Pergi pada hari ke-2 perjalanan baru ke Pantai Timur. Bersambung daripada Asbab Haul Tokku Paloh - Dugaan sebelum masuk ke Pahang.
Awal pagi Khamis 2 Julai 2026. Bersolat Subuh di masjid jamek Karak.
Adapun sebelum itu telah bermalam di sebuah surau di Janda Baik. Tetapi selepas bangun untuk bersolat Tahajud jam 5 pagi terasa hendak bersiap lalu meneruskan perjalanan lebih jauh ke Pantai Timur. Kalau tidak harus selepas jam 10, selepas bersarapan lalu jalan-jalan di sekitar baru bergerak.
Sasaran seterusnya adalah makan ikan patin gulai tempoyak di Temerloh. Saja-saja ambil jalan lalu bandar Mentakab.
Dekat jam 10.30 baru menyambung perjalanan iaitu selepas 2 jam berehat. Masuk sebentar berjalan-jalan di pekan Temerloh sebelum mencari kedai yang sudah dibuka untuk makan tengah hari .
Sebelum tengah hari sudah selesai makan. Di tepian jalan lama menuju ke Kuantan terjumpa gerai menjual durian pada harga diskaun. Layan pekena musang king.
Laluan menuju ke Pekan juga membawa ke simpang untuk ke Tasik Chini. Singgahlah di tasik legenda tersebut. Lihat
Latest visit to Tasik Chini.
Selepas itu terlihat simpang menuju ke tempat ini lalu masuk untuk melihat sebentar.
Masuk juga ke Kuala Pahang untuk melihat satu kawasan tambak yang seharusnya memberikan pemandangan kuala sungai betul-betul di sebelah Laut Cina Selatan. Tapi ditutup kerana projek berkenaan masih tak siap-siap.
Singgah di makam Sultan pertama Pahang daripada keturunan Sultan Melaka (hidup hampir 600 tahun lalu).
Sampai ke makam Tok Guru Peramu dekat Tanjung Lumpur, Kuantan jam 7.55 malam. Yang ini memang dalam rancangan asal.