Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, August 28, 2014

Pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa - Jejak HIKMAH di Terengganu dan Kelantan

Masuk hari kedua perjalanan kecil 6-9 Syawal. Bersambung dari Pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa - Berkejar untuk majlis di Dungun.


Pagi Ahad 3 Ogos bersamaan 7 Syawal. Setelah bermalam di rumah seorang kawan di Durian Guling kami pun bersedia untuk berjalan.


Ia terletak antara Kuala Berang dan Kuala Terengganu. 


Perjalanan diteruskan ke KT di mana kami ingin berjumpa seorang lagi kawan.



Setelah menelepon baru dapat tahu kawan yang merupakan imam masjid ini sedang mengajar agama di sebuah madrasah. Tapi beliau ada sedikit waktu terluang antara jam 10 hingga ke 11 lalu kami pergi dahulu ke masjid 'terapung' di Kuala Ibai.


Saya sudah beberapa kali menjejakkan kaki di masjid ini. Tapi baru kali ini tergerak untuk memanjat menara azan sampai ke atas. Lihat artikel On top Kuala Terengganu's 'floating' mosque di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Selepas itu baru mengorak langkah ke masjid. Ikut laluan pantai di Batu Burok...


Laluan membawa ke tepian Pasar Payang dan Kampung Cina.








Inilah masjid yang dimaksudkan. Letaknya di Losong berdekatan muzium negeri.


Masjid ini pernah menjadi tempat berlangsungnya acara ke-5 HIKMAH. Selain berjumpa dan berhari raya dengan imam, kami turut memperbaharui silaturrahim dengan beberapa orang kawan yang pernah bersama menjayakan acara, kawan-kawan yang sama minat sejarah demi mendaulatkan Melayu dan Islam. Lihat Acara kelima HIKMAH di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu, 5-8 Jun 2013 artikel di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Dari situ sudah dekat ke Masjid Kristal. Kami lalu sebentar sebelum masuk kembali ke pusat bandar raya Kuala Terengganu...


Lalu kawasan kerepok lekor di satu bahagian Losong, belilah sebungkus dua untuk makan...


Masuk ke Pasar Payang kami terpaksa naik tinggi untuk meletakkan kereta. Ternyata ada hikmahnya. Selain terserempak kawan lama dari zaman Sekolah Sains Johor dekat 30 tahun lalu ada pemandangan menarik dari atas sana. Lihat From Pasar Payang's upper level.


Selepas makan tengah hari ibu bapa saya juga isteri seronok melihat dan membeli belah kain juga pakaian. Saya pula target telur penyu lalu ditunjukkan gerai seorang makcik di dalam.


Cuma saya perlukan yang sudah direbus dan sedia untuk dimakan. Ternyata yang di gerai dalam adalah mentah. Saya harus ke bahagian luar untuk yang sudah direbus. Cuma gerai-gerainya biasanya dibuka agak lewat sedikit iaitu hampir ke petang. Alhamdulillah, ketika saya sampai jam 1.30 sudah ada gerai dibuka menjual telur penyu rebus. Yang best tu, pemilik gerai siap ingat saya akhir sekali datang bermotosikal besar 'mentekedarah' lebih 10 biji telur seorang diri. Lihat artikel lama Misi penganjuran HIKMAH IV - Dari Tokku Paloh ke Tanjung Api.



Selepas beberapa lama kami pun meninggalkan Kuala Terengganu menghala ke Kelantan.


Kami mengambil jalan pantai menghala ke Kuala Besut... Berhenti di Pantai Rhu Sepuluh untuk menikmati telur penyu tadi.


Dah alang-alang ada di situ, kami juga menikmati makanan laut goreng.



Jam 5 petang baru sampai di Kampung Raja, beberapa kilometer lagi ke Kuala Besut. Tersilap ambil jalan lalu terjumpa kompleks Desa Ukiran Kayu yang didirikan berdekatan istana tinggalan raja yang pernah memerintah Besut 100 tahun lalu.



Ah. Memang sudah lama saya mendengar tentang kewujudan kompleks juga istana tetapi belum sampai langkah. Sudah ditakdirkan dengan tak sengaja boleh terjumpa kali ini pula, di kala ibu bapa ada bersama. Sayangnya kompleks sudah ditutup dan kami pula kesuntukan masa. Terus ke masjid Kuala Besut untuk menjamakkan solat Zuhur dan Asar...




Selepas itu pusing sat pekan Kuala Besut...


Perjalanan menyusuri pantai disambung lalu membawa kami masuk negeri Kelantan jam 6.15 petang.


Lihat pantai Tok Bali sebentar...



Kemudian baru sampai ke destinasi beraya pertama kami di negeri Cik Siti Wan Kembang itu iaitu rumah pemilik/penjaga Akademi Nik Rashiddin di Pantai Kandis, Bachok.


Tempat ini pernah menyaksikan acara ke-4 HIKMAH diadakan. Lihat Acara keempat HIKMAH di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013. Sejak itu silaturahim terus bertaut antara ramai yang terlibat. Hal ini turut dilanjutkan pada lain-lain acara HIKMAH. Semoga hati-hati mereka yang sama-sama mahu mendaulatkan Melayu dan Islam terus bertaut hingga ke akhir hayat. Amin... :]



Tuesday, August 26, 2014

Pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa - Berkejar untuk majlis di Dungun

Hari ini 30 Syawal, hari terakhir bulan raya. Ingin saya memulakan satu siri kecil berdasarkan perjalanan lebih 3 minggu lalu.


Pagi Sabtu 2 Ogos 2014 bersamaan 6 Syawal 1435 Hijriah, kami sekeluarga keluar untuk membuat satu perjalanan jauh.



Dari rumah kami di Sungai Buaya, Rawang kami melepasi Serendah.



Kemudian masuk jalan belakang Batang Kali untuk naik ke Genting Highlands.



Selain saja-saja hendak menikmati pemandangan sekitar laluan ini, kami mengambilnya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang biasa melanda Lebuh Raya Karak dari Gombak ke Genting Sempah. 



Destinasi kami bukanlah Genting tetapi Pantai Timur. Selepas sampai ke ke pusat cable car diikuti bulatan menuju ke puncak kami bergerak turun untuk masuk ke Genting Sempah. Berehat sebentar di tepi jalan apabila brek kereta mula terasa tak makan akibat terlalu panas hingga berasap-asap. Sesungguhnya laluan ini penuh liku tajam dan curam. Kata ayah, brek menjadi terlalu panas akibat selalu ditekan kuat lalu cecair brek menjadi gas. Itulah yang menyebabkan brek tak makan.

Oh. Perjalanan dibuat bersama ibu dan bapa saya. Inilah kali pertama kami membawa mereka berjalan jauh dengan saya membawa kereta. Ini juga kali kedua kami berjalan jauh bersama ke mana-mana. Ini adalah selepas perjalanan ke Aceh yang dibuat dengan tujuan utama mahu menganjurkan acara ke-10 HIKMAH di sana 5 bulan lalu. Lihat artikel  Berjayanya misi HIKMAH Aceh juga Acara kesepuluh HIKMAH di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).



Beberapa minit kemudian baru brek kurang panas dan kami cukup yakin untuk menyambung perjalanan. Dari Genting Sempah kami masuk ke Lebuh Raya kemudian Lebuh Raya Pantai Timur.



Gambar ini diambil selepas keluar dari lebuh raya lalu masuk ke jalan pantai menghala ke Terengganu. Kalau tak salah atas sedikit dari Cherating, berhenti sebentar untuk membeli air. Sebelum itu kami ada berhenti makan tengah hari di RnR Temerloh di mana saya pekena ikan patin buah. Habis makan dah lebih jam 2 petang kalau tak salah ingatan... saya tak ambil gambar.



Tujuan asal perjalanan dibuat adalah untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di Kuala Dungun, Terengganu. Ibu bapa kami ajak sekali kerana kebetulan mereka datang dari Muar untuk menghadiri satu majlis anjuran seorang bapa saudara di Bukit Damansara pada hari raya ke-3, selepas itu bermalam di rumah kami buat beberapa hari. Fikir kami dapat sampai ke majlis paling lewat jam 3. Sedangkan kami sampai ke pintu gerbang masuk negeri Terengganu di Kemaman pun sudah jam 3.42.



Di bandar Cukai, Kemaman pula kami berhenti agak lama untuk berehat dan bersolat. Sedangkan dari situ ke Kuala Dungun masih perlu berjalan 70 km.



Akhirnya kami sampai ke majlis jam 6 petang.



Selepas menikmati hidangan perjalanan disambung lagi.



Kami menyeberang jambatan di kuala Sungai Dungun hampir senja. Masih ada 80 km perlu dilalui untuk sampai ke tempat seterusnya berdekatan Kuala Terengganu...