Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, July 31, 2009

Negeri Sembilan ke Pulau Besar... asam pedas Melaka dan Masjid Kampung Hulu

Selesai perkara di Empangan Talang @ hulu Sungai Muar, saya dan isteri terus berkejar ke Seri Menanti...


Tetapi kami tidak singgah di bandar diraja Negeri Sembilan ini...

Kami sekadar lalu...


... mengambil gambar 2-3 tempat dari dalam dan tepi kereta...








Kerana kami mahu berkejar ke tempat lain sebenarnya...



Kami mahu ke Rembau tetapi tidak mahu melalui Bukit Putus dan Seremban...



Sebaliknya kami mahu melalui Johol...



Tujuan kami mahu ke Rembau ialah untuk menziarahi rumah seorang makcik yang boleh dikira sebagai mak angkat kami. Sebaliknya kami terlepas simpang untuk memasuki sebuah jalan melepasi kawasan berbukit, jalan yang pernah kami lalui sekali tahun lalu dari Rembau untuk ke Seri Menanti...


Oleh kerana kami sudah termasuk jalan Kuala Pilah ke Tampin, saya rasa elok sahaja terus ke Melaka. Sampai di satu persimpangan terlihat papan-tanda ini... arah ke rumah Undang Luak Johol.


Saya pun masuk ke jalan kampung untuk mencari rumah yang dimaksudkan. Rupa-rupanya rumah biasa sahaja, ingatkan rumah tradisional kayu yang boleh menarik minat saya...


Nasib baik ada masjid yang agak comel ini tidak jauh dari papan-tanda tadi. Saya pun turun sebentar untuk mengambil gambar. Sila lihat artikel Masjid (mosque of) Kampung Pasit, Johol, Negeri Sembilan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) .


Ke hadapan lagi di jalan ini pula terhadap satu lagi masjid menarik yang lebih besar, sebuah masjid batu. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Undang Kamat, Johol, Negeri Sembilan...




Tidak lama kemudian kami pun sampai ke Tampin...




Perjalanan diteruskan sahaja. Sebenarnya sejak keluar ke Empangan Talang tadi kami belum makan tengahari sedangkan kami sampai ke Tampin ini pun sudah melepasi jam 5 petang. Target kami seterusnya adalah untuk menikmati masakan asam pedas istimewa di Cheng, pinggir bandaraya Melaka...



Alhamdulillah, kami dapat menikmati hidangan asam pedas yang kaw-kaw punya di Cheng hasil cadangan seorang rakan isteri. Tetapi ini menyebabkan kami sampai ke tengah bandaraya Melaka selepas masuk waktu Maghrib.



Ini pula adalah masjid di jalan ke Padang Temu tempat kami singgah untuk bersolat Maghrib dan Isyak. Sebenarnya tadi kami terus pergi ke Anjung Batu untuk mengejar feri terakhir jam 8.30 malam untuk masuk ke Pulau Besar. Tetapi buat pertama kali dalam sejarah saya pergi ke sana, kami tidak mendapat feri kerana tidak cukup orang. Untuk makluman, feri 8.30 malam cuma akan berlepas jika terdapat 7 orang atau lebih mahu masuk ke pulau.

Sebaliknya yang ada ketika itu cuma saya, isteri dan seorang lagi pengunjung. Walhal ketika itu Sabtu malam Ahad, biasanya masih ada sejumlah lagi orang ingin masuk ke pulau sehingga waktu itu. Isteri saya merungut kerana terkilan tak dapat bermalam di Pulau Besar. Saya pula sudah awal-awal memasang niat. Jika ditakdirkan kami terlewat dan tidak mendapat feri, kami akan bermalam di Masjid Kampung Hulu di tengah bandaraya Melaka. Entah mengapa, saya merasakan lebih elok ke sana dahulu sebelum masuk pulau. Dan saya rasa perlu menziarahi makam Sheikh Shamsuddin Pasai lagi. Lihat artikel Ziarah terbaru ke makam Sheikh Shamsuddin Pasai . Lihat juga sedikit perkara yang berlaku di makam itu bulan lalu seperti dinukilkan dalam Tanda keruntuhan kesultanan Perak?

Maka bermalamlah kami di Masjid Kampung Hulu. Selepas ini saya akan buat satu artikel tentang jalan kaki malam-malam di sekitar bandaraya Melaka, di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Saya juga akan meletakkan satu klip video tentang suasana Subuh di masjid itu. Sekian...

Jalan hujung minggu Negeri Sembilan - Kisah Malim Deman dan keistimewaan hulu Sungai Muar...

Setelah meletakkan kereta di satu padang kecil berdekatan rumah terakhir di kampung bawah Empangan Talang, saya pun memulakan langkah untuk memasuki empangan melalui jalan belakang...


Memandangkan empangan terletak agak tinggi jauh ke dalam, asalnya saya bercadang untuk melangkah seorang diri. Tetapi mana boleh meninggalkan isteri menunggu keseorangan? Dan tanpa dipinta dia terus mahu mengikut saya...



Perjalanan pun diteruskan...


Sampai di empangan lama sepertimana telah diterangkan oleh pemilik rumah terakhir di kampung tadi...



Kami perlu menyeberangi empangan tinggal...




Dalam pada itu, saya melihat pada sungai di bawahnya. Apakah ini Sungai Muar? Tak juga kerana Sungai Muar sendiri mesti bersambung dengan empangan besar. Yang pasti sungai yang kelihatan ini adalah salah satu cabang yang bersambung untuk membentuk Sungai Muar.





Perjalanan diteruskan untuk melepasi empangan lama...



Jalan mula kelihatan mencuram naik...



Ah. Masih boleh tahan jauh lagi ke atas...




Satu pandangan ke belakang, sekadar untuk menyedapkan hati bahawa kami sudah pun berjaya berjalan agak jauh mendaki bukit untuk ke atas...




Sampai di sini ternyata isteri saya sudah tercungap-cungap. Katanya, kalau dia tahu begini jauh jalannya dengan mendaki bukit, tentu dia tidak mahu ikut. Saya cuba memujuk. Kata saya, dah sampai sini pun dah boleh kira satu pencapaian memandangkan keadaannya yang sedang sarat mengandung. Kalau tak selesaikan takut nanti rasa terkilan. Kata saya lagi, kalau sampai atas nanti guarantee dia mesti puas hati tersenyum lebar punya. Rasanya baby dalam perut pun musti happy juga!




Selepas berjaya menenangkan sedikit nafas, kami mendaki lagi hingga sampai ke peringkat ini...




Akhirnya empangan Talang yang airnya merupakan air hulu Sungai Muar yang diempang pun terbentang...



Walaupun rupa dan saiznya tidak banyak berbeza dengan Empangan Batu berdekatan Selayang mahupun Empangan Semenyih di Hulu Langat, ia sangat bermakna bagi saya yang dibesarkan di kawasan sekitar kuala Sungai Muar di bandar Muar, Johor, kawasan di mana sungainya jauh lebih luas...



Tengok! Isteri saya pun tersenyum riang. Nafas pun tak lagi tercungap-cungap. Cuma dia mengadu, katanya terasa kehadiran makhluk-makhluk lain yang sangat kuat. Jawab saya, itu perkara biasa apabila kita pergi masuk ke tempat-tempat terpencil seperti ini. Lebih-lebih lagi di hulu Sungai Muar, sungai yang mempunyai sejarah lamanya yang tersendiri.

Misalnya tahukah anda, Sultan pertama Melaka yang dikenali oleh Barat sebagai Parameswara itu telah dua kali cuba membuka kerajaan baru di dua tempat berlainan di tebing Sungai Muar tetapi tidak berjaya akibat terjadi perkara-perkara tertentu? Akhirnya baginda terpaksa mengalah lalu terus berjalan lagi ke utara sehingga terjumpalah tempat yang bakal menjadi pusat keSultanan Melaka.

Tahukah anda Sungai Muar adalah satu-satunya sungai di pantai barat Semenanjung yang digunakan orang dahulukala sebagai short cut untuk ke pantai timur iaitu melalui satu sambungan yang membawa ke Sungai Pahang? Sila lihat artikel-artikel lama Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! dan Sambungan cerita "Menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!"... Menyusuri juga makna sebuah mimpi lebih 10 tahun lalu dan kehadiran hantu Siam?

Yang menarik, baru tahun lepas saya tahu jalan short cut ini diperkenalkan kepada para pedagang Arab juga orang-orang Melaka oleh sekumpulan penduduk dari Pasai yang telah berhijrah ke Jempol, Negeri Sembilan. Menurut ceritanya, Pasai ketika itu dilanda satu musibah alam lalu orang-orang ini keluar mencari penempatan baru, mudik Sungai Muar sehingga sampai di Jempol di mana tanahnya dikatakan begitu subur sehingga timbul nama Jempol yang kalau tak salah ingat saya bermakna bagus gitu...

Selain itu, saya teringat cerita tentang Sultan Muhammad al-Kamil yang berhijrah dari Bandar Khalifah di Perlak (sekarang seperti Pasai berada di dalam Aceh) lalu mendirikan kerajaan baru di kuala Sungai Muar. Tetapi yang lebih terkenal adalah kisah-kisah dalam Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Malim Deman. Dikatakan, Malim Dewa meninggalkan Aceh lalu membuka kerajaan di kuala Sungai Muar. Di sana baginda mendapat seorang anak yang sangat terkenal dalam cerita legenda/dongeng Melayu yang diberi nama Tuanku Malim Deman.



Lihat gambar ini. Nampak tak sebuah rumah kampung nun jauh di bawah? Itulah rumah terakhir dan paling pendalaman di kampung bawah Empangan Talang. Di padang sebelah rumah itulah saya dan isteri meninggalkan kereta lalu berjalan kaki sehingga ke atas ini. Anda boleh melihat klip video yang saya buat di tempat ini. Sila lihat artikel A look at Talang Dam, the most upstream part of the Muar river... yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi.


Hikayat Malim Deman ada menyebut. Pada suatu hari baginda bermimpi bertemu seorang wali Allah yang sebenarnya merupakan nendanya, seorang alim yang ghaib meninggalkan kerajaan untuk terus duduk di Mekah. Wali Allah itu berpesan, jika baginda ingin mendapatkan jodoh, maka hendaklah baginda mengembara sehingga ke hulu Muar. Hmm... saya pun tak pasti lagi apakah yang dimaksudkan hulu Muar itu adalah hulu Sungai Muar. Tapi saya lebih cenderung untuk menganggapnya sebagai hulu Sungai Muar. Agaknya sebab itu saya terasa perlu pergi ke Empangan Talang.

Dipendekkan cerita, di hulu itulah Tuanku Malim Deman bertemu dengan Nenek Kebayan yang menolong memperjodohkannya dengan Puteri Bongsu dari kayangan. Hmm... sekarang saya confuse lagi. Adapun perkataan hulu Sungai Muar itu sendiri kadangkala digunakan untuk merujuk kepada kawasan-kawasan pendalaman Sungai Muar, tak semestinya di penghujung sungai itu sendiri. Misalnya kawasan Pagoh di mana Sultan Melaka yang sangat terkenal, Sultan Alauddin Riayat Shah (memerintah 1477-1488) dan meninggal dunia lalu dimakamkan pun turut disebut sesetengah orang sebagai hulu Muar walhal letaknya lebih 150 km gitu menyusuri liku-liku sungai dari sini. Teringat pula sumber-sumber sejarah tentang Segamat seperti boleh ditemui di Internet menyebut daerah itu sebagai hulu Muar di mana Malim Deman bertemu dan berkahwin dengan Puteri Santan Bertapis.



OK. Di sinilah tempatnya di mana hulu Sungai Muar betul-betul diempang untuk membentuk Empangan Talang. Baru saya teringat, Puteri Bongsu yang ditemui dengan pertolongan Nenek Kebayan adalah isteri pertama Malim Deman sedangkan Puteri Santan Bertapis adalah orang lain, isteri baginda yang ketiga kalau tak salah ingatan. Apapun, ketika cuba menyusuri hulu Sungai Muar dan memikirkan kaitannya dengan cerita Malim Deman, saya teringat betapa hulu sungai ini ada diceritakan sebagai menjadi tempat puteri-puteri kayangan turun ke bumi untuk berhibur bermandi-manda.



Ini pula adalah gambar kami berdua diambil secara manual gitu. Dah... nampak macam tengah naik motosikal dah pulak...

Lagi satu perkara yang membuat saya terfikir akan keistimewaan kawasan hulu Sungai Muar adalah kewujudan daerah atau Luak Ulu Muar yang mana pernah ada pemerintahnya yang tersendiri iaitu Penghulu Ulu Muar. Adapun sejarah Negeri Sembilan boleh dikatakan bermula dengan kedatangan Raja Melewar dari tanah Minangkabau di Sumatera. Saya sebut 'katakan' kerana kalau perlu, saya boleh juga memulakan cerita dengan peristiwa 'pemutusan' tali daerah-daerah di Negeri Sembilan (ketika itu belum dipanggil Negeri Sembilan) oleh Datuk Moyang Salleh dari Jelebu yang menyebabkan daerah-daerah itu merdeka dari pemerintahan Johor. Sila lihat klip-klip video di artikel lama Akhirnya Makam Moyang Salleh, posting ke 333!

Apapun, ceritanya menyebut, selepas itu para pembesar di daerah-daerah ini memohon agar Istana Pagar Ruyung di Sumatera menghantar seorang anak raja untuk dijadikan raja di sini. Maka tersebutlah cerita Raja Khatib yang dihantar dahulu untuk melihat keadaan lalu mengaku dirinya sebagai bakal raja yang telah diperkenankan. Walhal dia cuma wakil kepada kekandanya Raja Melewar sebagai utusan perkenalan.

Dipendekkan cerita, Raja Melewar akhirnya ditabalkan sebagai pemerintah tertinggi Negeri Sembilan. Apa yang menarik perhatian saya ketika sampai di Empangan Talang adalah tiba-tiba terbetik persoalan, mengapakah Raja Melewar memilih anak Penghulu Muar untuk menjadi isteri merangkap permaisurinya. Malah saya difahamkan, apabila isteri itu meninggal dunia, baginda mengahwini seorang lagi anak Penghulu Ulu Muar. Adinda baginda Raja Khatib juga telah mengahwini anak Penghulu Ulu Muar. Apa istimewanya Penghulu Ulu Muar sehingga anak-anak raja Minangkabau dari Istana Pagar Ruyung ini memilih anak-anak Penghulu Ulu Muar?

Lebih pelik lagi, Ulu Muar terletak agak jauh ke pendalaman. Kalau seseorang masuk ke Negeri Sembilan melalui jalan laut menyeberangi Selat Melaka, biasanya dia akan masuk melalui Sungai Linggi. Setahu saya, dari sana tiada laluan untuk ke Ulu Muar kecuali perlu memanjat gunung-ganang Banjaran Titiwangsa yang mana laluan paling mudah adalah melalui Bukit Putus berdekatan Seremban yang dahulu lebih dikenali sebagai Sungai Ujong. Dari kawasan pantai Negeri Sembilan nak masuk sampai ke Ulu Muar kalau berjalan secara menegak tanpa perlu mengikut liku-liku sungai atau memanjat bukit-bukau pun memakan jarak 50 km. Dalam jarak itu boleh dijumpai banyak lagi penempatan dengan para pemerintah sendiri yang tentunya ada anak perempuan yang boleh dijadikan isteri dan permaisuri oleh Raja Melewar. Mengapa pula mesti mencari sampai ke Ulu Muar?

Mungkin juga Penghulu Ulu Muar sendiri keluar jauh menghala ke pantai untuk menyambut Raja Melewar. Tetapi kenapa baginda memilih anak penghulu ini, kenapa tidak anak pembesar atau kerabat diraja lain? Dengan persoalan ini saya tamatkan cerita ini ya. Sekian...

Thursday, July 30, 2009

Jalan hujung minggu Negeri Sembilan - mencari hulu Sungai Muar dan makna di sebaliknya... nombor 131 lagi!



Perjalanan diteruskan untuk memasuki kawasan kampung lebih dalam...


Kelihatan sawah padi terbentang agak luas walaupun kering-kontang...

Dahulu ketika masih bertugas di akhbar The New Straits Times terutama sebagai wartawan sukan, saya selalu juga berjalan-jalan di sekitar ini kerana meliputi hal-hal berkaitan sukan berkuda lasak atau endurance racing yang ada satu pengkalan di Terachi...




Lama kemudian iaitu baru sebulan kebelakangan, baru saya tahu bahawa kawasan ini memiliki makna tertentu yang lain dan lagi bermakna buat saya...



Oh... di sini saya turun kereta untuk melihat lebih dekat sebuah rumah kayu lama. Sangka saya, seperti sebuah rumah di tepian jalan menghampiri Tanjung Ipoh (lihat artikel Jalan hujung minggu Negeri Sembilan - singgah di makam Tuan Tulis ) ia juga memiliki ukiran seperti lidah tergantung pada hujung bumbung. Rupa-rupanya yang saya nampak itu sekadar sebahagian ukiran yang patah...



Apapun, keingin kuat dalam diri untuk mencari kaitan antara beberapa perkara yang saya kenali dan baru ketahui dalam beberapa tahun kebelakangan inilah yang turut membawa saya lagi ke sini. Lalu saya keluar sebentar dari jalan tadi semata-mata untuk memastikan apakah jambatan yang saya lihat ini menyeberangi sebuah sungai yang mempunyai banyak makna dalam hidup saya iaitu Sungai Muar...




Yang pasti, baru sebulan ini saya menyedari bahawa Sungai Muar yang kualanya terletak di bandar Muar, Johor, tempat saya dilahirkan dan dibesarkan hingga remaja turut mengalir di sebelah ini. Saya tak pasti berapa panjangnya Sungai Muar jadi tadi saya cuba buat ukuran sendiri dengan menggunakan alatan ruler ataupun pembaris di Google Earth lalu membuat anggaran... dapatlah jumlah sekitar 285 km gitu.


Hmm. Kalau tak salah ingatan, begitulah juga panjang Sungai Muar yang pernah saya baca kat buku semasa kecil-kecil dahulu. Aduh... susah sungguh nak cari maklumat seperti ini sekarang. Dahulu senang je... peta buku sekolah pun cukup lengkap dengan kontor yang menunjukkan dengan jelas bentuk muka-bumi serta ketinggian bukit-bukau dan gunung-ganang selain laluan sungai.



Ini adalah Masjid Kampung Talang. Rasanya dahulu saya pernah singgah sekali dua untuk bersolat. Ketika kami lalu kelihatan 2-3 orang berpakaian jubah berserban sedang masuk ke dalam masjid... rasanya orang-orang Tabligh.



Dari Kampung Talang, masih ada 4 km lagi untuk ke tempat tujuan kami iaitu, Talang Dam ataupun Empangan Talang.




Akhirnya sampai juga ke pintu empangan. Melalui apa yang terpampang, maka confirm le di sini terletaknya hulu Sungai Muar yang telah diempang. Masalahnya kami tidak dibenarkan masuk. Hmm... dulu-dulu sekitar tahun 1999 atau 2000 gitu saya pernah masuk ke dalam dengan menaiki motosikal. Sekarang tak boleh masuk pulak. Nasib baik pengawal empangan memberitahu kami boleh masuk melalui jalan lain iaitu laluan kampung...



Kami pun masuk ke dalam kampung bersebelahan atau lebih tepat, di bawah empangan...



Di sini saya berhenti dan turun kereta lagi untuk mengambil gambar...



Bukan apa... saja seronok tengok Sungai Muar di sebelah sini. Maklumlah, Sungai Muar yang saya kenali sejak kecil iaitu di bandar Muar yang berhampiran kuala serta sekitar jauh lebih lebar... 400 meter lebar atau lebih gitu. Kalau dah 100km meliuk-lintuk ke pendalaman pula, kalau masih dalam daerah Muar ia mengecil lagi tapi masih sekitar 70 meter lebar dan cukup besar. Tiba di sini pula ia sekadar sebesar parit sahaja... tersenyum saya memikirkan ini. Itu belum lagi jumpa punca sebenar sungai yang selalunya sekadar mata-air di pergunungan...

Oh. Nampak tak bangunan di latar-belakang atas gambar? Itulah binaan yang mengempang Sungai Muar untuk membentuk Empangan Talang. Kami perlu mencari jalan kampung untuk naik dan masuk ke sana. Isshhh... boleh tahan jauh tu!




Rupa-rupanya jalan kampung masuk tak sampai 200 meter pun dari jambatan tadi. Yang tinggal cuma sebuah rumah kampung sebagai tanda, lupa pulak nak ambil gambar. Ertinya seseorang itu perlu berjalan kaki jauh untuk masuk ke empangan. Larat ke? Isteri saya yang sedang sarat mengandung tetap mahu ikut sekali. Kuat betul semangatnya, eh ke pembawakan budak?

Semasa meletakkan kereta untuk memulakan perjalanan kaki, baru kami tersedar meter bawah pada dashboard kereta menunjukkan nombor 131. Adapun meter ini mula dikosongkan di hadapan balai polis Dang Wangi petang Jumaat sejurus sebelum kami ke Kajang untuk bermalam dan kemudian menyambung perjalanan ke Negeri Sembilan, dengan niat utama untuk ke tempat ini di mana terdapatnya hulu Sungai Muar.

Sekali lagi biar diberitahu betapa nombor 131 membawa makna tertentu buat saya. Di sini biar diletakkan link-link artikel yang ada melibatkan nombor ini...


Malah perjalanan saya dan isteri ke Aceh bulan lepas pun turut dipengaruhi unsur 131. Sila lihat artikel Sampai ke Aceh setelah 5 tahun 5 bulan menunggu! Rupa-rupanya ada faktor 131 di sini... . Apakah ada sesuatu di hulu Sungai Muar yang mengaitkan segala ini? Bersambung...