Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, April 25, 2021

Lain-lain perjalanan jauh yang harus diambil kira - Satu proses perlu bagi melengkapkan analisa

Salam hari Ahad malam Isnin 14 Ramadhan. Sebelum berkongsi cerita yang sepatutnya untuk malam ini biar dipaparkan dahulu apa yang telah diletakkan di Facebook sekitar jam 9 tadi...



BARAKAH 13 RAMADHAN

Alhamdulillah berbuka puasa petang Ahad 13 Ramadhan tadi jadi lebih bermakna setelah berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran bagi bulan Ramadhan sekitar 10 minit sebelum waktu berbuka. Sebelum itu timbul kerisauan juga tidak dapat mengejar sasaran disebabkan kepala terasa berat, badan kurang bertenaga, tekak kering, bacaan asyik tersasul lalu diulang-ulang sampai 7 kali pun ada demi mendapatkan rasa puas dapat mengikut tajwid semampu mungkin sambil membaca kuat dan berlagu. Dengan ini juga saya dapat mencapai sasaran khatam 3 kali dalam tempoh 3 bulan kebelakangan. Untuk bulan Rejab saya dapat mengkhatamkan pada hari ke-22, untuk bulan Sya'aban pada hari ke-17. 

Perkara ini tidaklah hebat bagi orang yang mampu mengkhatamkan Quran sebanyak 3 kali sebulan apa lagi bagi mereka yang dapat melakukannya setiap 3 hari malah sehari sekali. Tetapi sangat besar maknanya bagi saya yang banyak dosa dan sering kali tersasul juga baca merangkak2 sambil asyik menghadapi gangguan angin sendawa, sakit kepala dan bisa2 badan. Inilah kali pertama saya berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran dalam tempoh 13 hari. Ramadhan tahun lepas dapat melakukannya dalam tempoh 15 hari.

------------


Sekarang pergi kita pada hal yang mahu dikongsikan hari ini. Sebenarnya saya patut sudah memaparkannya petang Sabtu semalam tapi tak sempat disebabkan hal yang akan diberitahu dalam artikel ini.

Adapun selepas menyiarkan artikel Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa  petang Jumaat saya fikir boleh menutup perkara dengan membuat satu artikel yang menganalisa tren iaitu corak dan kecenderungan perjalanan-perjalanan saya sejak tahun 1989 sehingga tahun 2020. Kemudian timbul rasa mana boleh membuat analisa berdasarkan senarai itu sahaja? Kerana saya telah membuat banyak lagi perjalanan jauh tetapi tidak dimasukkan dalam senarai. Kalau betul-betul hendak membuat analisa harus diambil kira perjalanan-perjalanan lain itu. Sekurang-kurangnya harus dibuat satu senarai lain berdasarkan apa yang sudah dikongsikan dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU tetapi tiada dalam Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa.

Bermula Jumaat malam Sabtu saya pun mula melihat setiap artikel dalam blogspot sejak ia dibuka penghujung tahun 2006. Ternyata terdapat begitu banyak perjalanan harus diambil kira. Masuk tengah malam penelitian baru menghampiri penghujung tahun 2009. Tengah hari Sabtu penelitian pun disambung lagi. 

Selepas Asar, ketika sudah masuk pada perjalanan-perjalanan tahun 2011 baru tersedar terdapat satu perjalanan memakan jarak lebih 2,000 km tidak dimasukkan dalam Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewaHal ini membawa saya untuk membuat post berikut di FB...



PUNYALAH BANYAK MENGEMBARA JAUH SAMPAI SATU PERJALANAN LEBIH 2,300 KM BOLEH TERLEPAS, PANDANG TIDAK DIMASUKKAN DALAM SENARAI 50 PERJALANAN TERJAUH

Salam petang Sabtu 12 Ramadhan. Adapun selepas mempersembahkan artikel 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa semalam fikir saya boleh buat dah artikel analisis tentang tren perjalanan saya sejak tahun 1989 hingga 2020. Namun timbul pula rasa tak cukup. Kena betul2 melihat perjalanan2 lain yang tidak dimasukkan ke dalam senarai tetapi ada diceritakan di blogspot. Bermula malam semalam saya pun menyemak setiap artikel lama sejak blogspot dibuka penghujung tahun 2006. Tapi ketika masuk ke tahun 2010 baru tersedar ada perjalanan memakan jarak 2,367 km dengan 4,743 keping gambar diambil tapi tak masuk langsung dalam senarai.

Allah! Bagaimana boleh terlepas pandang ini? Sedangkan saya telah mengambil masa 4 bulan untuk menulis semua artikel berkenaan perjalanan tersebut - ada 123 buah disenaraikan dalam kompilasi  dan ada lagi 108 artikel tiada dalam kompilasi tapi ada dibuat dalam blogspot SENI LAMA MELAYU. Lainlah ada satu perjalanan sekitar 2,000 km sekitar tahun 1998-1999 diabaikan kerana tidak pernah menulis cerita tentangnya dan banyak pun tak ingat. Hal ini menunjukkan betapa banyak perjalanan jauh sudah buat sehingga boleh terlepas pandang. Lihat cerita berkenaan di sini...

-------------


Ceritanya boleh dicapai dalam artikel  Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur". Melihat pada jarak perjalanan 2,367 km ia sepatutnya dimasukkan ke dalam sejarah Top Ten iaitu 10 perjalanan terjauh. Timbul rasa bahawa satu perjalanan lain yang dikenal pasti boleh mencapai jarak dekat 2,000 km malah lebih tetapi diabaikan harus digali kembali ingatan tentangnya lalu dimasukkan dalam senarai 50 perjalanan terjauh juga. Tentang perjalanan tersebut ada disebut dalam artikel Sepuluh perjalanan istimewa melalui teks berikut :-


Sekarang biar diberitahu bahawa antara perjalanan yang boleh memasuki senarai 50 terjauh tetapi diabaikan adalah membuat liputan acara pertama lumba basikal Jelajah Mesra anjuran PDRM (Polis Diraja Malaysia) selama lebih kurang seminggu keliling Semenanjung. Ketika itu saya masih bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times (1996-2001). Saya ikut sama sepanjang perjalanan bersama rombongan polis lalu mencapai jarak yang harus mendekati 2,000 km kalau tidak pun lebih. Pun begitu yang melekat dalam ingatan cuma aktiviti malam di Alor Setar juga mengikut seorang penyanyi baru (ke pelakon?) wanita yang baru mencipta nama lalu boleh tahan terkenal makan malam di Pulau Pinang. 

Sekarang saya fikir perjalanan ini tidak boleh diabaikan lagi. Apatah pula perjalanan-perjalanan yang sudah ada ceritanya dalam CATATAN SI MERAH SILU. Maka itu saya perlu meneliti kembali semua artikel yang ada dalam blogspot  mengenal pasti manakah perjalanan-perjalanan yang harus diambil kira selain apa yang sudah tertera dalam Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa. Nak ambil kira semua perjalanan yang telah dibuat memang tak dapat kerana terlalu banyak. Boleh kata asal ada sahaja masa, kelapangan dan cukup belanja saya akan berjalan jauh ke luar kawasan. 

Buat masa ini biar dikongsikan apa yang sudah dapat dikumpulkan sehingga hampir jam 3 pagi Ahad. Ada antara perjalanan yang disenaraikan sudah ada kompilasi, ada yang harus dibuat kompilasi lalu dipersembahkan selepas ini. Dan setelah meneliti sampai perjalanan jauh terkini (sampai penghujung tahun 2020, tahun 2021 belum ada lagi) nanti setiap perjalanan harus dibuat lakaran dalam Google Map untuk menentukan jarak. Selepas itu akan dikemaskinikan kembali Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa. Selesai itu baru boleh dibuat analisa.


1. Selesainya satu bab dalam penulisan... (ditulis Ogos 2007 tapi merujuk pada dua perjalanan di Perak pada September dan Disember 2006)

2. Mengenang lawatan spontan ke Singapura 2006... (Nov 2006)

3. Mengenang kembali perjalanan mengambil video pusing Negeri Sembilan hingga ke Pulau Besar tahun 2008 (awal 2008)

4. Mei 2008...

Salam daripada tepian Sungai Perak

Laporan perjalanan terbaru ke Perak... Ada perkembangan yang memberangsangkan tentang makam Raja Ahmad!

Perjalanan terbaru ke Perak... Ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak! 

Perjalanan terbaru ke Perak... Sambungan cerita ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak!

Perjalanan terbaru ke Perak... Singgah ke Teluk Intan...

Perjalanan terbaru ke Perak... Mencari makam Keramat Sungai Durian dan membuka sedikit taraf sebenar keluarga Laksamana Raja Mahkota

Perjalanan terbaru ke Perak... Perjalanan malam ke Pasir Salak, Makam Raja Ahmad, Makam Keramat Kuala Bidor sebelum kembali ke Teluk Intan...

Salam ukhuwah untuk semua anak cucu Keramat Kuala Bidor dan Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam!

5. Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap! (Ogos 2008)

6. Balik raya 2008 

Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Membuka cerita di Raub...

Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Bermalam di sebelah makam Pengkalan Kempas...

Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Bermalam di Masjid Naning pula, sebelah makam Dol Said!

Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Bermalam di Masjid Kampung Hulu lalu sampai masa kembali ke Muar...

7. Perjalanan ke selatan dan naik balik (bersama isteri)... (hujung 2008)

8. Perjalanan hujung minggu lalu - Bukit Fraser, Janda Baik, Raub dan Kuala Lipis (awal 2009)

9. Awal 2009...

Perjalanan ke Jengka dan mood penceritaan terkini... 

Views from above the Karak highway

The mouth of the Lipis river... the place where Kuala Lipis began

Kuala Tembeling, the doorway to Taman Negara...

Makam (tomb of) Mat Kilau...

Masjid jamek (main mosque of) Pulau Tawar, Pahang

Dari atas highway Karak hingga ke Pulau Tawar... singgah sebentar ke makam Mat Kilau...

A visit to Gua (cave of) Kota Gelanggi - the way in...

A visit to Gua (cave of) Kota Gelanggi - enter Gua Tongkat...

A visit to Gua (cave of) Kota Gelanggi - Gua Balai and out...

In Temerloh for a dish of ikan patin...

Masjid (mosque of) Abu Bakar, Temerloh

Menunaikan hajat 6 tahun tertunda di Gua Kota Gelanggi dan makan ikan patin gulai tempoyak di Temerloh...

10. Takdir yang mencorak perjalanan terbaru ke Melaka...(Mei 2009)

11. Perjalananan terbaru ke Muar dan Ledang... ada kena-mengena ke dengan Ahlul Bait? (Mei 2009)

12. Mencari gulai asam rong di Raub, nombor 66666 dan majlis Ijtimak di Sepang... (Julai 2009)

13. Dari Lubuk Pusing, Selangor terus 'berpusing' ke hilir Perak... (Julai 2009)

14. Pusing Negeri Sembilan mencari Hulu Muar langsung ke Pulau Besar (Julai 2009)

15. Sept 2009


















24. Mei 2011 - (sampai Singapura)



25. Sekitar raya 2011





















Bawah ni pergi lagi Muar seminggu kemudian










Minggu seterusnya 16 Sept...

















26. Okt 2011














27. Pusing Perak - Tun Saban (Okt 2011)




























28. Nov 2011















3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah gambar juadah tadi adalah meatball bersama cheese... Wah ini kesukaan hamba ni..

Radzi Sapiee berkata...

Iya. Sedap kan?

Tanpa Nama berkata...

Sampai hati cakap sedap kan?... Nak menyindir ke tu...huhuhu.. kempunan dibuatnya oleh miker..