Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, September 06, 2026

Bicara tentang Rumi dan tanah air : Bunyi-bunyi spiritual dan interaksi ketamadunan

Pada awal artikel Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Gunongan, sambutan Maulud dan macam-macam yang dipersembahkan petang Rabu 2 September 2026 ada dinyatakan bahawa pada esoknya mahu menghadiri majilis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Pada penghujung artikel Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Makam Syiah Kuala dan hubungan Aceh-Perak yang menyusul sehari kemudian dinyatakan harus bersiap untuk ke ISTAC bagi menghadiri majlis. Sekarang biar dikongsikan ceritanya.



Khamis 3 September 2026. Sampai ke ISTAC jam 2.20 petang. 



Sempat membaca beberapa muka surat Al Quran bagi proses pengkhataman bulan Rabiul Awal sebelum ke lokasi tepat majlis iaitu perpustakaan ISTAC.



Poster bagi majlis. Melibatkan sejumlah pembentang, tajuk majlis boleh diterjemahkan sebagai "Bicara Tentang Rumi dan Tanah air : Bunyi-bunyi Spiritual dan Interaksi Ketamadunan".



Rumi merujuk pada penyair Sufi terkenal, Maulana Jalaluddin Rumi yang hidup 800 tahun lalu. Ini pernah disentuh dalam artikel-artikel berikut :-


1. Bila Rumi menari... (Mac 2019)






Sebetulnya saya ada menyentuh tentang Rumi dalam beberapa artikel lagi. Pada saya beliau dan karyanya sangat terkenal. Namun pembentang pertama Profesor Dato' Dr Ahmad Murad Merican dari ISTAC menyatakan, secara umumnya Rumi kurang dikenali di Alam Melayu. Dengan itu beliau mengenengahkan Hamzah Fansuri dari Aceh sebagai tokoh penyair Sufi yang lebih dikenali ramai. Hidup abad ke-16 Masihi iaitu lebih 300 tahun kemudian Hamzah dilihat membawa dan menyampaikan ilmu keSufian kepada ramai dengan cara serupa iaitu melalui syair-syair yang menyentap jiwa.



Ditunjukkanlah peta Kepulauan Melayu untuk dikaitkan dengan konsep tanah air yang selalu diulang beliau. Sejumlah siri pembentangan ilmu yang diterajui Murad di ISTAC dibuat atas nama dan konsep tersebut. Bicara tentang Rumi ini adalah yang terbaru.



Masuk pembentang kedua iaitu Dr Shafa'atussara Silahudin dari Universiti Malaya baru banyak menggunakan slaid.



Pun begitu biar ditunjukkan sedikit sahaja ya.



Dinyatakan bahawa dalam tradisi orang Melayu syair adalah sejenis puisi yang dinyanyikan dengan penuh perasaan, menggunakan intonasi tertentu untuk menyentuh hati.



Ia menggunakan kata-kata indah, biasanya bahasa lama.



Cara penyampaiannya melibatkan olahan bunyi.



Ini memberikan pengalaman mendengar yang unik.



Syair selalu digunakan untuk menyampaikan makna-makna spiritual.



Dengan itu beliau menyampaikan "Syair Perahu" tulisan Hamzah Fansuri yang sangat terkenal itu dengan alunan merdu. Turut disampai satu syair tulisan sendiri tentang kemerdekaan (memandangkan kita baru sahaja menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos).



Sampai giliran pembentang ketiga, Dr Mehdi Soltanzadeh, seorang warga Iran yang mengajar di UM.



Beliau mengambil pendekatan sejarah kata-kata dan makna bagi mengupas tajuk majlis.



Ini dimulakan dengan asal-usul dan penggunaan perkataan "Bicara".



Seterusnya asal usul dan makna "Tanah" diikuti "Air"...






Baru dinyatakan makna gabungan perkataan "Tanah Air" dan kepentingannya bagi orang Melayu. Dinyatakan terma dan konsep serupa wujud dalam budaya Parsi (orang Iran).



Baru masuk pada hal Jalaluddin Rumi yang menulis syair-syairnya dalam bahasa Parsi.



Pembentang ke-4, Profesor Dr Suleyman Derin pula adalah seorang warga Turki yang bertugas di ISTAC.



Beliau  membawa persoalan kenapa Rumi begitu universal atau sejagat? Maksudnya kenapa Rumi dan syair-syairnya boleh diterima dan dihayati masyarakat pelbagai negara di seluruh dunia.



Bagaimana seorang khadi dan hafiz Al-Quran dari Konya (di Turki. Walaupun lahir di tempat lain Rumi banyak menghabiskan usia sehingga meninggal di sana) yang hidup abad ke-13 boleh menjadi salah seorang pemuisi paling laris di Amerika? Ya. Ramai orang sana mengenali Rumi dan tulisan-tulisannya.



Namun dinyatakan terlebih dahulu bahawa pertama dan paling penting, Rumi adalah seorang Muslim yang taat agama.



Ini harus ditegaskan kerana ramai di Barat menyalahtafsir/salah baca syair-syair Rumi. Mereka melihat syairnya sebagai 'bukti' Rumi kononnya berfikiran bebas melangkaui 'sekatan' agama.



Dinyatakanlah kesejagatan Rumi bukanlah disebabkan menolak Islam, Al Quran, Rasul dan jalan metafizik Sufi (seperti disalahfaham sesetengah pembaca) tetapi disebabkan kedalaman fikiran dan faham terhadap perkara-perkara tersebut.



Masuk pembentang ke-5, Dr Habibreza Arzani dari Kedutaan Iran di Malaysia.



Beliau bercakap tentang makna perkataan Inggeris homeland (tanah ibunda, tanah air bagi kita) dalam pemikiran Rumi.



Dilihat asal usul Rumi sendiri. Daripada seorang yang lahir di wilayah Balkh (dalam Afghanistan, ekarang), membesar dalam persekitaran budaya dan bahasa Parsi, mengembara merentas dunia Islam sebelum sampai ke Konya di Turki di mana dihabiskan usia. Itu menunjukkan legasi merentas sempadan.



Disebut syiar terkenal Rumi tentang seruling dan bunyinya yang mengalun rasa kesakitan/kerinduan terhadap tempat asal, akibat terpisah daripada rumpun tumbuhan yang dipotong untuk membentuknya seruling...



Dibangkitkan persoalan. Apakah tempat asal usul kita yang sebenar?



Ya. Kita semua ada tempat asal atau tanah air sendiri. Tetapi tempat asal yang sebenar-benarnya? Dari Tuhan kita datang, kepada Tuhan kita kembali. Itulah yang sebenarnya pesanan teras syair-syair Rumi.



Pembentang ke-6 dan terakhir, Dr. Nurul Ain Norman pula berkongsi pengalaman sebagai anak Malaysia yang pernah belajar dan menetap di Iran selama beberapa tahun.



Maka masuklah pada tajuk pembentangan beliau yang boleh diterjemahkan sebagai "Rumi dan Falsafah Diri".



Pengalaman melihat bagaimana puisi sangat diraikan di merata Iran oleh segala tingkat masyarakat dikaitkan dengan pernyataan "Sebelum falsafah adalah puisi".



Rumi sendiri memulakan dengan kisah seruling yang 'luka' (sangat terkenal dalam koleksi syair yang dikenali sebagai Mathnawi)...



Sebelum dapat memahami falsafahnya hati kita lebih dahulu tersentuh dengan puisi dan syair. Pengetahuan yang ditimba harus dapat membentuk diri.