Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, May 05, 2014

HIKMAH berehat dan Faktor 131

Untuk mengakhiri satu fasa kehidupan biar dipersembahkan ini, artikel ke-131 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


-------------------


Salam wahai semua pembaca yang dihormati dan dimuliakan. Hari ini 5 Mei 2014 atau 5/5 (nombor 55 adalah salah satu kegemaran saya) juga bersamaan 5 Rejab 1435 Hijriah sudah sampai masanya untuk menyatakan sesuatu. Tak pasti jika ia pernah dinyatakan di blogspot. Tapi di Facebook ada dinyatakan sekurang-kurangnya dua kali.

Adapun sejak 2-3 bulan ini saya ada menyimpan hasrat untuk bersara daripada apa-apa aktiviti umum kedaulatan Melayu dan Islam. Saya tidak ingin lagi kelihatan seperti berada di barisan hadapan, saya ingin bergerak atau melihat dari balik tabir di belakang. Ada sebab tertentu untuk berbuat itu, Allah SWT sahaja yang tahu.  Tetapi apabila dipujuk oleh beberapa orang selain beberapa lagi menyatakan harapan agar saya terus berjuang demi memberikan mereka sendiri sokongan semangat untuk berbuat sama, maka biarlah bersara itu ditukar menjadi berehat.

Saya tak tahu mahu berehat berapa lama. Yang pasti sekurang-kurangnya 3-4 bulan untuk bersendiri antaranya untuk menyambung kembali penulisan sebuah buku yang sudah agak lama terbengkalai. Sesungguhnya HIKMAH itu sendiri bermula apabila saya mengalami masalah writer's block atau tersekat pemikiran/aliran ilham/pengaturan ayat dalam penulisan buku tersebut. Fikir saya untuk menghilangkan gangguan dan halangan biar dibuat satu acara ilmu. Lihat HIKMAH - Bagaimana ia bermula.






Paparan dari Facebook. Sila klik sini. Dari situ anda boleh masuk ke Page yang patut untuk melihat persediaan, perkembangan juga perlaksanaan dan ulasan setiap acara...




Tidak terfikir langsung HIKMAH akan pergi begitu jauh sehingga dapat diadakan di merata Semenanjung Malaysia. Dari Shah Alam ia dibawa ke Melaka akibat acara pertama nyaris-nyaris dibatalkan kerana ganggunan politik. Sambil itu ada yang meminta ia dibawa ke Perak. Acara di Kelantan dan Terengganu pula menyusul dan setelah beberapa lama ia dibawa ke luar negara iaitu di Aceh, bumi Serambi Mekah, tempat bermulanya dakwah Islamiah ke seluruh Alam Melayu. Sambil itu penulisan buku terus terabai kerana kesibukan mengadakan acara demi acara. Maka sudah sampainya tumpuan diberikan kembali pada buku.

Tidaklah sesekali HIKMAH itu dibuat untuk saya menonjolkan diri sendiri mahupun mendapat apa-apa keuntungan duniawi seperti disangka sesetengah orang. Saya cuma menurut gerak yang muncul dalam menangani satu fasa kehidupan. Seharusnya fakta bahawa 10 acara dapat dijalankan di merata tempat dalam tempoh satu setengah tahun setelah HIKMAH diasaskan adalah bukti, saya dan mereka yang betul-betul jujur terlibat bergerak di atas landasan yang benar. Natijah dari HIKMAH dan penyertaan dalam acara-acara kami menyaksikan kemunculan banyak kumpulan baru atas nama kedaulatan agama, bangsa dan negara, ada di antaranya kelihatan lebih tersusun dan lebih berwibawa untuk bergerak lebih jauh ke hadapan.

Kami sendiri lebih senang bergerak sebagai kumpulan kawan-kawan dan kenalan yang sudi menyumbangkan tenaga dan kepakaran secara sukarela apabila diperlukan. Tidak kami jadikan HIKMAH persatuan atau badan berdaftar, yayasan dan sebagainya kerana tidak terfikir pun untuk menonjolkan diri sebagai satu entiti kekal atau menyaingi apa-apa gerakan. Dan tidak pula kami ingin memegang wang seperti biasa dilakukan pelbagai persatuan yang mendapat peruntukan dari jabatan itu dan ini. Sedangkan sebagai satu badan yang sudah menjalankan beberapa acara kedaulatan Melayu dan Islam dengan jayanya melibatkan segenap lapisan masyarakat, dari golongan agamawan membawa kepada pesilat dan ilmuwan tidak susah bagi kami mendaftarkan diri dan mendapatkan peruntukan.

Pengumuman rasmi untuk berehat dari aktiviti memang mahu dibuat selepas selesai segala yang perlu diceritakan mengenai acara ke-10 HIKMAH di Aceh. Dengan itu jadilah artikel pengumuman ini yang ke-131 di blogspot ini, nombor yang mempunyai makna home sweet home atau rumahku syurgaku buat diri saya. Lihat artikel Nombor 131 dan makna satu pernikahan.... Cuma mungkin hujung minggu ini saya akan menghadiri satu acara di Melaka kemudian masuk ke Pulau Besar. Selain itu HIKMAH Aceh boleh dikira acara terakhir dan kemuncak pada satu perjalanan perjuangan seorang insan yang dhaif. Saya mahu mengambil keberkatan bulan Rejab, bulan Allah untuk memulakan rehat, bulan yang bakal disusuli Sya'aban, bulan Nabi Muhammad SAW seterusnya Ramadhan, bulan umat Islam. 

Dengan ini saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong HIKMAH terutama yang membantu perlaksanaan acara tak kira di mana anda sekarang berada mahupun di sisi pihak mana. Saya juga mahu memohon ampun dan maaf jika berlaku apa-apa kesalahan, perselisihan, silap faham, tersinggung perasan dan apa sahaja yang tidak menyenangkan sepanjang saya aktif dalam aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam. Ketahuilah segala yang baik datang dari Allah SWT, yang buruk dari saya belaka. Sesungguhnya saya cuma insan kerdil yang tiada daya untuk membuat kebaikan mahu upaya untuk mengelak kejahatan.

Di bawah disediakan montaj atau ringkasan setiap acara HIKMAH diikuti links untuk paparan lanjut. Semoga segala yang dibuat selama ini dapat dimanfaatkan semua. Sekian, wassalam.