Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, March 28, 2008

Salam dari Kuala Berang... Menyusuri sejarah lama kedatangan Islam...

Oleh kerana gambar replika Batu Bersurat Terengganu yang saya ambil sendiri pagi tadi di Kuala Terengganu tidak dapat di upload kerana tiada alat untuk transfer daripada kamera digital masuk ke pen-drive, terpaksalah saya curi gambar ini daripada Internet pula...

Assalamuaikum semua... Saya kini berada di Kuala Berang, dalam daerah Ulu Terengganu. Untuk makluman, di sekitar kawasan inilah Batu Bersurat Terengganu yang sangat terkenal itu ditemui, batu bersurat yang dikatakan sebagai bukti bahawa agama Islam sudah sampai ke Tanah Melayu sekurang-kurangnya sejak tahun 1303 Masihi, hampir seabad sebelum kemunculan keSultanan Melayu Melaka!
Semalam, setelah meninggalkan Dungun, saya telah bermalam di sebuah hotel di tengah bandaraya Kuala Terengganu milik orang Melayu... Hotel ringkas yang merupakan sebuah rumah kayu tradisional dijadikan hotel untuk pengembara budget seperti saya... Di sana baru saya sedar, di sebuah kawasan lapang berhadapan hotel yang juga terletak di sisi stesyen bas utama tengah bandar, terdapat beberapa buah kubur lama dengan batu-batu nesannya masih berdiri tegak dan tidak pula bersemak...
Di KT ternyata terdapat banyak makam-makam lama terutama milik golongan diraja, para ulamak dan golongan bangsawan. Alhamdulillah, kebanyakan makam-makam lama di sini terjaga elok dan begitu terserlah... Kalau tak percaya, pergi lihat sendiri di bandaraya ini...
Semalam, sebaik sahaja sampai daripada Dungun, saya telah berjalan kaki melepasi Masjid Abidin dan Istana Maziah untuk ke Bukit Puteri yang terletak di hadapan Pasar Payang (ya ke namanya begini? Ingat-ingat lupa pulak). Oh... Kali terakhir saya sampai ke Terengganu adalah penghujung tahun 2006, selepas menghadiri majilis perkahwinan seorang sepupu di KT.
Ketika itu saya dapati telah muncul projek baru yang rasanya dibuat untuk memodenkan KT (ikut acuan orang-orang tertentu le...) terutama Pasar Payang.... Maka didirikan bangunan-bangunan baru di kaki Bukit Puteri yang rasanya bakal jadi lot-lot kedai moden untuk menggantikan peranan Pasar Payang di seberang jalan... Tetapi apabila sampai semalam, ternyata projek ini masih belum siap... Lalu tangga naik ke Bukit Puteri masih lagi terhalang seperti setahun lalu akibat bahagian bawah diruntuhkan untuk projek... Apapun seperti tahun lepas, saya tetap naik juga pagi itu walaupun harus memanjat dan melompat di mana-mana yang patut...
Separuh jalan naik tangga di mana terdapat penghadang pada 2 tempat, terserempak pula dengan 2 orang pengawal keselamatan. Kata mereka, jalan ke Bukit Puteri masih ditutup kepada orang ramai... Hampir terkilan saya mendengar kata-kata itu... Kalau nak menyeludup masuk, tak susah untuk saya buat tetapi saya perlu juga menghormati para pengawal keselamatan yang dua-duanya orang Melayu.
Saya berterus-terang mahu menziarahi makam Syed Yassin di atas sana tanpa mengharapkan apa-apa kecuali menyatakan rasa... Untuk pengetahuan, Syed Yassin adalah seorang ulamak daripada Aceh... Bapanya datang daripada Hadramaut, Yaman, dikatakan lari daripada sana kerana masalah tertentu lalu berkahwin dengan seorang puteri Aceh sehingga mendapatkan Syed Yassin.
Syed Yassin datang ke Terengganu awal abad ke 17 lalu berkahwin dengan seorang puteri kepada Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu pertama daripada dinasti sekarang iaitu dinasti keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang menguasai Johor selepas kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat dijulang dalam tahun 1680an gitu... Daripada beliaulah muncul satu cabang keturunan Ahlul Bait Ba' Alawi yang dikenali sebagai kaum Bin Yahya (dipanggil juga Al-Yahya)...
Apapun, saya dapat menziarahi makam Syed Yassin kemudian berjalan kaki di Kampung Cina sehingga ke Bukit Keledang. Naik ke bukit itu pula, dapat menziarahi makam Sultan Zainal Abidin I serta sebuah makam lama misteri di sebelah yang dipercayai sesetengah orang sebagai makam Megat Panji Alam, seorang anak Raja Terengganu yang dikatakan dibunuh Hang Tuah akibat kes berebutkan Tun Teja...
Malam itu pula, malam Jumaat, buat pertama kali saya tergerak untuk masuk ke kawasan pemakaman diraja Terengganu yang terletak di dalam kawasan Masjid Abidin... Padahal saya sudah ke masjid itu rasanya sekurang-kurangnya 10 kali!
Pagi tadi pula saya berjalan kaki ke Jalan Pusara untuk masuk ke kawasan pemakaman Sheikh Ibrahim. Kawasan ini agak luas, rasanya ada lebih 5,000 kubur di sini termasuk makam beberapa orang Sultan Terengganu juga makam ulamak-ulamak tersohor seperti Sheikh Duyung. Kemudian pergi ke makam Tok Pelam di seberang jalan ke hadapan sedikit dari kawasan pemakaman Sheikh Ibrahim...
Yang menarik, selain mempunyai bangunan makam tertutup yang menarik penuh seni, makam Tok Pelam juga memiliki sebuah rumah suluk iaitu pondok kecil untuk orang beramal... Kedua kawasan makam ini ditunjukkan kepada saya oleh seorang kerabat diraja Terengganu yang dianggap sebagai seorang wali hidup oleh sesetengah orang, Engku Sayyid Mukhsin sekitar tahun 2004 dahulu... Sejak itu, rasanya baru kali ini saya menziarahi kawasan makam-makam ini lagi...
Yang nyata, memang makam-makam lama di Terengganu elok terjaga dan terserlah... Ini melambangkan, walaupun ada percubaan pihak moden untuk mengurangkan nilai sebenar sejarah orang Melayu Islam akibat tusukan beracun pemikiran golongan Yahudi Zionis yang menaja pihak-pihak tertentu yang berkepentingan dalam dunia politik tanahair, masyarakat Terengganu secara amnya sendiri tahu menghormati para Ahlul Bait, keluarga diraja, para ulamak dan bangsawan Melayu tanpa perlu sentiasa disuruh... Alhamdulillah... Mungkin negeri ini akan mencetuskan kembali kewibawaan Raja-raja Melayu yang sebenar? Raja-raja yang dapat naungan pemerintahan kerajaan langit kerana bersungguh-sungguh mahu menjaga kebajikan serta menaikkan martabat rakyat-jelata?
Apapun, itu soal lain yang angkat kita lihat perkembangannya tahun ini, Insyaallah! Biasanya kalau di Terengganu, saya mesti melawat makam ulamak terkenal abad ke 19 Tokku Paloh yang merupakan guru kepada Sultan Zainal Abidin III dan makam Tok Pulau Manis (abad ke 17), guru kepada Sultan Zainal Abidin I. Tetapi kali ini saya membuat keputusan akan pergi ke Kuala Berang terlebih dahulu sebelum pergi ke makam-makam ini.
Apakah yang akan saya buat di Kuala Berang? Seperti yang disebut awal tadi, di sinilah tempat Batu Bersurat Terengganu ditemui dan di sinilah ia pernah "bertakhta" menjadi watikah hukum berdasarkan Syariat Nabi untuk mengatur kesejahteraan hidup rakyat jelata...
Cukuplah. diberitahu lawatan saya ke sini ada kena-mengena dengan susur-galur berdaulat Sharif Muhammad Al-Baghdadi, orang yang dikatakan penulis Batu Bersurat Terengganu... Menurut cerita waris-warisnya yang biasa saya temui dahulu (sekarang entah di mana, saya pun tak tahu!), daripada susur-galur keturunan cucu sulung Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Hassan! Sekian... :]

p/s:
Kalau rajin, klik dan baca cerita ini...
Akhirnya... Membuka misteri identiti Nakhoda Khalifah!

Wednesday, March 26, 2008

Sambungan cerita "Menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!"... Menyusuri juga makna sebuah mimpi lebih 10 tahun lalu dan kehadiran hantu Siam?

Alhamdulillah, komputer di sebuah Cyber- Cafe di Dungun yang sedang digunakan ini tidak bermasalah sepertimana komputer semalam di Kemaman ketika membuat posting bertajuk Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! . Maka cerita pun dapat disambung dengan lebih selesa melalui posting baru dan terbaru ini, yang menyerlahkan baki gambar-gambar dalam posting semalam yang belum sempat dihuraikan... Dan Insyaallah, cerita ini juga dapat disambung dengan satu kisah mimpi yang berlaku lebih 10 tahun lalu, sebuah mimpi lama yang rasanya ingin menyatakan sesuatu tentang Jalan Penarikan... (Dan kemudian timbul cerita hantu Siam pula...) Silakan! :]



OK... Bersambung terus daripada cerita terakhir yang sempat disiarkan dalam posting Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! semalam...

Semalam, saya sempat menerangkan tentang apa itu Jalan Penarikan serta Sungai Pertemuan dengan menggunakan sedutan berkenaan daripada website http://bahau.com.my/ . Maka biar saya ceritakan mengenai sebuah mimpi yang berlaku lama dahulu, tidak pasti bila tetapi ia memang berlaku lebih 10 tahun lalu... Di ketika saya masih belum tergerak untuk mencari salasilah dan wasilah keluarga, belum lagi berminat untuk mengkaji sejarah bangsa Melayu dan Islam lalu belum lagi tahu langsung dan tidak pernah mendengar tentang kewujudan sebuah tempat yang dinamakan Jalan Penarikan.
Hmm... Elok juga jika cerita mimpi lebih 10 tahun ini dihuraikan seraya diselang-selikan dengan pengamalan nyata menyusuri Jalan Penarikan yang dibuat pagi Jumaat lalu ya... Sebelum itu, perhatikan gambar makam di bawah ini...

Oh... Lupa pula... Di atas ialah gambar pintu gerbang masuk ke Kampung Jambu Lapan. Saya pun berjalan melepasinya... Sekitar 500 meter kemudian, sampailah ke kawasan pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol...



Sebelum sampai ke kawasan yang juga dikenali sebagai Sungai Pertemuan ini, kelihatan sebuah makam tunggal yang agak menonjol di sebelah pintu masuk kawasan...


Tertera nama pemiliknya yang dikatakan seorang ulamak dan panglima, dikenali dengan nama Shah Pedang... Tetapi penduduk sini memanggilnya sebagai Datuk Sempedang...

Katanya, Datuk Sempedang telah mengetuai kedatangan 9 buah keluarga daripada Pasai (dalam wilayah Aceh sekarang) untuk membuka penempatan baru di kawasan ini, sebelum kemunculan keSultanan Melaka lagi... Lalu mereka dikatakan sebagai kelompok pertama yang tahu tentang kewujudan Jalan Penarikan yang boleh memotong perjalanan daripada Pantai Barat Semenanjung ke Pantai Timur dan sebaliknya... Dan mereka juga memperkenalkannya kepada para pedagang Arab yang sering datang ke Melaka sehingga laluan ini jadi terkenal zaman-berzaman. Ini sedikit cerita tentangnya, diambil daripada http://bahau.com.my/


Terdapat juga beberapa misteri yang terjadi di kawasan ini. Datuk Sempedang yang mengetuai rombongan orang-orang Pasai sewaktu tiba di tempat ini adalah seorang yang warak. Sewaktu Datuk Sempedang meninggal dunia, dia dikebumikan di kawasan Sg Pertemuan. Sewaktu banjir besar yang terjadi pada tahun 1971, kawasan kubur ini dikatakan tidak lansung dimasuki air sedangkan ianya terletak berhampiran kawasan sungai. Penduduk di kawasan ini mengatakan tiada lansung kesan air mahupun sampah-sarap yang kelihatan. Perkara ini turut disaksikan oleh Wakil Rakyat pada waktu itu iaitu Tuan Haji Khatib dan juga guru Sekolah Menengah Rendah Jempol Tuan Hj Ismail. Selepas habis cerita mengenai banjir tersebut, terdapat satu projek mengambil pasir di kuala Sungai Jempol. Untuk menjayakan projek itu, mereka terpaksa lalu di atas kubur Datuk Sempedang. Namun begitu perjalanan mereka sering mengalami masalah sebaik sahaja mereka memasuki kawasan kubur tersebut. Pada awalnya enjin bulldozer tersebut tiba-tiba sahaja mati. Sebaik sahaja ia berjaya dihidupkan, bulldozer tersebut tidak bergerak, malahan ia bagaikan terbenam di dalam tanah. Kemudiannya sebuah lori penarik dihantar untuk menarik bulldozer tersebut. Namun begitu nasib lori tersebut juga sama seperti bulldozer tersebut. Lori itu bukan sahaja tidak mampu menarik bulldozer tersebut, malahan ia juga tidak mampu bergerak. Akhirnya mereka terpaksa membatalkan projek tersebut dan tidak pernah datang lagi ke tempat tersebut. Perkara ini diceritakan sendiri oleh pemandu bulldozer tersebut yang berbangsa Cina. Tidak lama kemudian kerajaan telah membina sebuah pam air berhampiran kawasan kubur itu hinggalah sekarang.



Ini adalah gambar tugu peringatan dan papan kenyataan yang menandakan kawasan pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol, telah saya letakkan dalam sebuah posting di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk Where Muar river meets Jempol in Negeri Sembilan... semalam... Pada mulanya, saya tidak mahu meletakkan lagi gambar-gambar yang telah digunakan dalam posting itu untuk posting Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! Tetapi tadi timbul rasa, elok juga diletakkan gambar ini di sini untuk memudahkan penceritaan.

Untuk melihat banyak lagi gambar berkaitan pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri, silalah klik Where Muar river meets Jempol in Negeri Sembilan... ya! Untuk mendapat lagi gambaran akan betapa pentingnya laluan ini dalam sejarah Melayu lama, biar saya copy and paste sedutan ini pula daripada http://bahau.com.my/


Jalan Penarikan juga pernah menyaksikan pelbagai peristiwa menarik antaranya ialah kisah Hang Tuah yang melarikan Tun Teja Ratna Benggala iaitu anak bendahara Pahang yang telahpun bertunang dengan Megat Panji Alam, anak raja Terengganu. Selain itu sewaktu penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511, Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mansur Shah telah membawa kerabat di raja menggunakan jalan ini untuk melarikan diri ke Pahang. Dengan penaklukan Portugis ke atas Melaka, maka berakhirlah empayar dan juga kegemilangan kesultanan Melaka.


OK. Nampaknya ada sedikit kesilapan fakta pada sedutan. Sultan Melaka yang membawa kerabat ke Pahang itu sepatutnya ditulis Sultan Mahmud Shah, bukan Sultan Mansur Shah. Tapi tak mengapa le. Yang penting faham cerita, faham pentingnya kedudukan Jalan Penarikan sebagai jalan perhubungan timur dan barat Semenanjung...


Setelah puas melihat kawasan pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol daripada setiap sudut yang dapat, baru saya berjalan kaki untuk menyusuri Sungai Jempol pula... Supaya dapat menemukan Jalan Penarikan di mana ia akan menemui Sungai Serting. Untuk itu, saya perlu melalui kawasan ladang kelapa sawit yang kelihatan dalam gambar atas. Di sebelah kanan, luar daripada gambar berliku Sungai Jempol menghala ke utara iaitu arah saya menghadap. Maka di sini, bolehlah dimulakan cerita tentang mimpi yang berlaku lebih 10 tahun lalu...


Jambatan menyeberangi Sungai Jempol di jalan utama Kuala Pilah ke Bahau...

Adapun sepanjang hidup, saya telah berpuluh kali bermimpi melihat Sungai Muar atau sungai besar serupa Sungai Muar di bahagian kuala... Mungkin kerana saya membesar di kawasan itu? Pada satu malam, saya bermimpi menaiki perahu seorang diri menghulu Sungai Muar... Daripada kawasan kuala yang melebar sehingga 1km, saya melepasi kawasan dekat bandar Muar di mana sungainya lebar sekitar 300 meter dan mula masuk kawasan berliku tetapi sungai masih lebar sekitar itu sehingga beberapa ketika... Sampai satu masa, sungai itu semakin mengecil dan saya semakin jauh ke hulu... Perjalanan menghulu sungai mula membawa kepada kawasan hutan tebal... Ada bahagian sungai yang kelihatan berjeram...



Daripada jambatan menyeberangi Sungai Jempol tadi boleh kelihatan masjid utama di sekitar ini... Di masjid itulah saya menginap seorang diri malam Jumaat itu...

Apa hendak dihairankan? Sedangkan malam itu sendiri saya sudah masuk seorang diri jauh ke dalam Kampung Jambu Lapan kerana tidak sabar mahu melihat pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol. Apa nak buat, saya sampai di sini daripada Seremban selepas jam 8 malam... Makan malam di sebuah kedai kemudian mandi dan bersolat di masjid ini dan pada awalnya berfikir mahu berehat sahaja kerana badan kurang sihat, lagi penat akibat pengembaraan yang turut memerlukan banyak jalan kaki... Tetapi ternyata, saya tidak boleh duduk diam, lalu sanggup berjalan hampir jam 10 malam untuk mencari kawasan pertemuan sungai.

Di kawasan pertemuan itu, terjumpa 2 orang warga tempatan sedang memancing ikan. Kami pun berkenalan dan apabila mendapat tahu saya berminat tentang sejarah tempatan, seorang daripada mereka telah menalifon ketua kampung agar datang ke situ lalu membuka cerita!

Banyak juga cerita yang saya dapat, cerita yang menunjukkan sejarah Negeri Sembilan yang jauh lebih awal daripada diketahui umum... Kerana umum sering disogokkan dengan sejarah berkaitan Adat Minang dan Pagar-Ruyung akibat kerabat diraja yang memerintah berasal daripada Tanah Minang sejak abad ke 18 Masihi... Sedangkan menurutnya, cerita Datuk Sempedang dan orang-orang daripada Pasai berlaku sekitar abad ke 10 hingga 12 Masihi, sekurang-kurangnya 600 tahun lebih awal daripada penglibatan Pagar Ruyung di sini!

Pada malam itu juga, sekitar jam 1 pagi, pada malam Jumaat, saya berjalan seorang diri melepasi Istana Serting untuk masuk ke kawasan perumahan bersebelahan semata-mata untuk melihat Sungai Serting! Di hadapan istana, terdapat sebuah tanah perkuburan yang sederhana besar. Selepas melihat Sungai Serting, sekali lagi saya berjalan melepasi tanah perkuburan untuk melihat apa yang ada di jalan menghala ke Batu Kikir... Setelah puas berjalan, adalah juga 1-2 km melepasi istana, saya berpatah-balik untuk kembali ke masjid melalui tanah perkuburan...

Sebaik mendekati tanah perkuburan, saya ternampak seorang lelaki berseluar jingga (dalam cahaya samar-samar lampu di jalanan, saya rasa seluarnya berwarna jingga) tanpa baju duduk seorang diri di pondok hadapan tanah perkuburan... Tersentak juga saya tetapi saya menolak tepi apa-apa rasa yang bukan-bukan... Kalau bukan manusia pun, saya bukannya hendak mengacau atau mencari gaduh... Maka itu sebaik sahaja sampai ke pondok, saya pun memberikan salam...


Sungai Jempol boleh kelihatan terang daripada tepian kawasan dalam masjid...

Saya memberikan salam kepada lelaki berseluar jingga tanpa baju yang duduk di dalam pondok tanpa dinding di hadapan tanah perkuburan... Lelaki itu tidak menjawab, sekadar memandang saya dengan muka yang kurang senang... Kemudian dia bercakap seorang diri dalam satu bahasa yang saya langsung tidak faham... Orang gila ke hapa dia ni? Ah... Biarkanlah, asalkan bahagia...

Saya pun meneruskan perjalanan ke masjid. Kita lupakan seketika tentang lelaki ini, kita sambung kembali kepada cerita mimpi yang berlaku lebih 10 tahun lalu...



Daripada tepian masjid, ingin sahaja saya menyusuri Sungai Jempol terus sehingga ke mana-mana tempat yang patut. Tetapi jalan terdekat sungai di belakang masjid terhalang kerana di pagari kawasan tanah orang. Terpaksalah saya lalu jalan terdekat yang tidak ditutup iaitu melalui kawasan perumahan di belakang masjid ini...


Kemudian baru saya berjalan kembali menghampiri sungai, masuk pula ke kawasan kampung ini...

Oh, tentang mimpi... Tadi saya telah memberitahu bahawa dalam mimpi itu, saya telah menyusuri Sungai Muar sehingga sampai ke bahagian hulu yang berjeram. Aliran sungai semakin mengecil tetapi cukup luas untuk sebuah kapal kecil lalu... Sampan masuk ke kawasan hutan yang semakin menebal... Tiba-tiba terasa ia ditarik laju menaiki kawasan tanah yang sedikit meninggi... Ah... Apa ini?


Inilah kawasan perkuburan yang diceritakan tadi... Kelihatan di latar-belakang ialah pagar putih panjang menandakan kawasan Istana Serting milik kerabat diraja Negeri Sembilan, istana yang dahulunya digunakan Raja Muda sebelum dilantik sebagai Yam Tuan untuk memerintah negeri, kini cuma berperanan sebagai istana hinggap kerabat diraja sahaja!



Saya terus berjalan melepasi kawasan kampung di kiri dan tanah perkuburan di kanan... Kelihatan satu sudut pagar istana bertemu dengan kawasan ladang kelapa sawit. Timbul rasa hati bahawa Jalan Penarikan itu melalui kawasan di tepian pagar bersebelahan ladang ini. Tetapi kelihatan jalan di hadapan sana sangat bersemak apabila dilihat lebih dekat... Lalu saya membuat keputusan mengambil jalan tar ke kiri iaitu jalan ke Batu Kikir... Untuk memastikan di manakah sebenarnya kedudukan Jalan Penarikan yang menyambungkan Sungai Jempol ( ada dalam 50 meter di kiri gambar) dengan Sungai Serting yang saya tahu terletak di belakang istana ini...



Saya berjalan menghala ke Batu Kikir sehingga melepasi sekolah ini malah ke hadapan lagi. Hampir 2km meninggalkan Istana Serting tadi, baru saya terjumpa orang tempatan yang dapat memberikan kepastian... Katanya, memang Jalan Penarikan itu terletak di tepian istana tadi...

Allah! Berpatah-baliklah saya dalam kepanasan terik masa itu, rasanya hampir jam 10 pagi ketika matahari semakin naik... Pergi balik ke Istana sahaja sudah hampir 4km... Belum dicampur berjalan kaki daripada masjid ke pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol tadi kemudian kembali ke masjid hingga sampai ke istana... Rasanya ada 3km juga!

Jadi sampai peringkat ini, saya sudah berjalan kaki hampir 7km pagi itu sahaja... Sedangkan saya masih lagi belum bertemu tempat yang paling dekat untuk ke Sungai Serting daripada Sungai Jempol dan saya tahu, nak tak nak, saya terpaksa melalui kawasan hutan belukar tebal nanti!


Lalu masuklah saya ke kawasan ladang kelapa sawit di tepian Istana Serting... Kawasan terang di latar-belakang adalah kawasan istana! Kelihatan juga beberapa buah kubur lama dalam gambar ini... Ceritanya telah saya letak semalam di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Kubur-kubur di Jalan Penarikan (graves at the Portage Route)...


Beginilah keadaan belukar selepas melepasi ladang kelapa sawit tadi... Terpaksa saya redah begitu sahaja walaupun setakat memakai t-shirt buruk dengan seluar cerut putih nipis dan selipar yang elok sedikit daripada selipar Jepun... Hampir terasa mahu mengalah sahaja apabila melihat keadaan ini sedangkan saya tak pasti dan tak boleh nampak di manakah letak duduknya Sungai Serting... Tetapi kalau mengalah, saya juga yang akan termenung panjang dan terkilan nanti... Kata orang, alang-alang menyeluk pekasam...


Alhamdulillah... Walaupun tak tahu arah, dengan berpedomankan panahan cahaya matahari pagi yang tentunya datang daripada arah timur bercampur gerak hati, barulah saya terjumpa dengan Sungai Serting... Jika malam sebelum itu, malam Jumaat, saya melihat sungai ini daripada pinggiran kawasan perumahan di timur Istana Serting, kali ini saya melihatnya daripada sebelah barat kawasan istana juga, kawasan yang lebih hampir dengan Sungai Jempol...

Maka di sinilah sebenarnya paling sesuai menyambung cerita tentang mimpi menyusuri sungai serupa Sungai Muar yang berlaku lebih 10 tahun lalu. Tadi, saya telah memberitahu bagaimana tiba-tiba, apabila sudah sampai ke satu bahagian ulu Sungai Muar yang berjeram, sampan saya tiba-tiba ditarik menaiki darat... Tentunya dalam perkiraan biasa naik ke hulu, mungkin ke bukit... Tetapi sampai satu ketika, tiba-tiba sampan itu boleh pula masuk ke sebuah sungai kecil lain yang kemudian semakin membesar... Apahal?


Daripada pinggiran Sungai Serting tadi, saya cuba mencari kembali jalan melalui ladang kelapa sawit di tepian istana tadi... Allah! Saya sudah betul-betul hilang arah lalu tersesat! Pedoman yang saya dapat cuma menghala ke arah matahari iaitu Timur... Setelah berjalan beberapa ketika, terjumpa pula aliran air mati ini...

Saya sudah keliru, apakah ini aliran Sungai Serting juga? Bagaimana ini sedangkan aliran di sini mati sedangkan sungai yang kelihatan tadi nampak nyata arusnya bergerak walaupun tidak berapa deras...
Saya berpatah balik jalan yang disusuri sejurus sebelum itu lalu bertemu kembali dengan aliran Sungai Serting yang ternyata mengalir elok... Warna airnya pun lain... Jadi "sungai" apa tadi? Saya pergi balik untuk bertemu aliran air mati tadi...

Ah! Baru saya teringat... Ada diceritakan, sekitar abad ke 15 Masihi dahulu, satu angkatan perang Siam pernah cuba menyerang Melaka melalui Jalan Penarikan... Untuk memudahkan lagi kapal-kapal mereka lalu, angkatan perang ini telah menggali sebuah terusan... Ah... Inilah sebabnya wujud aliran air mati ini...



Saya menyusuri aliran air mati tadi untuk beberapa ketika... Panjang juga, rasanya hampir 100 meter melalui kawasan hutan belukar semak-samun sehingga sampai ke kawasan belakang istana... Ah... Sekarang baru saya sedar... Baru saya tahu kenapa agak susah untuk menyusuri laluan sebenar Jalan Penarikan... Manakan tidak, sebahagiannya sudah ditutup akibat didirikan Istana Serting ini!

Apabila diingat kembali laluan yang termaktub dalam peta juga rajah-rajah berkaitan, ternyata laluan darat yang menghubungkan Sungai Jempol dengan Sungai Serting ini begitu lurus... Lurus kerana kawasan sekitar adalah landai tanpa penghalang (kecuali Istana Serting yang dibina sekitar zaman moden juga) dan tentunya laluan lurus itu adalah laluan yang terdekat... Maka sekarang saya harus mencari jalan untuk mengekori pinggiran kawasan istana sehingga sampai ke ladang kelapa sawit... Tetapi laluan air mati binaan tentera Siam ini menghalang...

Seketika itu, timbul rasa, susur balik laluan air mati ini hingga kembali ke Sungai Serting... Baru saya sedar, laluan yang sebenarnya tidak siap (kerana ramai tentera Siam kemudian mati diserang penyakit) ini di bina menghala ke Sungai Serting tetapi belum sampai, sekitar 10-15 kaki sahaja baru sampai ke sungai... Jika tanah 10-15 kaki ini dikorek, nescaya melimpahlah air Sungai Serting yang berwarna tohor ke dalamnya... Tidaklah lagi laluan air ini berwarna sedikit jernih dan tidaklah ia mati begini... Ini bermakna, dahulu, laluan ini dikorek dalam keadaan kering... Air yang ada di dalamnya kini sebenarnya adalah air hujan, bukan air Sungai Serting...

Oh... Rasanya bab mimpi lebih 10 tahun lalu itu boleh ditamatkan teruslah... Setelah sampan ditarik naik ke darat kemudian masuk ke sungai balik, ternyata aliran sungai semakin melebar hingga sampai ke sebuah kuala yang luas... Bertahun kemudian, baru saya tahu tentang kewujudan Jalan Penarikan. Baru ternampak kaitan dengan mimpi tersebut yang menunjukkan, bahawa saya telah melalui Sungai Muar hingga ke hulu, sampai ke satu bahagian ditarik menaiki daratan kemudian masuk ke sebuah sungai kecil membawa ke sebuah sungai besar yang menepati ciri-ciri Sungai Pahang...



Apapun, Alhamdulillah, saya dapat menemui kembali kawasan ladang kelapa sawit dan keluar dengan selamat. Tetapi seluar putih saya yang nipis kotor teruk akibat palitan tanah di beberapa tempat selain bekas-bekas dedaunan dan duri-duri yang tersangkut... Dan saya turut mendapat "souvenir" atau "buah-tangan" lain, 2 ekor lintah yang kelihatan begitu enak menghisap darah daripada jari kaki saya!

Dua ekor lintah itu saya buang dengan menghalakan api lighter ke badannya... Walaupun sudah hampir 2 tahun berhenti merokok, saya ada menyimpan lighter sebagai satu barang keperluan, sekurang-kurangnya untuk menyalakan ubat nyamuk jika perlu... Saya jarang membawa ubat nyamuk tetapi ada masanya kena beli juga kerana tak tahan gigitan nyamuk ketika tidur di sesetengah masjid ataupun pondok tepian jalan...

Adapun membuang lintah dengan cara begitu lebih elok daripada mencabutnya terus... Kerana kalau dicabut, akan tertinggal bahagian seperti gigi di dalam urat darah kita... Takut jadi berkudis pula... Satu lagi cara ialah membiarkan sahaja lintah-lintah ini menghisap darah sehingga kenyang... Kemudian ia akan tanggal sendiri tanpa perlu dipaksa...

Saya selalu juga membiarkan kerana tahu binatang ini cuma menyedut darah kotor sahaja... Tetapi ketika itu, saya mahu singgah ke perpustakaan desa bersebelahan kawasan perkuburan... Rasa tak eloklah masuk ke dalam dengan lintah-lintah gemuk ini kelihatan... Nanti takut pula anak dara yang dok sengsorang menjaga perpustakaan itu... Dah lah tadi dia tengok rupa saya pelik dengan seluar putih penuh kekotoran sibuk dok cucuh api ke kaki... Gilo ke hapa? Daripada jauh, bukan dia nampak pun lintah-lintah ini....

Selesai membuang 2 ekor lintah itu, saya menyingsingkan seluar untuk membasuh kaki. Ternyata, terdapat 4 ekor lagi lintah (lintah ya, confirm... Bukan pacat yang jauh lebih kecil)... Jenuh juga nak dapatkan angle mencucuh api yang sesuai agar kulit saya tidak terbakar. Itupun selepas dapat mencabut kesemuanya, darah keluar meleleh-leleh daripada setiap gigitan... Hampir kelihatan seperti luka orang accident kereta atau jatuh motor sehingga anak dara yang menjaga perpustakaan sanggup memberikan sepasang selipar kain (seperti yang biasa terdapat di hotel-hotel besar) untuk dipakai di dalam perpustakaan... Agar darah tidak jatuh menitik ke lantai...


Dan Alhamdulillah, selesailah lawatan pertama saya seumur hidup ke Jalan Penarikan... Berdasarkan pedoman perjalanan yang ditunjukkan oleh mimpi lebih 10 tahun lalu juga aliran sungai-sungai di Jalan Penarikan itu sendiri, sudah semestinya seterusnya saya harus ke Pahang... Ke bandar diraja Pekan kerana di sanalah terletaknya kuala Sungai Pahang! Lagipun memang pengembaraan saya yang terbaru ini ialah untuk ke Pantai Timur... Bandar Pekan itu sendiri terletak di Pantai Timur... Daripada sana, bolehlah saya naik ke Kuantan lalu ke Terengganu juga ke Kelantan... Serupa juga dengan perjalanan orang dahulukala melalui Jalan Penarikan untuk ke Pantai Timur!

Di atas ialah gambar stesyen bas di Bahau, sekitar 3-4 ke timur Jalan Penarikan tadi. Daripada situ, saya boleh mendapatkan bas ke bandar Muadzam Shah di wilayah tengah Pahang... Oh... Sekarang baru boleh disebut dan ditutup tentang lelaki berseluar jingga tanpa baju yang duduk di pondok di tanah perkuburan di hadapan Istana Serting tadi...

Adapun selepas berehat sebentar membaca suratkhabar di perpustakaan, saya telah membuat satu "survey" sehingga terjumpa kembali aliran Sungai Jempol di sebuah kawasan ladang kelapa sawit lain yang terletak di belakang kawasan kampung yang disebut di atas tadi... Baru saya sedar Jalan Penarikan itu memotong daripada kawasan kampung, lalu di tepian tanah perkuburan menghala ke kawasan sempadan istana dengan ladang kelapa sawit di seberang jalan ke Batu Kikir sebelum masuk ke kawasan istana... Makanya, mungkin ada tentera Siam yang mahu menyerang Melaka telah mati di kawasan perkuburan ini?

Beberapa hari kemudian, baru timbul satu rasa... Seorang lelaki berseluar jingga tidak memakai baju duduk seorang diri di sebuah pondok di tepian tanah perkuburan pada malam Jumaat hampir jam 2 pagi... Gayanya tidak senang dan seolah tidak faham apabila saya memberikan salam... Sebaliknya bercakap seorang diri, hampir menyumpah-nyumpah dalam satu bahasa yang tidak saya fahami... Timbul satu rasa, apakah dia ini salah seorang tentera Siam yang terkorban? Terkorban dalan usaha mahu menyerang Melaka lebih 500 tahun lalu? Sekian! :]


Salam daripada Dungun! Singgah sebentar sebelum ke Kuala Terengganu?

Ish, ish, ish!!! Apa daa... Asyik ingat mata aje aku ni... Dah, letak mata Lord of the Rings pulak kat sini... Ish, ish, ish!

Salam semua... Saya kini berada di Dungun sekitar 80km utara daripada Kemaman. Semalam di Kemaman, saya tidur di sebuah hotel dengan nama yang agak menarik, Hotel Wali... Wali woo... Siap dapat bilik VIP lagi, nanti le satu hari saya cerita, hehe! :]
OK... Adapun tujuan saya pergi ke Dungun adalah satu, saya sudah sangat lama tidak singgah ke sini. Seringkali, apabila pergi ke Pantai Timur, saya samada akan pergi terus ke Kota Bahru daripada Kuala Lumpur atau pergi ke Raub, atau Kuala Lipis kemudian baru ke Kota Bahru... Satu lagi laluan ialah daripada KL terus ke Kuala Terengganu dengan bas ekspress biasanya melalui tepian Kuantan, atau pergi ke Kuantan dahulu sebelum ke KT. Daripada destinasi-destinasi ini barulah saya pergi ke tempat-tempat lain, misalnya Kuala Berang, lebih kurang 40km di barat-daya KT atau Pasir Mas, juga lebih kurang 40km tapi di barat daya KB.
Dalam perjalanan kali ini pula, setelah meninggalkan Jalan Penarikan di Negeri Sembilan tengahari Jumaat lalu sampai ke Pekan, saya memilih untuk naik bas henti-henti untuk menyusuri Pantai Timur... Dari Pekan ke Kuantan seterusnya Kemaman dan kini Dungun.
Sebenarnya setelah melihat peta Terengganu saya merancang, seterusnya mahu ke Kuala Berang yang terletak di pendalaman, rasanya sekitar 60km ke barat-laut Dungun iaitu berhampiran tasik dan empangan Kenyir. Seperti disebut awal tadi, biasanya saya akan ke Kuala Berang melalui KT. Kalau menurut jalan ini daripada Dungun, saya harus menghala ke utara menyusuri pantai rasanya sekitar 80km kemudian "berpatah-balik" ke selatan tetapi sedikit ke barat untuk masuk ke pendalaman.
Maka itu saya terasa mahu cuba pergi ke Kuala Berang melalui Dungun pula... Dari segi milage, rasanya dapat menjimatkan jarak perjalanan... Dan mungkin juga laluan yang belum pernah saya ambil ini lebih menarik perhatian... Siapa tahu?
Malangnya ternyata tidak ada apa-apa perkhidmatan bas ke mana-mana menghala ke sana. Yang ada samada turun balik ke Kemaman atau naik KT sahaja... Kalau naik teksi, rasanya sudah tentu kena "cekik" nanti sedangkan kalau nak hitchike, rasanya sejak beberapa bulan ini saya kurang larat berbanding dahulu... Maklumlah, umur pun sudah masuk 38 tahun. Buat tetap buat kerana ada masanya ia perlu... Tetapi kalau boleh saya kurangkan kerana tenaga saya mungkin lebih cepat susut berbanding dahulu sedangkan seumur hidup pun saya belum lagi mendapat home sweet home sebenar yang amat didambakan lalu mampu memberikan kerehatan yang diidamkan....
Berapa ramai manusia dalam lingkungan umur begini yang ada buat kerja mengembara dengan cara begini seorang diri keluar masuk negeri dan kampung orang, tanpa memiliki kenderaan sendiri, tanpa ada jaminan tempat tidur, makan-minum apa lagi keselamatan jiwa dan raga? Sedangkan orang muda belia 20 tahun yang sepatutnya lebih cergas dan tangkas pun belum tentu sanggup mengharungi perjalanan sebegini waima untuk 3 hari sahaja pun!
Hmm... Tengoklah bagaimana nanti. Kalau selepas siap posting ini dan posting seterusnya, masih ada lagi perkhidmatan bas ke KT maka ke sanalah saya sebentar lagi. Kalau tidak, mungkin harus bermalam di sini dan kita tunggu "ilham" untuk gerak seterusnya...
Oh... Ingat tak semalam saya telah membuat sebuah posting bertajuk Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! di sini tetapi tidak sempat menyiapkannya kerana Cyber-Cafe di Kemaman telah tutup... Dan komputer di sana pula sangatlah perlahan sehingga menyakitkan hati dan mengganggu rentak penceritaan? Hari ini di sebuah Cyber-Cafe di Dungun pula, komputernya lebih laju. Maka cerita bolehlah diteruskan dengan lebih ceria. Cuma saya telah membuat keputusan, bahagian cerita yang belum siap eloklah disambung dalam satu posting baru selepas ini... Teruskan membaca! :]

Tuesday, March 25, 2008

Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!

Salam ukhuwah buat semua. Setelah menyiapkan sebuah artikel setiap satu bagi blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) barulah cerita dapat disambung di sini. Dalam keadaan penat zahir dan batin termasuk minda akibat banyak berfikir sambil mengembara agar dapat menghasilkan tulisan yang berguna di samping cabaran komputer di Cyber-Cafe yang sangat perlahan sehingga menganggu teruk rentak penulisan dan sangat menyakitkan hati, saya cuba setakat yang mampu ya. Untuk peringatan, ketika menulis ayat ini sudah lepas jam 11.30 malam sedangkan CC akan tutup jam 12. Ini dia...




Setelah lama tertunda akibat pelbagai perkara, perjalanan terbaru untuk ke Pantai Timur pun dimulakan... Pada 20 Mac 2008 bersamaan 12 Rabiulawal iaitu Hari Maulud Nabi!

Ternyata hari itu saya terasa kurang sihat sehingga harus tidur lama... Setelah jam 3 petang baru saya keluar rumah, berjalan kaki 3 km ke stesyen komuter untuk memulakan pengembaraan melalui jalan yang dirancang...



Selepas jam 5 baru saya sampai ke Seremban. Kemudian harus berjalan kaki ke stesyen bas... Semuanya tanpa mengetahui jadual bas untuk perjalanan seterusnya...




Alhamdulillah, nasib saya memang baik. Awalnya saya memikirkan untuk naik bas ke Kuala Pilah kemudian daripada sana naik bas ke Bahau... Tetapi ternyata ada perkhidmatan bas terus ke Bahau dan tentunya melalui Kuala Pilah... Dan perkhidmatan ini ada setiap sejam sehingga jam 8 malam begitu!

Saya ambil bas jam 6.15 petang... Di atas adalah gambar jalan masuk ke Sri Menanti berhadapan kawasan Terachi. Ketika itu hampir masuk waktu Maghrib...




Lihat gambar ini... Di sini adalah destinasi yang ingin dituju hari itu... Iaitu Jalan Penarikan yang terletak di Kampung Jambu Lapan, sekitar 3-4 km sebelum sampai Bahau. Gambar ini diambil keesokannya, hari Jumaat kerana saya sampai di sini sekitar jam 8 malam.

Apa itu Jalan Penarikan? Sila baca sedutan daripada Internet ini... Biar diletak sekali satu peta daripada page Internet ini ya, daripada website http://bahau.com.my/...

Hmm... Bila dibaca betul-betul, baru saya sedar, kawasan pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol juga dikenali sebagai Sungai Pertemuan... Sila lihat peta di bawah dan baca cerita yang dipaparkan ya...



Seorang tua yang dikenali sebagai Tok Ujang atau nama sebenarnya Hj Ujang Bin Dohat adalah salah satu individu yang masih mengetahui tentang sejarah Sg Pertemuan dan juga Jalan Penarikan. Beliau yang kini telah berumur 84 tahun dan menetap di Kg Jambu Lapan kira-kira 500 meter dari Sungai Pertemuan.
Menurut Tok Ujang Sg Pertemuan adalah pertemuan antara Sungai Jempol dan Sg Muar. Jempol dikatakan wujud pada kurun ke 14 iaitu sebelum kegemilangan Melaka lagi yang masyhur pada kurun ke 15. Orang-orang Pasai ini telah memeluk Islam sewaktu mereka masih menetap di Pasai lagi. Mereka telah di Islamkan oleh pedagang-pedagang Arab yang dulu begitu giat berdagang dan mengembara di serata dunia ini untuk mengembangkan Islam. Sewaktu Melaka dibuka, pedagang-pedagang Arab ini turut berdagang di Melaka untuk berdagang, begitu juga dengan orang-orang Pasai yang sering berkunjung ke Melaka untuk mendapatkan bekalan harian. Secara tidak sengaja pedagang-pedagang ini bertemu semula dengan orang-orang Pasai yang telah diIslamkannya dahulu. Perdagang Arab ini kemudiannya menceritakan tentang kesukaran mereka berdagang kerana perlu menggunakan jalan yang jauh untuk ke Siam dari Melaka. Menurut perdagang Arab tersebut mereka perlu melalui Selat Melaka, Selat Tebrau dan Laut China Selatan. Perjalanan tersebut memakan masa berminggu. Mendengar keluhan pedagang Arab tersebut maka orang-orang Pasai inipun memberitahu terdapat jalan pintas dari Melaka ke Siam, tetapi untuk melalui jalan tersebut mereka perlu menarik perahu mereka di satu tempat. Maka mendengar kata orang-orang Pasai tersebut, maka timbullah keinginan pedagang-pedagang Arab ini untuk mencuba. Pada hari yang telah ditetapkan, orang-orang Pasai inipun membawa pedagang Arab ini melalui Sg Muar. Daripada Sg Muar, mereka kemudiannya tiba di Kuala Jempol dan seterusnya melalui Sg Jempol. Dari Sg Jempol mereka terpaksa menarik sampan masing-masing lebih kurang sejauh sebatu sebelum masuk ke Sg Serting pula. Sungai Serting kemudiannya bersambung dengan Sg Bera dan membawa mereka ke Kuala Tahan. Daripada Kuala Tahan mereka terus masuk ke Laut China Selatan dan meneruskan perjalanan ke Siam. Aktiviti pedagang Arab yang sering berulang-alik menggunakan jalan ini akhirnya tersebar dan menjadi ikutan pedagang-pedagang lain. Sewaktu Melaka telahpun menjadi sebuah empayar, Kerajaan Siam pernah melancarkan serangan ke atas Melaka menggunakan jalan ini. Menurut cerita orang-orang tua, Siam telah meniggalkan sebahagian daripada tenteranya untuk menggali parit di Jalan Penarikan ini. Siam begitu yakin yang mereka akan memenangi pertempuran ini. Oleh itu mereka berhasrat untuk menemukan Sg Serting dengan Sg Jempol supaya mereka tidak perlu lagi bersusah-payah menarik kapal mereka. Parit yang mereka gali adalah sedalam lebih kurang 25 kaki dengan lebar lebih kurang 30 kaki. Namun begitu Siam gagal di dalam pertempuran menentang Melaka. Maka mereka terpaksa meninggalkan sahaja parit tersebut yang hanya tinggal lebih kurang 110 ela dari Sg Jempol.

P/S: Maaf... Saya tidak sempat menyiapkan cerita kerana Cyber-Cafe mahu tutup. Tetapi biar disiarkan dahulu apa yang sempat ya... Insyaallah ada siang nanti akan saya sambung kembali...

Aduh... Masalah sungguh komputer perlahan nak mampus... Aduh!!!




















Salam daripada Kemaman, Terengganu! Malam ini kita mula berkongsi cerita bergambar perjalanan terbaru...

Hmm... Nampaknya gambar carpet sejadah di masjid utama berdekatan Jalan Penarikan di Negeri Sembilan ini kurang terang. Apapun, saya paparkan sebagai hiasan kerana lukisan masjid pada sejadah ini agak menarik perhatian... Pada bahagian kubahnya terdapat satu bentuk bujur seakan anak mata lalu mengingatkan saya pada khayalan "masjid mata" iaitu masjid dengan sebiji mata di kubah yang boleh melihat segalanya, khayalan yang entah kenapa asyik bermain di kepala sejak kembali daripada perjalanan di utara lebih sebulan lalu...


Assalamuaikum semua. Alhamdulillah, saya kini berada di Kemaman iaitu di bandar Chukai, Terengganu. Siang tadi di Kuantan, secara tak sengaja semasa berjalan kaki daripada stesyen bas ekspress berhampiran stadium negeri menghala ke stesyen bas henti-henti di tepian sungai, saya telah terserempak dengan bangunan pejabat akhbar kumpulan The New Straits Times. Timbul rasa untuk menjengok ke dalam lalu terjumpa seorang rakan lama yang rasanya sudah 10 tahun tak berjumpa, sekarang sudah menjadi bureau chief bagi negeri Pahang. Dapatlah kami bertukar-tukar cerita. Dan dapat juga saya membuat proses mengalihkan koleksi hampir 300 gambar yang diambil sejak meninggalkan Kajang 20 Mac daripada kamera digital ke pen-drive dan bolehlah di upload on-line nanti untuk dikongsi ramai.

Sebelum itu, biar dibuat sedikit update perjalanan... Adapun apa yang berlaku sehingga petang Sabtu telah pun diceritakan dalam posting terakhir di sini, Salam daripada Kuantan, Pahang! Membuat "ulang-tayang" preview di alam arwah? . Setelah itu, saya pergi berehat di rumah seorang ibu saudara di Kuantan. Cadangnya pagi Isnin mahu memulakan langkah ke Terengganu tetapi dengan takdir Allah, suami kepada ibu saudara telah mengajak saya berjalan-jalan ke Pekan pagi itu... Kebetulan memang kampungnya di Pekan dan dia sudah lama tidak ke sana...
Hmm... Tentang perjalanan itu, biar saya copy and paste kembali satu komen saya yang dibuat dalam posting Salam daripada Kuantan, Pahang! Membuat "ulang-tayang" preview di alam arwah? untuk menjawab komen saudara Syahir di sana baru-baru ini... Copy secara langsung tanpa edit ya... Ini dia...


Weh... Ingat kampung kek Pekan yo? Tadi Abg pegi lagi dgn pakcik (suami makcik) daripada Kuantan... Kampung dia kat Kampung Mengkasar, lama tak balik... Keturunan Bugis daripada Tok Tuan, sedara dua pupu Tun Razak (pangkat pakcik le dengan Datuk Najib)... Sebabnya lepas pi Makam Chondong siang Sabtu tu Abfg terus gi Kuantan. Dah sampai sini baru rasa terkilan tak jalan Kuala Pahang (seberang Tanjung Agas)... Jadi memang hari ni Abg plan nak turun balik Pekan... Tengok-tengok pakcik plak ajak jalan... Rezeki le tu... Dapat le tengok makam Sultan Ahmad, moyang Sultan Pahang sekarang dan moyang utama mereka iaitu Sultan Abdul Jalil, anak Bendahara Tun Habab yang naik jadi Sultan empayar Johor-Riau-Lingga lepas Sultan Mahmud mangkat dijulang... Kat Kampung Marhum tu...Pas tu pegi Kampung Jawa sempat singgah 2 buah makam lama yang ada batu nesan Aceh, memang orang situ panggil Tok Aceh. Selesai tu, pi bandar Pekan sat, pakcik ajak lalu rumah lama dia kat Kampung Mengkasar, dengan kawasan perkuburan Tok Tuan, nampaklah satu bangunan.... Tengok-tengok ada banyak makam2 lama pakai batu nesan Aceh, rupanya makam Ziarath Raden yang Abg memang teringin nak cari tapi tak tau kat mana. Allah, rezeki lagi...Masa nak balik ke Kuantan, lalu Kampung Langgar. Nampak kawasan kubur, pi le... Ada satu yang ada batu nesan Aceh kecik. Pi depan sikit, Kampung Pahang Tua... Tengok-tengok ada makam Sultan Muhammad Shah (memerintah tahun 1470 gitu), Sultan pertama Pahang daripada keturunan Sultan Melaka... Ala... Abang Sultan Alauddin Riayat Shah yang tak dapat jadi Melaka sebab zaman bebudak dulu dia pernah bunuh ank bendahara yang secara tak sengaja tersepak bola raga sampai destar dia terjatuh...


Rasanya ini sudah cukup untuk menerangkan apa yang berlaku dalam lawatan kedua ke Pekan itu. Seterusnya saya tidur lagi di rumah ibu saudara di Kuantan dan tengahari tadi baru memulakan langkah ke Terengganu....

Selalunya apabila ke Pantai Timur, saya akan terus ke Kuala Terengganu berjalan di bandar sebelum pergi menziarahi masjid dan makam Tokku Paloh yang terletak berhampiran Muzium Negeri. Setelah itu baru ke tempat lain seperti Kampung Pulau Manis, 15 km daripada Kuala Terengganu dan Kuala Berang, 30km lagi ke arah barat-daya. Tetapi kali ini saya membuat keputusan akan ke Kuala Berang terlebih dahulu sebelum ke Kuala Terengganu...

Untuk membuat perjalanan ini dengan menggunakan pengangkutan awam, saya harus ke Dungun yang boleh dikira terletak separuh perjalanan Kuantan ke Kuala Terengganu. Tetapi apabila saya bertanya di kaunter bas ekspress, ternyata tambang bas ke Dungun juga adalah lebih RM13, sama dengan tambang ke Kuala Terengganu kerana bas yang akan digunakan adalah bas Kuala Lumpur ke KT.

Ini yang membuat saya tergerak untuk berjalan kaki ke stesyen bas henti-henti Kuantan... Kalau tidak ada bas untuk ke Dungun di sana pun, saya yakin akan ada bas ke Kemaman sebagai penyambung lalu dalam perjalanan ke stesyen bas itulah saya terserempak dengan pejabat akhbar The New Straits Times... Dapat berjumpa seorang rakan lama dan dapat juga mengalihkan koleksi gambar supaya boleh dikongsi nanti di mana-mana blogspots saya...

Sampai sahaja di Kemaman iaitu di bandar Chukai, kelihatan sebuah bas untuk ke Dungun menunggu masa sahaja untuk berlepas. Ketika itu sudah timbul rasa untuk bermalam di Kemaman tetapi tidak pasti... Ada juga rasa untuk bermalam di Dungun. Jadi bagaimana ini?

Saya pergi minum dahulu sebelum melangkah ke masjid lama di sini untuk mandi kemudian menunaikan solat jamak. Selesai itu, saya kembali ke stesyen bas lalu mendapati tidak ada lagi bas ke Dungun untuk hari ini... Maka bermalamlah saya di Kemaman.

Malam ini saya boleh bercerita sedikit tentang perjalanan terbaru ini. Dan oleh kerana hampir 300 gambar terbaru sudah dapat dialihkan ke pen-drive, bolehlah kita berkongsi sedikit gambar dengan cerita yang sesuai, Insyaallah sebentar lagi...

Biar dimulakan dengan membuat cerita bergambar tentang kawasan pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol di Negeri Sembilan untuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Selepas itu, jika sempat (takut penat sehingga tak mampu menulis lagi atau tak sempat, Cyber-Cafe ini akan tutup jam 12 malam), akan saya sajikan cerita perjalanan terbaru dengan gambar sekitar Jalan Penarikan, laluan purba yang pernah digunakan zaman-berzaman untuk menyambungkan Pantai Barat Semenanjung dengan Pantai Timur... Teruskan membaca. Sila! :]