Siang tadi selepas Zuhur saya keluar bersama isteri untuk mencari bukit ini...
 Melihat pada jalan yang diambil dan kedudukan di peta dalam ingatan, rasanya bukit yang kelihatan di latar-belakang adalah Bukit Jeram...
 Alhamdulillah, kali ini telahan saya tepat.
 Satu perkara yang menarik. Sebelum sampai ke sini, kami ada singgah di Bukit Rotan yang terletak di jalan Kuala Lumpur ke Kuala Selangor sejurus sebelum simpang tiga di Asam Jawa. Walaupun sudah mengambil jalan itu entah berapa kali, baru kali ini kami tergerak untuk masuk ke dalam melihat Bukit Rotan. Keluar dari kawasan bukit tiba-tiba saya tergerak bertanyakan isteri apakah terdapat mana-mana masjid bernama Nurul Izzati.
 Ini adalah pemandangan dari pertengahan bukit.
 Apakah yang istimewa tentang Bukit Jeram? Pihak Muzium Selangor menyenaraikannya sebagai salah satu dari sedikit tempat yang paling bersejarah dalam negeri itu.
 Kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang menyebut di sinilah Paduka Mimat anakanda kepada Sultan Mansur Shah Melaka dengan Puteri Hang Li Po dari China pernah bersemayam lebih 400 tahun lalu! Katanya istana baginda pernah terletak di puncak bukit. Yang pasti boleh kelihatan peninggalan bangunan. Lihat artikel A climb up the hill called Bukit Jeram di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
 Saya tidak pasti jika ada makam lama namun tertarik dengan sebuah makam dengan sebatang batu nesan...
 Kemudian kami naik ke Bukit Melawati di Kuala Selangor lalu masuk ke muzium yang ada di puncak. Kata orang di tapak muzium ini pernah terletak istana awal kerajaan Selangor iaitu semasa Sultan pertama hingga ketiga Selangor memerintah pertengahan abad ke 18 hingga awal abad ke 19.
 Di muzium itu saya menyemak kembali maklumat dengan kedudukan bukit-bukit bersejarah yang ada di dalam daerah Kuala Selangor termasuk Bukit Jeram. Rupa-rupanya Jeram pernah menjadi satu pelabuhan penting dahulukala. Di bukit itu beberapa kerabat diraja pernah mendirikan pusat. Ia juga pernah dijadikan markas tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. 
 Berbalik pada pemimpin wanita yang disebut dalam muzium. Biar dicopy and paste maklumat dari laman rasmi daerah... http://mdks.gov.my/ . Adapun nama Upu Chendera Burung ini seakan-akan ada persamaan dengan Opu Tanderi Buring, orang yang dikatakan adalah ayahanda kepada 5 Daeng bersaudara terkenal, Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak (ayahanda kepada Sultan pertama Selangor) dan Daeng Kemasi. Apakah mungkin mereka orang yang sama? Tapi Upu Chendera Burung dikatakan seorang wanita sedangkan Opu Tanderi Buring dikatakan lelaki...
Namun persoalan terus berlegar bahawa mereka mungkin orang yang sama tetapi disalah-faham identitinya. Apakah sejarah rasmi berkenaan bangsa Bugis yang banyak diambil dari kitab Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji yang berketurunan Daeng Chelak itu yang tersilap menyatakan Opu Tanderi Buring sebagai seorang lelaki? Ini tidak mustahil kerana menurut sumber lain seperti Lontara Sukuna Wajo yang pernah ditunjukkan kepada saya oleh seorang waris dari Sabah, Daeng 5 bersaudara yang amat terkenal itu bukannya adik-beradik tetapi telah dianggap begitu sejak sekian lama. Saudara ini pernah menunjukkan sebuah salasilah sebesar 5 x 10 kaki gitu yang menyertakan nama dan gelaran setiap raja dan bangsawan Bugis yang diketahui sejak 1,200 tahun lalu gitu.
 Yang menarik dia membuat batu nesan untuk orang Islam! Malah menurutnya seorang kaum kerabat keluarga Yang di Pertuan Agung dahulu iaitu Raja Perlis yang berketurunan Nabi Muhammad SAW dari jurai keluarga Jamalulail pernah menempa batu nesan daripadanya...
 Isteri saya pula begitu teruja. Ini kerana sejak 2-3 bulan kebelakangan ini dia sibuk mahu mencari batu nesan yang dipahat dari sungai tetapi tidak ditemui kerana kekurangan pakar (malah katanya sudah tiada di sekitar Selangor). Batu sebegini bukan boleh main pahat sembarangan... kalau tak kena ia akan pecah rosak begitu sahaja. 
 
 



















