Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Mac 30, 2025

Ramadan paling 'meriah' sejak sekian lama

Salam malam 1 Syawal. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sebelum dapat betul-betul memasuki mood raya biar dilepaskan dahulu cerita yang merangkumi seluruh aktiviti saya bulan puasa ini.


Rasanya bulan Ramadan kali ini tahun 1446 Hijriah adalah yang paling banyak dipenuhi aktiviti bermusafir dan beriktikaf sejak sekian lama. Kali terakhir sebegitu mungkin pada sekitar tahun 2006. Tak ingat sebenarnya setepatnya kerana cuma rajin berkongsi cerita setelah CATATAN SI MERAH SILU dibuka hampir penghujung tahun itu. Yang pasti hingga sekarang rajin keluar bermusafir. Tapi yang berturut-turut asyik keluar bermusafir lebih pada tahun 2003 hingga 2008. Kerana sedang menduda, tiada komitmen keluarga ketika itu.

Selepas kembali berumahtangga penghujung 2008 tidak boleh lagi  begitu kerap keluar bermusafir apa lagi setelah ada anak-anak. Namun setiap bulan Ramadan wajib keluar bermengembara, beriktikaf daripada masjid-masjid, selalunya seorang diri, sekurang-kurangnya pada 10 hari terakhir Ramadan. Lihat Semakan iktikaf Ramadhan sejak 2006.

Namun tahun ini jadi begitu banyak aktiviti permusafiran dan iktikaf kerana anak bongsu sudah masuk asrama tahfiz lalu saya dan isteri tinggal berdua. Walaupun isteri masih terikat dengan pejabat, disebabkan boleh work from home atau dari mana-mana sahaja asal dibuat kerja pada setiap Isnin dan Jumaat, pada Selasa, Rabu dan Khamis sahaja baru kena masuk pejabat, maka dapatlah diatur musafir bersama. Dan walaupun ada masa isteri tidak dapat ikut bersama kerana kerja dicampur penat hendak berjalan, disebabkan tiada anak di rumah maka saya sendiri lebih bebas untuk bermusafir berseorangan.


Permusafiran Ramadan kali ini dimulakan petang Rabu 5  Mac 2025 bersamaan 4 Ramadan. Pergi ke tahfiz anak di selatan Cheras untuk bertarawikh kemudian menginap di rumah kami yang di Hulu Langat. Siang Khamis 6 Mac bersamaan 5 Ramadan ke Shah Alam kerana isteri perlu masuk pejabat. Selepas jam 3 bergerak ke Muar untuk menyambut awal Ramadan bersama ibu bapa di kampung.

Petang Ahad 9 Mac bersamaan 8 Ramadan hampir jam 6.30 baru mengorak langkah menuju ke rumah akak isteri di Felda Jelai Negeri Sembilan. Esoknya Isnin 10 Mac bersamaan 9 Ramadan ke Kuala Klawang sebelum menginap lagi di Hulu Langat. Selasa 11 Mac bersamaan 10 Ramadan isteri boleh bekerja di cawangan pejabat di Tasik Titingwangsa sementara saya menghadiri majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Apabila sampai kembali ke rumah lewat malam, sudah masuk 11 Ramadan. Didapati saya telah memandu sejauh lebih 800 km.

Selepas satu hari sahaja berehat di rumah, permusafiran dimulakan lagi pagi Khamis 13 Mac 2025 bersamaan 12 Ramadan apabila menghantar isteri ke pejabat di Shah Alam.  Petangnya terus bergerak ke Pantai Timur lalu berbuka di Cherating, Pahang. Selepas menunaikan solat Tarawikh di Chukai, Terengganu bertolak ke Kuala Berang lalu beriktikaf dan bermalam. Siangnya Jumaat 14 Mac bersamaan 13 Ramadan pergi menziarahi tempat-tempat dan makam yang ada kena mengena dengan jejak satu watak bernama Sharif Muhammad Baghdadi dan keturunan. 

Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu kemudian Kuala Besut sebelum bermalam di rumah kawan di Kandis, Bachok, Kelantan. Esoknya Sabtu 15 Mac bersamaan 14 Ramadan mendaki Bukit Marak. tempat Puteri Sa'adong. Ahad 16 Mac bersamaan 15 Ramadan ke makam dan masjid Tok Kenali, diikuti Masjid Kampung Laut, makam dan tempat suluk Tok Selehor seterusnya Masjid Brunei. Masuk ke Perak melalui jalan Jeli-Gerik lalu bermalam di Masjid Raja, Kampung Chepor, Lenggong. Pagi Isnin 17 Mac bersamaan 16 Ramadan mendapat tahu abang kepada isteri sedang nazak lalu mahu berkejar melihat di hospital Banting. Apabila kembali ke rumah 19 Mac lewat malam yang sudah masuk 19 Ramadan malam Rabu didapati saya sudah memandu sejauh lebih 1,712 km.


Seterusnya masuklah permusafiran dan iktikaf pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir Ramadan. Ini dimulakan petang Jumaat 21 Mac supaya malam itu 21 Ramadan berada di masjid ISTAC. Cuma disebabkan pelbagai kesibukan, untuk hari Ahad 23 Mac yang malamnya adalah 23 Ramadan sekadar ke masjid berdekatan rumah. Selasa 25 Mac bersamaan 24 Ramadan baru bergerak awal supaya dapat menghadiri majlis QuranHour di UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Selepas itu ke Janda Baik lalu beriktikaf malam 25 Ramadan. Siangnya Rabu 25 Mac melakukan pelbagai urusan sebelum mengambil anak-anak keluar bercuti dari tahfiz kembali ke rumah lewat malam 26 Ramadan. 

Petang Khamis 27 Mac ke ISTAC lagi, kali ini supaya dapat beriktikaf malamnya 27 Ramadan, malam Jumat di masjid ISTAC. Ini adalah tarikh yang sungguh istimewa kerana pada 56 tahun Hijriah lalu saya lahir pada malam Jumaat 27 Ramadan iaitu pada tahun 1390 Hijriah. Sampai ke rumah jam 5 petang Jumaat 28 Mac rehat sedikit sebelum bergerak ke Muar tengah malam. Sabtu 29 Mac yang malamnya adalah 29 Ramadan beriktikaf di masjid jamek Muar sebelum bergegas ke kampung isteri di Tanjung Sepat kerana abang yang masuk ke ICU telah meninggal dunia. Butiran aktiviti sepanjang Ramadan ada dalam artikel-artikel ini:


1. Balik kampung Ramadan 2025

2. Pantai Timur Ramadan 2025

3.  Iktikaf malam 21 Ramadan di ISTAC

4. Iktikaf malam 23 Ramadan di Kampung Sungai Buaya

5. QuranHour di UIAM dan iktikaf 25 Ramadan di Janda Baik - Pesanan perjuangan Surah as-Saf

6. Iktikaf 25 Ramadan di Janda Baik - Menyambung ke Ampang, Hulu Langat dan persekitaran Cheras

7. Iktikaf 27 Ramadan di ISTAC - Tercapai hajat sempena hari lahir ke-56 menurut kiraan Islam

8. Iktikaf 29 Ramadan di masjid jamek Muar - Namun dipanggil untuk bergegas ke Tanjung Sepat


Iktikaf 29 Ramadan di masjid jamek Muar - Namun dipanggil untuk bergegas ke Tanjung Sepat

Menurut kiraan falak besar kemungkinan tarikh 1 Syawal akan jatuh malam karang menjadikan siang ini 29 Ramadan hari terakhir berpuasa. Tetapi katakanlah kalau 1 Syawal bermula malam keesokannya sekali pun malam tadi tetap adalah malam ganjil terakhir bulan puasa. Dengan itu biar disambung gerak penceritaan daripada artikel   Iktikaf 27 Ramadan di ISTAC - Tercapai hajat sempena hari lahir ke-56 menurut kiraan Islam.



Tanda masa  pada artikel Iktikaf 27 Ramadan di ISTAC - Tercapai hajat sempena hari lahir ke-56 menurut kiraan Islam menyatakan ia diterbitkan pada jam 2.34 petang Jumaat 28 Mac 2025. Sebetulnya selepas itu saya mengambil masa lebih sejam lagi untuk menyemak artikel lalu membuat beberapa pembetulan. Setiap kali ada pembetulan diperbaharui atau update artikel. Disebabkan itu sekitar jam 4 baru meninggalkan ISTAC. Sampai rumah sekitar jam 5. Selepas tengah malam yang sudah masuk tarikh 29 Mac bersamaan 28 Ramadan 1446 Hijriah, hari Sabtu, pula keluar lagi bermusafir. Terus mengambil Lebuh Raya Utara Selatan.



Kali ini membawa isteri dan tiga orang anak lelaki bersama. Gambar ini diambil jam 2.41 pagi. Kami makan lewat malam merangkap sahur awal di hentian rehat Seremban.



Kami mahu balik beraya di rumah ibu bapa saya di Muar. Selepas melepasi Senawang mula terasa penat mengantuk amat. Tetapi digagahkan juga hingga keluar tol Tangkak.  Di tepian tol baru berehat berbaring di sebuah pondok.



Dipendekkan cerita sampai ke rumah ibu bapa sebelum Subuh. Dapatlah 'top up' sedikit sahur sebelum mula berpuasa siang 28 Ramadan. Petang itu saya dan isteri sibuk mengemas rumah. Kelihatan dalam gambar anak-anak menolong datuk mereka mendirikan khemah. Ia mahu digunakan bila adik beradik semua sudah kembali membawa keluarga masing-masing. Boleh jadi bilik spare...




Malam itu masuklah tarikh 29 Ramadan, malam ganjil terakhir bulan puasa. Saya bergerak seorang diri ke masjid jamek Muar.



Bersolat Tarawikh di masjid mengingatkan zaman kanak-kanak.




Masjid ini dan persekitarannya adalah tempat permainan bersama kawan-kawan. Di sinilah saya mula mengenali alam persilatan termasuk permainan batin pukulan jarak jauh Nasrul Haq.




Ceruk-ceruk masjid ini menjadi tempat memanjat, turun naik tiang, main kejar-kejar bagai. Dahulu bumbung pejalan kaki dalam tengah gambar tidak berbentuk melengkung tapi mendatar. Saya dan kawan-kawan selalu berlari ulang alik atas bumbung. Teringat sekali seorang kawan sekelas Darjah Enam sekolah rendah melompat dari atas dataran batu ke bumbung sambil menjerit "The Professionals" (nama satu siri televisyen terkenal tahun 70an). Tetapi terbobos bumbung pecah lalu jatuh masuk ke dalam parit. Macam-macam... :]




Gambar ini diambil jam 11.39 malam memandang ke arah belakang dewan utama solat. Saya ada terlihat seorang sudah tidur di balik tiang belakang, di bahagian belakang masjid sekitar 50 meter ke luar dewan pula ada dua orang.




Jam 1.22 pagi Ahad 30 Mac. Kelihatan ada beberapa orang sudah datang bersolat.




Jam 3.48 pagi. Makin ramai muncul menunaikan ibadah. Di sebalik tiang ramai sedang tidur nyenyak.




Jam 4 dimulakan Qiyamulail berjemaah.




Alhamdulillah dapat bersama menunaikan solat Tahajud, solat Hajat dan solat Tasbih.



Saya ada memberitahu isteri akan kembali bersahur di rumah selepas solat Tahajud. Tengok-tengok ada sahur di masjid. Saya pun menelefon untuk memberitahu mahu bersahur di situ. Selepas Subuh baru kembali ke rumah.



Tengok-tengok selesai sahaja makan isteri menelefon memberitahu abangnya yang sedang sakit, baru ini masuk ICU (rujuk artikel Pantai Timur Ramadan 2025 - Menyelesaikan ziarah dan imbauan sejarah di Perak walau harus berkejar diikuti43. Pantai Timur Ramadan 2025 - Nuzul Quran bersama kaum keluarga isteri) telah kembali ke rahmatullah. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Saya pun bergegas kembali ke rumah. Selepas bersiap kemudian solat Subuh kami pun mengorak langkah ke kampung isteri di Tanjung Sepat.




Terus ke masjid di mana jenazah sudah sedia menunggu.




Sempatlah bertahlil dan solat jenazah kemudian baru jenazah diangkat untuk ke tanah perkuburan.




Begitulah takdir merubah rancangan. Jika kurang 2 minggu lalu saya dan isteri bercadang mahu bermalam 17 Ramadan, hari Nuzul Quran di masjid warisan keluarga saya di Batak Rabit tetapi harus bergegas ke Tanjung Sepat kerana mendapat berita abang sedang nazak, kali ini rancangan raya pula bertukar. Sepatutnya 1 Syawal di belah keluarga saya di Muar, malamnya, masuk 2 Syawal baru ke Tanjung Sepat. Kini sudah lebih awal berada di kampung isteri. Insyaallah malam 3 Syawal bergerak semula ke Muar.