Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, May 10, 2008

Bahasa jiwa bangsa... Jadi apa lagi? Buktikan kata-kata itu!


Kalau ikutkan, saya tak mahu buat apa-apa posting baru sehingga minggu depan kerana seronok tengok gambar "mahkamah mata" saya terletak betul-betul sebelah chatbox. Tapi malam ini timbul rasa yang sangat kuat untuk menyatakan sesuatu walaupun ini akan menyebabkan gambar kesukaan saya buat masa ini (hehe... seronok woo layan kreatif gila sekali-sekala, hehe!) ditolak jauh ke bawah nanti!

Begini... Kita sering berkata tentang terhakisnya ketuanan Melayu dan sebagainya, bagaimana subjek sains dan matematik patut diajar kembali dalam bahasa Melayu untuk mendaulatkan bangsa dan bahasa... Tetapi kita lupa bahawa nama parti besar yang dikatakan pembela Melayu itu sendiri masih lagi berbangga dengan sebutan bahasa penjajahnya, sebutan bahasa Inggeris iaitu UMNO, United Malay National Organisation.

Di sini saya menyeru kepada para pembaca, sila khabarkan kepada ramai terutama mereka yang ada kuasa untuk mengubah keadaan... Minta tukar balik nama UMNO ini kepada sebutannya yang asal dalam bahasa Melayu seperti yang boleh kelihatan pada logonya dengan huruf-huruf Jawi... Fa, Kaf, Mim, Ba, Rho. Untuk PEKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu).

Kalau dahulu, nama UMNO itu timbul semasa hendak berunding meminta kemerdekaan daripada British maka logiklah juga kerana kita perlu memberitahu dan berunding dalam Bahasa Inggeris dengan penjajah... Semasa itu juga timbul nama MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Sekarang kita sudah lebih 50 tahun merdeka tetapi nama parti utama yang sepatutnya membela orang Melayu masih berbangga dengan nama dalam bahasa penjajah. Di mana mahu ditunjukkan contoh kepimpinan bahawa bahasa itu jiwa bangsa? Jika perkara semudah inipun kita masih terjajah, bagaimana kita mahu mengharap agar jiwa bangsa kita kembali jadi diri Melayu yang sejati?

Jadi ayuh! Saya bukan orang politik dan tidak ingin terlibat dengan politik. Tapi saya perihatin akan nasib bangsa Melayu dan saya ingin melihat bangsa saya kembali maju dan yakin dengan jatidiri sebenar yang pernah membentuk orang-orang Melayu dahulukala, bukan jatidiri palsu berasaskan kekayaan dan harta-benda yang telah merosakkan jiwa ramai orang zaman sekarang! Sekian...


p/s: Kepada saudara Mohd yang menegur saya tentang artikel yang meleret-leret dan penggunaan banyak link yang boleh mengelirukan pembaca... Pada malam ini, di sebalik ketenangan yang timbul setelah semalam berjumpa kawan-kawan lama, setelah meluahkan perasan sejujur-jujurnya walaupun dalam keadaan marah dan kecewa awal pagi semalam, baru saya rasa senang menerima teguran itu dengan lebih konstruktif.

Adapun disebabkan begitu banyak luka dan kesakitan yang terpendam di jiwa, maka saya luahkan panjang-panjang di blogspot-blogspot saya sambil hendak mendapatkan gerak bercerita yang lebih memanfaatkan ramai. Dalam kesakitan yang mahu dilepaskan secepat mungkin, saya lupa akan cara membaca serta daya penerimaan kebanyakan orang... Kerana saya sendiri sudah terbiasa membuat penyelidikan dan membaca dokumen-dokumen panjang sehingga berjam-jam sekali duduk lalu terlupa bahawa kebanyakan orang tidak dapat menumpukan perhatian apabila cerita terlalu panjang.

Sejak umur 6 tahun lagi saya juga sudah terbiasa membuat cross-referencing sehingga menggunakan 6 ensaiklopaedia sekali gus melompat-lompat mencari dan mengaitkan informasi daripada pelbagai tempat. Kalau dalam zaman komputer sekarang, kira multitasking le sambil menelaah isi pelbagai laman web sekaligus, bukan satu demi satu hingga selesai.

Lalu mungkin cara yang sama terbawa-bawa dalam penceritaan di blogspot. Sekali lagi, saya lupa akan cara penerimaan umum. Maka maafkan saya jika kelihatan saya begitu melenting dan tidak menerima teguran... Ini berlaku kerana kesakitan dalaman yang saya rasa sudah begitu lama akibat asakan-asakan orang yang tidak faham keadaan saya yang sebenar...

Begitu juga saya meminta ampun dan maaf kepada semua yang memberikan nasihat dan teguran dengan niat jujur betul-betul mahu memperbaiki kelemahan seorang saudara tetapi saya pula bertindak kurang enak!
Selepas ini saya akan cuba tidak membuat apa-apa cerita panjang lagi... Kecuali kalau ada menyertakan sedutan daripada mana-mana bacaan termasuk buku saya sendiri dan kecuali untuk cerita banyak gambar yang perlu dilepaskan pada masa ini untuk meluahkan beban dalaman berkaitan dengan perjalanan terbaru ke Pantai Timur yang belum selesai... Cerita-cerita yang kini saya tidak sertakan apa-apa penjelasan di bawah gambar sejak baru-baru ini.

Terimakasih atas keprihatinan semua. Sesungguhnya ketenangan malam ini begitu menyejukkan hati sehingga semakin terang akan gerak pengajaran Ilahi yang kadang-kadang datang kelihatan seperti kasar daripada pelbagai arah padahal bertujuan untuk mempercepatkan proses kematangan kerohanian ke tahaf yang sepatutnya boleh dicapai berdasarkan zat yang wujud dalam diri ini... Wassalam! :]

Friday, May 09, 2008

Reunion bilik 51C "A"Level Batch 7 (tahun 1988)...

Semalam, buat pertama kali setelah 20 tahun, ahli bilik 51C zaman kolej saya membuat reunion. Sayangnya kamera digital murah saya tidak dapat menangkap elok gambar waktu malam... Ini pula gambar yang dapat ditangkap menggunakan handphone saya... Cukuplah 3 keping... Harap kawan-kawan lain yang ada membawa kamera-kamera lebih canggih nanti dapat meng e-mail gambar-gambar yang lebih elok supaya dapat dikongsi semua terutama yang tidak dapat hadir kerana berjauhan seperti Raja Nurshirwan @ King di New York dan Farid @ Chicken di Vietnam...




Dulu ada masjid mata, sekarang ada mahkamah mata pula!

Tadi saya solat Jumaat di Masjid Wilayah. Lepas solat, masa keluar tu ternampak pula bangunan baru mahkamah persekutuan... Siap ada bunting bertulis "Buat kerja"! Timbul satu idea... Tengok le kat bawah tu... :]



Fahamilah erti sebuah perjuangan! Pada yang tak faham, jangan ganggu saya lagi... Tolong le! Tolong 'belah' dari sini!!!

Assalamualaikum semua. Pertama, saya mohon maaf jika harus berkata kasar dan kurang ajar... Saya pinta kepada para pengkritik di luar sana yang pandai-pandai belaka, tolong le... Tolong le jangan kacau lagi blogspot saya... Kalau anda rasa tidak boleh menerima apa yang saya ceritakan di sini atau cara saya menceritakannya, emosional ke, meleret ke, maka tolonglah... Di luar sana ada banyak lagi blogspot yang mungkin memenuhi citarasa anda yang bijaksana... Tolonglah jangan ganggu lagi blogspot ini... Anda tidak tahu beban yang saya pikul selama ini lalu anda mungkin tidak sedar komen-komen anda yang penuh "hikmah" itu mengganggu ketenteraman jiwa serta mood saya untuk menulis.

Jangan perasan bahawa kehadiran anda lah yang menyebabkan blogspot ini dibaca orang... Seolah-olah jika anda tiada, maka tidak akan ada apa-apa pembaca di sini! Sesungguhnya blogspot ini sudah ada pengikutnya yang setia mencari ilmu dan berkongsi rasa, bukan golongan memandai-mandai yang setakat tahu mengkritik sahaja tetapi tidak tahu betapa payahnya menyajikan sesuatu yang asli... Mungkin kerana sudah terbiasa menceduk ilmu free dan copy and paste di sana-sini lalu tidak tahu beza serta bahaya yang dialami orang yang betul-betul sanggup mengorbankan jiwa berbuat sesuatu berbanding orang yang setakat berangan-angan mengalami adventure di hadapan komputer...

Kedua... Malam tadi saya telah berjumpa dengan kawan-kawan lama sebilik semasa zaman kolej dahulu, semasa zaman mengaji peringkat A Levels sebelum berlepas ke luar negeri... Ramai di antara kami sudah 20 tahun tidak berjumpa! Kegembiraan bertemu kawan-kawan lama serta kata-kata sokongan yang saya lihat muncul dalam ruangan komen 2 posting terakhir saya memberikan saya semangat untuk membuat kata-kata luahan ini...

Penghujung tahun 2001, seminggu dua sebelum bulan puasa, saya dibuang kerja daripada The New Straits Times... Tahukah anda bagaimana rasanya apabila ini berlaku? Apalagi apabila isteri sendiri mengherdik anda kerana tidak mahu mengalah dengan politik pejabat akibat mahu sangat berpegang dengan prinsip hidup yang tidak boleh dijual-beli? Tahukah anda bagaimana rasa mahu menghadapi Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan ini? Mahu menghadapi keluarga sendiri juga keluarga mertua yang sering mengharapkan anda kembali dengan 'kejayaan' hidup yang boleh dibanggakan mereka? Nama sahaja ada ijazah Matematiks daripada University College of London, ada kenalan tinggi-tinggi sehingga ke peringkat menteri tetapi apa yang saya ada? Setakat sebuah motosikal besar kesayangan yang kini sudah 4 tahun terlantar buruk di Janda Baik... Itu sahaja...

Kemudian timbul rasa yang kuat untuk menjelajah ke sana ke mari menziarahi makam-makam lama untuk mencari diri dan erti... Tahun 2002, kalau tak salah ingatan sekitar April, Nenek iaitu ibu kepada ayah saya, satu-satunya ahli keluarga yang saya percaya mengerti akan pencarian ini meninggal dunia. September itu, dalam keadaan saya masih termangu-mangu mencari jawaban kepada persoalan tentang salasilah serta amanah keluarga dan masih lagi tidak bekerja, tidak ada pendapatan apa-apa, saya mendapat seorang anak perempuan...

Esoknya, adik lelaki saya yang bongsu pula meninggal dunia kemalangan motosikal... Dalam keadaan saya berharap nanti dapat menyatukan seluruh keluarga kerana atas sebab-sebab tertentu, ibu, ayah dan adik-beradik saya sebenarnya belum pernah betul-betul duduk bersama dalam sebuah rumah sendiri walaupun kami ada 5 biji rumah!

Apa rasa anda dalam keadaan ini? Melihat keadaan zaman materialistik sekarang, rasanya tidak keterlaluan kalau saya kata kebanyakan orang kalau dah ada ijazah dari luar negara, ada kenalan tinggi-tinggi sana-sini, ada peluang untuk jadi kaya-raya walaupun harus memakan rasuah dan mengorbankan prinsip sendiri, tentu kebanyakkannya akan mengalah... Sekurang-kurangnya segala tekanan hidup yang dihadapi boleh "dikurangkan" jika ada harta melimpah-ruah ya tak? Soalnya ada peluang ke tak sahaja dan saya memang ada banyak peluang... Tetapi saya tolak semuanya demi kepercayaan diri!

Sebulan dua selepas adik meninggal dunia, pada minggu kedua Hari Raya Aidilfitri tahun itu, ibu kepada ibu saya, orang yang saya panggil sebagai Mak juga kembali kepada Ilahi... Hujung tahun itu, akibat kekalutan keluarga atas segala yang berlaku dan semua ini, saya keluar meninggalkan rumah sewa, anak dan isteri lalu duduk di pinggiran hutan di Janda Baik sehingga tahun 2005. Oh... Tahun 2003, saya bercerai dengan isteri. Baki simpanan duit gaji dahulu habis untuk menanggung kehidupan berumahtangga yang sudah hilang erti, lebih RM20,000 dalam akaun saham jadi hangus apabila syarikat tertentu dikeluar senarai dari Bursa Saham sedangkan wang pendahuluan membeli rumah RM5,000 hilang apabila projek terbengkalai berserta wang guaman RM2,000... Saya tak malu mengaku ini... Saya cuma mahu anda tahu, bukan senang mahu mengotakan satu perjuangan yang ramai orang tak faham...

Yang saya ceritakan ini kira cuma keadaan ringkas sahaja... Tak termasuk kemelut jiwa yang saya lalui di England juga semasa bersekolah asrama di Kluang. Banyak sangat yang berlaku dalam hidup saya yang telah mencapai umur 38 tahun ini. Jun 2006, baru dapat saya luahkan sebahagian apa yang berlaku dengan munculnya buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti"... Ini diikuti buku kedua. "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" (terbit Mei 2007) dan buku ketiga "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang" (terbit November 2007).

Tahukah anda bagaimana penat lelah berserta bebanan jiwa menulis buku dalam keadaan 5 tahun tidak bekerja, tiada sumber pendapatan apa-apa, dalam keadaan diri anda celaru hampir gila? Apalagi jika anda juga mengedit buku, membuat rekaletak graphics, membuat design kulit buku, menerbitkan kemudian cuba membuat promosi jualan sendiri, jualan yang bukannya senang kerana isi cerita buku yang melawan arus kelaziman awam. Buat semua ini dalam keadaan keluarga sendiri pun menyoalkan... Sedangkan para penulis terkenal pun cuma dapat menulis dengan sokongan jitu keluarga dan sahabat handai, disokong lagi persatuan-persatuan penulis dan sebagainya, inikan lagi saya yang belum mengukir nama kecuali sebagai wartawan, terkapai-kapai tenggelam-timbul seorang diri!

Penghujung tahun 2006, saya tergerak untuk membuat promosi melalui forum... Selain promosi buku, saya juga mahu meluahkan rasa tentang amanah perjuangan umat Islam untuk menghadapi cabaran akhir zaman kerana tidak tahan menyimpan beban pengetahuan di dalam dada... Beban wooo lebih-lebih lagi kerana ramai yang tidak faham keadaan sebenar, yang dapat dikeluarkan pun sebenarnya setakat "anggaran" rasa yang dapat dinukilkan kepada awam.... Kalau sahaja anda dapat rasa betapa beratnya bebanan ini... Atau mungkin anda perlu menjiwai liku-liku kehidupan seorang genius seperti Sufiah Yusof yang kini jadi pelacur baru anda tahu betapa deritanya keadaan sebegini?

Begitu pun, saya tetap perlu menyatakan apa yang terbuku, semasa itu lebih pada interprasi sejarah lama Melayu dan Islam yang melawan sukatan pelajaran biasa hasil kajian Barat yang dianuti ramai... Awal lagi saya telah dicerca... Fakta-fakta yang saya beri dipersoalkan kiri-kanan... Tak kurang juga yang menuduh saya mengeluarkan cerita-cerita ini untuk menuntut takhta dan mahu menjadi raja... Di sebalik semua ini, saya gagahkan juga...

Adapun satu perkara yang membuat saya mampu menghadapi semua ini adalah harapan yang kuat bahawa apabila selesai menyajikan ketiga-tiga buku ini, saya akhirnya akan mendapat home sweet home yang saya dambakan selama ini, rasa home sweet home yang saya sedar telah hilang sejak umur 12 tahun lagi... Apa yang saya harapkan, home sweet home ini akan datang apabila saya dapat bersatu dengan seorang wanita yang saya sayangi. Tetapi ternyata, selepas siap 3 buku yang diharapkan dapat "melangsaikan hutang" amanah penyampaian ilmu kepada ummah buat peringkat ini, wanita yang dimaksudkan masih tercengkam dalam perangkap rumahtangga taburan duit dan permainan politik yang dimasukinya dalam keadaan kurang sedar beberapa tahun lalu ketika saya pula masih tercari-cari...

Tahukah anda bagaimana rasanya pada umur 38 tahun sering seorang diri, tidak ada rumah sendiri, tidak ada kenderaan sendiri, tidak ada anak bini, tidak ada tempat untuk benar-benar berkongsi rasa, masih tidak lagi mendapat rasa istirehat yang dicari? Tahukah anda, selain membebankan jiwa, keadaan yang dihadapi ini menyebabkan saya selalu demam-demam bisa badan, bisa urat, sakit perut dan sakit kepala?

Itu yang beberapa bulan kebelakangan ini kelihatan saya begitu merintih berjela-jela di celah membuat artikel-artikel di sini... Kenapa saya tidak boleh merintih? Inikan blogspot saya, tempat saya meluahkan rasa? Lihat di luar sana, berapa banyak blogspot yang ada pemiliknya meluahkan rasa sesuka hatinya... Itulah fungsi asal sesebuah blogspot... Asalnya ia adalah diari on-line tempat meluahkan rasa, bukan tempat memberi informasi seperti Wikipaedia dan sebagainya! Kalau dapat informasi berguna, ia adalah bonus untuk pembaca... Tetapi fungsi asalnya tetap sebagai tempat meluahkan rasa seseorang itu... Jadi kalau tak setuju, pergi sahaja le ke tempat lain... Jangan sibuk hendak mengubah isi diari orang lain!

Adapun sudah lumrah bagi seorang penulis sejati (bukan penulis upahan mata duitan ya...), penulisan itu adalah wadah menyatakan isi hati yang perlu dibuat agar sekurang-kurangnya dada jadi lega, lepas daripada bebanan tertentu baik bebanan pengetahuan, mahupun bebanan rasa marah, kecewa, gembira dan sebagainya... Kadangkala pula, masalah dan kesempitan hidup yang dihadapi menyekat isi penulisan yang lebih bernas daripada keluar lalu sekatan ini cuma dapat diatasi jika "taik-taik" masalah yang mungkin meleret-leret telah dikeluarkan terlebih dahulu hingga rasa puas hati...

Inilah penulisan sejati, bukan penulisan copy and paste atau ceduk hasil kerja orang sana-sini kemudian berlagak pandai seolah-olah semuanya hasil pengalaman sendiri... Begitu susahnya hendak mendapat mood, maka jangan haraplah dalam penulisan itu cuma yang keluar muluk-muluk sahaja tanpa menyatakan rasa bebanan dan derita! Anda yang tidak sensitif mungkin tidak tahu masalah lain yang sedang saya hadapi... Salah satunya, anda mungkin tidak tahu betapa sedihnya hati saya apabila dalam forum tertentu, peribadi saya diserang bertalu-talu apabila cuba menampilkan kegusaran akan bagaimana keselamatan dan kedaulatan negara kita ini sedang diancam pihak-pihak tertentu!

Ah... Tak mengapalah... Cukuplah kata-kata ini. Adapun saya ini adalah orang yang berpegang kepada janji... Oleh kerana dalam posting lepas, saya telah menyebut tidak akan membuat apa-apa lagi komen dan cerita pada mana-mana gambar dalam cerita pengembaraan ke Pantai Timur sehingga ia selesai, maka terimalah bahawa apa yang akan disajikan nanti adalah gambar-gambar sahaja seperti pada 2 posting sebelum ini... Sesungguhnya bukan senang hendak menyajikan sebuah cerita, lebih-lebih lagi dalam keadaan menanggung beban yang anda sebenarnya tidak tahu pun bagaimana rasanya kecuali dapat meneka-neka sahaja... Dengan menyajikan gambar-gambar tanpa penjelasan di bawahnya, cerita saya pun jadi senang... Insyaallah lagi cepat le habis proses meluahkan rasa walaupun setakat dengan simbol sahaja. Haraplah selepas ini hilanglah segala bebanan saya dan tidaklah saya merintih sebegini lagi...

Apapun, saya tetap menghargai sokongan para pembaca setia yang tahu menghargai payah-jerih mencari ilmu lalu menyampaikannya... Mendapat ilmu itu sendiri dari sumber terus (bukan sumber ceduk dan copy and paste ya...) memerlukan kecekalan serta pengorbanan yang tinggi, menyampaikan pun boleh tahan memenatkan dan menyakitkan kepala...

Untuk anda semua yang tahu menghargai kata-kata di sini, jika ada apa-apa yang tak faham tentang sesuatu cerita ataupun tempat, anda dialu-alukan bertanya di ruangan komen... Insyaallah ada masa saya akan jawab, kecualilah sesuatu perkara itu perlu berahsia... Sesungguhnya itulah tujuan adanya ruangan komen ini... Bukan untuk memuji saya seperti yang ada pihak anggap dan bukan juga untuk senang-senang mengkritik tanpa tahu erti sebuah perjuangan serta pengorbanan yang perlu dilakukan.

Sementara itu, akan saya mulakan setiap artikel dengan sedikit penerangan kemudian gambar-gambar tanpa penjelasan demi tatapan para pembaca sejati. Harap akur dengan keadaan serta sensitiviti saya buat masa ini ya... Wassalam! :]


p/s:
Oleh kerana rasa terkilan saya belum betul-betul hilang, saya tidak akan membuat apa-apa lagi hyperlink dalam artikel-artikel saya sehingga selesai semua cerita tentang perjalanan terbaru ke Pantai Timur... Hyperlink-hyperlink ini sebenarnya dibuat untuk memudahkan penceritaan selain dapat mengagihkan koleksi gambar-gambar secara saksama di ketiga-tiga blogspot saya. Rupa-rupanya ada yang kalut melihat ini lalu meminta saya mengubahnya untuk faedah pembacaan diri sendiri tanpa memikirkan kemudahan untuk orang lain pula apalagi kemudahan untuk saya yang mengharapkan blogspot-blogspot saya yang lain turut sering dikunjungi orang!

Kepada para pembaca sejati, sila jengok blogspot-blogspot tersebut untuk membaca (atau sebenarnya melihat) gambar-gambar berkaitan. Agak-agaklah bila ada sesuatu cerita baru ya! Biasanya saya akan memberitahu jika ada artikel-artikel terkini di blogspot-blogspot lain itu tetapi cadangan pembaca tertentu telah membuat saya tawar hati buat masa ini. Buat penat-penat aje saya perlu mengatur dan copy and paste link dalam turutan yang sesuai untuk faedah pembaca juga tetapi terasa sungguh tidak dihargai... Maka itu, untuk pembaca "bijaksana", SILA BERAMBUS DARI SINI! Sekian...

Wednesday, May 07, 2008

Sekitar pameran buku alternatif di Central Market, 3-4 Mei 2008



















Semalam di Kuala Besut sebelum masuk ke Kelantan...

Saya dah hilang mood nak bercerita. Rasanya tiada guna lagi memberi ilmu free sehingga selalu penat bersengkang-mata, habis duit banyak lagi di Cyber-Cafe sedangkan ia sering tidak dihargai malah diri saya pula dipandang buruk kerana bercerita dengan gaya jujur yang tak reti nak cover line agar kelihatan muluk sentiasa.
Tetapi disebabkan kelemahan diri ini yang mengharap agar hari-hari bahagia akan datang sebaik sahaja selesai meluahkan segala yang terbuku dalam dada, maka biar disajikan lagi gambar-gambar koleksi perjalanan terbaru ke Pantai Timur... Untuk makluman, ini adalah gambar-gambar terpilih daripada sekitar gambar ke 830 ke atas gitu dalam koleksi ini sedangkan jumlah gambar perjalanan ini hampir 1,400 ke semuanya! Pendek-kata masih banyak yang perlu dilepaskan lagi...
Oleh itu harap maklum... Mulai hari ini, saya akan paparkan sahaja gambar-gambar tanpa apa-apa cerita dan komen sehingga semua ini selesai...
Cara begini lebih senang, tak lah saya termangu-mangu berjam-jam di hadapan komputer untuk mendapatkan gerak penulisan.. Gerak penulisan yang kadang-kala cuma akan keluar apabila saya nyatakan kesedihan emosi atau perkara berkaitannya yang berlaku pada suatu ketika secara jujur tanpa berselindung seperti yang biasa orang lakukan supaya tidak terbuka pekung di dada...
Selepas ini, jika ada perkara, gambar makam, sejarah atau sebagainya yang tak faham, harap google dan cari sendiri ya... Tak guna saya penat-penat mengenengahkan pandangan dan pengalaman sendiri jika di luar sana lagi ramai pembaca yang lebih pandai membuat andaian sendiri... Apa-apa yang tak cukup copy and paste saja le dari mana-mana ya. Sekian! :]