Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, November 11, 2016

Seminar Asal Usul dan Bukti Keintelektualan Melayu - Warkah lama Melayu dan uruf dalam kitab feqah klasik



Selepas makan tengah hari di satu bahagian anjung bangunan utama Perpustakaan Negara kami kembali ke auditorium untuk mengikuti sesi pembentangan ilmu petang yang bermula jam 2,30.


Nampaknya masih ramai mahu menimba ilmu di sini.



Untuk makluman pada hari itu juga ada seminar ilmu yang besar sudah bermula di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Malah ia dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin. Maka itu saya difahamkan ramai juga mengambil peluang menuju ke sana.


Berbalik pada majlis di perpustakaan. Sesi pentang dimulakan oleh  Profesor Madya Dr Ab. Razak Ab Karim dari Universiti Malaya membawa tajuk "Keintelektualan Masyarakat Melayu : Tradisional : Paparan dalam Warkah-warkah Melayu".



Sambil Ab Razak bercakap di podium, pembentang kedua Dr Hasanuddin Mohd dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu dan pengerusi sesi, En. Mohd Ramli Manan dari Universiti Malaya, Nilam Puri (cawangan UM di Kelantan) mengikuti dari meja atas pentas.



Razak pun menceritakan beberapa ciri utama yang terdapat pada warkah Melayu. Beliau secara rata merujuk pada warkah-warkah yang dihantar raja-raja Melayu kepada pihak British untuk memohon sesuatu...















Turut diceritakan tentang cap mohor yang digunakan pada warkah.





Gaya bahasa yang biasanya beralas lagi bersifat diplomatik diperincikan...












Kemudian naik Dr Hasanuldin iaitu pembentang kedua membawa tajuk yang kelihatan. Beliau juga adalah pembentang terakhir keseluruhan sesi.





Tajuk ini mahu menangani bagaimana konsep uruf atau adat setempat yang sesuai dengan syarak boleh diaplikasikan menurut saranan ulamak tempatan.






Ulamak berkenaan iaitu Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas memperincikan hal dalam kitab tulisannya yang diberi nama Kitab Risalah Fi-Bayan Hukm al Bay' wa al-riba. Kata Hasanuldin ulamak ini adalah guru kepada beberapa ulamak hebat, antaranya adalah Tokku Tuan Besar, ayahanda kepada wali Terengganu terkenal abad ke-19, Tokku Paloh...















Seminar Asal Usul dan Bukti Keintelektualan Melayu - Dari hati budi Melayu ke kepakaran sains dan matematik

Salam pagi Jumaat. Hari ini saya mahu menceritakan perjalanan hari kedua majlis ilmu di Perpustakaan Negara 3-4 hari lalu. Bersambung daripada Seminar Asal Usul dan Bukti Keintelektualan Melayu - Dari DNA Sundaland ke raja-raja Melayu


Pagi Rabu 8 November 2016 saya sampai lebih awal ke majlis berbanding hati sebelumnya.


Menurut jadual atur cara, sesi pembentangan ilmu hari itu bermula jam 9. Saya masuk ke auditorium sekitar jam 9.53.


Menurut jadual juga pembentang pertama adalah Profesor Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusof Hashim daripada Kolej Universiti Islam Melaka membawa tajuk "Tengku Said bin Tengku Deris Dalam Korpus Kesusasteraan Melayu". Yang kelihatan ini adalah Profesor Emeritus Dr Hashim Musa (Universiti Putra Malaysia". Tajuk pembentangannya adalah "Puisi Melayu Lama Sebagai Asal Usul Keintelektualan Melayu".


Saya tidak dapat melihat kelibat Yusof sepanjang majlis. Nampaknya beliau tidak dapat hadir namun kertas kerjanya tetap tersenarai apalagi ia telah dimasukkan ke dalam DVD yang dihadiahkan kepada peserta. Sebaliknya duduk di hadapan (tak tunjuk dalam gambar) bersama pengerusi atau moderator sesi adalah Dr. Harun Mat Piah, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia. Beliau tersenarai membawa tajuk "Kebangkitan Intelektual dan Impaknya kepada Perkembangan Epistomologi Melayu" untuk sesi tengah hari. 



Kelihatannya Harun telah menggantikan Yusof sebagai pembentang pertama sesi pagi. Saya sudah biasa melihat perubahan sebegini berlaku pada majlis-majlis ilmu besar di institusi-institusi berwibawa.  Walau telah dirancang secara terperinci sejak awal lagi siapa yang tahu kesulitan atau komitmen lain yang boleh muncul pada saat-saat akhir? Kelihatan dalam gambar pengerusi sesi, Profesor Madya Dr Pisol Maidin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Sambil itu Hashim yang telah memberikan takrif hati dan budi kemudian memaparkan beberapa contoh puisi Melayu yang mengandungi banyak teladan (saya terlupa ambil gambar) mula menunjukkan 26 komponen atau perkara yang dapat beliau saring daripada puisi.


Komponen-komponen ini menurut Hashim adalah perkara-perkara yang patut ada pada orang Melayu sejati seperti dibayangkan melalui puisi-puisi lama. Beliau menyatakan semua ini dengan begitu tenang dan lembut tutur kata...


Cara beliau menyampaikan berserta perkara menimbulkan keinsafana dalam diri saya.


Adapun beberapa minggu kebelakangan ini saya agak cepat naik baran dan kasar tutur kata disebabkan berlaku beberapa hal yang menguji kesabaran diri.


Pembentangan ini sedikit sebanyak mengingtkan bagaimana saya sendiri seharusnya membawa diri tak kira apakah dugaan yang melanda. Sedar tak sedar mata saya mula berair...





Selesai pembentangan Hashim diikuti soal jawab hadirin diajak menikmati kudapan pagi. Selepas itu masuk sesi tengah hari. Pembentang pertama sesi, Profesor Madya Dr Mat Rofa Ismail, juga datang dari Universiti Putra Malaysia tetapi berlainan fakulti. Jika bidang Hashim lebih dekat pada sastera dan komunikasi, Mat Rofa pula lebih pada ilmu sains dan matematik. Beliau membawa tajuk "Syeikh Ahmad al-Khatib al-Minangkabawi : Bintang Melayu di Langit Hijjaz".


Kelebihan Mat Rofa adalah fasih bertutur dan membaca dalam bahasa Arab sambil berkelayakan tinggi dalam bidang sains, Ini membolehkan beliau meneliti dengan baik perkembangan ilmu teknologi di Barat juga hal sama dalam dunia Islam. Beliau menyatakan Syeikh Ahmad sebagai seorang ulamak besar Melayu yang berpusat di Tanah Arab tapi sangat berperanan besar menentukan arah pemikiran ulamak di Alam Melayu. Ini diceritakan dalam konteks zaman sekitar dan selepas kejatuhan Kekhalifahan Uthmaniyah di Turki tahun 1920an yang menyaksikan umat Islam merata dunia hilang arah.


Contoh ulamak-ulamak tempatan, katanya hasil didikan Syeikh Ahmad, yang  gigih berjuang melawan penjajah Barat pun diberikan.





Usaha memperkasakan kembali minda bangsa selepas jatuhnya Kekhalifahan Uthmaniyah turut muncul dalam bentul penulisan dan persatuan-persatuan yang berkaitan.





Ilmu sains dan matematik dalam kitab-kitab lama ulamak Melayu pun diceritakan sebagai antara teras ilmu ulamak zaman itu...





Antara ilmu penting perlu dikuasai para ulamak adalah ilmu falak. Kefahaman ilmu matematik yang cukup tinggi pula diperlukan untuk itu... 





Menurut Mat Rofa alat kiraan matematik seperti ditunjukkan dalam gambar adalah satu perkara biasa di sekolah-sekolah pondok tradisional Melayu suatu masa dahulu.


Antara kepentingan menguasai ilmu falak adalah untuk menentukan kedudukan arah kiblat dengan tepat.


Maka itu jangan fikir sekolah-sekolah agama dahulu cuma mengajar bab fekah dan sebagainya sahaja. Bab sains dan matematik telah disentuh sekian lama. Malah para pemikir Barat pun sebenarnya mendapat ilmu mereka daripada dunia Islam semasa zaman kegemilangan kita.








Pembentang kedua sesi tengah hari adalah Dr Ros Mahwati Ahmad Zakaria dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Beliau membawa tajuk "Penjilidan Kulit Manuskrip al-Quran Pantai Timur Sebelum Abad ke-20 Masihi".


Tajuk itu merupakan tesis beliau di Institut Tamadun Alam Melayu (ATMA), UKM sebelum bergelar doktor falsafah lebih kurang setahun lalu. 



Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-1,500 di blogspot ini.