Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, December 26, 2012

Video klip ceramah di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian 8 Dis

Pada artikel Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun - Kedai Mulong, Tok Kenali dan ceramah di masjid sultan yang dibuat 5 hari lepas saya memberitahu ada memberi ceramah di Kelantan dan akan meletakkan video tentangnya nanti. Alhamdulillah tadi saya baru sahaja siap memuat-naikkannya ke Youtube. Sekarang tontonlah ia.



Bahagian pertama - Sesi lepas Asar




Bahagian kedua - Sesi lepas Maghrib



Tuesday, December 25, 2012

Keris yang sesuai untuk majlis

Jika awal pagi buta tadi gerak hati saya menyuruh membuat artikel Berselawat menaiki kapal perang di perairan Pangkor, petang ini pula saya terasa mahu berkongsi tentang keris.


Adapun sejak menganjurkan acara pertama HIKMAH di Shah Alam 4 November 2012 (rujuk HIKMAH 4 Nov - Dari pagi ke Zuhur berkongsi ilmu dan HIKMAH 4 Nov - Lepas Zuhur hampir ke Maghrib masih tak balik-balik! di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)) saya terasa perlu memakai keris sebagai lambang jati diri orang Melayu. Namun saya sendiri tidak pernah memiliki keris walaupun keluarga saya berasal daripada nasab diraja yang pernah memerintah kerajaan kemudian lebih berperanan menjadi pahlawan. Dahulu saya langsung tidak pernah mempedulikan hal tersebut lantaran berfikiran liberal berkiblatkan Barat. Kemudian apabila saya mula mengambil tahu  bab salasilah keluarga penghujung tahun 2001, almarhum Nenek saya memberitahu, ketika atau selepas perang Perak dengan British 1875-1877 keluarga moyang saya membuang dua tong senjata termasuk keris-keris pusaka ke dalam Sungai Perak. Alasan yang diberikan... mereka mahu melupakan hal-hal keduniaan dan menumpukan pada akhirat.


Peranan sebagai presiden dan pengasas HIKMAH menyebabkan saya harus akur bahawa untuk majlis-majlis rasmi akan datang saya harus berpakaian tradisional Melayu siap dengan keris. Oleh kerana saya tidak tahu keris apakah yang sesuai buat diri saya, saya telah meminta pandangan seorang rakan lalu dipinjamkan sebuah keris sepokal Bugis Terengganu dengan bilah sepanjang 13.5 inci yang katanya berumur 160 tahun. Keris itulah yang dipakai semasa HIKMAH II di Melaka 25 Nov (rujuk Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu - Dari pembukaan ke makan tengah hari dan Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu - Faktor Aceh dan sokongan kerajaan Melaka) juga semasa mengisytiharkan Pernyataaan HIKMAH Melaka di hadapan Istana Kesultana Melaka 2 Dis (lihat Pertemuan busana dan pendekar di Istana Kesultanan Melaka sebagai lancutan wacana yang dilaksanakan HIKMAH 25 Nov dan Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman?). Malah keris itu sentiasa tersisip dipinggang dibawa ke merata tempat termasuk bukit A Famosa di Melaka dan Masjid India serta Bukit Bintang di Kuala Lumpur sejak ia diambil 2-3 hari sebelum HIKMAH II, sehingga ia dipulangkan selepas menghadiri majlis permasyhuran Pusaka KL 15 Dis. Lihat Sekitar Majlis Permasyhuran Persatuan Perkerisan Kuala Lumpur.


Ahad malam Isnin, atas jasa baik seorang rakan yang merupakan senior dalam dunia seni, saya akhirnya dapat memiliki sebilah keris yang cukup sajak dibawa ke majlis. Kebetulan ia juga jenis Bugis Terengganu yang mungkin berumur ratusan tahun, cuma bezanya dengan yang dipinjam dahulu ia berlok 7 dan panjang bilah 14.5 inci. Selepas ditukar hulu asalnya dengan hulu lain yang berukir halus baru saya rasa ia kelihatan cukup bermartabat untuk dibawa ke majlis yang dihadiri sultan. Insyaallah jumpa kita di Perak, negeri kelahiran ayahanda saya dan tempat susur-galur keluarga yang berdarah diraja Aceh-Bugis-Melaka. Lihat HIKMAH acara ketiga diadakan di Lumut 27 Januari.


Berselawat menaiki kapal perang di perairan Pangkor

Dari blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)Gerak hati pagi  buta Krismas...




Tadi muncul satu gerak hati agar saya membuat update di Facebook menggunakan gambar ini. Saya copy and paste update tersebut...



KAPAL PERANG UNTUK MEMBAWA PESERTA HIKMAH III BERSELAWAT DI PERAIRAN PULAU PANGKOR

Kapal perang TLDM gerak cepat iaitu dari jenis corvette, KD Laksamana Muhammad Amin ini pernah digunakan untuk membawa kembali jenazah moyang saya, Laksamana Muhammad Amin dari Singapura ke pengkalan TLDM di Lumut 9/9/2006... sebelum jenazah ditanam kembali di makam diraja Perak, Bukit Chandan. Moyang ini pernah dibuang ke Pulau Seychelles di perairan Afrika 1877 bersama saudaranya, Sultan ke 26 Perak, Sultan Abdullah II kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan residen pertama British ke Perak, J.W.W. Birch 1875. Pembunuhan itu pula adalah rentetan perisitiwa daripada Perjanjian Pangkor yang berlaku 20 Januari 1874. Alangkah baiknya kalau kapal ini dapat digunakan untuk membawa peserta HIKMAH III berselawat di perairan Pangkor apalagi majlis akan diadakan pada 27 Januari 2013, 3 hari selepas umat Islam menyambut hari Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434 Hijrah




Sekadar mengingatkan acara ketiga HIKMAH atau Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman, satu badan bebas yang diasaskan oleh saya telah ditetapkan akan diadakan di Lumut, Perak pada tarikh tersebut. Sila lihat artikel HIKMAH acara ketiga diadakan di Lumut 27 Januari. Gerak hati ini untuk menyebut hal kapal mungkin tercetus akibat seorang rakan memberi tawaran mungkin boleh mendapatkan khidmat kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk memeriahkan acara. 

Rakan tersebut tidak menyebut kapal mana boleh didapatkan. Dia cuma menambah ini dapat dilakukan jika DYMM Sultan Perak dapat mencemar duli datang ke HIKMAH III. Pagi semalam saya teringat bahawa salah satu kapal milik TLDM memakai nama moyang saya, Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin. Tadi apabila tergerak untuk membuat update saya pun mencari gambar kapal di Internet. Apabila ternampak nombor kapal iaitu 136 timbul gerak hati baru agar saya melihat apa yang tertera pada muka surat 136 setiap buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh".






Apa yang tertulis dalam buku terasa sangat relevan kerana ia adalah luahan jujur saya berdasarkan pengalaman sebenar ketika sibuk mencari salasilah keluarga, paling ketara tahun 2001 hingga 2004. Di atas adalah isi muka surat 136 dari buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" (terbit Jun 2006). Buku itu dibuat dalam bentul novel di mana watak diri saya diberi nama lain Muhammad Al-Aminul Rasyid (kemudian menjadi nama anak lelaki saya). Nampaknya nombor 136 itu mahu memberitahu sesuatu tentang kesinambungan antara Laksamana Muhammad Amin dengan moyang lebih atas yang pernah memegang takhta kerajaan Aceh.


Muka surat sama pada buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh : Membela Syiar Yang Asal"  (terbit Mei 2007) pula mengungkap kesinambungan kerajaan Samudera-Pasai membawa ke Melaka membawa ke Aceh. Memang keluarga Laksamana memiliki darah diraja daripada ketiga-tiga kerajaan. Namun disebabkan kerajaan Samudera-Pasai kemudian diserapkan ke dalam Aceh, menyebut kami berdarah Aceh sahaja sudah boleh dikira cukup walaupun tak semua yang berdarah Aceh itu memiliki susur-galur yang sampai kepada kerajaan lama Samudera-Pasai.



Petunjuk melalui nombor kapal juga nampaknya tidak mahu ketinggalan menyebut satu lagi cabang besar yang membentuk jati diri keluarga iaitu darah diraja Bugis. Lihat sahaja muka surat 136 buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih Pulang ke Gagang?" (terbit November 2007). Seorang moyang induk saya yang menjadi Laksamana Raja Mahkota Perak pertama iaitu Nakhoda Hitam sebenarnya adalah seorang Raja Bugis sementara kajian peribadi saya menunjukkan menantunya yang dikenali sebagai Laksamana Toh Jambu adalah dari kerabat Aceh. Itupun masih kuat faktor Bugisnya kerana kerabat yang dimaksudkan adalah daripada apa yang dipanggil Raja-raja Aceh Dinasti Bugis. Rujuk artikel Apa cerita bangsawan Bugis pula boleh menjadi raja Aceh? di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.

Kemudian saya terfikir satu lagi kemungkinan petunjuk di sebalik nombor 136. Sudah disebut di atas moyang saya yang namanya dipakai pada kapal iaitu Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dibuang negeri ke Pulau Seychelles tahun 1877. Sekarang campurkan dengan 136. Jadilah ia 2013 iaitu tahun hadapan. Sekali lagi biar disebut HIKMAH III akan diadakan di Lumut 27 Januari 2013. Apakah ini semua sekadar kebetulan?  Mereka yang berminat untuk menghadiri acara sila klik sini.









Monday, December 24, 2012

Dari pertandingan keris ke Perpustakaan Negara - Antara senjata dan ilmu...

Cerita hujung minggu baru ini...

Sabtu 22 Disember 2012 saya ke Muzium Shah Alam untuk melihat satu majlis.


Ia adalah majlis pertandingan keris anjuran Persatuan Seni Purba Nusantara Selangor atau Purba Selangor.


Majlis diadakan di dalam bangunan perpustakaan sebelah muzium, bangunan yang buku-buku didalamnya sudah dipindahkan ke lokasi perpustakaan baru.


Masuk-masuk je terus ternampak gerai menjual busana tradisional Melayu.


Ini diikuti gerai-gerai menjual keris.


Di dalam ruang utama juga ada keris tapi untuk pertandingan dan pameran.




Ah. Terserempak lagi dengan pelakon, pengarah filem, penulis lirik dan pelukis terkenal saudara S. Amin Shahab. Seminggu sebelumnya terjumpa di majlis keris yang dianjurkan persatuan Pusaka KL di Bukit Bintang. Lihat artikel Sekitar Majlis Permasyhuran Persatuan Perkerisan Kuala Lumpur. Beliau memang minat keris malah mengumpul entah berapa puluh, mungkin beratus bilah yang belinya daripada merata Alam Melayu termasuk di Pulau Jawa dan Tanah Bugis. Rupa-rupanya beliau juga ada mempertandingkan beberapa bilah.

S. Amin yang berketurunan diraja Siak mula saya kenali 3 tahun lalu ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang anak saudaranya yang diadakan di Janda Baik. Lihat Seminar Beting Beras Basah, keluarga Al-Shahab dan faktor 191 di blogspot ini juga A wedding on top a hill in Janda Baik di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sejak itu saya pernah datang ke rumahnya 2-3 kali. Isteri saya terus meminta saya mengambil gambarnya dengan S. Amin. Kemudian beliau memandang saya dan berkata : "Aku tak pernah ambik gambo dengan engkau. Meh ambik satu." Itu yang terpapar di atas...


Majlis turut disertakan forum tentang keris. Jika majlis Pusaka KL diserikan oleh pakar keris dari Pulau Jawa, majlis anjuran Purba Selangor pula diserikan pakar dari Tanah Bugis iaitu dari Sulawesi Selatan.


Saya meninggalkan majlis jam 5.30 kerana ada hal lain. Saya tidak melihat siapakah pemenang pertandingan tetapi sempat menangkap gambar keris-keris yang dipilih sebagai terbaik menurut kategori masing-masing. Lihat artikel Keris competition in Shah Alam. Kalau tak salah ingatan sejumlah 173 bilah keris telah dipertandingkan.


Ini pula gambar di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur.


Gambar diambil oleh sahabat lama saya Mahayudin (duduk), dahulu jurugambar di akhbar Berita Harian, sekarang bersama agensi berita Bernama. Beliau yang merupakan antara ahli jemaah awal dan masih setia terlibat dengan Silat Penjurit Kepetangan (silat warisan keluarga Megat Terawis yang persatuannya diasaskan oleh saudara Megat Ainuddin) sering mengikuti perkembangan HIKMAH yang diasaskan oleh saya. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Pejabat Mahayudin terletak betul-betul di belakang Perpustakaan Negara. Saya, isteri dan anak-anak datang untuk menyertai acara terbaru Car Book Sale anjuran Perbadanan Kota Buku. Ahad 23 Disember. Rujuk Car Book Sale di Perpustakaan Negara. Beliau nampaknya memang mencari saya, mungkin setelah melihat pengumuman yang dibuat di Facebook.




Acara Car Book Sale kali ini diadakan selari dengan Festival Buku Kanak-kanak anjuran pihak perpustakaan. Ah. Baru teringat nak sebut. Jika pada pertandingan keris saya dan keluarga sampai sangat lewat iaitu sekitar jam 2 petang (majlis bermula 9 pagi) di majlis buku yang bermula 9 pagi ini juga kami sampai lewat iaitu jam 11.30 gitu. Maklumlah, bila ada anak-anak kecil ni bukan senang nak bersiap cepat. Lagipun dalam sehari dua ini saya sibuk hendak memastikan sejumlah video daripada acara HIKMAH di Melaka 25 Nov dapat diupload dan dikongsikan kepada orang ramai. 


Disebabkan adanya festival kanak-kanak maka keadaan lebih formal daripada biasa dan ada liputan akhbar. Dalam keadaan kelam-kabut hendak menyiapkan tapak, letak buntingbanner dan atur buku saya diberitahu Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Datuk Raslin Abu Bakar sedang melihat dari gerai ke gerai diiringi sejumlah pegawai dan pemberita. Ketika menghadapi masalah menggantung banner HIKMAH akibat paku yang terdapat pada dinding tercabut tahu-tahu sahaja Datuk Raslin sudah sampai dekat. Ketika dia membelek-belek buku saya, baru saya tersedar terlupa hendak menukar kasut plastik buruk kepada capal. Tukarlah cepat-cepat. Dapatlah juga kami bergambar. Cuma sayang tidak sempat menonjolkan banner HIKMAH.


Berbagai aktiviti diadakan termasuk lakonan atau sketsa mengenai penindasan Israel terhadap umat Islam Palestin di Gaza.


Rupa-rupanya dalam bangunan ada pameran mengenai Gaza.


Sambil berjalan-jalan melihat apa yang ada sambil itu saya berfikir bilakah dan dalam keadaan manakah umat Islam sedunia betul-betul dapat menang menghadapi segala macam ancaman yang kelihatan sangat berleluasa sedekad dua ini? Apakah ini cuma akan berlaku apabila masuk zaman tertentu di mana senjata moden katanya tidak akan berfungsi lagi, tenaga eletrik tidak boleh digunakan?


Friday, December 21, 2012

Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun - Kedai Mulong, Tok Kenali dan ceramah di masjid sultan

Malam Jumaat ini atau dah pagi buta sebenarnya, pada satu hari yang tarikhnya iaitu 21 Disember 2012, 21/12/12 agak istimewa kerana dikatakan tarikh tamatnya satu pusingan besar kalendar tamadun lama Maya, rasanya sesuailah dimulakan penceritaan satu siri baru. Dalam artikel Terbaru (dan mungkin terakhir untuk 2012) : Perjalanan misi ceramah di Kelantan sebelum bercuti di Langkawi telah diberikan sedikit ringkasan perjalanan. Sekarang bolehlah cerita dihuraikan...


Sekitar 10 malam, Jumaat malam Sabtu 7 Disember 2012 kami anak beranak bertolak meninggalkan rumah.


Sekali lagi kami akan berjalan jauh. Kali ini disertai juga dua orang anak tertua. Singgah sebentar makan di Genting Sempah.


Kami juga ada singgah di rumah saudara di Raub. Disebabkan itu kami sampai ke Kota Bahru, Kelantan waktu Subuh.


Di masjid lama terkenal, Masjid Kampung Laut yang terletak di Nilam Puri kami berehat sebentar sebelum menyambung perjalanan.


Dari Nilam Puri kami lalu di kawasan bernama Kedai Mulong yang terletak cuma 1-2 km dari Masjid Kampung Laut. Oh, beberapa hari sebelumnya isteri saya ada terjumpa maklumat di Internet yang memberitahu bahawa di Kedai Mulong terdapat sebuah masjid lama yang asalnya adalah sebuah istana kerabat diraja. Kata isteri beliau teringat sekitar 3 tahun lalu saya pernah bermimpi mencari sesuatu di Kedai Mulong. Walhal dalam tempoh 3 tahun itu kami sudah beberapa kali pergi ke Kelantan dan memang lalu kawasan ini. Tak tergerak pun nak mencari, baru kini tahu kewujudan masjid ini. Lihat artikel Masjid lama (Old mosque of) Kedai Mulong di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selepas itu kami bersiar-siar di bandar raya Kota Bahru.


Sarapan sebentar di satu kawasan berdekatan tebing Sungai Kelantan, dekat juga dengan makam seorang kerabat diraja yang nampaknya dilupakan. Lihat artikel lama Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Antara Long Sulaiman dan Long Deraman.


Kemudian baru kami ke Kubang Kerian untuk menemui kenalan di Masjid Sultan Ismail Petra, masjid yang kalau tidak paling besar pun adalah antara yang terbesar di Kelantan. Yang pasti ia berstatus masjid sultan. Rujuk artikel Masjid (Mosque of) Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian

Kami ke sini kerana saya telah dijemput untuk memberi ceramah tentang kedatangan awal Islam di Alam Melayu. Selepas melihat hasil wacana pertama HIKMAH di Shah Alam 4 Nov (rujuk artikel  HIKMAH 4 Nov - Dari pagi ke Zuhur berkongsi ilmuHIKMAH 4 Nov - Lepas Zuhur hampir ke Maghrib masih tak balik-balik! dan Video klip sekitar HIKMAH 4 Nov di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH), HIKMAH diasaskan oleh saya lebih 2 bulan lalu) kenalan yang dimaksudkan telah mencadangkan kepada AJK masjid terutama imam besar  agar menjemput saya berceramah di Kelantan. 


Beliau dan imam membawa kami ke tempat penginapan berdekatan. Selepas berehat sebentar kami keluar ke Masjid Tok Kenali yang juga terletak di Kubang Kerian.


Sudah menjadi kebiasaan apabila di Kota Bahru kami mesti singgah di masjid ulamak besar bertaraf wali ini. Selain itu, kali ini saya mengambil peluang mengambil gambar beliau yang terpampang di hadapan masjid untuk dimasukkan ke dalam slaid persembahan untuk ceramah.


Adapun saya dijadualkan memberi ceramah dua sesi, satu selepas solat Asar, satu lagi selepas Maghrib. Itupun masih sempat membuat persiapan last minute. Bayangkan... kami sampai di Masjid Tok Kenali pun dah dekat 3.40 petang. Sempat bersolat dan rehat sebentar kemudian ke makam di mana baru saya betul-betul mengatur lagi slaid.

Oh. Saya juga baru mendapat tahu berdekatan makam terdapat sebuah masjid kecil. Selama beberapa tahun, sejak kali pertama menziarahi makam tahun 2003 kalau tak salah ingatan (rujuk artikel lama Sedikit cerita berkaitan Tok Kenali) dan terus menziarahinya setiap kali ke Kota Bahru saya tidak pernah sedar akan kewujudan masjid tersebut, nampaknya sama hal dengan masjid lama di Kedai Mulong. Tetapi disebabkan bayi kami yang bernama Johan buang air besar lalu kami perlu membersihkan, saya terjumpa masjid yang terletak 50-100 meter sahaja dari makam. Lihat Masjid kecil berdekatan makam Tok Kenali (Small mosque nearby the tomb of Tok Kenali).


Selepas Asar saya pun memberikan ceramah. Ini pula gambar di dalam masjid sejurus sebelum memberikan ceramah sesi kedua iaitu selepas Maghrib.


Pada dua-dua sesi saya datang berceramah memakai baju Melayu sepasang, bersongkok bersampinkan kain pelikat dengan keris sepokal Bugis 13.5 inci tersisip di pinggang siap memakai pending yang diikat kain lembut kemerah-merahan. Mula-mula hadirin agak pelik melihat saya berjalan begitu dengan selambanya berkeris berjalan ke hadapan masjid. Namun ada yang tersenyum seronok. Malah kata imam : "Ini ikut sunnah Nabi ni, orang lelaki jalan-jalan pakai senjata di badan!".


Ini adalah nama ceramah seperti dihantarkan kenalan melalui SMS kepada saya seminggu sebelum majlis, ketika saya sedang berjalan dengan keris sama tersisip di pinggang untuk menghadiri satu acara di Melaka. Lihat Berbusana tradisi melaksanakan misi di Istana Kesultanan Melaka.



Video klip ceramah insyaallah akan saya kongsikan nanti bila ada kelapangan. Lewat malam itu saya membawa anak kecil saya Rasyid berjalan-jalan lagi di tengah bandar raya. Isteri dan anak-anak sedang tidur ketika itu.


Sambil berehat di tempat yang kelihatan saya sempat memeriksa keadaan kereta yang sudah kekurangan air sistem penyejukan akibat ada masalah. Kereta yang sudah berjasa membawa kami ke merata Semenanjung Malaysia malah pusing Singapura dan selatan Thailand ini juga mengalami masalah enjin makan minyak hitam, sejak bahagian atasnya dibuka untuk top overhaul di sebuah bengkel berdekatan rumah. Alhamdulillah dapat juga kami berjalan 500 km dari rumah sampai ke Kota Bahru demi memenuhi jemputan.


Monday, December 17, 2012

Sekitar Majlis Permasyhuran Persatuan Perkerisan Kuala Lumpur

Kiranya cerita ini boleh dikatakan kesinambungan pada artikel Arka - Satu tribute untuk pejuang bangsa, Raja Haji Fi Sabilillah.


Siang Sabtu 15 Disember 2012 bersamaan 1 Safar 1434 saya pergi ke Kompleks Kraftangan Malaysia di Jalan Conlay, Kuala Lumpur untuk satu acara.


Acara diberi nama  Majlis Permasyhuran Persatuan Perkerisan Kuala Lumpur (Pusaka KL). Disebabkan beberapa hal saya sampai selepas jam 11.30.


Saya sudah terlepas istiadat permasyhuran yang bermula jam 10.50.


Majlis sendiri bermula dengan pembukaan seawal 9.30.


Ketika saya sampai tetamu lebih tertumpu ke tempat pameran.


Antara yang menghiasi ruang adalah koleksi keris milik ahli persatuan.








Pada bahagian pameran luar ada keris dan senjata lain yang dijual.


Masuk makan sebentar.


Kemudian saya lihat ada acara ringkas yang nampak seperti penyerahan keris.


Kembali ke bahagian pameran luar, turut dijual adalah buku.


Saya menumpang jual sejumlah buku siri "Berpetualang ke Aceh" yang ditulis 2006-2007...


Keadaan semasa waktu rehat tengah hari. Banner diletakkan pada satu tiang.


Jam 3 petang baru acara rasmi disambung.


Ia adalah wacana ilmu merangkap forum bertajuk "Keris untuk penyatuan" mengenengahkan pandangan daripada wakil-wakil Malaysia, Singapura dan Indonesia.


Wakil dari Malaysia adalah Yang Dipertua Pusaka KL, saudara Khairul Azhar. Beliau yang merupakan saudara saya belah Perak daripada keturunan Laksamana Raja Mahkota pernah membuat pembentangan tentang keris di majlis "Suai kenal HIKMAH" yang diselenggarakan oleh saya 4 Nov di Yayasan Restu, Shah Alam. Lihat artikel Dari keris sebagai lambang penyatuan membawa ke panji-panji hitam dari Timur di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
 .


Acara tamat dengan pemberian cenderamata kepada pembentang/pemberi pandangan selepas jam 5. Semoga lebih banyak acara serupa diadakan untuk menaikkan semangat anak-anak Melayu agar lebih mencintai agama, bangsa dan negara. Amin.