Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, December 12, 2014

Trip anak-beranak ke Desaru - Mencari makam Si Bongkok Tanjung Puteri

Masuk bab lebih menarik iaitu mencari makam dalam hutan. Bersambung daripada Trip anak-beranak ke Desaru - "Diserang' Angry Bird di Johor Bahru dan 313 di tempat rehat.


Pagi Ahad 7 Disember 2014. Anak-anak dah tak sabar nak mandi swimming pool lagi.





Tapi harus bersarapan dahulu.


Kemudian saya dan isteri keluar bersama seorang kawan menuju ke Tanjung Belungkor, biar anak-anak mandi dijaga si kakak dan abang yang lebih besar.


Singgah di terminal feri melihat pemandangan perairan Selat Tebrau diikuti Pulau Tekong di Singapura. Lihat artikel Views at Tanjung Belungkor ferry terminal di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kedudukan tempat-tempat boleh diteliti pada peta yang terdapat di terminal...






Kami pergi ke bahagian lain Tanjung Belungkor. Lihat  Views from a restaurant at Tanjung Belungkor. Selain menikmati pemandangan kami mahu mendapatkan seorang anak tempatan yang arif selok-belok perjalanan ke satu tempat di dalam hutan berdekatan.


Setelah mendapatkan jurupandu kami pun pergi ke bukit berdekatan.






Kereta dibawa sejauh mungkin ke dalam hutan. Ada laluan kenderaan membawa ke rumah seperti pondok di kaki bukit.


Selepas itu kami harus berjalan kaki untuk masuk lebih jauh ke dalam hutan.






Oh. Untuk apa kami berbuat begini? Tajuk kecil artikel ini harus sudah cukup menerangkan...



Cuma makam yang dicari tidak jelas laluan keluar masuknya. Kalau cuba cari sendiri kebarangkalian untuk sampai memang sangat tipis. Kelihatan serpihan porcelain daripada zaman bila entah pada laluan.



Sebetulnya saya dan isteri mahu menyempurnakan satu hajat yang sudah lama tertunda iaitu sejak penghujung 2011. Ketika itu kami sampai hampir Maghrib di Tanjung Belungkor sejurus selepas membuat lawatan ke Pulau Bentan. Isteri pula sedang 7 bulan mengandungkan seorang anak. Lihat artikel lama Kembara Johor-Riau - Mencari kesinambungan pemerintahan di Kota Tinggi, Johor.


Tengok tu, jurupandu kami sempat menjawab panggilan telefon dalam hutan. Nasib baik ada liputan. Rupa-rupanya ada sepupunya baru sampai dari Kuala Lumpur dan dia telah berjanji akan menemani sepupu tersebut menziarahi kubur seorang ahli keluarga di sebuah pulau berdekatan. Cuma tak janji jam berapa, tu yang sempat bawa kami masuk hutan.





Kalau tak salah kami meredah hutan lereng bukit sekitar sebatu juga sebelum tanda makam kelihatan.



Selamat datang ke makam Si Bongkok Tanjung Puteri, seorang pejuang Melayu yang gigih menentang campur tangan British di Johor 1830an lalu dituduh sebagai pemberontak dan lanun. Inilah orang yang namanya disebut dalam lagu tradisional terkenal Johor dengan lirik berbunyi :-


Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus )

Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri



Subhanallah, gembira saya dapat sampai ke makam ini setelah sekian lama menyimpan hajat. Ramai menyangkakan ia terletak di Johor Bahru kerana katanya JB itu dahulu bernama Tanjung Puteri. Sedangkan sumber lain memberitahu Tanjung Belungkor yang terletak di kuala Sungai Johor itulah lokasi Tanjung Puteri yang sebenar. Tetapi ini digelapkan untuk memutuskan kesinambungan cerita antara kerajaan Johor Lama di bawah pemerintahan raja-raja berketurunan Sultan Melaka diikuti keturunan Bendahara membawa kepada keturunan Temenggung yang memerintah Johor kini.

Tentang siapa yang dibantu dan disokong British dan bagaimana ulahnya sehingga Si Bongkok pula dituduh sebagai pengkhianat lalu sejarah perjuangan beliau cuba dilupakan tidak perlulah dipanjangkan di sini. Sila cari sendiri di Internet dan sebagainya. Untuk melihat makam dengan lebih jelas masuk artikel Makam (Tomb of) Si Bongkok Tanjung Puteri di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Cuma satu nota tambahan - Ketika menulis artikel tentang makam lalu menyebut Si Bongkok pernah dituduh sebagai lanun, tiba-tiba teringat pembuka Pulau Batam di Indonesia, Raja Nong Isa. Beliau merupakan anakanda sulung kepada Raja Ali Marhum Bayan (Yamtuan Muda Riau yang ke-5) ibni Daeng Kemboja (Yamtuan ke-3) ibni Daeng Parani (saudara tertua antara 5 Opu Daeng Bersaudara yang sangat terkenal dalam sejarah Johor-Riau-Lingga tahun 1720an). Atas sebab itu beliau sepatutnya menjadi Yamtuan Muda Riau yang ke-7 tahun 1831 tetapi diketepikan oleh Belanda atas alasan pernah melanun.


Gambar ketika meninggalkan makam Si Bongkok untuk kembali ke tempat letak kereta. Saya diberitahu ada kawasan di sekitar ini dahulu adalah kampung yang ramai orang, begitu meriah sehingga ia serupa bandar. Memang logik pun kerana tempat ini terletak berdekatan kuala Sungai Johor. Sedangkan selama 300 tahun gitu, tempat-tempat atau kota di sepanjang Sungai Johor menjadi pusat kerajaan Johor-Riau-Lingga, kerajaan Melayu yang mewarisi wilayah jajahan takluk Melaka selepas kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis tahun 1511.

.

Berbalik kepada hal Raja Isa. Kenapa saya teringatkannya? Kerana seperti Si Bongkok beliau juga dituduh sebagai lanun malah hidup dan aktif pada era yang sama iaitu tahun 1830an. Saya terasa hal ini amat peribadi kerana dipercayai Raja Isa ini adalah moyang saya sebelah ibu yang dapat menyambungkan nasab Bugis keluarga kami hingga ke Daeng Parani. Lihat penerangan pada artikel Kembara Johor-Riau - Makam-makam di Hulu Riau dan alamat salasilah ibu.

Cuma semasa artikel itu ditulis awal 2012 saya belum kenal siapa itu Raja Isa. Saya cuma mendapat alamat tentang beliau setahun kemudian iaitu selepas melaksanakan satu acara kedaulatan Melayu dan Islam di Lumut. Lihat artikel Acara ketiga HIKMAH di Marina Hall, Lumut 27 Jan 2013 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Tetapi hal ini tidak pernah saya kongsi dalam blogspot, cuma pernah diutarakan di Facebook.


Kami kembali melalui laluan yang lain sedikit daripada yang dimasuki tadi. Memang kalau tiada jurupandu, susah nak masuk susah juga nak keluar dari hutan ini. Ada bahagian lurah licin sama seperti tempat saya jatuh tergelincir semasa masuk tadi. Nasib baik setakat tergeliat sikit bahu kiri, selepas beberapa lama hilanglah sakitnya. Risau juga saya kerana sebetulnya sejak malam sebelum itu kaki kanan saya yang pernah patah di bahagian pergelangan menghadapi masalah mudah cramp atau kena simpul biawak. Mungkin kerana siang sebelumnya saya layan berenang kemudian berlari-lari di tepian pantai. Sedangkan saya sudah lama tidak berlari begitu sejak kaki patah April tahun lepas. Alhamdulillah... :]


Thursday, December 11, 2014

Trip anak-beranak ke Desaru - "Diserang' Angry Bird di Johor Bahru dan 313 di tempat rehat



Sabtu 6 Disember 2014. Kami meninggalkan rumah anak buah di Alor Gajah jam 10 pagi.


Selain berhenti untuk mengisi minyak di pekan Durian Tunggal dan buang air di tempat rehat Lebuh Raya PLUS kami berjalan terus hingga ke bandar raya Johor Bahru, sampai sekitar 12.30 tengah hari...






Ketika hendak masuk ke pusat bandar raya entah bagaimana tersilap masuk jalan. Jumpa pula simpang masuk ke tempat letak kereta bangunan KOMTAR. Kami pun ambil lalu makan tengah hari di dalam bangunan.


Keluar bangunan kelihatan ini. Ah! Apakah serangan Angry Bird telah berlaku di sini?






Rupa-rupanya ia adalah iklan untuk taman tema mini Angry Bird di dalam bangunan.





Kami pun berjalan-jalan,


Selepas itu kami menyusuri pantai melihat Selat Tebrau dan negara pulau Singapura di seberang...


Terus mengambil jalan keluar ke Kota Tinggi, masuk lebuh raya ke Desaru melalui Ulu Tiram.



Sudah lama saya ingin mengambil laluan ini kerana terdapat jambatan menyeberangi Sungai Johor yang luas. Lihat artikel The long bridge over Sungai Johor di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Penghujung 2009 saya ada mengambil lebuh raya yang sama. Tetapi jambatan belum siap, yang ada sampai ke Masai dan kalau tak salah ingatan hingga ke Pasir Gudang. Lihat artikel lama Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Menyusuri kembali jalan ke Teluk Ramunia dan Tanjung Pengelih..


Tak berapa lama kemudian sampailah ke destinasi utama perjalanan.





Perjalanan ini dibuat dengan niat memberi keutamaan untuk anak-anak bercuti sambil kami sendiri berehat. Maka tidak seperti biasa di mana kami sering bermalam di hotel murah malah masjid dan surau kami mengambil penginapan yang selesa,


Menariknya sampai sahaja kereta di hadapan lobi untuk menurunkan barang, jam menunjukkan 3.13 petang.


Dahulu saya pernah membawa isteri dan seorang anak bermalam di hotel yang sama, ketika anak tersebut berumur 40 hari lebih sahaja. Kini beliau telah berumur 5 tahun dan kami membawa bersama 3 orang lagi anak. Alhamdulillah dapat bilik lebih besar malah 2 tingkat. Lihat Holiday and rest at Desaru


Dahulu nak duduk lama depan kolam renang pun tak sempat kerana banyak tempat mahu disinggahi sebelum bergegas pulang ke rumah orang tua untuk sambutan Hari Raya Aidil Adha. Kali ini memang percutian dikhaskan untuk anak-anak. Apa lagi 'bergelumanglah' mereka di dalam 'perairan'...


Wednesday, December 10, 2014

Trip anak-beranak ke Desaru - Rehat dahulu di Alor Gajah

Salam semua. Lewat malam tadi saya dan keluarga baru kembali daripada satu perjalanan percutian ke selatan. Walaupun tujuan utama adalah untuk bercuti santai demi anak-anak saya tetap mengambil peluang untuk menziarahi barang 1-2 makam. Biar dilepaskan cerita mengikut tertibnya...


Pagi Jumaat 5 Disember 2014 kami meninggalkan rumah.





Masuk sebentar ke bandar raya Kuala Lumpur kerana ada urusan.


Kemudian baru masuk kembali ke Lebuh Raya Utara Selatan. Berhenti makan tengah hari di perhentian rehat Dengkil...


Sambung jalan...



Keluar di tol Simpang Ampat, menuju ke bandar Alor Gajah.


Singgah di dataran yang terdapat di bandar itu...






Bergambar anak-beranak. Sudah lama kami tidak berjalan beramai begini. Selalunya saya berjalan bersama isteri dan dua anak kecil sahaja. Ini kerana dua orang anak yang lebih besar menetap di tempat lain...



Masuk pula muzium di sebelah dataran.








Sebetulnya kami mahu menghabiskan masa sementara menunggu anak buah isteri yang bekerja di bandar raya Melaka kembali ke rumahnya. Kami mahu bermalam di sana sambil berjumpa ahli keluarga yang lain. Kami sampai ke Alor Gajah sekitar 2.45. Sedangkan anak buah tersebut habis kerja pun jam 5.





Dekat jam 4 kami rasa jemu menunggu di Alor Gajah lalu keluar menghala ke pantai. Berhenti beli air di Lendu berdekatan kampus UiTM sana...



Di Tanjung Bidara...



Di Pengkalan Balak kami berehat lebih lama...






Jam 6 kami kembali ke Alor Gajah. Anak buah pun sudah sampai dan sedia menunggu kedatangan kami di rumahnya...