Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, March 14, 2012

Kembara Johor-Riau - Dari Mersing ke Endau-Rompin

Sampai kembali giliran perjalanan selatan 10-18 Disember 2011. Dan kita pun masuk ke penghujung siri...


Ahad Disember 18. Selepas puas berehat di sebuah hotel di tengah bandar Mersing kami pun sedia untuk berjalan lagi.


Hari itu asyik hujan sahaja. Risau juga kerana menurut berita dah nak masuk gelombang kedua tengkujuh dengan banjir dijangkakan melanda dari sekitar Mersing hingga ke Endau malah membawa ke Rompin, semuanya atas laluan yang dirangka harus dilalui hari itu. Namun berjalan tetap berjalan. Singgah sebentar jeti ke Pulau Tioman semata-mata hendak melihat kuala sungai. Lihat artikel Mersing river near its estuary di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Ini pula adalah pandangan pinggiran bandar dari atas bukit. Sebelum itu kami pusing bandar. Lihat Going around Mersing town.


Sebenarnya kami naik atas bukit untuk melihat Masjid Jamek Mersing. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Mersing.



Hujan semakin lebat. Kami berhenti sebentar untuk makan... sementara menunggu hujan reda ataupun kurang...


Berhenti juga di jambatan untuk mengambil gambar. Lihat Mersing river from its town bridge.



Kereta diletakkan ke tepi...


Beberapa minit selepas meninggalkan bandar Mersing menghala ke utara kami terlihat sebuah lorong di tempat bernama Kampung Makam lalu tergerak untuk mengambilnya...


Lorong itu membawa ke pantai menghadap Laut China Selatan. Lihat The beach at Mersing's Kampung Makam.


Rupa-rupanya memang ada makam.


Sedikit banjir diredah untuk melihat makam. Lihat Makam (Tomb of) Sharifah Manik.



Perjalanan seterusnya membawa ke Endau. Singgah dua buah bangunan. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Endau dan Sebuah surau berdekatan Endau (A small praying hall near Endau).



Sampai di pekan/bandar Endau...


Sekali lagi ingin melihat sungai... di satu bahagian sebelum pusat bandar ataupun pekan. Lihat River Endau just before town.



Laluan ke utara membawa ke jambatan yang terletak tidak jauh dari kuala Sungai Endau. Lihat River Endau from the town bridge.


Kereta diletakkan sebelum jambatan untuk saya keluar mengambil gambar. Ketika ini alhamdulillah langit agak terang.


Seberang sahaja jambatan kami telah meninggalkan negeri Johor untuk masuk ke daerah Rompin yang terletak di dalam negeri Pahang.



Hampir ke pekan Rompin singgah di sebuah masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Tengku Mahkota Abdullah, Rompin.


Dari peta yang dibawa saya dapat tahu kuala Sungai Rompin terletak tidak jauh dari pekan. Saya cuba mencarinya tetapi terjumpa dahulu pantai.



Seharusnya kuala terletak tidak jauh dari pantai tadi tetapi tiada jalan masuk dengan kereta. Harus pergi ke pekan lama untuk kawasan terdekat dengan kuala.


Ada jeti perikanan untuk pemandangan luas sungai. Lihat The Rompin river at the fisheries complex.


Kemudian baru kami meneruskan perjalanan ke utara. Oh, biar diingatkan... utara di sini bermaksud dari arah Mersing ya, di pantai timur Johor ke Pahang. Terlihat bangunan kayu yang menarik. Lihat Balai raya (Communtiy hall of) Kampung Deraman, Rompin.


Biar diulang. Perjalanan dibuat dalam keadaan hujan yang rata-rata lebat, sesekali sahaja ia berhenti atau tinggal renyai-renyai. Namun dalam keadaan begitu pun, saya tetap keluar mengambil gambar, di sini di jambatan terdekat menyeberangi Sungai Rompin. Lihat Rompin river at the eastern main road bridge.


Kemudian kami mengambil jalan ke Bandar Muadzam Shah. Lega sungguh kerana sudah melepasi laluan Mersing ke Endau-Rompin tanpa tersangkut dalam banjir. Singgah di masjid ini. Lihat Masjid (mosque of) Bandar Muadzam.


Masuk waktu senja baru kami menyambung perjalanan. Terlihat satu simpang ke jalan pendalaman yang boleh membawa ke Temerloh. Setelah beberapa lama kelihatan jalan masuk ke Tasik Bera. Hampir sahaja saya mahu ke situ kalau tidak kerana isteri sudah tak tahan penat... perjalanan masih jauh untuk kembali ke rumah sedangkan esoknya beliau masuk kerja.

Dengan ini tamatlah siri "Kembara Johor-Riau" yang dimulakan 3 bulan lalu. Sepatutnya artikel ini sudah siap dipersembahkan 11 Mac iaitu Ahad lepas tetapi komputer pula menghadapi masalah. Kemudian saya harus menghadiri satu bengkel/kursus penerbitan. Selain itu ada kerja-kerja yang perlu dibuat. Pendek kata banyak hal.

Maaf ya jika tulisan artikel kali ini terlalu ringkas. Cukuplah untuk saya melepaskan gerak dengan harapan semoga dengan siapnya siri ini, Allah akan memberikan qudrat dan iradat yang secukupnya untuk saya menyiapkan satu kerja yang sudah hampir 2 minggu tertunda. Amin. :]