Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, September 21, 2007

Kejatuhan Baitul Muqaddis: Sedikit tentang rancangan Zionis menakluki dunia...

Kalau nak tahu inilah lambang mata Dajjal Zionis yang mahu memerintah dunia...

Assalamualaikum semua... Ini ada sedikit preview daripada buku "Berpetualang ke Aceh: Sirih pulang ke Gagang?" atau BKA III yang hampir siap, daripada bab bertajuk "Aceh Sekarang: Bilakah kembali Darussalam?". Kalau nak baca lebih lanjut, sila nyatakan sokongan dan pandangan pada comments di bawah. Ini dia...

------------------------------------------

Cengkaman Republik Indonesia terhadap Aceh adalah satu natijah besar penjajahan Belanda yang merupakan lanjutan proses memalapkan syiar Islam di seluruh dunia yang didalangi puak Yahudi Zioni dan rangkaian mereka. Puak-puak ini bertujuan mahu menakluki dunia, kononnya untuk memenuhi amanah Bani Israel sebagai bangsa ‘pilihan’ Tuhan... Maka itu, dalam grand design atau rangka-kerja Zionis, bumi Islam mesti ditundukkan ke bawah telunjuk dan hala-tuju yang mereka inginkan.
Melalui tangan-tangan ghaib mereka yang berjaya menyatukan kuasa-kuasa Barat untuk menjajah kerajaan-kerajaan Islam seluruh dunia, Yahudi Zionis telah memaksa empayar Uthmaniyah yang menaungi ummah sejak abad ke 16 supaya melutut apabila kalah dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918). Akibatnya, wilayah selatannya yang meliputi Jerusalem sehingga ke timur-laut pesisir Laut Merah juga sebahagian bekas empayar Parsi termasuk kerajaan purba Mesopotamia telah dibahagi-bahagikan di antara pihak yang menang untuk menerbitkan negara-negara Palestin, Trans-Jordan dan Iraq (di bawah Inggeris) dan Syria (Peranchis).
Keadaan ini bakal menerbitkan Israel, negara haram yang diwujudkan 1948 untuk meliputi Jerusalem. Wilayah rebutan Islam, Kristian dan Yahudi itu sebenarnya adalah ‘keratan’ tanah Palestin yang diperolehi Inggeris sebagai ‘hasil’ Perang Dunia Pertama. Rancangan untuk menerbitkan negara Yahudi boleh dibuktikan melalui Perisytiharan Balfour 1917. Perisytiharan oleh Setiausaha Luar British Arthur James Balfour itu berbunyi:

"His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country."

Maksudnya: "Kerajaan Yang Maha Mulia Raja (Raja British) melihat dengan anggapan baik penubuhan di Palestin sebuah tanah-air untuk orang-orang Yahudi, dan akan berikhtiar sebaik mungkin untuk memudahkan pencapaiannya, sambil memahami dengan nyata bahawa tidak ada apa-apa yang akan dilakukan yang boleh merugikan hak awam dan beragama masyarakat bukan Yahudi yang wujud di Palestin, atau hak dan status politik orang-orang Yahudi di negara-negara lain."
Lihat. Bahasanya begitu ‘lembut’ diplomatik menunjukkan simpati terhadap segolongan manusia yang ‘memerlukan tanah-air’ sendiri serta azam Inggeris membantu mencapai matlamat ini. Fikirkan… Ketika perisytiharan dibuat, wilayah Palestin masih berada di dalam kekuasaan keSultanan Turki Uthmaniyah tetapi sudah ada pihak berani membuat azam sebegini. Bukankan ini bermakna penubuhan Israel sudah lama dirancang dengan penuh keyakinan? Bukankah ini menunjukkan wujud sebuah grand-design atau rancangan menyeluruh jangka panjang yang akan membawa kepada penubuhan negara haram Yahudi itu nanti?
Atas saranan Presiden Amerika Woodrow Wilson, sebuah pertubuhan negara-negara bersatu peringkat dunia dipanggil the League of Nations telah diwujudkan sejurus selepas Perang Dunia Pertama tamat 1918. Pada 1922, ia merangkumi lebih 50 buah negara lalu memberi pihak British atau Inggeris mandat besar untuk mentadbir Palestin sehingga 1947. Mereka yang mengkaji lebih mendalam mesti tahu pertubuhan ini dianggotai banyak negara Eropah yang telah diperkudakan the international bankers, para peminjam wang Yahudi yang menguasai ekonomi dunia di sebalik tabir. Ia adalah lanjutan hasil-kerja perbincangan Kongress Zionis Sedunia pertama 1897 yang dipelopori seorang Yahudi dari Austria, Theodore Herzl, orang yang juga dikenali sebagai bapa Zionisma moden.

Tuesday, September 18, 2007

Jerusalem, Perang Salib, Gerakan Zionis dan kebangkitan Islam daripada Timur...

Assalamualaikum semua... Di atas atas sebuah ilustrasi lama menunjukkan peta bandaraya Jerusalem dan berlakunya Perang Salib...
Beberapa hari kebelakangan saya sibuk menyiapkan proses suntingan buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh: Sirih pulang ke Gagang?" atau BKA III. Alhamdulillah, sudah sampai mukasurat 280 sedangkan buku itu akan mencakupi sekitar 320 mukasurat cerita.
Adapun beberapa mukasurat yang disunting semalam bercerita tentang Perang Salib, juga kaitannya dengan penjajahan Barat di Tanah Melayu... Saya tak mahu cerita panjang kerana kepala kurang sedap dan Cyber-cafe akan tutup sebentar lagi... Cukuplah dinyatakan, Insyaallah apabila sampai gerak, saya akan post kan di sini mana yang patut menurut sukatan yang perlu.
Dalam pada itu, saya terfikir apakan Iran akan diserang tidak lama lagi? Kalau Iran diserang, kemungkinan besar perang akan merebak seluruh dunia... Maka bersedialah kita untuk menghadapi serangan Dajjal dan semoga kebangkitan Islam daripada Timur akan menyusul cepat...
Sementara itu, baca apa yang saya tulis sedikit tadi di blogspot-blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Tajuk-tajuknya ialah A thought on the Crusade War dan Sesuatu untuk difikirkan (Food for thought) . Sekian...