Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, July 21, 2012

Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Banjir kilat, Masjid Istiqlal dan makam Mbah Periuk

Alhamdulillah malam ini sudah masuk 1 Ramadhan lalu bermulalah ibadah puasa bagi umat Islam. Saya rasa ini malam yang sesuai untuk menyambung cerita dari Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Bermalam di stesyen kereta api Jakarta dan makam sultan terakhir Aceh...


Pagi Isnin 7 Mei 2012 saya melihat ke luar rumah penginapan.


Sejak awal pagi hujan tak henti.


Lalu jadilah banjir kilat di kawasan yang terletak di dalam lingkungan pusat bandar raya Jakarta ini.




Kami terpaksa menunggu lama sebelum dapat keluar. Selepas jam 2 petang baru mendapatkan bas untuk ke tengah kota.



Kelihatan di sini kami sedang menunggu beca. Masih ada hujan rintik sedangkan kami tak bawa payung. Anak kecil kami Muhammad Alauddin Johan setakat dilindungi kain lampin di kepala.


Kami mahu ke Masjid Istiqlal.


Pemandangan di kawasan terbuka masjid.


Untuk pengetahuan ini adalah masjid terbesar di Asia Tenggara. Ia boleh menampung tidak kurang 200,000 jemaah. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Istiqlal, Jakarta di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Dari masjid kami ke bangunan yang dipanggil Monumen Nasional ataupun Monas. Lihat artikel The National Monument in Jakarta di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Letaknya berdekatan stesyen kereta api Gambir.


Kami mahu menaiki kereta api ringan yang serupa perkhidmatan LRT dan kereta api komuter di Kuala Lumpur.


Pemandangan bandar raya Jakarta dari dalam stesyen yang terletak satu paras tinggi dari sekitar, seperti stesyen LRT Masjid Jamek di KL.


Kami turun di sini...


Stesyen Jakarta Kota...


Dari stesyen kami mengambil dua bas untuk sampai ke satu bahagian pelabuhan Tanjung Periok.


Walaupun kereta api ringan dikatakan sampai ke sekitar pelabuhan ia cuma berkhidmat pada waktu terhad lalu kami sudah terlepas kereta api terakhir. Di sini ada makam wali besar boleh diziarahi. 


Cuma perjalanan agak mencabar. Untuk sampai dari stesyen Gambir memakan masa 2 jam. Kemudian kami harus meredah air pasang besar yang melimpah ke atas jalan sejauh 500 meter lagi berjalan kaki.


Alhamdulillah, sampai juga ke kawasan makam.


Isteri dan anak-anak di hadapan bangunan utama makam. Lihat Makam (Tomb of) Mbah Periuk.



Tuesday, July 17, 2012

Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Bermalam di stesyen kereta api Jakarta dan makam sultan terakhir Aceh

Assalamualaikum. Setelah hampir 2 minggu kita melupakan cerita perjalanan pusing Pulau Jawa 1-14 Mei biarlah ia disambung...


Dalam artikel Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Batik Pekalongan dan makam Sunan Gunung Jati ada ditunjuk kami menaiki kereta api setelah menziarahi makam Sunan Gunung Jati. Biar diingatkan itu adalah makam Wali Songo yang terakhir kami ziarahi lalu cukuplah semua sembilan orang Wali Songo makamnya kami ziarahi dalam tempoh 5 hari. 


Dengan itu bermulalah fasa baru dalam pengembaraan. Kami bergegas ke Jakarta dan jam 2 pagi sampai ke stesyen Pasar Senen yang terletak di pusat bandar raya.


Jakarta kiranya tempat kami mahu berehat buat beberapa hari setelah selesai menziarahi makam para Wali Songo. Tapi jam 2 pagi nak tuju ke mana? Kalau check in hotel pun rugi dan kami bukan tahu pun tempat yang sesuai. Jadi bermalam dahulu di stesyen kereta api.


Alhamdulillah, anak-anak kami tiada masalah. Lihatlah si kecil Muhammad Alauddin Johan yang ketika itu belum mencapai umur 3 bulan tidur nyenyak di atas kerusi... sepertimana hal abangnya Muhammad Al-Aminul Rasyid yang baru nak masuk umur 2 tahun 7 bulan.


Bila hari dah terang kami pun bersiap.


Seperti biasa apabila di jalanan kami harus bergilir menggunakan tandas dan bilik air. Saya memandikan Rasyid sambil isteri menjaga Johan dan beg-beg kemudian baru isteri memandikan Johan dan saya pula menjaga Rasyid dan beg di kerusi. Apabila isteri mandi saya harus menjaga kedua-dua anak, begitu juga apabila saya pula mandi. Begitulah antara cabaran apabila keluar mengembara dengan anak-anak kecil, kena jaga sekali susu dan berak kencing anak, kena bersabar dengan kerenah dan emosi. Belum lagi dikira cabaran gangguan orang yang berniat jahat di tempat orang. Yang ini saya sebagai anak jantan harus menangani sendiri...



Namun adat apabila berjalan malah dalam apa-apapun keadaan elakkan konflik selagi boleh dan ada jalan. Ada caranya mengelakkan masalah. Kalau dengan orang yang faham bahasa, insyaallah senyuman sudah cukup untuk memudahkan dan menerbitkan rasa senang. Tetapi kalau dengan orang berniat jahat yang merasa dia kuat atau handal, perlu guna cara halus menunjukkan kebolehan agar mereka cuak dan tak jadi mengganggu. Kelihatan keadaan di luar stesyen.


Sebenarnya ada tempat tertentu yang ingin kami tuju di Jakarta. Selepas bertanyakan orang kami pun mengambil bas untuk ke sana.


Semasa di Malaysia lagi saya sudah mencari maklumat tentang tempat yang hendak dituju. Cuma bila dah sampai di Jakarta baru saya tahu stesyen kereta api tempat kami turun terletak di pusat bandar raya sedangkan tempat yang hendak dituju sekitar 7 km di luar. Kelihatan sebahagian jalan ditutup untuk orang beriadah, main bola pun ada. Saya diberitahu ini kebiasaan di Jakarta hujung minggu.


Oh. Lupa nak cakap. Hari itu adalah Ahad 6 Mei 2012. Bas menurunkan kami di satu bahagian kawasan yang dipanggil Pulo Gadong kalau tak salah. Kami mahu ke tanah perkuburan di Rawamangun tetapi ia tidak dilalui bas dari Pasar Senen. Kami pun mengambil pengangkutan beroda tiga (sudah lupa dipanggil apa) lalu mendapat tahu ada 2-3 tanah perkuburan di sekitar ini. Tak mengapa kata pemandu atau pak supir. Kita cuba lihat satu persatu, yang manakah ingin dicari..


Alhamdulillah dengan izin Allah kami dapat mencari tempat dengan sekali tuju. Termakbul juga hasrat yang timbul sejak setahun lalu untuk menziarahi makam seorang raja bernama Sultan Muhammad Daun. Lihat artikel Makam Sultan terakhir Aceh dan orang-orangnya (Tomb of the last king of Aceh and his men) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Sebenarnya rancangan asal saya adalah untuk mencari makam setelah mendapat penginapan yang sesuai di Jakarta. Namun Allah telah memakbulkan niat itu lebih awal. Pergilah kami makan pagi dengan senang hati selepas itu...


Sesungguhnya ziarah ke makam sultan terakhir Aceh itu adalah tujuan utama kami menjejakkan kaki di Jakarta. Selain itu bandar raya ini mahu dijadikan tempat berehat setelah selesai menziarahi kesemua makam para Wali Songo. Selepas itu kami akan memulakan perjalanan kembali ke Surabaya tetapi melalui selatan untuk menjadikan pengembaraan kami perjalanan pusing Pulau Jawa.


Selepas makan rehat di masjid berdekatan.


Menariknya adalah kedudukan di sebelah lorong dipanggil Jalan Sirsak. Adapun isteri saya setiap kali sampai ke Indonesia mesti teringin nak minum air buah sirsak atau durian belanda. Kebetulan ini adalah masjid/surau ke 17 dijadikan artikel untuk perjalanan Pulau Jawa ini. Lihat Masjid (Mosque of) At-Taqwa, Utan Kayu, Jakarta. Saya menulis artikel ini pula pada 17 haribulan Julai 2012. Masuklah umur anak kecil kami Johan 5 bulan...


Tujuan kami berehat di masjid adalah untuk menunggu waktu orang check-out dari hotel berdekatan ini. Ketika kami sampai hotel sudah penuh. Mana tahu tengah hari nanti ada bilik kosong? Adapun selepas menziarahi makam Sultan Muhammad Daud kami dibawa oleh pak supir ke sini kerana ia merupakan hotel terdekat yang tidak mahal, kira-kira 1.5 km sahaja daripada makam. Fikir saya kalau menginap sini saya boleh berjalan kaki ke makam bila-bila sahaja.



Sayangnya tiada orang check-out dan bilik terus penuh. Nak tak nak kami terpaksa mencari penginapan lebih jauh, penginapan sederhana murah yang ternyata lebih dekat ke pusat bandar raya Jakarta.


Di sini baru kami merasa katil empok. Maka kami anak-beranak pun berehat...



Nota : Pagi Subuh saya baru selesai memasukkan video satu ceramah yang saya buat di Muzium Negara Jumaat lalu, video yang memakan banyak masa untuk disediakan buat tatapan pembaca yang dihormati. Sila tonton di Ceramah "Batu Nesan Aceh" di Muzium Negara.