Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, December 05, 2015

Apa ada dengan 444 berkenaan Hikayat Hang Tuah?

Allah. Masih ada sesuatu yang perlu dilepaskan melibatkan Hang Tuah. Tapi ia harus meliputi beberapa perkara lain juga. Lalu saya harus menurut gerak untuk melepaskan hal ini...


Dalam buku "Hang Tuah : Catatan Okinawa" ada disebut bahawa pada muka surat ke-444 buku Hikayat Hang Tuah selenggaraan Kasim Ahmad yang diterbitkan oleh DBP tahun 1966 (cetakan pertama tahun 1964) ada satu-satunya bahagian/perenggan yang meletakkan tahun/tarikh peristiwa, yang lain langsung tiada. Kebetulan saya memiliki senaskah buku yang tebalnya hampir 500 muka surat itu. Memang betul pada muka surat tersebut terdapat perenggan itu. Copy and paste daripada buku :-



Bermula pada masa hijrah Nabi Sallahu alaihi wa-sallam baharu delapan ratus delapan puloh enam tahun. Maka tatkala itu anak Zainal Abidin yang bernama Sharif Ahmad itu-lah menjadi raja di-negeri Mekah itu dengan perentah Sultan Rom. Shahadan di-negeri Madinah pun anak Zainal Abidin juga menjadi raja pada masa itu, nama-nya Sharif Bahar Lauddin. Sa-telah Laksamana berkata2 dengan Malek R.s.t.l itu maka ia pun bermohon kembali ke-gedong-nya tempat singgah itu berlengkap akan berjalan ka-Mekah itu.



Hal ini menyebabkan saya rasa harus menyemak apakah artikel ke-444 di blogspots saya. Hasilnya begini :-


1. Blogspot berbahasa Melayu CATATAN SI MERAH SILU (blogspot ini)- Artikelnya bertajuk Nombor 444 sebagai pelengkap satu cerita. Cerita dibuat selepas melengkap satu siri perjalanan yang dilakukan untuk menghasilkan buku ke-4 saya iaitu Rumah Azan (terbit April 2009). Lihat senarai links berkaitan pada hujung artikel Satu Jumaat dan projek buku masjid. Gambar yang kelihatan di atas telah digunakan untuk profail saya dalam buku tersebut.


2. Blogspot dwibahasa ARTMELAYU - Artikelnya bertajuk Panca Persada Beting Beras Basah?
Yang ini mudah untuk diterangkan. Ia berkenaan pondok yang digunakan untuk melengkap pertabalan Sultan Perak.


3. Blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH - Artikelnya bertajuk The 444th step... forward on and march!. Merujuk pada buku ke-5 saya  "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" (terbit awal 2010).



Adapun pada artikel Nombor 444 sebagai pelengkap satu cerita ada dinyatakan bahawa nombor 444 boleh dilihat terhasil sebagai paduan kepada 131 dan 313 (131 + 313). Dengan itu saya rasa harus menyemak juga artikel ke-131 dan 313 bagi setiap blogspot. Hasilnya seperti berikut :-


1. Untuk CATATAN - Sejarah berkaitan Muar dalam "Berpetualang ke Aceh"...diikuti Apa ada di Gunung Stong?.

2. Untuk ARTMELAYU -  Di dalam Masjid Abidin (Inside the Abidin Mosque), Kuala Terengganu.. diikuti Kota Johor Lama (Johor old fort)

3. Untuk BERPETUALANG - Batu Belah (split stone) of Pulau Besar, Melaka diikuti A bicycle race and the sacred number 313.


CATATAN kini sudah memiliki 1,398 artikel (termasuk ini), ARTMELAYU 1,533, BERPETUALANG 1,464. Gila-gila nombor saya menuntut agar disemak juga apakah artikel ke-886 pada setiap blogspot. Ini merujuk pada tahun hijriah dalam perenggan yang dicopy paste daripada Hikayat Hang Tuah...



1. Untuk CATATAN - Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Dari Tanjung Lumpur ke Kuala Pahang

2. Untuk ARTMELAYU - Makam 7 (The 7 tombs), Sayong Pinang

3. Untuk BERPETUALANG - Bukit Gundaling, the "Good bye darling" hill


OK. 886 Hijriah dalam Hikayat Hang Tuah itu merujuk pada tahun beliau dikatakan singgah ke Mekah, dalam perjalanan menuju ke Turki (disebut sebagai Rum dalam hikayat) untuk bertemu sultan sana. Kira-kira ringkas menunjukkan ini bersamaan 1481 Masihi. Menariknya, pada tahun itu, kota Otranto di Italy yang diserang 1480 masih ditakluki kerajaan Turki Uthmaniah seperti diceritakan dalam artikel sebelum ini, Antara mitos dan sejarah Hang Tuah - Leonardo da Vinci pun ada kena mengena. Terasa ingin menyemak apakah artikel ke 1,481 di blogspots saya tapi cuma ARTMELAYU sudah mencapai malah melepasi jumlah ini. Artikel berkenaan adalah Rupa terbaru makam Sultan Abdullah Muazzam dan Sulltan Jaafar Muazzam (Latest look of the tombs of Sultan Abdullah Muazzam and Sultan Jaafar Muazzam).... Cukuplah saya melayan kegilaan nombor buat masa ini... :]




Friday, December 04, 2015

Antara mitos dan sejarah Hang Tuah - Leonardo da Vinci pun ada kena mengena?

Salam Jumaat. Masih lagi berkenaan Hang Tuah. Biar diselesaikan sebagai satu siri gerak. Untuk pengetahuan artikel ini dapat mengaitkan sejumlah artikel yang ditulis dalam tempoh kurang seminggu kebelakangan.


Lima hari lepas saya mendapat e-mail daripada Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) mengundang datang ke majlis terbaru di ibu pejabat mereka iaitu Wisma Sejarah di Kuala Lumpur. Seingat saya kali terakhir bertandang ke majlis ilmu situ adalah ketika saya sendiri diminta berkongsi sedikit pengetahuan dalam pengkajian sejarah. Lihat artikel Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah yang ditulis Februari 2014.


Memandangkan saya sudah lama tidak bertandang dan subjek yang ditonjolkan memang menarik, pagi tadi 4 Disember 2015 saya pun bergegas ke tempat acara. Terus kelihatan nama Hang Tuah menonjol merata...


Nampaknya sejak kebelakangan ini cerita-cerita berkenaan pahlawan besar Melayu ini kembali menarik perhatian. Akhir sekali ia 'hangat di pasaran' adalah ketika seorang profesor bukan Melayu mempersoalkan kewujudan Hang Tuah sebagai mitos, sekitar awal 2012. Maka muncullah beberapa polemik dan wacana susulan. Rujuk artikel-artikel lama berikut :-









Selepas itu saya lihat isu itu surut buat beberapa waktu. Ia naik kembali beberapa hari kebelakangan disebabkan terbit buku baru bertajuk "Hang Tuah : Catatan Okinawa" yang katanya dapat membuktikan kewujudan nyata Hang Tuah menurut kriteria yang dihendaki dalam kajian akademik sejarah. Lihat artikel-artikel berikut yang saya tulis dalam tempoh kurang seminggu :-





Wacana hari ini mengenengahkan penulis-penulis buku tersebut. Mereka ialah Prof Emeritus Dr. Hashim Musa dan Dr Rohaidah Kamaruddin, kedua-duanya daripada Universiti Putera Malaysia (UPM). 


Terus terang cakap. Sebelum keluar buku itu saya tidak pernah mengenali siapakah mereka. Cuma saya pernah mendengar nama Prof Hashim sebagai salah seorang yang mahu diwawancara untuk satu projek dokumentari tentang Melaka yang mana saya turut diwawancara selain menyumbang bahan asas dan latar belakang cerita (bukan Daulah Melayu ya). Lihat artikel Diwawancara di rumah untuk satu projek dokumentari tentang Melaka yang ditulis kurang 2 bulan lalu. 

Saya lebih pelik apabila diberitahu beliau berkhidmat dengan UPM. Itulah kali pertama saya mendengar institusi pengajian tinggi yang dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia  ini memiliki cendekiawan yang boleh dirujuk dalam bidang sejarah. Bila melihat namanya terpampang sebagai penulis buku kemudian membaca isinya baru saya sedar kenapa beliau harus diwawancara. Ditakdirkan pula, 3 hari lalu saya harus membuat penggambaran Daulah Melayu di UPM lalu mendapat tahu beberapa perkara baru...

Rupa-rupanya UPM telah bergerak aktif sekurang-kurangnya sejak 2 tahun lalu untuk mendalami sejarah Melayu. Walaupun tidak memiliki jabatan sejarah, institusi ini memiliki tenaga fikir yang cukup berwibawa lagi bersemangat tinggi. Cuma mereka bergerak atas nama Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Lihat artikel Menggamit warisan Daulah Melayu di UPM 



Pembentangan oleh Prof Hashim. Saya lihat apa yang dibentangkan agak sama dengan apa yang sudah saya baca dalam buku. Jadi tak perlulah dipanjangkan. Di atas adalah terjemahan untuk salah satu surat dalam rekod kerajaan Ryukyu yang katanya diutus oleh Hang Tuah kepada raja Ryukyu. Rujuk artikel Buku "Hang Tuah : Catatan Okinawa" 


Masuk pembentangan kedua, oleh seorang lagi penulis yang terlibat sama menghasilkan buku tersebut iaitu Dr. Rohaidah. Beliau menambah dengan menerangkan serba sedikit sejarah kerajaan Ryukyu, bagaimana ia terlibat dalam perdagangan dengan Melaka, apakah hubungannya dengan Dinasti Ming di Cina. Dan bagaimana ia kemudian boleh menjadi sebahagian daripada negara Jepun.



OK. Saya sudah terlupa apakah yang diceritakan ketika slaid ini ditunjukkan. Yang ingat, selain memperkenalkan sejarah Ryukyu beliau menceritakan bagaimana pihaknya telah berhubung dengan badan berkenaan di Okinawa, Jepun untuk mendapatkan salinan surat-menyurat yang patut. Kata Rohaidah beliau fasih bahasa Jepun dan orang Jepun pula mudah dihubungi dan bekerjasama. Selain itu beliau fasih bahasa Arab dan Parsi. Kemahiran bertutur pelbagai bahasa amat membantu kerja-kerja mencari bukti kewujudan Hang Tuah melalui rekod di tempat-tempat lain.


Satu gambar close up. Dari kiri, Rohaidah dan Hashim diikuti pemudahcara/moderator iaitu Dr. Bazrul Bahaman dari UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris).


Slaid menunjukkan sebilah keris lok 9 yang ditemui di kepulauan Ryukyu. Ini sudah disebut dalam buku. Ketika ini saya masih duduk di barisan paling belakang lalu perlu zoom in kamera. Hasilnya tidak memuaskan.



Saya pun beralih ke barisan yang lebih dekat ke hadapan.



Rohaidah mula menunjukkan jangkauan kajian akan datang. Baru kita keluar daripada lingkungan apa yang rata-rata sudah diceritakan dalam buku. Menurut beliau selain di Okinawa (yang merupakan sebahagian daripada kepulauan Ryukyu) ada bukti-bukti berkenaan di Kyushu iaitu pulau paling selatan dalam rangkaian utama tanah yang membentuk negara Jepun. Ini akan diperhalusi nanti.



Selepas itu beliau menunjukkan India sebagai lokasi bagi mencari lagi bukti. India atau benua Hindi memang disebut sebagai salah satu tempat Hang Tuah pernah menetap lama malah berkhidmat dengan rajanya. Hikayat Hang Tuah secara khusus menyebut HT pernah berkhidmat di kerajaan Vijayanagar. Rohaida pun menunjukkan satu episod daripada siri dokumentari berkenaan Vijayanagar di mana perdana menteri pertama India, Jawaharlal Nehru (hidup 1889-1964) ada bertindak sebagai hos. Ditunjukkan satu bahagian di mana seorang pelakon memperkenalkan diri sebagai Hang Tuah,, Cuma ia lakonan orang yang terang berupa India, tidak menggambarkan rupa paras kebiasaan orang Melayu... 


Lebih menarik lagi adalah jangkauan ke Turki, Sepanyol dan Portugal. Rohaidah memberitahu sudah melihat catatan Turki yang menyatakan Sultan Alauddin Riayat Syah Melaka (memerintah 1477-1488 menurut kiraan lama, 1449-1481 menurut kiraan baru berdasarkan kitab Sulalatus Salatin naskah Raja Bongsu) telah berkahwin dengan puteri kepada Sultan Muhammad al-Fatih yang memerintah kerajaan Uthmaniyah Turki 1444-1446, kemudian 1451-1481. Sedangkan menurut catatan Alfonso di Albuquerque pula Sultan Alauddin muncul hasil perkahwinan ayahandanya Sultan Mansur Syah dengan puteri kepada Hang Tuah! Ini ada ditunjukkan dalam buku.

Daripada seorang bekas anak murid Rohaidah di Portugal dia mendapat tahu ada catatan di sana, dalam bahasa tempatan menyebut nama Tuah. Cuma dia belum melihatnya sendiri lalu hal ini perlu diperhalusi lagi.

Paling mengujakan bagi saya adalah apabila Rohaidah menyebut, pujangga terkenal Barat iaitu Leonardo da Vinci (ingat lukisan Mona Lisa?) pernah datang ke Melaka bersama tentera Sepanyol. Yang saya tahu tentera Sepanyol datang lewat sedikit ke Alam Melayu berbanding Potugis (yang pertama kali menyerang Kota Melaka tahun 1509 sebelum dapat menaklukinya tahun 1511). Itupun mereka datang daripada arah bertentangan, ke barat menyeberang Lautan Atlantik kemudian Lautan Pasifik untuk menakluki  wilayah yang kemudian dikenali sebagai Filipina (orang Sepanyol yang beri nama tu) diikuti Brunei (tetapi dapat dihalau keluar). Kata beliau ini ada dalam catatan di Sepanyol. 

Saya pula masih mencongak-congak dalam fikiran bila masa pula tentera Sepanyol datang ke Melaka, bila masa Da Vinci yang merupakan orang Itali boleh terlibat sama. Kemudian saya teringat tentang pelayar terkenal Barat iaitu Christopher Columbus, orang yang dicatatkan sebagai bertanggungjawab menemukan benua Amerika tahun 1492. Bukankah beliau seorang rakyat Itali, tapi dapat mengembara jauh dengan armada kapal dan sokongan kerajaan Sepanyol?

Kebetulan sejak sebulan kebelakangan saya dan isteri rajin menonton sebuah siri cerita bertajuk"Da Vinci's Demons" di TV Astro. Saya lama tahu Da Vinci seorang pencipta yang hebat selain pandai melukis. Tetapi melalui cerita itu, baru saya tahu beliau juga terlibat dalam peperangan termasuk melawan tentera Turki Uthmaniyah. Kebetulan episod sudah masuk cerita kota Otranto yang terletak dalam wilayah kerajaan Naples di selatan Itali diserang lalu ditakluki Turki. Diceritakan Da Vinci terlibat dalam penentangan sedangkan Otranto diketahui dalam sejarah rasmi ditakluki tahun 1480-1481, sesuai dengan zaman penghujung kegemilangan Melaka.

Selepas pembentangan, seorang ahli PESAWAD (Persatuan Sejarah Kampung Duyung di Melaka) memberitahu beliau telah lama menyatakan Da Vinci pernah datang ke Melaka. Beliau percaya pencipta Itali ini malah telah menghafal reka letak Kota Melaka dan tempat-tempat penting untuk mencari kelemahan lalu melukisnya agar dapat diterobosi pihak penjajah yang pro-Kristian dan anti-Islam. Melihat apa dipaparkan dalam siri "Da Vinci's Demons" saya rasa kemungkinan ini berlaku adalah amat tinggi. Apa lagi saya sudah lama membaca bahawa Da Vinci adalah ketua pergerakan Illuminati (pro Yahudi Zionis yang menyembah syaitan di balik tabir) pada zaman itu. 

Saya rasa cukuplah bercerita. Sudah sampai masa untuk saya mengalih perhatian kembali pada satu usaha penulisan buku yang mahu diterbitkan insyaallah bulan Mac tahun hadapan...


Wednesday, December 02, 2015

Buku "Hang Tuah : Catatan Okinawa"

Merujuk pada artikel Hang Tuah dan Ekspo Buku di PWTC yang dipersembahkan pagi Sabtu 3 hari lalu. Ini ada cerita lanjutannya... 


Pada akhir artikel tersebut ada ditunjukkan bahawa saya telah mendapatkan buku terbaru tentang Hang Tuah semasa di ekspo, buku yang kelihatan di atas. Selepas siap mempersembahkan artikel saya, isteri dan anak-anak bertolak ke Muar untuk bercuti dan berjumpa ibu, bapa saya. Disebabkan saya agak penat, isteri memandu hingga ke Melaka di mana kami mahu singgah dahulu ke satu majlis perkahwinan. Sepanjang perjalanan saya pun membaca buku. 



Sampai ke Melaka saya sudah berjaya menamatkan pembacaan sampai selesai kesimpulan. Namun itu sebenarnya masih kurang separuh isi buku kerana ia turut meliputi sejumlah bahan rujukan dan lampiran. Pembacaan disambung balik apabila sampai ke Muar. Selepas kembali ke rumah sendiri Ahad malam Isnin baru saya dapat menghadam keseluruhan buku. Dengan ini bolehlah diberikan review.

Nota : Daftar isi kandungan boleh dibaca dengan membuka gambar atas di dalam windows baru. Ini boleh memberikan gambaran ringkas apa yang boleh ditemui dalam buku...


Selepas kata pengantar dan mukadimah yang menyatakan tujuan utama buku dibuat adalah untuk menyangkal tuduhan sesetengah pihak bahawa Hang Tuah cuma dongengan orang Melayu masuklah Bab 1. Bab ini menyentuh bagaimana watak seorang pahlawan Melayu yang dikenali sebagai Hang Tuah itu diangkat begitu tinggi dalam masyarakat kita. Namun untuk membuktikan bahawa beliau memang benar-benar wujud, bukan sekadar cerita atau karangan dalam sastera, kita memerlukan bukti-bukti yang lebih konkrit. Bukti-bukti ini pula harus menepati kriteria yang dipersetujui dan disepakati dalam kajian sosial dan sejarah secara akademik...


Untuk itu kita harus memiliki bukti-bukti sesuai yang boleh menyokong kewujudan suatu watak. Bab 2 pun mengambil contoh 3 watak lain yang cukup dikenali dalam sejarah. Mereka adalah Alexander the Great dari Yunani, Julius Ceasar di Rom dan Laksamana Zheng He (juga dikenali sebagai Cheng Ho) dari Cina. Kriteria utama yang digunakan oleh para pengkaji dan sejarawan untuk menyatakan mereka memang pernah wujud secara nyata adalah adanya bukti primer (daripada perkataan Inggeris primary yang bermaksud asas). Ini bermaksud bahan dan/atau catatan tentang suatu watak yang sezaman dengan watak tersebut. Bahan itu boleh berbentuk artifak seperti senjata, pakaian, bangunan dan sebagainya. 

Dalam kes Alexander, si penakluk besar yang hidup 356-323 Sebelum Masihi terdapat apa yang dikenali sebagai Babylonian Royal Astronomical Diary dari Babilon (sekarang dalam Iraq) menyebut tentang kematian beliau. Ada juga dokumen sezaman tertulis dalam bahasa Aramaik di satu bahagian wilayah Parsi tercatat kedatangan baginda ke sana. Untuk Julias Ceasar yang lahir di Rom 100SM sebelum meningkat naik menjadi orang paling berkuasa dalam Empayar Rom, ada dokumen-dokumen yang ditulis beliau sendiri selain wang syiling yang menggambarkan rupa paras beliau. Untuk Cheng Ho yang terkenal sudah beberapa kali belayar membawa armada besar ke Alam Melayu ada catatan pelayaran yang dipahat pada satu kuil di Fujian tahun 1431. Dan pelayaran turut disebut dalam rekod kerajaan Dinasti Ming. 



Bagaimana tentang Hang Tuah? Maka masuklah Bab 3 seperti tertera di atas. Sumber utama Alam Melayu yang paling banyak menceritakan tentang HT adalah Hikayat Hang Tuah. Namun kajian menunjukkan ia ditulis paling awal pun pada tahun 1688. Sedangkan HT dikatakan wujud pada abad ke-15 Masihi iaitu lebih 200 tahun awal. Naskah paling terkenal iaitu Hikayat Hang Tuah selenggaraan Kassim Ahmad yang pertama kali diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1964 pula berasal daripada manuskrip yang selesai disalin pada 1878. Apapun. cara penceritaan hikayat ini banyak berbentuk epik sastera, banyak perkara luar biasa dan tidak masuk akal. Ia perlu diperhalusi dan ditapis dengan saksama sebelum boleh diisytiharkan sebagai sejarah.



Sumber lama kedua adalah kitab Sulalatus Salatin yang disusun oleh bendahara empayar Johor-Riau-Lingga iaitu Tun Sri Lanang. Karya yang turut dikenali sebagai Sejarah Melayu ini penulisannya lebih menepati ciri-ciri rekod sejarah yang diterima para pengkaji. Namun ia sendiri mula ditulis pada 1612. Walaupun disebut bahawa karya ini dibuat berdasarkan satu salinan hikayat Melayu yang telah wujud lebih awal, setakat ini belum dapat ditemui hikayat asal yang dijadikan rujukan. Maka tidaklah dapat ia memenuhi kriteria yang dikehendaki iaitu adanya bukti primer yang datang daripada satu zaman dengan Hang Tuah.


Satu lagi sumber lama yang menyebut tentang Hang Tuah adalah kitab Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji. Kitab ini secara rata memperincikan hubungan kekerabatan antara raja-raja dan bangsawan Melayu dengan Bugis bermula apabila Lima Opu Daeng Bersaudara - Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi melibatkan diri dalam politik Empayar Johor-Riau-Lingga tahun 1700an. Hang Tuah disebut secara sepintas lalu sebagai berasal daripada Tanah Bugis/Makassar. Sedangkan kitab ini sendiri ditulis tahun 1800an.


Nasib baik ada juga bukti primer atau sezaman dengan watak yang boleh digunakan untuk menyokong kewujudan Hang Tuah sebagai satu entiti yang nyata, bukan khayalan semata. Satu adalah dalam catatan Alfonso Albuquerque, bangsawan dan panglima besar Portugis yang memimpin angkatan menakluki Kota Melaka. Lebih menakjubkan adalah kewujudan sejumlah surat antara Raja Melaka dengan raja kerajaan Ryukyu, sekarang sebahagian daripada negara Jepun. Surat-surat ini menyatakan hubungan dagang dan diplomatik antara kerajaan sepanjang abad ke-15. Ada daripadanya dinyatakan dengan terang ditulis sendiri oleh Laksamana yang mana harus merujuk pada Hang Tuah.


Paling menarik dan bernilai pada saya adalah salinan surat-surat berserta terjemahannya yang disertakan sebagai lampiran. Surat-surat lama ini membentuk sebahagian daripada rekod kerajaan Ryukyu yang dipanggil Rekidai Hoan. Pada zaman moden ia pertama kali dilampirkan dalam buku bertajuk Ryukyu Relations with Korean and the South Sea Countries oleh Atsushi Kobata dan Mitsugu Matsuda tahun 1969. Difahamkan, disebabkan buku tersebutlah ada cendekiawan kita dapat menyedari tentang hubungan Ryukyu-Melaka dengan surat-menyuratnya boleh dijadikan bukti kewujudan Hang Tuah sebagai satu entiti nyata.

Walapun pada saya buku "Hang Tuah : Catatan Okinawa" ini masih ada kurangnya, lampiran yang ada telah memberikan ia tambah nilai yang tinggi. Dengan ini cukuplah ulasan daripada saya. Nak tahu lebih lanjut boleh baca dan kaji sendiri.


Tuesday, December 01, 2015

Menggamit warisan Daulah Melayu di UPM

Salam sejahtera. Sedikit cerita daripada aktiviti semalam.


Pagi Isnin 30 November 2015, saya dan tim Daulah Melayu bertolak ke kampus UPM atau Universiti Putera Malaysia di Serdang untuk membuat penggambaran di sana.


Terus ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.



Masuk ke bangunan ini.


Di tepinya kelihatan sebuah taman.


Ada sungai kecil mengalir. Seberang jambatan ini dan anda akan dibawa kembali ke zaman lampau.


Di hadapan sana terdapat beberapa buah rumah lama yang didatangkan daripada jauh lalu dipasang kembali di sini...






Rumah-rumah ini berusia antara 90 lebih hingga 150 tahun. Setiap satu mempunyai cerita menarik di sebalik kewujudannya. Lihat artikel-artikel yang telah diletakkan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) :-







Sebetulnya rumah-rumah itu adalah sebahagian daripada kompleks merangkap pameran luar untuk Muzium Warisan Melayu di bawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Diwujudkan sekitar 2 tahun lalu sebelum dilancarkan separuh rasmi melalui acara soft launch April 2014 ia menempatkan sejumlah koleksi menarik barangan asli yang susah untuk ditemui di tempat lain.


Koleksi senjata misalnya memaparkan keris-keris lama yang diperolehi daripada setiap negeri di Semenanjung Malaysia juga beberapa tempat di Indonesia.


Ada pula sundang yang tertulis perkataan "Panglima Muar" diperolehi daripada Belanda. Ada istinggar Melayu abad ke-18 dibeli daripada pengumpul barangan antik di luar negara.


Muzium ini turut memiliki satu-satunya manuskrip yang diketahui menceritakan nilai keris Taming Sari milik Hang Tuah dan buatannya. Lihat Muzium Warisan Melayu (Malay heritage museum), UPM.


Bergambar bersama pengarah muzium, Dr. Muhammad Pauzi Abd Latiff...


Selesai penggambaran dalam bangunan utama muzium kami bersolat Zuhur di sini. Masjid (Mosque of) Universiti Putra Malaysia.


Sekitar jam 4 petang kami bersiap untuk membuat penggambaran di dalam rumah tradisional ini pula. Lihat Rumah Negeri Sembilan di (Negeri Sembilan house at) UPM.



Bila dah dapat setting yang elok lalu sedia untuk memulakan penggambaran hujan lebat turun mencurah-curah lalu berterusan buat beberapa lama. Tercongoklah kami menunggu hujan reda. Nak buat penggambaran ketika hujan lebat audio atau rakaman bunyi dan suara akan terganggu. Akibatnya dekat Maghrib baru penggambaran selesai. Apapun ternyata apa yang terdapat di sini sangat menarik. Untuk cerita lanjut sila baca di sini juga sini.