Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Sabtu, April 12, 2008
Semalam di Dungung, makang ikang atas pinggang, heh!
Khamis, April 10, 2008
Salam daripada Kajang... Selesailah satu perjalanan lalu kita cerita sedikit tentang BADAK! Semoga semuanya kembali harmoni selepas ini...

Selasa, April 08, 2008
Salam daripada Raub... Dan pengembaraan terbaru hampir tamat!
Dan ternyata sejadah "masjid mata" ini bukan ada satu malah banyak, dibuat dalam bentuk carpet lagi! Seperti biasa, saya yang suka tengok benda sedikit pelik terus teruja...
Kali pertama saya terlihat sejadah sebegini adalah di surau kecil dalam kompleks membeli-belah Ampang Point di Kuala Lumpur. Kali kedua di masjid berhampiran Jalan Penarikan di Bahau, Negeri Sembilan. Dan yang ini, kali ketiga di sebuah surau bersebelahan makam moyang kepada Tok Ku Paloh, wali besar Terengganu abad ke 19 Masihi... Apakah ada kaitan yang tersurat dan tersirat untuk semua ini?
Assalamualaikum semua... Sukacita dimaklumkan saya kini berada di Raub, Pahang dan semakin menghampiri penghujung pengembaraan terbaru saya iaitu pengembaraan ke/melalui/berpusing Pantai Timur yang dimulakan melalui Jalan Penarikan di Negeri Sembilan 3 minggu lalu. Oleh kerana saya telah memulakan trend membuat laporan terkini pengembaraan di mana ada masa dan peluang selagi boleh sejak beberapa bulan ini, maka inilah laporan terbaru, sebagai sambungan kepada laporan Salam daripada Kota Bahru, Kelantan! Salam Tok Kenali? yang dibuat Sabtu, 3 hari lepas...
Adapun sebaik sahaja siap laporan di Kota Bahru itu iatu hampir jam 4 petang baru saya keluar makan tengahari. Dan demi memenuhi hasrat seorang kenalan iaitu kakak saudara kepada seorang teman untuk bertemu berbual-bual seketika, saya pun pergi ke Nilam Puri berdekatan rumahnya di mana terdapat Masjid Kampung Laut... Dapatlah juga bersolat jamak di sana sementara menunggu kakak ini bersiap untuk keluar.
Kalau ikut rancangan awal, dari Kota Bahru saya mahu ke Kuala Krai lalu ke Dabong... Atau ke Nilam Puri untuk singgah di Masjid Kampung Laut, kemudian tetap ke Kuala Krai untuk ke Dabong... Ataupun harus ke Machang dahulu kerana bas yang melalui Nilam Puri harus ke sana... Yang penting, asal sampai ke Dabong nanti kerana ada tempat tertentu yang ingin diziarahi di sana.
Pertemuan dengan kakak ini telah mengubah rancangan. Dia kata elok saya naik keretapi ke Dabong kerana lebih murah... Memang saya merancang ingin naik keretapi ke sana tetapi daripada Kuala Krai. Sebaliknya akak ini membawa saya ke Wakaf Baru iaitu stesyen keretapi terdekat di Kota Bahru... Rupa-rupanya ada hikmahnya, hikmah yang sudah tentu akak ini sendiri tidak tahu kerana selama menemani saya berjalan-jalan di sekitar Kota Bahru beberapa hari itu, itulah baru kali pertama dia menziarahi tempat-tempat tertentu walaupun dia sendiri adalah anak jati orang Kelantan sedangkan saya adalah orang luar!
Dari Nilam Puri, kami melalui sebuah jalan potong sebelum masuk ke kawasan Wakaf Baru... Lalu sebuah kawasan bernama Kutan, terus saya teringat nama seorang ulamak besar Kelantan awal abad ke 19 Masihi iaitu Sheikh Wan Ali Kutan!
Dipendekkan cerita, saya rasa "terpanggil" untuk mencari makam Wan Ali Kutan. Sebaliknya bertemu dengan cicitnya lalu berbual-bual bercerita... Untuk pengetahuan Wan Ali Kutan telah dimakamkan di Mekah. Beliau adalah salah seorang guru kepada Tok Kenali. Antara bacaan amalannya ialah Hizb Bahr iaitu satu koleksi doa munajat oleh Imam Abul Hassan as-Syadzili yang ada saya paparkan di atas kanan blogspot ini...
Apapun, malam itu saya dapat menaiki keretapi ke Dabong, lebih 160km ke barat-daya Kota Bahru... Bermalam di masjid pekan kecil itu di mana saya menghadapi masalah sakit perut yang sangat teruk sehingga keesokannya, lebih 5 kali buang air besar cirit-birit! Mungkin kerana malam itu saya tidak makan malam betul-betul sebaliknya asyik mengunyah potato chips yang banyak garam bercampur keju kemudian mandi pula di masjid selepas tengah malam.
Dalam keadaan itu, pada paginya selepas solat berjemaah Subuh, saya menguatkan semangat untuk menuju destinasi seterusnya iaitu Gunung Stong... Walaupun dalam kesakitan badan, demam-demam serta rasa pinggang hendak "pecah" (bukan hendak patah ya, memang rasa macam nak pecah sebelah kanan) akibat sisa-sisa bisa sakit perut yang amat sangat dicampur kepenatan lama mengembara dan tidak dapat tidur betul, dapat juga saya berjalan memanjat sebahagian kecil gunung setinggi lebih 1,400 meter itu.
Cukuplah diberitahu saya sempat mandi di air terjunnya, di mana satu gigi air terletak pada aras 303 meter daripada paras laut lalu airnya menjunam ke bawah, katanya air terjun paling tinggi di Asia Tenggara... Kawasan ini juga dikaitkan sebagai tempat persemayaman terakhir raja perempuan Kelantan dahulukala iaitu Chik Siti Wan Kembang.
Sebelum itu saya pernah sampai sekali sahaja di sini iaitu pada tahun 1997... Ketika menaiki motosikal besar seorang diri mengikut jalan daripada Kuala Lumpur ke Perak menyusuri Sungai Perak sehingga ke Tasik Banding seterusnya masuk ke Jeli, Kelantan... Dari Jeli hendak ke Gua Musang melalui Dabong, ternampaklah gigi air terjun tinggi di Gunung Stong yang amat menakjubkan, terus membawa saya untuk bermalam di kaki bukit sebelum naik keesokan paginya semata-mata untuk melihat sendiri gigi air itu dengan lebih dekat...
Apapun, hari itu seterusnya saya ke Kuala Lipis dan bermalam di sana. Keesokannya petang Isnin, sempat menziarahi makam Tok Linggi @ Raja Ahmad (yang katanya datang dari Pagar Ruyung semasa Bendahara Wan Ali memerintah Pahang hampir 200 tahun lalu) sebelum menaiki bas ke Raub.
Itu sahaja laporan terkini daripada saya. Harapan saya, semoga kita banyak mencermin diri sendiri, bukan sentiasa berlagak pandai cuba hendak memperbetulkan orang lain sehingga orang lain tidak senang dengan kita pun kita masih belum sedar bahawa itu semua berlaku atas keceluparan mulut sendiri...
Percayalah, keadaan dunia sekarang semakin mendesak... Selama ini banyak yang saya cuba sampaikan kepada semua sebagai amanah keturunan yang patut disampaikan kepada ramai demi menghadapi cabaran akan datang, dan selalunya cuma mereka yang sudah ada sedikit pendedahan dan kefahaman sahaja yang dapat menangkap saranan yang diberikan sedangkan mereka yang tidak tahu apa-apa pula banyak sangat menyoal...
Bukan tidak boleh menyoal tetapi biarlah kena caranya... Kalau belum cukup pelajaran, pergi dahulu belajar di tempat lain sampai faham dan yakin kemudian baru berbincang kembali di sini... Jangan diganggu rentak penyampaian ilmu kepada orang lain...
Jangan sebab tak faham pelajaran di universiti maka pensyarah pula dituduh angkuh... Lain kali cermin diri sendiri yang semasa sekolah menengah dahulu pemahaman pelajarannya belum cukup cemerlang untuk naik ke tahap pelajaran seterusnya...
Jangan disangka banyak cakap dan suka membangkang itu satu kepandaian... Kalaulah itu satu kepandaian, sudah tentu para Nabi, para Wali dan para Ulamak menggalakkan para pengikut dan anak-murid mereka supaya selalu membangkang... Sebaliknya yang selalu disebut ialah samikna wa atokna, kami dengar dan kami taat... Bukannya kami membangkang bagi pendapat sendiri untuk menjadi "cermin" kepada orang lain.
Jangan le perasan dan terus hidup dalam perasan... Kelak kamu akan mati seorang diri tanpa ada seorang kawan pun di sekeliling kamu nanti. Kalau tetap mahu menegakkan benang basah dan "kepandaian" kamu yang tak habis-habis mahu orang lain menurut pendapat kamu, maka buat dalam blog sendiri... Tengok, orang suka ke tidak berkunjung dalam blog kamu itu... Kalau suka, Alhamdulillah, bagus untuk kamu... Kalau tidak, maka sedarlah bahwa yang kurang itu kamu, bukannya orang lain...
Sekali lagi, jangan perasan... Jangan kata orang tak datang blog kamu sebab orang lain semua bodoh.... Kamu sahaja yang lebih mengerti kerana ada "pandangan" tersendiri.
Bodoh! Seharusnya setiap hujah itu diukur dengan pendekatan Al-Quran dan Hadis serta Hikmah seperti cara Nabi... Dalam Hikmah, ada masanya kita perlu memukul orang yang terus-menerus tidak faham dan buat tidak faham... Orang yang terlalu buta dengan keadaan sehingga tidak sedar bahawa dia telah mengganggu ketenteraman dan talian silaturrahim orang lain.
Sebab itu ada Surah Al-Quran melaknat Abu Lahab... Sebab itu juga dengan Hikmah, kadang-kala kita perlu berterus-terang menyatakan seseorang itu BODOH! Maka belajarlah untuk lebih banyak mendengar sebelum menyatakan sesuatu pendapat. Semoga Allah menghilangkan KEBODOHAN kamu itu... Sekian!
Menyertai persidangan para wali di Terengganu? Hehe! :]
Lihat ini... Sebuah kunci bilik dengan kad tertera nama Hotel Wali... Siap ada tulisan VIP lagi!
Bukan tidak ada bilik-bilik lain, bilik-bilik yang bernombor tetapi saya pula boleh dapat bilik VIP! Hah? Bilik VIP... Camana pulak saya boleh dapat? Apa ceritanya ini? Hehe! :]
Sebenarnya bilik "VIP" ini merupakan sebuah bilik yang sangat ringkas... Tetapi cukuplah untuk seorang pengembara budget lagi sengkek seperti saya... Lagipun itulah satu-satunya bilik yang tinggal ketika itu. Semua bilik lain di hotel ini telah disewa orang...
Tengok, punyalah simple... Perhatikan betul-betul... Maaf kerana kamera digital saya tidak dapat menangkap gambar begitu jelas apabila kekurangan cahaya...
Apa yang ingin dipaparkan di sini adalah betapa "exclusive"nya bilik VIP ini... Sungguh exclusive sehingga terdapat jamban di sebelah kepala katil!
Apapun, inilah kali pertama saya menginap di sebuah hotel dengan nama Hotel Wali... Hotel Wali wooo!!! Jangan main-main... Dalam hari pertama masuk ke negeri Terengganu, dalam perjalanan terbaru saya ke Pantai Timur yang telah dimulakan 3 minggu... Inilah hotel yang ditemui dan berjaya menggerakkan hati setelah meninggalkan Kuantan, Pahang lalu sampai di bandar Chukai, Kemaman.
Dah le duduk kat Hotel Wali, dapat pula bilik VIP! Apakah ada erti tersurat dan tersirat untuk pengembaraan terbaru saya ini? Bukankah saya selalu mengembara untuk menziarahi makam-makam para wali selain makam raja-raja? Dan memang di Terengganu ini terdapat begitu banyak makam para ulamak juga raja yang bertaraf wali!
Sebuah cerita bergambar tentang Kemaman telah dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi... Tajuknya ialah A look around Kemaman, Terengganu... . Sebuah cerita bergambar tentang masjid batu yang agak cantik di sana pula telah dbuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Masjid utama (main mosque of) Kemaman, Terengganu... .
Sekian cerita ini sebagai pembuka cerita-cerita pengembaraan di Terengganu dan hal-hal berkaitan yang akan dibuat nanti. Selamats! :]