Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, December 11, 2009

Berkenaan 7 wali Melayu dan lawatan ke makam-makam mereka...

Tadi seorang kenalan telah menyatakan hasrat mahu menziarahi makam Habib Nuh, setelah terbaca satu cerita tentangnya di blogspot ini. Oleh kerana dia tidak tahu selok-belok dan mungkin menghadapi masalah untuk mendapatkan kenderaan ke sana, saya mencadangkan agar dia pergi terlebih dahulu ke makam Sheikh Muhammad Nor yang seangkatan dengan Habib Nuh. Ini kerana kedudukan makam Sheikh itu di Kampung Sungai Cincin (ada yang mengeja Chinchin), Gombak lebih dekat dengan tempat tinggal kenalan tersebut. Terus saya teringat tentang buku "7 Wali Melayu" yang telah mengenalkan saya dengan nama wali-wali ini.



Adapun 7 wali yang tersenarai ini hidup penghujung abad ke 19 hingga awal abad ke 20 Masihi. Nama mereka terpilih kerana peranan masing-masing dalam membela umat Islam di Tanah Melayu sambil menentang penjajah yang sedang bermaharajalela ketika itu. Buku ini pertama kali saya baca sekitar 15 tahun lalu sebelum terjumpa lalu membeli cetakan kelima yang dibuat tahun 1998.

Hmm... rasanya cetakan tahun 1998 itupun dibeli selepas tahun 2001... selepas timbul minat untuk mengenali salasilah keluarga lalu terbawa untuk menziarahi makam para wali di seluruh Semenanjung Malaysia. Kini saya telah menziarahi makam ketujuh-tujuh wali yang tersenarai dalam buku selain berpuluh, mungkin beratus lagi makam orang-orang lain yang dikatakan bertaraf wali. Di sini biar disenaraikan nama 7 wali Melayu dari buku itu berserta link-link untuk artikel lalu di blogspot ini yang dibuat selepas menziarahi makam. Sila lihatnya...

1. Habib Nuh

Saya tak pasti jika pernah menziarahinya sewaktu kecil kerana sering pergi ke Singapura sekurang-kurangnya sekali setahun sehingga saya berumur 15 tahun begitu. Selepas itu saya pertama kali masuk Singapura pada tahun 2006 iaitu lebih 20 tahun kemudian lalu terus melawat makam itu. Lawatan seterusnya baru dibuat kira-kira 2 minggu lalu maka ceritanya belum dibuat lagi. Apapun lihat cerita yang ada ini...

Lawatan ke Singapura 2006. Makam Habib Nuh dan segala macam makam di sana...

2. Tokku Paloh

Saya pertama kali sampai ke makam beliau pada tahun 2003, setelah mendapat gerak untuk ke makam Tok Pulau Manis yang terletak di Hulu Terengganu terlebih dahulu. Nama Tok Pulau Manis tidak tersenarai dalam buku "7 Wali Melayu" kerana beliau hidup jauh lebih awal tetapi turut disebut dalam bab berkenaan Tokku Paloh. Sejak itu saya telah beberapa kali menziarahi makam juga masjid wali ini. Antara artikel berkaitan yang pernah ditulis di sini ialah :-

Keluarga besar Tokku Paloh, wali agung Terengganu abad ke 19 Masihi...

Kembali ke Kuala Terengganu... Daripada makam keluarga Tokku Paloh ke "warisan Zionis" di Pulau Wan Man?

Projek buku masjid - Terengganu dalam kurang 24 jam

Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - Menziarahi makam-malam lama seorang diri dalam kegelapan malam

Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - Menyelesaikan 'bil tertunggak' bagi sekitar Kuala Terengganu...

3. Tuan Tulis

Makam wali ini juga sudah saya lawati beberapa kali tak pasti sejak bila, mungkin sejak 2002. Kedudukan menghampiri Kuala Pilah tidaklah begitu jauh dari Lembah Klang. Namun ia tetap memakan jarak lebih 100 km...

Cerita projek buku masjid - Membuka perjalanan di Negeri Sembilan

Jalan hujung minggu Negeri Sembilan - singgah di makam Tuan Tulis

4. Sheikh Muhammad Said al Linggi

Kedudukan makam wali ini yang berdekatan bandar Seremban menjadikan ia agak senang dilawati...

Kembara ke Negeri Sembilan... Makam Sheikh Muhammad Said Linggi

5. Sheikh Muhammad Nor al Kholidi

Antara 7 wali yang tersenarai di sini, makam beliau adalah paling senang dilawati kerana kedudukannya di sekitar Gombak, Lembah Kelang...

Satu Jumaat dan projek buku masjid

(Nota: Oleh kerana dalam artikel di atas ini tidak menyebut tentang makam Sheikh, sekadar menyentuh masjidnya sahaja, biar diberi link ini, Masjid (mosque of) Sungai Cincin dan (and) Sheikh Muhammad Nur dari blogspot dwi-bahasa SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) )

6. Tok Kenali

Rasanya makam Tok Kenali yang terletak di Kota Bahru, Kelantan adalah makam paling kerap saya kunjungi antara makam 7 wali Melayu, kecuali makam Sheikh Muhammad Nor, itupun kalau difikirkan kembali terasa lebih kerap ke Tok Kenali walaupun ia terletak paling jauh. Sejak tergerak untuk ke sana awal 2004 gitu saya terasa ada satu kaitan peribadi yang sangat kuat. Baca betul-betul artikel-artikel yang diberi ini...

Sedikit cerita berkaitan Tok Kenali

Salam daripada Kota Bahru, Kelantan! Salam Tok Kenali?

Projek buku masjid - Melihat lagi masjid dan makam Tok Kenali seterusnya "sekolah pondok"

Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - Tok Kenali dan sekitar Kota Bahru

7. Tuan Hussein Kedah al Banjari

Dan antara 7 wali Melayu yang tersenarai dalam buku, makam Tuan Hussein di Kampung Titi Gajah, Alor Setar adalah makam yang paling akhir saya lawati iaitu pada penghujung tahun 2008...

Projek buku masjid - akhirnya, cukup tujuh wali...


Wednesday, December 09, 2009

Transformers Bandar Tasik Puteri!

OK. Saya sebenarnya baru sahaja kembali dari satu lagi perjalanan ke selatan bersama isteri dan bayi kami Muhammad Al-Aminul Rasyid. Kali ini turut bersama adalah anak-anak kami yang lebih tua, Haziq, 7 tahun dan Erin, 9. Perjalanan yang asalnya dibuat untuk menyambut ulangtahun hari lahir ke-80 bapa mertua saya di Tanjung Sepat ini menyaksikan kami turut pergi ke Port Dickson, Tanjung Tuan, Melaka, Muar malah ke Kampung Janda Baik di Bentong, Pahang. Sekembalinya ke rumah tadi, meter kereta menunjukkan kami telah membuat perjalanan sejauh 797.3 km!

Tu dia... baru minggu lepas, saya, isteri dan Al-Rasyid menamatkan perjalanan sejauh 1820.5 km (lihat artikel Akan datang : Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan! )... sedangkan penceritaan perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan pun belum lagi tamat. Tup tup, tadi semasa menonton filem Transformer 2 timbul pula idea baru. Dah terasa hendak berkongsinya dengan orang ramai pula. Lihat video ini... :]


Klip video perjalanan membuat buku "Rumah Azan" tahun lalu...

Sekitar 2 minggu lepas saya terjumpa balik sejumlah klip-klip video pendek hasil rakaman ketika perjalanan di selatan dalam rangka-kerja projek membuat buku "Rumah Azan" (lihat artikel lama Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC) lalu tergerak untuk memasukkannya ke dalam Youtube. Seterusnya saya bercadang untuk meletakkannya ke dalam blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH, sebagai selingan sebelum menyambung gerak penceritaan lain... baru tadi ada masa untuk melakukannya. Tetapi tadi juga baru saya tersedar ulasan dalam rakaman semuanya dibuat dalam Bahasa Melayu. Jadi biar ia dikongsikan di sini ya. Untuk makluman, rakaman menggunakan kamera digital Olympus ini dibuat untuk mengisi kekurangan akibat perakam video milik rakan saya Shamsul Yunos (jurugambar utama projek) rosak dalam perjalanan. Ini dia... terimalah ia seadanya ya...