Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Julai 23, 2010

Siri peperangan Aceh dan Bugis di Perak, bukti satu hakikat yang tersembunyi?

Selingan...

Subhanallah! Dari tengah malam hingga masuk waktu Subuh awal Jumaat ini, entah kenapa saya terasa begitu gelisah. Tak pastilah apakah yang sebenarnya ingin dicari, saya mengharapkan timbul beberapa ilham dan petunjuk baru yang dapat memberikan keterangan ke manakah harus dibawa kehidupan pada peringkat ini. Dalam pada itu teringat saranan melalui komen pada artikel Jalan-jalan Perak sebelah barat : Antara Sungai Selangor dan Sungai Bernam... agar saya cuba menziarahi lagi makam Sultan ke 15 Perak, Sultan Iskandar Zulkarnain (memerintah 1752-1765) sehingga betul-betul dapat. Kemudian jejakkan kaki ke Beting Beras Basah, Insyaallah akan dapat banyak petunjuk nanti...


Diakui saya masih belum betul-betul dapat sampai ke makam itu walaupun sudah berada sekitar 100-150 meter sahaja daripadanya. Ini disebabkan kedudukan yang amat susah dicapai apalagi tidak dapat dilihat dengan tepat akibat semak-samun tebal dan segala macam halangan semulajadi. Lihat balik artikel Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Lima makam Sultan yang susah diziarahi di sekitar Pulau Besar yang dibuat lebih 2 bulan lalu atau terus sahaja ke Looking for the tombs of Sultan Shahabuddin and Sultan Iskandar Zulkarnain... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Perhatikan betapa susahnya untuk menziarahi setiap 28 makam Sultan Perak yang wujud di negeri itu (4 Sultan dimakamkan di luar dengan satu ada makam tanda di Kuala Kangsar).

Walaupun saya berjaya sampai ke semua lokasi makam, cuma yang satu itu sahaja tidak dapat disentuh batu nesannya. Kesukaran yang dialami membuat saya terasa agak serik. Saya pun menyimpan niat... selepas ini saya cuma akan menziarahi lagi makam setiap Sultan jika diberi kemudahan yang dapat membawa saya menyusur aliran Sungai Perak terus menghampiri setiap makam seperti mana setiap Sultan dalam pertabalan dibawa menaiki rakit yang dipanggil Balai Gambang. Tapi ini bukanlah bermakna saya mahu menaiki Balai Gambang apalagi mahu ditabalkan... oh tidak. Saya cuma menyimpan harapan, dengan kuasa Allah mungkin disuakan bot atau sesuatu yang serupa agar dapat membawa ke setiap makam tanpa perlu terlalu bersusah-payah.

Namun apabila difikirkan kembali apalah salahnya jika mencuba lagi sampai betul-betul ke makam Sultan Iskandar Zulkarnain. Kalau diperhatikan melalui gambar satelit di Google Earth Insyaallah boleh dicapai melalui jalan darat walaupun terletak di dalam kawasan yang dipanggil Pulau Indera Sakti. Cuma tak dapat dipastikan keadaan jalan... apakah elok dapat dilalui kenderaan kerana nampaknya kita perlu melalui tidak kurang 3 km jalan kebun. Pengalaman telah mengajar jalan sebegini kadang-kala cukup susah untuk diredah walaupun dengan motosikal. Kemudian apabila sampai, masih perlu teraba-raba mencari makam sambil masuk parit meredah belukar... kecualilah kawasan sekitar telah dibersihkan sehingga kelihatan batu nesan dengan terang.

Dalam pada itu saya harus memikirkan masa yang sesuai. Lalu saya sangat mengharapkan ilham dan petunjuk dari Allah dan itulah yang sebenarnya membuat saya sangat gelisah sepanjang malam. Saya tahu masih ada lagi perkara yang perlu dirungkai dalam memahami perjalanan hidup sendiri yang melibatkan salasilah keturunan dan pengalaman nenek-moyang selama beberapa abad. Apabila ilham yang diharapkan tak terbit juga, saya pun cuba mencari bahan bacaan berkaitan di Internet, antaranya dengan menGoogle perkataan "Beting Beras Basah" juga "Pulau Indera Sakti".




Allah. Kalaulah boleh dilepaskan terus naluri untuk mencari jawaban ini terus daripada hati sanubari mahu sahaja saya lepaskan. Taklah perlu susah-susah, tak perlu juga menghadapi buruk sangka daripada sesiapa. Tapi inilah saya... inilah diri saya. Beginilah sifat saya yang terus mencari dan mencari, mungkin bukan seperti mereka-mereka yang hebat di luar sana yang katanya telah betul-betul mengenali Allah lalu sudah 'sampai' kepadaNya, atau sudah selesa dengan gaji besar, rumah besar, kereta besar, tak perlu lagi resah gelisah.

Dalam mencari ilham dan petunjuk saya tergerak untuk meneliti lagi koleksi gambar-gambar lama yang disimpan di dalam komputer. Terjumpalah kembali gambar baju perang Bugis di atas, baju yang ada dipamirkan di muzium @ kota Ngah Ibrahim di Taiping, sekurang-kurang masih ada ketika saya terakhir melawatnya 2 tahun lalu. Kalau tak salah ingatan gambar baju ini pernah diletakkan di dalam 2-3 artikel lama di blogspot ini. Namun saya tak pasti jika pernah menyerlahkan penerangan tentang baju yang terdapat di bahagian bawah.

"Baju ini pernah digunakan oleh pahlawan Melayu dalam siri peperangan antara orang Bugis dan Aceh (saya lebih suka ejaan ini daripada Acheh)". Kata-kata ini pernah terngiang-ngiang beberapa lama di telinga juga di hati sejak pertama kali melihatnya, kalau tak salah ingatan 8 tahun lalu. Manakan tidak? Carilah di mana-mana buku yang ada memaparkan sejarah rasmi Perak nescaya anda tidak akan menemui apa-apa cerita peperangan antara orang Bugis dan Aceh apalagi sehingga mencapai satu siri. Penerangan itu menambah : "Daerah Larut sendiri telah mengalami tiga tahap peperangan...", maksudnya ini belum dikira di daerah lain yang entah sudah beberapa kali.

Namun yang ada dalam sejarah rasmi cuma kisah perang Larut antara gangster China puak Ghee Hin dengan Hai San. Beritahu saya... di manakah anda boleh mendapatkan kisah lanjut siri peperangan antara Bugis dan Aceh di Perak? Adakah anda pernah mendengar tentangnya di mana-mana? Malah carilah hingga ke peringkat sejarah rasmi Nusantara yang seharusnya meliputi lebih banyak peristiwa. Saya masih tidak dapat menemui cerita siri peperangan Aceh dengan Bugis di mana-mana dan pada ketika bila!

Berapa lama saya cuba mengenepikan diri daripada cuba mengupas persoalan ini kerana terkedu dengan kenyataan yang tidak dapat ditemukan rujukan atau fakta sokongannya. Saya pernah bertanya pada penjaga muzium Ngah Ibrahim, dia pun tak tahu apa-apa! Bayangan untuk jawabannya cuma saya dapat setelah pengembalian jasad seorang moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dari Singapura ke Perak 9 September 2006. Tak ingat apakah mukadimahnya... seorang saudara yang baru dikenali ketika menghadiri upacara menanam kembali jasad almarhum di kawasan pemakaman diraja Bukit Chandan menyebut bahawa dahulu pernah berlaku pergaduhan, lebih tepat peperangan antara anak-anak raja berlainan keturunan lalu muncullah sistem penggiliran takhta Perak yang unik. Itupun beberapa tahun kemudian baru saya mendapatkan lanjutan...

Umum diberitahu bahawa sistem penggiliran ini muncul akibat saudara-mara kerabat diraja daripada satu keturunan yang sama berebut ingin menaiki takhta. Apa yang cuma disebut sesetengah pihak dan kemudian saya diberi petunjuk dan ilham termasuk melalui mimpi adalah penggiliran sebenar dibuat antara kerabat diraja dari belah Bugis, Aceh dan Melaka yang pernah bergaduh sesama sendiri berebut takhta. Tak pastilah jika mereka pernah bergaduh serentak atau pada lain-lain masa. Cuma saya diberitahu apabila mereka semua ternyata lebih kurang sama kuat lalu perang jadi berpanjangan sehingga mengorbankan banyak pihak, maka diusulkanlah satu sistem penggiliran.

Namun atas sebab tertentu terutama pembolotan giliran takhta oleh satu jurai sahaja yang berlaku kemudian, cerita lama ini cuba disembunyi atau digelapkan. Cerita giliran tiga keluarga daripada nasab yang asalnya berasingan diubah menjadi cerita tiga cabang keluarga yang kononnya semua berketurunan daripada Sultan Mahmud Melaka... atau dalam tempoh 400 kebelakangan semuanya keturunan terus Sultan Muzaffar Shah II, Sultan ke 10 Perak mengambil kesempatan atas fakta tiga nasab diraja berasingan asal telah jauh bercampur-baur melalui perkahwinan sehingga keturunan setiap satu ada darah yang lainnya.

Bermula sekitar 200 tahun pula, tiga keluarga yang bergilir menaiki takhta dikatakan semuanya anak-cucu Sultan Ahmaduddin, Sultan ke 18 Perak daripada tiga orang isteri paling kanan. Masuk abad ke 20, saya difahamkan bermula sekitar tahun 1920an, cerita berubah lagi apabila tiga keluarga bergilir disebut sebagai anak cucu Raja Ahmad penjaga Beting Beras Basah, satu dari jurai keturunan Raja Muda Musa (kadangkala disebut sebagai kerabat Teluk Intan), satu dari keturunan Sultan Alang Iskandar yang membawa kepada almarhum Sultan Idris II, satu lagi keturunan Sultan Abdul Jalil yang membawa kepada Sultan Perak sekarang Sultan Azlan Shah. Dua keluarga terakhir ini juga dikenali sebagai kerabat Kuala Kangsar. Ini disebabkan Sultan Alang Iskandar dan Sultan Abdul Jalil adalah adik-beradik, anakanda kepada Sultan Idris I yang membuka Bukit Chandan.

Ilham dan petunjuk yang merungkai kembali rahsia dan sebab sebenar penggiliran takhta tiga keluarga pernah disentuh dalam beberapa artikel sebelum ini. Walaupun tidak disebut dalam sejarah atau catatan rasmi, tetap ada beberapa pihak di luar sana yang tahu kebenaran ini. Cukuplah disimpulkan bahawa kenyataan pada baju perang Bugis di muzium @ kota Ngah Ibrahim menyokong hakikat sebenar di sebalik sistem penggiliran takhta di Perak. Kalau dapat dikupas lagi cerita, saya percaya perhubungan sebenar kerajaan lama Selangor yang berorientasikan kekuasaan Bugis dengan Perak dapat dirungkai sama. Turut akan dirungkai adalah pengaruh sebenar tokoh penting bernama Daeng Selili yang baru setahun dua kebelakangan didedahkan di Internet sebagai orang yang sama dengan La Madukelleng, seorang raja besar Bugis yang pernah membebaskan tanah-airnya daripada penjajahan Belanda. Turut terkait adalah kewujudan anak cucu Sultan Iskandar Muda dari Aceh dalam pemerintahan Perak. Kalau ini berlaku kemungkinan besar istana Perak malah Aceh dan Bugis akan bergegar...


Nota tambahan (dibuat pada 22 Julai 2013 bersamaan 13 Ramadhan 1434, setelah mendapat gerak rasa untuk meneliti kembali hal peperangan Aceh-Bugis ini)...


Pada perenggan di atas ada disebut Daeng Selili sebagai orang yang sama dengan La Madukelleng. Setelah beberapa lama kemudian saya mendapat petunjuk baru bahawa yang sama dengan La Madukelleng sebenarnya adalah Nakhoda Hitam Tok Kuala Bidor yang menjadi Laksamana Raja Mahkota pertama Perak pertengahan abad ke18. Daeng Selili pula adalah pengikut kanan yang merupakan seorang saudara lebih tua, mungkin berpangkat bapa saudara tetapi berada di bawah La Madukelleng mengikut hirerki kepimpinan Bugis. Kemungkinan besar beliau adalah La Mohang Daeng Mangkona yang membuka penempatan Samarinda di Kalimantan, penempatan yang dibayangi sebuah gunung bernama Gunung Selili.

Tentang kewujudan anak cucu Sultan Iskandar Muda di Aceh dalam pemerintahan Perak pula saya telah diberi petunjuk baru betapa rapat sebenarnya darah daging diraja Aceh dengan Perak malah ada kaitan Bugis sejak awal. Kata kuncinya ada pada nama Sultan kedua Perak yang dikatakan ghaib di Masjid Kota Lama Kanan, Sultan Mansur Syah. Baginda hidup sezaman dengan ayahanda Sultan Iskandar Muda yang juga dipanggil Sultan Mansur, turut sezaman dengan seorang pendakwah dari Tanah Bugis yang datang ke Aceh dikenali sebagai Daeng Mansur. Cukup.


Khamis, Julai 22, 2010

Jalan-jalan Perak sebelah barat : Merenung keadaan dari Lumut ke Beruas...

Pagi Sabtu 29 Mei 2010, selepas bermalam di Hotel Dinding kami pun bersedia untuk berjalan. Adapun kami memilih untuk bermalam di sini kerana tiga sebab... kedudukannya cukup dekat dengan pusat bandar Lumut, harga sewa yang murah dan paling utama, nama Dinding. Ini kerana dahulu seluruh kawasan sekitar Lumut dikenali sebagai Dinding. Malah Pulau Pangkor yang menjadi sebab utama ramai pelancung datang ke Lumut asalnya bernama Pulau Dinding, selat yang memisahkannya dengan tanah besar dipanggil Selat Dinding.


Kini kawasan Dinding dikenali sebagai daerah Manjung. Selain Lumut, daerah ini turut meliputi Beruas, Sitiawan dan Pantai Remis. Nama Dinding tidak begitu dikenali ramai. Yang masih tinggal disebut Dinding mungkin sungai luas di hadapan pekan Lumut dan ayam Dindings... heh! :]

Kelihatan dalam gambar Bukit Engku Busu yang menghiasi latar-belakang Lumut. Kalau tak salah ingatan Engku Busu ialah seorang kerabat diraja Bugis yang datang dari Selangor untuk menawan lanun yang pernah bermaharajalela sekitar ini.


Di kaki bukit terdapat masjid jamek Lumut yang agak cantik. Selepas melihat masjid dari luar (lain kali baru singgah...) kami pun masuk ke pekan. Lihat artikel Going around Lumut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kami sempat singgah di satu bahagian kaki Bukit Engku Busu di mana terdapat jalan untuk mendaki ke atas. Teringat lebih kurang 10 tahun lalu, ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang sepupu di dalam markas tentera laut tiba-tiba saya tergerak untuk berjalan seorang diri lalu pergi ke sini mendaki hingga ke atas. Ambil masa setengah jam juga untuk sampai ke puncak, lebih 1,000 kaki dari paras laut. Kemudian selamba je sambung balik majlis...



Selepas berjalan-jalan di pekan juga sarapan kami pun mengorak langkah ke luar Lumut...




Di hadapan tempat yang kononnya "Venice of Perak", kami berhenti...





Bukan apa, mahu melihat Taman Paya Bakau. Lihat Lumut's mangrove park.






Ketika melanjutkan perjalanan terlihat pula papan-tanda ini...







Saya pun saja-saja masuk. Tak nampak kampung pun? Yang ada cuma taman perumahan.

Melihat pada papan-tanda "Kedai kopi Ah Bee" berdekatan papan-tanda "Taman Acheh Maju" terbetik di hati... apakah Kampung Aceh (maaf. Saya lebih suka ejaan Aceh dari Acheh) sudah jadi Kampung Ah Ceh? Sepertimana ada pihak beriya-iya mahukan Hang Tuah jadi Hang Too Ah, Hang Jebat jadi Hang Jee Fatt?

Hmm. Teringat pula kira-kira 4 tahun lalu saya pernah menghantar sebuah artikel bertajuk "Apakah Lebuh Aceh akan jadi Lebuh Ah Chong?" kalau tak salah ingatan ke sebuah website yang agak popular milik pihak pembangkang. Artikel itu berisi sedutan berkenaan dari buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari diri dan erti" yang terbit Jun 2006. Isi berkenaan pula dibuat berdasarkan apa yang saya dilihat di Pulau Pinang sejurus sebelum bergerak ke Aceh melalui Medan Januari 2004. Apabila melihat keadaan semasa pulau itu yang semakin lama semakin teruk dicengkam bangsa kiasu yang bersifat racist, sangat perkauman tetapi pandai menyembunyikan niat jahat mereka mahu menjatuhkan pribumi Melayu atas dakwaan kesaksamaan dan meritokrasi konon, apa yang ditulis lama dahulu itu nampaknya masih relevan. Biar dicopy and paste...

Berbalik kepada perjalanan mencari Lebuh Aceh di Pulau Pinang. Ada juga hikmah sehingga Rasyid terlajak sampai ke bangunan Komtar...

Kalau tahu jalan pintas dari Masjid Kapitan Keling, kemungkinan besar dia akan terus masuk dan berehat di Masjid Lebuh Aceh lalu tidak dapat melihat hakikat sebenar keadaan Lebuh Aceh ketika itu. Sebaliknya dari bangunan Komtar, anak kelahiran Muar, Johor itu terpaksa berpatah-balik sebelum memasuki jalan lain yang memerlukannya merentas sepanjang lebih separuh lebuh itu, jalan yang perlu melepasi sebuah rumah besar peninggalan seorang saudagar Arab dari keluarga Sayyid Al-Attas sebelum sampai ke masjid. Lalu terserlahlah kepincangan kawasan yang pernah menjadi kebanggaan anak watan Pulau Pinang ini...

Dalam perjalanan itu, Rasyid banyak menggeleng-gelengkan kepala. “Kata area Melayu tetapi yang nampak kedai Cina belaka,” getus hatinya.

Jika satu masa dahulu, Lebuh Aceh pernah menjadi tempat berkumpul segenap jemaah haji daripada seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura sebelum berlepas ke tanah suci, aktiviti yang dapat dilihatnya malam itu cuma sebuah opera Cina berdekatan. Kedai-kedai buku dan kitab agama milik orang Melayu masih banyak terdapat di situ tetapi semuanya tidak berpenghuni lagi, daif seperti menunggu masa sahaja untuk dirobohkan. Nampaknya yang tinggal Melayu cuma Masjid Lebuh Aceh dan kawasan sekeliling, itupun sebab ia berdiri di atas saki-baki tanah wakaf yang ditinggalkan untuk membela nasib bangsa. Kalau tidak kerana itu, mungkin langsung tidak ada apa-apa lagi kesan tinggalan milik orang kita. Mungkin ketika itu, Lebuh Aceh dan sekitarnya sedang, sedang dibaik-pulih? Jalan tarnya telah dipecahkan sementara ada bahagian yang dilubangkan. Malah ada sebuah lubang di tengah jalan yang separuh ditakungi air, nampaknya cukup besar untuk menenggelamkan sebuah kereta...

Rasyid bertanya kepada seorang pemuda yang sedang lalu, mengapa jadi begini. Kata pemuda itu, sebab kerajaan hendak mencantikkan Lebuh Aceh, mahu buat persiaran batu-bata untuk pejalan kaki... “Sebab itu kedai-kedai milik Melayu dikosongkan,” katanya lagi. Tetapi mengapakah orang Cina masih ramai di situ? Ada kelihatan di rumah-rumah kedai walaupun tidak dibuka untuk perniagaan. Mana pula pergi orang Melayu kita?

Pemuda itu tidak menjawab pertanyaan-pertanyaan ini. Dia cuma tersenyum sinis kemudian melangkah pergi. Nampak gayanya seperti sudah meluat, fed-up dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Mungkin dia salah seorang penduduk Melayu situ yang akhirnya terpinggir?

Memang rumah-rumah kedai di Lebuh Aceh sudah buruk belaka. Memang patut dikosongkan supaya dapat dibina baru, lebih elok dan canggih, lebih sesuai dengan image Pulau Pinang sebagai bandaraya moden menuju wawasan Malaysia negara maju 2020. Tetapi siapakah yang sebenarnya akan mendapat keuntungan apabila projek untuk memperbaiki dan mencantikkan warisan utama orang Melayu di Georgetown ini siap nanti? Apakah orang Melayu akan dapat mempertahankan hak mereka ke atas kawasan prime property yang pernah diwakafkan semata-mata untuk kebajikan anak watan? Atau mereka nanti terpaksa dipinggirkan ke kampung-kampung di luar arus pembangunan pesat Pulau Pinang?

Masjid Lebuh Aceh pula, masjid tertua di pulau ini yang masih mengekalkan bangunan asal berumur hampir 200 tahun sudah jarang digunakan. Sudah jadi seperti rumah hantu, bukan lagi rumah Tuhan... Yang selalu datang meramaikan masjid cuma para penarik beca dan kutu rayap. Datang pun setakat hendak melepaskan penat lelah seraya menghisap rokok di tepian tembok bukannya hendak sembahyang, apalagi menghidupkan rumah Allah... Kalaulah orang Melayu dahulukala boleh melihat apa yang berlaku, mahu mereka menangis agaknya...

“Apakah Lebuh Aceh nanti akan menjadi Lebuh Ah Chong?” Rasyid tertanya-tanya. “Tak mustahil jika orang Melayu terus terpinggir begini...”







Perjalanan ke luar Lumut diteruskan...












Destinasi seterusnya adalah Beruas, satu nama besar yang sering dikaitkan dengan sejarah kegemilangan Melayu silam.




Kami mahu singgah di Kampung Kota , 3-4 km sebelum pekan Beruas.





Kampung Kota dipercayai pernah menjadi pusat kerajaan Melayu Beruas, kerajaan yang dahulunya pernah meliputi jajahan sekurang-kurangnya hingga ke kawasan Dinding dan sebahagian besar pantai Barat, Perak... sebelum berpecah menjadi dua buah kerajaan yang sering bersengketa, satu masih mengekalkan nama Beruas, satu lagi dikenali sebagai Manjung. Ini ada termaktub dalam kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Bendahara Tun Sri Lanang. Kitab itu menyebut bagaimana Sultan Mahmud Shah yang memerintah sehingga Kota Melaka ditakluki Portugis 1511 telah menghantar angkatan untuk membantu Beruas mengalahkan Manjung.

Kelihatan dalam gambar adalah Masjid Kampung Kota yang ada makna tersendiri buat saya. Untuk pengetahuan, dalam ziarah pertama saya ke masjid ini kira-kira 8 tahun lalulah baru saya mendapat petunjuk bagaimana nasab keluarga saya bersambung dengan para pemerintah kerajaan lama Samudera dan Pasai (kini dalam Aceh), melalui jurai mana. Biar dicopy and paste bahagian berkenaan... dari buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?" (terbit November 2007)...


Malam itu, buat pertama kali dalam hidupnya, pemuda itu tidur di bilik almarhum nenda. Tikar buruk yang digulung elok siap dengan tongkat kayu rambutan terselit di dalam turut ‘tidur’ sama. Dan benar seperti disebut Mak Uda, tiga hari kemudian Rasyid pun mendapat ilham...

Dahulu, tahun 2001, tiga hari selepas pertama kali bertanyakan Nenek tentang cerita-cerita lama Perak, Rasyid tergerak untuk berkelana memudiki kanan Sungai Perak. Ketika itu dia mahu mencari kaitan sebuah mimpi yang dialami dengan keSultanan Perak, mimpi awal yang mencetuskan pencariannya sehingga dia mengembara jauh ke berbagai tempat.

Kini tahun 2002, tiga hari selepas kembali ke rumah ini, sebulan selepas almarhum Nenek meninggal dunia, pemuda itu tergerak lagi untuk ke Perak. Kali ini dia harus mudik kiri Sungai Perak dengan membawa tikar mengkuang buruk dan kayu rambutan peninggalan Nenek untuk meliputi sebuah wilayah yang mengikut perjanjian lama keSultanan Perak adalah di bawah kekuasaan seorang pemimpin perempuan bernama Tok Temong...


——————————

Perjalanan yang dilakukan dalam tempoh beberapa hari itu boleh diringkaskan begini... Ia dibuka dengan menziarahi Makam Keramat Kuala Bidor di sebuah ladang kelapa sawit di Teluk Intan. Kalau tak salah ingatan itu adalah lawatan keduanya... Lawatan pertama dibuat semasa mula-mula mencari kaitan keluarga dengan kerabat diraja Perak 2001. Seterusnya, Rasyid bergegas ke makam keluarga Laksamana bersebelahan sebuah masjid lama yang didirikan di atas tanah wakaf keluarga. Pemuda itu bermalam di rumah seorang ibu saudara yang berdekatan sebelum bergerak keesokan harinya ke Lumut untuk beriktikaf di masjid jamek pekan itu, tidak jauh daripada Sungai Dinding dan jeti ke Pulau Pangkor.

Selepas semalaman di masjid, sempat pula bersantai sebentar di tepian Sungai Dinding yang agak luas, dia menaiki feri bot kecil menyeberangi sungai untuk ke Damar Laut. Inilah kali pertama anak muda ini sampai ke kawasan itu, juga beberapa kawasan seterusnya... Dari sana, Rasyid mengambil bas buruk ke Pantai Remis kemudian ke Beruas. Keesokannya, dia pergi pula ke Kuala Kangsar, singgah lagi di makam diraja Perak di Bukit Chandan dan Masjid Kota Lama Kanan sebelum menutup perjalanan di makam Tok Temong di Kampung Temong, utara Kuala Kangsar.

Sepanjang perjalanan itu, pemuda ini sempat menziarahi beberapa buah masjid dan surau yang dipilih mengikut gerak rasa dan keperluan semasa. Contoh mengikut gerak rasa, tiba-tiba terasa mahu masuk ke suatu masjid walaupun bukan waktu bersolat. Kalau ikut keperluan pula, kebetulan kita sampai di suatu tempat ketika masuk waktu solat atau terasa mahu buang air... Maka singgahlah kita untuk menunaikan hajat...


Ternyata dalam banyak-banyak masjid dan surau malah dalam banyak-banyak tempat beribadat yang pernah diziarahinya dewasa ini, ada sebuah sahaja yang masih menggunakan tikar mengkuang seperti tikar Nenek yang dibawa bersama. Itulah Masjid Kampung Kota di Beruas...

Di situlah Rasyid mendapat petunjuk susur galur keluarga Laksamana Perak sampai kepada Sultan Malikus Salih melalui cucu keduanya Sultan Malikul Mansur yang mewarisi kerajaan Samudera, bukan melalui Malikul Mahmud yang mewarisi Pasai. Cerita-cerita lama pula menyebut kerajaan lama Beruas telah diasaskan oleh Malikul Mansur selepas dibuang negeri atas kesalahan mengambil perempuan daripada Istana Pasai.




Di hadapan masjid kelihatan bukit yang dikenali sebagai Bukit Shamsul Bahrin. Ada cerita menyebut Shamsul Bahrin dan seorang bernama Daik Ismail adalah sahabat baik Sultan Malikul Mansur dari Samudera-Pasai yang datang ke Beruas. Oh, dipercayai Malikul Mansur membuka kerajaan Beruas ketika dalam buangan. Mereka pun dijadikan pembesar. Menurut cerita ini lagi, apabila Malikul Mansur dipanggil kembali ke Samudera, Shamsul Bahrin pula diangkat menjadi raja...



Tidak jauh dari masjid terdapat apa yang dipanggil makam Raja-raja Beruas. Ada dua kelompok kawasan yang ditanda pihak muzium sebagai makam Raja Beruas I dan makam Raja Beruas II, satu ke kiri papan-tanda satu lagi ke kanan. Saya tak ingat yang manakah satu dikatakan makam I, mana makam II. Dahulu memang ada tertera pada papan-tanda tapi tulisannya sudah luput. Apapun, itu cuma penanda yang diletakkan oleh pihak muzium.




Kami pergi ke kawasan yang terletak di kiri dahulu... itulah yang saya anggap sebagai makam I. Lihat artikel Makam Raja-raja Beruas (Tombs of the kings of Beruas) I di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Oh... ini kali pertama isteri dan anak sampai ke sekitar Beruas.




Selepas itu kami bergerak menuju ke kawasan yang kedua. Di satu tepian jalan kelihatan pula makam ini...



Ia terletak di laman sebuah rumah, luar dari kelompok yang dipanggil makam Raja-raja Beruas I dan II. Lihat artikel Makam Raja-raja Beruas (Tombs of the kings of Beruas) II untuk kelompok kedua...




Kemudian baru kami menuju ke pekan Beruas.


Oh. Jalan yang diambil dari Lumut ke Beruas adalah sama dengan jalan yang diambil oleh rombongan membawa kembali jenazah moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin untuk ditanam kembali di kawasan pemakaman diraja Perak di Bukit Chandan 4 tahun lalu. Bezanya, di persimpangan masuk ke pekan kami membelok ke kiri sedangkan rombongan belok ke kanan untuk pergi ke Kuala Kangsar melalui Manong. Lihat artikel lama Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam Diraja Perak , antara artikel paling awal ditulis untuk blogspot ini.

Akan datang : Mencari makam Puteri Bunian sambil menjejak kembali kebesaran silam kerajaan lama Melayu Beruas yang mungkin ada kaitan dengan akhir zaman.


Rabu, Julai 21, 2010

Jalan-jalan Perak sebelah barat : Bernam ke Lumut

Pada penghujung artikel Jalan-jalan Perak sebelah barat : Antara Sungai Selangor dan Sungai Bernam... ada disebut bagaimana daerah Bernam dahulu pernah terletak di dalam negeri Perak, malah Perak juga mungkin meliputi kawasan jauh ke selatan sehingga ke seberang pekan Kuala Selangor. Namun keadaan sudah berubah. Kawasan sehingga Sabak Bernam terletak di dalam negeri Selangor lalu anda harus menyeberangi Sungai Bernam dahulu untuk masuk ke negeri Perak...


Gambar diambil di atas jambatan menyeberangi sungai. Kiranya ketika ini kami berada di antara Selangor dan Perak...


Kira-kira 1.6 km selepas jambatan, ada satu simpang masuk ke kiri. Ambil simpang dan terus ke hadapan 6 km dan anda akan sampai ke Kampung Kota yang pernah menjadi pusat pemerintahan Bernam. Namun dari Sabak Bernam, anda boleh menaiki sampan cuma kira-kira 140 meter sahaja untuk sampai ke sini. Begitulah dekatnya Kampung Kota dengan Sabak Bernam namun dua kawasan ini kini berada di dalam dua buah negeri. Lihat artikel River Bernam from Kampung Kota di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Selepas melihat Sungai Bernam dari jeti saya singgah ke masjid. Lihat artikel Masjid Kampung Kota, Bernam di siang hari (Mosque of Kampung Kota, Bernam during the day) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Tidak jauh dari masjid terdapat makam-makam lama milik kerabat diraja Selangor yang pernah memerintah Bernam. Lihat Makam keluarga Raja Unos (Tombs of the family of Raja Unos)...



Dari Kampung Kota kami menghala ke Teluk Intan. Kelihatan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) tempat isteri saya pernah belajar dahulu.




Beliau pun meminta saya mengambil sedikit gambar untuk kenang-kenangan. Saya pun memberhentikan kereta...




Pintu masuk utama sekolah...




Masjid di seberang tempat pelajar lelaki menunaikan solat Jumaat...





Bahagian pinggir sekolah...





Sebelum Teluk Intan kami mengambil simpang kiri menyeberangi satu jambatan.





Jambatan ini menyeberangi Sungai Perak menghala ke Lumut.






Gambar ini pula diambil beberapa kilometer di hadapan. Ketika ini sudah masuk jam 19:10 atau 7:10 petang.




Saya mengambil satu lagi simpang kiri untuk masuk ke satu kawasan yang agak terpencil dengan terkejar-kejar.






Bukan apa... saya mahu melihat pemandangan Sungai Perak di satu bahagiannya yang paling lebar, sampai di situ sejurus sebelum masuk waktu Maghrib. Lihat Perak river from Kayan....




Selepas itu baru saya dapat memandu dalam keadaan yang lebih tenang... sampai di Lumut lalu mengambil gambar yang kelihatan pada jam 8:31 malam. Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, filename gambar adalah P5280131.jpg.






Kami pusing-pusing bandar sebelum makan kemudian berehat di dataran tepian Sungai Dinding.





Di bawah adalah video klip anak saya Al-Rasyid bermain-main di dataran. Sekian buat masa ini... :]