Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, January 10, 2014

Misi HIKMAH Pulau Pinang - Mesyuarat di Bayan Lepas dan mencari keMelayuan di Lebuh Aceh

Salam pagi Jumaat. Bersambung dari Misi HIKMAH Pulau Pinang - Berpusing ke Balik Pulau.


Pada artikel lalu telah disebut tentang satu majlis keMelayuan yang dihadiri di Balik Pulau. Majlis itu berlangsung sehingga waktu Zuhur Ahad 29 Disember 2013. Selepas itu kami sekeluarga pun bergegas ke arah timur pulau.


Kami ke Bayan Lepas terus ke masjid jameknya. Lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Bayan Lepas di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Saya ada mesyuarat dengan jawatankuasa masjid yang mahu membawa HIKMAH ke tempat mereka. Ketika itu saya masih berbusana tradisional seperti dipakai pada majlis keMelayuan di Balik Pulau. Lihat artikel  Festival Adat Istiadat Warisan Melayu di Balik Pulau di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).

Mereka telah bersetuju agar HIKMAH di Pulau Pinang diadakan Sabtu 22 Februari 2014. Saya dan keluarga pun ditunjukkan tempat cadangan majlis.


Permintaan untuk membawa HIKMAH ke sana telah saya terima sejak lebih 3 bulan lalu. Seterusnya kami menghala ke Batu Maung, lalu di selatan lapangan terbang di Bayan Lepas.


Oh. Sebelum itu kami sempat singgah di satu masjid yang agak menarik, di sebuah kampung yang namanya agak menggembirakan. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Seronok, Pulau Pinang.


Kami ke Batu Maung kerana hendak melihat jambatan kedua Pulau Pinang yang katanya dah siap tapi belum dibuka. Kami cuba melihat dari pelbagai sudut di hujung tenggara pulau. Jumpa pula satu lagi tempat dengan nama yang memberikan senyuman. Lihat artikel A visit to Telok Tempoyak di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Ini adalah penghujung jambatan di Batu Maung.


Kami juga singgah di Batu Uban untuk melihat masjid lamanya, dikatakan tertua di Pulau Pinang. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Batu Uban. Terdapat sebuah makam dalam bangunan masjid. Lihat Makam Nakhoda Intan atau keturunan? (Tomb of Nakhoda Intan or descendant?).


Ini pula satu kawasan tepian pantai menghadap Pulau Jerejak. Lihat A look at the waters facing Pulau Jerejak. Kami berlegar-legar di sekitar kerana menurut seorang kawan, kehadiran saya diperlukan untuk bersama mengisi slot satu majlis di pusat membeli-belah berdekatan.


Dah lewat petang baru dapat tahu slot itu dibatalkan. Kalau tak awal-awal lagi saya dah berlepas ke Georgetown (nama yang saya tak suka tapi dah jadi rujukan ramai), atau dikenali warga tempatan sebagai Tanjung.


Saya pernah diberitahu nama asal kawasan bandar raya ini adalah Tanjung Penaga. Tapi berapa ramai yang tahu tentang itu? Kalau sebut Georgetown baru semua orang tahu.


Kami mahu ke Lebuh Aceh, tidak jauh dari pusat bandar raya.


Saya mahu melihat keadaan setelah 3 tahun tidak ke sana.


Masjidnya nampaknya telah diperbaiki elok.




Tapi apakah kehadiran orang Melayu di kawasan yang pernah menjadi tanah wakaf besar untuk jemaah haji dari seluruh Malaysia malah sebahagian besar Alam Melayu/Asia Tenggara berkumpul sebelum mengambil kapal ke Mekah ini telah kembali setimpal seperti nama besar Aceh, sebuah kuasa kuat Islam di Alam Melayu suatu masa dahulu? Kehadiran sampah sarap di satu sisi hadapan lama masjid seperti memberikan jawaban tersirat.


Ya. Ada projek pemeliharaan bangunan-bangunan wakaf Melayu di sini. Tetapi kehadiran yang sepatutnya menggambarkan penguasaan Melayu/Islam terhadap kawasan ini, wujudkah ia? Lihat sahaja artikel Casual walk (or not so) at Lebuh Aceh.


Saya cuma mampu berdoa di hadapan makam Tuanku Sayid Husin Aidid, kerabat diraja Aceh yang mewakafkan tanah yang membentuk seluruh Lebuh Aceh.


Kemudian kami berlepas melihat tempat menarik lain di sekitar, antaranya Masjid Kapitan Keling untuk menikmati hidangan nasi kandar di sebelah.


Tuesday, January 07, 2014

Misi HIKMAH Pulau Pinang - Berpusing ke Balik Pulau



Pagi Sabtu 29 Disember 2013, isteri bergambar dengan kawan sekolej yang sudah 14 tahun gitu tidak ditemui.


Kami telah bermalam di rumah kawan tersebut di Kampung Bagan Dalam. Tapi ini bukan gambar rumahnya, cuma menunjukkan suasana kampung diapit pembangunan. Sempatlah singgah di masjid kampung yang agak besar. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Bagan Dalam, Pulau Pinang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Kampung Bagan Dalam terletak sangat dekat dengan terminal feri ke pulau. Kami pun keluar mengambil feri. Lihat artikel Views from the ferry to Pulau Pinang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Sampai sahaja ke pulau kami terus mengambil jalan ke Batu Feringgi.


Lalu di Padang Kota di mana terdapat kota Fort Cornwallis tempat British bertapak tahun 1786 lalu mengatur program penjajahan ke atas Semenanjung.


OK. Kali ini kami dapati ada semacam udara segar berbanding lawatan terdahulu 2010. Ketika itu kelihatan papan-papan tanda bertulisan Cina seperti mahu menguasai keadaan lantaran parti politik yang kelihatan begitu pro-Cina dapat menguasai Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Umum ke-12, tahun 2008.


Tapi kali ini papan-papan tanda Cina nampakya cuma ketara di sekolah dan kedai-kedai Cina sahaja. Terasa seperti pemerintah telah mendengar nasihat agar tidak melukakan hati Melayu. Betulkah ini sedangkan dari setengah pihak saya dengar cerita bagaimana orang Melayu dan penempatan Melayu semakin terhimpit akibat kemajuan yang dikuasai orang Cina?


Apapun, saya dah malas nak komen hal politik. Kami singgah di Masjid Terapung Tanjung Bunga. Di dalamnya ada sesuatu yang menarik. Lihat Masjid terapung (Floating mosque of) Tanjung Bunga.


Anak-anak pula seronok bermain-main. Pemandangan dari sekitar masjid agak menawan. Lihat Views from the floating mosque of Tanjung Bunga.


Laluan seterusnya membawa kami ke Batu Feringgi.


Berhenti sebentar menikmati pemandangan pantai. Lihat Views from a cosy spot at Batu Feringgi.


Kalau ikutkan selepas itu saya mahu berjalan-jalan di Teluk Bahang. Tetapi masa semakin singkat kerana tujuan utama kami ke Pulau Pinang adalah untuk menghadiri satu majlis keMelayuan. Maka teruslah melalui jalan berbukit bukau di barat pulau. Lihat The road from Teluk Bahang to Balik Pulau.


Nak masuk ke Pantai Aceh pun tak sempat. Berhenti selepas itu pun hanya untuk bersolat dan tukar pakaian di sebuah masjid berdekatan majlis. Lihat Masjid (Mosque of) Bagan Air Hitam, Balik Pulau.


Lepas 2.30 baru sampai ke majlis.


Alhamdulillah dalam keadaan memang kelaparan itu dihidang pula masakan kampung ikan segar masak kari yang enak. Disuakan lagi pula dengan 'selonggok' petai bersambah. Fuuuh, memang kaw! Sambil itu menikmati acara termasuk persembahan silat. Lihat artikel Festival Adat Istiadat Warisan Melayu di Balik Pulau di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Sunday, January 05, 2014

Misi HIKMAH Pulau Pinang - Ke Pulau Mutiara selepas lebih 3 tahun...

OK. Muncul satu lagi gerak bercerita. Biar dibuat satu siri kecil berdasarkan perjalanan ke utara hujung minggu lepas.


Petang Jumaat 27 Disember 2013. Selepas mengambil isteri di tempat kerja di pekan Rawang saya memandu ke utara melalui jalan lama.


Hampir ke Tanjung Malim baru kami masuk ke lebuh raya. Kami mahu ke Pulau Pinang setelah lebih 3 tahun tidak ke sana. 


Kali terakhir kami ke Pulau Mutiara itu adalah ketika bergerak dalam rangka perjalanan lebih besar yang meliputi beberapa lokasi di Kedah dan Perlis membawa hingga ke Hatyai, Thailand. Ketika itu kami cuma bermalam 1 hari sahaja di Pulau Pinang. Lihat Mencari jejak Merong : Lebuh Aceh dan faktor 555 di Pulau Pinang


Kali ini bercadang untuk bermalam 3 hari. Berhenti makan malam di RnR Kuala Kangsar...


Terlihat menara yang ada timbul rasa mahu naik ke atas. Lihat artikel The tower at Kuala Kangsar RnR di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kami sampai ke Butterworth sekitar 10 malam. Kelihatan isteri dan anak-anak dalam kereta menunggu seorang kawan berdekatan terminal feri. Adapun kami ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu acara keMelayuan juga bermesyuarat untuk satu majlis HIKMAH akan datang. Selain itu saya mahu melihat satu batu bersurat yang terdapat di Bukit Mertajam. Lihat artikel Batu-batu bersurat di Kedah - Petunjuk satu hubungan purba?.