Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Januari 03, 2025

Perjalanan selatan penghujung 2024 - Dari penghujung tanah besar Asia ke Johor Bahru, Kota Tinggi dan Kluang

OK. Kembali pada cerita perjalanan. Bersambung daripada artikel Perjalanan selatan penghujung 2024 - Dari 'parit' ke 'parit' hingga ke Tanjung Piai.



Awal pagi Khamis 26 Disember 2024. Melihat matahari terbit dari dalam bilik tempat kami menginap di Tanjung Piai.




Selepas jam 10 bawa anak-anak pergi ke Taman Negara Tanjung Piai.




Sambil menikmati suasana hutan bakau meneruskan proses pengkhataman Al-Quran bagi bulan Jamadil Akhir yang sudah masuk Juz 30.



Di hutan simpan itulah terdapat tempat paling penghujung selatan di tanah besar benua Asia. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH...







Jam 1 petang baru keluar dari tempat penginapan lalu bergerak melepasi bandar Iskandar Puteri menuju ke Johor Bahru.



Singgah masjid jamek bagi menjamakkan solat Zuhur dan Asar.




Masuk sejenak ke pusat bandar raya.




Makan tengah hari lewat di tempat asal "kacang pol"...




Perjalanan diteruskan ke bandar Kota Tinggi.




Ziarah makam Laksamana Bentan...







Kemudian ke makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang...







Ingatkan lepas tu nak mandi di air terjun. Tapi tempat dah tutup langsung.




Perjalanan diteruskan melepasi Bandar Tenggara ke Kluang...




Singgah sebentar di kaki Gunung Lambak.




Malam itu membasuh baju kotor sepanjang perjalanan di sebuah dobi di tengah bandar. Di situlah dikhatamkan bacaan Al Quran.


Sumber-sumber ilmu pengetahuan - Falsafah dan Islam

Salam petang Jumaat 3 Januari 2025 bersamaan 1 Rejab 1446 Hijriah. Di celah-celah kisah perjalanan selatan timbul lagi majlis ilmu lalu biar dilepaskan cerita.



Majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) ini telah diwar-warkan sejak beberapa hari dalam grup Whatsapp kami. Profesor Dr Hamidullah Marazi yang merupakan salah seorang pensyarah mahu membawa tajuk yang boleh diterjemahkan sebagai "Sumber-sumber Ilmu Pengetahuan - Falsafah dan Islam." Ada rasa ingin hadir secara fizikal. Tetapi siang tadi terasa tak berapa sedap badan untuk ke ISTAC. Malah nak ikuti apa-apa majlis ilmu walau atas talian pun tak ada mood.




Nak dijadikan cerita selepas menunaikan solat Jumaat kemudian menghantar anak ke sekolah petang buka komputer riba di rumah lalu mengikut perkembangan di WhatsApp. Ternampak lagi poster mempromosi majlis. Tengok jam 3.03. Majlis baru sahaja bermula. Terus klik pada pautan Zoom yang disuakan bersama lalu masuk secara atas talian.




Secara rata ia adalah tentang ilmu pengetahuan dan falsafah. Dinyatakan dahulu makna sebenar falsafah yang berasal daripada perkataan Yunani philosophia - Cintakan hikmah. Daripada konsep itu para pemikir purba mencari makna hidup, apakah realiti sebenar alam, apakah kuasa mutlak (Tuhan?) di sebalik penciptaan alam dan bagamana alam diatur oleh kuasa tersebut. Asalnya ada kepercayaan terhadap perkara-perkara bersifat metafizik iaitu di luar pemikiran dan logik akal kebiasaan. Namun semakin lama pemikir terutama di dunia Barat menolak perkara-perkara metazikif. Tumpuan diberikan hanya kepada apa yang mampu dicerap oleh pancaindera zahir disusuli pemikiran logik akal. Daripada situ falsafah menjadi medan fikir terhad yang menolak hal-hal keTuhanan.




Ini berbeza dengan dunia Islam yang mana hal-hal keTuhanan masih memandu pemikiran logik akal. Jika Barat menghadkan falsafah malah sumber ilmu pengetahuan hanya pada apa yang mampu dicerap melalui pancaindera kemudian melalui alatan-alatan sains lalu dirumuskan dengan akal, Islam melihat wahyu malah ilham dan gerak hati (intuition) sebagai sumber-sumber ilmu pengetahuan.



Namun dalam kalangan pemikir dan ahli falsafah Barat sendiri ada yang mula kembali pada sumber-sumber selain apa yang dianggap tidak berapa logik itu. Antaranya menurut konsep A Priori iaitu ilmu pengetahuan yang sudah sedia wujud dalam jiwa setiap manusia, bukan diraih melalui pembelajaran dan pengalaman. Konsep ini sudah ada dalam dunia Barat sejak zaman Plato lagi di Yunani 2,400 tahun lalu. Cuma perlu berlaku pengalaman hidup yang membawa kembali pada 'mengingatkan'. 

Dalam konteks Islam ia terkait dengan konsep zikir dan fikir. Zikir adalah mengingati Allah SWT. Dengan selalu mengingati Allah boleh timbul kembali ingatan ilmu sedia dalam diri yang telah dibekalkan kepada setiap manusia olehNya. Fikir boleh disamakan dengan cara dunia Barat secara rata menanggapi ilmu pengetahuan. Ini yang boleh terbit melalui pembelajaran, pengalaman, cerapan panca indera dan pemikiran logik berdasarkan dapatan-dapatan berkenaan. Namun ilmu berdasarkan fikir ada hadnya. Untuk melepasi had itu perlukan sandaran melalui ilmu wahyu. Zikir boleh membuka pencerahan ke arah itu.

Khamis, Januari 02, 2025

Perjalanan selatan penghujung 2024 - Dari 'parit' ke 'parit' hingga ke Tanjung Piai




Gambar yang diambil jam 11.31 pagi Rabu 25 Disember 2024 ini menunjukkan saya dan keluarga mula meninggalkan persekitaran rumah ibu bapa di Kampung Temiang, Muar untuk menyambung perjalanan ke selatan.



Terus mengambil lebuh raya pintas untuk ke selatan bandar Muar masuk ke Jalan Abdul Rahman.




Itu adalah jalan utama pantai barat menuju ke Batu Pahat. Singgah sebentar di masjid ini untuk menunaikan hajat. Lihat artikel Surau (Praying hall of) Baitul Ummah, Parit Unas di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Menyambung lagi perjalanan dari 'parit' ke 'parit'. Sepanjang perjalanan memang banyak tempat bernama 'Parit'. Parit Jawa le, Parit Bulat le Parit Jamil le malah begitu halnya hingga ke Pontian.




Berhenti pekena nasi beriyani gam Batu Pahat, dekat tepi  jambatan utama menyeberangi Sungai Batu Pahat.




Selepas itu baru mengambil jambatan.




Lalu sebentar bandar Batu Pahat.




Singgah ke makam Habib Ali di selatan luar bandar...







Hampir jam 3.30 sampai ke bandar Pontian atau lebih tepat Pontian Kechil. Pontian Kechil bandarnya besar, sebelum itu lalu Pontian Besar yang merupakan sebuah pekan kecil. Jadi apa yang menerbitkan nama Pontian Kechil dan Pontian Besar? Sebenar sungai. Di Pontian Kechil sungainya kecil, di Pontian Besar sungainya besar, bukan ikut saiz bandar.



Masuk sebentar ke pekan Kukup.




Selepas itu baru ke Tanjung Piai, satu tempat yang ada keistimewaan tertentu yang tidak ada pada tempat lain. Apakah keistimewaan itu? Tunggu cerita sambungan. Sementara itu lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH...





Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,600 di CATATAN SI MERAH SILU. Sedangkan di blogspot berbahasa Inggeris saya BERPETUALANG KE ACEH baru mencapai 2,552 artikel, blogspot dwibahasa SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) baru 2,506.




Rabu, Januari 01, 2025

Perjalanan selatan penghujung 2024 - Ke makam Sultan Alauddin Riayat Syah setelah lebih satu setengah tahun

Selamat tahun baru 2025. Dah lewat malam aaa baru nak menulis. Bersambung cerita daripada artikel Perjalanan selatan penghujung 2024 - Ke Port Dickson membawa ke Masjid Tanah dan Muar.



Pagi Selasa 24 Disember 2024. Hmm. Tarikh cantik tu. 24-12-24. Kami membawa ibu bapa keluar berjalan-jalan ke bandar Muar.



Makan nasi beringin kegemaran dekat stesyen bas lama tepian Sungai Muar.




Boleh kata setiap kali balik Muar memang mesti singgah. Anak saya Rasyid yang belajar dan duduk asrama tahfiz di Cheras sahaja yang dah lama tak dibawa makan.




Seperti biasa pusing-pusing di berapa tempat.




Sekadar berkongsi. Kedua-dua ibu bapa saya sudah berumur 82 tahun. Tahun 2025 ni masuk 83. Semoga panjang umur dan sihat walafiat. Bapa masih kuat boleh berjalan, ibu yang dah kurang.



Petang itu saya keluar lagi. Tapi sekadar membawa bersama Rasyid yang berumur 15 tahun, tahun baru ni masuk 16 tahun. Isteri dan seorang lagi anak duduk rumah.




Pergi ke makam Sultan Alauddin Riayat Syah di Kampung Raja, Pagoh. Ia adalah satu-satunya makam Sultan Melaka yang diketahui masih wujud, lain sudah hilang dibongkar tanda dan batu nesan oleh penjajah lalu tidak dapat dipastikan kedudukan.




Selalunya bila balik Muar saya akan berusaha untuk ziarah. Kedudukannya cuma sekitar 24 km ke timur rumah ibu bapa. Tapi dalam beberapa kali balik kebelakangan termasuk Raya Aidilfitri dan Raya Haji tak bersempatan kerana sibuk dengan hal keluarga. Kali terakhir seperti ada direkodkan dalam CATATAN SI MERAH SILU adalah pada Mei 2023. Lihat Pulau Besar tahun 2023 atas asbab jengok ibu bapa di Muar




Masjid di sebelah makam. Katanya berdiri atas tapak istana singgah kesultanan Melaka yang pernah wujud lebih 500 tahun lalu. Teringat pernah mengadakan satu majlis ilmu atas nama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) 10 tahun lalu. Lihat Aturan komponen perjuangan demi kedaulatan Melayu dan Islam yang diilhamkan oleh Sultan Alauddin Melaka. Ketika itu kali pertama kereta terpakai KIA Caren yang dibeli September 2014 dibawa berjalan jauh. Sekarang sudah dilupuskan untuk digantikan dengan kereta keluarga sekarang. Lihat artikel Penghormatan terakhir untuk KIA Caren WKA248 yang dipersembahkan kurang 2 bulan lalu.. 

Saya tanda dan catatkan ini kereta gantinya (dalam gambar atas tadi, sama juga 7-seater tapi lebih kecil cc dan lebih jimat minyak) dianggap pertama kali berjalan jauh dalam perjalanan selatan ini. Walaupun sudah dibawa ke Muar seawal 2 hari dimiliki saya tidak menganggap sebagai perjalanan jauh pertama kerana dihadkan ke rumah ibu bapa lalu membawa mereka berjalan sekeliling sahaja walau ada sampai ke Panchor. Lihat Antara urusan keluarga, rumah dan kereta.



Oh. Saya dan anak ada masuk ke masjid untuk menunaikan solat sunat tahiyatul masjid. Tiba-tiba terdengar bunyi hentaman berdegum berdegam beberapa kali. Rupa-rupanya ada 2 ekor burung enggang cuba masuk ikut tingkap kaca yang tertutup. Selepas itu naik ke menara masjid.




Dari makam Sultan Alauddin mengambil satu jalan menyusuri Sungai Muar melepasi kuala Sungai Pagoh.



Dari jalan itu boleh sampai ke pekan Panchor.




Pemandangan Sungai Muar di situ sangat menarik. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,599 di CATATAN SI MERAH SILU.


Selasa, Disember 31, 2024

Perjalanan selatan penghujung 2024 - Ke Port Dickson membawa ke Masjid Tanah dan Muar

Salam malam 1 Rejab yang juga merupakan malam terakhir bagi tahun Barat 2024. Setelah mengambil agak banyak masa bagi menyiapkan lalu menyajikan artikel Wawasan ketauhidan untuk para ilmuwan - Menegaskan hala tuju universiti Islam juga pemikir awam biar cerita seterusnya perjalanan dibuat ringkas. Bersambung daripada artikel Perjalanan selatan penghujung 2024 - Menguji kereta 'baru' bagi perjalanan jauh.



Di kampung isteri di Tanjung Sepat kami lebih banyak berehat, kali ini di rumah seorang abang beliau yang baru sebulan dua siap, bersebelahan dengan rumah pusaka keluarga yang menjadi tempat kebiasaan menginap. Sambil itu dua orang anak menghabiskan masa dengan kawan sebaya yang berpangkat anak saudara mereka. Dekat jam 5 petang baru bersedia untuk menyambung perjalanan ke selatan.




Kami mengambil jalan menyusur pantai barat...




Sampai di Port Dickson berhenti berehat menghadap laut.




Dapatlah menyambung lagi sedikit bacaan Al Quran. Sasaran hari itu adalah untuk menamatkan juzuk ke-26.



Ketika masuk waktu Maghrib sedang mengambil jambatan menyeberangi Sungai Linggi dekat kuala masuk ke negeri Melaka.




Setengah jam kemudian lalu di Pantai Puteri. Dari situ masuk ke Tanjung Keling...




Sampai Masjid Tanah singgah bersolat di masjid lama yang memberikan nama. Lihat artikel Lawatan malam ke (Night visit to) "Masjid Tanah" di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Sekitar 10.45 baru sampai bandar Muar lalu singgah makan di medan selera Bentayan...