Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Oktober 31, 2014

Kenangan pelancaran siri novel "Berpetualang ke Aceh" - Rakaman video terpilih sepanjang acara

Penulisan artikel Kongres Warisan Melayu Sedunia - Legasi Melayu Patani, Bugis dan Afrika Selatan siang tadi telah membawa kepada satu kenangan lama. Masuk bab ulamak-ulamak Patani memakai perkataan "al-Fathoni" pada belakang nama, teringat nama Sheikh Ahmad dan Sheikh Daud al-Fathoni yang biasa disebut dalam penulisan almarhum Ustaz Wan Saghir. Beliau adalah pengasas Khazanah Fathaniyah, satu badan dakwah Islam yang menerbitkan makalah dan buku tentang ulamak-ulamak silam Alam Melayu. Seterusnya teringat pernah melancarkan siri novel "Berpetualang ke Aceh" di kedai mereka. Lihat artikel lama Kenangan pelancaran siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Khazanah Fathaniyah 2 bulan lalu...

Tersebut di dalamnya saya baru menerima rakaman video sekitar acara yang dihasilkan oleh seorang jurukamera tetapi tidak tahu cara berkongsikannya kepada umum. Saya pun tergerak untuk mencari kembali video itu, alhamdulillah ada dalam external drive. Sudah bertahun saya tidak menontonnya lalu tergerak untuk menyemak apakah pernah meletakkanya di Youtube. Ketika itulah teringat saya ada mengumpul sejumlah artikel berkenaan siri novel di sidebar kanan blogspot. Di bawah tajuk besar "Siri buku "Berpetualang ke Aceh" ada tajuk kecil "Tentang pelancaran di Pustaka Fathaniyah Jun 2007...".




Kelihatannya saya sudah berkongsi video tersebut tetapi dipecah menjadi 3. Ketika itu saya  sudah tahu cara memuatnaik tetapi tidak dibenarkan berkongsi video lebih 10 minit. Itulah yang membentuk 3 buah artikel dengan tajuk yang kelihatan di atas. Saya copy paste link di bawah pula ya :-


Akhirnya... Video 1 pelancaran siri buku "Berpetualang ke Aceh"!

 Video 2... Susah senang menulis dan menerbitkan buku yang menongkah arus zaman

Video 3... Fahamkanlah makna satu perjuangan!


Tetapi bila klik dan masuk ternyata tiada video lagi. Rupa-rupanya saya telah meletakkan video-video tersebut di sebuah website beralamat http://livevideo.com/, bukan di Youtube. Nampaknya website sudah expired. Ini bermakna video sekitar pelancaran buku sudah tiada lagi untuk tontonan umum. Maka itu elok diupload kembali, kali ini betul-betul di Youtube,







Dahulu saya juga tidak dibenarkan memuatnaik video lebih 10 minit di Youtube. Namun setelah beberapa lama, setelah memuatnaik cukup banyak video had itu dilupuskan buat saya. Dengan itu dapatlah dikongsikan seluruh video lebih 30 minit. Cuma ia beresolusi rendah agar lebih senang ditontot dan tidak memberatkan sistem.

Apapun biar artikel ini menggantikan 3 artikel dengan link di atas, artikel-artikel yang tidak lagi berfungsi kerana tiada video. Silakan tonton ya... :]


Khamis, Oktober 30, 2014

Kongres Warisan Melayu Sedunia - Legasi Melayu Patani, Bugis dan Afrika Selatan



Sebetulnya saya telah merancang untuk kembali ke rumah selepas makan tengah hari. Ini kerana selain membuat kerja-kerja penulisan dan merancang aktiviti kedaulatan Melayu Islam dari rumah, sejak berpindah ke Sungai Buaya, Rawang awal tahun saya juga menjaga seorang anak berumur 5 tahun menghantarnya ke sekolah tadika dan mengambil pulang sementara isteri bekerja di pejabat. Sejak 2 bulan kebelakangan pula saya menghantar anak mengaji Mukadam di kawasan perumahan. Apabila harus membuat kerja di luar, menghadiri majlis dan sebagainya baru isteri mengambil anak, ada masa menumpangkannya di rumah asuhan di mana seorang anak kecil kami berusia 2 tahun setengah diletakkan sepanjang hari, ada masanya dibawa kembali ke pejabat selepas selesai waktu rehat makan tengah hari.

Kali ini isteri membawa ke pejabat. Ikut rancangan sekitar jam 3, paling lewat pun 4.30 saya akan mengambil anak pulang ke rumah sebelum menyiapkannya untuk kelas mengaji. Tetapi semalam saya dilewatkan oleh beberapa faktor. Bermula makan tengah hari lewat 2.30 gitu akibat luncheon talk oleh Menteri Kewangan Kedua, Dato Seri Husni Hanadzlah ditukar ke dewan seminar (rujuk balik Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014 - Antara busana, kraf tangan dan GST) terserempak pula seorang kawan lama daripada zaman saya aktif bertukar-tukar fikiran di forum Internet tahun 2006. Rasanya dah 8 tahun tidak berjumpa. Rupa-rupanya beliau sudah beberapa lama bekerja di MITI (Kementerian Perdagangan) dan pejabatnya adalah di bangunan Matrade ini.

Selepas makan kami berjanji untuk berjumpa di surau lalu berbual lama. Kebetulan hujan turun sedangkan saya naik motosikal, malaslah nak meredah hujan berkejar ke pejabat isteri, Isnin lalu dah puas redah masa nak pergi majlis di DBP.  Saya pun membuat keputusan untuk masuk ke dewan seminar. Ketika itu seminar sedang disambung dengan sesi forum mengenengahkan beberapa orang wakil dari luar negara.


Ketika saya masuk jam 4.09 gitu wakil dari Patani sedang menunjukkan gambar beberapa bangunan lama seperti istana-istana warisan Kesultanan Patani dan kerajaan-kerajaan bawahannya seperti Legeh, Wilayah-wilayah itu kini membentuk selatan Thailand. Bangunan yang ditunjukkan masih wujud walaupun kurang terjaga. Untuk pengetahuan Kesultanan Patani pernah menjadi kerajaan Melayu besar yang disegani sebelum ia dikalahkan oleh Siam (kemudian dipanggil Thailand) lalu diserap masuk ke dalam negara majoriti  Buddha itu sambil pemerintahan Islam berajanya diluputkan. Patani pernah membentuk persekutuan besar dengan Kelantan dan Terengganu di Malaysia berada di bawahnya. 


Patani turut terkenal sebagai pusat ilmu dah dakwah Islamiah serantau. Reputasinya hampir seperti Aceh yang lebih dikenali sebagai bumi Serambi Mekah. Ulamak-ulamak Patani pernah mewarnai istana beberapa kerajaan Melayu lain menjadi mufti dan sebagainya.


Kealiman ulamak Patani begitu diperakui ramai sehingga ada yang bermastautin di Arab Saudi memegang jawatan-jawatan besar mempengaruhi kerajaan itu.


Turut ditunjukkan makam ulamak Melayu besar Sheikh Abdus Samad al-Falimbani (Palembang). Kitab-kitab beliau terkenal merata ceruk rantai termasuk di Malaysia. Beliau berayahkan seorang ulamak besar di Kedah. Lihat Makam Datuk Maharaja Khadi Sheikh Abdul Jalil. Namun atas sebab tertentu, kalau tak salah berperang dengan puak kafir Siam beliau syahid lalu dimakamkan di satu kawasan terpencil di Patani.


Berbalik pada ulamak Patani di Arab Saudi. Seperti lain-lain ulamak sana yang pernah menyebar ke serata negara-negara Islam, mereka selalu menambah perkataan al-Fatani atau al-Fathoni pada nama. Misalnya Sheikh Daud dan Sheikh Ahmad al-Fathoni yang menjadi sumber rujukan utama sebuah badan penerbitan kitab dan makalah tentang ulama-ulamak Islam, badan bernama Khazanah Fataniyah di Malaysia. Suka pula saya untuk memberitahu pernah melancarkan siri buku/novel "Berpetualang ke Aceh" (terbit 2006-2007) di tempat mereka. Lihat artikel lama Kenangan pelancaran siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Khazanah Fathaniyah 2 bulan lalu....

Menurut wakil dari Patani, seorang ulamak situ malah pernah diberi tanggungjawab menerbitkan wang syiling Arab Saudi suatu masa dahulu. Hmm. Mungkin fikiran saya separuh melayang ke tempat lain semasa hal ini dinyatakan. Saya sudah lupa nama penuh ulamak tersebut. Yang saya ingat (kalau salah sila tegur dan ingatkan) wakil itu memberitahu pihak Arab Saudi telah memberikan pilihan untuk meletakkan namanya pada wang tetapi tidak nama penuh, harus pilih satu perkataan. Ulamak itu memilih al-Fathoni pada belakang nama. Hasilnya terbit wang-wang syiling Arab Saudi yang tertulis perkataan Fathoni.


Turut dikongsikan adalah keadaan ekonomi umat Melayu Patani di selatan Thailand. Orang Melayu sana tidak menghadapi masalah tentang itu. Malah ramai hidup senang hasil perniagaan di Malaysia. Ini dibuktikan oleh kewujudan begitu banyak kedai tomyam di negara kita dimiliki orang sana. Masalah Patani bukan sangat masalah ekonomi tapi masalah kehilangan nilai dan identiti asli disebabkan pemerintahan kafir yang mengikis jati diri. Hal halal haram tidak dijaga kecuali oleh golongan kuat agama menyebabkan restoran Kentucky Fried Chicken di sana tidak harus dikunjungi orang Islam yang taat agama. Sebagai gantinya ada anak Patani yang pernah belajar tinggi di Malaysia membuka sendiri rangkaian restoran ayam goreng yang dipanggil Bagus Chicken! :]


Hampir jam 4.30 sampai giliran wakil dari Bugis berkongsi keadaan berserta pemerhatian beliau tentang warisan Melayu. Nampaknya saya tidak dapat meninggalkan dewan seminar seperti dirancang awal (paling lewat mahu keluar 4.30 konon). Forum ternyata menarik memberikan banyak maklumat berguna sekurang-kurangnya buat pengkaji seperti saya.


Maaf ya jika saya tidak menyebut nama. Biar ditulis apa yang diingati tanpa terlalu memerah otak. Kalau mahu perincian nama pembentang/wakil/peserta forum dan lain-lain sila masuk ke blogspot acara di sini...


Perkara paling awal ditangani adalah kewujudan hubungan sejak ratusan tahun antara Semenanjung dan Tanah Bugis. Untuk pengetahuan wilayah asal Bugis itu terletak di selatan Pulau Sulawesi (kini di dalam negara Indonesia). 








Yang ramai tahu adalah orang Bugis mula menempa nama di Semenanjung dengan kedatangan Opu Daeng Lima Bersaudara - Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi - sekitar 1720 gitu. Sedangkan sudah wujud hubungan lebih awal Melayu dengan Bugis. Oh, Makassar adalah satu kerajaan dan wilayah besar di Sulawesi Selatan yang memiliki nilai etnik tersendiri. Di sana mereka dianggap lain dari suku Bugis tapi di Semenanjung baik orang Bugis mahupun Makassar dikenali sebagai Bugis semuanya.


Wakil seterusnya adalah seorang anak Malaysia yang sudah lama menjadi penduduk tetap di Afrika Selatan.







Beliau masuk ke sana tahun 1991 ketika Malaysia masih belum menjalinkan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan. Ini akibat ia mengamalkan dasar apartheid yang menindas orang bukan berkulit putih. Maka itu beliau yang bermula sebagai seorang jurugambar menghadapi masalah untuk hidup. Keadaan cuma berubah apabila dasar itu berjaya dimansuhkan tahun itu juga, setelah bertahun-tahun pejuang tempatan seperti Nelson Mandela melawan. Afrika Selatan pun mula diperintah orang berkulit hitam. Tiada lagi dasar menindas orang bukan berkulit putih.



Di Afrika Selatan memang wujud komuniti orang Melayu sejak abad ke-17 akibat dijadikan tempat membuang tawanan perang oleh Belanda. Ketika itu kuasa  besar penjajah Barat ini sedang gigih berusaha untuk menguasai belahan Alam Melayu yang bakal membentuk Indonesia. Anak kelahiran Malaysia itu mula membina kejayaan berniaga batu permata (senang dan banyak terdapat di sana). Beliau menggunakan batu pertama utnuk membentuk bunga telur dan sebagainya khas untuk kegunaan majlis komuniti Melayu. 

Ini berkembang menjadi perniagaan permata yang dihormati ramai sehingga ke peringkat negara. Namun saya tidak boleh duduk lama mendengar cerita. Jam 5:08 saya pun keluar dari dewan seminar, singgah sebentar tempat ekspo di bawah sebelum bergegas kembali ke rumah. Tamat cerita... :]


Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014 - Antara busana, kraf tangan dan GST

Seperti bersambung pula daripada artikel sebelum ini, Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu : Sudah terang lagi bersuluh!. Selesai cerita dari Dewan Bahasa dan Pustaka masuk lagi satu majlis ilmu...


Semalam saya pergi ke bangunan Matrade dekat Jalan Duta, Kuala Lumpur.


Ada kongres Warisan Melayu Sedunia 2014.


Selfie sat dalam lif. Seperti di DBP hari Isnin saya memakai baju Melayu walau tidak berbusana penuh tradisional seperti selalu dilakukan pada majlis-majlis berkenaan Melayu yang dihadiri sejak setahun dua kebelakangan. Kali ini saya tambah tengkolok, kemudian baru memakai keris.


Kongres 2 hari ini sebenarnya telah bermula pagi Selesa. Saya cuma datang hari Rabu itupun masuk tengah hari.


Sebenarnya selepas ke DBP 3 hari lalu saya malas nak masuk KL buat beberapa waktu. Tetapi saya harus ke sini kerana diajak seorang sahabat, Prof Dato Dr Othman Yatim untuk bertemu. Kemudian baru saya tahu beliau kembali aktif mendidik selepas pencen lagi (ya, beliau sebenarnya sudah pencen lama tetapi sering dipanggil jadi profesor kontrak). Prof Othman baru sebulan bekerja dengan Unimas (Universiti Malaysia Sarawak), sejak itu banyak menghabiskan masa di sana. Patutlah tiba-tiba menghubungi saya mengajak berjumpa. Sebab kebetulan ada di KL untuk membentang.


Mengikut jadual beliau akan membentang jam 12.15. Saya sampai awal sedikit ketika seorang pembentang lain sedang bercakap tentang busana Melayu.


Ketika saya masuk ke dewan seminar pembentang ini (bukan dalam gambar) sedang memberikan contoh pakaian dari kitab Hikayat Malim Dewa. Ah, macam tau-tau saja ini! Ini kerana saya masih dalam proses menyiapkan satu set slaid untuk pembentangan bertajuk  "Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Sambungan Aceh ke Muar". 8 November nanti Lihat artikel Masuk tahun baru Hijrah - 2 minggu lagi HIKMAH Pagoh di blogspot Himpunan Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Memang kitab ini salah satu rujukan yang mahu diketengahkan, Malah rangkap-rangkap sama seperti di atas memang mahu ditonjolkan kerana faktor dua nama di dalamnya yang sangat sinonim dengan warisan Ahlul Bait, anak cucu keturunan Nabi Muhammad SAW.


Saya duduk di belakang Prof Othman.


Menarik juga pembentangan tentang busana terutama apabila ditunjukkan gambar-gambar lama cara pemakaian orang Melayu pelbagai negeri dan lapisan masyarakat dulu-dulu.





Sampai giliran Prof Othman untuk bercakap.





Beliau membentang tentang kraf tangan, cabaran industri dan hala tuju. Sayang beliau tidak meletakkan gambar-gambar pada slaid. Kalau tidak pembentangan boleh menjadi lebih menarik lagi.


Selepas jam 1 ingatkan kami sudah boleh keluar makan tengah hari. Tengok-tengok harus menunggu dalam dewan untuk kedatangan seorang tetamu/pembentang terhormat.


Beliau adalah Menteri Kewangan Kedua, Dato' Seri Husni Hanadzlah. Ini adalah sesi luncheon talk.


Dah nama pun luncheon talk, patut diberikan sambil kami makan bukan? Apapun Husni memberikan pembentangan yang agak menarik. Beliau menggunakan paparan muzik video dan slaid gambar berwarna-warni. Gaya membentang santai seperti hos talk show mengingatkan pada program-program motivasi profesional seperti dilakukan ramai penceramah jemputan dari luar negara yang dibayar mahal. Gaya ini saya nampak mukadimahnya apabila menteri itu membuka kot ketika paparan video pertama bermula. Ia seperti gaya Presiden Amerika, Barrack Obama apabila mahu kelihatan lebih santai dan senang dihubungi rakyat. Begitu juga saya lihat gaya Jokowi, sama seperti Obama, dalam usaha untuk memenangi kerusi Presiden Indonesia baru-baru ini.


Husni juga memaparkan banyak stastik untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, antaranya rasionalisasi subsidi minyak dan GST. Sebetulnya banyak maklumat berguna telah beliau kongsikan. Sayangnya ia dilakukan dalam keadaan ramai daripada kami sedang lapar, menunggu-nunggu untuk makan.


Apanya tidak? Kami turun makan dah 2.30 petang, Lainlah kalau dah berniat untuk berpuasa. Ikut rancangan asal memang luncheon talk mahu dilakukan di bawah ini sambil kami makan. Tetapi ia harus ditukar ke dewan seminar apabila pihak penganjur baru tersedar kesilapan hari sebelumnya di mana bahagian bawah ini ternyata tidak sesuai untuk dibuat ceramah disebabkan kesan bunyi bergema menjadikan ceramah/syarahan kurang jelas. Ruang yang terletak di bawah bumbung lutcahaya juga terlalu terang mengakibatkan paparan slaid melalui projektor jadi tenggelam. Saya difahamkan kekurangan ini berlaku kerana perubahan lokasi acara yang berlaku agak mendadak. Difahamkan acara yang diadakan setelah 10 tahun menyepi (mereka pernah membuat kongres sama tahun 2005) asalnya mahu dijayakan di PWTC. Tetapi atas sebab yang tak pasti apa, mereka mendapat berita harus bertukar tempat baru 4 hari lalu.


Kelihatan menikmati juadah beberapa orang rakan aktivis budaya. Kongres atau seminar ini turut diiringi expo di tingkat bawah dan mereka ada membuka satu gerai. Lihat artikel An expo on Malay heritage at Matrade di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
.


Selasa, Oktober 28, 2014

Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu : Sudah terang lagi bersuluh!



Teori Tanah Melayu sebelum banjir besar sebagai tempat asal usul pelbagai kelompok manusia pun ditekankan.


Ia telah mendapat sokongan ramai pihak apabila ada bukti genetik berjaya ditemui sejak tahun 2009.


Malah pada Mei 2008 Oxford University yang merupakan salah satu institusi pengajian tinggi paling terkemuka di dunia telah menyiarkan kajian yang menyokong migrasi manusia keluar dari Alam Melayu ribuan tahun yang lampau!


Ada juga kajian genetik menyokong hal sama telah diterbitkan di Amerika 1999.


Bukan itu sahaja. Prof Saleh sendiri menemui kajian seorang sarjana Barat menyebut hal sama lebih 100 tahun lalu tetapi melalui folklore atau cerita-cerita rakyat.


Menariknya ada kaum asli dipanggil Amis di Taiwan mengaku datang dari selatan iaitu dari kepulauan Filipina yang terletak di dalam lingkungan Alam Melayu.











Sekarang kita masuk pada apa yang ditakrifkan sebagai orang Melayu. Prof Saleh memberikan 3 takrifan - menurut ras besar bangsa dan genetik, menurut kependudukan di Kepulauan Melayu dan menurut perlembagaan Malaysia.


Tentang takrif genetik itu seawal 1795 sudah ada sarjana Barat membuat klasifikasi semua bangsa di dunia dapat digabungkan menjadi 5 bangsa besar, antaranya Melayu. Katanya 5 bangsa besar ini memiliki ciri atau bentuk unik tengkorak yang boleh dijadikan alat pengenalan bangsa.


Orang Melayu juga dikatakan memiliki ciri-ciri rupa paras tersendiri yang boleh dikenali...


Ciri-ciri ini dikongsi penduduk dalam satu wilayah taburan yang luas meliputi pulau-pulau dari Lautan Hindi hingga ke Lautan Pasifik,


Identiti unik ini ditegaskan menggunakan satu terma akademik iaitu Malayo-Polynesia, Malayo merujuk pada bangsa Melayu, Polynesia bermaksud banyak pulau. Istilah ini diiktiraf oleh seorang raja di Pulau Hawaii yang mengaku termasuk di dalam definisi bangsa besar ini walhal pulau itu amat jauh di Lautan Pasifik menghala ke Amerika.


Istilah Malayo-Polynesia ini pernah dijadikan pelantar untuk gerakan kemerdekaan Filipina dan Indonesia. Namun atas sebab politik pihak tertentu ia ditukar menjadi Austronesia lalu hilanglah roh Melayu di dalamnya...


Maka itu Prof Saleh menyarankan agar istilah dan konsep Malayo-Polynesia atau Melayu-Polinesia diangkat kembali oleh para sarjana. Hmm. Memang rancangan Allah belaka. Konsep ini memang mahu diangkat dalam pembentangan saya pada sesi pagi acara ke-11 HIKMAH yang akan berlangsung di masjid dan makam Sultan Alauddin Riayat Shah, Pagoh, Muar 8 November ini bersamaan 15 Muharram 1436 Hijriah. Lihat artikel Masuk tahun baru Hijrah - 2 minggu lagi HIKMAH Pagoh yang dipaparkan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) 3 hari. Turut dinyatakan dalam artikel saya sudah menyiapkan segala slaid yang perlu untuk tajuk ""Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang". Konsep Malayo-Polynesia sudah disebut dalam slaid lalu wacana ini amat membantu pengisian dan pemahaman saya.



Takrif kedua Melayu iaitu berdasarkan kependudukan di Alam Melayu lebih senang dinyatakan untuk semua. Namun orang Filipina yang juga merupakan bangsa Melayu merasakan agak terpinggir akibat satu lagi takrif mewajibkan Melayu beragama Islam.


Sesungguhnya orang Filipina yang peka tentang asal usul sebenar mereka, misalnya pujangga Jose Rizal sangat bangga mengaku berbangsa Melayu walaupun mereka beragama Kristian.



Maka masuklah kita pada takrif ketiga apa itu Melayu. Itulah yang mewajibkan Melayu mesti Islam seperti tercatat dalam perlembagaan negara Malaysia.


Alhamdulillah, wacana ini dapat menelusuri segala perjalanan Melayu yang perlu...






Yang nyata perkataan "Melayu" dan konsep "Tanah Melayu" bukan sesuatu yang baru. Dan asal usul orang Melayu itu sendiri adalah dari Kepulauan Melayu bukan dari luar seperti didakwa sesetengah orang.





Ditekankan lagi 3 takrif Melayu agar terang konsep dan konteks.


Tamat pembentangan soal jawab pun dibuka. Terus saya menerpa dengan pertama sekali menyatakan betapa ini adalah pencerahan terbaik tentang Melayu pernah saya hadiri sejak rajin ke majlis-majlis serupa 2-3 tahun lalu. Syabas Prof. Saya juga memberikan pendapat bahawa ketiga-tiga takrif Melayu yang beliau berikan adalah sesuai dan tepat menurut konteks lingkungan kegunaan masing-masing. Dengan itu kepentingan menjaga takrif Melayu menurut perlembagaan Malaysia ditekankan dan dipertahankan. Ini kerana Prof Saleh ada menyebutnya sebagai eksklusif lalu meminggirkan orang Melayu Filipina yang beragama Kristian tetapi pada masa sama membenarkan orang bukan dari bangsa Malayo-Polynesia 'masuk Melayu'. 

Saya kata takrif ini perlu dikekalkan menurut konteks. Kalau tidak bagaimana hendak menjawab Raja-raja Melayu adalah dari keturunan Iskandar Zulkarnain dari Makaduniah di Eropah seperti dinyatakan dalam kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu?  Kemudian baru saya menyatakan 3 soalan :-

1. Apakah makna perkataan Melayu itu sendiri? Apakah bermakna gunung berdasarkan gelaran orang Hindi yang menyebut bumi sebelah sini sebagai Malayadvipa yang bermakna pulau bergunung?

2. Apakah itu kayangan memandangkan pengkhususan Prof Saleh adalah dalam bidang folklore iaitu cerita-cerita rakyat, lebih tepat sastera rakyat (ketika menulis ayat ini baru terfikir perkataan sastera lebih tepat ).

3.  Kenapa orang Jawa di Indonesia seperti hendak menafikan makna Melayu, menyempitkannya sebagai penduduk asal di sebahagian Pulau Sumatera sahaja sedangkan bukankah mereka sendiri berasal daripada bangsa besar Melayu atau Malayo-Polynesia juga?

Jawab beliau :-

1. Kalau mengikut panggilan dari luar Alam Melayu iaitu seperti disebut orang Hindi/India dahulukala maka ya, memang Melayu itu bermaksud gunung, orang gunung. Dari dalam Alam Melayu pula ada satu versi merujuk pada sungai yang airnya deras melaju. Lalu jadilah nama Sungai Melayu di selatan Sumatera, satu tempat awal munculnya kerajaan bernama Melayu. Satu lagi adalah menurut bahasa orang Filipina. Melayu itu bermakna merdeka. Kalau tak salah Prof Saleh ada menyebut satu lagi makna Melayu dalam bahasa Filipina tapi saya terlupa.

2. Tentang kayangan, apa itu kayangan beliau menjawab ia adalah dunia di atas dunia. Ia muncul dalam banyak sastera rakyat orang Melayu. Malah Hikayat Hang Tuah sendiri menyebut asal usul raja Melaka adalah daripada anak raja yang turun dari Keinderaan iaitu kayangan. Tentang sejauh mana kayangan itu merujuk pada realiti, apakah satu wilayah jauh di dunia nyata seperti halnya negeri atas angin, beliau cuma menyebut ia wujud di dalam imaginasi penulis.

3. Tentang orang Jawa itu beliau menyebut mereka memiliki penduduk atau ahli suku yang sangat besar, paling besar di Indonesia. Bahasa Jawa itu sendiri tiada lain adalah satu pecahan/dialek bahasa Malayo-Polynesia yang kemudian membentuk keunikan sendiri sehingga kedengaran seperti bahasa yang terasing. Ada kebanggan pada suku dan jumlah orang Jawa yang besar. Tetapi dari segi kegunaan bahasa mereka terpaksa tunduk pada kelebihan dan sifat praktikal bahasa Melayu sebagai Lingua Franca di Alam Melayu yang mereka lebih suka panggil sebagai Nusantara ini.

Saya fikir mungkin beliau akan masuk pada persaingan 1000 tahun lalu kerajaan Singhasari yang berpusat di Pulau Jawa dengan Srivijaya yang berpusat di Sumatera, persaingan yang diteruskan dengan kemunculan kerajaan Majapahit 1293 Masihi yang sangat dibangga-banggakan orang Jawa. Sebaliknya beliau memberikan saya satu pengetahuan baru iaitu tentang Sumpah Pemuda 1928 di mana para pemuda yang berjuang mahu menghalau Belanda bersumpah untuk bersetuju dengan beberapa perkara piawai. Satu, negara yang bakal diwujudkan selepas Belanda dihalau dinamakan Indonesia. Kedua, Bahasa Melayu akan digunakan sebagai bahasa perhubungan semua, ya, Bahasa Melayu tetapi mereka panggil Bahasa Indonesia. Ini kerana Melayu dianggap sebagai satu suku, bukan bangsa yang meliputi semua. Secara sedar ataupun tidak mereka sebenarnya mengakui kebesaran dan keluasan takrif bangsa Melayu apabila memilih Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara untuk semua. Namun kebanggaan Jawa sambil takut dibayangi Melayu yang dianggap cuma satu suku  menyebabkan ia dipanggil Bahasa Indonesia.

Untuk memahami ini dengan lebih baik Prof Saleh menyarankan kita membaca sejumlah karya tertentu karyawan besar Indonesia, Pramoedya Ananda Toer. Saya lupa nama karya-karya itu, beliau menyebut 4 tajuk. Pramoedya ternyata tersurat dan tersirat mengakui kebesaran bangsa Melayu yang meliputi semua walaupun ini merupakan satu risiko di sebuah negara yang kita tahu pemerintahannya memang pro-Jawa. Subhanallah. Ada satu macam rasa nyaman apabila menyatakan ini, menyebut nama Pramoedya. Mungkin benar, sampai satu tahap saya akan tenggelam ke dalam dunia sastera...



Sebetulnya ada 2-3 soalan saya mahu bertanya lagi tetapi terlupa apa ketika itu. Antaranya, (saya baru ingat tadi ketika menulis jawaban 1) adalah apa kena-mengena nama Banjaran Himalaya dengan bangsa atau orang Melayu? Apakah ada cerita di sebaliknya? Orang kedua bangkit adalah seorang staf DBP kalau tak salah. Beliau sebenarnya tidak menyatakan persoalan tetapi berkongsi pemandangan dan pengalaman. 

Kelihatan di kanan Puan Zaharah Sulaiman yang agak terkenal dengan ceramah-ceramahnya tentang bagaimana orang Melayu sudah lama diancam oleh kedatangan migran dari selatan Cina. Kebetulan saya ambil tempat duduk betul-betul di hadapannya... apabila menoleh ke belakang baru tersedar. Zaharah pernah membentang pada acara ke-6 HIKMAH iaitu di Galeri Shah Alam lebih setahun lalu. Lihat artikel HIKMAH Merdeka Raya - Dari DNA Melayu ke pencarian makna besar kemerdekaan. Selepas itu ada seorang pemuda bertanya bilakah Melayu itu mula terkenal sebagai nama sebuah bangsa, apakah pada zaman Srivijaya? Seingat saya Prof Saleh menjawab Srivijaya tidak berapa memperkenalkan nama Melayu itu sendiri. Yang betul-betul naik adalah pada zaman Kesultanan Melaka....


Orang seterusnya dan terakhir mengenengahkan sesuatu adalah Dato' Jumaat Mohd Noor, Bendahari Agung Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia (PSM). Ketika nampak dari sisi, saya rasa macam selalu nampak orang ini... selepas beliau menegur bertanyakan apakah saya ada pergi ke majlis-majlis PSM lalu memberikan kad baru saya tahu siapa. Saya sebut 'mengenengahkan sesuatu' kerana sudah lupa apakah beliau ada menyatakan apa-apa soalan. Yang saya ingat beliau ada menyebut tentang kajian sendiri di Filipina lalu Prof Saleh menjawab ada seorang aktivis Filipina bernama Vinson (ke sebutan untuk Vincent?) malah dengan bangganya menubuhkan Persatuan Melayu semasa belajar di universitu sana.

Sesungguhnya majlis atau wacana ilmu ini memberikan pencerahan yang sangat banyak. Inilah penerangan terbaik tentang Melayu pernah saya terima sejak rajin menghadiri majlis-majlis ilmu serupa atau sepertinya 2-3 tahun kebelakangan. Saya malah menahan rasa kuat hendak membuang air sejak jam 3 kerana takut terlepas slaid dan penerangan, mungkin akibat meredah hujan lebat menaiki motosikal untuk mengejar majlis ini. Selepas soal jawab tamat sekitar 4.45 baru saya bergegas keluar untuk melepaskan hajat, itupun sempat bersalam dahulu dengan beberapa orang termasuk Prof Saleh, sempat meminta kebenaran beliau menggunakan hasil kajian ini untuk pembentangan saya sendiri akan datang. 

Oh. Isi pembentangan dalam bentuk PDF boleh dilihat dan dimiliki semua. Sila klik sini. Entah bagaimana selepas menunaikan hajat boleh terserempak dengan Dato' Jumaat lagi di dalam tandas. Turun ke lobi terserempak lagi lalu sempat menyambung cerita sementara menunggu pemandu beliau sampai. Setelah beliau keluar baru saya ternampak satu bunting di hadapan tempat bertanya dan pengawal memaparkan muka dan nama bekas-bekas ketua pengarah DBP. Rupa-rupanya Dato' Jumaat adalah salah seorang daripada mereka. Hmm... :]