Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, May 20, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Laluan pantai Tok Bali ke Bachok dan terus...

Dengan sebutan Bismillah, petang Jumaat ini saya mulakan penceritaan hari ke 5 perjalanan di Pantai Timur penghujung 2010. Biar dimaklumkan. Ini adalah artikel ke 855 di blogspot ini. Bersambung kita dari Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Jerteh dan keindahan Bukit Keluang.

Pagi Rabu 29 Disember 2010. Setelah hujan yang melanda sejak petang hari semalam berhenti baru saya keluar dari tempat penginapan.


Ia terletak di Tok Bali di Kelantan. Selepas melihat gua-gua tepi pantai di Bukit Keluang, Besut, Terengganu, kami makan malam di Kuala Besut lalu ke Tok Bali mendapatkan penginapan di sini.



Dengan berkain pelekat dan belum mandi lagi saya keluar berjalan-jalan melihat persekitaran.


Di hujung benteng batu di kuala sungai Tok Bali saya duduk melihat ombak kuat Laut China Selatan...




Seronok juga duduk lama seorang diri menghirup udara segar sehingga timbul hujan rintik. Lihat artikel Morning walk at Tok Bali river estuary di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Selepas tengahari baru kami sekeluarga siap sedia keluar berjalan sama.


Tengok ni. Entah siapalah punya kerja...


Al-Rasyid berjalan ke hujung benteng.


Keluarga juga seronok melihat keadaan di sini. Lihat The kids' turn to enjoy the embankment at Tok Bali.


Kami pun meninggalkan Tok Bali.



Kami mengikut laluan pantai yang naik ke utara, sedikit ke barat menuju ke Bachok.




Sampai di Pantai Irama kami turun. Saya pun mula mengambil gambar. Lihat A brief look at Pantai Irama.


Anak dan isteri pula menunggu hidangan tiba. Ya. Kami mahu makan tengahari. Ketika itu sudah jam 2:30.


Ini memberi saya masa untuk mengambil gambar masjid di hadapan. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Mahmudi, Bachok di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Tidak lama kemudian makanan pun tiba.



Sambil makan dan meluangkan masa dapat juga menjemur pakaian yang sudah dibasuh dengan tangan di Tok Bali tetapi tidak sempat dikeringkan akibat hari asyik hujan. Maklumlah, dah masuk 5 hari berjalan. Tentu banyak pakaian kotor...



Perjalanan diteruksan mengikut laluan pantai.



Walaupun ada beberapa buah masjid dilihat dalam perjalanan ini kami tidak berhenti.



Tidak lama kemudian kelihatan simpang ke Kota Jembal, pusat pemerintahan Raja-raja Jembal yang pernah memerintah negeri Kelantan dahulukala. Memang saya bercadang untuk singgah tetapi hari lain.



Ternyata laluan yang kemudian semakin menjauhi pantai tetap akan menuju ke Kota Jembal.



Sampai satu bahagian jalan membelok menghala ke barat.



Rupa-rupanya ia mengelakkan sebuah sungai besar yang saya dapat tahu kemudian sangat berkait dengan keberadaan Raja-raja Jembal. Lihat A look at Sungai Pengkalan Datu.



Maka masuklah kami ke Kota Jembal. Artikel selepas ini akan lebih serius kerana memaparkan banyak makam-makam lama berbanding artikel-artikel sebelumnya yang kelihatan lebih santai berjalan-jalan.


Thursday, May 19, 2011

Istana lama Terengganu dan batu nesan Aceh di Muzium Negara

Memandangkan cerita aktiviti hari ke-4 perjalanan ke Pantai Timur penghujung 2010 sudah dilepaskan sehingga tamat melalui artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Jerteh dan keindahan Bukit Keluang yang dibuat petang tadi bolehlah kita membuat selingan sebelum masuk penceritaan hari ke-5. Namun seminggu ini saya dan keluarga kurang berjalan kecuali untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang sepupu di Meru dan menziarahi seorang ibu saudara yang sedang sakit menerima rawatan di Hospital Pantai. Cukuplah dengan sedikit cerita ini ya... :]

Tengahari Isnin saya singgah di Muzium Negara. Entah berapa lama saya tidak ke situ. Semasa zaman selepas tamat persekolahan penghujung 1987 dan sebelum melanjutkan pelajaran ke London 1991 saya selalu juga masuk ke dalam melihat barangan dan pameran yang ada...





Minat yang sama diteruskan di luar negara apabila saya selalu masuk ke British Museum yang terletak tidak jauh dari tempat saya belajar, University College of London. Sesekali saya akan pergi ke bahagian lain bandaraya London untuk melawat Natural History Museum. Di Muzium Negara kali ini pula saya sekadar lalu sebelum melangkah ke tempat lain. Lihat artikel Going around Muzium Negara, the National Museum di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Namun tetap timbul nostalgia yang mengingatkan betapa sejak kecil sehingga dewasa saya sangat mencintai ilmu yang bersifat saintifik lagi logik berbanding sekarang di mana saya lebih cenderung ke arah perkara-perkara bersifat ghaib dan tidak masuk akal. Selain itu saya amat meminati sejarah terutama yang berkaitan salasilah Raja-raja Melayu padahal dahulu saya tidak peduli malah pernah memandang rendah bangsa sendiri...

Hmm. Terasa hendak copy and paste bahagian berkaitan dari buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari diri dan erti" yang terbit Jun 2006. Dari bab bertajuk "Dari Perlak ke Perak : Kisah Keramat Kuala Bidor"...



-----------------



Rasyid mula tahu tentang kewujudan Keramat Kuala Bidor apabila tergerak untuk mengorek daripada almarhum nenek cerita-cerita lama tentang Perak. Sebelum itu, dia tidak mahu mengambil tahu cerita-cerita sebegini malah pernah dicop keluarga sebagai seorang yang westernised, terlalu keBaratan sehingga tidak mengenal budaya bangsa sendiri... Mungkin kerana pengaruh pengajian empat tahunnya di London dahulu?

Muhammad Al Aminul Rasyid juga pernah berbangga dengan kepintaran semulajadinya mengupas pengajian Barat seperti falsafah Socrates dan Plato yang ‘ditelan’ bulat-bulat. Buku-buku ideologi Mat Saleh seperti Das Kapital dan Communist Manifesto oleh Karl Marx, Wealth of Nations oleh Adam Smith juga The Prince karangan Nicolo Machiavelli, pemikir strategi politik Itali yang terkenal dengan ungkapan “The ends justifiy the means”, matlamat menghalalkan cara yang menjadi ungkapan azimat ramai orang politik pernah turut menjadi ‘makanan’ hariannya.

Pemuda itu juga memiliki sedikit ‘wajah Barat’, Jika semasa kecil dahulu, dia sering terasa malu kerana kulit putih kemerahan dan rambut keperangannya menyebabkan dia sering diejek sebagai “Mat Saleh Celup”, keadaan itu menjadi terbalik apabila memasuki zaman remaja. Rupa paras yang pernah menjadi bahan ejekan dan gurauan kawan bertukar menjadi aset pujaan remaja perempuan sedangkan ramai lelaki Melayu pula sibuk untuk memutih dan melicinkan kulit serta mewarnakan rambut supaya kelihatan seperti orang Barat yang dianggap lebih segak dan kacak.

Rasyid mula “naik syok” apabila sering dipuji memiliki rupa paras Orang Putih terutama oleh gadis-gadis cantik walaupun sejarah keluarga menunjukkan dia tidak memiliki darah Mat Saleh. Maka itu anak kelahiran Muar, Johor ini merasa tidak perlu lagi mengambil tahu cerita-cerita lama Melayu yang sering dianggap legenda dan mitos semata. Walaupun semasa kecil dahulu dia selalu terpesona dengan kisah-kisah lama seperti Hikayat Merong Mahawangsa dan Hikayat Inderaputra, di samping dongeng Barat tentang dewa-dewa rakyat Greek seperti Zeus dan Aphrodite, juga dewa-dewa Viking atau Norse Gods seperti Odin, Thor dan Loki kerana minat terhadap cerita-cerita berunsur kesaktian dan magic.

Pendiriannya cuma berubah apabila perasaan keMelayuan mula meresap kembali ke dalam dirinya, perasaan halus syahdu yang dicetus CD lagu-lagu M.Nasir nyanyian Hattan terutama “Lagu Cenderawasih” yang mempunyai semacam getaran mistik keMelayuan pada satu pagi buta semasa sedang mencuci serombong dapur di sebuah restoran Melayu. Ketika itu, tahun 1995, Rasyid sedang menuntut di tahun akhir pengajian tetapi terpaksa membuat beberapa kerja seperti menyusun buku di perpustakaan universiti, menyediakan makanan, melayan pelanggan dan mencuci periuk-belanga di kafetaria University of London Union di samping menyampaikan leaflet kepada orang-ramai di hadapan kedai buku Dillon’s bersebelahan, semuanya untuk menampung perbelanjaan hidup kerana pembiayaanya telah ditamatkan akibat melanggar kontrak penaja...

Malangnya, apabila kembali ke tanah air, dia terjebak lagi dengan suasana keBaratan yang mengenepikan nilai-nilai murni Islam dan keMelayuan. Tugas sebagai wartawan akhbar terkemuka sering membuat pemuda itu leka dengan majlis-majlis berprestij yang disertai pergaulan bebas, dihiasi wanita-wanita cantik, glamour dan mengghairahkan ditambah pula air kencing Syaitan yang mengalir tanpa batasan. Bayangkan parti eksklusif Formula One di kelab-kelab malam terkemuka ibukota yang dihadiri orang-orang terpilih. Dengan wanita bertaraf model yang selalu menghiasi acara-acara perlumbaan kereta turut serta melayani tetamu, segalanya ditaja syarikat-syarikat yang inginkan publisiti meluas. Tetapi dengan tidak disangka, selepas lama bergelumang dalam dunia hiburan langit terbuka zaman Internet penuh ‘kebebasan’, Rasyid mendapat sebuah mimpi ganjil yang memaksanya mengkaji cerita-cerita lama Perak seterusnya Aceh dan hal-hal berkaitan sehingga tertulislah buku ini...


Kali ini baru saya betul-betul tertarik dengan sebuah rumah kayu lama di sisi bangunan utama muzium. Bukannya saya tidak pernah singgah sebelum ini tetapi ia sudah begitu lama dahulu sehingga saya tidak ingat pun yang ia wujud di situ. Bezanya lawatan yang dibuat setelah sekian lama tak ke sekitar Muzium Negara ini, entah bila kali terakhir ke sini terasa berbeza kerana telah mengetahui banyak perkara yang dahulu tidak begitu dipedulikan. Apa lagi saya pun masuk ke rumah yang rupa-rupanya sebuah istana yang dibina di Terengganu hampir 130 lalu sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Ah. Terasa nak copy and paste sedikit isi dari buku ketiga saya pula, "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?" yang terbit Nov 2007. Dari bab "Mukadimah: Sedikit catatan mengenai tarikh dan peristiwa yang bercanggah"...


----------------



Suatu masa dahulu Rasyid juga kurang percaya terhadap perkara-perkara ghaib kerana terlalu menyanjung tinggi logik serta cara pemikiran rasional. Pemuda ini cuma mahu percaya apa yang dapat dibuktikan dengan lima pancaindera zahir, atau istilah ilmiahnya empirical science - ilmu Sains yang terbukti apabila sesuatu percubaan kajian ataupun eksperimen boleh diulang kembali dan dibuktikan hasilnya dengan konsisten di mana-mana makmal di mukabumi... Atau apa yang dapat dibahaskan di dalam dunia pemikiran mengikut hukum logik akal yang berasaskan apa yang dikenali sebagai Aristotlelian Logic, kaedah mencari kebenaran sesuatu perkara mengikut cara pemikiran ahli falsafah Yunani purba terkenal, Aristotle.

Anak Melayu jati ini pernah memandang remeh sejarah bangsa sendiri yang mengandungi banyak cerita-cerita pelik tidak masuk akal. Seperti kebanyakan anak berpendidikan Barat, Rasyid turut mempersoalkan kewujudan Hang Tuah... Apakah ia cuma satu mitos yang dicipta untuk menaikkan semangat orang Melayu yang hilang arah apabila dijajah? Sebagai orang yang kononnya telah mengkaji berbagai jenis sistem politik dan yakin terhadap sistem demokrasi, pemuda ini pernah mempersoalkan apakah relevannya sistem beraja. Lalu dia juga terperdaya dengan dakyah Barat yang mendakwa Raja-raja Melayu kononnya berasal daripada lanun yang mendapat kuasa dan takhta hanya kerana mereka kuat...

Sampai suatu masa, Allah SWT menunjukkan pemikiran logik yang amat diagung-agungkannya itu tidak sampai pun ke mana... Kepandaian akal fikiran yang pernah didewa-dewakan sehingga sanggup cuba merungkai masalah keTuhanan melalui sudut pandangan ilmu Sains peringkat tinggi seperti Quantum Physics, Theory of Relativity, Unified Field Theory dan sebagainya tidak mampu menggapai kebenaran yang hakiki. Malah bila direnung kembali apa yang telah berlaku, Rasyid bukan sahaja telah tersilap arah malah nyaris-nyaris jatuh kafir! Pemuda ini mulai sedar, banyak lagi perkara yang tidak diketahuinya... Begitu luas lagi rahsia alam ini dan kebanyakan jawaban bagi persoalan yang membelenggu fikirannya selama ini sebenarnya terletak di dalam lingkungan apa yang dipanggil sebagai perkara-perkara ghaib yang cuma boleh disusuri melalui ilmu Tasawuf dan hati yang murni. Ingat. Bukankah kita disuruh beriman dengan Allah SWT dan para malaikat? Dengan Hari Kiamat, Qada dan Qadar, Syurga dan Neraka yang kita tidak boleh nampak atau rasa dengan pancaindera zahir yang lima? Hal-hal yang tidak dapat diukur dengan akal fikiran biasa?



Berbalik pada rumah kayu di sisi Muzium Negara yang rupa-rupanya adalah sebuah istana lama. Punyalah seronok saya melihatnya sampai tidak mengendahkan larangan yang diletakkan di dalam. Saya sampai berbaring tidur sebentar di katil yang ada di dalam istana, tak sedar langsung ada CCTV memerhati lalu datang pengawal keselamatan memarahi. Apapun saya rasa agak puas. Lihat artikel Istana Satu (The 'One Palace') di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Saya juga seronok melihat batu nesan Aceh yang ada di luar istana. Sungguh. Bentuk yang ini serupa dengan satu-satunya batu nesan Aceh yang pernah saya ditemui pada sebuah makam di Kuala Lumpur. Lihat Selamatkan makam Harun Al-Rasyid, satu-satunya makam berbatu nesan Aceh yang masih wujud di Kuala Lumpur. Yang ada di Muzium Negara ini bukan makam-makam atau kubur sebenar. Namun menurut penelitian saya batu-batu nesannya asli , mungkin diambil dari beberapa tempat.

Allah. Sekali lagi. Entah bila kali terakhir saya singgah di Muzium Negara sampai tidak sedar atau tidak ingat di halamannya ada sejumlah batu nesan Aceh. Mungkin ada sebabnya baru kini saya betul-betul sedar tentangnya. Lihat Batu nesan Melayu di Muzium Negara (Malay gravestones at the National Museum).

Oh. Baru teringat. Beberapa hari lalu ada seorang pembaca memberitahu di Facebook saya bahawa hari Sabtu 21 Mei 2011 ini akan diadakan majlis Mauludir Rasul di makam Harun Al-Rasyid bermula 6 petang. Ah... esok le tu! Insyaallah saya dan keluarga akan datang bertandang. Makan malam katanya disediakan dan semua dijemput datang. Marilah meriahkan suasana. Rujuk lokasi makam dalam artikel Selamatkan makam Harun Al-Rasyid, satu-satunya makam berbatu nesan Aceh yang masih wujud di Kuala Lumpur. Selamat malam! :]


Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Jerteh dan keindahan Bukit Keluang

Kita tamatkan pula penceritaan hari ke-4 perjalanan ke Pantai Timur penghujung 2010. Bersambung dari Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Bukit Bunga dan Machang terus ke selatan....


Maka masuklah kami ke negeri Terengganu Darul Iman...



Memang lawatan ke negeri ini ada dalam rancangan kami. Cuma rancangan asalnya adalah kami cuma akan masuk ke sini dalam perjalanan kembali ke rumah kami di Bandar Tasik Puteri, Selangor... setelah puas melihat-lihat di Kelantan juga Patani Darussalam.



Namun selepas keluar dari Rantau Panjang lalu singgah di Bukit Bunga isteri mencadangkan agar kami sekeluarga pergi ke Terengganu. Kalau ikut rancangan asal, perjalanan cuma akan dibuat setelah mengembalikan dua anak tertua di rumah bapa saudara mereka di Kota Bahru, Kelantan. Singgah sebentar mengisi minyak di satu tempat. Terlihat sebuah masjid baru yang besar sedang dibina...



Nampaknya masjid baru ini akan menggantikan fungsi masjid lama yang lebih kecil di sebelah. Lihat artikel Masjid Seberang Jerteh baru dan lama (Mosques of Seberang Jerteh old and new) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Hampir ke bandar Jerteh pula terlihat jambatan menyeberangi Sungai Besut. Lihat artikel Besut river near Jerteh di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Seterusnya kami meronda sekeliling bandar. Lihat A quick look at the town of Jerteh.



Singgah sebentar di bangunan kayu yang menarik ini. Lihat Surau kayu sebelah stesyen bas Jerteh (The wooden small praying hall besides the Jerteh bus station).



Saya juga mahu singgah di masjid besar baru yang kelihatan di tengah bandar. Sambil itu isteri dan anak-anak terasa mahu mencari buku di kedai buku berdekatan sedangkan saya sendiri malas hendak memusingkan kereta mencari jalan masuk ke masjid. Saya pun turun berjalan kaki sementara mereka singgah di kedai.


Ketika menghampiri masjid terlihat penanda ini. Entah 33 hari lagi untuk apa, saya pun tak tahu. Untuk melihat gambar-gambar masjid masuk ke Masjid besar (Big mosque of) Jerteh.


Sekembali ke kereta ternyata mereka belum membeli buku kerana menunggu pendapat saya. Ini kerana semasa saya singgah di surau kayu sebelah stesyen bas lebih awal tadi, anak-anak ada turun di satu dewan yang menawarkan buku pada harga diskaun. Selepas membandingkan dengan harga kedai ternyata harga di dewan lebih murah. Kami pun ke sana.


Selepas itu kami meninggalkan Jerteh untuk ke destinasi seterusnya.


Hujan mulai lebat...


Ia surut sedikit di Kampung Raja. Terlihat pula sebuah masjid dengan kubah yang terasa seperti berbentuk puting makhluk asing. Tergerak untuk singgah. Lihat Masjid (Mosque of) Nasiruddin Shah, Kampung Raja, Besut.


Perjalanan diteruskan ke destinasi.

Ia adalah bukit ini yang dipanggil Bukit Keluang.



Saya pertama kali sampai ke sini pada satu malam Jumaat sekitar jam 9-10 awal 2009 tetapi tidak dapat melihat apa-apa akibat suasana gelap-gulita. Kali kedua sampai Ogos tahun itu pula adalah hampir Maghrib. Ketika itu bulan puasa, kami datang bersama 2 orang anak yang diambil di Kota Bahru sedangkan isteri sudah lebih 7 bulan mengandungkan Al-Rasyid. Kami sempat berbuka puasa di hujung selatan bukit. Selepas itu baru tahu di hujung utara ada gua-gua tepian pantai yang cantik lagi mengujakan tetapi hari sudah gelap.



Sejak itu saya berazam akan datang ke sini lagi tetapi waktu siang. Alhamdulillah selepas meninggalkan Rantau Panjang dan singgah di Bukit Bunga isteri mencadangkan agar kami ke sini.


Malah kami anak-beranak menghimpunkan solat di dalam gua. Untuk melihat klip-klip video yang menunjukkan keadaan sekeliling, lihat Ombak mengganas dan gua-gua tepi pantai di Bukit Keluang . Untuk gambar-gambar lihat artikel-artikel berikut...



The beach at Bukit Keluang


The caves of Bukit Keluang


Views from the top platform at Bukit Keluang


Ombak mengganas dan gua-gua tepi pantai di Bukit Keluang

OK. Untuk melancarkan penceritaan yang akan dibuat dalam artikel selepas ini iaitu sambungan tentang hari ke-4 perjalanan ke Pantai Timur penghujung 2010 biar diletakkan dahulu klip-klip video ini. Semuanya diambil di kawasan pantai Bukit Keluang berdekatan Kuala Besut, Terengganu. Silakan. Saksikanlah... :]

















Oh. Klip terakhir iaitu yang terpapar di atas ini adalah video ke 191 diletakkan dalam akaun Youtube saya (rujuk http://www.youtube.com/MerahSilu). Rasanya ada makna tertentu buat diri ini. Cuba lihat artikel 911, 119 dan 191 (Hmm... Apa pula ini?) yang dibuat hampir 4 tahun lalu. Tapi tolak tepi cerita tentang 911 yang ada diletakkan sama ya, tumpukan sahaja kepada makna nombor 191 dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh".



Wednesday, May 18, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Bukit Bunga dan Machang terus ke selatan...




Di timur Rantau Panjang adalah jalan menghala ke Jeli.




Jalan yang diambil menuju ke barat daya, hampir dengan aliran Sungai Golok tanpa mengikuti liku-likunya lalu masuk ke daerah Tanah Merah...




Tidak lama kemudian sampailah ke simpang masuk jalan besar Jeli ke Kota Bahru (sebenarnya Jeli-Tanah Merah-Kota Bahru).




Perjalanan diteruskan menghala timur ke Jeli.




Tapi setakat sampai ke Bukit Bunga satu lagi pintu masuk ke selatan Thailand.




Singgah sebentar di masjidnya. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Bukit Bunga di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Kemudian saya menurunkan isteri dan anak-anak di kawasan membeli-belah Bukit Bunga...




Mereka mahu mencari sesuatu.




Saya pula terasa sangat lapar lalu bergegas ke sebuah kedai makan.




Nah. Layan sepinggan nasi dengan sup belut sebelum pekena kopi panas yang ada tongkat ali...




Perjalanan diteruskan dengan melawan arah menghala ke Tanah Merah.




Tu dia. Ada lori masuk parit nampaknya...




Sekali lagi kami melepasi beberapa buah masjid tanpa henti seperti sudah ditunjukkan dalam artikel ke-4 siri ini iaitu Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Berkejar ke Kota Bahru. Cukuplah. Takkan semua masjid mahu diambil gambar...




Sekali lagi juga kami melepasi pinggir bandar Tanah Merah terus ke jambatan menyeberangi Sungai Kelantan. Ketika itu sudah hujan lebat.








Terus menuju ke bandar Machang...





Ini kerana saya mahu mengambil gambar masjid jameknya untuk koleksi. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Machang.



Saya juga mahu mengambil gambar sekitar bandar. Lihat A quick look of Machang town in the rain.


Dari Machang kami menghala ke selatan.


Boleh agak tak ke manakah destinasi kami seterusnya? Hehe... :]