Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, April 06, 2023

Apabila perjuangan dihargai

Salam pagi Khamis 15 Ramadhan 1444 Hijriah. Sedar tak sedar sudah separuh bulan kita berpuasa wajib bulan Ramadhan. Baru kini terasa hendak berkongsi beberapa perkara, di celah-celah gambar-gambar berikut dan cerita berkenaan...



Ini adalah gambar kulit hadapan sebuah buku yang diterbitkan oleh Ar-Raniry Press di Aceh tahun 2019. Bertajuk Aceh-Malaysia dalam Rangkuman Sastera, Budaya & Media saya baru menyedari kewujudannya malam tadi. Lihat sini. Sekarang, perkongsian pertama :-


1. Sukacita dimaklumkan bahawa peperiksaan lisan bagi tesis Masters saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) telah diadakan pada pagi Jumaat 24 Mac iaitu hari kedua Ramadhan, 13 hari lalu. Alhamdullillah lulus. Cuma kena buat beberapa pembetulan dan penambahbaikan.

Sukacita juga dimaklumkan bahawa kedua-dua pemeriksa luar dan dalam (internal dan external examiners) membuat rekomendasi agar tesis itu diterbitkan nanti. Tapi apa-apa hal pun kena tunggu siap pembetulan dan penambahbaikan. Saya diberi tempoh 6 bulan untuk menyelesaikan ini. 

Sekadar untuk memberi faham tentang hal tesis lihat artikel lama Berjaya mempertahankan cadangan tesis di ISTAC (dipersembahkan 15 Mac 2022) diikuti Jumaat 27 Ramadhan di ISTAC dan harapanku bagi hari raya (5 Mei 2022). Selepas raya tahun itu tesis diserahkan kepada penyelia saya, pemikir besar dunia Islam, Profesor Emeritus Dato' Dr Osman Bakar untuk semakan. Penghujung September baru cukup baik untuk diserahkan kepada ISTAC bagi  penilaian berserta sejumlah dokumen sokongan bagi memenuhi syarat serahan. Setelah beberapa lama baru dapat keputusan.




Menariknya ada satu bab didekasikan untuk siri novel Berpetualang ke Aceh tulisan saya. Ia, motif penulisannya, malah keadaan jiwa yang membawa untuk menulis dikupas secara akademik menurut teori sastera. Perkongsian kedua :-


2. Merujuk kepada artikel Buku "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad" sedia untuk tempahan yang dipersembahkan 10 Februari iaitu hampir 2 bulan lalu, tentang penulisan buku ke-13 + 1 saya (buku pertama selepas berehat lama setelah terbitnya buku ke-13, hampir 4 tahun lalu). Sukacita dimaklumkan saya telah menyiapkan draf keempat merangkap draf akhir. Sekarang menunggu sahaja kata-kata aluan daripada sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali juga reka bentuk kulit buku oleh seorang kawan siap.

Sebetulnya saya cukup beruntung kerana Abdullah sanggup memberikan kata-kata aluan di celah pelbagai kesibukan kerja, antara yang saya diberitahu adalah projek ensaiklopedia sejarah negeri Kelantan. Dan beliau tidak memandang ringan kata-kata aluan. Abdullah memberitahu seminggu lalu, selain membaca 360 muka surat deraf pertama yang disampai beberapa waktu lalu beliau mengambil masa untuk membaca dan mengkaji kembali trilogi novel Berpetualang ke Aceh tulisan saya yang diterbitkan tahun 2006-2007 juga edisi baru yang merupakan pecahan satu buku jadi dua dengan tambahan maklumat dan gambar rajah yang diterbitkan oleh HRP (Hijaz Record Publishing) 2015-2017. Ini dibuat supaya kata-kata aluan jadi betul-betul bermakna.

























Oleh kerana siri trilogi novel Berpetualang ke Aceh dibuat dalam bentuk travelog maka dikupas terlebih dahulu kajian-kajian awal tentang sastera berbentuk begitu...




Disebut sekali tulisan S.M. Zakir tentang penulisan lama saya.  Cerita berkenaan pernah dikongsikan dalam artikel Mengenang ulasan siri "Berpetualang ke Aceh" dalam majalah dan persediaan untuk siaran langsung hampir 12 tahun lalu.



Cuma kupasan dibuat berdasarkan siri  Berpetualang ke Aceh terbitan HRP tahun 2015-2017. Sedangkan ia sebenarnya baru separuh daripada cerita keseluruhan trilogi asal yang diterbitkan sendiri atas nama syarikat Wasilah Merah Silu Enterprise tahun 2006-2007.










Pun begitu ia sudah cukup untuk menunjukkan bahawa penulisan dibuat atas dasar satu perjuangan yang mendalam. Ini berlatarbelakangkan pengalaman hidup sebenar dan perubahan yang dialami akibat peristiwa-peristiwa tertentu termasuk pergi seorang diri ke Aceh ketika masih berlaku darurat perang awal 2004.







Sekarang, perkongsian ketiga. Berdasarkan dua perkongsian awal tadi.




3. Sebetulnya saya sedang dilanda sedikit kegelisahan. Saya telah mensasarkan untuk membuat peluncuran buku terbaru saya pada 13 Mei iaitu cuma sebulan seminggu sahaja daripada sekarang. Tarikh yang menurut kalendar harus bersamaan 22 Syawal itu dipilih kerana kajian berdasarkan jurnal J.W.W. Birch, residen pertama British ke Perak (dibunuh di Pasir Salak 2 November 1875) menunjukkan datuk kepada datuk saya, Orang Kaya Arsyad bin Laksamana Muhammad Amin berkahwin dengan isterinya Hajah Halijah binti Haji Musa pada 13 Mei 1875. Daripada perkahwinan ini lahirlah anak pertama mereka iaitu moyang saya Muhammad Wahi.




Saya merasa gelisah kerana masih menunggu kata-kata aluan dan reka bentuk kulit buku siap. Selepas ia selesai baru boleh hantar ke kilang cetak. Harapnya sempatlah siap sekurang-kurangnya 100 naskah buku sebelum 13 Mei itu.



Disebabkan belum siap itu maka susah untuk memberikan tumpuan penuh kepada pembetulan dan penambahbaikan tesis.




Oh. Struktur penulisan buku Berpetualang ke Aceh seperti dilihat oleh penulis artikel dalam buku Aceh-Malaysia dalam Rangkuman Sastera, Budaya & Media. Untuk pengetahuan beliau adalah seorang pensyarah sastera Melayu tetapi berbangsa India di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.







Sebetulnya beliau yang bernama Dr Saravanan P. Veeramuthu ada membuat artikel serupa mengupas buku Berpetualang ke Aceh dalam bahasa Inggeris. Yang ini disedari awal tahun 2021 lalu saya pun menghubungi beliau melalui e-mail. Ketika itulah baru menyedari bahawa rupa-rupanya beliau pernah lebih awal menghubungi saya untuk bertanya bagaimana hendak mendapatkan buku awal tahun 2019. Tidak disangka beliau akan menulis artikel akademik yang nampaknya begitu menghargai usaha saya tahun itu. Lihat Reading Into  One's Self In the Berpetualang ke Aceh Trilogy.






Oh. Ketika hendak  meletakkan pautan bagi artikel berbahasa Inggeris Saravanan tadi jam 10.10 pagi begitu tiba-tiba Profesor Abdullah menelefon untuk memberitahu kata-kata aluan bagi buku terbaru saya sudah siap. Cuma beliau perlu membuat semakan dan suntingan lalu ini harus mengambil sehari dua lagi. Ah. Macam kena pulak dengan hakikat bahawa dua muka surat seterusnya (107-108) tulisan Saravanan dalam bahasa Melayu tidak ada preview atau pratonton. Untuk pengetahuan semua muka surat yang ada ini diambil daripada Google Book. Lihat sini.




Saya telah cuba mencari secara atas talian apakah buku boleh didapati di Perpustakaan Negara tetapi riada. Kalau ada saya mahu mengambil gambar-gambar muka surat berkenaan bagi membentuk artikel ini, bukan print screen seperti dilihat ini. Kesimpulan tentang buku Berpetualang ke Aceh? Anda boleh lihat sendiri. Kesimpulan bagi saya sendiri tentang buku baru? Lega dengar jaminan kata-kata aluan akan dapat disampaikan dalam sehari dua lagi.




Antara rujukan yang digunakan oleh Saravanan untuk menilai penulisan saya. Ternyata memang beliau menghargainya. Sesungguhnya buku terbaru saya iaitu tentang keluarga sebelah bapa iaitu keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak adalah kesinambungan daripada apa yang dinyatakan dalam siri buku Berpetualang ke Aceh. Ia melibatkan perjuangan demi kedaulatan orang Melayu dan Islam akhir zaman. Lihat hal-hal berkenaan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)




Jika orang berbangsa bukan Melayu seperti beliau pun tahu menghargai apa yang ingin diusahakan demi Melayu dan Islam apatah lagi Prof Abdullah yang telah mengenali saya secara peribadi sejak lebih 10 tahun lalu dan boleh dikatakan selalu juga bersua muka.


Saravanan pernah membentang kajian beliau tentang buku Berpetualang ke Aceh di Universiti Islam Ar-Raniry di Banda Aceh awal bulan April 2019. Nampaknya ketika itulah juga disampaikan kertas kerja berkenaan yang kemudian menjadi satu bab dalam  buku Aceh-Malaysia dalam Rangkuman Sastera, Budaya & Media. Petang semalam ketika mandi sebelum berbuka puasa tiba-tiba mendapat ilham apakah perkara paling sesuai mahu ditangani kalau-kalau timbul rasa mahu menyambung pengajian ke peringkat PhD. Cukuplah dinyatakan ia melibatkan perjuangan ummah dan Islam. Terus nampak jalan bagaimana mahu melakukannya, insyaallah, jika dipanjang umur sebelum mencapai usia 55 tahun pada 26 November tahun 2025. Semoga hal percetakan buku dapat diselesaikan tidak lama lagi diikuti pembetulan dan penambaikan tesis. Selepas itu bolehlah membuat persediaan ke arah PhD. Doakan saya ya.