Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, July 12, 2014

Meninjau persekitaran Ledang untuk HIKMAH akan datang

Salam semua. Semalam Jumaat 13 Ramadhan saya ada membuat artikel bertajuk Memecah tempoh rehat dengan bertandang ke Gunung Ledang di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Melihatkan gambar yang menjadi hiasan timbul rasa untuk menulis sedikit cerita berkaitan di sini. Jadilah ia artikel pertama di blogspot ini sejak bulan Ramadhan tahun ini menjelma...


Sabtu lepas kami sekeluarga bergerak untuk kembali berbuka puasa di rumah ibu bapa di Muar. Dalam perjalanan singgah di rumah anak buah di Alor Gajah lalu timbul rasa untuk menghala ke Jasin seterusnya ke Gunung Ledang. Kali terakhir kami menjejakkan kaki di gunung itu adalah ketika mandi air terjun sekeluarga penghujung tahun 2011. Lihat Dari Muar ke Negeri Sembilan : Menyusur laluan Sungai Muar?. Sebulan sebelum itu saya dan isteri ada membawa anak kecil kami Rasyid naik ke puncak. Ketika itu Rasyid berumur 2 tahun. Lihat Ke puncak Gunung Ledang bersama anak dan isteri sebelum menutup hari di Alor Gajah.


Kali ini cukuplah kami melihat dari jauh. Dari Jasin menghala ke Asahan sebelum masuk menghala ke Tangkak, lalu di pinggir bandar sebelum masuk ke Lebuh Raya PLUS. Sepanjang perjalanan boleh kelihatan Gunung Ledang dari beberapa sudut. Adapun seminggu sebelum itu saya dan isteri ada bermesyuarat dengan beberapa pihak untuk mengadakan acara kedaulatan Melayu dan Islam di Ledang. Itulah yang diceritakan dalam artikel Memecah tempoh rehat dengan bertandang ke Gunung Ledang, artikel pertama di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) setelah menyatakan diri mahu berehat daripada aktiviti-aktiviti serupanya sejak lebih 2 bulan lalu.


Sesungguhnya laluan yang merupakan satu peninjauan persekitaran Ledang dan ada kena-mengena dengan rancangan mengadakan acara HIKMAH, HIKMAH yang ke-11 itu tidak langsung difikirkan sebelum ini. Kami sekadar mahu balik kampung untuk berbuka puasa bersama ibu dan bapa petang nanti, ketika meninggalkan Alor Gajah baru timbul rasa untuk melihat gunung. Selepas Tangkak pula timbul rasa untuk menghala ke Pagoh melalui lebuh raya. Apabila masuk ke lebuh raya kelihatan lagi dengan terang pemandangan Gunung Ledang seperti ditunjukkan pada gambar tadi, pemandangan terakhir untuk perjalanan ini. Kerana perjalanan ke Pagoh menghala ke selatan membelakangkan gunung.


Gerak yang timbul ke Pagoh menyuruh menziarahi makam Sultan Alauddin Riayat Syah di Kampung Raja, satu-satunya makam Sultan Melaka yang dipastikan masih wujud di Semenanjung Malaysia. Adapun Sultan Alauddin ini adalah anak kepada Sultan Mansur Syah sedangkan salah seorang isteri Mansur Syah adalah puteri Betara Majapahit. Ada yang percaya Puteri Gunung Ledang yang sangat terkenal itu adalah hasil perkahwinan ini. Bermakna Sultan Alauddin dan Puteri Gunung Ledang adalah adik-beradik.



Adapun kami sampai ke rumah ibu bapa sekitar tengah hari. Petang hampir Asar kami membawa mereka ke bandar raya Melaka.


Ada bapa saudara, adik kepada bapa jatuh sakit dan masuk hospital. Kelihatan Masjid Negeri Melaka dari serambi hospital.


Ini pula gambar pagi Ahad. Terasa mahu menangkap pemandangan di kebun belakang rumah ibu bapa.



Selepas Zuhur kami harus mengorak langkah untuk kembali ke Lembah Klang. Berhenti sebentar menangkap gambar dua buah rumah yang kelihatan begitu cantik dan klasik tidak berapa jauh selepas jambatan kedua Muar.






Ke hadapan sedikit terdapat sebuah tempat menjual barangan lama. Singgah juga sebentar. Lihat artikel Pasar Karat, the "Rusty Market" of Muardi blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Ketika itu bapa saudara yang disebut sakit di Hospital Melaka baru 2-3 jam meninggal dunia. Al-Fatihah untuk roh beliau. Kami bercadang mahu melihat jenazah di hospital tetapi apabila sampai ke pinggir bandar raya Melaka kami mendapat tahu jenazah sudah dimasukkan ke dalam ambulans untuk dikebumikan berdekatan rumah Allahyarham di Masjid Tanah, sudah terkeluar jauh dari laluan perjalanan kami.


Kami menghala ke Ayer Keroh kemudian memotong ke MITC untuk masuk ke Durian Tunggal. Sambil mengelakkan kesesakan lalu lintas juga lampu-lampu isyarat di jalan utama Melaka ke Alor Gajah ini boleh dikira melengkapkan perjalanan meninjau persekitaran Ledang. Sampai di Melaka Pindah terasa nak ambil gambar. Bukan apa. Nama A. Gajah tu seolah-olah nama orang, macam A. Galak gitu... :]


Selepas Alor Gajah boleh kelihatan papan tanda ke tempat bernama Air Paabas. Terasa nak ambil gambar lagi. Lucu bila fikir siapa le minum air Pak Abas tu...



Ini pula gambar setelah kembali ke rumah. Adapun di Pasar Karat Santai kami ada membeli 2 keping ukiran kayu yang sama. Satu diletakkan di hadapan rumah seperti kelihatan ini, satu lagi dalam rumah. Selesai gerak penulisan kecil ini. Wassalam.