OK. Satu cerita untuk dijadikan artikel ke-2,838 di CATATAN SI MERAH SILU.
Pagi Jumaat 5 Jun 2026. Isteri yang seronok dapat memperkenalkan jamu buatan sendiri atas jenama Bona Fida pada hari Selasa malam Rabu sebelumnya 2 Jun (lihat"Merah Silu Live" edisi ke-28 dan Jamu Bona Fida) mengajak agar membuat siaran langsung lagi. Kali ini edisi istimewa, bukan dalam siri berkala, yang mana saya bercerita tentang semua buku-buku tulisan saya kemudian baru isteri bercerita tentang jamu. Lihat video bawah.
Esoknya Sabtu 6 Jun pergi ke Klang untuk satu urusan sebelum ke majlis perkahwinan saudara di Jalan Kebun. Balik kampung isteri di Tanjung Sepat didapati ada masalah air disebabkan paip besar pecah di satu kawasan. Petang itu ajaklah isteri berjalan-jalan ke jeti. Selepas itu terasa hendak makan malam. Cari punya cari kedai yang sesuai akhir menghampiri pantai Morib 17 km perjalanan di mana terlihat ada live band lalu kami pun layan. Lihat video berikut...
Selasa malam Rabu baru ini 9 Jun pula diadakan siaran langsung "Merah Silu Live" ke-29. Lihat video bawah...
Cerita latarbelakang berdasarkan perjalanan lama dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 yang diulas kali ini adalah seperti berikut :-



