Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, March 27, 2009

Cermin baru motosikal dan harapan baru UMNO dan negara...

Tajuk ini mungkin kelihatan tiada kena-mengena. Sebenarnya pada awalnya saya cuma mahu bercerita tentang cermin motosikal yang baru ditukar siang tadi tetapi apabila mendapati keputusan pemilihan kepimpinan baru tertinggi UMNO yang muncul sebelum tengah malam, terus terasa mahu berkata tentang ia juga. Jadi biar kita campurkan kedua-dua cerita itu ya... ikut suka saya le nak adun bagaimana... hehe! :]


OK. Pagi tadi, selepas menghantar isteri ke tempat kerja, saya telah mengambil motosikal besar kesayangan yang ditinggalkan di pejabatnya lalu pergi ke sebuah warung. Di sana, saya menumpang signal wi-fi restoran KFC untuk membuat posting bertajuk Alif Mim Nun Wau - Lanun... eh silap, sarkis...

Posting itu sepatutnya telah dibuat lebih awal kalau tidak kerana saya telah bermalam di sebuah rumah milik keluarga di Kajang, rumah yang tidak memiliki Internet. Ketika itu saya terasa sangat kecewa dengan kenaikan Khairy Jamaluddin sebagai ketua pemuda baru UMNO. Selesai membuat posting saya pun bergegas ke Kuala Lumpur. Tujuan saya adalah untuk ke Low Yatt Plaza mencari kabel s-video panjang agar komputer riba dapat disambungkan dengan televisyen.

Sebelum ini, saya sudah berjaya menyambungkan komputer dengan televisyen menggunakan kabel RGB, juga dikenali sebagai kabel VGA. Tetapi setelah memutuskan untuk selalu meletakkan komputer di atas meja kaca yang terletak lebih 10 kaki di hadapan televisyen lalu wayar-wayar talifon dan Internet turut diatur sama, saya terasa patut menggunakan kabel lain untuk tujuan ini. Saya sudah merancang untuk ke Low Yatt Rabu baru ini tetapi jalan-jalan ke PWTC menyaksikan suasana perhimpunan UMNO sambil mencari tapak yang sesuai untuk mempromosi buku telah menyebabkan rancangan ini tertunda. Hmm... panjang pula cerita... tak mengapa. Layan aje le kepala gila saya ya!


Sebaik sahaja melepasi persimpangan masuk ke Jalan Pekeliling dari Jalan Kuching, timbul rasa untuk singgah di Masjid India demi menikmati secawan teh halia kau. Melihatkan trafik naik ke Jalan Sultan Ismail begitu sesak, saya membuat keputusan untuk masuk melalui jalan di hadapan Masjid Jamek. Sekonyong-konyong itu saya terlihat satu yang pelik... ait??? Kenapa cermin kiri motosikal nampak lain macam?

Oleh kerana saya mahu mencampur-adukkan cerita motosikal dengan cerita pemilihan UMNO, biarlah perhatian dialihkan sebentar. Seorang rakan pernah memberitahu Tan Sri Muhammad Taib membuat keputusan untuk bertanding jawatan timbalan presiden UMNO disebabkan Tan Sri Ali Rustam turut bertanding. Katanya Mat Taib takkan masuk campur kalau Tan Sri Muhyiddin sahaja yang bertanding kerana mereka satu kem. Tetapi dia 'terpaksa' juga kerana ada Ali Rustam...

Ini kerana Ali dipandang sebagai orang Pak Lah yang diharapkan dapat meneruskan legasi atau apa-apa polisinya setelah perdana menteri Malaysia itu teruk diasak untuk melepaskan jawatan. Demi mengelakkan dari terus diasak serta timbul kemungkinan berlaku sesuatu yang lebih drastik akibat prestasi teruk UMNO dan Barisan Nasional semasa Pilihanraya Nasional ke 12 tahun lepas, Pak Lah pun sedia menyatakan diri untuk berundur. Tetapi mahukah orang-orang keliling Pak Lah terutama menantunya Khairy dan orang-orangnya yang mendapat keuntungan besar melalui kedudukan Pak Lah melihatnya berundur? Seperti pernah disebut Tun Dr Mahathir (yang menggelar anak-anak muda keliling Pak Lah yang diambil sebagai penasihatnya sebagai budak Tingkat Empat, tingkat empat Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya) tentu tidak.

Kalau boleh mereka mahu Pak Lah terus berkuasa sampai mereka sendiri dapat menjadi para peneraju kepimpinan negara secara terang (maknanya jadi perdana menteri dan ahli kabinet le...), bukan sekadar berkuasa di sebalik tabir seperti sekarang. Kalau dah jadi menteri besok, senang le buat apa yang patut untuk keuntungan diri sendiri, bukan macam sekarang, kena pakai nama pak mentua!

Tetapi desakan untuk berundur terlalu kuat sehingga tidak dapat lagi ditepis atau dielakkan. Dahulu ada yang kata mereka akan cuba menimbulkan suasana tidak enak seperti darurat yang boleh menghalalkan pegangan terus Pak Lah ke atas jawatan tertinggi eksekutif negara atas nama bertanggungjawab untuk mengembalikan keharmonian. Sambil itu mereka cuba merosakkan kredibiliti timbalan perdana menteri yang disebut bakal menggantikan Pak Lah iaitu Datuk Seri Najib Razak dengan terus menerus mencanangkan kes Altantuya di dalam dan luar negeri... dengan pertolongan pihak pembangkang yang ketuanya sebenarnya sealiran fikiran dengan budak-budak Tingkat Empat. Tetapi ini juga nampaknya kurang berkesan sedangkan masa peralihan kuasa semakin dekat.

Maka mereka perlu beralih ke pelan C... sebelum Pak Lah berundur, mereka perlu memastikan bahawa pegangan mereka terhadap institusi-institusi kerajaan dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) terus kukuh dengan menanam orang-orang mereka. Ini sudah lama dilakukan sejak Pak Lah mula naik menjadi perdana menteri dahulu. Tetapi orang-orang ini boleh ditukar jika naik pucuk pimpinan baru yang tidak sukakan mereka. Rasanya ramai dapat membaca bahawa Najib dan Khairy tidak sealiran bukan?


Saya melihat lagi cermin kiri motosikal. Alamak! Rupa-rupanya cerminnya sudah hilang, tinggal bahagian kelongsong dan tangkai! Bagaimana boleh hilang? Bila pula hilang? Rasanya semasa saya membawa motosikal keluar dari pejabat isteri ia masih elok ada. Semasa membawa motosikal meninggalkan warung di Jalan Ipoh tempat saya membuat posting cerita pagi tadi pun rasanya masih ada. Bagaimana ini?

Ah! Apapun saya perlu membaiki keadaan. Terasa tidak enak mahu ke Masjid India apalagi ke Low Yatt Plaza di Bukit Bintang. Perjalanan menghala ke Masjid Jamek ditukar... terus masuk ke Jalan Raja Laut, naik balik melepasi Jalan Sultan Ismail sebelum memotong melalui bahagian selatan Chow Kit untuk ke kedai-kedai motosikal di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tetapi mereka tidak menjual cermin untuk motosikal besar... nak tak nak saya harus ke Sentul.

Ali Rustam disebut ramai sebagai orang Pak Lah. Bukanlah sebab Pak Lah nak pegang dia sangat tetapi mengikut ceritanya, Ali adalah orang yang dapat diharapkan untuk menolong Khairy terus meningkat naik dalam dunia politik apabila Pak Lah tidak berkuasa lagi. Ada pihak bimbang, jika Najib naik menjadi perdana menteri, karier Khairy dan orang-orangnya akan terus dicantas. Kalau ada Ali sebagai orang nombor dua, adalah juga backing kuat!

Lebih cantik lagi, jika Ali naik jadi timbalan presiden UMNO seterusnya timbalan perdana menteri Malaysia sedangkan Najib berjaya dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya secara terang berlandaskan undang-undang. Najib boleh ditangkap dan dijatuhkan hukuman sedangkan Ali boleh terus naik jadi perdana menteri! Jangan ingat tiada orang yang berharap senario ini akan berlaku. Kata orang, Khairy dan orang-orangnya sudah pasti mendapat jaminan besar untuk terus naik jika ini berlaku. Bukankah Khairy merancang mahu menjadi perdana menteri sebelum masuk umur 40 tahun? Untuk mencapai rancangan itu, dia perlukan orang lama yang boleh membuka jalan dan orang baru sekitar umurnya untuk tolong menolaknya ke atas... apa ke namanya? Semangat setiakawan?

Maka itu menurut rakan saya yang memang sangat rapat dengan kepimpinan teratas negara terutama pada era Dr Mahathir, Mat Taib masuk bertanding semata-mata untuk memecahkan undi yang bakal diraih oleh Ali. Katanya Mat Taib sanggup berkorban untuk memastikan Muhyiddin dapat naik untuk membela Melayu, di kala Pak Lah ternyata begitu lembik untuk menangani pelbagai cabaran mendatang terutama asakan demi asakan ke atas konsep ketuanan Melayu malah keluhuran Islam itu sendiri oleh bangsa-bangsa lain sedangkan Najib pula terus dibelenggu masalah sendiri akibat isteri yang dikatakan lebih panggang dari api! Mereka-mereka yang satu kem mahukan Muhyiddin naik. Kalau apa-apa terjadi pada Najib, dia dilihat sebagai bakal perdana menteri terbaik untuk mengembalikan kedaulatan Melayu di sebalik segala macam asakan.

Katanya Mat Taib akan berundur sebaik sahaja kedudukan Muhyiddin sebagai bakal timbalan perdana menteri terjamin. Nah, sejak minggu lepas ternyata Ali tidak dapat bertanding kerana disahkan terlibat dengan politik wang. Jadi kenapa Mat Taib tak juga berundur? Jawab rakan itu (kalau tak salah ingatan), Mat Taib perlu dinaikkan agar dapat mendidik Muhyiddin untuk memegang tampung kuasa teratas. Pulak dah...




Sampai di Sentul, saya terus tergerak menuju ke sebuah kedai... tak terfikir pun mahu melihat atau membanding-bandingkan cermin-cermin di kedai-kedai lain kerana saya nak cepat. Perkara pertama saya tanya, ada tak jual cermin sebelah? Jawabannya tentu tidak... cermin-cermin ini cuma dijual berpasangan kiri dan kanan. Hmm... kalau begitu, mungkin saya perlu menukar langsung ke cermin baru. Mungkin ini hikmah di sebalik kehilangan cermin kiri lama.


Pembantu kedai menyarankan sepasang cermin motosikal berbentuk empat segi yang agak sporty dan fancy. Memang menarik bentuknya dan harga yang ditawarkan terasa agak murah. Tetapi cerminnya terlalu kecil. Seorang pembantu lain mencadangkan sepasang cermin lain yang hampir sama bentuk tetapi sedikit lebih besar pada harga yang sama. Saya pun bersetuju dan dia terus memasangnya. Wang pun dibayar... kemudian baru saya terfikir ia kelihatan tidak sesuai pada motosikal saya.

Saya meminta untuk melihat cermin-cermin lain yang ada pada harga yang sama. Ada sepasang berbentuk oval yang agak menarik. Cerminnya lebih besar tetapi masih agak kecil berbanding cermin motosikal saya yang asal. Tak mengapa, biar saya mencuba dan mereka pun memasangnya.

Selepas kedudukan cermin dibetulkan untuk memudahkan penglihatan, saya pun meninggalkan Sentul untuk ke Bukit Bintang. Dalam perjalanan itu baru terasa betapa cermin itu amat kecil dan kedudukannya kurang sesuai. Nyaris-nyaris saya dilanggar dari belakang oleh sebuah BMW! Ah... bagaimana ini? Harganya sudah dibayar... dan apa-apapun saya harus ke Bukit Bintang untuk menyelesaikan perkara yang sudah beberapa hari tertunda.

Dipendekkan cerita, semasa meletakkan motosikal di Jalan Imbi saya mengubah kedudukan cemin dari melintang jadi membujur. Kelihatan elok sikit untuk melihat belakang sisi kiri dan kanan sebelum berjalan-jalan sedikit dan mendapatkan kabel s-video di Low Yatt Plaza. Ketika meninggalkan Bukit Bintang menghala ke utara Kuala Lumpur, saya berniat dalam hati. Kalau penglihatan melalui cermin masih terganggu ketika sibuk mencelah kereta-kereta ke utara maka saya akan ke Sentul menukar cermin lain yang lebih besar... walaupun cermin yang baru dibeli ini tidak dapat diganti atau dipulangkan wang. Ternyata penglihatan saya cukup elok dengan kedudukan membujur, cuma skop sahaja kurang sedikit kerana cerminnya lebih kecil.

Saya pun terus ke pejabat isteri. Sampai di sana, timbul lagi rasa ragu-ragu... antara was-was dengan suka. Cermin ini boleh tahan juga tetapi tetap terasa janggal berbanding cermin lama. "Bagaimana ini?" saya bertanya isteri. Jawabnya, ikut sahaja apa yang saya suka. Yang pasti, walaupun sedikit pelik, cermin baru ini agak menarik.

Saya cuma mengubah cermin itu sedikit senget masuk ke dalam. Ah! Sekarang ia nampak betul-betul menarik... siap berpusing lagi membawa motosikal keluar sebentar dari pejabat untuk memastikan kedudukan itu berfungsi. Boleh tahan! Dengan itu saya pun meninggalkan motosikal di pejabat lalu membawa kereta bersama isteri kembali ke rumah.

Sampai di rumah, timbul kembali rasa was-was... patutkah diteruskan pemakaian cermin pelik yang baru ini? Atau patutkah ditukar kembali ke bentuk cermin asal? Kalau perlu, carilah di mana-mana! Insyaallah ada, cuma mungkin memakan masa dan tambah belanja...

Saudara dan saudari, para pembaca sekalian. Tujuan asal saya membuat posting ini adalah untuk meminta pendapat saudara-saudari tentang persoalan ini. Apakah pendapat anda tentang cermin baru yang ditunjukkan dalam gambar-gambar ini? Patutkah saya terus memakainya atau menambah belanja untuk menukar ke cermin lain yang lebih besar?

Tetapi keputusan pemilihan tertinggi UMNO yang keluar sebelum tengah malam tadi menyebabkan saya ingin menambah cerita. Terus terang cakap, saya sangat senang hati mendengar Muhyiddin menang. Saya rasa kemenangan Datuk Zahid Hamidi dan Datuk Hishamuddin Hussein sebagai naib presiden juga satu berita baik, cuma saya tidak pasti tentang Datuk Shafie Afdal.

Apa yang saya rasa, barisan baru ini adalah berita baik buat UMNO. Walaupun saya sebenarnya tidak berapa sukakan Najib malah terasa amat menyampah mendengar ucapannya pada hari pembukaan persidangan UMNO yang saya rasa lebih control dan teatrikal berbanding isi sebenar hati yang jujur ingin melihat agama, bangsa dan negara terbela, saya rasa barisan ini diperlukan dan mampu untuk membersihkan segala kurap dan sampah-sarap yang dibawa masuk ke dalam UMNO dan kerajaan sejak Khairy mendapat pengaruh.

Ya, secara tradisionalnya Khairy harus diberikan satu jawatan menteri kerana telah rasmi menjadi ketua pemuda UMNO. Ini akan memberikannya ruang untuk meraih lebih banyak kedudukan dan kuasa untuk diri sendiri dan orang-orangnya demi mencapai cita-cita untuk menjadi perdana menteri Malaysia nanti. Tetapi bukankah telah dilaungkan banyak pihak bahawa UMNO harus berubah dan politik wang harus dibanteras hingga ke akar-umbi? Sepanjang apa yang saya dengar, Khairy dan orang-orangnyalah yang paling giat menabur wang untuk meraih pengaruh walaupun mereka tidak dapat ditangkap dan perbuatan mereka tidak dapat dibuktikan selama ini.

Sekarang siapa kata tiada bukti? Bukankah jawatankuasa disiplin UMNO telah mendapati Khairy bersalah mengamalkan politik wang? Cuma ia tidak cukup 'serius' untuk melarangnya daripada bertanding... kononnya. Kalau UMNO tidak boleh bertindak, apakah bermakna Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus duduk diam juga? Tidak kira banyak mana pun imbuhan yang ditawarkan, asalkan ada bukti telah berlaku politik wang, bukankah ia boleh dimasukkan ke dalam siasatan SPRM malah bukti yang ada pada jawatankuasa disiplin boleh digunakan untuk menjalankan pendakwaan?

Soalnya nak atau tidak. Atau betul kata orang, bahawa SPRM diterajui orang-orang yang dinaikkan oleh Khairy, cuma berguna untuk mencantas musuh-musuh politiknya sahaja? Sesekali sahaja ia dapat mendakwa orang yang dikira rapat dengan Khairy... itupun sebagai korban untuk menunjukkan 'ketelusan' dan kebebasan daripada pengaruh pihak atasan?


p/s : Semua gambar motosikal yang terpapar adalah setelah cermin ditukar baru. Saya tidak mengambil gambar cermin lama yang terlopong. Harap maklum... :]


Thursday, March 26, 2009

Alif Mim Nun Wau - Lanun... eh silap, sarkis...

Keputusan pemilihan UMNO bagi tiga sayap parti telah pun keluar. Walaupun saya benci dan amat menyampah dengan dunia politik, saya tetap mengikuti perkembangannya kerana sedar realiti zaman di mana apa yang berlaku dalam dunia politik amat-amat mempengaruhi suasana sosio-politik sebenar Malaysia secara keseluruhan.

Terus terang saya cakap, saya rasa kecewa melihat Khairy Jamaluddin menang jawatan ketua pemuda. Malam semalam selepas berlegar-legar di sekitar PWTC waktu petang untuk melihat suasana di sana, saya dan isteri kembali ke sebuah rumah milik keluarga di Kajang. Seperti dijangkakan, selepas Isyak baru keluar keputusan pengundian. Tetapi kenapa bagi wanita UMNO sahaja, kenapa yang lain-lain lambat?

Tolak ke tepi keputusan Puteri UMNO yang muncul agak lama kemudian. Apapun saya lega apabila mendapati satu calon dari keluarga gila kuasa mendapat antara undi tercorot. Saya tetap menunggu keputusan undian pemuda UMNO. Mengapa masih tak keluar? Jam ketika itu telah melepasi 11 malam...

Dalam pada itu saya terus memerhatikan perkembangan di televisyen. Kalau awal tadi, muka Mukhriz Mahathir selalu juga kelihatan di kaca TV, kenapa semakin lewat malam ia semakin menghilang? Ah... gambar menyorot pada muka Khairy. Dia nampak begitu gelisah. Keadaan seperti keputusan mahu diumumkan. Tetapi kelihatan suasana tak puas hati. Keputusan tertangguh lagi, beralih ke rancangan lain sebentar...

Lama kemudian baru perhatian dikembalikan kepada pemuda UMNO. Kali ini muka Khairy kelihatan cerah penuh keyakinan. Hati saya pula lebih awal berkata, ini mesti macam kes pilihanraya di Rembau dahulu... punya le lama nak dapat keputusan... apa hal? Apakah ada masalah sehingga undi harus dikira beberapa kali? Atau ada undi-undi yang ditambah atau diubah pada saat-saat kemudian.

Kemudian keluar keputusannya. Kelihatan barisan Exco yang terpilih seperti semuanya geng atau penyokong Khairi. Patutlah dia tersenyum lebar.... kemudian confirm, menantu Pak Lah ini dah menang jawatan ketua pemuda. Allah! Masalah...

Nasib baik jawatan naib ketua jatuh pada si Razali budak Johor. Ada le sedikit harapan. Kalau tak lagi le teruk sebab pemuda dah dipegang sepenuhnya oleh orang barisan duit... ada faham! Duit tu satu hal, duit tu datang dari mana? Bila orang dah bagi duit tolong kita kempen, ingat dia bagi free aje ke?

Reaksi seorang rakan berpangkat Datuk yang pernah menjadi salah seorang penasihat dalaman Tun Dr. Mahathir dalam membentuk polisi negara mengenai kenaikan Khairi cukup ringkas. "Welcome CIA welcome!". Yep, fikir saya. CIA memang dah lama masuk, soalnya cuma betapa kuat pegangan mereka sahaja bergantung kepada betapa kuat dan tingginya kedudukan calon-calon pilihan mereka dalam hierarki pemerintahan negara...


Saya tak ingat filem P. Ramlee yang mana ada sebut "Alif Mim Nun Wau - sarkis!" jadi saya letak aje le gambar poster ini sebagai hiasan ya. Apapun, itulah ayat yang bermain dalam fikiran apabila berjalan-jalan di sekitar kawasan perhimpunan UMNO di PWTC semalam. Apabila keluar keputusan pemilihan pemuda lewat malam, semakin bergema-gema le ayat komedi itu...

Keputusan lewat menimbulkan spekulasi dalam diri saya. Apakah awalnya Khairy kalah lalu meminta undi dikira semula... dan ini berlaku lagi dan lagi sampailah dia menang?

Ini pula adalah satu 'berita', saya tak pasti le betul ke tidak yang saya lihat dalam blogspot "Tukar Tiub" tadi. Biar saya copy and paste. Hmm... harusnya ia betul kot kerana dikutip dari sebuah organisasi media professional? Ini dia... saya copy tanpa menukar apa-apa waima kesilapan menaipnya sekalipun...

Khamis, 2009 Mac 26

BILA KJ DIBERITAKAN MENANG – malaysian insider

Bila Khairy Jamaluddin di istiharkan menang penyokong Mukhriz naik bengang.

Merea menuduh Khairy main duit beli undi.

Susana tengang lalu penyokog Khairy dan penyokong Mukhriz bertembuk.

Akhirnya polis datang untuk melerai.

(The tension became literally tangible as after the results were announced, supporters of Khairy and Mukhriz clashed.)

(The latter's group accused Khairy of bribery and cheating but police stepped in to break up the scuffle.)

kah kah kah….MESTI TAK ADA AKHBAR LAPOR… kah kah kah..

woit… KALAU TAK ADA BERITA DARI INTERNET SAMPAI MAMPUS KITA TAK TAHU…. kah kah kah…

kah kah kah... GADUH JANGAN TAK GADUH.... kah kah kah..


Tujuan saya ke PWTC sebenarnya adalah untuk mempromosi siri buku "Berpetualang ke Aceh". Asalnya saya tidak mahupun mendekati perhimpuan UMNO ini tetapi mengingatkan saranan rakan lama saya Siza semalam (lihat penghujung artikel Dari atas highway Karak hingga ke Pulau Tawar... singgah sebentar ke makam Mat Kilau ) serta saranan isteri, saya pun ke sana.

Pada mulanya saya cuba mencari tempat di mana saya boleh meletakkan motosikal bersekali dengan poster promosi dan buku-buku. Ternyata motosikal cuma dapat diletakkan di belakang PWTC sedangkan kalau boleh saya mahu satu tempat di halaman kawasan orang lalu-lalang.

Saya pun turun motosikal membawa rucksack besar dengan 3 keping poster besar yang bergulung diselit pada rucksack... terus saya berjalan masuk ke bangunan melihat-lihat sekitar. Sambil melihat gelagat orang ramai dan segala macam perniagaan yang berjalan, saya mencari-cari tempat yang sesuai bagi saya bertapak mempromosikan buku.

Pusing punya pusing, saya mula merungut. Mana dia tempat yang si Siza kata ada orang menjual buku sambil berdiri ini? Yang saya nampak, tiada... kalau setakat pekerja menjual buku dan menyuakan pada orang yang lalu-lalang, itu biasa le... salesmen. Tak da hal punya menempel sua buku kat orang. Mana dia penulis-penulis buku yang dapat menjual buku secara terang-terang di hadapan orang ramai? Bukan saya tak tahu, aktiviti penjualan buku, lebih-lebih lagi jika ada citarasa politik dikawal pihak tertentu.

Dalam pada itu saya terlihat kelibat penulis politik Pak Habib @ S. H. Al Attas. Seperti biasa sejak Pak Lah memegang kuasa dan si Khairi dikatakan ada memberi arahan agar penulis buku politik tidak dibenarkan membuka meja dalam bangunan ketika perhimpunan, dia setakat duduk di meja Restoran Riverview berbual-bual le dengan mana-mana orang yang tersangkut. Orang-0rang bawahannya sahaja yang ke sana ke mari menjual buku dengan menyuakannya kepada sesiapa yang mungkin berminat.

Di hadapan satu-satunya kedai majalah dalam PWTC (lupa namanya) pula terdapat tidak kurang 10 tajuk baru buku-buku politik terkumpul untuk dijual. Gelak besar saya apabila ada 2-3 buku yang menonjolkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam sedangkan beliau sudah pun terkeluar dari pemilihan. Ini mesti kes tak sempat tarik balik cerita ni, dah masuk print dah pun... kah! kah! kah! Sesekali seronok juga ketawa besar lebih-lebih bila saya tahu peribadi sebenar penulis yang terlibat. Kah! Kah! Kah!

Selepas berjalan hampir ke seluruh pelusuk bangunan, sempatlah berjumpa beberapa kawan lama dari pihak media, saya membuat keputusan suasana di sini tidak sesuai untuk menjual atau mempromosi siri buku "Berpetualang ke Aceh". Di sini tempat berjual-beli mencari peluang buat duit lebih, peluang perniagaan dan dapat projek, lobi-melobi jawatan dan kedudukan, bukan tempat betul-betul mahu berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Saya pun bergegas keluar lalu mengambil motosikal di belakang. Dalam perjalanan keluar, tiba-tiba ternampak satu tempat yang sesuai untuk membuat promosi jalanan. Ya, tempat itu memang sesuai. Tetapi bukan sekarang, insyaallah selepas solat Jumaat esok!

p/s:
Kalau tak mahu Alif Mim Nun Wau jadi lanun ke, sarkis ke, elok gak ditukar balik ke nama Melayu persatuan ini yang asal iaitu PEKEMBAR. Bukankah bahasa menggambarkan jiwa bangsa? Dalam lambang pun memang dah ada... Fa Kaf Mim Ba Rho. Ada sesiapa yang cukup serius untuk membawa perubahan ini ke persidangan hari Jumaat dan Sabtu ini? Nampak kecil tetapi besar maknanya dan hasilnya nanti... percayalah. Tak perlu kasyaf untuk nampak ini kecuali mata sudah begitu kabur akibat politik wang.

Wednesday, March 25, 2009

Dari atas highway Karak hingga ke Pulau Tawar... singgah sebentar ke makam Mat Kilau

Alhamdulillah... dapat juga saya mengagih-agihkan sejumlah gambar untuk membentuk 3 artikel baru di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 2 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Sekarang bolehlah saya mengolah cerita tentang perjalanan ke Jengka baru-baru ini di sini pula. Mari...




Petang Jumaat 13 Mac (hmm... Friday the thirteenth rupanya...) saya dan isteri bergegas meninggalkan Kuala Lumpur. Setelah menikmati masakan Minang di sekitar Greenwood, Gombak, timbul rasa untuk mengambil jalan lama ke Pahang lalu dapat menikmati pemandangan sebegini. Sila lihat artikel Views from above the Karak highway yang baru dibuat di BERPETUALANG KE ACEH tadi...


Dipendekkan cerita, kami bermalam di rumah almarhum Nenek di Raub. Esoknya selepas menikmati masakan gulai ikan sembilang (ke ikan keli? kadang-kadang saya pun tak pasti yang mana ikan ini yang mana ikan itu) di Simpang Kallang, kami pun mengambil jalan ke Kuala Lipis. Singgah sebentar di bandar itu, teringin pula melihat kuala sungai Lipis yang bertemu Sungai Jelai. Sila lihat artikel The mouth of the Lipis river... the place where Kuala Lipis began.



Kemudian kami mengorak langkah ke Jerantut. Singgah sebentar di Kuala Tembeling, pintu masuk ke Taman Negara. Sila lihat artikel Kuala Tembeling, the doorway to Taman Negara...


Seterusnya kami singgah ke pekan Jerantut, sempat membeli bantal kekabu murah. Dari sana kami mengambil jalan menyeberang Sungai Pahang yang dikenali sebagai Jerantut Ferry untuk menghala ke Jengka. Memandangkan jalan ke Pulau Tawar, tempat almarhum pahlawan Mat Kilau terletak tidak jauh dari perjalanan ini, kami pun singgah lalu menziarahi makam beliau. Sila lihat artikel Makam (tomb of) Mat Kilau... di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) .

Oh... pada satu bangunan wakaf di luar makam terdapat di dindingnya satu tanda-tangan besar dengan nama Adiputra tertera serta tarikh berserta tahun 2008. Lupa pula mahu mengambil gambar... rasanya mungkin Adiputra kanak-kanak Melayu yang dikenali sebagai genius itu. Saya pernah berjumpa dengannya serta berbual panjang dengan kedua ibu bapanya... saya tahu Adiputra suka menziarahi makam-makam lama terutama makam para wali.

Apa yang menarik, di sekitar belakang makam kelihatan banyak kerbau-kerbau yang kelihatan liar. Tiba-tiba teringat cerita raja Merah Silu @ Sultan Malikus Salih di Aceh lebih 700 tahun lalu... kerana baginda diketahui suka menangkap dan membela kerbau-kerbau liar. Terfikir pula mungkin Mat Kilau ada kena-mengena. Hmm... hehe! :]

Hujan mula turun gerimis ketika saya meninggalkan Mat Kilau. Kami singgah pula ke masjid jamek Pulau Tawar di mana hujan mula bertukar lebat. Selepas bersolat jamak Zuhur dan Asar, timbul rasa sesuatu tentang masjid ini. Lihat nukilan yang terkeluar melalui artikel Masjid jamek (main mosque of) Pulau Tawar, Pahang tadi.



Kami meninggalkan masjid dalam hujan masih lebat. Ada satu perkara lagi yang saya tidak puas hati, saya belum melihat Sungai Pahang dari sebelah sini. Nasib baik kami terlihat sebuah masjid lain yang terletak betul-betul di tepian sungai. Dapatlah saya mengambil gambar ini sambil mengelak hujan. Sekian... nanti akan disambung penceritaan dengan meletakkan gambar-gambar di Gua Kota Gelanggi, rasanya di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dahulu ya. Selamat malam! :]


p/s: Ini adalah posting yang ke 474 di sini. Tengahari tadi seorang rakan lama saya, saudara Siza yang baru ditemui kembali sebulan lalu setelah lebih 20 tahun tidak bersua muka dan bertanya khabar berita menalifon mencadangkan agar saya mengambil tempat menjual buku di sekitar PWTC sempena perhimpuan UMNO minggu ini. Saya keberatan kerana menyampah dengan dunia politik. Lagipun saya kurang sihat beberapa hari ini. Entah kenapa bahagian dada saya dan belakang terasa sakit amat seperti ketika saya baru jatuh terhempas dari ketinggian lebih 8 kaki sambil dihempap sebatang pokok yang patah di Tanjung Emas, Muar lebih setahun lalu, baru semalam terasa ada sedikit kelegaan yang menyenangkan.

Tetapi kata Siza ini tidak perlu melibatkan politik, ramai orang ada menjual buku di kaki lima. Isteri saya turut mencadangkan perkara yang sama kerana katanya inilah peluang baik untuk menyatakan perjuangan tentang Melayu Islam dan mengingatkan mereka yang lupa, tak perlu mempedulikan jika ada pihak lain sekadar pandai bertopeng melaung-laungkan semangat muluk sedangkan mereka cuma pandai beretorik sambil menjual agama, bangsa dan negara demi meraih kekuasaan dan menaikkan diri sendiri.

Maka itu jika tiada aral melintang, saya dan motosikal besar saya akan 'menempel' di mana-mana tempat yang sesuai bersama poster dan siri buku "Berpetualang ke Aceh". Untuk mereka yang ingin bertemu, silakan mencari... saya pun tak tahu lagi belah mana. Silap-silap saya harus sentiasa bergerak untuk melarikan diri, hehe! Untuk mereka yang ingin bertemu dalam suasana lebih formal dan terjamin keharmoniannya, insyaallah saya akan muncul bersama penerbit buku Karnadya pada majlis pelancaran beberapa buah buku termasuk buku masjid nukilan saya, di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, pada jam 3 petang 20 April...


Tuesday, March 24, 2009

Perjalanan ke Jengka dan mood penceritaan terkini...

Gambar majlis nikah sepupu saya di Jengka minggu lepas. Tahniah Lin dan suami!


Hmm... ingatkan nak keluar makan sebelum kembali menyambung apa-apa posting di rumah. Tengok-tengok motosikal pula buat pasal tak mahu start. Lepas tu dalam sibuk cuba nak betulkan apa yang patut, dapat pula panggilan dari pihak penerbit buku masjid meminta saya membuat sedikit pembetulan pada bahagian teks yang dikatakannya tergantung. Katanya akan dihantar melalui e-mail. Nasib baik saya masih di kawasan rumah... maka saya pun masuk ke dalam. Oh, untuk pengetahuan, saya baru pasang streamyx minggu lepas.

Saya pun membuka Internet dan e-mail. Tak masuk lagi... tunggu punya tunggu, saya membuat keputusan untuk menulis posting ini pula. Lagipun memang asalnya cerita ini, cerita berkaitan perjalanan terbaru yang dibuat untuk menyambut perkahwinan seorang sepupu di Jengka memang ingin dijadikan pembuka kesunyian setelah 3 minggu tidak bercerita.

Ah... tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon. Rupa-rupanya isi teks yang ingin dibetulkan baru sahaja dihantar melalui e-mail... kenalah tengok sat. Hmm... bukan apa, mungkin struktur ayat yang saya gunakan sedikit kompleks padahal pada saya ia cukup terang. Rasanya eloklah ayat-ayat yang terlibat (ada dua bahagian) dipecahkan agar lebih senang dibaca. OK, settle... boleh sambung cerita di sini.

Dalam salah satu posting yang dibuat lebih sebulan lalu, saya ada memberitahu yang saya tidak ingin lagi berjalan jauh dalam masa terdekat. Kalau tak salah ingatan, kali terakhir saya berjalan agak jauh adalah ke Bukit Fraser, Raub dan Kuala Lipis awal Februari dan ini ada dinyatakan dalam artikel Perjalanan hujung minggu lalu - Bukit Fraser, Janda Baik, Raub dan Kuala Lipis yang dibuat 6 Feb. Dalam azam tidak ingin berjalan jauh itulah saya bercadang mahu melepaskan cerita mengenai apa yang berlaku ketika menunaikan umrah tahun 2005. Sebaliknya cerita itu masih tak terkeluar juga malah timbul rasa lain bahawa saya cuma boleh bercerita mengenai umrah itu setelah melepaskan satu cerita lain melibatkan seorang gadis dipanggil An-Nur yang nyaris-nyaris menjadi isteri saya awal 2005. Lihat artikel bahagian tengah artikel Perjalanan hujung minggu lalu - Bukit Fraser, Janda Baik, Raub dan Kuala Lipis .

Sebaliknya lagi, saya tak juga dapat mengeluarkan cerita tentang An-Nur sedangkan isteri saya sendiri sudah bertanyakan tentang itu, memandangkan dia tahu saya harus melepaskan sesuatu rasa sebelum dapat bergerak ke arah rasa yang seterusnya. Untuk mereka yang rajin mengikuti tulisan saya lalu jadi keliru dengan nama-nama (atau nama panggilan yang saya beri) terhadap gadis-gadis dalam hidup saya, nama An-Nur cuma pertama kali disebut dalam mana-mana blogspot saya melalui artikel Perjalanan hujung minggu lalu - Bukit Fraser, Janda Baik, Raub dan Kuala Lipis... kalau tak salah ingatan le. Nama yang sudah lama saya tolak ke tepi ini muncul kembali apabila tergerak melawat satu bahagian sungai di Janda Baik yang sudah lama saya tidak lawati.

Mereka yang sudah membaca siri novel "Berpetualang ke Aceh" kemudian mengikuti tulisan-tulisan di blogspots saya mungkin sudah terbiasa mendengar nama Nur, gadis yang dijadikan watak wanita utama dalam siri itu. Itu yang menyebabkan ada yang terkeliru, apakah An-Nur itu sama dengan Nur walhal mereka memang watak yang berlainan malah ternyata berpangkat saudara dua pupu gitu...

Mungkin ada yang akan keliru dengan semua ini. Lebih-lebih lagi kemudian muncul watak yang saya panggil sebagai Nur kedua, gadis yang kemudian menjadi isteri saya kini, dalam dunia nyata. Ya, semua watak-watak ini wujud dalam dunia realiti, bukan watak angan-angan atau ciptaan fikiran atau garapan penceritaan semata-mata. Sesungguhnya memang siri novel "Berpetualang ke Aceh" diatur berdasarkan pengalaman sebenar saya.

Adapun watak-watak ini ditimbulkan bukan semata-mata untuk suka-suka bercerita tetapi untuk melepaskan beban gerak rasa... sebelum saya dapat meneruskan kerja-kerja lain dan mencapai peringkat kehidupan seterusnya kerana itulah saya, menangani hidup menurut gerak rasa dengan sejujur yang mungkin walaupun harus membuka pekung di dada. Sebab itu saya rasa cerita An-Nur tetap harus dinukilkan nanti. Selepas itu baru boleh diceritakan apa yang berlaku ketika umrah 2005, di mana satu watak wanita lagi akan diperkenalkan kerana itu yang berlaku sebelum kita beralih kembali kepada cerita Nur.

Sebelum itu, elok dilepaskan dahulu apa-apa rasa dan gerak penceritaan berdasarkan perjalanan terbaru yang berlaku dalam tempoh seminggu kebelakangan. Seperti pernah saya sebut lebih sebulan lalu, saya tidak ingin berjalan jauh dalam tempoh terdekat kecuali pertengahan bulan Mac untuk ke Jengka dan ini telah pun berlalu. Perjalanan ke Jengka membuat saya dan isteri mengambil laluan lama dari Kuala Lumpur ke Bentong di mana terdapat beberapa pemandangan menarik yang elok dikongsi. Selepas bermalam di Raub, barulah saya ke Jengka... itupun selepas singgah di Kuala Lipis juga Kuala Tembeling di mana bermulanya perkhidmatan naik sampan bermotor masuk ke Taman Negara, sebelum ke Jerantut.

Saya juga buat pertama kali seumur hidup sempat singgah di Pulau Tawar di mana terdapat makam pahlawan Melayu Pahang terkenal Mat Kilau. Di sekitar Jengka pula, saya juga akhirnya sampai ke Gua Kota Gelanggi, satu destinasi yang 6 tahun lalu saya pernah tergerak mahu pergi apabila 'terikut' angin naik bas dari Temerloh ke Jerantut... sebaliknya, saya terus menukar arah ke Kuala Lipis apabila mendapati keretapi sampai di stesyen sebaik sahaja saya menjejakkan kaki. Dan di Kuala Lipis pula sekali lagi saya mengikut angin naik keretapi ke Gua Musang dan esoknya, buat pertama kali sampai ke makam dan masjid wali Allah terkenal Tok Kenali di Kota Bahru.

Hmm... terasa mahu copy and paste sedutan dari buku kedua "Berpetualang ke Aceh" dengan tajuk kecil "Membela Syiar yang Asal" yang ada menyebut cerita berkaitan ini. Untuk pengetahuan, buku ini turut disimpan di Library of Congress, America! Dan dengan kuasa Allah, 50 set siri novel ini kini sudah berada di tangan orang-orang penting di Aceh...


--------------------

Salah-satu aktiviti kegemaran Rasyid di Kuala Lumpur pada waktu lapang adalah berjalan santai seorang diri menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman sambil memerhatikan ragam manusia sepanjang jalan. Ada masanya, dia suka bersiar-siar di sekitar Kompleks Pertama dan Sogo sebelum memasuki kedai buku berdekatan, ada masanya pula sekadar duduk melihat orang lalu-lalang di kawasan Masjid India yang sering dikerumuni kaum India Muslim serta para pengikut Tabligh. Di sekitarnya terdapat pelbagai aktiviti perniagaan jalanan termasuk menjual barangan pelik seperti keris lama dan cincin... Anak muda itu juga suka menghabiskan masa membelek-belek barangan yang ditawarkan.

Pada satu hari, ketika sedang duduk berehat di tembok luar masjid, muncul seorang hamba Allah bertubuh pendek gempal, kulit sawo matang memakai cermin-mata gelap bergaya, berjubah putih berkopiah dan berserban. Lelaki berumur sekitar 50 hingga 60an itu lalu di kawasan tembok yang sering menjadi tempat duduk orang-ramai melepaskan lelah... Entah kenapa, dia membuat gaya seperti mengira-ngira jumlah orang yang duduk sambil menghulurkan jari telunjuknya ke arah mereka satu-persatu. Sampai kepada Rasyid dia tersenyum lalu menegur: “Hah kamu! Mari ikut aku! Belanja aku makan…”

Pemuda itu terasa pelik dan janggal mendengar “perintah” pakcik ini... Manakan tidak, entah siapa, datang daripada mana, tiba-tiba sahaja boleh muncul memberikan arahan tanpa mengenalkan diri... Tetapi dia cuma mengangguk bersetuju lalu bangun menurut langkah orang tua itu! Rasyid percaya mesti ada hikmah di sebalik kejadian ini... Pengalaman bertahun berkelana tanpa rancangan dan arah tujuan yang pasti telah membuktikan ada sesuatu yang akan dipelajarinya nanti. Mereka pun bergerak ke warung berdekatan. Pakcik ini mula memesan segelas teh tarik, anak muda itu pula meminta teh tarik halia.

Ganjil juga penampilan hamba Allah ini. Bayangkan seorang tua berjubah berkopiah dengan pembawakan agak rugged, kata orang muda ada gaya rock... Dia mula bertanyakan asal-usul Rasyid lalu membuka cerita. Sambil-sambil itu, tangannya mengambil kuih-muih yang tersedia di atas meja sehingga pemuda itu mula membuat kira-kira dalam hati... Maklumlah, dia cuma memiliki kurang RM5 di dalam poket, takut tidak cukup untuk perbelanjaan hari itu nanti.

Pakcik itu seolah-olah dapat membaca isi hatinya lalu menegur: “Kamu ada cukup duit tak? Kalau tidak biar aku sahaja yang bayar…”

Rasyid terasa malu lalu menjawab: “Tidak mengapalah pakcik! Bukankah saya sudah bersetuju untuk membelanja pakcik? Biar saya yang bayar...”

Orang tua itu tersenyum lalu menyambung cerita. Entah kenapa, anak muda itu terasa ingin mengadu tentang keadaannya yang agak dhaif ketika itu, bagaimana dia sudah lama tidak bekerja sedangkan duit simpanannya sudah susut teruk! Motor besar kesayangan yang sering menemaninya mengembara ke merata ceruk rantau pula sudah lama tidak diservice, selalu sangat “batuk” dan banyak ragamnya. Ah... Memang keadaannya sangat teruk ketika itu...

Sebaik sahaja selesai makan hamba Allah itupun bangun untuk beredar. Selain memberikan sepotong ayat Al-Quran untuk diamalkan (sudah lupa apakah fadhilatnya), sempat juga dia memujuk dan memberikan tawaran…

“Jangan risau,” katanya. “Kalau ada masalah, cari sahaja aku…”

Hairan Rasyid mendengar tawarannya. Sudahlah itu kali pertama dia terjumpa orang ini, tidak pernah dilihat di Masjid India atau di mana-mana... Pakcik itu juga tidak meninggalkan alamat rumah atau tempat kerja, nombor telefon atau apa-apa cara untuk berhubung, lalu bagaimana hendak mencarinya? Pemuda itu bingung tetapi setakat sempat bertanya siapakah namanya.

Hamba Allah itu tersenyum lebar lalu menjawab “Muhammad Yusuf!” kemudian terus pergi. Sepertimana dia sampai, begitu juga dia menghilang... Penuh misteri meninggalkan tanda-tanya siapakah sebenarnya orang tua ini...

Dua minggu kemudian, Rasyid tergerak untuk menziarahi rumah almarhum nenek di Raub, Pahang... Setelah hampir setengah tahun tidak bertandang. Selepas beberapa malam berehat di sana, ibu saudara yang menjaga rumah itu pula harus pergi ke Kuala Terengganu untuk menghadiri kursus. Seorang anak angkatnya bersedia menghantar dengan kereta sampai ke Temerloh. Di sana, barulah ibu saudara ini mengambil bas ekspress ke Kuala Terengganu.

Rasyid tidak mempunyai apa-apa rancangan tetapi ingin berjalan. Dia pun menumpang sama, ikut sahaja ke mana kereta itu pergi... Sampai ke bandar di tepi Sungai Pahang itu, timbul pula keinginan untuk melawat Gua Kota Gelanggi yang terletak di sekitar Jengka. Selepas menaiki bas sampai ke Jerantut, pemuda itu terus memeriksa jadual bas ke sana. Perkhidmatan seterusnya cuma akan bergerak sejam lagi, maka dia pun cuba mengisi masa dengan berjalan-jalan di sekitar pekan. Sedar tak sedar, sampai pula ke stesyen keretapi...

Kebetulan keretapi ke utara pantai timur yang cuma berkhidmat sehari dua kali sampai ke stesyen waktu itu. Serta-merta timbul gerak spontan untuk menaikinya hingga ke Kuala Lipis. Di bandar yang diapit tebing Sungai Jelai serta kuala Sungai Lipis itu pula, anak muda itu tergerak untuk pergi ke masjid lama pekan yang didirikan awal tahun 1888... Letaknya bersebelahan stesyen bas dan mengikut ceritanya masjid ini tidak pernah disentuh banjir walaupun air naik melimpah sampai ke stesyen yang terletak 10 kaki lebih tinggi daripada kawasan masjid. Niat awalnya mahu bermalam di masjid tetapi selepas solat Asar, tergerak pula untuk ke stesyen keretapi melihat jadual perjalanan seterusnya.

Kebetulan lagi, keretapi ke utara pantai timur sampai ke stesyen sebaik sahaja Rasyid menjejakkan kaki. Tanpa berfikir panjang, hamba Allah yang suka berjalan “mengikut arah angin” inipun naik sampai ke destinasi terakhir keretapi di Gua Musang, Kelantan. Niat untuk bermalam di masjid lama Kuala Lipis pun bertukar menjadi sesi bermalam di surau KTM (Keretapi Tanah Melayu) tidak jauh daripada stesyen. Muncul pula beberapa orang musafir menumpang sama termasuk sepasang suami isteri dan dua orang lelaki anak jati Kelantan.

Entah kenapa, mereka mula bercerita tentang bermacam perkara pelik yang pernah berlaku di Kelantan. Terkeluarlah nama Tok Kenali sehingga Rasyid teruja untuk bertanya tentangnya... Barulah dapat tahu makam dan masjid Tok Kenali terletak di Kubang Kerian, Kota Bahru. Keesokan harinya dia terus ke sana. Di makam itulah Rasyid juga mendapat tahu wali Allah yang telah kembali ke Rahmatullah lebih 70 tahun lalu ini bernama Muhammad Yusuf, sama dengan nama orang tua misteri yang ditemui di Masjid India dua minggu lalu!

--------------------


OK... maka akhirnya saya sampai juga ke Gua Kota Gelanggi setelah 6 tahun perjalanan ke sana tertunda. Setelah selesai majlis perkahwinan di Jengka, rupa-rupanya ada perjalanan lain menyusul terus selepasnya. Hari Khamis 19 Mac, keluarga kami harus menghantar pengantin ke rumah keluarga sebelah lelaki ke Bagan Datoh, Perak. Allah! Ternyata segalanya sudah dirancang... Bagan Datoh atau lebih tepat di Kampung Selekoh sudah begitu dekat dengan kampung asal keluarga kami di Teluk Intan, kampung yang kami sudah jarang-jarang menjenguknya kerana datuk saya, bapa kepada bapa meninggalkannya untuk berhijrah ke Raub, Pahang penghujung tahun 1940an.

Ini membuka satu lagi peluang. Saya sudah bercadang mahu mengajak ayah dan ibu bermalam di rumah saya dan isteri. Sejak kami berkahwin 3 bulan lepas, mereka belum pernah sampai ke rumah kami... maklumlah rumah mereka di Muar bukannya dekat, datang ke Kuala Lumpur pun bukannya selalu walaupun mereka juga memiliki sebuah rumah di Kajang. Kedudukan rumah kami di Bandar Tasik Puteri cukup dekat untuk ke Kuala Selangor seterusnya ke Bagan Datoh. Maka masuk hari Rabu bermalamlah ibu dan ayah di rumah saya dan isteri sebelum kami bersama ke rumah pengantin lelaki.

Selepas majlis, kami dan keluarga adik-beradik ayah sempat berjalan ke pekan Bagan Datoh untuk melihat bahagian kuala Sungai Perak yang meluas di sana. Kemudian kami dapat ke Teluk Intan menziarahi makam datuk saya dan ahli keluarga lain di sebelah masjid lama Batak Rabit serta melihat beberapa orang saudara mara yang masih hidup. Ayah dan ibu terus bermalam di rumah kami hingga pagi Sabtu. Dalam tempoh masa itu dapat kami membawa mereka berjalan ke beberapa tempat yang mereka tidak pernah pergi.

Segala ini menjadi cerita tersendiri yang tak disangka. Untuk pengetahuan, itulah kali pertama saya ke Perak sejak berlaku kes pertukaran kerajaan (yang disebut sesetengah orang sebagai kerajaan "Pasir Dua Butir") yang menerbitkan banyak kekeliruan dan permasalahan yangboleh menjejaskan kedudukan orang Melayu. Itulah juga kali pertama sejak sekian lama saya ke sana bersama ramai ahli keluarga sebelah bapa, mengingatkan kami kepada warisan turun-temurun yang sudah lama ditinggalkan akibat kehidupan moden.

Bagi saya yang banyak membuat kerja menurut gerak rasa, semua ini harus diluahkan di blogspots yang ada. Cuma saya tak pasti bagaimanakah harus mengaturnya... yang pasti, gambar masjid-masjid dan makam sesuai diletak di dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) sedangkan saya kini lebih cenderung meletakkan gambar-gambar pemandangan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Jadi apa yang tinggal untuk blogspot ini? Tengoklah... sekurang-kurang sedikit cetusan rasa sekitar makam Mat Kilau harus disajikan di sini. Nantikan ia... :]

Berita mengenai buku masjid untuk 'memecah' suasana... terkeluar sedikit cerita Perak pula!


Assalamualaikum semua. Di atas adalah gambar saya di sekitar makam sultan Perak ke 23, Sultan Ja'afar Muazzam Sham, ayahanda kepada Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelles akibat terlibat dalam pembunuhan J. W. W. Birch tahun 1875. Batu nesan Aceh yang saya pegang itu adalah batu nesan pada makam permaisuri baginda Wan Mahtra, ibu kepada Sultan Abdullah. Mereka-mereka ini termasuk kaum kerabat yang sangat dekat dengan keluarga bapa saya, kaum kerabat Laksamana Raja Mahkota.

Adapun gambar ini diambil dalam perjalanan sekeliling Perak yang dibuat sambil mengambil video. Sila lihat artikel-artikel lama berkaitan "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874", saksikan gambar-gambar serta klip-klip video yang tertera.

Semalam, semasa menukar-nukar channel Astro di peti televisyen, saya terbuka cerita "Laksamana Do Re Mi"... betul-betul sampai ke bahagian di mana P. Ramlee, A. R. Tompel dan sorang lagi (lupa nama) baru turun dari tikar terbang untuk melawat sidang raja kerajaan "Pasir Dua Butir" yang berada di bawah sebuah pokok. Tersentak juga apabila memikirkan, betapa memang apa yang dipaparkan memang ada kena-mengena dengan apa yang sedang berlaku di Perak. Bezanya di Perak, yang bersidang di bawah pokok adalah satu kerajaan yang telah ditolak oleh sultan sedangkan dalam cerita, yang bersidang adalah raja dan orang-orang terdekatnya sendiri. Yang menarik perhatian, pelakon yang melakonkan watak permaisuri adalah Norizan, seniwati yang pernah menjadi isteri kepada Sultan Yusuf, ayahanda kepada Sultan Azlan yang memerintah Perak sekarang!

Tu dia... Norizan kemudian sanggup bercerai dengan sultan semata-mata untuk berkahwin dengan P. Ramlee. Tapi ingat, P. Ramlee pun bukan calang-calang orang... dia sebenarnya adalah keturunan kerabat diraja Aceh! Hmm... kadang-kadang kelihatan P. Ramlee ni seolah-olah kasyaf pula dalam memilih jalan cerita. Kebetulan ke hapa, dia suka pakai tajuk "Laksamana" pada beberapa ceritanya sedangkan di Aceh dahulukala, laksamana paling besar pada satu-satu ketika memang dipilih dari kalangan anak raja yang bakal menaiki takhta lalu turut dikenali sebagai Raja Mahkota, atau Laksamana Raja Mahkota.

OK... sebenarnya saya menulis artikel ini untuk memecahkan kesucian di sini setelah 3 minggu tidak membuat apa-apa posting baru, kata orang putih "break the ice". Eh, silap tulis... kesunyian le bukan kesucian. Apa da...

Asalnya saya mahu memecah kesucian... aduh, sasul lagi, kesunyian le... dengan cerita perjalanan terbaru akibat pergi menghadiri perkahwinan seorang sepupu di Jengka, Pahang. Tetapi diri ini sebenarnya masih terasa berat hendak menulis apa-apa sedangkan selagi tak diluahkan beberapa perkara yang tersekat di dada, kerja-kerja lain pun jadi tertunda.

Pagi tadi, pihak penerbit coffee-table book atau buku mewah tentang masjid yang telah selesai saya usahakan (kini ia di peringkat produksi, insyaalah akan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 sebulan lagi) telah menghubungi meminta saya menghantar sekeping gambar yang sesuai berserta sedikit biografi atau maklumat diri untuk disertakan dalam buku nanti. Sekitar jam 3 petang tadi, selepas baring termangu-mangu sendirian (saya kurang sihat beberapa hari ini) baru saya dapat gerak untuk menulis biografi.

Kemudian saya cuba mencari gambar yang sesuai... baru saya tersedar betapa sedikitnya gambar sendiri yang saya ada. Bayangkan daripada beribu, rasanya tidak kurang 5,000 gambar, mungkin 10,000 yang saya simpan dalam komputer melibatkan makam-makam, masjid, tempat-tempat dan orang lain, gambar yang ada tertera muka saya sendiri mungkin tidak sampai 30 keping sahaja! Sebabnya memang selama ini saya tidak mempedulikan gambar muka saya. Untuk apa? Walaupun saya sering menyatakan rasa saya tentang apa yang berlaku di sekeliling sehingga kelihatan seperti asyik bercerita tentang diri sendiri sahaja, saya sebenarnya lebih banyak bercerita tentang perkara lain, cuma dari sudut pandangan saya sahaja...

Nasib baik saya terjumpa satu fail gambar yang baru diserahkan oleh seorang rakan dan pembaca setia blogspot ini, saudara Raden Cilik. Rupa-rupanya beliau ada mengambil beberapa keping gambar yang agak sesuai untuk diserlahkan dalam buku. Raden ada mengikuti rombongan berjalan sekeliling Perak untuk membuat video "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874". Sekitar 2 minggu lepas, dia telah menyerahkan salinan semua gambar-gambar yang diambilnya untuk kegunaan saya.

Sebenarnya saya asalnya cuma memerlukan gambar-gambar masjid tinggal Teluk Memali untuk dimasukkan ke dalam buku mewah yang bakal terbit nanti. Ini disebabkan jurugambar yang mengikut saya untuk projek itu masih belum menyerahkan gambar-gambar berkenaan kepada pihak penerbit padahal saya telah bertungkus-lumus membawanya ke sana lebih 3 bulan lalu! Tak tahulah apa masalahnya... tetapi jika tiada gambar, tak dapatlah cerita mengenai masjid itu diketengahkan dalam buku itu nanti sedangkan ia amat penting untuk menerangkan keberadaan bandar-bandar Melayu yang telah hilang ditelan zaman sehingga kita yang hidup kemudian menyangkakan semua bandar-bandar di Tanah Melayu memang dikuasai bangsa Cina sejak dari azali lagi.

Nasib baik saya teringat Raden ada mengambil gambar. Gambar-gambarnyalah yang akan digunakan untuk buku itu nanti. Hari ini pula, dengan tidak disangka saya terjumpa gambar yang agak sesuai menampilkan diri saya sendiri untuk buku itu, dari koleksi gambar-gambar Raden juga. Lalu tergerak saya untuk menggunakannya dalam posting pembuka kesunyian ini.

Di bawah ini, biar saya letakkan sekali isi biografi pendek yang dikarang tadi. Selepas ini mungkin saya akan mula membuat beberapa posting baru, kalau tak malam ini, paling lambat pun esok lusa ya. Sekian. :]

--------------------

Radzi Sapiee atau nama sebenarnya Mohd Fahrulradzi bin Mohamad Sapiee adalah penulis bebas yang meminati dunia pemikiran tinggi berasaskan hubungan Tuhan dengan makhluk dan ciptaan. Asalnya, bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Johor, Keluang ini adalah peminat tegar ilmu sains tulen dan falsafah serta dunia pemikiran rasional Barat. Tetapi peralihan minat yang mula berputik ketika berumur 18 tahun akibat terbaca syair-syair pujangga agung sufi Hamzah Fansuri menyebabkan timbul konflik besar dalam diri. Ke manakah arah hidup ini harus ditujukan? Minat terhadap sains dan matematik semakin pudar sedangkan itulah yang menjadi pegangan hidupnya selama ini. Ke mana pula harus dibawa minat baru terhadap dunia Tasawuf yang semakin bertakhta dalam dada?

Dalam keadaan itulah beliau pernah 3 bulan tidur di tepian jalan di tengah kota London sebelum mengembara seorang diri mengelilingi Eropah menumpang kenderaan orang ramai selama sebulan, juga tidur di tepian jalan kota-kota besar seperti Paris dan Amsterdam. Walaupun sempat memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang Matematik dari University College of London tahun 1995, beliau tidak dapat lagi meneruskan apa-apa pembabitan dalam dunia sains. Lalu penulis menjadi wartawan pula dan terus menulis dalam bahasa Inggeris dengan akhbar perdana nasional The New Straits Times sehingga 5 tahun akan datang.

Peristiwa keruntuhan menara berkembar World Trade Centre 11 September 2001 di New York menyentak fikiran kembali ke arah makna pencarian hidup yang berjaya dilupakan buat sementara. Sampai satu peringkat, beliau tidak dapat lagi meneruskan kerjaya biasa lalu mula keluar mengembara seraya melawat makam-makam lama dan tidur di masjid-masjid di seluruh Semenanjung. Pencarian makna hidup membawa kepada pencarian salasilah keluarga sebelah bapa yang ternyata berakar-umbi dari Perak membawa ke Aceh hingga ke Baghdad sampai ke Mekah. Penulis sempat masuk ke Aceh awal tahun 2004 ketika ia masih darurat, sempat merasa ditahan tentera dan beberapa kali disoal-siasat. Kemudian terjadi pula peristiwa Tsunami 26 Disember yang membunuh tidak kurang 200,000 jiwa.

Pengalaman menunaikan umrah di Mekah dan ziarah ke makam Rasulullah SAW pertengahan 2005 meyakinkan penulis untuk membukukan pengalaman hidup berkaitan untuk dijadikan teladan juga luahan isi dada. Terbitlah siri novel “Berpetualang ke Aceh” dengan buku pertama bertajuk kecil “Mencari diri dan erti” (Jun 2006), buku dua “Membela syiar yang asal” (Mei 2007) dan buku tiga “Sirih pulang ke gagang?” (November 2007) hasil usaha pembiayaan sendiri. Siri ini membawa kepada perkenalan dengan pihak Karnadya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Pengalaman sebenar hidup penulis menarik minat mereka untuk bekerjasama menerbitkan sesuatu. Buku “Rumah Azan” adalah satu hasilnya.