Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, June 07, 2018

Program iktikaf 10 Ramadhan terakhir tahun 2018 - Daripada 21 menuju ke 23 Ramadhan dan kemudian

Salam semua. Artikel ini sepatutnya dibuat dan disiarkan petang semalam. Tetapi berlaku kilat tunggal kuat yang menyebabkan splitter (alat yang memisahkan signal talian telefon untuk satu masuk ke telefon, satu ke modem Internet) meletop dan modem rosak. Nasib baik tadi datang orang TM memperbaiki sampai siap. Kalau tidak kemungkinan besar saya cuma akan membuat cerita selepas hari Ahad...



Adapun sudah menjadi kebiasaan saya keluar beriktikaf bermalam dari masjid ke masjid 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Biasaya saya melakukan ini selama 3 hingga 5 hari. secara berterusan Tahun ini saya bercadang untuk keluar petang Jumaat sampai pagi Isnin hadapan. Tetapi bapa saya menelefon baru ini memberitahu bahawa ibu ada temu janji di Hospital Universiti, Kuala Lumpur pada Isnin tersebut 11 Jun sedangkan mereka tiada kenderaan untuk sampai akibat kereta rosak. 

Saya pun menawarkan diri untuk kembali ke kampung petang Sabtu bagi mengambil mereka di Muar. Lewat Ahad bawa mereka ke rumah saya di Rawang, Selangor, Isnin boleh pergi ke hospital. Lewat Rabu nanti baru membawa mereka kembali ke Muar sambil saya, isteri dan anak-anak juga bercuti di kampung untuk sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang dijangka jatuh pada Jumaat akan datang (bukan esok) 15 Jun.

Memikirkan juga saya harus menengokkan anak-anak - pada hari biasa saya yang menghantar dan mengambil mereka ke sekolah kerana isteri bekerja tetap di pejabat, saya bekerja sendiri dari rumah, pada hari cuti sekolah mereka bersama saya di rumah - saya pun mengubah rancangan. Untuk 10 hari terakhir Ramadhan tahun ini saya tuju terus malam-malam ganjil. Setiap petang hari genap saya keluar untuk beriktikaf kerana malamnya iaitu bermula Maghrib masuk tarikh ganjil. Esoknya balik rumah supaya boleh menguruskan anak-anak. Lusa keluar balik. Begitulah keadaannya sampai 29 Ramadhan...

Saya mahu beriktikaf dan bermalam di masjid setiap malam ganjil lalu mengatur jadual seperti yang kelihatan. Setiap malam ganjil saya akan ke masjid berlainan - 21 di Tanjung Malim, 23 di Pangsun, Hulu Langat, 25 di Muar, 27 di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bahru, 29 insyaallah di Pagoh. Yang jauh di Muar dan Pagoh itu mengambil kira saya akan berada di Muar sekitar waktu itu. Yang lain tu tidak terlalu jauh dari rumah saya di Rawang lalu saya boleh berkejar kembali ke rumah selepas sahur untuk menguruskan anak-anak.


Isnin 4 Jun hari ini masuklah 20 Ramadhan.Malam nanti masuk 21 Ramadhan. Petang itu selepas menghantar seorang anak ke sekolah agama saya pun memulakan perjalanan ke Tanjung Malim ikut jalan lama...

Oh, nasib baik anak tiri saya yang baru habis SPM hujung tahun lepas berada di rumah. Dengan itu dia boleh menjaga anak bongsu saya yang berumur 6 tahun. Kalau tiada orang saya harus menghantar ke pejabat isteri di Rawang terlebih dahulu. Abangnya di sekolah agama isteri boleh ambil selepas waktu pejabat...


Singgah di Kuala Kubu Bahru untuk satu urusan.


Sampai di Kerling ziarah makam pahlawan Melayu terkenal abad ke-19 Masihi iaitu Sayid Mashahor...





Layan selfie sat. Siap buat status update berikut di Facebook :-


Keluar rumah untuk beriktikaf malam 21 Ramadhan di Tanjung Malim. Ikut jalan lama singgah di Kuala Kubu Baru untuk urusan Tabung Haji. Sampai ke Kerling singgah di makam pahlawan Melayu terkenal abad ke-19 iaitu Syed Mashahor.


Agak lama juga saya duduk di makam. Terasa begitu tenang dan nyaman...



Ke hadapan sedikit selepas meninggalkan makam saya terlihat papan tanda menunjukkan arah ke Kampung Air Panas. Tergerak nak lihat apa yang ada. Ternyata memang ada kolam air panas...


Menariknya kolam air panas itu terletak di tepi sungai yang cukup lebar untuk bermandi manda. Cuma saya terlupa hendak membawa pakaian mandi. Maka layan aje le mandi kolam dan sungai pakai seluar dan baju sedia ada. Lihat artikel Kerling hot water spring di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Perjalanan disambung sekitar jam 6.30 petang. Selepas singgah di Kalumpang saya masuk ke jejantas yang kelihatan di mana ia merentang Lebuh Raya PLUS sebelum susur keluar ke Tanjung Malim.


Saya meneruskan perjalanan melalui jalan lama untuk singgah di Masjid Sheikh Ismail sekitar 200-300 meter sebelum jambatan masuk ke bandar Tanjung Malim.


Iktikaf sebentar mengikuti tahlil kemudian berbuka diikuti solat Maghrib berjemaah di situ.


Selepas solat singgah di Sarang Art Hub untuk bertemu pemiliknya, sutradara filem terkenal, saudara Mamat Khalid.


Masuk waktu Isyak baru bergegas ke Masjid Jamek Tanjung Malim di mana saya akan bermalam. Menariknya selepas solat sunat Tarawih 20 rakaat tidak ada witir, Rupar-rupanya nak simpan untuk sesi qiamulail jam 3 pagi.


Ini pula keadaan ketika qiamulail. Selepas solat sunat Tahajud 8 rakaat baru dibuat Witir 3 rakaat. Selepas itu tahlil kemudian kami bersahur...


Selepas Subuh baru saya meninggalkan masjid. Kalau ikut rancangan asal selepas sahur saya harus kembali ke rumah. Tetapi malam sebelumnya isteri sempat memberitahu bahawa anak tiri saya yang merupakan anak isteri dengan suami terdahulu tidak jadi kembali ke rumah ayahnya malam itu. Dengan itu bolehlah dia menengokkan adik-adiknya. Isteri boleh hantar ke sekolah kemudian van ambil balik ke rumah juga hantar ke sekolah agama. Tak perlulah saya terkejar-kejar untuk menguruskan mereka...


Dengan itu bolehlah saya menyelesaikan satu lagi urusan. Cuma harus tunggu Bank Rakyat dan Tabung Haji buka, kebetulan kedua-duanya terletak berdekatan satu sama lain di Tanjung Malim. Sementara menunggu itu saya berjalan-jalan ke Proton City lalu singgah di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al-Mursyidin, Proton City, Tanjung Malim di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selesai urusan saya pun menuju masuk ke pusat bandar Tanjung Malim. Jalan-jalanlah sebentar di sana sebelum kembali ke rumah, sampai sekitar waktu Zohor gitu. Petang ini Khamis 7 Jun iaitu selepas menghantar anak ke sekolah agama dan anak bongsu ke pejabat isteri saya akan menuju ke Hulu Langat untuk iktikaf malam 23 Ramadhan yang kebetulan jatuh pada malam Jumaat. Memandangkan lokasinya agak jauh iaitu hampir 80 km dari rumah saya memberitahu kepada isteri eloklah anak-anak diletakkan di rumah pengasuh selepas balik sekolah. Biar van ambil dan hantar.  Takut saya tak sempat menguruskan. 

Terus isteri cakap kalau begitu sambung aje le terus beriktikaf. Memandangkan hari Sabtu pun saya akan keluar rumah untuk mengambil ibu bapa ke Muar sedangkan Hulu Langat terletak hampir satu jalur perjalanan ke selatan tak perlu le susah-susah berulang alik. Terus sambung iktikaf malam 24 di mana-mana menghala ke Muar.

Dengan itu dapatlah saya kembali kepada kebiasaan membuat iktikaf 3-5 hari berturut-turut pada 10 hari terarkhir Ramadhan. Keluar petang ini, malam 23 di Hulu Langat, esoknya Jumaat sambung perjalanan, mungkin istikaf di Masjid Besi, Putrjaya. Sabtu bergerak ke Muar, malam 25 boleh iktikaf di Masjid Jamek Muar. Esoknya Ahad balik ke Rawang. Kan dapat 3 malam?


Monday, June 04, 2018

Bengkel 3 tiang seri Melayu - Mencari formula untuk memperkasakan bangsa dan raja-raja Melayu dalam Malaysia baru



Esoknya pagi Sabtu 2 Jun 2018 bersamaan 17 Ramadhan 1439 Hijriah, hari Nuzul Quran saya ke Kota Damansara untuk menghadiri satu bengkel ilmu.


Dianjurkan oleh satu NGO bernama Gabungan Mi'Raj ia bertujuan untuk mencari formula bagi memperkasakan bangsa dan raja-raja Melayu dalam Malaysia baru iaitu Malaysia selepas kejutan pertukaran kerajaan pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.


Hadirin boleh memilih untuk menyertai satu daripada 3 kumpulan berdasarkan konsep 3 tiang seri Melayu. Satu dikhaskan untuk bab aqidah, satu tentang kedaulatan raja-raja dan hak istimewa orang Melayu, satu tentang adat dan budaya. Hal ini mengingatkan pada konsep serupa yang diadakan pada penghujung acara-acara HIKMAH anjuran saya.. Hadirin juga boleh memilih kumpulan untuk berbincang. Cuma skop minat sahaja berbeza. Lihat artikel HIKMAH 4 Nov - Lepas Zuhur hampir ke Maghrib masih tak balik-balik! di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) sebagai contoh...





Saya memilih untuk bersama kumpulan kedaulatan. Pemudahcara adalah Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi yang ada membuat syarahan berkenaan di ISTAC (Institut Pemikiran Islam dan Dunia Melayu) pada hari sebelumnya. Lihat Kedudukan sebenar kedaulatan raja-raja Melayu dan perlembagaan negara.


Wan Fauzi mengulangi beberapa perkara yang telah dikongsikan di ISTAC. Paling utama adalah membetulkan silap faham tentang perlembagaan juga kedudukan raja-raja. Ditegaskan bahawa menurut tafsiran perlembagaan yang tepat undang-undang Islam ataupun Syariah harus mengatasi undang-undang Barat berdasarkan English Common Law yang diamalkan di Great Britain. Penerangan harus diberikan kepada semua pihak supaya jelas perkara.





Hadirin kemudian diminta berkumpul dalam satu bulatan untuk mendengar hasil perbincangan tadi.


Wakil daripada setiap kumpulan diminta untuk berkongsi perkara. Sambil itu orang lain bolehh memberikan maklum balas.


Antara perkara pokok yang dipersetujui adalah raja-raja Melayu harus menjadi focal point atau titik tumpu bagi penyatuan ummah. Untuk itu mereka harus menjadikan diri sebagai role model atau orang yang layak menjadi ikutan menurut prinsip-prinsip syumul Islam...



Tentang sistem kepercayaan sebagai penyatu ummah



Turut mahu diadakan di ISTAC pada hari Jumaat 1 Jun 2018 adalah satu sesi perbincangan tentang sistem kepercayaan sebagai jalan penyelesaian dalam menyatukan ummah yang berpecah-pecah.


Selepas menunaikan solat Jumaat di masjid dalam ISTAC (lihat artikel Masjid (Mosque of) Zabeda, ISTAC, Kuala Lumpur di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)) sejumlah hadirin pun berkumpul di lokasi.


Moderator atau pemudahcara, saudara Tengku Ahmad Ridhauddin yang merupakan seorang pelajar PhD di ISTAC memulakan acara dengan menerangkan beberapa konsep...





Seterusnya setiap hadirin atau peserta diminta berkongsi kefahaman mereka sendiri tentang apa itu sistem kepercayaan. Rata-rata berkongsi pengalaman hidup bagaimana mereka memahami apa itu Islam daripada keluarga dan persekolahan awal, ada yang mengamali krisis kepercayaan lalu memberontak apabila masuk dewasa tetapi kembali kepada pemahaman Islam sebenar setelah beberapa lama mencari di tempat entah apa-apa...


Dua pusingan perkongsian pendapat diadakan. Rata-rata bersetuju sistem kepercayaan mula terbentuk melalui pengaruh ibu bapa dan persekolahan awal sebelum seseorang itu mengalami fasa mula menyoal lalu mencari jawaban. Selepas itu mereka yang beruntung mendapat cahaya iman yang dicampakkan ke dalam hati. Namun terdapat banyak cabaran dalam memastikan semua umat Islam memiliki teras sistem kepercayaan yang sama disebabkan pelbagai tafsiran dan mazhah. Kami bersetuju untuk penyatuan faham semua orang harus mengambil jalan atau Tariqat yang boleh membuka pintu faham  dan pengenalan terhadapa Allah SWT melebihi jangkauan akal biasa.


Acara tamat jam 5 lebih. Selepas itu kami ke dewan makan ISTAC.


Ada acara berbuka puasa diadakan di situ. Bersama kami adalah sejumlah pelarian Syria dan Rohingya...


Kedudukan sebenar kedaulatan raja-raja Melayu dan perlembagaan negara

Merujuk kepada artikel Keluar daripada kepenatan yang teruk melanda sejak PBAKL2018 yang dipersembahkan semalam. Sekarang biar dikongsikan cerita-cerita beberapa aktiviti terbaru.

Sejak 2-3 minggu lepas saya diberitahu akan berlangsung satu syarahan bertajuk "Kedaulatan Raja-raja Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Menurut Jurispudens" mahu diadakan di ISTAC (Institute of Islamic Thought and Malay World) pada hari Jumaat 1 Jun 2018.


Sampai waktunya saya pun bergegas ke lokasi...


Kelihatan hadirin rata-rata adalah para aktivis NGO yang mahu mendaulatkan Melayu dan Islam.


Pensyarah atau pembicara, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi pula merupakan seorang peguam Melayu Islam yang agak aktif dalam dunia persilatan.


Beliau membuka dengan menyatakan makna kedaulatan menurut undang-undang. Dalam konteks perlembagaan negara Malaysia yang menurut kajian beliau jelas berdasarkan prinsip kemuliaan Islam ia adalah kesinambungan zaman berzaman kekuasaan dalam menjaga kemaslahatan ummah berdasarkan kitab-kitab suci terdahulu sehinggalah Al-Quran diturunkan. Tetapi dalam konteks Barat ia adalah dikotomi iaitu pemisahan daripada agama yang makna kedaulatan (merujuk kepada kekuasaan suatu negara) adalah sesuatu yang diwujudkan atau diberikan oleh rakyat.


Perbezaan ini harus difahami baik-baik. Kedaulatan dalam Islam adalah satu kekuasaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada para wakilNya seperti raja-raja untuk menjaga dan mengatur negara dan rakyat menurut ajaran Islam. Sedangkan dalam konteks Barat kewujudan Tuhan diketepikan. Kedaulatan dikatakan berpunca daripada sokongan rakyat yang memberikan kekuasaan kepada para pemimpin pilihan mereka untuk mengatur kehidupan.


Hal ini penting untuk difahami betul-betul kerana selama ini kita memahami perlembagaan dalam konteks kekuasaan yang diberikan oleh rakyat. Sedangkan hakikat dan kebenaran sejarah di Alam Melayu menunjukkan perlembagaan negara wujud akibat persetujuan raja-raja Melayu dan raja-raja Melayu pula adalah khalifah atau wakil Allah SWT di muka bumi untuk menjaga kemaslahatan rakyat.


Oleh itu perlembagaan negara Malaysia atau perlembagaan persekutuan sebenarnya dibuat sebegitu rupa untuk sedia mempertahankan hak-hak orang Melayu dan menjunjung tinggi Islam.


Maka itu harus ditolak fahaman salah bahawa raja-raja Melayu berada di bawah perlembagaan. Tidak. Raja-raja Melayu adalah punca kuasa yang membawa kepada wujudnya perlembagaan, bukannya rakyat. Di bawah perlembagaan itu baru ada cabang-cabang pemerintahan seperti eksekutif (menteri, ahli parlimen) dan kehakiman dan sebagainya.


Struktur serupa terpakai baik pada peringkat negara mahupun negeri. Selama ini disebabkan keadaan  (baca : kepentingan-kepentingan politk) kita terbawa untuk menafsirkan perlembagaan dan segala aspek perundangan daripada sudut pandang Barat yang mengatasnamakan rakyat. Kita patut  kembali pada tafsiran dan 'jiwa' sebenarnya perlembagaan yang meletakkan raja-raja Melayu paling atas kerana mereka diberikan  amanah untuk menjaga maslahat penduduk menurut ajaran Islam.


Maka itu menurut pemahaman murni yang sepatutnya tentang perlembagaan persekutuan, walaupun benar yang mendraf atau menukilkannya adalah orang Barat ataupun British, atas maklum balas raja-raja Melayu ia digubal sebegitu rupa untuk mengutamakan Allah SWT sebagai sumber kekuasaan mutlak, raja-raja cuma wakil yang menjalankan tugas.


Hal ini boleh dilihat pada sumpah yang dilafazkan oleh setiap Yang Di-Pertuan Agong ketika mula-mula ditabalkan...


Kemudian kuasa yang ada pada raja pula diwakilkan atau didelegasikan kepada pihak eksekutif (yang biasa disebut sebagai kerajaan itu menurut kefahaman kita sekarang) dan pihak perundangan.


Para pemuka kerajaan yang terdiri daripada ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat pun harus bersumpah ketika awal mengambil tugas. Dinyatakan mereka harus taat setia kepada negara Malaysia dan perlembagaan sedangkan baik negara mahupun perlembagaan sebenarnya berada di bawah institusi raja-raja Melayu.


Kekeliruan yang telah berlaku begitu panjang sejak kita merdeka tentang perlembagaan lalu kita lebih mengutamakan undang-undang menurut Barat secara bertulisnya adalah disebabkan wujud satu akta yang kelihatan menyuruh kita mengikut undang-undang Common Law British sepertimana digariskan pada tahun 1956. Sedangkan akta sama menyatakan ia harus menurut keadaan setempat di negeri-negeri Melayu yang sejak zaman berzaman telah memakai undang-undang Islam.


Sebetulnya ramai pengkaji undang-undang berbangsa Melayu yang sayangkan Islam sedar betapa perlembagaan sedia ada itu sebenarnya menjunjung tinggi agama Islam dan menjaga hak-hak orang Melayu sebagai anak watan asal. Tetapi disebabkan ada pihak berkepentingan yang mahu menonjolkan diri sebagai penyelamat bangsa selain mahu menjadi lebih berkuasa daripada raja maka  hakikat sebenar perlembagaan sengaja disembunyikan  sejak sekian lama...