Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, January 08, 2016

HIKMAH reunion di Bukit Tinggi

Salam Jumaat. Sebelum diselesaikan siri kecil "Daulah Melayu di Melaka" biar dipersembahkan cerita kecil tetapi memiliki makna yang sangat besar. Untuk makluman ia adalah cerita pertama di blogspot ini tentang aktiviti yang dibuat tahun baru 2016. Daripada itu terbit satu aktiviti lebih besar yang insyaallah akan dilaksanakan hujung bulan Januari...


Tengah hari Sabtu 2 Januari 2016 saya dan keluarga keluar menghala ke lebuh raya Karak.


Kami mahu menghadiri satu majlis reunion yang diadakan untuk sejumlah kawan yang pernah bersama menjayakan acara-acara HIKMAH.


Seorang kawan memiliki kediaman di kawasan peranginan Bukit Tinggi. Selama beberapa lama ia disewa orang. Apabila penyewa keluar bulan November lalu rumah kosong beliau tergerak untuk mengadakan perjumpaan bersama majlis barbecue sekali.


Kami turut diajak bermalam. Kata kawan tersebut beliau rindukan pertemuan bersama rakan-rakan HIKMAH. Sejak acara ke-15 diadakan di Beruas 8 Oktober 2015 yang mana saya telah umumkan sebagai acara terakhir HIKMAH buat beberapa lama, kami sudah lama tidak berjumpa. Rujuk artikel Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) di blogspoAcara ke-15 HIKMAH di dewan orang ramai Kampung Banjar, Beruas 8-9 Ogos 2015.


Ternyata kawasannya cantik dan menenangkan. Selepas meletakkan barangan saya tergerak untuk menjelajah menyusuri sungai berdekatan. Lihat artikel Exploring a river at Bukit Tinggi di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Dah puas menjelajah baru join makan-makan. Lihat Outing and barbecue at Bukit Tinggi.


Esok selepas solat Subuh saya berjalan kaki sendirian melihat persekitaran yang telah menjadi penempatan. Lihat Early morning walk at the residential side of Bukit Tinggi.


Sambil berjalan-jalan teringat apa yang berlaku malam sebelum itu. Kami telah mengadakan majlis tahlil diikuti Maulud. Selepas itu setiap seorang daripada kami berkongsi pengalaman bagaimana boleh terlibat dengan aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam terutama bersama HIKMAH. Ketika itulah beberapa orang memujuk saya agar mengadakan acara baru sekurang-kurangnya sekali untuk tahun ini. Antara yang memujuk itu adalah seorang kawan yang datang jauh daripada Aceh.


Adapun saya pernah mengumumkan cuma akan mengadakan acara HIKMAH seterusnya setelah diterbitkan sebuah buku yang dimula ditulis awal tahun 2012. Namun penulisan buku asyik tersangkut akibat gangguan ilham dan aliran pemikiran.  Setelah beberapa lama keadaan masih begitu, HIKMAH diasaskan 12 Oktober 2012 lalu mengadakan acara pertama 3 minggu kemudian. Ia dibuat sebagai jalan untuk memecah kebuntuan dalam penulisan. Rujuk cerita dalam artikel HIKMAH - Bagaimana ia bermula, lihat perincian pada pautan pertama disenaraikan. 

Siapa sangka ia akan menerima begitu banyak permintaan sehingga 15 acara dapat dibuat dalam tempoh 3 tahun di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh? Sedangkan sampai kini buku tersebut tak siap-siap. Saya pun memberitahu tidak akan membuat apa-apa acara HIKMAH untuk tahun 2016. Saya mahu menyiapkan buku sampai terbit dahulu dan menjangkakan paling awal dapat membuat acara lagi adalah pada tahun 2017. 

Kawan-kawan terus memujuk, ada yang menyatakan kerinduan terhadap acara, ada yang percaya akan berlaku peristiwa besar tahun ini yang bakal memberi kesan terhadap kehidupan orang Melayu. Maka itu acara harus diadakan untuk menangani segala kemungkinan. Setelah dipujuk beberapa kali saya pun menyatakan persetujuan. Apabila ditanya bilakah paling lewat HIKMAH harus mengadakan acara agar selari dengan gerak perubahan zaman yang dijangka akan melanda kita semua, mereka mengatakan bulan April. Saya pun menyatakan komitmen akan menjayakan sekurang-kurangnya satu acara HIKMAH dalam tempoh itu. Tempatnya pun dah dapat gerak kat mana elok, cuma memerlukan permohonan rasmi kepada pihak yang bertanggungjawab.


Tengah hari Ahad saya mengajak kawan-kawan bertandang ke rumah rehat ayah angkat saya, penulis buku politik terkenal, Pak Habib @ S.H.Alattas. Bukit Tinggi dan Janda Baik terletak sebelah-menyebelah aje. Eloklah bertandang sat. Lihat Going on to Janda Baik.


Kami pergi tanpa menghubungi beliau yang menetap sepenuh masa di Kuala Lumpur, sesekali sahaja naik ke Janda Baik. Tengok-tengok, setelah beberapa lama kami berlegar-legar melihat apa yang ada, Pak Habib muncul lalu saya perkenalkan kepada kawan-kawan.  Rupa-rupanya beliau mendapat gerak hati untuk naik. Kalau ikutkan, beliau mahu berehat di KL sahaja kerana baru 2 hari kembali daripada perjalanan jauh di luar negara.

Adapun bila dah menetapkan fikiran akan mengadakan sekurang-kurangnya satu acara HIKMAH pada tahun 2016 satu lagi lokasi yang terbit dalam fikiran adalah rumah Pak Habib di Janda Baik. mungkin untuk hujung tahun. Isteri saya pun secara berseloroh bertanya kepada beliau apakah boleh kalau kami mengadakan majlis seperti seminar di rumahnya? Pak Habib jawab kalau orang tak kenal dia tak bagi. Tapi untuk saya takda hal...


Selepas masuk Zuhur, Pak Habib mengajak kami berbual-bual di dalam rumah utamanya. Untuk pengetahuan rumahnya terletak di dalam kawasan taman seluas 8 ekar dengan sungai berjeram mengalir di tepi. Dalam kawasan itu ada 7-8 buah rumah juga beberapa pondok rehat, dewan dan surau. Selepas lama berbual-bual tiba-tiba Pak Habib meminta agar acara diadakan di tempatnya dalam tempoh 2 minggu! Mungkin kerana seronok melihat kami datang berbusana tradisional Melayu? 

Pak Habib dah lama tahu saya terlibat dengan aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam dengan berpakaian sebegini. Tapi dalam tempoh 2 minggu? Kan terlalu cepat itu? Bukan kami tidak pernah menjayakan acara dalam tempoh sesingkat itu. Cuma saya baru sahaja bertukar fikiran daripada tidak mahu mengadakan apa-apa acara sehingga masuk tahun 2017 menjadi April 2016 sebagai tempoh paling lewat mengadakan acara. Saya cakap 2 minggu tak dapat. Saya tanya balik : "Paling lewat Abah nak kami buat acara bila?". Beliau menjawab dalam tempoh sebulan.

Dengan ini cukuplah diberitahu acara ke-16 HIKMAH akan diadakan di rumah Pak Habib 30-31 Januari 2016. Tentang mengapa tarikh ini dipilih dan hal-hal berkaitan akan diceritakan dalam artikel lain...



Thursday, January 07, 2016

Daulah Melayu di Melaka - Legasi Hang Tuah. Bersilat di bawah naungan Pulau Besar

Masuk hari kedua penggambaran. Bersambung daripada Daulah Melayu di Melaka - Menggamit aura lama istana.


Pagi Selasa 29 Disember 2015, kami keluar untuk membuat penggambaran seterusnya.


Lokasi kali ini adalah Hang Tuah Center atau Perkampungan Hang Tuah di Kampung Duyong.


Saya sudah banyak kali bertandang ke kompleks muzium yang dibina berasaskan kisah pahlawan besar Melayu, Hang Tuah dan empat orang sahabatnya ini. Malah selepas ia dibuka sepenuhnya sekitar bulan Ogos tahun 2013 kalau tak salah, pihak saya dan kawan-kawan seperjuangan menjadi orang pertama yang betul-betul memanfaatkan kemudahan yang ada. Lihat artikel Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


 
Cuma dahulu saya tidak tergerak untuk masuk ke bahagian pameran utama. Baru kali ini melihat apa yang ada di dalamnya. Lihat artikel Dalam bangunan utama (Inside the main building of) Hang Tuah Center di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Apapun penggambaran berjalan lancar. Di sini saya merasmikan satu persalinan pakaian yang asalnya difikirkan cuma mahu dirasmikan di Pulau Besar, satu daripada tiga set persalinan yang baru diterima daripada pihak penerbit Daulah Melayu untuk kegunaan saya sebagai hos dokumentari penghujung November. Tapi penggambaran di pulau yang asalnya dijadualkan akan diadakan Ahad 27 Disember 2015 ditunda ke suatu masa yang lain atas sebab tertentu. Lalu timbul gerak merasmikannya di sini...


Kami turut merakamkan keadaan di tempat-tempat berdekatan yang dikaitkan dengan nama besar Hang Tuah. Antaranya adalah masjid di Kampung Duyong dan perigi yang dikatakan digali oleh beliau...





Beberapa tempat di sekitar telah dimasukkan ke dalam pelan besar Perkampungan Hang Tuah. Ini kerana menurut ceritanya pahlawan besar Melayu itu dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Duyong.



Selesai penggambaran sana kami berkejar ke Umbai lalu ke gelanggang dan pusat Silat Gerak Tepat.


Kami ada janji untuk bertemu dan membuat penggambaran dengan pengasas silat tersebut, Cikgu Aziz Said.


Sebetulnya rancangan bersama Cikgu Aziz tidak ada dalam jadual penggambaran di Melaka 27-30 Disember. Walaupun beliau masuk dalam senarai orang yang akan ditemuramah untuk dokumentari, dan perkara ini sudah saya nyatakan kepada beliau sejak awal 2015, sesi bersama beliau mahu dibuat pada kesempatan yang lain.


Cuma ketika membuat penggambaran di muzium Istana Kesultanan Melaka hari Isnin (rujuk Daulah Melayu di Melaka - Menggamit aura lama istana) nama beliau disebut kurator muzium kerana dijadualkan membuat persembahan silat bersama orang-orangnya 3 Januari 2016 di sana. Mendengarkan ini terus saya ambil sebagai alamat bahawa elok penggambaran bersama Cikgu Aziz dibuat cepat lalu memberitahu pengarah tentangnya.


Atas asbab ini dapat pula footage tepi pantai berlatarbelakangkan Pulau Besar yang sangat dikenali dengan segala macam cerita berkaitan keramat itu. Sedangkan penggambaran tepi pantai orang silat berbusana asalnya mahu dibuat di Pulau Besar 27 Disember tetapi ditunda seperti sudah disebut lebih awal tadi. Sekurang-kurangnya kita sudah dapat shoot tersebut walau bukan atas pulau.


Malah disebabkan aturan Allah SWT yang tidak diduga ini kami mendapat latarbelakang permainan warna yang sangat menarik. Lihat artikel Silat shooting under sunset in front of Pulau Besar di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Malam itu kami kembali ke gelanggang untuk membuat sesi bergendang.


Alhamdulillah, dapatlah melayan beberapa lagu gendang sebelum diberitahu makna silat yang lebih luas, bukan sekadar pergerakan fizikal untuk menepis, mengelak atau membalas serangan orang. Sesungguhnya dalam silat itu juga ada pelajaran untuk menepis dan mengelak desakan hawa nafsu dan bisikan hantu syaitan. Ia adalah satu keperluan untuk kita menjadi orang Islam yang betul-betul bertauhid lagi mengenali Tuhan.


Tuesday, January 05, 2016

Daulah Melayu di Jawa Timur - Baru buat kompilasi

Adapun semasa membuat artikel Daulah Melayu di Melaka - Menggamit aura lama istana baru saya tersedar bahawa kompilasi untuk siri "Daulah Melayu di Jawa Timur" berdasarkan perjalanan penggambaran 22-26 Oktober 2015 belum dipersembahkan lagi. Oleh itu biar ia diatur sekarang...




1. Daulah Melayu di Jawa Timur -Berkejar ke Surabaya...

2. Daulah Melayu di Jawa Timur - Penggambaran spontan di pesantren Pasuruan




6. Daulah Melayu di Jawa Timur - Antara penggambaran sekitar pesantren dan majlis hol Wali Songo

7. Makam (Tomb of) Patas Angin

8. Masjid (Mosque of) Baitul Muttaqien, Troloyo 

9. Makam (Tomb of) Sunan Ngudung

10. Makam (Tomb of) Sayyid Jamadil Kubro, Troloyo pada siang hari (at daytime)

11. Tiga makam lain dalam bangunan makam Sayyid Jamadil Kubro (Three other tombs inside Sayyid Jamadil Kubro tomb building)




15. Makam (Tomb of) Ki Ageng Surgi

16. Makam (Tomb of) Syeikh Qohar

17. Makam (Tomb of) Puspo Negoro 

18. Makam (Tomb of) Syeikh Muniron

19. Makam Maulana Malik Ibrahim pada siang hari (Tomb of Maulana Malik Ibrahim at daytime)

20. Makam (Tomb of) Toemenggoeng Poespo Negoro, Gresik.

21. Maulana Malik Ibrahim gallery

22. Daulah Melayu di Jawa Timur - Daripada Sayyid Jamadil Kubro ke Maulana Malik Ibrahim

23. Views of Gresik from a local hotel

24. Rupa baru makam Sunan Giri (New look of the tomb of Sunan Giri)

25. Makam (Tomb of) Raden Santri

26. Di dalam Masjid Sunan Ampel (Inside mosque of Sunan Ampel).

27. Pandangan dekat makam Sunan Ampel (Closer look at the tomb of Sunan Ampel).

28. Daulah Melayu di Jawa Timur - Sunan Giri, panggilan Raden Santri dan Sunan Ampel


Daulah Melayu di Melaka - Menggamit aura lama istana

Salam semua. Pada artikel sebelum ini iaitu Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor - Sambutan enggang dan penentangan terhadap Belanda ada disebut bahawa saya menulis artikel itu setelah selamat kembali daripada membuat penggambaran di Melaka. Pada artikel sebelumnya iaitu Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor - Pusing pulau setelah 15 tahun pula telah disebut penggambaran dibuat untuk dokumentari "Daulah Melayu". Sekarang biarlah diceritakan tentang penggambaran tersebut...


Ahad 27 Disember 2015 saya dan krew penggambaran bertolak dari Kota Damansara ke Melaka. Sampai ke Ayer Keroh lewat petang.


Kami masuk homestay di Bukit Katil. Selepas Maghrib keluar ke pusat bandar raya Melaka untuk makan malam.


Kami makan di medan selera berdekatan jambatan yang kelihatan...


Terlihat bangunan tertinggi di Melaka yang kalau tak salah baru dibuka 3-4 bulan. Tergerak untuk naik ke bahagian paling atas untuk menikmati pemandangan sekitar. Lihat artikel Looking at Melaka from the top floor of its latest highest building di blogspot BERPETUALANG KE ACEH
.

Esoknya pagi Isnin 28 Disember baru kami keluar untuk membuat penggambaran,


Kami ke replika istana yang menjadi muzium, dipanggil Istana Kesultanan Melaka.


Di situlah kami bekerja sehingga jam 2,45 petang gitu...





Selepas itu baru bertolak ke lokasi seterusnya di bahagian lain Bandar Hilir.



Cadangnya nak buat penggambaran di sekitar replika kapal Portugis ini. Tapi disebabkan penggambaran di Istana Kesultanan Melaka pun dah makan terlebih masa, kami tangguhkan ke hari yang lain.


Malamnya kami ke replika istana lagi untuk bertemu seseorang yang katanya dapat membantu kami mendapatkan gambaran bagaimanakah rupa sebenar Kota Melaka sebelum ia jatuh ke tangan Portugis tahun 1511.


Kami dibawa naik ke puncak Bukit St. Paul di sebelah muzium. Ramai sudah sedia maklum bahawa istana asal Kesultanan Melaka terletak di atas bukit ini sebelum dirobohkan Portugis lalu digantikan dengan gereja.