Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, September 01, 2026

Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Pertama kali betul-betul memimpin rombongan

Salam semua. Merujuk pada artikel "Merah Silu Live", Maulidur Rasul dan Aceh yang dipersembahkan awal pagi Jumaat 15 Jamadil Awal 1448 Hijriah. Ada dinyatakan bahawa petang itu  akan ke Aceh lagi. Ia adalah lawatan yang ke-10 buat saya, ke-8 buat isteri. Kali ini kami memimpin satu rombongan dari Malaysia. Alhamdulillah, tengah malam tadi selamat sampai kembali ke rumah. Tanpa membuang masa biar dimulakan perkongsian cerita.



Adapun malam Jumaat itu menginap di rumah almarhum abang ipar sekitar 12 km dari lapangan terbang KLIA 2. Kami sudah bertolak dari rumah selepas Zohor petang Khamis, singgah di beberapa tempat di Kuala Lumpur sebelum ke situ. Tengah hari Jumaat 28 Ogos 2026 mengambil GRAB ke lapangan terbang. Kalau ikutkan hati mahu bersolat Jumaat terlebih dahulu di mana-mana. Tetapi tak sempat kerana harus sudah berada di lapangan terbang sebelum solat Jumaat biasa selesai jam 2.



Isteri di hadapan pintu masuk ke dewan pelepasan. Kali terakhir ke lapangan terbang adalah pada Februari setengah tahun lalu. Ketika itu, di KLIA 1, mengikuti rombongan 10 orang  pimpinan balu adik kepada bapa. Kami suami isteri membawa 4 orang anak, seorang adik almarhum ibu saya dan seorang sepupu belah ibu. Lihat Umrah sekeluarga 2026 - The complete set




Itu adalah kali pertama saya, isteri dan 2 orang anak menaiki kapal terbang setelah ke Aceh 7 tahun lalu. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019. Perjalanan turut disertai 4 orang lagi iaitu 2 pasangan suami isteri. Kali ini saya dan isteri memimpin 12 orang yang belum pernah pergi ke Aceh. Kebanyakan adalah kawan dan kenalan isteri semasa bertugas di TM iaitu Telekom Malaysia. Sepupu yang pernah bersama untuk umrah ikut sekali.



Rombongan dibuat atas nama gelaran saya sebagai penulis dan aktivis iaitu Merah Silu. Sebetulnya sejak bertahun lagi kami sudah diajak oleh seorang rakan aktivis di Aceh yang aktif mengendalikan pakej pelancongan supaya berbuat begitu, atas alasan nama saya sudah cukup terkenal di Malaysia. Kata beliau sepatutnya sudah lama melakukan pakej atas nama itu sepertimana dilakukan ramai ustaz, pendakwah dan sebagainya. Apa lagi atas nama itulah telah 4 kali dilaksanakan majlis ilmu di Aceh selain beberapa perjumpaan. Lihat artikel-artikel berikut :-






Namun saya sendiri tidak merasakan nama cukup popular untuk menarik rombongan. Walaupun 2 daripada acara telah disertai belasan kalau tidak pun 20 lebih orang dari Malaysia itu sebenarnya diatur oleh pihak lain. Dan lagi saya sudah penat melaksanakan acara selain kesibukan sedang membuat PhD di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Setelah beberapa lama isteri  mendapat gerak untuk melaksanakan.



Saya pun memberikan kebenaran menggunakan nama. Beliau yang mengatur sehingga jadi, saya cuma perlu membawa jasad, roh dan ilmu pengetahuan. Itu yang diberi nama "Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu". Gambar ini menunjukkan bahagian ke barat Banda Aceh dari atas kapal terbang.




Sampailah kami ke Aceh setelah 7 tahun tidak bertandang. Saya sendiri datang dalam keadaan jauh lebih matang dan lebih banyak pengetahuan termasuk hal-hal melibatkan kaitan keluarga belah bapa, keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak dengan kesultanan.



Rombongan bersama rakan aktivis dari Aceh Ustaz Mujiburrizal (paling kiri).




Walaupun kami 14 orang sendiri bergerak atas nama "Ziarah KeSultanan", ini tidak dinyatakan dalam poster. Ini kerana sudah dimaklumkan boleh menjadi sensitif dan menimbulkan masalah politik. Ada yang melihat mengangkat kesultanan sebagai usaha mahu memisahkan Aceh daripada negara Republik Indonesia.



Di sinilah tak perlulah diberikan penerangan kenapa boleh terjadi begitu. Banyak sebenarnya sudah diterangkan dalam penulisan-penulisan lama saya terutama dalam siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" yang terbit tahun 2006-2007. Saya sendiri pernah dicurigai sebagai simpatisan GAM (Gerakan Aceh Merdeka) oleh TNI (Tentera Nasinal Indonesia) kerana berani hendak masuk ke Aceh ketika peperangan antara kedua pihak masih hangat tahun 2004.  Saya datang dalam keadaan aman, sebagai seorang yang memiliki darah keturunan Aceh bagi mempereratkan persaudaraan.




Walaupun tulisan-tulisan saya sudah diperakui ramai pihak, malah dibuat kajian akademik lagi oleh mereka yang bergelar Profesor, menyatakan saya sebagai seorang yang aktif menyambungkan kembali hubungan antara Aceh dan Semenanjung Malaysia melalui cara tersendiri berdasarkan pengalaman pengembaraan sebenar, seperti disebut tadi saya tetap merasakan masih belum cukup popular untuk menarik rombongan. Nah. Sekarang sudah jadi. Saya tidak mampu melakukannya kalau tidak kerana usaha isteri yang turut dibantu kawan-kawan.



Ustaz Mujib memberikan kata-kata aluan kemudian menerangkan arah tujuan perjalanan. Untuk makluman beliau sebenarnya seorang selebriti di Aceh dan Indonesia. Selain menjadi penyanyi nasyid yang apabila bertandang di Malaysia (isteri beliau orang Negeri Sembilan) sering menyanyi bersama kumpulan-kumpulan terkenal seperti Raihan dan Hijjaz beliau adalah duta Museum Aceh.




Singgah di tanah perkuburan Siron di mana disemadikan sekitar 46,000 orang daripada lebih 200,000 jiwa yang terkorban akibat peristiwa Tsunami yang melanda Aceh dan banyak tempat 26 Disember 2006. Ia terletak dalam perjalanan dari lapangan terbang ke bandar.



Sesungguhnya rata-rata masyarakat dunia mula mengenali Aceh hanya selepas peristiwa tersebut berlaku. Kami para aktivis berdiri di atas gelombang itu untuk membawa ramai untuk mengenali Aceh yang lebih gemilang, Aceh semasa zaman kesultanannya masih hebat, sehingga dikatakan adalah 5 antara kerajaan Islam terbesar di dunia.



Semasa zaman gemilang itulah terjalin hubungan rapat dengan Semenanjung Malaysia, sehingga seorang anak raja negeri Perak kemudian anak raja negeri Pahang pernah menjadi Sultan-sultan di Aceh.






Masuk waktu malam baru sampai ke pusat Banda Aceh.




Masjid Baiturrahman yang sangat terkenal sudah memiliki kawasan letak kereta bawah tanah dan laluan masuk dari situ.



Boleh dikatakan tidak sah ke Banda Aceh tanpa masuk ke masjid yang memiliki unsur Masjidil Haram di Mekah juga Masjid Nubuwah di Madinah. Lihat artikel Lawatan malam ke (Night visit to) Masjid (Mosque of) Baiturrahman, Aceh 2026 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.