Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, July 05, 2008

Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan... Masuk melalui Sepang lalu ke Lukud.

OK... Bersambung dari video klip yang dipaparkan dalam artikel Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan... Kita buka cerita seiring dengan munculnya bulan Rejab ya! Terus-terang cakap saya agak berdukacita dengan kualiti klip-klip video yang dipaparkan kali ini. Adapun rakaman video yang diambil sepanjang perjalanan sambungan ke Negeri Sembilan ini memang cantik, tidak dapat dinafikan mutunya... Cuma ada sedikit masalah pengambilan bunyi dan suara yang kurang konsisten juga sedikit masalah contrast gambar yang berlaku di beberapa tempat, mungkin kerana sahabat baik saya Zaidi @ PerpatihTulus yang bertindak sebagai cameraman belum begitu arif dengan perakam video baru yang digunakan?

Apabila melihat hasil yang dapat dimuat turun masuk ke Internet melalui YouTube, hampir saya terasa berputus-asa meneruskan penceritaan melalui video... Kelihatan ada bahagian gambar yang berkotak-kotak dan beberapa gangguan lain! Apa boleh buat, itulah yang nampaknya terhasil setelah saiz file video dan formatnya diubah jadi lebih kecil supaya lebih mudah masuk ke dalam Internet. Sedangkan saiz asal video yang cantik adalah 400MB untuk rakaman 2 minit! Gila ke sedangkan nak upload kurang 100MB ke Internet pun memakan masa lebih setengah jam itupun jika tidak ada apa-apa gangguan yang membatalkan proses uploading langsung ditengah jalan lalu harus diulangi kembali...

Hmm... Saya tidak boleh menyalahkan Zaidi yang harus membuat segala proses penukaran format sebelum membuat upload ke Internet.... Segalanya harus dilakukannya kerana video asal direkod dalam kaset khas, bukannya VCD seperti pada perakam video dahulu... Lalu untuk dimasukkan ke dalam komputer, perakam video itu harus disambung pada komputer kemudian isinya dikeluarkan dan ditukar format melalui software tertentu yang ternyata tidak boleh digunakan atas komputer baru saya yang menggunakan Windows Vista.

Apapun, jika software itu boleh dipakai dalam komputer saya sekalipun, kerja memuat turun isi video tetap menyusahkan kerana perakam video milik Zaidi itu perlu hadir bersama saya sedangkan saya harus membuat kerja dari tempat lain, bukan di rumahnya. Lainlah jika menggunakan perakam video lama di mana segala file dari VCD boleh disalin terus ke komputer saya kemudian sukahatilah saya nak buat bagaimana! Maka itu nak tak nak semua kerja memuat turun video diikuti upload ke Internet harus dibuat Zaidi seorang diri sedangkan dia juga sibuk dengan kerja hariannya sendiri selain harus memerhatikan anak kecil dan isteri yang sedang sarat mengandung.

Ah... Sudah saya luahkan rasa ini... Mungkin ianya suatu iktibar. Mungkin untuk perjalanan ke Perak nanti (jika jadi dan tiada apa-apa halangan) lebih baik Zaidi menggunakan perakam video lama yang sudah dikenali ciri-cirinya? Sekurang-kurangnya rakaman 15 minit di situ bersamaan sekitar 100MB... Sedangkan fail-failnya yang telah dikecilkan lalu telah di upload telah kita lihat sendiri hasilnya boleh tahan dalam siri awal pengembaraan ke Negeri Sembilan yang dibuat lebih sebulan lalu.

OK... Terimalah 2 klip video di bawah ini seadanya ya... Minta maaf jika paparan dan kualitinya tidak seperti yang diharapkan. Selamat! :]




Thursday, July 03, 2008

Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan... Kita buka cerita seiring dengan munculnya bulan Rejab ya!

Ya, assalamualaikum! Bulan Rejab untuk tahun 1429 Hijriah sudah pun menjelma bersama masuknya waktu Maghrib tadi. Sempena bulan mulia yang dikatakan bulan Allah ini (Syaaban dikatakan bulan Nabi, Ramadhan bulan umat) maka saya rasa elok cerita sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan mula dipaparkan...

Adapun sambungan perjalanan ini dibuat Sabtu baru-baru ini setelah sebulan 'terlopong', iaitu setelah sebulan lalu dibuat perjalanan pembukaan melalui Ampang ke Hulu Langat lalu masuk ke Negeri Sembilan menyusuri sejarah lama melalui daerah Jelebu iaitu ke bandar Kuala Klawang sebelum ke Seremban kemudian ke Astana di Rembau. Rasanya butir-butir untuk perjalanan sambungan ini tak perlulah ditulis di sini. Saksikan sahaja video-video klip di bawah. Sila! :]




Perjalanan dimulakan melalui jalan lama masuk ke Salak...



Sungai Sepang Besar sebagai sempadan...

Wednesday, July 02, 2008

Perjalanan terbaru ke Perak... Perjalanan malam ke Pasir Salak, Makam Raja Ahmad, Makam Keramat Kuala Bidor sebelum kembali ke Teluk Intan...

Assalamualaikum. Jam kini sudah masuk 10.33 malam sedangkan saya berada di Kampung Baru, perlu kembali ke Ampang sebelum tengah malam. Banyak masa telah dihabiskan untuk membuat artikel Remembering the "A" Level college days. Damansara Utama where the cool days started! di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi sedangkan saya mahu menutup cerita perjalanan terbaru ke Perak malam ini juga...
Apapun ini dia bersambuung, dari artikel Perjalanan terbaru ke Perak... Mencari makam Keramat Sungai Durian dan membuka sedikit taraf sebenar keluarga Laksamana Raja Mahkota! Harap maaf jika ia jadi gopoh dan terlompat-lompat... :]

Selepas selesai menziarahi makam Keramat Sungai Durian kami pun bergegas ke Pasir Salak melalui jalan ke Seberang Perak, kalau tak salah melalui Sungai Dedap juga... Beberapa kali kami tersilap ambil jalan tetapi akhirnya sampai di Pasir Salak, terutama di kawasan peranginannya sekitar jam 8 malam...

Kami pun singgah di masjid lama Pasir Salak di sebelah kawasan peranginan untuk bersolat. Kemudian berjalan-jalan di sekitarnya melihat replika rumah-rumah kutai (rumah lama Perak) lalu berehat di tapak Residen British pertama ke Perak, J.W.W. Birch dibunuh orang Melayu tahun 1875...


Seterusnya kami ke makam Raja Ahmad... Dari Pasir Salak, kami harus menyeberang Sungai Perak ke Kampung Gajah sebelum menghala ke selatan... Sebelum kawasan Sungai Manik iaitu di Pulau Besar kami pun masuk ke jalan kecil menghala ke sana... Ternyata lorong masuk ke makam Raja Ahmad sudah dibina baik!


Makamnya juga kelihatan terjaga elok kini...


Inilah sedikit gambar yang dapat diambil dalam gelap bersuluh lampu kereta...


Untuk cerita lebih lanjut, rasanya elok dibaca balik artikel Laporan perjalanan terbaru ke Perak... Ada perkembangan yang memberangsangkan tentang makam Raja Ahmad! yang dibuat lebih sebulan lalu. Kemudian kami pergi ke makam Keramat Kuala Bidor di Kampung Bahagia lebih dekat ke Teluk Intan... Ternyata kawasan makam ini juga lebih bersih dan terjaga!


Kemudian kami pun kembali ke Teluk Intan... Sempat singgah ke makam Marhum Durian Sebatang iaitu Sultan Abdullah Muhammad Shah I, Sultan ke 22 Perak yang nampaknya semakin bersemak pula! Sedikit ceritanya ada disebut dalam artikel Laporan perjalanan terbaru ke Perak... Ada perkembangan yang memberangsangkan tentang makam Raja Ahmad!

Dari sana, kami ke hadapan menara chondong lalu makan malam. Kemudian singgah lagi ke rumah ibu saudara di Kampung Batak Rabit... Dapatlah berbual dengan suaminya yang tiada ketika kami pergi ke rumah itu sekian hari... Selesai itu baru kami kembali ke Kuala Lumpur. Selesai cerita... Selamat malam! :]

Satu majlis buku, nombor 1310 dan Adiputra si kanak-kanak 'genius'...

Ini ada satu gerak cerita yang perlu dilepaskan dahulu... Lihat di bawah ini...


Ini ada satu kad jemputan yang baru saya terima hari ini... Atau mungkin ia sudah sampai semalam kerana tarikh ia dipos adalah 27 Jun, cuma saya sahaja yang lambat menyedari... Lepas pukul 12 tengahari tadi baru saya tahu apabila seorang sepupu di rumah ibu saudara tempat saya menumpang di Ampang memberikan kad ini. Sedangkan majlis dijadualkan bermula jam 1.30 tengahari!


Ketika melihat kad itu, saya sebenarnya masih mamai... Masih terasa penat dan malas hendak keluar. Maklumlah penat mengembara ke separuh Negeri Sembilan hari Sabtu diikuti perjalanan ke Pulau Besar, Melaka juga sekelilingnya hingga hari Ahad masih terasa! Lalu rancangan saya untuk hari Rabu iaitu hari ini, kalau keluar pun paling jauh setakat ke Ampang Point untuk mengeposkan satu set buku "Berpetualang ke Aceh" kepada seorang pembaca di Terengganu.

Itupun sebenanya saya mahu berehat di Kajang sekurang-kurangnya lagi seminggu. Tetapi panggilan telefon daripada pembaca di Terengganu ini pada hari Isnin yang mahu membeli satu set buku lalu menghantar wang pos ke alamat di Ampang petang itu juga menyebabkan saya kembali ke Kuala Lumpur semalam... Lagipun stok buku tiga iaitu "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" atau BKA III di bawah simpanan peribadi saya telah habis kesemuanya lalu saya harus mengambil stok tambahan dari sebuah stor di Bandar Tasik Selatan...

Selepas selesai mengambil stok tambahan BKA III juga untuk BKA I ("Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti") serta BKA II ("Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal") dan menghantarnya ke Ampang, saya pun berjalan-jalan... Lewat malam baru kembali ke rumah ibu saudara. Tetapi disebabkan minda yang hyper-active memikirkan pelbagai hal, awal pagi baru saya terlelap di sana...


Siang tadi saya masih mamai di pembaringan... Rasanya mahu saja saya berbaring sampai petang! Tiba-tiba sejurus sebelum jam 12, pembaca daripada Terengganu itu menghantar SMS bertanyakan apakah saya sudah menerima wang pos yang dihantarnya... Dan saya memang mahu menyelesaikan hal buku ini secepat mungkin kerana bercadang untuk kembali berehat di Kajang, insyaallah esok...

Saya pun ke bawah untuk mencari surat yang mengandungi wang pos. Setelah beberapa ketika meneliti surat-surat lain, baru terjumpa ia dalam sampul surat Pos Ekspress nipis tetapi terjatuh di luar kotak surat... Nasib baik terjumpa!

Ketika mahu masuk kembali ke bilik, sepupu saya pula menunjukkan surat yang baru tiba daripada pihak Perpustakaan Negara. Saya pun membukanya... Terperanjat saya melihat ia adalah jemputan untuk satu majlis besar yang akan berlangsung dalam tempoh tidak sampai 2 jam lagi!

Ah... Bagaimana ini? Kalau ikutkan badan memang masih terasa penat, mahu terus berehat... Paling cepat pun jam 2 petang baru bangun untuk bersolat Zuhur kemudian mengirimkan buku kepada pembaca di Terengganu itu. Tetapi apabila melihatkan satu nombor pada kad jemputan itu, terasa pula wajib untuk ke sana... Itulah nombor 1310 pada kad itu sedangkan ramai pembaca di sini maklum, nombor 131 ialah nombor home sweet home saya!

Saya tak peduli sangat jika ia majlis besar mana pun, walau dihadiri sesiapa pun (oopppss... jangan pula beritahu pihak Perpustakaan Negara ya tentang kata-kata ini, hehe!) kerana memang saya sedang penat sedangkan saya baru sahaja mendapat tahu tentang jemputan ini... Mandi pun belum, apalagi mahu bersiap-sedia pakaian yang sesuai... Mana nak bersiap-siap, bila masa pula nak kirim satu set buku BKA ke Terengganu sedangkan waktu untuk menghantar pos ekspress tamat jam 3.30 petang, jika saya mahu ia sampai esok?

Tetapi nombor 1310 membuat saya mengambil keputusan untuk menghadiri majlis tersebut. Saya menelefon Nur kedua memberitahu tentang ini lalu mendapat tahu di PWTC tempat majlis berlangsung ada terdapat pejabat pos! Apalagi, saya pun bersiap-sedia lalu bergegas ke sana...


Alhamdulillah, saya sampai di kawasan PWTC sekitar jam 1.35 tengahari gitu... Walaupun para jemputan dijadualkan masuk jam 1.30, majlis itu sendiri bermula jam 2.30 dengan kedatangan Permaisuri Agung. Maka saya sempat makan tengahari kemudian mengepos satu set buku. Kemudian saya pun pergi menghadiri majlis... Ternyata kanak-kanak 'genius' terkenal Adiputra turut hadir untuk memeriahkan majlis dengan menyampaikan cenderamata (kalau tak salah ingatan) kepada Permaisuri Agung...

Maaf ya jika saya kurang peka terhadap apa yang berlaku sekitar majlis. Saya setakat hadir sebagai jemputan pihak Perpustakaan Negara tetapi jiwa saya separuh menerawang ke alam lain memikirkan apakah hikmah di sebalik nombor 1310 yang menyebabkan saya terasa wajib untuk datang ke sini. Nasib baik ada Nur kedua menemankan untuk memastikan saya masih berpijak di bumi nyata.

Oh... Gambar Adiputra di atas ini diambil selepas tamat majlis utama di Dewan Merdeka PWTC. Kemudian saya dan Nur kedua turun untuk menikmati juadah, ketika hendak keluar dari PWTC terserempak pula bapa Adiputra yang kebetulan sedang menceritakan bagaimana Adiputra yang masih kanak-kanak itu boleh bercerita tentang ilmu Tasawuf dan hal-hal berkenaan Tariqat, masyaallah!

Adiputra diapit Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Apdal dan isterinya. Shafie yang merupakan tetamu utama di majlis di Dewan Merdeka selain Permaisuri Agung kemudian turun untuk majlis sambungan di paras 2. Inilah gambar sebelum bermula majlis sambungan itu!

Mendengarkan bapa si Adiputra menyebut tentang Tasawuf kemudian boleh pula menyebut yang anaknya itu suka menziarahi makam-makam lama milik para wali, saya jadi teruja. Apabila beliau menyebut tentang satu perjalanan Adiputra pergi ke Pulau Aman di Pulau Pinang (katanya Adiputra yang menunjukkan ada satu makam wali di sana), kemudian satu perjalanan menyusuri sungai di Aceh, saya tidak dapat menahan diri untuk menyambut perbualan. Rupa-rupanya yang dimaksudkan adalah Sungai Aceh atau sungai di Pantai Aceh, Pulau Pinang!

Dari situ, kami pun berkenalan... Saya, bapa Adiputra dan ibunya. Kebetulan ketika itu saya ada satu set buku BKA dalam beg, terus saya hadiahkan kepada Adiputa dan keluarga. Tidak lama kemudian Adiputra pun muncul lalu saya menyampaikan set buku itu sendiri kepadanya...

Oh... Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya letak perkataan "Adiputra si kanak-kanak 'genius'" pada tajuk dengan menggunakan tanda quote unquote? Baiklah, biar saya beritahu sedikit...

Mendengarkan bapa Adiputra bercerita tentang kebolehan anaknya mengesan dan menilik makam para wali, makam raja-raja seraya mengupas cerita-cerita lama, saya mendapat gerak sendiri. Adapun mereka ini ada darah keturunan tertentu... Apabila ibunya ditanya, dia tidak tahu apakah susur-galur keturunannya kecuali dia berasal dari Bagan Serai, Perak sedangkan bapanya, orang Terengganu mengaku berasal daripada susur-galur keturunan Tok Pulau Manis!

Ah, Tok Pulau Manis? Terus saya bersalaman dengannya sekali lagi, terus bercerita sedikit tentang nasab Tok Pulau Manis yang berasal daripada Sharif Muhammad al-Baghdadi, orang yang dikatakan menulis Batu Bersurat Terengganu sekitar tahun 1303 Masihi! Maka tak hairanlah jika ada kelebihan tertentu muncul dalam keluarga mereka...

Dalam pada itu, dalam pada si bapa sibuk menceritakan berbagai kelebihan anaknya termasuk yang melibatkan alam ghaib, saya pula mendapat gerak rasa sendiri... Cukuplah jika dikatakan, segala kebolehan yang ada pada Adiputra saya lihat lebih pada kebolehan sandaran kerana ada pendamping, bukan kebolehan dalaman semulajadi... Jika pendamping ini 'dipancung', kemungkinan besar Adiputra akan kembali jadi seperti kanak-kanak biasa sahaja! Mungkin saya tersilap tetapi itulah yang saya nampak. Rasanya ini dikuatkan apabila si bapa meminta saya memberikan salam kepada Adiputra dengan cara yang saya rasa saling tak ubah seperti memberikan salam kepada seseorang setelah dimasuki semangat tertentu!

Apapun, biarkan dahulu... Kerana Adiputra kini menjadi lambang seorang anak Melayu pintar yang amat dibanggakan tak kiralah ia kebolehan sejati ataupun tidak. Pada saya semoga kebolehan sebenar Adiputra dapat dibangkitkan nanti kerana dia memang ada darah orang baik-baik yang ada kelebihan dalam darah-daging.

Harap saya ayah si Adiputra jagalah anaknya baik-baik... Jangan dipaksa dia selalu menonjolkan kebolehannya dan jangan berbangga dengan kebolehan itu. Sudah terjadi beberapa kes anak terlebih pintar yang akhirnya hidupnya kecundang dan tersasar... Bersyukurlah dengan apa yang ada dan bentuklah ia elok-elok. Jangan sampai kebolehan ini ditarik-balik begitu sahaja. Sekian! :]



Tuesday, July 01, 2008

Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan... Terlajak sampai ke Pulau Besar, Melaka pula!

Kepada mereka-mereka yang akan pergi ke kawasan Batu Belah di Pulau Besar, Melaka selepas ini, jangan terperanjat jika anda mendapati Batu Belah di sana tidak lagi terbelah... Ini kerana belahan itu telah dirapatkan oleh dua 'pendekar' dalam gambar ini. Dan mungkin nanti kawasan itu akan dijadikan pusat membeli-belah pula... Atau pusat membeli batu-belah... Amacam, boleh? Hehe! :]



Assalamualaikum semua. Dalam posting sebelum ini bertajuk Perjalanan terbaru ke Perak... Mencari makam Keramat Sungai Durian dan membuka sedikit taraf sebenar keluarga Laksamana Raja Mahkota! yang dibuat hari Jumaat, saya ada menyebut ini... Copy and paste balik aje le yek...

Adusss!!! Terlupa pula. Saya dan rakan baik saya Zaidi @ Perpatih Tulus telah menetapkan pagi esok untuk menyambung perjalanan ke Negeri Sembilan sambil membuat klip video... Tiba-tiba petang tadi sepupu saya Nizam bertanya apakah saya sudah bersedia untuk pergi ke Pulau Besar, Melaka esok!

Allah! Sungguh saya terlupa sedangkan Nizam dan rakannya yang turut terlibat dalam perjalanan terbaru saya ke Perak sebulan lalu telah mengambil cuti untuk ke Pulau Besar. Dan mereka perlukan saya sebagai penunjuk arah... Bagaimana ni?

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan, sebaik sahaja selesai membuat posting itu, terus terpancar jawabannya... Selesaikan dahulu sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan kemudian baru ke Pulau Besar, Melaka. Dan sukacita dimaklumkan, ia telah pun selamat dilakukan hari Sabtu lalu disambung pada hari Ahad setelah bermalam di sebuah pondok milik seorang sahabat saya di sana yang sudah 15 tahun menjadi warga pulau itu...

Oh... Sebelum menyambung cerita saya mahu memberitahu... Posting ini sebenarnya adalah posting ke 353 di blogspot ini, bukan posting Perjalanan terbaru ke Perak... Mencari makam Keramat Sungai Durian dan membuka sedikit taraf sebenar keluarga Laksamana Raja Mahkota! ... Rupa-rupanya ada draft posting kosong yang turut dikira sama dalam jumlah posting di blogspot ini, draft yang sepatutnya telah dibuang hari Jumaat. Tadi baru saya tersedar ini dan delete draft itu, maka jadilah posting ini posting ke 353 di blogspot ini...

OK. Dalam bahagian awal perjalanan ke Negeri Sembilan yang dibuat lebih sebulan lalu, saya telah mengambil jalan dari Ampang masuk ke Kuala Klawang melalui Ulu Langat untuk melawat beberapa tempat di sebelah sana terutama makam Moyang Salleh... Kemudian baru ke Seremban menziarahi makam Sheikh Muhammad Said Linggi sebelum ke Rembau untuk pergi ke Astana di mana terdapatnya makam Raja Melewar, Yam Tuan pertama Negeri Sembilan. Maka untuk sambungannya yang dibuat Sabtu lalu, saya merancang untuk memulakan perjalanan di makam Raja Melewar sebelum pergi menziarahi makam Sheikh Ahmad Majnun dan batu-batu hidup di Pengkalan Kempas lalu ke Tanjung Tuan kemudian naik melalui Port Dickson ke Lukud di mana terdapat tinggalan Kota Lukud dan makam kerabat diraja Bugis yang membuka Kota Lukud iaitu Raja Jumaat.

Sebaliknya disebabkan saya juga harus ke Pulau Besar, Melaka maka pusingan perjalanan ditukar dari arah melawan jam kepada arah ikut jam... Dari Kajang di mana cameraman saya saudara Zaidi @ PerpatihTulus mengambil saya, kami menghala terus ke Lukud (ke Lukut? Lebih kurang aje le...) melalui jalan lama Salak menyeberangi Sungai Sepang masuk ke Negeri Sembilan sebelum sampai ke Lukud. Kemudian kami pergi ke Port Dickson di mana kami bertemu dengan sepupu saya Nizam dan rakannya Asri (baru ingat nama... Merekalah yang bersama saya dalam perjalanan terbaru ke Perak seperti disebut dalam posting Perjalanan terbaru ke Perak... Mencari makam Keramat Sungai Durian dan membuka sedikit taraf sebenar keluarga Laksamana Raja Mahkota! ) yang mahu pergi ke Pulau Besar... Saya harus menunjukkan jalan kerana mereka tidak pernah pergi ke sana sedangkan sepupu saya akan bertukar kerja kembali ke Sarawak dalam tempoh seminggu begitu!

Dari Port Dickson kami berempat dalam dua kereta pergi ke Tanjung Tuan... Sempat berjalan kaki mendaki ke atas hingga ke rumah api kemudian pergi menuruni denai ke penghujung tanjung sebelum naik balik untuk masuk ke denai menghala ke sebuah tapak kaki atas batu yang katanya tapak kaki Hang Tuah pula. Banyak masa dihabiskan di sana. Lalu kami sampai ke Pengkalan Kempas hampir waktu Maghrib sebelum berkejar ke makam Raja Melewar pula!

Allah, dah lah penat, tersilap jalan beberapa kali lalu sampai ke makam Raja Melewar jam 8 malam lagi sepertimana dalam perjalanan awal ke Negeri Sembilan yang dibuat sebulan lalu! Apapun, kali ini timbul satu gerak untuk membuka beberapa rahsia berkaitan kerajaan lama, di hadapan makam Raja Melewar! Dan kali ini kami juga melihat bahawa makam itu ditanda dengan batu nesan Aceh, begitu juga makam isteri baginda di sebelah.

Seperti yang dirancang, kami dapat mengambil banyak klip video yang menarik sepanjang jalan. Kualiti klip video kali itu juga lebih baik... Cuma ada sedikit masalah. Zaidi belum berapa biasa dengan perakam video baru dan lebih canggih yang digunakan kali ini jadi ada sedikit masalah gambar kadang-kadang gelap dan rakaman bunyinya ada ketika kedengaran kuat, ada ketika perlahan pula... Masalah ini boleh diatasi dengan sekadar menaikkan volume sahaja pada paparan video yang akan diletakkan di blogspot nanti. Tapi tak sedaplah jika ia tak selari sedangkan nak bagi ia selari kesemuanya melibatkan banyak kerja dan masa!

Dan lagi satu masalah, jika dengan perakam video dahulu, kami boleh terus memasukkan klip video ke dalam komputer, untuk perakam video ini pula ia harus dimasukkan melalui satu program khas dan setiap klip harus diteliti terlebih dahulu... Jadi kali ini saya tidak dapat memasukkan semua rakaman yang dibuat ke dalam komputer laptop saya... Harus menunggu Zaidi memproses ke semuanya satu persatu...

Apapun, insyaallah akan kami paparkan klip-klip video ini apabila ada peluang dan masa. Kali ini kami bercadang akan memasukkannya melalui YouTube... Tugas ini akan dijalankan oleh Zaidi lalu attachment atau embedded HTML code nya akan saya masukkan ke dalam blogspot ini satu persatu nanti berserta sedikit penerangan. Gambar-gambar bukan video atau still pictures akan saya paparkan mengikut kesesuaian di blogspot-blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) berserta huraian yang lebih lanjut, insyaallah!

Oh... Demi memenuhi gerak yang telah ditunjukkan Allah Ta'ala, maka posting-posting akan datang memaparkan klip-klip video serta ulasan daripada saya ini akan dipaparkan di bawah siri perjalanan ke Negeri Sembilan kerana ia sememangnya adalah sambungan dan pelengkap kepada siri perjalanan ke Negeri Sembilan yang terdahulu. Namun, apabila selesai ini insyaallah akan kami paparkan satu siri artikel dengan klip video di Pulau Besar pula...

Dengan video di ambil di sekitar Makam Nenek Kebayan, Gua Yunus, kawasan apartment 5 bintang yang terbengkalai dan pandangan Pulau Besar dari menara kelab golf tinggal, Batu Belah di atas puncak tertinggi di sana, Tasik Biawak dan Batu Tengkorak, Makam Tujuh Beradik, Makam Seribu dan sudah tentunya di Makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail sebagai makam utama milik seorang wali besar tersohor, percayalah ia adalah satu pengalaman yang tersendiri yang saya percaya sangat ditunggu-tunggu untuk ditatapi setiap pembaca setia blogspot ini. Malah ada rakaman lawatan malam ke Makam Tok Putih dan Makam Tok Janggut walaupun kawasan makam cuma dapat diterangi dengan lampu kecil yang perlu 'dikayuh' seperti basikal sehingga mengeluarkan bunyi agak pelik!

Insyaallah semuanya akan dipaparkan menurut Qada' dan Qadar'nya... Lalu bersedialah untuk perjalanan terbuka ke Perak akan datang nanti, seperti yang dicadangkan 16-17 Ogos ini ya. Sekian, selamat malam! :]