Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Disember 12, 2024

Motosikal besar kesayanganku dan tarikh 12/12/24

Salam malam Jumaat. Ada cerita berkenaan motosikal. Sudah lama tidak berkongsi apa-apa cerita melibatkan motosikal.



Pagi tadi 12 November 2024 ada majlis ilmu menarik tentang merenung kembali usaha Islamisasi ilmu pengetahuan (Islamization of knowledge), di kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Gombak. Saya ada ikuti sedikit secara atas talian melalui Zoom. Tetapi tidak dapat memberikan tumpuan kerana harus melakukan beberapa perkara. Antaranya, menghidupkan kembali insurans dan cukai kenderaan bagi motosikal besar kesayangan yang sudah 2 tahun, mungkin lebih tidak ditunggang kerana ada masalah enjin. 

Memandangkan tarikh cantik 12/12/24 itu yang mahu dikongsikan cerita. Kiranya menyambung gerak berkenaan daripada artikel sebelum ini iaitu Mengingati tarikh-tarikh penting - Satu catatan sisipan. Tak sangka dan tak dirancang ada membuat persinggahan ke tempat menyambung pengajian peringkat pascasiswazah, dahulu Master sekarang PhD iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku. Apa yang berlaku adalah pagi itu saya keluar bersama isteri ke cawangan pejabat beliau di Rawang. Selepas beliau dapat menyelesaikan sejumlah kerja pergi agensi berkenaan bagi menghidupkan insurans dan cukai jalan. 

Selesai itu pergi ke bengkel untuk mengambil motosikal kesayangan. Rancangan asal adalah beliau kembali ke tempat kerja dengan kereta saya balik ke rumah dengan motosikal. Tiba-tiba isteri  mengajak berjalan-jalan dengan motosikal. Saya pun mengajak ke Sentul untuk melihat jika ada aksesori sesuai untuk ditambah. Nampak jejantas membawa ke jalan yang boleh menyambung ke ISTAC timbul rasa spontan untuk singgah.




Di situlah diambil gambar-gambar yang ada ini, selepas menunaikan solat Zohor berjemaah di masjidnya. Untuk pengetahuan motosikal telah diletakkan di bengkel sejak April 2023. Tetapi penghujung Oktober 2024 baru dimulakan usaha untuk membaik pulih. Ini kerana banyak modal diperlukan akibat banyak yang sudah rosak. Setelah beberapa lama baru terasa ada cukup untuk membuat bayaran awal supaya dapat dimulakan kerja membaik pulih. 

Sebetulnya sebelum dihantar ke bengkel pun motosikal sudah beberapa bulan tak hidup. Walaupun dibeli bateri baru lalu suis dapat dihidupkan enjin tetap asyik mati. Kelihatan seperti minyak tidak dapat ditarik masuk ke enjin. Selain itu memang ada beberapa masalah tetapi tetap dapat menghidupkan motosikal. Ada le dibawa ke sana ke mari. Cuma beberapa tahun kebelakangan itu banyak di kawasan perumahan termasuk untuk menghantar anak pergi balik sekolah.




Saya tidak berjaya menemukan apa-apa rekod untuk menunjukkan bilakah kali terakhir motosikal ada dibawa berjalan. Mungkin pada penghujung 2022, mungkin lebih awal. Akhir sekali jelas ada direkodkan dalam CATATAN SI MERAH SILU adalah apabila keluar jauh sikit daripada kawasan rumah hingga ke Batang Kali pagi Sabtu 27 Julai 2019. Lihat Tunggangan spontan motosikal besar pagi Sabtu 24 Zulkaedah. Akhir sekali ada berjalan jauh adalah pada penghujung 2017. Lihat Antara kenangan pengembaraan bermotosikal dan naik gunung dengan pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa. Ia adalah perjalanan jauh pertama saya dengan motosikal sejak tahun 2013. Lihat Misi penganjuran HIKMAH IV - Dari perjalanan bermotosikal besar hingga kembali berkereta 2,700 km.




Dahulu, motosikal yang dibeli baru tahun 1997 ini memang kenderaan utama saya ke mana-mana. Tidak lama selepas memilikinya, sekitar sebulan dua gitu ada dibuat perjalanan sejauh 3,850 km.  Lihat Kompilasi artikel mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung. Selain itu ada direkodkan  satu perjalanan sejauh 950 km tahun 2000. Lihat Kompilasi cerita kenangan perjalanan bermotosikal besar mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000. Kemudian 780 km tahun 2001. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001.

Tahun 2003 ia mengalami kerosakan teruk sehingga tidak dapat dihidupkan lalu beberapa tahun terbengkalai. Setelah beberapa lama baru dapat modal untuk membaik pulih lalu masuk Ogos 2008 boleh berjalan. Lihat Yahoo, eh... Alhamdulillah... Moto beso aku boleh jalan dah!. Berlakulah beberapa hal membawa kepada penceritaan dalam Motosikal besar saya dan nombor 999! Semoga timbul era baru dalam hidup saya... diikuti Wajah baru motosikal besarku, tanda satu peralihan zaman?. September itu balik beraya ke Muar dengan motosikal. Lihat Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya tahun 2008.

Walaupun perjalanan tersebut memakan jarak lebih 700 km ia tidak direkodkan sebagai jauh. Pada Ogos 2012 baru dibuat perjalanan yang terasa layak disebut begitu kerana melebihi 1,400 km. Lihat Compiled - Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun. Bulan berikutnya buat lagi satu perjalanan melebih 1,400 km. Lihat Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Complete. Tahun berikutnya baru berlaku perjalanan seperti dinyatakan dalam Misi penganjuran HIKMAH IV - Dari perjalanan bermotosikal besar hingga kembali berkereta 2,700 km. Empat tahun kemudian iaitu pada 2017 baru berlaku seperti diceritakan dalam Antara kenangan pengembaraan bermotosikal dan naik gunung dengan pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa

Insyaallah tahun 2025 akan dibuat perjalanan jauh seterusnya. Kali ini bersama isteri. Beliau belum pernah ikut saya berjalan jauh dengan motosikal besar walaupun sudah 16 tahun kami bergelar suami isteri. Dahulu saya ada mengajak. Tetapi beliau disibukkan dengan kerja selain rasa tak larat. Beberapa bulan kebelakangan beliau yang beriya-iya mengajak. Mungkin kerana seorang kakaknya agak selalu berjalan begitu, semenjak suaminya membeli motosikal besar sekitar 4-5 tahun lalu.


Rabu, Disember 11, 2024

Mengingati tarikh-tarikh penting - Satu catatan sisipan

Salam. Ini ada saru catatan sisipan, tentang mengingati tarikh-tarikh penting dalam kehidupan.



Mukadimah...

Gambar ijazah Master ini baru diambil jam 10.24 pagi tadi Selasa 11 Disember 2024. Saya cuma pernah menunjukkan ia sekali dalam CATATAN SI MERAH SILU, itupun berlatarbelakangkan masjid di UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), universiti yang menaungi tempat pengajian saya, ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) lalu ijazah dikeluarkan atas nama universiti. Lihat artikel Berkat 10 Muharram dan menimba ilmu di ISTAC yang dipersembahkan hampir 5 bulan lalu. Ketika itu baru betul-betul mengambil ijazah fizikal ini walau secara rasmi telah menerimanya hampir 6 bulan lebih awal dalam majlis konvoksyen ke-39 UIAM. Lihat Menerima ijazah Sarjana ISTAC pada hari lahir ke-53. Selepas itu ada sekeping gambar ijazah diambil untuk permohonan melanjutkan lagi pelajaran, ke peringkat PhD di ISTAC. Alhamdulillah kini sudah 2 bulan melanjutkan pelajaran.

Apa yang seingat saya belum pernah dikongsikan adalah fakta secara rasminya saya sebenarnya telah menerima ijazah pada 13 Oktober 2023. Pada 26 November 2023 baru dirasmikan pemberian melalui majlis konvokesyen, baru wujud ijazah bercetak yang diambil beberapa bulan kemudian. Tarikh 13 Oktober 2023 sebagai tarikh sebenar mendapat ijazah ada tertera pada sudut kiri bawah ijazah yang bercetak ini. Satu perkara menarik. 13 Oktober itu adalah hari ulang tahun kelahiran ke-14 anak lelaki sulung saya Muhammad Al-Aminul Rasyid. Sedangkan pemberian pada 26 November berlaku pada hari lahir saya yang ke-53. 'Kebetulan' seterusnya, 53 - 14 = 39. Saya menerima pada majlis konvokesyen ke-39 UIAM.

Satu lagi perkara menarik. Tarikh lahir saya 26 November 1970 adalah bersamaan 27 Ramadhan 1390 Hijriah. Saya lahir tak cukup bulan. Sepatutnya pada tarikh yang bersamaan 24 Syawal. Sebaliknya Rasyid pula lahir 13 Oktober 2009, terlebih 5 hari daripada jangkaan doktor. Lalu tarikh Islamnya bersamaan 24 Syawal 1430 Hijriah, tepat 40 tahun Hijriah selepas tarikh saya 'sepatutnya dilahirkan'. Hal ini ada dinyatakan dalam artikel Kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001 - Terbitnya nama Muhammad Al-Aminul Rasyid sekitar 2 setengah tahun lalu.





OK. Kenapa pula tergerak untuk bercerita panjang lebar tentang ini? Sebabnya semalam saya cuba hendak mengingati apa yang dilakukan pada hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-54 iaitu pada 26 November baru ini setengah bulan lalu. Biasanya, seperti halnya pada tahun-tahun sudah saya boleh menemui nota berkenaan dalam CATATAN SI MERAH SILU. Kali ini tiada. Saya tidak ada membuat apa-apa artikel pada tarikh tersebut malah ada lompong catatan selama 5 hari iaitu daripada 24 hingga 28 November.




Rekod bulanan gambar yang disimpan dalam komputer riba pula menunjukkan saya tidak ada mengambil apa-apa gambar dari 23 hingga 27 November. Cuma tahu melalui artikel Kedatangan Islam di Alam Melayu : Telaah Manuskrip Melayu ada ke majlis ilmu di UM (Universiti Malaya) pada 22 November, melalui Sedikit daripada Festival Idea Putrajaya ada mengikuti majlis lain di Putrajaya tetapi secara atas talian pada 27 November. Yang ingat pada 26 November iaitu hari Selasa banyak menghabiskan masa di rumah. Ketika itu isteri pun bekerja dari rumah lalu ada menghadiahkan telefon pintar baru.




Ah. Baru teringat. Yang mula menyebabkan sibuk hendak mengingat apa yang dibuat pada 26 November adalah petang semalam 10 Disember baru akhirnya menghidupkan dan menggunakan telefon bimbit baru lalu mengalihkan sejumlah data dari telefon bimbit lama ke dalamnya. Ketika itulah disedari, entah kenapa rekod interaksi saya di WhatsApp sejak 13 November 2024 tidak ada dalam telefon baru. Rekod dalam Facebook pula menunjukkan saya tidak membuat apa-apa hantaran antara 24 hingga 26 November. Seolah-olah informasi diri saya ada black out.




Apa yang boleh ingat, ada menjawab ucapan-ucapan selamat hari jadi yang disampaikan oleh saudara mara, kawan dan kenalan. Begitu juga di WhatsApp. Tak ingat langsung apa yang dilakukan selain itu dan berada di rumah. Ini yang menimbulkan rasa untuk menulis catatan sisipan. 

Tetapi kenapa pada hari ini 11 Disember 2024? Kerana ini adalah hari ulangtahun ke 16 perkahwinan dengan isteri Nor Afidah binti Yusof. Ini juga hari ulangtahun kelahiran bapa saya, Mohamad Sapiee yang ke-82. Ibu saya Rahimah @ Ramlah telah beberapa bulan lebih awal menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-82 juga. Sambil itu hari ini juga adalah hari keputeraan Sultan Selangor lalu hari bercuti. Sementara ada kelapangan dan ingat biar dibuat catatan.




Lagi satu perkara, sementara ingat. Malam tadi keluar satu dokumentari televisyen di TV3 menunjukkan masjid warisan keluarga saya, keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak di Batak Rabit, Teluk Intan. Tapi terlupa hendak tonton. Nasib baik ada saudara terjumpa pautan Youtube rakaman. Sila tonton ini.  Sekian perkongsian.