Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Jun 19, 2020

Menggamit kenangan dan ingatan

Salam petang Jumaat 27 Syawal 1441 Hijriah. Setelah beberapa lama memperkenalkan kategori-kategori baru bagi artikel-artikel daripada blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH sampai masanya untuk mempersembahkan kategori terakhir lalu menutup gerak penulisan berkenaan.



Walaupun sukakan pengembaraan dan aktiviti lasak saya sebenarnya seorang yang berjiwa sentimental atau kata sesetengah orang, dalam hati ada taman. Oleh itu saya cenderung untuk mengingati peristiwa-peristiwa lepas sekurang-kurangnya sekali sekala lalu menulis tentangnya. Berikut adalah sejumlah artikel berkenaan yang telah ditulis dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sesungguhnya telah berlaku begitu banyak peristiwa yang membentuk peribadi saya. Dan sebenarnya tidak semua saya tulis walaupun kelihatan seperti sudah begitu banyak dikongsikan kepada orang ramai.


Lamenting a lost

A visit to my old haunt at The New Straits Times

Nostalgic memory of Muar's "Kopi 434"

Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 1

Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 2

Reminiscing the teenage years in Kluang - Part 3 and last...

The computers which have shaped my life!

Tribute to a dear "friend", my old and cheap digital camera!

The number 191 and what's next...

The full moon and the end of a chapter

My brief take on Kajang... And some thoughts including that of my bike which suddenly came out!

Revisiting the memories of my old school SMSJ...

Melaka old city centre at night and the nostalgia around it...

My latest views of Muar and some thoughts...

Of orchids and old college memories...

 The birds at Bandar Tasik Puteri

Dream of a lil' Luke Skywalker...

Remembering the "A" level college days some 20 years ago! Just to get the juices flowing...

Remembering the "A" Level college days. How I got the nickname Fly!

Remembering the "A" Level college days. Damansara Utama where the cool days started!

Remembering the "A" Level college days. Start of the disco fun and girls...

Remembering the "A" Level college days. The disco circuit of those days... and the girls

Remembering the "A" Level college days. My lecture class, group J

Remembering the "A" Level college days. Drama night - Enter Johnderella!

Remembering the "A" Level college days. The radio station at 51C

Remembering the "A" Level college days. My dear sweet Ann...

Remembering the "A" Level college days. The "scandal" with Ann, my dear sweet Ann...

Remembering the "A" Level college days. The 'ghosts' that haunt 51C...

Remembering the "A" Level college days. A 'get along' session with the BTU juniors...

Remembering the "A" Level college days. The seventh and last trial for a rebel... the one that could have changed it all!

My old alma mater, Sekolah Menengah Sains Johor (Johor Science Secondary School) 


From Nilai to Kajang : Reminiscing on how life has changed and such

The 3-12 May Bugis-Makassar trip stories compiled

Second attempt at auction

First time at Heathrow - Arrival in London

Marble Arch and Malaysia Hall

Frolicking down Oxford Street

From UCL to the LSE

Some favourite places in London

Reminiscing some old travels via international passports