMAH berlatarbelakangkan meriam. Lihat Sri Patani dan meriam-meriam di bangunan Kementerian Pertahanan (Sri Patani and cannons at the Ministry of Defence building).


Selepas itu baru meninjau Istana Agung.  Tetapi cukuplah sekadar melihat daripada beberapa sudut luar. Nak masuk dalam kena bayar tiket 500 Baht satu kepala. Lain kali aje lah. Lihat Istana Agung (Grand Palace), Bangkok.


Kami turut melihat kuil 'pasak' Bangkok yang didirikan dalam lingkungan sama kawasan kota lama. Diberitakan ia adalah bangunan pertama didirikan iaitu pada awal tahun 1782 apabila Bangkok mahu dijadikan ibu kota. Terma "kuil pasak" ini pertama kali saya gunakan apabila menyebut tentang kuil dengan fungsi sama di Surat Thani 2 minggu lalu. Rujuk balik pada penghujung artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menyahut 'panggilan' Sultan Sulaiman sebelum ke Tambralingga/Sri Dharmaraja/Ligor/Nakhon Si Thammarat.


Ternyata panggilan "kuil pasak" sangat tepat. Ini kerana ia memang didirikan untuk memasak (ke mempasak?) suatu kota malah wilayah sekelilingnya sehingga sebesar satu negeri secara spiritual atau kebatinan. Google sahaja perkataan "Pillar Shrine" atau sebutan Thai "Lak_Mueang" dan bacalah penerangan. Disebut bahawa kuil di Bangkok ini adalah yang pertama seumpamanya didirikan oleh dinasti sekarang. Lihat Kuil pasak (Pillar shrine of) Bangkok.


Ini pula sebahagian daripada parit yang mengelilingi kawasan kota lama. Lihat Parit kota lama Bangkok (Bangkok old city moat).


Turut terdapat berdekatan adalah sebuah taman bunga yang terbuka kepada umum. Lihat Public park near the Grand Palace of Bangkok.


Selepas itu kami berpusing-pusing di sekitar pusat bandar raya Bangkok dan kota lama untuk mencari suatu tempat.


Malas nak sebut nama tempat. Dah jumpa dah pun tapi masalah pula hendak mencari tempat meletak kereta. Dicampur sistem jalan sehala kami dibawa semakin jauh pula apabila cuba mencari tempat letak kosong. Akhirnya kami buat keputusan terus aje le menghala ke arah barat keluar dari kota Bangkok. Lihat Cutting across Bangkok from east to west.



Dahlah tengah lapar, nak cari makanan halal pun susah. Sampai ke pinggir kota raya gergasi itu kami beli buah-buahan untuk mengalas perut. Kami juga mengorak langkah untuk kembali ke selatan. Adapun pada artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Satu perjalanan jauh penuh harapan hujung tahun 2017 yang dibuat 11 Disember lalu iaitu sehari sebelum memulakan perjalanan ada disebut bahawa sama ada selepas Ayutthaya atau selepas Bangkok kami mahu ke Siem Reap dan Angkor Wat yang terletak lebih 400 km ke arah timur. Jadi kenapa menuju ke barat kemudian ke selatan?


Sebetulnya ketika berada di Surat Thani lagi kami telah membuat keputusan untuk membatalkan perjalanan ke Angkor Wat. Ini disebabkan beberapa perkara :-


1) Setelah menyemak dalam Internet baru kami tahu tiket masuk ke Angkor Wat adalah US$37 satu kepala bagi orang dewasa. Ini dah makan banyak bajet.

2) Nak bawak masuk kereta sendiri ke negara Cambodia/Kemboja bukan semudah masuk Thailand. Kena dapatkan kebenaran rasmi daripada kedutaan mereka terlebih dahulu dan proses ini sendiri memakan masa sekurang-kurangnya 2-3 hari.

3) Apabila difikirkan dua faktor atas jadi sangat tak berbaloi membuat perjalanan tambahan pergi balik sejauh 800-900 km untuk ke Angkor Wat sedangkan kami cuma dapat memperuntukkan masa 1 malam sahaja di sana. Selepas itu harus berkejar kembali kerana ada had waktu kami bercuti sebelum masuk kerja.

4) Nak bawak masuk kereta ke Kemboja dah satu hal. Bawak masuk balik ke Thailand pun satu kerja walaupun lebih mudah. Lebih baik peruntukan masa juga belanja yang telah dipakai untuk insurans kereta bagi puas jalan-jalan di Thailand.


Sekitar 130 km ke barat kemudian selatan dari Bangkok kami singgah di satu kuil yang terletak di kaki sebuah bukit. Saya tertarik untuk singgah akibat tarikan kuil lain di atas bukit. Ia pertama kali dilihat pada waktu malam dalam perjalanan dari selatan ke Ayutthaya pada hari Sabtu malam Ahad lalu saya mengalami deja vu lama sambil memandu...


Di kuil bawah bukit petang Isnin itu pun saya deja vu panjang meninjau-ninjau kawasan dan beberapa bangunan..Entah apa yang istimewa tentang tempat dan persekitaran ini. Terasa seperti ada seorang raja Islam dimakamkan atas bukit. Lihat artikel Wat Tham Kaeo, Petchaburi.


Hal tersebut membuat saya terpanggil untuk masuk ke bandar berdekatan. Lihat Enter the city of Petchaburi.



Terjumpa pula satu kuil dengan menara-menara tinggi yang unik. Lihat Wat Mahathat Worawihan .


Semua ini berlaku akibat tarikan kuil yang kelihatan atas bukit. Kemudian baru saya dapat tahu di atas sana turut terdapat istana seorang raja Siam yang dibina sekitar tahun 1860.  Beginilah rupanya dilihat dalam perjalanan kembali ke jalan besar. Kalau tidak kerana kesuntukan masa tentu kami atau sekurang-kurangnya saya seorang akan memanjat naik ke atas.


Perjalanan diteruskan ke selatan dengan niat hendak mengambil  simpang masuk ke satu bandar bernama Hua Hin.


Adapun selepas sampai ke Ayutthaya pagi Ahad baru saya tersedar ada kawan lama memberitahu di Facebook bahawa di Hua Hin terdapat beberapa kedai makan halal. Itu adalah maklum balas beliau terhadap update saya sebelum itu menyatakan betapa susahnya hendak mencari kedai makan halal sejak meninggalkan Songkhla menghala ke utara tengah hari Khamis. Beberapa lama kemudian baru saya menyemak kedudukan Hua Hin. Ternyata ia sebuah bandar peranginan tepi laut yang popular tetapi kita tidak akan lalu kalau mengambil jalan utama utara ke selatan atau sebaliknya. Disebabkan maklum balas kawan baru tahu tentang kewujudannya. Ternyata ada beberapa kedai makan halal berdekatan stesyen kereta api sana.


Tentang rupa bandar, stesyen kereta apinya yang agak comel juga pantai sila lihat artikel-artikel berikut :-







Di sini cukuplah ditambah 150 km lagi ke selatan saya terlihat satu lagi kuil yang memberikan rasa deja vu yang panjang. Daripada nampak kuil di tepian jalan sampai naik tangga tinggi ke pintu masuk melihat ke bawah kemudian melihat segala macam patung yang ada di dalam semuanya pernah dilihat dalam suatu mimpi atau bayangan bertahun lalu. Entah apa pula maknanya ini. Yang saya tahu kedudukannya agak dekat dengan bahagian paling sempit Thailand yang bersempadan dengan negara Burma/Myanmar.  Lihat Wat Ang Thong, Thap Sakae, Prachuap Khiri Khan.