Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Julai 14, 2016

Acara berbusana di Pedas dah keluar dalam televisyen

Adapun 19 hari lalu saya ada membawa isteri dan anak-anak keluar berbusana tradisional Melayu untuk satu majlis di Shah Alam kemudian di Pedas dalam daerah Rembau di Negeri Sembilan. Ini telah ditulis dalam artikel Dari Shah Alam ke Pedas - Melestarikan keindahan kebudayaan Melayu sejagat yang dipersembahkan 2 hari kemudian. Yang tak disebut acara di Pedas itu mendapat liputan wartawan televisyen. Sekarang baru mahu diceritakan...


Acara di Pedas itu diliputi wartawan RTM untuk siaran program Selamat Pagi Malaysia. Siang semalam iaitu pada pagi Rabu 13 Julai 2016 ia pun disiarkan.


Tentunya saya seronok melihat diri sendiri juga kelibat isteri dan anak-anak turut terpapar.


Saya sempat melihatnya di televisyen kerana berada di rumah ketika ia disiarkan selepas jam 8. Namun tak terfikir pula untuk membuat rakaman. Ambil gambar pun dalam 5 keping, sipi-sipi terlepas bahagian yang ada menunjukkan diri sendiri mahupun ahli keluarga.


Nasib baik malam tadi saya mendapat tahu segmen berkenaan yang memakan masa 6 minit lebih telah dimuatnaik ke Youtube lalu boleh dicapai dan ditonton oleh semua pihak tak kira masa.


Paling menarik bagi saya adalah apabila terlihat gelagat anak kecil saya Johan yang berumur 4 tahun lebih dengan selambanya berjalan mundar mandir ke kiri dan ke kanan ketika wartawan sedang membuat rumusan. Hal ini saya beritahu kepada isteri petang tadi tetapi beliau sedikit kecewa kerana tidak dapat menonton. Nasib baik ada rakaman di Youtube.




Nah. Anda boleh lihat sendiri melalui video yang dilekatkan. Seronok melihat begitu ramai berbusana dalam majlis penuh beradat. Dan tentunya lebih seronok melihat diri dan keluarga mendapat ruang dalam siaran...


Rabu, Julai 13, 2016

Ledakan busana tradisional Melayu di masjid-masjid pagi raya


Assalamualaikum semua. Pada hari Ahad dan Isnin baru ini saya telah berkongsi cerita-cerita bergambar tentang aktiviti saya dan keluarga berhari-raya di kampung sambil berbusana tradisional Melayu melalui artikel-artikel berikut :-


1 Syawal 1437 - 'Balas' solat raya di Masjid Jamek Muar

2 Syawal 1437 - Baru keluar beraya ke rumah orang

3 Syawal 1437 - Bersama keluarga isteri di Tanjung Sepat

4 Syawal 1437 - Menyahut panggil Jugra


Antara gambar-gambar yang dipaparkan sejumlah telah dipilih untuk menunjukkan bahawa busana yang dipakai adalah hasil sentuhan isteri yang mahu mengembangkan lagi kreativiti dengan menerbitkannya atas nama jenama sendiri. Lihat artikel Gaya Bona Fida untuk minggu pertama Syawal 1437 Hijriah di blogspot jenama iaitu Bona Fida. Sekarang saya mahu menceritakan tentang sesuatu yang bagi saya tercetus pertengahan bulan Ramadhan lalu.


Saya di halaman Masjid Jamek Muar pada pagi 1 Syawal tepat seminggu lepas...


Malam 20 Jun 2016, saya mendapat gerak ilham untuk membuat update berikut di Facebook


COUNTDOWN BUSANA UNTUK HARI RAYA...

Salam semua. Malam ini kita masuk separuh kedua bulan puasa, tinggal 15 hari sahaja lagi sebelum kita dijangka menyambut perayaan 1 Syawal. Berdasarkan perkembangan minat para penggiat busana tradisional Melayu, kumpulan-kumpulan persilatan, para penggiat budaya juga anak2 Melayu secara umum kebelakangan ini dijangka bahawa sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini akan menyaksikan lonjakan jumlah lebih ramai anak Melayu akan berbusana untuk menunaikan solat sunat raya. Sebagai persediaan sambil meningkatkan faktor galakan apa kata kita buat survey berkenaan? Kita buat senarai bandar/kawasan yang sudah ada komuniti berbusana lalu nyatakan di mana, masjid manakah mereka akan berkumpul untuk solat raya. Insyaallah ini boleh membantu menaikkan semangat mereka yang baru hendak berjinak2 dengan busana. Sekurang2nya mereka tahu mana nak kumpul nanti masa raya tanpa rasa malu kerana ada geng. Meh... 


Alhamdulillah, ramai menyambut saranan dengan menyatakan komitmen untuk memakai busana tradisional Melayu di masjid atau surau tempat masing-masing beraya. Mereka pun menyatakan di manakah akan beraya sambil menyeru lain-lain yang berdekatan agar dapat turut sama. Lalu ada yang mendapat kenalan baru apabila mendapati ada yang sama minat akan bersama bersolat raya di tempat mereka. Hal ini turut membantu mereka yang belum pasti hendak bersolat di masjid mana memilih lokasi yang bersesuaian dalam jangkauan perjalanan mereka.

Kerabat seketurunan seperjuangan saya, saudara Johan Iskandar yang memimpin NGO budaya bernama Keris Warisan kemudian menambah perisa menaikkan minat lebih ramai untuk berbusana. Pada 1 Julai iaitu 5 hari sebelum tamat bulan Ramadhan beliau membuat satu update di FB mengumumkan mahu mengadakan pertandingan berbusana di masjid dan surau pada pagi 1 Syawal. Sesiapa pun boleh menyertai dengan meletakkan gambar mereka berbusana di mana-mana masjid atau surau sekitar tempoh solat raya pada ruangan komen update berkenaan. Beliau yang membuat sendiri busur-busur panah dan peralatan berkaitan selain mengarang dan mengadakan bengkel karangan tanjak menawarkan hadiah peralatan memanah untuk pemenang.

Pagi ini 13 Julai 2016 bersamaan 8 Syawal 1437 H, tinggal 2 hari sahaja sebelum penyertaaan untuk pertandingan ditutup 15 Julai timbul rasa untuk berkongsi sejumlah gambar yang telah diletakkan dalam ruangan tersebut. Sebetulnya sepanjang beberapa hari kita sudah menyambut ketibaan gembira bulan Syawal ini saya sudah melihat banyak gambar-gambar kawan-kawan, kenalan dan para aktivis menggayakan busana pada pagi raya di masjid-masjid dan surau seluruh Malaysia. Cuma baru malam tadi terbit dalam fikiran alangkah eloknya jika dapat dikumpulkan sejumlah gambar di blogspot agar mudah ditatap oleh sesiapa sahaja. Dalam hal ini teringat saya apabila beberapa orang bertanya tentang keadaan saya datang berhari raya ke rumah orang sambil berbusana. Lalu saya jawab, kini sudah ramai berbuat begitu di merata tempat kerana gerakan untuk memartabatkan kembali busana tradisional Melayu sudah mendapat penerimaan meluas dalam semua peringkat masyarakat.

Dengan adanya koleksi gambar yang mudah dicapai dan ditatap tanpa orang ramai perlu mencari atau menyelak pelbagai website juga akaun FB tentu lebih mudah untuk membuktikan bahawa saya berkata benar. Bahawa saya tidak mereka-reka cerita tentang minat orang ramai semata-mata untuk membuat orang menerima kehadiran saya berbusana di tempat mereka. Kalau mahu mereka boleh melihat sendiri bahawa tahun ini memang terdapat satu macam ledakan untuk ramai berbusana tradisional sehingga dipakai untuk bersolat pagi raya di masjid dan surau.

Di sini biar dikumpulkan sejumlah gambar yang saya lihat muncul dalam ruangan komen update saudara Johan. Saya pilih sejumlah ya, bukan semua. Cukuplah untuk menunjukkan percambahan minat dengan harapan ia akan berkembang semakin pesat.


Di Masjid Assalam, Jalan Pusara, Kuala Terengganu...

Di Masjid Kampung Sri Kekwa, Jengka 5, Pahang...



Di Masjid Sunway Mentari. Bandar Sunway...


Di Masjid Jamek Kuala Lumpur...


Di Masjid Nurul Huda, Kampung Salor, Pasir Mas, Kelantan...



Di Masjid  Kampung Kuala Sentul, Maran, Pahang...


Di Masjid asy-Syakirin, Kampung Baru Lanjut, Sepang...


Di Masjid Raudhatul Asyiqin, Madrasah Islamiah Ahbabul Mustafa, Kampung Menjual, Tumpat, Kelantan. Yang ini terlebih menarik kerana khatib ke imam yang membaca khutbah turut memakai busana tradisional Melayu...


Di Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang...



Di Surau Seri Palma, Bandar Sri Botani, Ipoh, Perak...



Di Masjid Ar-Rahman Ar-Rahim. Solah Salem Street, Abbasiah, Kaherah, Mesir. Tu dia! Di luar negara Malaysia pun ada menggayakan busana tradisional Melayu pada pagi raya di masjid. Harap ada juga yang berbuat begitu di United Kingdom, Amerika Syarikat dan sebagainya...



Di Masjid negeri, Kubang Kerian, Kota Bahru, Kelantan. Masjid ini mengingatkan bagaimana saya pernah berpeluang memberikan satu ceramah berkenaan sejarah Melayu pada jemaah 4 tahun lalu. Lihat artikel lama Video klip ceramah di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian 8 Dis...
...


Di Masjid Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang...



Di masjid baru Temerloh...



Di Masjid Bukit Beruang, Melaka...



Di surau Taman Puncak Saujana, Kajang. Anak yang kelihatan ini katanya turut menjadi muazin pada pagi raya...

Di Masjid Jamek Jasin, Melaka...



Di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Masjid ikonik ini memang sudah bertahun menjadi 'lubuk' aktivis busana menunjukkan ketrampilan pada pagi raya. Cukuplah ditunjukkan satu gambar...



Di Masjid Bandar Baru Batang Kali, Selangor...



Di ,Surau An Nur Taman Koskam, Kepala Batas, Pulau Pinang...



Di Masjid Dato Kelana Petra, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan...


Di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Masjid yang cukup terkenal dengan kubah gergasi serta menara-menara pencakar lagi ini pernah menjadi tempat saya berkongsi dengan orang ramai pengalaman jujur liku-liku kehidupan yang akhirnya membawa saya untuk menukilkannya dalam buku. Lihat artikel lama  Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh...

Di Masjid Kampung Gangsa, Durian Tunggal. Tahun ini memang lebih ramai anak Melayu memakai busana pada hari raya. Ramai juga yang baru pertama kali berbuat begitu dengan memulakannya pada pagi raya, apabila mendapat tahu bahawa ramai telah merancang untuk berbusana lalu memberitahu kepada umum sejak seminggu dua sebelum itu. Cukuplah sedikit gambar-gambar ini untuk menunjukkan bahawa sememangnya satu macam ledakan busana tradisional Melayu telah berlaku di masjid-masjid pada pagi raya tahun ini. Semoga pemakaian busana menjadi semakin meluas sehingga kita dapat melihat ia digayakan oleh ahli-ahli parlimen dalam sidang dewan juga oleh para pemimpin negara apabila hadir di forum Asean, OIC, PBB dan sebagainya.


Isnin, Julai 11, 2016

4 Syawal 1437 - Menyahut panggil Jugra

Menutup gerak rentetan cerita sekitar hari-hari terawal Syawal. Bersambung daripada 3 Syawal 1437 - Bersama keluarga isteri di Tanjung Sepat.


Sabtu 9 Julai 2016 bersamaan 4 Syawal 1437 Hijriah. Kami bersiap untuk keluar berhari raya lagi di sekitar kampung isteri di Tanjung Sepat, Banting, Selangor.


Posing sebentar di rumah peninggalan arwah ibu bapa isteri. Tentunya ada set lain busana tradisional Melayu dipakai untuk hari itu.


Selepas beraya ke rumah seorang abang kepada isteri yang terletak di sebelah rumah arwah ibu bapa (sebelum ini abang ipar saya itu tiada di rumah kerana beraya di tempat lain) kami ke rumah beberapa orang sepupu isteri.


Terlihat cermin besar terasa hendak mengambil gambar sendiri.


Suasana beraya bersama keluarga belah isteri...

















Selepas Zohor kami meninggalkan Tanjung Sepat lalu ke Jugra...





Adapun Jugra dan Bukit Jugra terletak tidak jauh daripada laluan kami hendak kembali ke rumah sendiri di Sungai Buaya, Rawang. Singgahlah sebentar, mula-mula di satu kawasan kaki bukit.


Singgah ziarah makam seorang pahlawan yang dikenali sebagai Raja Berayun dan ahli keluarga...





Kemudian naik ke bahagian lain bukit, di satu kawasan lereng di mana terdapat kompleks makam Sultan Abdul Samad, Sultan ke-4 Selangor.


Cuma pintu masuk ke bangunan utama makam pula berkunci. Tak pasti sejak bila, sebelum ini mudah aje kami masuk ke dalam. Yang saya ada dengar pintu mula berkunci apabila didapati ada orang buat perkara yang bukan-bukan dalam bangunan.


Tak mengapalah. Cukup sahaja kami berziarah di luar bangunan. Kemudian kami ada melihat beberapa makam kerabat yang terletak dalam kawasan terbuka di belakang bangunan. Selepas itu kami berhari raya ke 2-3 buah lagi rumah. Cukuplah sajian cerita daripada saya buat hari-hari terawal Syawal...


Ahad, Julai 10, 2016

3 Syawal 1437 - Bersama keluarga isteri di Tanjung Sepat

Masuk satu lagi cerita. Bersambung daripada 2 Syawal 1437 - Baru keluar beraya ke rumah orang.


Sekitar jam 1 pagi Jumaat, 8 Julai 2016 bersamaan 3 Syawal 1437 Hijriah kami bertolak meninggalkan rumah ibu bapa saya di Muar lalu sampai di kampung isteri di Tanjung Sepat, Banting, Selangor sekitar jam 4 pagi. Jam 10.30 kami pun bersedia untuk keluar berhari raya. Beginilah set pakaian kami untuk 3 Syawal...





Kami mulakan dengan menziarahi rumah jiran dan saudara mara yang boleh dicapai dengan selesa berjalan kaki.


Nah. Lihatlah keadaan kami daripada beberapa sudut pandang...


Adapun kebiasaan saya bercerita jarang sekali menggunakan gambar diri sendiri. Gambar ahli keluarga pun sekali sekala. Jadi kenapa untuk hari raya kali ini banyak gambar kami anak beranak ya? Biar saya berterus terang. Kali ini ada usaha yang mahu dinaikkan. Saya mahu menolong isteri mempromosi satu jenama yang diterbitkan baru beberapa hari sebelum raya untuk beliau, jenama melibatkan busana tradisional Melayu atas kreativiti isteri dan hasil tangannya. Sesungguhnya segala pakaian kami anak beranak sejak saya mula berbusana tradisional penghujung tahun 2012 memiliki sentuhan peribadi isteri. Sila masuk ke blogspot Bona Fida untuk penerangan lanjut...


Jam 11.30 baru kami berkereta untuk menziarahi rumah saudara mara yang terletak lebih jauh...























Waktu Zohor kami kembali berehat di rumah peninggalan arwah ibu bapa isteri. Sekitar jam 3.30 bersiap balik untuk keluar berziarah lagi.


Duduk sebentar di tangga bergambar anak beranak.



Bergambar bersama adik beradik isteri dan keluarga masing-masing. Untuk pengetahuan isteri memiliki 13 orang adik beradik termasuk dirinya. Beliau adalah anak ke-11 merangkap perempuan bongsu. Yang kelihatan dalam gambar ini cuma anak beranak daripada 4 atau 5 adik beradik. Melalui keluarga sebelah sini kami sudah memiliki ramai cucu saudara.

Oh, baru teringat kenapa ada break atau rehat berziarah sekitar waktu Zohor. Hari itu adalah hari Jumaat, maka orang laki-laki harus menunaikan solat berjemaah Jumaat di masjid. Saya pergi berbusana penuh dengan siap berkeris. Lupa pula nak ambil gambar. Kembali daripada masjid baru berehat sebelum menyambung kembali ziarah...